Showing posts with label kaRya... Show all posts
Showing posts with label kaRya... Show all posts

Sunday, March 21, 2021

kejarlah duniamu

 kejarlah dunia semahumu..

tanpa sedikitpun kamu menghargai siapa yang ada di sampingmu

kejarlah dunia semahumu

tanpa kamu memikirkan perasaan orang yang sayangkan kamu,

yang selalu ambil berat tentangmu


kejarlah dunia semahumu

walhal kamu tahu itu tiada maknanya untuk kamu


kejarlah dunia semahumu

sehingga segala yang indah terlepas dari genggamanmu.


kejarlah,

selagi kamu mahu. 

Wednesday, July 19, 2017

Ada Sayang

Ada sayang yang kembali,
Walau awalnya aku ragui,
Namun hari ini tidak lagi
Aku yakin dan pasti..

Mungkin berbeza cara kamu,
Mungkin pula berbeza tafsiranku..
Walau seribu bahasa kaku
Masih yakin, kamu untukku

Sayang,
Aku tahu kamu berjuang,
Betapa tinggi semangat kamu julang
Demi cita, cinta dan kasih sayang

Sayangku..
Maafkan aku,
Andai aku pernah melulu
Menghukum, mengadilimu
Tanpa sekali cuba ku selami apa dibenakmu
Sungguh tiada niat di hatiku
Menyakiti kamu..

Izinkan aku bersama...
Bersama kamu menjunjung cita
Cita dan juga cinta kita

Duhai kekasih hati pujaan diri,
Yakinlah hanya kamu dihati,
Sayangku tidak berbagi,
Cintaku tidak terperi..

Sayang,
Ketahuilah kamu,
Aku akan sentiasa dibelakangmu,
Menjunjung titis perjuanganmu, 
Demi menghalalkan aku,

Sayang,
Maafilah segala khilafku,
Aku cuma wanita yang lemah layu,
Longlai dalam rindu pada kasih sayangmu..

Ayuh.. 
Kita rai cinta yang tulus,
Kita belai kasih nan mulus,
Kita semai rindu yang halus,
Semoga jalan ini terus lurus,
Sehingga tiba saat dilafaz kalimah kudus...

Yang aku cinta, hanya kamu..
Yang aku perlu, juga hanya kamu,
Sayangku..




Wednesday, May 03, 2017

sampai bila

ada satu masa, 
jiwanya benar-benar inginkan fitrahnya dipenuhi
fitrah mahu mendapatkan segala keperluan dalam hidup
mahu hidup selesa dan tenang
mahu disayangi dan dicintai
juga mahu menyayangi dan mencintai
mahu dihargai.

dan pada waktu itu,
dia hampir peroleh kesemuanya sekali
semua yang dia mahu
namun semua itu tidak lama,
tidak benar lama menjadi miliknya

tiba-tiba dia ditinggalkan tanpa sebab yang nyata
tiba-tiba pula berbagai halangan ada di depan mata
tiba-tiba juga segala yang dia rancangkan tidak menjadi
seluruh dunia seolah-olah menentangnya

sakit
terlampau sakit

rasanya seperti dihempas kuat jatuh ke bumi
jatuh terduduk
tidak tahu bila lagi mahu bangkit kembali..
hatinya retak
jiwanya hancur
harapannya pudar

di sebalik gelak tawa dan lawak hambarnya
hatinya benar terluka
ya...
dia mungkin mampu menipu mereka disekelilingnya
tapi dia tidak mampu lagi menipu dirinya sendiri


dia rasa kehilangan

kehilangan semangatnya
kehilangan keyakinannya
kehilangan cintanya
kehilangan segala kemanisan dalam hidupnya

dia cuma mahu mendengar kembali kata-kata keramat
kata-kata semangat
kata-kata penuh kecintaan
kata-kata sayang,
kata-kata rindu

dia cuma mahukan kepastian
tidak ada daya bertarik tali
sungguh,
dia tidak berdaya

dan persoalannya
sampai bila?
sampai bila harus bertahan
dan 
dia juga tidak pasti, 
selama mana lagi dia mampu bertahan

dan hakikatnya,
dia tidak mampu lagi bertahan 
tidak mampu menongkah arus kehidupan sendiri
tidak mampu membuat keputusan sendiri
sungguh,
dia tidak mampu..

kerana 
semangatnya masih hilang
hatinya masih belum pulih
jiwanya masih terlalu sakit
cintanya belum pulang..


sampai bila?

Saturday, July 30, 2016

Belum Kesampaian

:: Jika cinta mampu untuk kulukiskan..
Garisannya penuh dengan pengharapan..
Sentiasa dalam doaku..
Menyimpan rasa ingin bertemu..
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa.. ::

Lebih suka simpan perasaan sendiri.. Berharap dalam diam, cuma mempamer melalui gerak geri..
Tapi, pada kebanyakan waktunya aku  dibiar sepi.
Mungkin belum bertemu yang sejati
Namun sakit itu tetap dirasa, dalam hati

Kalau aku yang sudi, kamu pula tidak sudi
Kalau ada yang sudi, aku pula tidak mampu memberi

Sakit menyimpan rasa
Takut kehilangan namun takut  untuk meluahkan.
Selalu berharap kamu akan faham
Lantas datang menyambut dan menjemput

Thursday, February 12, 2015

KAU JAHAT!

kau jahat,
kau tabur janji setia namun ternyata kau curangi.

kau jahat,
bercakap manis, namun ternyata banyak yang kau bohongi,

kau jahat,
tahu meminta itu ini, tapi satu pun tidak kau beri

kau jahat,
dapat apa yang diingini setelah itu diri ini kau maki.

kau jahat,
tanggungjawab kau lempar ke tepi

kau jahat,
aku tidak kau peduli malah kau cari ganti

kau jahat,
kau menduakan ku sedang aku setia separuh mati

kau jahat!
kau jahat!

sampai bila aku harus menanggung semua sendiri?
sampai bila kau mahu melanggar janji?
sampai bila mahu kau curangi diri ini?
bila, 
agaknya aku dapat merasa dihargai?

salah aku, kau nampak, kau marahi,
sisi baiknya aku kau tidak peduli,

akulah yang buruk
akulah yang teruk,


kalau kau tidak mahu, mengapa seksa aku begini?
kalau kau sayang, kenapa aku kau zalimi?
aku punya hak yang perlu kau patuhi
bukannya aku kau campak ke tepi.

kau jahat.

apalah daya diri ku ini
menangkis tohmahan tidak bertepi
hanya pada Tuhan ku serah hidup ini
semoga suatu hari kau kembali
semoga kau sedar aku yang kau sakiti
semoga kau nampak setianya aku menanti
menanggung perit derita sendiri

Thursday, September 04, 2014

:: sebuah perjalanan :: EP Akhir

previous part :: previous part

tapi tak mengapa. we still have final. kita tak boleh putus asa. study week. masa tengok carry mark. semangat kian pulih sebab carry mark aku setakat ni normal. masih boleh score. target ANC masih ada harapan. teruskan. 

satu demi satu paper final aku harung. sampai la ke hari nak jawab paper final FSO. main subject. a day before kawan-kawan bagitau carrymark keluar. okay lah. malamnya ingat nak enjoy sebab kalau tak silap lagi dua paper tinggal. so keluar lah dengan Syue and Bobby pergi Sri Molek sebab nak makan-makan best sikit. kami pun bincang la, nak tengok carry mark dulu ke nak g makan dulu. nasib baik la masa tu decide nak g makan dulu. so lepas makan-makan siap hujan lebat masa tu, tunggu hujan reda baru lah g tengok carry mark. and this is sooooo unbelieveable!

just a few yang sentuh 20+ and ada yang sampai belas-belas je carrymark. tengok kertas test, sampai 30++ per 80 markah. aku mg terpaku terjeda semua ter ada la. tak boleh jadi. mati aku,, kalau macam ni mmg fail la subjek ni. balik terus rehat sekejap, cuba utk terima kenyataan. cuba cari kesalahan di mana. otak dah tak boleh jalan. serius celaru keliru semua ada. we still have tonight till tomorrow night. mmg kena pulun. baca sampai 2x manual book. past year 6 sem buat. ya allah. semoga kau bantu. 

hari paper. jam. otak jam. cuba tenangkan diri. tak boleh. jawab. jawab. jumpa satu soalan keliru. bergaduh dengan diri sendiri, A ke B. okay yakin A. jawab structured question. tetibe soalan yang sama ada di essay. no, this is B. 
no A. NO way B. bergaduh lagi. fikir. kalau aku jawab lebih, kang kena potong markah. nak jawab dua-dua lagi la takut kena potong markah. nak jawab depan lain, belakang lain, kalau salah rugi. no I have to choose between two. pilih B. jawab sampai siap.
tak, aku tak boleh teruskan. perasaan dah entah pape. eh, tambah la sikit lagi bawah tu. buat back up. bismillah. tambah jawapan A tadi. no cukup setakat ni aku dah tak boleh. PUTUS ASA. ikat jawapan, angkat tangan, keluar dewan. kawan-kawan cakap : jawapannya ialah A.

no way, aku tak percaya. dum dam, habesla last paper..

menunggu masuk prakikal. aku masuk lambat. sampai la result keluar dulu. hampa kecewa. FSO dapat C thus pointer drop gile sampai xdapat DL sem tu. the very last semester! hancur hati orang yang berharap, hancur lagi hati aku yang tak mampu nak perform. aku rasa useless gile. aku rasa aku dah hampakan ramai pihak. takde pilihan lain melainkan redha dan terima sajalah kejatuhan maha hebat. people never know how hard it is, betapa hancurnya hati aku. cuma bersyukur sbb family sgt supportive. nevermind, hidup perlu diteruskan.

