Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Wednesday, September 03, 2014

berdoa_

"berdoalah perkara yang besar-besar. jangan di lihat pada kelayakan kita untuk menerima, tapi lihatlah kepada kemampuan Allah untuk memberi"

deep. aku pun selalu begini. kadang-kadang takut nak berdoa biar dapat straight A, atau 4flat, sebah tahu usaha kita tidaklah setara dengan permintaan. terpandang post ini beberapa hari lalu membuatkan aku terfikir.

subhanallah. masyaallah. Tuhan itu Maha Kaya.

Saturday, January 04, 2014

kekurang ajaran

marcapada ini kita lihat  **err. okay macam pelik je.**

 semakin meningkat usia semakin banyak ragam manusia yang kita boleh tengok dan alaminya sendirii (cakap dengan ada yang semakin meninggi tanda eksited)

yang paling banyak ialah yang menikam dari belakang, yang cakap belakang, apa lagi yang belakang-belakang? baiklah, sebelum tu, pada mereka-mereka yang suka buat benda di 'belakang' kita ni makna katanya, kita di depan mereka. so, takpayah risau, takmau sentap-sentap :P

ramai juga yang berlaku kurang ajar pada kita. sama ada dari segi perbuatan mahupun kata-kata.


yeahh. tindakan yang paling bijak. tapi, might be sometimes, kita kena lawan jugak, (kasi sakit hati dia, kehkeh) sebab some people ni kalau kita senyap lagi sedap dia pijak kepala. lagi sedap dia maki hamun kita. aku sendiri, kalau orang macam ni, aku senyap je. senyap selagi boleh senyap. pastu bagi laa sebijk. pastu kita senyap balik. kesannya : tadaaaaaaa.. biasanya orang yang kena sebijik dengan aku akan senyap la lepas tu. hewhew :3 

sape nak cuba? try laa buat onar dengan aku (ini bukan ugutan)


tak di nafikan la sakit hatinya berdepan dengan spesies manusia yang begini. geram. rasa nak bagi hadiah penumbuk sebijik kan. tapi takpe, dia jangan ingat dia terlepas *cliche*

ingat, apa yang kita buat itu yang kita dapat balik.
kebaikan atau kejahatan sebesar zarah ada balasannya
kalau Tuhan nak tunjuk awal masa hidup atas dunia lagi kita akan dapat balik, tapi takdir kalau balasan lewat, menanggung la ye di akhirat nanti.

bagi mereka yang tertindas, yang di aniaya, yang di tipu, dan yang sewaktu dengannya, sabar je lah.
besar nikmat sabar, inshaAllah.
sebab kadang-kadang tak guna banyak cakap.
kadang-kadang buat apa pun takde kesan juga. kan?
so, sabar. ingat, senjata mukmin itu doa.

cuma satu, pesan aku kepada aku dan kepada kamu,
jangan cepat melatah.
sebolehnya kawal la perasaan, jangan selalu memaki dan jangan tunjuk kita melatah.

okay, part ni mengaku laa, aku susah juge nak buat. haha.

ni semua salah FB, salah Twitter :P

okay, teruskan menyalahkan benda lain..


so guys, stay cool, stay calm.
rilex ah, orang kalau dengki dengan kita mesti sebab kita lebih dari dia,

bersyukurlah.

di pihak kita, muhasabah diri.
dengan ikhlas antara diri kita dengan Tuhan, tanya kepada diri, kenapa sampai ada yang buat begitu kepada kita. betul, itu salah dia.
dan mungkin kita juga ada salah sehingga mengundang perkara itu sehingga berlaku?

mungkin.

selamat berfikir *kenyit mata*

Saturday, December 28, 2013

sejarah

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt

seringkali kita mendengar ungkapan yang sering diulang-ulang : 

sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.

betul. 
bila dalam keadaan lupa diri kita akan merasa selesa dan cenderung untuk lupa apa yang telah kita lalui sebelum ini. kita akan diberi ujian sekali lagi. untuk lihat, sama ada kita lulus atau masih gagal dengan ujian yang pernah diberi kepada kita sebelum ini. 

namun, sekadar mengingati sejarah juga masih belum cukup syarat. maksud tersiratnya ialah, kita perlu ingat dan fikir, apa yang harus kita lakukan. kamon lah, kita dah pernah melaluinya, kalau kita sudah berjaya melepasi halangan dahulu dengan cemerlang, makna katanya, jika kita benar-benar belajar daripada pengalaman pastinya saat kita melalui ujian yang sama kali ini kita lebih cemerlang menghadapinya.

jatuh kerusi.

saya ambil contoh, dalam bidang pelajaran. jika kita pernah gagal sekali, dan kita sedar akan kegagalan tersebut. mungkin kita sedar akan kegagalan kita semasa dapat result. so, no talk dah la kan.. takde boleh buat apa lagi melainkan meneruskan langkah dengan sisa baki semangat yang bertaburan, kena cantum-cantum dulu dan baru boleh bangun dan meneruskan langkah. dan jika sekali lagi kita berhadapan dengan situasi yang sama, sepatutnya kita tidak mengulang lagi kesalahan dan kegagalan kita suatu masa dahulu. 

betul ke bohong?

pastinya betul. sebab kita sudah pernah merasa sakitnya jatuh ketika itu. takkan lah kita sengaja mahu melukakan diri sekali lagi. kecuali kalau kita ni jenis yang kebal. 

heheh. 

tak mungkin. tak mungkin.

lalu ada yang bertanya, mungkin keadaannya hampir sama tetapi masih ada perbezaan. kita taktahu yang sejarah bakal berulang sebab dulu situasinya lain, dan sekarang situasinya lain. 

thats why kita kena fasih membaca perjalanan hidup sendiri. sebabb itu disarankan kita supaya sentiasa muhasabah diri. lihat. timbang dan hitung nilai kehidupan seharian kita. hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. 24jam sehari sudah lebih daripada cukup untuk kita ambil barang 5minit untuk kita merenung apa yang telah kita lakukan sepanjang hari. tingkatkan lah kualiti diri. 

mukmin yang baik ialah yang mana hari ini lebih baik daripada semalam. 

yeah. terlekat biji durian pulak rasanya. 

dan ada pula yang bertanya, saya tahu, cuma saya mahu mencabar diri. saya cuma mahu lihat sejauh mana kemampuan saya. jika dahulu saya pernah menempuhnya, sekarang saya mahu menempuhnya dengan taktik yang sedikit berlainan. cuba untuk hadapi sejarah itu dengan cara yang lain, tapi gagal. bagaimana?

baiklah. bagus, 

bagus kerana mencuba. berbuat salah dan mengaku kesalahan lantas bangkit daripada kegagalan itu lagi jauh bagusnya daripada tidak pernah mencuba. walau sakit jatuh, namun jika kita redha dan mampu terima hakikat kegagalan lagi sekali itu tidak mengapa. kalau kita cukup kuat tidak mengapa. 

cuma berdirilah di atas satu perkara :
orang beriman itu tidak akan melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

meminjam kata-kata dan sudut pandang seorang sahabat, Cik E (bukan nama sebenar), mungkin Tuhan menguji kita dengan ujian yang sama kerana kita masih belum lulus ujian sebelumnya. jka kita sudah lulus, kenapa perlu 'repeat paper' tersebut, kan ;) ?


salam muhasabah.

