Saturday, August 13, 2011

which term is better??

Salam ‘alaikum =)
Hmm.. orang bodoh je kan yang akan buat perkara yang tak datangkan manfaat pada diri dia kan? Sedangkan orang-orang yang cerdik takkan buat benda begitu.. biarlah orang lain terseksa, asalkan hanya manfaat yang kita dapat.. walaupun perbuatan yang dianggap takde manfaat pada seseorang tu, pada hakikatnya sangat2 dikehendaki oleh seseorang yang lain..
WAIT.



Or should we call them SELLFISH????
Maybe.. pentingkan diri sendiri lebih tepat la kot gelarannya, and yang lagi satu tu betulla seorang yang bodoh, sebab ape? Sebab taktahu menilai dan taktahu nak reti2 bila orang dah tak appreciate kite..
Ya. Got da answer!
Haih. Bangunlah hati.. lagi banyak perkara yang perlu difikirkan.. bukan benda ni sahaja!

iye ke??

Lebih baik dicemburui daripada tidak dihiraukan??



Hmm.. 
bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum wbt c:

Tertarik pada quote ni, masa tengah otak berserabut kat library hari tu.. ingat nak baca buku ni, tapi malangnya lagilah berserabut otak agaknya, sebab buku dalam bahasa melayu, tapi bukan orang melayu tulen yang menulisnya.. hehe.. maksudnya, bukan buku yang agak ringan untuk di baca lah.. huhu..
so,, betul ke baik kita dicemburui daripada tidak dipedulikan??? Mm.. maybe ada certain2 situasi, boleh jadi betul, dan mungkin bagi certain2 situasi, tak betulla kot… for me, maybe part, “ dicemburui” should be change to other word,, maybe “ diperhatikan” or maybe “ selalu dinasihati” or anything else..
hehe.. don’t know!
So,, what’s ur opinion???

Friday, August 12, 2011

biarkan atau..

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt. okay. seperti yang disangka, kalao on9 di hari minggu je, mesti ada yang tersakit hati, walaupun sekelumit. dah tu, sape suruh gatal2 nak on9 kan?? hmm.. sendiri cari pasal.. but.. hmm.. ah.. forget it!

just like my status had stated there,, ape lagi yang nak diharapkan daripada gelas yang pecah.. pecahnya menjadi serpihan-serpihan kecil.. walaupun dikumpul, dikutip dan dicantum semula, tetap. tetap retaknya jelas kelihatan.. ya. susah nak kutip balik serpihan-serpihan, fragment2 yang boleh jadik physical hazard kalau termasuk dalam makanan,, tambahan lagi kalau buatnye seorang diri,, tanpa seorang lagi individu yang telah membawa kepada pecahnya gelas tersebut.. huhu~ hmm.. dah individu lagi sorang tak sayangkan gelas tu, dah pecah, biarlah pecah kan.. lagipun, dia ada gelas dia sendiri.. kalau gelas aku yang pecah, ade dia kisah?? gelas dia yang lain masih ada. banyak lagi! walau hakikatnya kau pun ada gelas laen yang lagi besar, banyak lagi tapi semua gelas aku aku sayang.. semua gelas yang aku punya ada lebih masing2.. walau xpayah beli, dapat percuma masa beli ubat gigi pun, still gelas aku. walau pecah, still sayang.. tak boleh ke appreciate siket? dah kite TERlanggar orang yang bawak gelas, tolongla dia kutip balik serpihan2 tu..



 can you please?? sian aku.. luka2 dah jari jemari,, saban waktu saban hari dok kutip fragment gelas pecah.. asal ko lalu je, aku pegang gelas, asal aku pegang gelas je ko TERlanggar aku kan..

so, dah keadaannya pun begitu,, should i just throw away dat glass??
or, should i just keep da fragment without fix it again and again?
who knows, one day, dat human will come and offer to fix the glass together with me?
but,, ah.. really hard!

Tuesday, August 09, 2011

hikayat2

::::: sambungan_

Maka tersebutlah pula kisahnya pada hari isnin. Kelas hamba, terlalulah padatnya pada hari isnin. Maka bangunlah hamba pada pagi itu, sarapan dan terus memakai uniform dan memutuskan untuk membimbit kasut rogines yang berat untuk mengelakkan kaki hamba dari melecet, dan hanya akan menukar kasut sejurus tiba di dapur latihan. Maka bermulalah kelasnya.hamba lihat, ada banyak daging, ada ayam , ada kaki dan rusuk biri- biri. Daging lembu juga ada. Arakian, bermula la kelas yang penuh haru biru dengan kepenatannya. Pada hari itu, hamba diminta untuk menyipakan sos lyonaise yang terpaksa hamba gelintar ke kelas sebelah untuk mencari resipinya. Seusai tugasan individu pertama, maka kami dikehendaki berperang dengan semua daging2 yang ada. 