praktikal. apply di KB atau KL. tetibe kena campak dengan enam orang lain ke McD Kerteh, sedangkan dalam pilihan kami xde state pun nak ke Kerteh. tiga hari sebelum lapor diri diberitahu. mana nak cari rumah sewa mana nak itu ini. alhamdulillah we manage to. pergi sana. manager pun xtau pasal kami yang kena lapor diri ni. dah la start shift terus kerja 6jam.bodoh. memang menyumpah seranah la masa tu. 

malam tu buat kerja gila. tahan kereta orang pergi Mesra Mall, sebab kami perlu beli barang keperluan. sebulan pertama hidup kami memang haru biru. memang balik kerja mesti nanges. cerita ke lima orang yang lain. xkira la balik kul 12 malam ke mesti kami akan bersidang. tak puas hati. sakit hati. di ancam bahaya.no, perkara ni tak boleh diteruskan

sampai la satu hari aku terpaksa balik sengsorang jalan kaki malam2., sampai ada laki follow aku. memang menangis along the way la. nasib baik xde pape jadi msa tu. aku on call dgn kakak aku suh dia teman berjalan. ya allah tuhan saja tahu perasaan masa tu. macam-macam dah terjadi kat kami sepanjang sebulan praktikal. masih ada 3 bulan lagi. apa lagi nak jadi. lapor kepada koordinator pun boleh dia kata : thats all experience and knowledge. pak dia. kalo aku kena rogol malam tu, tu kira sex experience and knowledge la? mmg hangin. last skali ngadu ke PA kami.

and malam itu aku late night shift, masa rehat kul 4 pagi aku ambil keputusan slow talk dgn manager. barulah aku tahu bahawa dorang pun xtau ape nak buat dgn kami. apa yang kami patut dapat. pendek kata, dorang xtau so dorang pun xleh buat ape. nak dijadikan cerita, esoknya ada mesyuarat manager dengan owner, en.syed. so, kes kami dibentangkan oleh manager malam tu, Pok Lang (nama dia Azlan, tapi Tganu kan, jadi la Lang, err) dijadikan cerita pula, hari tu baru masuk store manager baru, Kak Hajar. dan lepas tu Kak Aja datang slow talk dengan kami then barulah kami dapat what we should get that is : Knowledge on fastfood management. apa yang patut kami tahu diberitahu. so, thats it. kami bukan mintak layanan 5star, kami cuma mintak, bagi ilmu yang perlu kami dapat. kena OT tetiap hari xkisah, asal kami belajar. kena dera pun xkisah, asal kami dapat those experience. 

masa praktikal tu juga ada masa PA kami datang melawat. and we feel secure sebab atleast ada yang care pasal kami. and lepas tu hari-hari berpraktikal dilalui dengan redha.

menghitung hari demi hari bila nak habes.  and finally sampai la ke hari yang ditunggu, tamat praktikal. berusaha buat report pulak. present and thats it. tamat la diploma aku. cuma nanti tunggu la result untuk officially mark finished diploma. alhamdulillah, present and report submission semua berjalan dengan baik. tunggu result and finally merasa final sem dapat 4flat :)

apa-apa pun, rezeki Tuhan tak bagi untuk aku merasa ANC dan jauh sekali untuk aim AGT. 3.70 was my final CGPA. Guess, it is included in the 1st class graduate la kot kan. kesal dan kecewa masih berbaki, never mind, we will start this all over again during my degree..

pengajarannya lepas ni, berhati-hatilah. kita tidak pernah tahu siapa yang benar baik dengan kita, atau siapa yang nak menjatuhkan kita. iktibar terlalu besar. semoga semangat aku pulih. semoga kejatuhan semester lima takde ambil masa sampai 2tahun nak pulih. Dayah wake up dan get your spirits back!

You can do it. Mari buktikan, start it all over again untuk sesi Degree ini.

Ya Allah permudahkanlah. Redhakanlah. Kuatkan lah aku.

Aamiin..

:: sebuah perjalanan :: EP 3

previous part : previous part

in between of semester empat ni, aku willing untuk pulang awal ke kampus memandangkan aku dah setuju jadi OC. yeah my very first time bergiat dengan begitu aktifnya di universiti! it was an awesome moment ever. memang ada berlaku beberapa kes yang membawa kepada bibit-bibit pergaduhan
semester ke-empat. lagi rasa nak mati la umpamanya apabila tengok silibus sampai 3 subjek kira-kira. i'm still in trauma. aku takut dengan bendalah kira-kira. bukan tak reti tapi lagi teruk bila aku tak tau reti ke tak sebenarnya. wuhu. so, aku berazam la sem ni mmg kena fokus and kena cepat. tak boleh ponteng2, tak boleh berkelip pun dalam kelas kira-kira. kalau tak tahu mesti kena tanya. takmau la sejarah berulang lagi. I HAVE TO PROVE SOMETHING! i have to prove that i can do it. kehidupan lain diteruskan seperti biasa. dan seperti biasa, sem ini pun aku menggantikan orang juga dalam kelab fakulti.

sir : dayah kita ada dua kekosongan ni. dua orang tarik diri. one was setiausaha and another one was biro akademik dan penulisan. so, you could choose between these two. *diam and tarik nafas* but for me, saya lebih prefer you jadi S/U. boleh?
aku : S/U sir?
sir : yup, boleh?
aku : erm, boleh la saya cuba. tapi saya xpandai sangat bab-bab S/U ni.

and puff jadilah cococrunch! ehh. so jadila S/U untuk sem itu dan terus malam tu we got weekly meeting. haha. lantik terus pergi meeting. thorbaik~

dijadikan cerita, semester itu ada dua subjek yang diajar oleh seorang lecturer yang sama. hari pertama kelas, beliau dah tercongok dengan buku dan marker sedia mengajar dan memulakan kelas. kami agak terkujat la kan sebab, kamon sir, this is 1st day 1st class at 8am and you wanna start class? haha. mmg xbagi chance. tapi enjoy sgt blaja. dia pernah ajar kami kelas kitchen, memasak eastern masa part 2 dulu. enjoy. subjek mencabar tapi cara dia mengajar sgt fun. teliti. sape siap buat boleh check and dia tandakan pastu siap dapat bintang. haha. fun!

masuk minggu ke dua, malamnya aku dah semangat gile nak pergi kelas. malam tu siap buat revision. siap hafal formula. siap kemas beg sebelum tido. mengantuk sgt malam tu. bangun-bangun pagi esok tengok ada beberapa mesej dari kawan yang bertanya : Dayah besok ada kelas ke?
aku yang baru bangun tido ni macam abaikan la. tengok mesej ke dua, daripada MT Kelab Hoteliers : Pagi ni semua yang takde kelas mohon hadir ke Pusat Hidayah utk urusan solat jenazah En.Mustapha. dalam hati aku, sape pulak, lect mana ni kan. bukak mesej ke tiga, tetibe baca : Dayah dah tau Sir Zainal meninggal?

I'm like : WHAT? terus terpaku. terjeda sekejap. pastu macam, okay relaks. kita solat kejap. masa tgh mandi tetibe rasa sayunya hati dan termenangis. macam tak percaya. lepas settle semua tu baru la ada update dari yg lain, di facebook dan sebagainya mmg sah arwah sudah kembali ke rahmatullah. terus pergi PH. sepatutnya aku berjalan pergi ke kelas beliau tapi tiba-tiba berjalan menuju masjid, utk sesi solat jenazah beliau. sebak. di PH jumpa wife arwah. salam dengan dia, bagitau dia, sepatutnya kami tgh sesi lecture dgn arwah masa ni.. kami kelas dengan dia skang ni.. wife dia terus cakap, oh, kelas dengan kamu semua la ye.. semalam dia dah siap iron baju. dia bgtau saya esok dia kelas pagi, pukul 8. allahu. memang menyentap tangkai jantung..

tak sempat mengikut ke tanah perkuburan, kami hanya mampu menghantar pemergian arwah dengan pandangan mata. satu kelas kami suram a few days and kelas dua subjek tu pun dah takde utk beberapa minggu. and lepas tu alhamdulillah kami dapat pengganti yang tak kurang hebatnya, walau berbeza pengalaman mengajarnya. dan kehidupan di teruskan seperti biasa.

semester empat dilalui dengan lagi gigih dan masa betul-betul mengekang. lagi bertambah bebanan kerja. namun perjalanan diteruskan sampailah ke akhir semester. aku dah buat keputusan, midsem kali ni nak buat SKP (Skim Perkhidmatan Pelajar = bekerja di mana-mana department di UiTM dengan bayara RM4 sejam) . sebab bila di review kos outline sem depan memang nak pakai duit banyak gile. so apply la di Hotel UiTM. masa study week tu, dia call dan aku diterima, cuma masalahnya dapat pula dibahagian Front Office, yang mana aku takde pengalaman langsung di department tu. tapi xpelah sebab dah bagitau terang-terang kat Puan Zai, dan dia kata xpe nanti akan diajar so bersetujulah aku untuk start kerja right after last paper.

so, masa cuti semester yang sekejap cuma tu pun bekerjalah aku dekat FO. best je. kerja xbanyak cuma still ada la yang kena berdepan dengan perangai yang macam-macam kan. biasalah. sampailah a week before start kuliah, aku quit sebab nak jadi OC lagi sekali. hehe. berhenti je kerja terus sambung jadi OC. memang hectic masa tu. sampailah hari-hari kursus tu aku dah lemau. demam agak teruk la. batuk sampai xde suara langsung. dah lama xdemam.

bayangkanlah, satu sem empat tu dah takde rehat. study week tungkus lumus, final tak payah cakap. habes final terus kerja. habes kerja terus MDS. haha. gigih. tapi papepun sangat berbaloi sebab result sem 4 aku paling tiptop. pointer sampai 3.95. mmg sengih sampai telinga lah. lama jugak demam and in fact along the way masa sem 5 tu suara aku maintain rock sampai dekat nak habes sem baru ok. penat punya pasal.