:)

Sunday, December 15, 2013

:: tawakkal

#bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum peeps. tawakkal. satu perkara yang sudah lama di cari gali. terserempak dengan satu post yang begitu menarik pada kacamata kornea mata aku pada pagi ini.quotes sedikit, (ini bukan plagiat) :

“Burung-burung keluar pagi balik petang mencari rezeki. Tawakkal mereka kepada Allah begitu tinggi. Tiada pernah ku dengar burung menyimpan ulat hari ini untuk dimakan minggu hadapan. Percaya bahawa rezeki telah Allah tetapkan untuknya setiap hari. Kenapa aku tidak setawakkal itu?

yeah. ini kiasan. bukan. bukan kiasan tapi ini satu perbandingan. jangan dilihat dengan mata kasar. lihat dengan mata hati. oke. nampak tak? tak? cuba lihat lagi, baca bismillah. eheh :3

hilang atau belum jumpa nilai tawakkal, itu persoalan yang perlu kita jawab sendiri.. P&C masing-masing la tu. pendek kata, kalau benar paras tawakkal kita di aras yang tinggi, tidak akan ada kegusaran. tidak ada keluh kesah. tidak ada patah semangat. tidak tidak dan tidak kepada perkara negatif yang menjatuh dan menggusarkan diri.

persoalan pertama dan utama : kenapa masih ada keluh kesah itu
jawapan nya : kerana tawakkal masih belum cukup.

pause.

tawakkal tu apa?

menyerahkan urusan kepada Allah setelah berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH

serah itu maknanya apa jua perkara yang berlaku selepas itu kita terima dan redha, takde ungkit mengungkit.

okai.

flashback. throwback. backhand. eh.

haa, buat lah apa yang patut.

Thursday, November 14, 2013

nak marah sape?

lately most of the case yang membuatkan aku fed up.
diam salah. bagi pandangan pun salah.
tarik muka. terasa hati.
sampai terfikir, sampai bila nak jaga hati orang?

persetankan

sudah, lebih baik diam. cuba ajar diri sendiri diam.
pejamkan saja mata.
simpan semua.
lebih baik diam daripada kita keluarkan pandangan tapi orang marah
biar tahu
berbuih mulut kata pun salah juga
dan mungkin kena sedar diri lah, kita ni siapa, dan mereka itu siapa
pandangan kita tidak punya apa-apa
walau dasar hakikatnya cuma mahu meletakkan kembali ke takuk hakikat
terimalah hakikat
tidak semua benda di dunia ini indah
sakit
sakit hati.
nak marah sape?
marahkan diri sendiri.
its a fail
banyak benda yang nak kena fix up
bawa diri
muhasabah
rungkai segala kesulitan
biarlah walau tiada siapa sudi mendengar
atau biar sahaja mereka yang tidak henti menilai
biarkan
hidup ini hidup aku
apa pun keputusan yang dibuat di akhirnya aku yang bakal menanggung
sendiri
ya, itu hakikatnya
sudah tak payah minta pandangan
tidak usah termakan pujuk rayu atau apa-apa
mereka tidak terjejas walau sedikit atas keputusan aku
sebab sekali lagi yang bakal menanggung segalanya aku
sendiri

sendiri.

jika masih senang, orang menumpang
kalau sudah susah, orang tinggalkan
kalau betul orang bertepuk tangan
kalau salah sahaja orang mencebik

hah. lumrah. terlalu tipikal.

hakikatnya aku masih belum ketemu walau seorang yang ikhlas
semuanya mementingkan diri sendiri

persetankan mereka yang pentingkan diri sendiri
persetankan
buang.buang jauh-jauh.

kecewa dengan semuanya.

bila lah umat manusia mahu membina satu kesepaduan dan ukhuwah yang mantap?

sadis.
dunia akhir zaman.

hah.
kata orang. orang kata balik kat aku,
eleh kau pun sama

jadi, apa beza kita?

jangan tanya orang lain, tanya diri sendiri.

tak ada guna.
Tuhan saja tahu menilai.
persetankan pandangan manusia.
lebih baik aku diam kan dengan manusia, aku bercerita semua dengan Tuhan aku.
manusia apa ada, bergantung juga dengan Tuhan aku

manusia ada kepentingan masing-masing, Tuhan aku tidak
Dia ikhlas membantu.

dipagut pilu_

menipu diri sendiri tu benda paling susah nak buat adik kakak. 

throw back.

and keep asking myself, why?

kenapa aku begitu bodoh. begitu bodoh sehingga terjun ke lubang yang sama dua kali?
kenapa aku begitu bodoh dan tidak mampu belajar dari pengalaman lalu?

kenapa aku begitu baik melupakan kepedihan dan kesakitan, dan kenapa begitu bermurah hati menawarkan diri untuk mengulang satu kesilapan dulu? lupakah aku pada sukarnya bangun kembali?

kenapa aku lalai?

bukan aku mempersoalkan takdir. bukan aku merajuk dengan ketentuan. tapi aku kecewa dengan diri sendiri. aku kecewa. kalau saja masa boleh diputar. aku hanya mahu ulang waktu itu sahaja. keputusan yang aku buat lima minit itu yang bakal merubah segala. ya Allah, bagaimana lagi mahu aku ungkapkan kekesalan ini ya Allah?

sebelum ini dugaan lagi teruk aku boleh hadap. tapi kenapa kali ini tidak?
ya Allah, apa jua dosaku ampunkan..
sungguh, tidak ada walau seorang yang benar mengerti.. aku tidak mahu percaya siapa-siapa lagi ya Allah. tidak ada yang faham. tidak ada yang dapat membantu. seluruh pengharapan aku cuma disandarkan padaMu. semoga peluang kedua itu aku tidak silap mengambil keputusan. ya Allah, Engkau Maha Mendengar.. aku yakin Engkau mendengar doaku.. ya Allah Engkau Maha Mengetahui, aku yakin Kau tahu betapa sakitnya hati aku.. ya Allah Kau Maha Berkuasa.. aku yakin dengan kuasa Mu tidak ada apa yang mustahil. ya Allah jika ada rezekiku permudahkanlah. jika itu hak aku, perkenankanlah. permudahkan. permudahkan. kurniakan.

namun ya Allah, jika yang berlaku sebaliknya, jauh tersasar dari apa yang aku harapkan, maka tabahkanlah. redhakan lah hati aku. kuatkan aku.

ya Allah, aku tahu ujian ini untuk mendekatkan aku denganMu. aku tahu, ujian ini untuk menguji iman. maka ya Allah, aku redha. namun, jika kau datangkan ujian ya Allah, datangkanlah bersama-sama dengannya satu kekuatan.. ya Allah, aku hambaMu yang lemah. jangan tinggalkan aku

Saturday, November 02, 2013

jangan perasan_

#bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum, peeps :)

hati yang tidak tenang sehari dua ni. usaha memujuk hati. usaha mencari udang dan kerang di sebalik timbunan char kuey teow yang nampak macam sedap tapi kedekut lauk akhirnya (inshaallah) di temui. buatkan saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan anda. mungkin dari hati ke hati.
tersedak sekejap. bukan hati ke hati mungkin dari tulisan ke pembacaan. eh. direct sangat. lantaklah dari mana ke mana pun. 

eh, di mana kita tadi, mak saya tetibe panggil suruh buat gulai ayam. err.

baiklah. bila kita bercakap tentang pelajaran. kejayaan atau kegagalan. sedar ataupun tidak, ia bukan hanya bergantung kepada faham atau tidak kita terhadap sesuatu topik atau subjek itu. sama ada cerdik atau bodoh. bahkan bertoleransi ataupun tidak cikgu atau pensyarah yang mengajar kita itu namun sedar ataupun tidak sedar ia juga berkait rapat dengan keberkatan.

dan keberkatan ini pula terbahagi la dia kepada beberapa jenis.

kerana apa? kerana ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak akan menerangi hati-hati yang berbuat maksiat (perkara dosa).

boleh jadi keberkatan itu daripada restu ibu ayah dan guru kita, boleh jadi keberkatan itu berpunca daripada terjalan atau tidak amanah yang kita galas, boleh jadi keberkatan daripada doa orang sekeliling kita, boleh jadi keberkatan daripada hubungan kita dengan manusia lain, boleh jadi keberkatan daripada restu makhluk-makhluk lain yang di samping kita, dan pastinya yang paling penting keredhaan daripada Rabb kita.

mari kita cuba sentuh satu demi satu.