dan kejutan semester lima. aku dijadikan calon pengerusi kelab. dah la sebelum tu krisis dalaman yang berlaku dalam kalangan OC terpaksa angkat aku jadi penolong SU. tu pun baru nak lepas shock tetibe dapat khabar ni pulak kan. pada hari sebelum AGM tu pulak, tetibe ada geng MPP yang propose aku utk ganti tempat SUA MPP sebab SUA terpaksa tukar kampus dan kerja-kerja SUA di sini takde orang nak buat. NO aku xleh terima dua-dua. so kena putuskan salah satu sahaja. either teruskan dengan Hoteliers atau terima offer MPP. bincang dengan beberapa pihak. lama aku fikir. sayang Hoteliers memang sayang. tapi atas kapasiti aku aku tahu, keutamaan aku sekarang ialah menerima job MPP. Hoteliers aku tahu dan percaya ada yang masih boleh lead and walau aku sedar aku bukan sesiapa tapi aku tahu MPP need me.

so, malam AGM hoteliers, aku berbincang dua mata dengan penasihat. aku bagitau dia aku baru terima utk ganti tempat SUA MPP. aku akan terima jika aku menang undi majoriti dan andai takde orang yg bleh ganti aku jika menang jadi Presiden kelab. tapi, andai masih ada yang boleh ganti tempat aku, biarlah orang itu yang mengganti. aku nyatakan, aku masih akan bersama-sama D'Hoteliers walau bagaimanapun, cuma aku tak bersama secara official, support dari belakang akan selalu ada. and end up yeah, member aku yang menang. syukur. takpayah fikir banyak kali. walau ada berbunyi berbisik yang kata sebenarnya sir yg tolong mengurangkan beban aku dengan memenangkan beliau, tapi I'm really glad. sorry terpaksa lepaskan dengan hati terpaksa.

retak menanti belah, dan seperti di duga kehadiran aku pun tidak la dapat membantu banyak benda. cukup sekadar, ada-ada sahaja. banyak lagi benda yang perlu dipertimbangkan. ada trip yang perlu disertai, ada event yang perlu diketuai. dengan projek ENT. kesusahan LAW. memang part 5 sangat menguji aku. ya allah tuhan sahaja tahu betapa aku sangat letih, sampai tahap nak berputus asa.

tapi kuatkan lagi semangat ni. sebab bekal semangat sem lepas, sampai dapat anugerah rektor masih utuh. pernah aku menyuarakan yg aku takut prestasi pelajaran aku jatuh. namun semua menidakkan. alah tak mungkin lah jatuh prestasi (AHJ 2013). no, they never know. aku sudah bersedia. tapi sekarang masih terlalu awal untuk putus asa. masa masih panjang untuk sebuah usaha.

projek ENT. sampai panel kata : uols punya projek tak valid, tak sah dan tak legal.
sampai kami dah putus asa nak argue dan menangkan produk kami. sampai begitu suntuk, the very last minute kami submit business plan utk pastikan kami do the best.

event management : progress ok. sampai hari kejadian display board kosong. semua lost. and paling teruk majlis perasmian hancur. TR HEA dah sampai awal daripada lecturer event sebab miscommunication. penerima hadiah pun takde sebab miscommunication kpd pemenang. hancur. hancur. sampai semua agenda lari. sampai aku cut event dan semua batchmate terpaksa dengar leteran aku malam tu. semua rosak. i'm fail to be a good project leader!

field trip : last minit madam cancel taknak pergi situ sini sebab taktau kenapa. kesian dekat kawan-kawan terpaksa cari ganti last minit gile . mmg gile. presentation pun diberi masa yg gile. seminit sorang. taksempat cakap ape semua kena potong.

LAW : madam sampai cakap : korang xyah nak target dapat A la korang dapat lulus pun dah sangat ok. saya dah takboleh tolong. tolong lakorang study, hafal those acts

so thats it, i think i'm dead.

Sunday, June 15, 2014

:: sebuah perjalanan :: EP.2

go to previous episode : previous episode

maka bermula hari itu, aku mula faham. kesibukan kita dalam kerjaya atau kepimpinan sesungguhnya tidak pernah menghalang kita untuk berjaya dalam akademik. kita boleh berjaya, untuk kedua-duanya sekali. boleh. tidak ada apa yang sangat mustahil dalam hidup. 

semester tiga. kalau di awal semester satu dahulu, kemain tak mahu terlibat mana-mana, tak mahu ambik port dalam apa-apa aktiviti, tapi berlainan sekali kali ini. pasak dalam dada, sekali lagi. pelajaran nombor satu, amanah bukan nombor dua. masih lagi dengan title class rep. dan dilantik semula ke dalam Majlis Tertinggi Kelab. kali ini terpaksa menggantikan tempat seseorang yang meletakkan jawatan sebagai Exco Agama dan Kerohanian. terus dengan D'Hoteliers. aku semakin jatuh cinta dengan kelab ini. dengan perjalanannya yang menawan. dengan kesibukannya. aku suka. dan terus bersemangat sebagai seorang seki TR. azam sem ini, sudah berada di kolej Duyung. maka sesuatu yang lebih besar harus diberi. satu hari, sewaktu dalam komersial kitchen, dapat satu call. madam takde, so i just tell COD (chef of the day) yang aku nak jawab that call sebab nombor ofis. macam penting. rupanya HEP yang call. dorang bagitau aku yang aku kena pergi kem ape tah kat mane tah sebab aku tercalon sebagai calon JPP (jawatankuasa perwakilan pelajar). JPP ni a step untuk jadi MPP. aku memang terkejut beruk la masa tu. dah la hari tu aku masak main course kot! nak tinggal ke sape kitchen ni sebab dia kata aku mmg kena attend satu meeting dengan semua calon at 12pm. pastu dia cakap la kos tu sampai hari Ahad, which means, hari Ahad was my practical test for serving class. my only chance utk dapat A utk subjek tu. kalau tak, say bye la utk dapat A subjek serving! aku bagitau yang menelefon, saya tengah ada kelas kitchen, kalau lect saya let go saya, saya akan pergi. tapi in case dia x bagi saya x boleh keluar. yang menelefon cuma kata : xpun you bagitau dorang yang KPP (iaitu PA aku)  you yang cadang nama you. mesti you boleh keluar tu. okay? iye puan, saya cuba. susah sikit sbb ni commercial kitchen, kami ada guest. i'l try to be there. letak telefon.

and after that, aku masuk kitchen, x care dah ke classmate aku yang tengah havoc dalam kitchen. and aku dah rasa sebak semacam. aku rasa macam xmampu. what am I supposed to do sebab dah banyak benda clash ni? dah la nak tinggal ke sape nye main course aku ni? tenderloin pulak tu. exam amali aku. sir didi lepas ke? macam mana nak mintak kebenaran dengan Miss Lynn, ape nak cakap? aduhai. and sabtu tu aku ada event dgn Hoteliers! walaupun event kerjasama tapi kami xcukup orang ni. rupanya ada kawan perasan yang aku yang boleh tahan kepohnya tetibe senyap she came and ask me : Dayah kenape?
hah. aku dengar soalan tu sambil aku jawab, takde pape terus nangis. Asmah la seingat aku yang tanya aku tu. Sebelah nya ada Sualiza. dorang ingat aku memain. tapi masa tu aku dah tak de energy dah even nak pegang chef knife. aku terus letak chef knife aku aku pegang working table and cried. sekejap je, sesaat dua nanges sungguh2 tapi rasa macam malu kan, lepas tu nanges sambil trying hard to smile. haha. havoc kejap kitchen masa tu! semua 9orang yang lain stop buat keje and ask : dayah kenape?? i'm just said that i'm okay. no need to worry. continue your work. aku cuma bercakap dengan COD masa tu, aku cakap la, tadi yang call tu HEP. dia kata orang kena pegi kem, besok sampai ahad. sebab dah kena calon as JPP for MPP. i have to attend a meeting at 12pm. is there anyone yang boleh replace my place to do this tenderloin? 
takde la beria aku speaking masa tu kan, ye la, cakap bahasa melayu la. haha. ni cuma nak bagi sedap cerita je. okay sambung.
hah, masa tu, kan aku tengah ala-ala sebak kan, so, slow je la cakap. pastu ada la yang tanya : apa? si COD ni kata la balik apa yang aku kata, kepada 4 orang yang lain. pastu yang lagi 5 orang x dengar, dorang tanya la pulak, ape dia? kenapa? so yang dengar tadi tu cakap la balik apayang si COD ni tadi cakap kat dia. maka kelas pun be like :
fullamak kecik.
fuyoooo kelas kita nanti ada MPP
kelas la kau
and dapat tangkap satu perkara : weyh meh aku buat tenderloin kau. takda hal. kau pergila 

and i was like : ye ke ni? kau oke ke nak buat? xpe, aku siapkan dulu mise en place and apa yang patut. and then after a while miss masuk. and sekali lagi drama air mata depan miss. TERkeluar ok! miss izinkan and miss pesan, you can go tapi you siapkan semua mise en place, cuma tunggu daging masuk ove je. nanti orang buat appetizer boleh assist and once suop keluar yang buat soup blh take place plating ke garnishing ape ye.. make sure main course have no problem. COD, ya?