keberkatan daripada restu ibu dan ayah. seperti kita sedia maklum doa ibu tiada hijabnya. namun, fikir lah kalau ibu saja sudah sakit hati dengan kita, bagaimana? kalau ayah pun tak pernah kita tanya khabar,, buat dekk je pun macam mana? redha Allah pada redha ibu bapa kita. kalau kita nak Allah redha maka patuhilah nasihat kedua mereka. dengar kata mereka, sumbanglah bakti, bantulah dan doakan lah mereka sentiasa. kalau tak mahu Allah redha sila la cari di ceruk dunia angkasa mana yang bukan milik Dia, oke, boleh kemas luggage Polo uols, mohon pindah dari dunia ciptaan Allah. terima kasih.

amanah. biasanya yang terlibat dalam soal kepimpinan. tidak kira la di mana saja anda berada, jawatan apa saja yang anda pegang, kalau sempurna terlaksana tanggungjawab anda percayalah kata saya, senang saja untuk anda mendapat keputusan yang tinggi. kerana apa, Tuhan akan membantu hamba yang membantu agamanya. kalau benar, kalau betul cara pelaksanaannya maka benar dan betullah kita di jalannya. maka Tuhan tak teragak-agak nak tolong kita balik. sesibuk mana, setidak ada masa mana (oke mohon cikgu BM duduk bertenang saya tahu bahasa saya teruk) pasti kejayaan di hujung jari. man jadda wa jada. sape yang berusaha dia dapat la hasilnya. dan usaha itu Tuhan yang nilai.

katakanlah pula anda ni bukanlah sesiapa di dunia. ewah acah sedih pulak. tapi anda masih ada tanggungjawab, masih ada amanah. apa dia? untuk menjadi seorang hamba yang patuh pada Tuhannya. cis ayat cliche. :p kalau anda pandai, jangan acah sorok nak simpan sorang je kepandaian tu, tak rugi ajar orang lain. lagi bertambah ilmu kita adalah.

doa orang sekeliling. kalau kita baik-baik dengan orang mesti ada la kalau tak sepuluh orang, ada la sorang yang doakan kita. dan doa ni pulak bukan tunggu tadah tangan dulu. kata-kata pun satu doa. gerak hati pun boleh jadi satu doa. dan kita tidak tahu masa mana yang Tuhan nak perkenan doa kita atau, sesiapa yang berada bersama kita. kita berhubungan, berukhuwah atau bersilaturrahim dengan mereka-mereka yang lain, kena cara alhamdulillah. tapi saya ingatkan diri saya dan orang lain, selalunya memang macam-macam mana sekalipun, matlamat tak menghalalkan cara. ini konsep yang perlu di teliti. mungkin nanti ada masa, ada kefahaman yang lebih saya akan kongsikan perihal ini.

bercakap dengan hubungan dengan makhluk lain, bukanlah bermaksud saya seru anda nak puja jembalang ke nak pegi bela hantu atau berebut saka peninggalan nenek moyang.. maknanya di sini, dengan flora dan fauna. cis. flora dan fauna tu ayat bombastik juga tu. ewah. kalau jumpa kucing tengah jalan free-free kau tuang air panas atas badan dia, kalau jumpa je bunga lawa sikit tangan tu gatal nak petik tak kira tempat tak kira masa, nah terimalah akibatnya. nak tahu apa, cub.. ehh, tak payah la buat.. ye, jangan buat. jaga lah diri kita, jaga juga apa yang berada di sekeliling kita.

akhir tapi tak kurang hebatnya (omputes kata : last but not least ewah ewah), ialah keredhaan Allah.. yang di atas pun adalah antara faktor untuk menggapai redha Allah sebenarnya. cuma ini to make it strong. hehe. apa dia? cuba tanya berapa kerap kita baca alQuran. bole dapat tak tiap-tiap hari tu atleast sepipi yang kita baca? solat sunat, kalau dalam sehari, boleh dapat tak paling kurang dua rakaat sunat taubat atau rawatib, atau sunat hajat yang kita buat? qiamullail, dalam sebulan, boleh ke kita istiqamah bangun paling tidak sekali? majlis ilmu atau mendekatkan diri dengan ilmu, berminatkah kita untuk baiki ilmu agama. kemungkaran, kuatkah kita mencegah? dan kebenaran, kuatkah kita untuk mendedahkan?

antaranya. 
antaranya. sedangkan banyak lagi perkara baik untuk kita buat, dan banyak lagi perkara jahat yang boleh kita tinggalkan..

maka dengan ini, cuba duduk sebentar. mana yang berjaya dengan cemerlang, cuba lihat satu-satu. saya yakin kalau tidak semua, pasti majoritinya anda lakukan. kepada yang tidak berjaya, (malas laa nak sebut gagal kan) kalau tidak semua, pasti ada salah satu yang anda langgar. kalau tidak langgar secara kaw-kaw, pasti ade la sipi-sipi atau sikit-sikit anda langgar.

tumbuk dinding ke tu bang?

baiklah, sesi untuk yang gagal dalam kehidupan (sadis gile bunyinya)
heheh. jangan risau. selagi hayat di kandung badan, masih ada masa untuk kita perbaiki diri. masih ada masa untuk mintak maaf dan bertaubat. terimalah teguran sayang daripada Tuhan anda. bersyukurlah jika kita masih disedarkan. bersyukur kerana kita masih diingatkan, langsung ditegur atas kekhilafan. dunia punye hukuman baq hang, lagi la bagus daripada Allah tangguhkan hukuman di akhirat, nauzubillah.. mungkin ada yang bertanya, ala yang tu perangai macam setan hidup senang lenang je, kaya je, senang je, pandai pulak tu, hah.. jangan ingat semua kebaikan yang Tuhan tabur tu sebagai ganjaran, kebaikan dan kesusahan dua-dua ujian... mungkin hukumannya ditangguhkan, kita pula dibayar cash. bersyukurlah. kalau kita lihat dengan mata kasar, senyum sajalah, tapi jika kita lihat dengan mata hati, inshaallah mampu berjaya :)

dan mohon yang mana suka perasan kejayaan tu sebab usaha dia sendiri, mohon selam kepala dalam baldi 1 minit dan sedarlah, buka mata lihat dunia sebenar. kepada yang sedang frust sebab kegagalan, mohon baring sekejap dalam 2minit, jangan lama-lama takut tertidur, pastu bangun. dan yakinlah anda juga mampu bangun dan berjalan seperti biasa dari kegagalan, sebagaimana anda mampu bangun dari perbaringan sebentar tadi.

heh.

erm. last question, saya bole start isi borang jadi motivator tak? winkwink

*gelak*

maassalamah :D

Friday, November 01, 2013

monolog_

hai
hey.. *senyum siket*

how was it?
ok, macam yang diharapkan, lulus semua paper

lulus?
yup, lulus paper yang paling takut fail

cgpa?gpa? ok tak
err..turun. giler.

ok la still DL kan?
*angkat kening* dengan harapan. cgpa masih

okay faham
kan.

erm.. tapi, kenapa?
kenapa apa? 

kenapa nak kata masih ada harapan?
sebab masih ada pintu usaha

kau yakin ke? tak takut?
kenapa? kau nak kata aku tak bersyukur?

yeah, u know well
yeah I know. aku tahu. walau ada yang tahu, tapi aku sorang yang rasa macam mana nak hadap semua bnda ni. aku tahu orang akan kata, alah xdapat dekan je nak bising. tapi orang rasa tak ape aku rasa?tak kan? aku tau entah betul entah tidak tindakan ni.. tapi *lama*

tapi ape? 
kalau ini yang dinasihatkan mereka-mereka, kalau ini saja jalan terakhir usaha aku, aku terima

maaf la, tapi kenapa nak sedih sangat? result ok ape?
sebab tu aku kata, kau tak faham.

macam mana aku nak faham kalau kau tak crita?
ape kau rasa kalau kau jatuh dari tingkat 15? 
sakit la wey kalau tak pun, mati
kalau tak mati? 
patah tulang.
sakit tak?
sakit la
nah, aku la tu.. mmg aku tak mati tapi hidup sakit. susahkan orang pulak nak kena jaga.. kau faham tak?

*tarik nafas* sabar lah
aku tengah sabar la ni.. tengah terima hakikat. kalau aku hidup sorang diri takpe. kenapa aku jadi teruk sangat? jatuh tinggi sangat? aku main-main ke?