COD nodded and so do I. so, lewat la sikit actually aku keluar sbb aku sendiri yang make sure tenderloin dah masuk oven and my classmate yang beria suruh aku cepat2, so bukak apron, keluar kitchen lalu depan guess kelas serving, jalan tengah panas pergi ke Rumah Persatuan. sampai sana i met Faisal. dia yang approach aku sbb aku pakai baju kitchen so he knew that dia dan aku merupakan calon dari fakulti. that was my first time talking to him. i told him what i have that week. we both are depressed actually. last minute punye cerita. kalau la tahu awal at least aku boleh tukar turn dengan sir didi utk exam amali tu kan. aku mmg just datang utk say no tetapi bantahan kuat daripada En.Taufik and also Puan Zakiah masa tu. haha. aku cakap la, kalau saya boleh excuse exam tu so saya akan datang utk kem. I'll try to contact my lecturer IF he allows me to. kalau tak, I wont be there. 
after that, come back to kitchen and do those clearing. classmate tu sambil clear semua sibuk tanya macam mana macam mana kan. aku cma, angkat bahu. haha. and tunggu masa briefing, nasib baik miss takde komplen pasal aku punya tenderloin terlebih masin ke ape kan. so, masa jalan ke Duyung tu terus aku text sir Razman. sir ke yang calon saya. he said that dia dah emel aku, aku xbukak emel ke? O God. aku bukak emel masa nak check result je kot. ataupun masa lupa pasword nak log in pape. haha. then karang ayat text sir didi to ask him, how. text sir Fyzal is it okay kalo aku xde event this Saturday. sir Fyzal kata ok, pergi la. that night ada perjumpaan dengan geng underground. aku btau aku dpt offer MPP. apeng said : kau curang Dayah kalau kau join MPP. they all said, nanti kalau dapat MPP mesti dah tak selalu dengan kita. aku diam. and cakap, alah, bukan konfem lagi pun, nanti la aku fikir. ada masa lagi ni. and until that time, sir didi langsung tak reply msg and I know he was mad at me. so, aku taknak carik gaduh taknak panjang kes. aku pun entah pesan kat sape masa tu, let them know, that I will not be there. bukan mengelak tapi I cant and I have my own priority at that time. 

semuanya pecah masa event hari Sabtu tu. tak silap aku event tu HosFest (Hospitality Festival 2012). tapi aku xsure betul ke tak. rasanya betul la kot. haha. bila sir faizal tgk aku terpacak kat site event, he ask me: aik, awak x pergi kem ke dayah?
 tak. 
kenapa? 
saya tak dibenarkan utk tak ambik exam final serving besok.
ala, tapi rugi la.
tak berani la sir nak ambik risiko. yang tu tak konfem lagi dapat ke tak. yang lagi satu subjek saya. tak nak lah.
ye ke. sayangnya..

and then bump into sir razman.
aik, dayah, bukan ke minggu ni kem nya?
aah, start semalam
kau, kat sini?xpergi?
tak
lah kenape?
esok ada final serving. tak dapat excuse.
*buat action nak ketuk kepala aku dan terus pergi*

geng underground :
weyh, Dayah setia dengan kita.

and my final serving going well. very well. sir didi pun tanya :
aik? budak kecik ni ada pulak hari ni?
dah sir tak kasi saya pergi
i didnt say anything~
alah, macam saya taktau kalau silent sir tu maknanya tak berkenan la tu. hehe..
ookai, utk hari ni **briefing**

and the next next week, bila aku naik HEP, Puan Zack said : Eh, awak la Hidayah kan? yang tark diri MPP hari tu?
i'm like : GULP. macam mana dia kenal aku? haha. padahal sekali je jumpa. aku pun beranikan diri. ye, saya la. haha. bukan sengaja puan, maaf lah. bla3 bagitau sebab kan.. pastu lagipun, saya geng underground. 
dia balas : ek elleh. 

oh. hampir nak terjebak! dalam dunia kesibukan tiada batas. cuti sem. bercuti dengan jayanya. and suddenly dalam tempoh bercuti tu i got a message dari Saiful, sape nak jadi OC, OC xcukup. sape nak jadi bagi nama. ade geng lain tanya : nak join x? I refuse. sebab last sem cuti aku dah dicuri! haha. and jeng.. kemuncaknya : result part 3. risau juge sebab sem ni dah start ada kira-kira : subjek akaun, a.k.a sampai menanges2 aku takut fail akaun sbb xreti. carry mark 20/40. and kalau aku teruskan dengan prestasi masa tu mmg aku akan fail akaun! nanges. cari member and Waa sudi ajar aku. sepetang je belajar dengan dia hadam semua topik sepanjang sem and I got it. lah. kacang je akaun rupanya. thanks to her. a big thanks. kemudian dengan dua kelas praktikal. bukan senang beb nak skor markah kelas praktikal! walaupun dengan semua tu, alhamdulillah, aku still boleh teruskan perjalanan dalam rank dean lits. with GPA 3.68. turun sikit. but okay la. this is a very hectic semester!

azam baru untuk semester empat!

:: bersambung.

:: sebuah perjalanan

#bismillahirrahmanirrahim

dalam hidup mereka yang kisah tentang status pembelajaran, mereka yang bermatian cuba untuk mendapatkan gred yang bagus dan mahu menjadi yang terbaik, pastinya perjalanan hidup kita pernah melalui fasa kegemilangan, sedang-sedang dan juga fasa di mana, kita di bawah. jatuh. terjelepuk. aku juga begitu. 

kejap. ayat bunyi macam novel sangat. nanti tak serunak nak bercerita. keh.

ceritanya, no offense kepada mana-mana pihak pun. sama ada yang telah hidup atau masih mati. eh? ehem.

bla dicerita tentang zaman persekolahan. yeah. perfect. memang UPSR lagi straight As. and same goes to PMR. walaupun masa tu melalui zaman-zaman yang terlampau getir. dengan kondisi kesihatan yang tidak seberapa. dengan lambakan tugas dan amanah. dengan perubahan cara hidup yang baru. namun alhamdulillah masih mampu meraih cukup 9A untuk PMR. siap masuk paper kot masa tu.

ceritanya bila naik ke tingkatan empat, aku mula diberi kepercayaan lagi. menggalas pelbagai jawatan sana sini. baik sekolah, baik asrama. baik. itu bukan punca nya mengabaikan pelajaran. ho ho. tapi apabila diri ini terpaksa jadi wakil sekolah ke kem itu dan ini. maka separuh tahun jugalah aku tidak masuk ke kelas. kalau ada di dalam kelas pun, penat nya masih belum hilang. balik sekolah terpaksa fikir pula masalah2 yang berlaku di sekolah. siapkan kerja tertunggak. homework bertambun. so end up stress dan tido dengan jayanya di dalam kelas! HAHA. takde la orang boleh beat aku bab tido dalam kelas ni zaman-zaman tingkatan empat lima ni. so bila awal lagi dah takleh nak catch up kan, so let it goo let it goo dah la kan. malas. putus asa. rasa dah tak sempat. 

study lagi sikit-sikit. ye la, buat bekal bagi lulus SPM je la kan. but still hopes for miracles to happen. keh. jadahnye kalau usaha tak seberapa, banyak mananya miracles nak happen? *tersedak* so, ed up, result SPM okai, dapat la 4bijik A. bapok sedih masa tu! tapi xrasa mana lagi sebab macam effect dia lambat sikit nak sedar kan. sokay. i realised my mistakes. fine. we'll try again. 

bermula titik hari itu, aku semat dalam hati, no more those side things, leadership programme ke ape jadah, no more. sebab academic is first! kalau terikat dengan amanah lagi, maka aku kena berbahagi. amanah tidak boleh jatuh ke perkara kedua dan akademik tetap kena berada di rank no 1. so it would be very hard! dah mula timbul la kan bibit-bibit penyesalan bila kawan-kawan seperjuangan dulu dah mula pergi interview sanasini, biasiswa itu ini. offer obersea merata. and me? entah dapat ke tidak masuk universitinya. HAH. 

and finally, alhamdulillah, walaupun aku takde la dapat kos yang gempak-gempak, and in fact aku sendiri tak pernah tahu, kos ape ni yang aku nak belajar ni? takpe lah, alang-alang dah dapat tawaran U kan, just go for it la. haha. gile ke taknak pergi, gile nak masuk matrik? jurusan sains? memang tak ah. SPM dah setara tu takkan aku nak bodoh kan nak ambik cabaran besar. haha. so, UiTM di hatiku la masa tu~

masuk belajar.pasak dalam dada. no more and no more. diam-diam je. takpayah nak banyak cakap, nanti orang ambik kau jadi pape. so, i try to. try hard to. tapi nasib xberapa baik, orang pilih juga jadi ketua kelas. tapi masa tu, takpelah, ketua kelas je pun~ takde effect ape. okay go on.final sem satu. okay. good. result. semangat ni tunggu sampai entah pukul 3,4 pagi masa tu. kemain kan. tetibe rasa tak percaya. wait. dean list? haha. walaupun masa tu dapat atas pagar je kan, tapi seumpamanya Tuhan nak berkata: Dayah U can do this. You can get back your own self. Ini balasannya kalau rajin sikit je. wipe off tears and from now on, kita teruskan permainan ini. 

semester dua. masih lagi setia dengan jawatan class rep (ketua kelas). masa tu dah start banyak masalah yang melanda. buatkan aku terpaksa face to face dengan my PA (Penasihat Akademik : function kalau di sekolah sbg Guru Kelas) . i have seen him once, masa family day Hoteliers kat padang tenggol. aku rasa dia ni la PA aku.sebab tengok muka dia macam sesuai je dengan nama (boleh pulak kan?) tapi xsure. so, akhir sem part1 masa nak masuk final tu aku pernah la tegur dia : Sir, sir ke sir Razman?
gile ape masa tu aku tanya masa orang tengah busy nak check bilik peperiksaan  dia ok ke tak, paper cukup ke tak (beliau jadi pengawas peperiksaan masa tu) dia pun macam "sape pulak budak ni?" haha. "Ye kenape?" "saye Hidayah, yang text sir, class rep group D part 1, " he was like : Oh. 
so, from the time being, senang la kan sb aku dah kenal dan dah pasti sape orangnya, senang la nak cari lepas ni kalo ada masalah. hahaa. and my classmates at that time was like : Dayah, tu sape? aku dengan bangganya nye la jawab : oh. tu la PA kita. sambil senyum. 
okay, berbalik kepada cerita sem dua ni, AGM Hoteliers. semangat ni lepas kelas Mandarin dengan Toh Laoshi malam tu, semua sekelas pergi AGM, ye la, lurus bendul boleh tahan la masa tu, sebab kan dia kata wajib pergi. HAHA. so, dengan gigih nye la kami sekelas ni pergi! kena pulak budak kelas aku punya jadahnye pergi calonkan aku jadi calon BENDAHARI masa tu! serius rasa nak sepak je dorang masa tu. aku lupe lak sape yang calon aku masa tu. tambah pulak masa tu sir Faizal (penasihat kelab) ade mention : kalau boleh saya nak junor from part 1, 2, or 3. lagi la semangat dorang nak calonkan aku! dan menang pulak tu!!! argh. okay, konfem la satu jawatan. okay dua sebenarnya, satu lagi class rep yang gigih dan satu lagi Bendahari Kelab Fakulti, D'Hoteliers. 
Kokurikulum. aku dah malas nak masuk Kesatria sebab kan kena kawad-kawad. kena pulak setiap kali Koku mesti aje malam tu ada kelas. mesti aje pagi tu kitchen. penat weyh. so, aku decide la, sem dua ni, takmau penat-penat dah. aku nak masuk koku debat dan pidato! so takyah nak kawad, boleh pergi pakai je baju pape. takpayah nak letih2. kelas dalam aircond. so, jadi la ceritanya. maka bermulalah perkenalan aku dengan geng debat ni : Affiq, Haziq dengan Izwan, geng2 hardcore debat neh! Haziq yang paling suka melaharkan aku pada setiap kali kelas koku dan encik mizie cuma mampu tersengih je. fun wey kelas debat ni sebab 8 orang je yang hadir. HAHAHAHA. 4 laki 4 pempuan pulak tu! haha. sorang lagi laki nama Qayyum and pompuannya, aku, Fieda, rumet aku Waa dengan Izza. haha. haven! 

and bermula perkenalan dengan Affiq tu, satu hari tetibe la si Affiq ni text aku : Yah boleh jumpa, ade benda nak bincang. 
aku dah mula rasa tak sedap tapi ok la, boleh jumpa kat kafe kapas after kelas aku petang tu. jumpe la si Affiq ni petang tu kan. dia cakap la, 
Affiq : yah bz x sem ni?
aku : nape?
affiq : banyak pegang jawatan x?
aku : ade la, cuma class rep dengan bendahari kelab. nape?
affiq : willing lagi tak nak pegang jawatan?
aku : errr, jawatan ape plak Fiq?
affiq : **hulur kad kuasa*
aku : ookai **blur** so, kalau jadi ni kena buat ape? busy ke tak?
affiq : tak bz mane pun, meeting tu takde la sampai seminggu sekali, cuma benda paling special, konfem dapat kolej. 
aku : oh ya?
affiq : ye. so?
aku : okay. terima. 

terima dan rupanya menjadi satu benda yang membawa aku terus beberapa tingkat ke atas. cerita selanjutnya : ade pertandingan debat antara kolej. interkolej masa tu. si Dato' Fieda tu beria suh aku join. katanya jadi geng dia untuk wakil kolej Tenggol. haha. aku pun ia kan aje lah. satu perkara lagi yang melonjakkan aku ke satu tahap lagi. setiap sidang kami menang. haha. rase macam power gile! and last day tu kami semua in red. and masih berpihak pada kami. tajuk nya pasal sampah ape tah, and lastly kami MENANG! haha. 1st place beb. kahkah. so, kami gelar la diri kami Ratu Tenggol masa tu. kahkah lawak gile. rindu nak berdebat, rindu nak kena lahar dengan si Haziq tinggi lampai tu. rindu nak gelakkan affiq yang over eksaited. rindu nak tunggu saat-saat si izwan bila nak masuk serius masa bentang hujah. rindu nak tengok kesungguhan Fieda bentang hujah. rindu nak tengok muka kelip-kelip cuak paksa rela si Waa, dan rindu Izza dengan Qayyum yang nampak konfius, minat ke tak debat. HAHA. 

beranjak hampir ke tengah akhir sem. masih sibuk dengan kutip duit Hoteliers, weekly meeting, almost weekly events, and everything. one day lepas raya, kat satu majlis raya, jumpa denga big boss, Sir Jaie. Approach him, 
aku : sir, saya hidayah. seki baru sir. yang affiq ambik hari tu. 
(haa, dia punya awkward tu, satu ayat tanpa balasan aku habiskan semua)
sir : oh. okay. so you stay mana sekarang?
aku : still sini, tenggol.
sir : kenape you tak pindah duyung? (baca : kolej mahasiswa yang berjawatan tertinggi)
aku : tak sempat la sir, plus malas lagi. next sem la masuk, boleh?
sir : boleh, I takde masalah. cuma takut U susah nak buat keje
aku : takda hal yang tu *senyum*
sir : alright
aku : ok. ok la sir, mintak diri dulu

haha. sopan lagi la masa tu kan sebab tak kenal baik lagi :P tapi sekarang pun masih sopan la. eheh?? :P

kemudian, di dalam kemengahan dengan test and all quizzes, assignments, tetibe dapat satu invitation from my PA. dia kata nak suruh aku masuk competition. katanya kat singapore. so I have to attend weekly training session. masa tu memang rasa tah pape. dok buat turned carrot. turned carrot. pastu dah la aku ni jenis blurr tahap gaban. masuk kitchen kejap kena tinggal. pastu aku dah taktau nak buat ape. pastu kerja asyik kena komplen, sepah la dayah.. buat panjang sikit. buat cantik sikit. kan. dah la kitchen panas. tapi my classmate xde sorang pun tahu. sebab aku macam x konfiden je betul ke aku ni layak p singapore? haha. and then akhirnya memang aku berjaya la pergi singapore. to attend a really big culinary event : FHA Singapore. 2 tahun sekali je. tapi takde rezeki, aku xmenang pun. start yang ini la, bila aku dah mula cuti sem aku xbalik. i mean, balik lewat la kan. dah mula dah macam zaman sekolah dulu. dah mula busy walaupun kemain awal2 dulu taknak taknak kan.. 
and tibala hari keluarnya result. cuak bak hang. sebab kali ni aku bebetul rasa stress. banyak subjek teori. and aku yang mula busy. aku takut, masih trauma kot sejarah lama berulang. takut jatuh lagi. aku baru nak mula melangkah ni. kof kof. sekali lagi, stay up tunggu result keluar. and alhamdulillah, still dean list, kalau dulu cuma 3.55, kali ni melonjak gile-gile, dah dapat 3.82. sengih lebar. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. aku semakin yakin melangkah. 

::bersambung

Monday, April 28, 2014

pada sebuah kenangan

pada sebuah kenangan yang pasti tidak akan lupus dari ingatan..
ada sebuah rindu yang sering bertandang
cuba menepis namun tidak berdaya
sering kecundang padanya
tertewas
lalu akhirnya airmata sahaja aku kirim
tanda kerinduan pada kenangan itu
rindu
sebagai tanda penyesalan
menyesal
atas segala kesilapan yang membawa kedinginan
kesilapan yang tidak memungkin kan waktu diputar
sekadar untuk membaikinya kembali
tidak
tidak mungkin terjadi
sahabatku sayang
kamu sentiasa dalam ingatanku
hanya aku sahaja masih ego di sini
tiada ucapan penghargaan
tiada kata-kata mesra bertanya khabar
tiada lagi
bukan kerna aku tidak cakna
jauh sekali pastinya bukan aku lupa
cuma aku termalu sendiri
malu pada kamu
malu padaNya
atas segala salahku padamu, teman
biar waktu merawatnya
meskipun aku sendiri tidak pasti bila semua luka bakal hilang
bila mentari akan muncul untuk menghangatkan
atau dari arah mana tiupan angin tiba
untuk mencair lantas mendamaikan segala ketegangan
untuk membawa khabar untuk menjelaskan segalanya
teman
semoga Tuhan menjagamu

cc : NN

background song : adele, dont you remember

Sunday, January 05, 2014

rindu_

mungkin aku hanya perlu melupakan segala tentang kamu.
atau mungkin aku tidak perlu memikirkan kamu.
tetapi di saat aku menjauhi kamu, kenapa kamu sering hadir dalam mimpi-mimpiku?

mungkin aku hanya perlu diam saat orang bertanyakan tentang kamu
kerana semakin bercerita semakin buruk kamu di mata mereka
mungkin aku sebenarnya yang buruk

aku tahu keputusan kamu itu betul
aku tahu
aku tahu aku yang menjauhi
aku tahu..

dan Tuhan saja tahu yang aku rindukan kamu
mungkin juga hanya Tuhan juga tahu yang kamu rindukan aku

rindukah kamu pada aku?

aku cuma kasihkan kamu
kamu sahabat ku
aku cuma mahu bersahabat denganmu
mungkin salah caraku..

sekali lagi aku rindukan kamu

aku rindu saat bercerita cerita dengan mu
saat berkongsi masalah dengan mu
saat boleh bermanja dengan kamu

kamu sahabatku
cuma aku yang merosakkan tali persahabatan itu
ya, salahkan aku.

dan aku tidak tahu,
mungkin keadaan ini akan berkekalan sampai bila-bila
atau mungkin satu hari nanti kita boleh baiki semua?

tidak. aku tidak tahu..