*gosok bahu* sabarlah.. muhasabah la.. mana salah. mesti ada
*tahan esak* aku tahu. ada amanah aku tak jalankan dengan sempurna. ada banyak dosa. aku takleh fokus. aku tak belajar daripada salah aku bertahun lepas. aku ikutkan emosi.. aku tak usaha.. aku. aku... kufur nikmat Dia dah bagi.. kenapa aku tak pernah belajar salah dulu? kenapa?

ish.. sabar.. 
sabar la ni.. 

kalau macam tu, buatlah.. elok juga istikharah, mintak tetap pendirian.. solat hajat banyak-banyak.. inshaallah kalau ada rezeki.. dan, baiki niat.. jangan lupa :)
cuba.. 

dah. cool down
*kesat air mata*

Monday, October 28, 2013

sisi pandang : industri VS agama

assalamualaikum wbt..

hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi satu pandangan berkenaan satu isu : kaitan beragama dan industri foodservice dan hospitality.

saya yakin dan percaya kita semua faham benar, sebut sahaja hotel besar, pasti terbayang arak. pasti terbayang ada kolam renang. pasti terbayang staff-staff front of the house yang pastinya tidak bertudung, seksi dan sebagainya. atau, sebut saja hotel bajet murah, pasti agak sinonim dengan mak-mak ayam yang menjual 'anak-anak ayamnya' atau tempat melampiaskan nafsu muda-mudi, bahkan juga golongan yang sudah lanjut usianya. dan bercakap pula tentang kedai makan, atau mana-mana foodservice establishment, pasti bangkit stau isu : halal atau tidak. bersih atau tidak, selamat atau tidak. dan yang tidak kurang popularnya : ke mana duit itu akan dilaburkan.

satu cabaran besar buat mereka dan juga saya yang beragama Islam, yang berkecimpung dalam industri sebegini. namun, syukur juga kerana setakat ke hari ini, mentaliti masyrakat telah sedikit demi sedikit berubah terhadap sektor ini (kenapa aku rasa macam buat karangan BM ni?) 
bila sebut hotel, at least masyarakat takdelah memandang serong sangat. serong sikit tu masih ada lah lagi, tapi kiranya cukup la kelegaan di pihak kami. hehh heh. 

tapi hakikatnya, cabaran itu yang perlu disahut oleh mereka-mereka dan aku yang terlibat dalam industri ini. bagaimana mahu berhadapan dengan budaya kerja yang kebanyakannya tidak benar-benar menghormati prinsip Islam. bukan tidak ada, ada saja yang tempat bertaraf banyak bintang yang tidak mewajibkan pekerjanya untuk seksi, untuk membuka tudung masing-masing.bukan tidak ada, malahan ada saja tempat yang mewajibkan chefnya memasukkan sedikit arak ke dalam setiap hidangannya. dan kta yang tukang makan ni, main makan sajalah. takdenya nak check tempat atau hotel tu disahkan halall atau tidak segala makanannya. yang kita tahu, baik makan hotel, confirm penyediaan yang bersih. dan makanan sedap. memang, memang sedap dan bersih tapi faktor campurtangan arak ke dalam makanan itu perlu di ambil berat.. 

ada satu kisah. tidak ada niat saya untuk menjatuhkan maruahnya, jauh sekali untuk membuka aibnya. namun sekadar berkongsi kisah, untuk kita jadikan rujukan bersama, inshaallah. (dan kepada individu yang saya ceritakan ini, jika anda membaca, saya minta maaf.)

sekali pandang, si fulan ini seorang yang baik. solat selalu di awal waktu. di mana saja dia berceramah. nampak saja perkara yang tidak kena di matanya terus saja terhambur kata-kata teguran. nampak saja perkara mungkar dia lah orang pertama yang lari. jauhkan diri. tidak bagi kerjasama. dia cuba mempamerkan identiti atau sikap untuk mengajak orang lain mendekati akhlak yang syumul. namun, apa salahnya sehingga rakan-rakannya tidak selesa justeru menjauhi dirinya. oh. lupa. dia juga seorang pelajar dalam bidang ini, bidang food and hotel lah. maka, faham sajalah. bilamana kehadiran seorang yang kelihatan 'warak' kelihatan bagus, jika tidak kena cara penyampaiannya maka automatik dalam area ini akan disisihkan. mudah kan. ya. mudah bagi orang lain dan susah bagi individu itu sendiri.

sambung cerita. 
namun, sebenarnya mereka yang terlibat dalam industri ini tidaklah sekeji itu. terpulang juga kepada pembawakan individu yang katanya mahu membawa Islam itu sendiri. ya benar,dia selalu solat di awal waktu. bagaimana rakan-rakannya tahu? kerana apabila ada kelas yang waktunya 12-3, berkumandang je azan zohor dan pensyarah berhenti mengajar, maka dia pun lesaplah. setiap kalinya begitulah. dan hampir habis kelas baru masuk semula. lama nya munajat atau lokasi masjid yang agak jauh daripada kelas? 

kelas serving. sesi terakhir ialah sesi server itu yang akan membantu geng memasak di dapur untuk melahap. dan bayangkanlah jiwa muda, apabila terpaksa 'berlakon' formal di hadapan guest, dengan keadaan yang diri sendiri lapar (ambil contoh bulan puasa), maka sesi melahap makanan sampai licin atau sampai perut memboyot ternyata satu sesi yang sangatlah menggembirakan dan memberi seribu makna. cewah.  maka dalam kegembiraan dan kegegak-gempitaan tu tanpa diduga satu hari dia bangun dan berdiri di atas kerusi lalu berceramah-jika tidak silap tentang adat makan, kisah nabi, ah, begitulah. maka yang mana baru sahaja menyuapkan nasi ke dalam mulut, tidak sempat menutup mulutnya, nasib baik tidak ada lalat yang masuk ke dalam mulutnya bagi di kunyah bersama-sama. dan mereka yang sedang galok ketawa maka juga stay dalam keadaan ternganga lalu mulut di tutup perlahan-lahan. 

dan tidak kurang pada suatu hari dia membantah sekeras-keras dan mengeji perbuatan rakan-rakannya untuk menganjur satu program pameran, dan juga satu lagi program bersosial, iaitu beriadhah bersama-sama. katanya melalaikan. dan tidak membawa kesan yang baik untuk agama. dia mengeji dan membenci kemungkaran, namun cara penolakannya juga dia memilih dengan bahasa yang keji. tanpa dia faham skop dan konsep asal pelaksanaan. tanpa dia melihat keseluruhan aspek Islam. dia pandang fardhu ain, namun seolah dia menolak fardhu kifayah.

dan terbaru, khabar daripada teman, cerita praktikal. betapa untungnya dan besarnya rezeki dia apabila ditempatkan di satu tempat untuk menjalani practicum di satu syarikat yang paling besar, dalam banyak-banyak pilihan yang kami ada. sesi pertama sudah tentu minggu orientasi. dan satu slot di dalamnya ialah apabila di bawa mereka menjelajah seluruh kawasan working-area. lalu sahaja di tempat arak, dia terus tidak tentu arah dan berdalih keluar untuk bersolat Asar. pastinya staff yang mengendalikan slot itu tidak mengizinkan-bukan kerana tidak beri waktu solat namun slot masih belum tamat, nanti dia juga susah tak kenal itu tak kenal ini- namun dia berkeras dan tetap mahu menunaikan solat. malas melayankan maka dia di beri kelepasan. dan tertanya juga, lewat sangat ke habis waktu lawatan, jawabnya teman, pukul 5.30 petang dah habis sesi. oh. takde la lewat mana, kata hati aku lah. namun, mungkin lewat bagi orang yang selalu solat awal waktu.

namun, cop. setahu aku, dengan ilmu yang tidak banyak mana tentang agama, antara pengecualian yang ada untuk menangguhkan solat ialah semasa kita menuntut ilmu.