andai saja kamu bisa membaca hati ku ini
andai saja bisa aku putar waktu
baiki kesalahan masa lalu

allah.. aku rindu :'(

Friday, November 29, 2013

_secangkir RINDU

hari itu, serasa dia rasa itu sudah terkubur.. rasanya dia bakal melupakan.
baru hendak merasa lega.. tiba-tiba terjaga dari tidur hari ini dia merasa si dia sangat dekat.
seolah-olah sedang dipeluk rindu sang kekasih..
seolah olah sedang diperhati cinta
rasanya dia datang dan menyampaikan rindu

aduh. rasa itu datang lagi. 
hilang arah, hilang cara bagaimana mahu menepis segala rasa ini..

sayang, jangan selalu ganggu ye.. datang sekali sekala takpe. gundah hati ni.. sakit rindu

**bingkas bangun***

Monday, October 28, 2013

::: cinta_

di pagi selasa. bising bunyi alarm mengejutkan dia daripada tidur. di capai telefon yang asyik giler berdering di tepi. swipe. dismiss. berkelip-kelip saja di atas katilnya, tidak la berapa empuk macam Vono, namun cukup selesa. malas rasanya nak bangun. memikirkan waktu subuh yang semakin berlalu, bingkas bangun. jejak saja kakinya di lantai, teringat lagi. sudah bangkitkah kamu sayang? 

argh. dia benci. dia rimas. 
dia penat dengan setiap ingatan itu. 
bertepuk sebelah tangankah, atau ada sambutannya? 
dia tidak pasti. 
istighfar dalam hati. 

ini rindu atau ini jerat syaitan sahaja? 

atur langkah menyucikan diri. 

takbir diangkat. empat rakaat. ya lah, Subuh memang dua rakaat. tidak lupa ditunaikan juga solat sunat rawatib, qabliyyah. iman tengah naik ni, elok juga. 

usai solatnya, angkat tangan, berdoa. segala keinginannya diluahkan. dan di akhir doanya tidak lupa dinyatakan rindunya. biarlah hanya Tuhannya sahaja yang mengetahui betapa rindunya dia. 

namun sehingga sekarang dia masih bingung, kenapa begitu kuat ingatan nya pada jejaka itu. nak kata tampan memang tak lah. nak kata comel, erk, entahlah. nak kata hensem erm,, tongkat dagu jap nak fikir. nak kata gentle macam adi putra, erm, ade la sikit. tapi, memang sikit la rasanya. heh~

yang banyaknya selalu sahaja terkena. kena apa? kena sakat. tapi dia tidak kisah. makin kena sakat, makin kena jerat dengan soalan mencabar minda, makin di rasa dekatnya. makin terpaut hatinya. 
iya, seperti yang dikata, dia bukan terpikat pada tampannya dia, atau comelnya dia-bonus sajalah kalau ada pun - namun, dia benar terpikat pada peribadinya. 

jika Tuhan saja yang tahu rasa itu, maka Tuhan jugalah yang tahu sakitnya menanggung rasa tidak menentu ini. rasa yang tidak pasti. dan Allah juga yang Maha Mengetahui apakah rahsia di sebalik ini. dan Dia juga yang tahu sampai bila penantian ini akan berakhir dan bagaimana pula kesudahannya..

dia mengeluh lagi. tekap tangan di dada kiri. tepat di jantung. hadiahkan sebuah alfatihah kepadanya. semoga harinya berjalan lancar. semoga dia rasakan kerinduan ini.. 

nafas ditarik panjang.

on laptop. pasang radio online.

satu lagu muncul 

deras hatiku berdetak di langit aku terlihat kamu.. terang malam teman kita, dengan angin meniup sayu.. ku petik gitar akustik ini, dengan harapan dia mendengar melodi indah, yang kucipta hanya untuk luahkan rinduku padanya.. dan aku terus menyanyi lagu ini untukmu.. walau berjuta mendengar lagu ini hanya untukmu.. arah hidup kita tergapai bintang di angkasa.. dan berkelip melukis cinta, terciptalah lagu kita..

keningnya terangkat

lagu seterusnya

dirimu bagaikan sebuah lukisan, penuh warna, penuh seni, tak layakku miliki.. jangan kau berpura, engkau juga sama, membuat aku rasa tenang hatiku kau miliki.. dengarkan gurindam, inilah lagu cintaku padamu.. andainya ku hilang, biarlah lagu ku temanmu.. di antara kita suka sama suka, aku pasti kau punya hati ingin bersama jua.. tidak semestinya sebuah cerita cinta kan berakhir sesempurna, seperti kita impikan.. 

fed up

ah. tukar radio. dengar nasyid lah

lagu seterusnya

oh tuhan seandainya telah kau catatkan, dia milikku tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku titipkanlah kebahagiaan.. ya allah ku mohon apa yang telah kau takdirkan.. ku harap dia adalah yang terbaik buatku, kerana Engkau tahu segala isi hatiku.. pelihara daku dari kemurkaanMu.. ya Tuhanku, yang maha pemurah, beri kekuatan jua harapan, membina diri yang lesu tak berdaya, semaikan setulus kasih di jiwa.. ku pasrah kepadaMu kurniakanlah aku pasangan yang beriman, bisa menemani daku,, supaya ku dan dia dapat melayar bahtera ke muara cinta, yang Engkau redhai.. ya Tuhanku, yang Maha Pengasih, engkau sahaja pemeliharaku.. dengarkanlah rintihan hambaMu ini, jangan Engkau biar kan ku sendiri.. agar ku bisa bahagia walau tanpa bersamanya.. gantikanlah yang hilang, tumbuhkan yang telah patah, ku inginkan bahagia, di dunia dan akhirat.. padaMu Tuhan ku mohon segala..

okai. 
tutup radio. pilihan yang bijak kiranya. 

tiba-tiba kedengaran di luar rumah, jirannya melalak :

jujurlah sayang, aku tak mengapa

erk.

abaikan. tapi, kenapa ni? when all songs make sense. inikah cinta?

Monday, October 14, 2013

korban_

' aku ni haa, tiap-tiap tahun korban.. kau tu? mane? xde duit. tak usah kata nak pergi tunai haji ke hape, nak ambik satu bahagian pun tak mampu'

aduh. sinis betul gelaknya Mak Tam. dia cuma mampu menunduk. memenuhkan bakul dengan barang-barang yang dipesan isterinya. tidak ada guna baginya melayan. orang tidak akan mengerti. tidak mungkin.

' haa, tu yang beli banyak-banyak tu ada duit ke nak bayar? ke masuk buku tiga lima?'

nah. ada lagi rupanya episod sambungan -.-

'berapa Mail?' 

'RM 50.90. saya bagi RM50 je la bang Mat. lagi 90sen tu kira halal la... '

dengan senyuman kelat yang sedaya upayanya dimaniskan, dikeluarkan duit daripada sampul. duit semalam, gajinya mengajar anak-anak muqaddam di surau. 'sedikit tidak mengapa, asalkan berkat' bisik hatinya, memujuk diri. 

' setahu saya la kan bang Mat, buku tiga lima kedai saya ni tak pernah ada nama bang Mat. tapi nama, erm.. ye lah kan, taknak la cakap sape la kan, tu ada laa. katanya banyak duit, korban, haji... beli barang RM5 pon nak masuk tiga lima bang Mat.. saya jual la ye.. '
ujar Malik sambil mengambil duit daripada Mat. sakit hati juga bunyinya. 

dia senyum. 'saya beli'

Mak Tam dengan pandangan sinisnya seraya berkata 'amboi Lik, kau sindir aku ke ape? setakat kedai kau ni aku tak hadap laa. lima hengget tu? dalam beg duit aku ni duit besar-besar.. aku bayar guna seratus kan kau jugak takde baki nak kasi. huh! ' balasnya. agak kasar. atau mungkin memang kasar sebenarnya.

'ye laa Mak Tam, saya tak cakap sape pun. kalau Mak Tam terasa tu saya nak buat macam mana. dah kalau orang makan aiskrim, gigi sensitif pulak sah sah dah rasa ngilu. RM 15.'

'nah ambik ni RM50. simpan baki' ujarnya sambil mengambil barang-barangnya. rakus.

tersengih si Malik.'eh halal ke tak ni? '

Mak Tam mengangguk sambil menjeling. huh. orang tua ni.. bila la nak beli insuran mata dengan mulut tu. desus hati Malik.

--------------------------------------------------------

sepanjang perjalanan Mat mengenang. rupanya belum habis lagi marah Mak Tam kerana dia memperisterikan Laila, anak saudaranya Mak Tam yang di jaga semenjak kecil, namun wang hantaran tidak sampai berpuluh ribu dan tidak ada pula apa-apa emas atau permata yang dihadiahkan kepada Mak Tam sebagai 'bayaran balik kerana sudi menjaga Laila dari kecil.

desus hatinya, manalaa aku tahu Laila itu jodohku, kalau tahu dari kecil sudah lama dia minta ibunya saja yang menjaga Laila. dia jadi tersenyum sendiri. dia sedar, dia cuma kerani biasa. namun, elok juga daripada yang menganggur tiada kerja. hidupnya bukanla mengemis, tidak pernah pula menyusahkan orang. lagipun, di surau dia mengajar mengaji. bukannya buat kerja keji. manusia.. agaknya kalau duit bersepah-sepah barulah di anggap suci. hah.

sesampainya Mat di rumah, disambut dengan senyuman manis isterinya.. sejuk hati. paling tidak ada juga seseorang yang mampu menenangkan jiwanya. sentiasa bersama-samanya susah atau senang.

' abang dah balik, banyak nya beli barang '

' laa kata barang dapur dah habis? ' balasnya sambil tersenyum manis. baby dan barang bertukar tangan. Laila berlalu ke dapur. duduk di ruang tengah, di agah-agahnya anak sulung permata hatinya itu. 

'air bang...' ujarnya sambil meletakkan segelas teh sejuk di hadapan suaminya. tangan di hulur untuk mengambil si bayi.