andai kita mencuri masa sedikit untuk bersolat, dalam keadaan kelam kabut, masih mampukah kita untuk khusyuk? pasti hati kita terkejar-kejar, dan tidak dapat bertenang dan fokus pada solat. kecuali kalau memang organisasi itu tak benarkan kita solat lainlah. 

dalam konsep ini, mereka-mereka golongan yang giat memperjuangkan agama, atau sepatutnya seluruh muslim yang terlibat dalam industri sebegini seharusnya mempamerkan contoh yang baik. mintak izin dan pergilah bersolat seperti yang dijadualkan. jangan lah tinggalkan kerja kita di waktu peak hours, semasa semua orang tengah sibuk, semasa kita diperlukan, jangan lah sewenangnya tinggalkan kerja. tolong faham dan bezakan di mana waktu kita boleh meminta izin keluar untuk bersolat, benar, agama dan solat itu yang utama namun, gunalah akal. ada waktu kita dibenarkan untuk melewatkan sedikit solat. fikir dengan rasional dan penuh ilmu.

pendekatan kita. kalau benar mahu menegur, tegurlah dengan cara yang baik. yang paling penting, diri kita dahulu yang perlu menunjukkan sikap yang boleh dicontohi. kepimpinan melalui teladan adalah yang terbaik. jika kita pun tidak betul namun sembang punye la kencang nak suruh orang 'kembali ke pangkal jalan' jangan harap orang terima. benci adalah, mungkin.

dan dalam industri sebenarnya kita benar-benar perlukan golongan umat yang berkualiti untuk mengajak industri kembali kepada pangkalnya. untuk membiarkan Islam didirikan di dalamnya. perlu. dan dengan cara yang betul.

lupakah kita, jika kita tidak dirikan agama di dalam diri kita, bagaimana kita expect untuk agama itu berdiri di dalam masyarakat dan negara kita?

sama-sama fikirkan.

Saturday, October 26, 2013

_suci ::::

semua tunduk. diam. warna. 
takut la tu 'cikgu baru' masuk... baikkk je semua. haha. 

hurmm.. lepas siap, terus aku kata, letak semua atas meja cikgu nak tengok.
semua letak atas meja. bagus. ada yang dengan konfidennya tunjuk, ada yang tutup-tutup tapi still nak tunjuk. macam-macam. dan tak kurang ada yang berani tanya : 
cikgu cikgu cantik tak kite warna?

errr.. nasib baik yang tanya tu yang warna cantik. kalau tak buat haru juga cikgu nak jawab :P
jujur kan, kecik hati. kalau tipu kan bahaya di masa depan :D
haha.

tak lama. lepas dia tengok cikgu dia tu baik hati (ye lah, masuk lif tekan la sendiri, takkan la nak suruh orang tekankan) maka mulalah episod menunjukkan watak sebenar. dia dah rasa ngam tu terus saje melalak sana melalak sini. cikgu pun ape lagi, melalak la same. kahkah. sungguh tidak sopan. namun apakan daya, cikgu terpaksa murid-murid. kalau cikgu tak melalak jawabnya baik cikgu takpayah datang mengajar, korang je belajar sendiri. ewah. ayat tacing katanya. 

biasa lah. ada yang tanya,
cikgu kucing warna ape
cikgu ayam warna apa
cikgu kenapa arnab ada banyak telinga (padahal yang banyak tu daun pokok sebelah telinga arnab)
cikgu itu cikgu ini.

tak kurang yang tiba-tiba bergaduh. sebab kawan nak tiru dia mewarna,
aduhai. mewarna pun nak tiru.

ada yang taktahu
cikgu, saya tak reti nak tulis
cikgu huruf a kecik macam mana

cikgu cikgu dia kenak (kacau) saya
cikgu tengok dia ambik kaler (pensil warna) saya 

ada yang masih pelat 

: ikgu ikgu ite tok key (tok sey) wat inih 
oloooohhh ayoh ooo (oloohh payahnya)

aduhai. macam macam..

mengeja enam perkataan. mewarna. siap warna cikgu mark.
cikgu mark cikgu bagi bintang
pastu mula la sibuk dok compare dapat berapa bintang

ada jugak, dia dapat tiga bintang, kawan dapat empat bintang.
datang meja cikgu,
ikgu, ikgu, ulih aye nok amboh atu intang ikgu?
(cikgu boleh saya nak tambah satu bintang cikgu?)
aduh.
boleh pula.
cikgu kata, boleh, g kaler comei sikit
dia balik ke meja,
datang semula, okay cikgu bagi sebab usaha (bukan sebab warna makin lawa)

cikgu jalan-jalan. tiba-tiba, cikgu, ado ore mari (ada org datang)
punye la cikgu terhendap-hendap ke luar kelas nak tengok sape datang,
rupanya yang datang tu kawan dia yang nak suruh cikgu marking
oh. datang ke meja cikgu rupanya.

aduh. komplikated betul.

hari seterusnya cikgu pening kepala. ramai pulak yang datang. nak handle 30orang kanak-kanak 5,6 tahun. pening kepala cikgu. sakit tekak cikgu. boleh demam cikgu macam ni. 

sebenarnya saya cerita bukan untuk suka-suka, tapi untuk kita sama-sama berfikir. 
banding. muhasabah. 
bagaimana keadaan kita yang dulu. bagaimana keadaan kita yang sekarang. 
cuma saya tidak mahu ulas. terpulang kepada ulasan anda sendiri.

assalamualaikum wbt :)

Monday, October 21, 2013

:::: tikam belakang

assalamualaikum wbt..

dalam jangka masa terdekat ni, banyak kali saya dengar tentang kisah tikam belakang. ada la beberapa kawan yang mengalami kisah begini. dan mereka berkongsi kasih kisah mereka.

well said, sebenarnya tiada apa yang perlu dihairankan dalam kes ni. walaupun saya kurang faham kenapa manusia mesti ada sifat cemburu dan sifat mahu menjatuhkan. dan perkara yang paling sadis ialah apabila saling menjatuhkan sesama sendiri.

cerita kisah saya, tikam belakang setakat ni alhamdulillah.. cubaan selama ni setakat ni berjaya dipatahkan. pernah juga kena tapi nasib baik la dengan ilmu taekwondo yang saya ada, maka tak heran sangat la.. dia datang nak tikam tu kite dah rasa-rasa je macam ada orang kat belakang.. kita pusing kasi je balik back kick siket. pastu bersedia. pastu kasi siket lagi side kick dan slapping kick, double crescent kick siket, punch tiga kali, pipi kiri dan kanan, satu di perut. jatuhkan pihak lawan. lock movement. settle. haha.

acewah cakap besar.oke la..

 alhamdulillah setakat ni bagi kes saya, saya tidak pernah kena yang parah pun lagi.
kalau kena gayanya meletup gunung berapi kite taktau. hah. katanya.

baiklah kembali kepada topik perbincangan.
biasanya situasi ni terbahagi kepada beberapa kategori. sama ada yang sama taraf menikam belakang rakannya, atau yang lebih tinggi menikam belakang orang yang lebih rendah pangkatnya atau juga, yang mana kau kira jarang-jarang dan 'rare' la berlaku ialah yang bawah tikam belakang yang atas.

dan pastinya tikam belakang ni satu je motifnye : dendam atau tidak puas hati atau yang sewaktu dengannya.

tidak puas hati yang di pendam. itulah yang membawa kepada perkara berlarutan. apa salahnya jika ada perkara yang kita tidak puas hati kita suarakan terus? mungkin ada beberapa salah faham dalam pemahaman dan anggapan kita.. kerana manusia berbeza. dalam berkomunikasi secara tidak verbal (direct translation pon boleh) macam-macam perkara boleh menjadi haru-biru kalau kita gagal memahaminya. maka dengan itu, lebih eloklah jika kita bertanya untuk memastikan yang kita tidak salah faham. tanyakan sebab mengapa dan kenapa dia berkelakuan atau mengambil tindakan sebegitu. simple. dan jujur adalah elemen yang paling penting dalam hal ini.

pelik. kenapa mesti ada perasaan hasad dengki? mengapa mesti ada tidak puas hati.

mungkin sebab satu hakikat yang susah untuk diterima oleh kita semua bahawa setiap orang ada lebih dan kurangnya masing-masing. tapi sayang, biasanya kita selalu nampak kurang kita dan selalu nampak lebihnya orang lain. selalunya rezeki atau pun kelebihan mahupun kesenangan di pihak kita tidak nampak, tapi kesenangan dan kelebihan orang lain yang kita selalu nampak dan dengkikan -walaupun kadang-kadang pada hakikatnya kelebihan atau rezeki atau kesenangan kita lebih jauh banyak berbanding orang yang kita dengkikan. tidak bersyukur. mungkin itu ialah frasa yang paling tepat.

hidup bermasyarakat. hidup perlukan muafakat. jika tiada kesefahaman, jika alih-alih asyik nak cemburu, dengki sahaja punahlah muafakat kita.. bagaimana mahu hidup dalam sebuah masyarakat yang harmoni.
dan kebanyakannya lupa, bahawa hidup kita tidak boleh seperti kera sumbang. adalah harta sebanyak mana pun, atau sehebat manapun kita, hakikatnya kita masih perlukan orang lain untuk hidup.

saya analogikan..
benar. seorang yang kaya mampu makan sepinggan nasi dengan pelbagai lauk pauk yang sangat sedap. ada ayam golek. butter prawn, sotong paprik. hidangan penuh meja. jus tembikai.
namun, cuba kita lihat ke belakang. sekaya mana pun dia, tanpa petani dari mana lagi beras boleh di cari? tanpa penternak ayam bagaimana mahu makan ayam golek? tanpa nelayan bagaimana pula dia boleh merasa seafood?
tak usah cerita pasal orang gaji atau apa, yang penting hakikatnya hidup kita penuh dengan kebergantungan.
dan, walaupun mati kubur sendiri, agaknya boleh atau tidak mayat kita yang sudah mati mandi sendiri, solatkan diri sendiri dan uruskan jenazahnya sendiri?

senang.

jadi, mengapa lagi perlu kita semai dan manjakan sikap cemburu dan hasad dengki?
dan mengapa pula sampai kita sanggup menikam belakang teman sendiri?
kuat sangatkah kita? hebat sangatkah kita?
tidak berguna sangatkah teman kita itu?

apa juga jawapan anda, buatlah semahunya.
bicara tentang balasan, kalau tidak di dunia di akhirat itu pasti,

dan akhir sekali, percayakah kita karma itu ada?

renung-renungkan..

Saturday, October 19, 2013

_doa

bismillahirrahmanirrahim..

bila sebut tentang doa, biasanya biasa dilakukan. kebanyakannya, sepanjang masa. tak kurang juga yang buat bila mana terdesak saje. :)

dan kebiasaannya juga, tidak dinafikan dalam hati kita, kadang-kadang kita berdoa, tetapi kita seolah-olah tidak yakin dengan doa. kadang-kadang timbul persoalan dalam benak kita, betul ke boleh makbul doa.

cerita lah sedikit.
saya teringat sewaktu saya sembang-sembang dengan kawan-kawan.
masing-masing pun kadangkadang tidak sedar apa yang dikatakan, saya juga kadang nya begitu juga.
dalam bersembang hari tu, ada seorang kawan yang memperkatakan sesuatu (lupa apa yang dicakapnya) , jadi saya kata : haa, cakaplaa. kata-kata tu doa.. ni malam, doa makbul..
ada pula hari lain, kami bersembang sewaktu hujan. saya kata juga : haa, kata laa.. hujan-hujan ni doa makbul. entah kenapa tiap kali bersembang dengan dia pasti waktu itu 'doa makbul'. hehe.
sampai satu ketika dia cakap apa? 'kau ni setiap masa je doa makbul kan?" hehe..

betullah. kita tidak tahu bila masanya Tuhan nak memperkenankan kata-kata kita (sekali lagi kata-kata itu satu doa).. jadi, jagalah percakapan kita.

baiklah. kembali kepada topik.

saya terdengar dalam satu siaran televisyen baru-baru ni, yang mana seorang ustaz (tak pasti pulak sape sebab ye la kan terdengar so xkenal la suaranya sape) beliau berkata : kalau kita berdoa dalam keadaan yang tidak yakin dan ada rasa yang doa kita tidak akan diperkenan, maka doa itu tidak makbul.

terkedu juga saya. 

bila difikir semula, Allah itu Maha Mendengar, Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.. 
apabila Dia Maha Mendengar, pastinya setiap doa kita Dia akan dengar.. apabila dia Maha Berkuasa maka dengan kuasanya segalanya tidak mustahil. apabila dia Maha Penyayang dan Mengasihani  maka sudah tentu dia akan kasih dan kasihan kepada hambanya yang selalu berdoa. satu.
keduanya, wajib bagi kita umat Islam untuk mempercayai dan meyakini segala sifat-sifat kebesaran Allah. maka dalam skop ini, wajiblah kita meyaini bahawa Allah itu Maha Kuasa yang mampu mengabulkan apa-apa sahaja doa kita.. kerana Dia yang mengatur segala..

namun walau begitu, Dia juga Maha Mengetahui... kadang-kadang kita minta lain, lain pula yang dapatnya.. sebab apa? sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. kadang-kadang doa kita, apa yang kita harapkan ialah satu bnda yang bakal membawa keburukan di masa-masa hadapan, maka Dia gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada itu.. bukan doa tidak dimakbulkan, justeru doa kita dikabulkan dengan cara yang lebih bagus dan kita diberi lebih dari apa yang kita minta. cuma perlu, selongkar hikmah.  lapangkan dada. pasti bertemu jawapan dan tiada penyesalan. inshaallah.

jadi, kesimpulannya..
tegarkan keyakinan. teguhkan pengharapan.. 
berdoalah. merayulah dan mintalah kepada pemilik mutlak sekalian alam semesta 

:)

siiru 'ala baarakatillah, inshaallah :)

Wednesday, September 25, 2013

dimensi_

kata pujangga, hidup ini ibarat roda, terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah.

kata pepatah arab :
yadul 'ulya khair minal yadul sufla
(tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang di bawah)

kata lagu nasyid hijjaz :
hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang itulah lukisan alam..

kata aku :
bila kita di bawah, masa itu kita menerima.menerima pemberian dari segenap penjuru. terima dan terima sampai kadang-kdang rasa juga malu. malu kerana asyik menerima tapi tidak mampu untuk memberi sebagaimana kita menerima.

namun kadang-kadang kita tidak sedar, dalam kita menerima, dalam keterbatasan kita sebenarnya kita mampu memberi.

kerana pemberian selalunya tidak berkaitan dengan materi, atau duit. persembahkan budi yang baik, tutur kata yang sopan. hormat. itu juga memberi. kata pepatah melayu, orang berbudi kita berbahasa. kata pepatah inggeris : give and take.

simple.

tidak mengapa miskin harta asal jangan miskin budi bahasa. tidak mengapa tidak punya apa-apa asal lidah tahu dijaga. tidak mengapa kalau dicaci merata asal maruah terpelihara.

berbalik kepada cerita roda tadi, mungkin di fasa ini kita di fasa menerima. jadi, terimalah. seadanya. tanamkan azam dalam diri. jika sekarang kita tahu peritnya kita yang perlu menerima dan meminta saja, biarlah usaha tinggi sikit, lebih sikit daripada orang lain. supaya kelak di masa hadapan, kita pula jadi orang yang memberi dan tika itu, kita akan lebih ikhlas memberi, kerana kita sudah tahu jerihnya menerima.