'takpe, abang pegang' 

'abang, tadi jumpa Mak Tam.. dia.. err... '

Mat tersenyum. dia pandang saja Laila sambil menghirup teh sejuk.

'abang marah ke?'

'kenapa kata abang marah? ' balasnya, masih dalam senyuman.

'Laila tahu abang tak suka kalau Laila cakap-cakap pasal ni.. tapi bang Laila terasa hati. macam kita ni miskin sangat, macam kita ni tak guna sangat bang... sampai hati Mak Tam cakap macam tu'

Mat senyum.

'Laila rasa kita susah ke?'

geleng.

'Laila sayang, bukan kita je tak sampai lagi ke tanah suci. bukan kita je tak pernah laksanakan korban lembu. ramai lagi. kita hidup bukannya atas simpati orang. abang masih ada kudrat bekerja. walau gaji tak seberapa, alhamdulillah cukup.. cuma masih belum ada rezeki kita korban tahun ni. masih belum ada rezeki kita jadi tetamu Allah. makan minum cukup. tidak ada kurangnya. betul tak? '

dia cuma diam

'Laila, korban itu benar bagus jika kita mampu korbankan lembu atau sebagainya. tapi apa simboliknya? apa makna korban sebenarnya? korbanlah setiap tahun pun, apa gunanya kalau untuk menunjuk-nunjuk.. apa gunanya di sembelih binatangnya tapi sifat-sifat kebinatangan tu tidak pernah mengalir bersama-sama darah haiwan sembelihan tu.. korban itu luas sayang.. kalau mampu abang pun nak korban. tapi kita belum mampu. kita berkorban sahaja dengan cara yang kita mampu. yang penting ikhlas.  inshaallah ada nilainya di sisi Allah.. '

sambung Mat dengan penuh kasih sayang, lembut setiap katanya menusuk hati Laila..

'bang, Laila minta maaf, '

Mat senyum.

di dalam hatinya memohon agar dijauhkan keluarganya daripada hasad dengki dan prasangka. dijauhkan penyakit hati. semoga korban kali ini membawa erti. menyanggupkan sekali semua nya untuk mengorbankan nafsu, mengorbankan keseronokan dunia, korban ego dan korbankan segala sifat mazmumah di dalam hati. semoga apa jua jenis pengorbanan akan diterima. aamiin..

Friday, September 27, 2013

::mawar

mawar di tanganku aku pegang. cium. wangi.. senyum sendiri.
tiba-tiba aku terperasan satu makhluk yang dok perati aku,
kerling,

nah, housemate aku rupanya.
pandang dia, angkat kening, tanda bertanya : apa?

dia angkat bahu dan berlalu.

cehh, tu je?

*********

hari ini. mawarku sudah layu.
aku pegang. cium.
terdengar derapan tapak kaki si Leeya tu terhenti.

aku pandang. macam biasa, angkat kening. kali ni dua-dua belah.

dia maju.

"aku kan, masa kau cium ros yang segar hari tu aku terima lagi. tapi ni, ape kes beb? ni sape bagi kau ni sampai dah layu pun cium lagi"

senyum je kasi kat minah ni,

"beli sendiri. eh.. wey, aku suka kat sorang ni. agak-agak kalau aku bagi bunga ni ape kata kau?"

terbeliak matanya

"kau ni, kalau ye pun angau biarlah bertempat siket.. daripada kau bagi bunga yang dah layu, kering tu baik kau bagi je bunga plastik. murah. tahan lama. pastu nak lagi sweet buat la macam citer kat novel-novel tu, cinta saya hanya akan layu jika bunga ni layu.. oohhh" ujarnya teruja sambil konon-konon buat suara garau.

euw. ehemm.

"Leeya sayang, bunga ni aku hargai bukan sebab kecantikan dia. wanginya dia masa dia masih segar. tapi kerana adanya dia. nilainya sendiri. jadi tak kisahla dia segar ke dah layu ke kering ke dia masih sekuntum mawar. lagi satu, simboliknya bagi bunga yang dah layu ni kan, kalau dia terima dan masih menghargai, kira nya macam, dia sudi terima kita seadanya, bukan kerana paras rupa tetapi kerana bernilainya kita. setakat bunga plastik tu nampak sangat tak ori. dah la gayanya tak ikhlas. plastik !"

nah, terlopong mulut si Leeya tu. baru dia tahu langit tinggi ke rendah.

"amacam, novel ke aku lagi sweet?"
balas aku sambil tergelak besar.

ape-ape lah.

Wednesday, September 25, 2013

mimpi

rasanya dia sudah melupakan...tapi, gayanya macam tidak seratus peratus..

cerita semalam.
tutup buku. mata sudah gayanya perlu ditongkat dengan jari. hayun langkah ke tandas. gosok gigi. cuci muka. kunci pintu. selimut ditarik. tasbih di tangan satu persatu diratib. serasanya hanyut di ulit lena.

tiba-tiba terdengar seperti ada yang masuk ke dalam bilik. siapa? abaikan saja. selang beberapa ketika, terasa seperti mahu bangun. gosok-gosok mata, tidak percaya. kelihatannya seperti ada sesuatu di atas meja. satu plastik. ada baju di dalamnya. dia bergerak, hampir ke meja. terperasan, di papanputih di meja belajarnya seperti ada tertulis sesuatu. dia kenal tulisan itu. tapi mustahil. sudah lama dia tidak melihat tulisan itu. tambah-tambah lagi jika tulisan itu memang bertujuan untuk berkounikasi dengannya.
dalam mamai dia membaca. lebih kurang begini :

'dah lama tunggu jawapan orang. kali ni orang bagi jawapan. maaf lambat. gambar-gambar lama, mana yang nak post tu boleh la post semula'

dia terkedu. betul. betulla itu tulisannya. Jaja.. hatinya berbisik sayu. berbelah bahagi. sambil tangannya menyentuh bungkusan itu. satu. dua. baju dikeluarkan. di tengahnya ada satu kotak biskut Lexus, dan satunya ada sekeping surat. dia jangka, di dalam surat itulah ada keputusan dan jawapan yang selama ini dia tunggu.

di renung. dia genggam.. cuba merasa. namun hatinya berbelah bahagi. tawar. dalam masa yang sama rasa sakit. amat.

tiba-tiba matanya tertancap pada pintu bliknya. ya, dia tertanya-tanya. mana mungkin orang itu yang menghantar sendiri. setahunya dia berada jauh. jauh di perantauan. tiba-tiba hatinya terdetik. mungkin Nana yang menghantarnya. entah mengapa hatinya berkata begitu. lantas langkah gopoh di atur ke pintu. dia buka. pandang kiri dan kanan. namun tidak pula kelihatan kelibat Nana. kepala di tunduk sedikit. kesal. pada masa itu matanya tertancap pada tasbih yang ditangannya sebelum dia tidur tadi.
kenapa di situ?
dia pegang. tarik. tidak berjaya. melekat.

tiba-tiba dia tersedar.

di raup mukanya seraya bibir melafaz istighfar. panjang. ternyata itu cuma mimpi.. kesal. kalau saja sempat dia baca surat itu. walau dia tahu itu cuma mimpi. mimpi yang mugkin tidak membawa apa-apa makna.

ya Allah, aku cuba melupakannya.. kenapa setelah aku hampir berjaya dia hadir lagi dalam mimpiku? atau mungkin aku rindukan dia? atau mungkin selama ini aku cuma berpura melupakan saja...

ya Allah apa petanda?

cerita hari ini
terhambur ketawanya. orang sekeliling sudah pandang-pandang mereka. tiba-tiba dia ternampak juniornya haii Kak Dee, sihat?
salam. dia tersenyum. lantas berborak. panjang juga. satu persatu cerita keluar. biasalah. perempuan. ditinggalkannya kawan-kawan di meja sana. tidak mengapa, yang ini jarang jumpa.
Akak tak wish pun birthday kite?
err, bila birthday awak?
tengok tuu, birthday kite mana dia ingat, dia ingat birthday Jaja je..
diam. tertusuk hatinya. dia cuma tersenyum. Shasha taktau.
err, birthday Jaja bila?
gelak lagi..
saje. dia pura-pura lupa. padahal dalam hatinya Tuhan saja yang tahu. sakit. tidak tahu sakit apa. rindu. atau mungkin terluka. entah..
ok la kak, kita jumpa lagi.. byee..
salam.
kalo ada pape bagitau tauu..
dia hanya mendengar jeritan 'ok' dari jauh dengan senyuman yang dilemparkan Shasha.
kawan-kawan dihampiri. hati berbelah bahagi. ditatap telefonnya. lama.
diam.
wey korang aku rasa nak balik laa.
bila semua sudah menyusun langkah. pulang. on laptop.
laman sosial fesbuk. enter. scroll. err. matanya tertancap pada satu gambar. dia masih seperti dulu. masih tidak berubah. tapi kenapa hari ini keluar pula ceritanya di news feed? biasanya tidak ada.

dia jadi bingung.
ya Allah, lupakan. lupakan aku tentang hal ini..