:)

siiru 'ala baarakatillah (berjalanlah di atas keberkatan Allah), inshaallah

Tuesday, August 06, 2013

entry raya

Assalamualaikum peeps :)

sedar tak sedar ita sudah tiba di hujung Ramadhan.. ikutkan kalendar, esok sehari je lagi kita akan berpuasa dan lusa maka tibalah hari Raya.. bila sebut tentang hari raya, macam-macam pula la ertinya kepada kita semua.. tapi yang pastinya, apa erti sebenar hari raya?

dipanggil eidul Fitri, dalam bahasa arabnya, yang mana bahasa melayunya maknanya lebih kurang bunyinya satu perayaan yang meyambut kita kembali kepada fitrah. fitrah ape? nah, berkesinambungan la daripada Ramadhan, di mana kita semuaaa tahu Ramadhan ni merupakan satu bulan yang lebih sinonim dengan panggilan pesta ibadah. Allah azzawajalla tutup semua pintu neraka, Allah buka seluas-luasnya pintu Syurga. seksaan di kubur di hentikan seketika. pahala amalan berlipat ganda.. dan satu malam pula Alla anugerahkan malam Al-Qadr, di mana jika malamnya itu disinari dengan cahaya ibadah maka hamba itu akan dianugerahkan pahala beribadah seribu malam. subhanallah. sudah lepas atau belum malam alQadr, wallhua'alam. semuanya rahsiaNya..

nak dicerita, bila dah tumtamtumtam pahal banyak semua, pastinya sebulan Ramadhan jika digunakan sebaik mungkin oleh hamba yang bersyukur, maka melayanglah segala dosa-dosa, meningkatkah pahala amalan.. maka setelah sebulan, kembalilah manusia kepada fitrahnya, suci bersih daripada dosa dan noda... dan kita juga tahu dan diberitahu bahawa dibahagikan Ramadhan kepada tiga bahagian, pertamanya rahmat, di tengahnya keampunan dan terakhir fasanya pembebasan daripada api neraka. semoga kita berjaya meraih kesemua segmen dan berjaya sebagai produk Ramadhan paling berkualiti, iaitu seorang mukmin yang bertaqwa, in shaa allah~

saya tertarik kepada tweet seorang kawan, si S, lupa dah ayat sebenar dia, cuma maksudnya, kenapa lagu-lagu raya semua sedih. sepatutnya lagu raya dan hari raya di sambut dengan kegembiraan, kerana kemenangan kita dalam menempuh dugaan dan berjaya menahan hawa nafsu. kejayaan kita kembali kepada fitrah insah yang suci.. kalau diperhatikan, takbir raya di Malaysia ni pun sayuu saje nadanya.. cuba Utube dengar takbir raya di tanah-tanah arab. feel nya takbir tu ade, tapi dia lebih kepada hibanya menyambut sebuah kemenangan. gagah bunyi lontaran suaranya. lain lah.

bukan niat nak kondem style Malaysia, cuma lagi la eloknya jika kita laungkan takbir raya dengan megah dan bunyi gagah, supaya seantero tahu bahawa kita umat Islam sudah berjaya. kita kembali kepada fitrah kita..  faham kan? jangan salah faham sudahh~

dan satu persoalannya, perasan atau tidak semakin hari ketenangan dan kesyahduan akhir Ramadhan, kehangatan Aidilfitri makin pudar. cuba ajak diri kita, muhasabah..

jika saya umpamakan kehangatan dan kemeriahan aidilfitri terasa bahangnya kerana kita benar-benar menyambut kemenangan kita menempuh sebulan Ramadhan dan kejayaan kita kembali kepada fitrah, adakah bahang aidlifitri sekarang tidak terasa kerana kita gagal menjalani dengan jayanya sebulan Ramadhan? adakah sia-sia Ramadhan kita atau bagaimana?

tidak perlu untuk orang lain menjawab persoalan itu, cuma yang perlu, kita tepuk dada, tanya iman sendiri...

salam akhir Ramadhan, salam Syawal :)

Tuesday, July 23, 2013

malam kareem

sesi menenangkan jiwa

sejak dua menjak ni kalau nak disenaraikan masalah-masalah yang terpaksa dihadapi banyak jugak lah.
penat jugak.
tapi alhamdulillah, nasib baik masih waras, masih berjaya hidup dengan jayanya di bulan Ramadhan yang mulia ini ! yeahh.

moral support. family. friends. thanks !
the best offer ever, sir J kata :
so, U nak I buat ape?

kak a, kak na, kak ipah kate : sabar..
dan ucapan paling panjang ::
abg shuk kata : sesungguhnya doa orang yang teraniaya ni makbul (gtu ke ayat dia tadi? kira betulla)


teraniaya ? takde lah.takde la teraniaya sangat sebenarnya..
cuma diuji siket. cuma ujian datang bertalu-talu. itu saje.

tuhan nak duga iman.
tuhan nak top up kesabaran.
tuhan nak tambah kematangan
tuhan nak tunjuk sape kawan sape lawan..

terima kasih Tuhanku..
terima kasih kerana datangkan ujian bersama-sama sebuah kesabaran dan juga ketabahan..

dan mengapa aku mengaku beriman sedangkan aku tidak diuji ?

*alhamdulillah ya ALLAH.. :')

Thursday, May 23, 2013

nasib baik atau untunglaaaaaaaaaaa atau?

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum.wbt

salam hari jumaat, selamat hari wesak :)

saya beri anda situasi :

SITUASI 1 :
nak balik kampung, bas Maraliner, a.k.a bas yang biasanya on time. di tiket tulis pukul 2petang. nak dibuatnya cerita kena pulak cirit birit pada hari kejadian. terlambat. sampai lambat. rasa 90% yakin dah haa bas dah gerak. on time kan.. pastu, kuatkan semangat kentalkan kepercayaan yang bas tak gerak lagi.. bila sampai stesen bas,, jeng jeng jeng.. rupa-rupanya mmg bas tak sgerak lagi. tetibe tayar  bas meletup and baru siap baiki.

maka biasanya kita akan cakap begini : fuhh NASIB BAIK laa tayar bas bocor tadi. kalo tak melepas~

SITUASI 2 :
anda baru lepas makan. kata awal tadi nak belanja kawan. dah warning dah kawan jgn bawak purse. tetibe lepas habes makan tu baru sedar yang tertinggal purse kat bilik ! dalam keadaan kelam kabut tetibe datang pula secret admire yang offer tolong bayarkan. terima sajalah dah kite pon tak bawak purse.

maka akan berkatalah kawan anda : UNTUNGLAA ada SA~

okay. sebelum kita teruskan saya ingatkan situasi ini adalah khayalan semata-mata.

baik.

nasib baik, untunglaa?

apa kata kalau bermula hari ini kita tukar,

untuk situasi 1 : tukar : ALHAMDULILLAH, bas tak gerak lagi..

bagi situasi 2 : tukar : ALHAMDULILLAH, ada orang sudi tolong..

:)

simple right :)

dapat pahala ;)


selamat mencuba, jom sama-sama cuba :D

______________________________________________________

nota kaki : perkataan tukar tiada kaitan dengan hal politik. sekian

cc : abe awi & k.na atas idea :)

Monday, April 29, 2013

word vs action?

#bismillahirrahmanirrahim :)

aku memandang dunia pada hari ini,
oh,
okay jauh sangat ea?
okay okay, orang-orang di sekeliling aku.
malahan tak berselindung kadang-kadang diri sendiri..
masa bercakap hamboii bergegar bukit semua tapi bila sampai masa kena buat?
suara cengkerik je dengarnya.
apa kono eh jang?

ada yang bercakap dan mempunyai pemikiran yang sangat luas dan bernas tentang kepimpinan, katakanlah. idea bagus, kata-kata osem, tapi bila kita lihat pelaksanaannya?
owh, kay.. maybe kita yang tak nampak dia bekerja, mungkin..
berbaik sangka, husnuzzhon~
rite ;)

ada yang nampak je salah orang, habes haa disembur sana sini
tapi habes je ayat terakhir yang dia sound, diri sendiri buat bnda yang sama,
it was like, errr????

mari.



mari kita sama-sama cuba seiringkan kata-kata kita dengan tindakan kita.

kurang berkata-kata takpe, asal tindakan tu berjalan..
bukan hanya bicara tindakan yang utama~