Monday, September 23, 2013

aku di situ

kalau saja kamu bisa,
mendengar...
luah dan isi hati aku..
selemut angin berdesir,
menyapa,
sekuat ombak membadai,
tanpa jemu walau sedikit..

sedikit demi sedikit, menghakis pantai
dan di tengah badai itu,
teroleng-olengnya sebuah sampan
hah..
kiranya begitulah kisahnya

entah mengapa fikirku,
angin itu bagai cintamu
lembut menyapa aku
namun cukup, 
cukup untuk membadai hatiku..
walau mungkin tanpa sedarmu

hingga sedikit demi sedikit terhakis keraguan
sehingga lemas aku dalam rasa yang selama ini tidak jelas
keraguan itu terkadang hilang terkadang muncul,
bak sampan yang teroleng itu
terkadang tenggelam terkadang jelas
di penglihatan

namun aku masih umpama nelayan itu
yang masih gigih menempuh ombak badai
aku umpama benteng pantai ini
walau cintamu mengakis tenangku
namun sedaya upaya aku pertahankan lagi

kerana apa?
kerana aku masih belum pasti
belum pasti adakah benar apa yang di rasa
adakah benar ini cinta
adakah benar engkau untukku
adakah benar itu cerita kita
atau itu hanya aku
hanya cerita aku

adakah hanya aku yang merasa
getar ini
dan adakah hanya aku yang menaruh harapan
yang masih belum pasti

allah,
sesungguhnya aku hanya hamba
lemah tidak berdaya
untuk mengusir rasa cinta
yang kian membunga

munajat di malam hari
semoga kau pandu langkah ini
jangan sehingga memakan diri
janagn sehingga menzalimi

allah,
pandu langkahku
jika benar maka dekatkanlah
namun
jika tidak usirlah
redhakanlah..

angin,
nyanyikanlah lagu
kamu,
dengarlah..
lagu cintaku untukmu

bayu,
sampaikan berita
bahawa aku masih setia
setia menanti sebuah kepastian jitu
supaya tidak tersasar langkahku

Thursday, June 07, 2012

sepatah kata 'SEMILIR BAYU'

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, adik kakak, pak cik mak cik, dato' datin, tan sri puan sri..hehe..

baru sahaja menyiapkan sebuah lagi cerpen, berjudul SEMILIR BAYU, yang megisahkan tentang sebuah kampung, secara amnya la.. sebuah kampung yang aman damai, masyarakat yang penuh santun..aku pun taknak la cerita panjang-panjang tentang citer ni nanti tak best pula kan, korang nak tahu, bacalah :)

bercakap tentang karya ini,, sebenarnya cetusan ilham pertama sekali adalah untuk menyahut seruan dan cabaran seorang junior yang sama besar je dgn aku,, iaitu sedari nik nur fatihah yang katenya boring je tgk citer selalu ade orang jahat. haha. so, ni citer takde jahat, semua baik2.. haha... dan aku inspirasikan cerita ini daripada lagu nyanyian SAUJANA : LAKARAN MINDA

jadi, taknak dah cakap panjang-panjang, terimalah EPISOD PERTAMA SEMILIR BAYU :)

enjoy your reading guys :) :)

SEMILIR BAYU 5

Daniel,, pergilah..
ujar Asyraf lembut,

ma... mamaa... maafkan orang ye..
ucapnya tersekat-sekat sambil menarik-narik kain Milah yang sedang menyusun pinggan di atas meja.

eh.. Daniel.. tak,takpe.. salah mama juga.. mama mintak maaf ye sayang..

tak,, orang dah maafkan mama.. orang tak patut buat mama sakit hati.. lagipun, mama dah bagi adik kat orang. orang sayang adik. dia comel.. 
ujarnya sambil mencuit-cuit pipi adik tirinya yang sedang digendong oleh papanya.

Milah tersenyum sambil memandang Asyraf yang turut tersenyum..

Daniel, apa kata kita ajak papa pergi taman petang ni.. 
mama dah lama tak pergi ke taman, nak?

yeayy.. nak,, boleh papa??
tanya Daniel girang..

boleh.. tapi dengan syarat, mama kena masak sedap-sedap, 
boleh kita makan kat sana, boleh mama?

tentulah boleh papa..

mereka ketawa bersama-sama

**************************

dia pandang ke kiri, dia pandang ke kanan. wah, line clear.. dia mula membuka pintu pagar masjid yang sememangnya tidak berkunci, kata Pak Mail, mudah jika ada warga kampung yang mahu berqiamullail di masjid. tanpa membuka lampu dan membahayakan situasinya, dia menghampiri tabung masjid. dia senyum sendiri.. akhirnya! hajatnya tercapai juga. cepat-cepat dia melaksanakan pekerjaannya.

terdengar bunyi pili air masjid terbuka, dia tahu, ada warga kampung yang mula datang untuk berqiamullail. cepat-cepat dia berlari keluar masjid, malang nasibnya terlanggar pula  si Haikal yang baru menapak masuk ke dalam masjid.

Aduh!! eh sedara!!
jerit Haikal yang hampa apabila dia tidak dapat melihat wajah si pemuda yang bertopeng itu. cepat pula lesapnya dalam gelap malam itu,

dia menggelengkan kepala. 

apa la yang dibuatnya malam-malam ni,, dah ke lampu pun tak dibuka.. 
bebelnya perlahan sambil membuka cuma satu lampu. 

tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kotak hitam berhampiran tabung masjid. 

apa pula tu?
lantas dihampiri objek itu.. briefcase!
dia membuka briefcase hitam itu. terbuntang matanya melihat isi di dalamnya. bersama-sama itu terletak satu nota kecil berbunyi :

ini sumbangan ikhlas saya, terimalah RM50,000. mungkin ada manfaatnya untuk kegunaan masjid ini. 

masyaALLAH, pemurahnya dia..
detik hati kecilnya..

Pak Mail dengan Haji Mad mesti gembira.. 

****************************

Amir, dah sedia untuk mulakan perbincangan hari ni?

insyaALLAH Haji, saya dah sedia..

baiklah.. kita terus sahaja ye... 
begini,, jadi imam pun dia ada adab-adabnya juga..
mula-mula sekali, sebelum kita angkat takbiratul ihram,, kita disunatkan memberi peringatan kepada jemaah, luruskan saf, rapat kan saf.. kamu pun tahu bukan,, jika ada ruang antara ahli jemaah, di situlah syaitan akan duduk.. yang perlu disamakan dalam jemaah tu pula ialah tapak kaki belakangnya, iaitu tumit.. ye la kan,, saiz kaki manusia ni bukannya sama... jadi, yang perlu lurus itu ialah tumit kita, biar dalam satu line je... kemudian, bahu mestilah bersentuh antara bahu jemaah lain.. 
selepas itu, masa bacaan alfatihah.. kita pun tahu, untuk solat maghrib isya' dan subuh, biasanya imam akan membacakan alfatihah dan surah lazim dengan kuat.. dan, imam akan berhenti seketika setelah selesai membaca alfatihah sementara membaca surah.. tapi persoalannya, selama mana seorang imam tu perlu berhenti.. mengikut adabnya, imam haruslah diam seketika sekadar cukupla bajet-bajet makmumnya sudah selesai membaca alfatihah.. 
dan kita juga tahu setiap kali imam berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain dia akan membaca " allahu akbar" . dan sepanjang mana pula bacaan tersebut.. yang paling cantik, bacaan tersebut ialah sepanjang pergerakan kita.. sebagai contoh, kalau kamu tengah sujud dan nak bangun untuk qiam,, kamu akan memanjangkan perkataan ALLAH itu sehingga sedang elok kamu qiam, perkataan "AKBAR" itu sdudah terlafaz..
baiklah, itu muqaddimah.. ada soalan?

soalan demi soalan dilontarkan oleh Amir..

dua jam berlalu tanpa mereka sedar.. 

*******************************

alhamdulillah Amir.. ilmu yang dalam dada saya,, semuanya sekarang ni juga berada dalam dada kamu... apa yang kurang cumalah pengalaman, yang bakal kamu kutip tak lama lagi..

alhamdulillah.. terima kasih Haji.. insyaAllah, saya cuba yang terbaik..

jadi, apa rancangan kamu selepas ini? saya tahu, kamu tengah tunggu permohonan pekerjaan kamu diterima bukan? 
Pak Mail menyampuk perbualan mereka.

oh,, lupa pula saya.. saya fikir begini, sementara saya menunggu dapat kerja ni, saya akan kutip pengalaman jadi imam di sini dulu lah.. dalam tempoh itu juga, saya fikir, saya nak bukak surau ni, nak ajar mengaji.. nak buat kelas fardhu ain.. tak kisahla sape pun yang nak sertai.. terbuka, takde had umur.. dan, takde bayaran.. kemudian, malamnya pula saya ingat nak jemput la anak-anak muda di sini,, nak turunkan lagi ilmu yang baru saya dapat daripada Haji Mad, kepada anak-anak muda ni.. jadi, tak payah risau la macam mana, nak cari sape pengganti imam lepas ni.. macam mana Haji, Pak Mail?

bagus idea kamu tu Mir.. saya setuju, Pak Mail pula macam mana?

Aku pun takde hal.. lagipun, nak harapkan kita ni, dah tak larat.. cuma, mak ayah kamu setuju ke Mir,, nanti kamu terperap je kat masjid, mereka nak lepaskan rindu pun takboleh,

yang tu Pak Mail jangan risau,, saya dah bincang dengan mereka, mereka takde halangan.. lagipun, bukan 24jam saya di sini,, saya cuma stay lepas zohor sehinnga lepas asar sekejap.. dan, lepas  isya' pun dalam sejam begitu.. 

kami takde halangan, malah kami suka sangat ada anak muda macam kamu.. terima kasih sajalah ya Amir.. apa-apa keperluan untuk kemudahan kamu, cakap saja, nanti kita beli, ya.. lagipun, duit derma hamba ALLAH yang pemurah hari tu, tak terusik lagi.. rasanya, bolehla kita manfaatkan untuk niat kamu ni Mir..

insyaallah.. terima kasih Haji, Pak Mail, terima kasih kerana sokong cadangan saya..

Amir tersenyum bangga.. alhamdulillah, niatnya untuk berbakti kepada  keluarga bangsa dan agama mula jelas jalannya.. terima kasih ya Allah, kerana mempermudahkan jalanku.. semoga kau menetapkan hatiku untuk sentiasa berbuat kebaikan.. aamiin~

the end _


****************************


cerita habes, check it out ::


SEPATAH KATA :)

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...