#nasyid: dunia yang lebih indah- firdaus#

Saturday, April 27, 2013

cemburu

*bismillahirrahmanirrahim~

aku tak faham kenapa perasaan ni harus di panjang-panjangkan dalam hidup manusia..
semua orang ada sifat cemburu.
aku pon ada,.
tapi,
apakata kita lupakan sahaja sifat cemburu itu?



sebenarnya untuk apa kita cemburu?
kita nampak luaran sahaja.. kita nampak hidupnya mcam fun.
gembira.
everything seems perfect!
tapi, kita pasti ke semua tu benar?
nampakkah kita masa susahnya?
nampakkah kita di sebalik gelak tawanya terlindung sengsara?

as for me,
no pointlah nak jelesy jelesy ni...

lagipun kita kena ingat,
apa-apa sahaja rezeki dan nikmat yang kita dapat,
semuanya dari allah selepas seseorang itu berusaha.
jadi,
sebelum dengki tu,
lihat dulu di tahap mana usaha anda dan di tahap mana usaha orang yang anda dengkikan tu..

itu skop kawan dengan kawan.

yang skop pakwe dengan makwe pon satu hal.
adeh.
katanya cemburu tanda sayang.
err?
tapi, kalo hangpa dah tahu cemburu tahap dewa
tak payah la nak berkapel ke hape,
buat serabut orang ja bila asyik2 gaduh dgn spouse msing-masing.
kalo betul suka kawen trus kan senang??

ni lagi satu kerja takde faedah. ish ish~

sepatutnya kita semai dalam diri,
sikap cemburu yang positif..

bagimana?
cemburu melihat orang buat kebaikan,
dan kita turut mempertingkatkan kebaikan dalam diri kita..
cemburu lihat orang berjaya,
maka kita tingkatkan usaha untuk sama berjaya..
bukannya lihat orang lebih,
laju saja kita mahu jatuhkan dia..

mari ambil masa sejenak untuk refleksi diri..

ayuh sama-sama buang sifat cemburu meng-khinzir buta *bak kata kakak saya*

till then, take care, jaga diri jaga iman ;)

Friday, March 22, 2013

udang yang di sebalik batu

assalamualaikum wbt :)
hai. aduhai pun.. lamanya tal ber-blog.. hehe :)
ehem..
dan hari ni kita nak cerita tentang udang yang disebalik mee...
udang ape?
udang galah ke udang harimau?
ke udang pengawal pantai? erk




owh, bukan larry
dan.
bukan....

maksud aku, ayuh kita cari dan selongkar hikmah dalam setiap yang berlaku..
banyak di sekeliling aku, yang aku dengar cerita sedihnya..
cerita tensionnya. cerita dukanya..
tapi sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan cerita aku aku lagi tension dan duka rasanya..
tapi dorang tak tahu cerita sedih tension duka aku maka dia rasa dialah wanita atau lelaki yang paling duka dan malang.

sedih. tension. rasa dikhianati. rasa hak dirampas. rasa semua menuding jari ke arah kita. rasa semua orang takfaham kita. rasa hanya kita seorang saja di dunia.. rasa kehilangan.. rasa ketensionan.. rasa tidak dipedulikan. rasa semua orang membenci.. rasa semua orang jengkel kepada kita.

cuba tengok balik, kenapa kita rasa begitu.
dan kalau betul, kenapa orang boleh merasa begitu kepada kita?
 salah orang tu ke sebab salah kita yang buat sampai orang rasa begitu kepada kita?

oh. dan berkata pula mereka. sesungguhnya aku tak diminta pun dilahirkan untuk dibenci dan dikhianati
maka anda menuding jari menyalahkan takdir ke apee?

relax bro :)

it is normal. NORMAL. normal untuk rasa tertekan. normal untuk rasa sedih. dan normal untuk menangis.
tapi thats not the matter!
bukan dengan bersedih mampu merubah nasib anda.
bukan dengan melimpahkan berjta-juta titik air mata mampu memulangkan kebahagiaan anda.
tidak.

cuba anda ambil masa dan cuba untuk reflek dirai anda.

tanya, sejauh mana bainya hubungan anda dengan tuhan anda.
sapa tuhan anda?
sapa tuhan kita?

dekatkah kita dengan Tuhan kita selama ini?
selama kita dikurniakan rahmatnya adakah kita ingat Tuhan kita?
adakah kita bersyukur?
adakah kita ingat Dia semasa kita sedang mengecapi kebahagiaan??

jadi, kalau semua jawapan nya tidak, maka wajar atau tidak tuan empunya HAK untuk mengambil semula pemberian Dia selama ini kepada kita..

kemudian kita bersedih. kita bersedih dan lagi lupa kepada Tuhan kita.
sedangkan Tuhan kita sudah berpesan kita, ujian itu untuk mendekatkan lagi kita kepadanya,
tapi sayangnya kita makin jauh dan jauh dariNya...
Dia rindukan suara kita merayu meminta kepadanya..

dan kemudian anda mempersoalkan, lamanya dugaan kita berjalan.. bila semua berakhir..
masyaallah..
tuhan suka dengar suara kita merayu, dah selama ni kita jauh, masa dia nak tarik kita dekat dengan Dia, kita tak sabar. kita pulak yang tak sudi berada di samping Dia yang sudi tabur cinta suci dan murni kepada kita untuk meraih cinta, kasih sayang dan perhatian manusia yang entah pape. yang pernah buat jahat kepada kita. kamon la bro,, hidup kita ni last skali mati jugak :)

Dia tuhan kita, dia pemilik mutlak kita..

dan kalau kita balik ke asal, Dia bagi ujian kepada kita pun sebab kita tak menghargai dan menggunakan nikmat yang dia beri dengan baik. betul tak?

kita ni yang banyak leka. kita ni yang lemah. di uji sikt dah rebah :)
bangunlah dengan bekal kasih sayang Tuhan kita..

bangun. muka mata. buka hati. kembali kepada tuhan kita. mengadu kepada Dia.
mengadu kepada manusia pilihan kedua, sebab manusia tak faham kitasebagaimana Tuhan kita faham kita..

sapa tuhan kita?
ALLAH :)

istighfar bro... mohon ampun. ikhlaskan niat. betul-betul khusyuk megadu kepada Dia.
inshaallah ketenangan itu milik kita kembali :)

siiru 'ala barakatillah~

Monday, December 24, 2012

perasan

assalamualaikum wbt. peeps :)

sape perasan angkat tangan?? heh heh..
mana ehh ade orang nak mengaku, kamon uols..
kan..

persoalannya, sape yang perasan,
hmm, sape minum ais dia la yang rasa bekunya otak *ambekk, buat perumpamaan sendiri, lallalala*

ramai orang perasan.. dia ingat dia la yang paling hebat..
dia fikir dialah yang boleh buat semua bnda..
dia ingat kuasa dia besar sangat..
dia ingat semua bnda dia boleh kawall..
dia rasa dia boleh buat semua..
dia PERASAN.
piiiiiiidah !

ingat la kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabat..
sape sangatla kita ni.. hidup kejap je atas dunia ni..
kita ni bukannya hebat sangat.
aku suka buat perkaitan begini,
kalo rasa nak perasan, kalo rasa nak pntgkan diri, kalo rasa nak buat jahat,
buatlah, kalo kamu penuhi satu syarat sesama manusia n kamu penuhi satu syarat dgn tuhan kamu,
dgn manusia, buatla jahat kalo mati nanti kamu boleh urus jenazah sendiri..
buatlah jahat kalo kamu boleh hidup dalam satu dunia yang kamu cipta sendiri.

nah, kalo cukup dua syarat tu, buatla ape pon kamu nak buat.



hah.
kenape? takleh ea???
so, kalo dah tahu takboleh, kenapa masih nak perasan bagus?
kenapa masih nak bangga-bangga.
kenapa nak tamak haloba??

astaghfirullah..
sedarlah kawan-kawan.. sahabat-sahabat.. tuan puan dato datin..
sape kita nak perasan2??
hebat sangat ke kita?

bersihkan hati.. INSAFLAH... bertaubatlah..
pintu taubat masih terbuka luas.

#kecewadenganperangaimanusia

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...