Mula2 belajar cara mengikat ayam seolah-olah mahu menculik ayam yang seekor itu,, diikatnya kaki, ke kepak dan ke lehernya. Maka di masukkan ke dalam oven. Sejurusnya, diikat pula daging lembu, di belit dan belit, lalu di masukkan ke dalam oven juga, setelah perencah di tambah padanya. Maka kami diajar pula cara untuk memotong ayam tanpa tulangnya, untuk menghasilkan chicken chop. Maka terpegunlah kami semua. Terakhirnya, kami dikehendaki berperang dengan rusuk biri2. Ngeri sekali cara untuk menyediakan makanan yang satu ini. Kalau di beri pilihan, tidak sanggup hamba membuatnya! Teramatlah letih dan lenguh tengkuk hamba mengendalikan rusuk biri- biri tersebut. Maka seusai memotong dan menghiris daging2 tersebut, kami mula memasaknya. Arakian, usailah tugas kami, setelah di beri penerangan, setelah  ditunjukkan cara untuk menghidang, maka kami pun pulanglah. Perlahan sahaja jalannya kerana teramat letih. Serasa kaki kami seperti mahu tercabut! Kelas yang biasanya tamat jam 2 hari itu tamatnya hampir ke pukul 4. Terpaksa pula kami turun untuk aktiviti kokurikulum jam 5. Maka teramatlah letihnya. Pada malam itu pula, peperiksaan subjek mandarin berlangsung. Ujian membaca namanya. Maka dengan kaki yang teramat letihnya, hamba hayun juga ke kelas pada tika itu. Biasanya hamba hanya mengambil masa 15minit untuk berjalan. Tapi pada malam itu, hampir setengah jam hamba berjalan kerana terlalu penat..  sesampainya di sana, hamba lihat rakan-rakan hamba semuanya di luar, tidak ada yang berani masuk untuk menjadi insan  pertama mengambil ujian. Hatta, hamba jugalah yang disuruh masuk dahulu. Maka masuklah hamba dan menjalani ujian itu. Alhamdulillah, mudah sahaja. Dan hamba hilang 0.9 markah sahaja dalam ujian itu. Cikgu hamba berkata, “ tahniah, tuan hamba dapat a+ untuk ujian malam ini “ *tipu la cg cina bules cakap melayu klasik, bwahahaha* maka keluarlah hamba dengan perasaan riang gembira.. masih belum mahu pulang, hamba lepak2 di luar sementara menunggu rakan-rakan hamba usai ujian mereka. Selepas hamba rasa penat, hamba memutuskan untuk pulang sahaja. Maka begitulah kisahnya dua hari terpenat dalam hidup hamba minggu ini~

Haha.. amacam?? Oke x pengetahuan prosa klasik aku?? Ngeee~
Okela, mintak diri dulu ^^

hikayat

Assalamualaikum~~~
(mode:: happy+pening2 kepala sedikit+ blurr2 sepontet)

Hihi..mm.. Dengarkan hikayat dari hamba ya^^

( Bahagian 1 )

Maka tersebutlah kisah pada tarikhnya 5 julai 2011 yang lalu.. Berpuasalah hamba bersama rakan2 hamba dengan jayanya *errk??* maka pada malam itu, maka jiran yakni biliknya di hadapan biliknya hamba mangajak berkunjung ke masjid untuk solat terawih. Maka hamba yang seminggu hanya sempat berjemaah sekali sahaja terawih terus sahaja bersetuju.. Maka dengan itu, pergilah hamba bersama-sama rakan-rakan hamba, berbondong-bondong ke masjidnya. Sejurus balik dari masjidnya, pada mulanya terfikirlah di benak hamba untuk membaca kitab pelajaran. Akan tetapi, datang pula rakan lain dari bilik membawa laptopnya. Maka dipasangnya cerita seram yang agak menyeramkan sehingga menusuk ke tulang sumsum. Maka dengan jari2 menutupi mata, hamba bersama-sama rakan-rakan hamba memaksa diri menonton ceira berjudul KARAK.. 






Maka tiadalah hentinya jantung berdegup kencang menonton cerita tersebut. Arakian, setelah menyedari jam sudah menunjukkan pukul 1 tgh malam, maka hamba memutuskan untuk tidur sahaja, memandangkan pada esoknya kami ingin bersahur pula. Maka tersangatlah takutnya untuk pergi ke tandas pada waktu itu.. Sejurus melangkah keluar, tersangatlah lain suasananya dibandingkan dengan suasana seram di dalam bilik tadi.. Maka terkejutlah hamba sejurus tiba di  dalam tandas apabila mendapati hamba datang bulan. Tertekan menonton cerita itu barangkali *bwahahaha* maka, alas an untuk tidur awal untuk bersahur pada esoknya sudah tidak boleh dipakai memandangkan haram bagi hamba untuk berpuasa pada esoknya. Maka, ditonton sehingga habisnya cerita tersebut. Maka tersebutlah kisahnya pada hari ahad pula.. Amatlah penat diri hamba, satu hari suntuk kelas tiadalah hentinya melainkan  3jam sahaja. Maka sepulangnya dari kelas terakhir di mana padanya diadakan peperiksaan, hamba terus pulang ke bilik. Hatta, hamba mandi dan terus berbaring di atas katil tanpa menyedari hamba tertidur. Tersedarlah hamba tika azan maghrib kedengaran sayup2. Bingkas hamba bangun untuk mengisi tembolok yang kosong. Sejurus penuh tembolok hamba, hamba dalam mamainya duduk di atas katil, tanpa dirancang berbaring dan tertidur lagi..  Tiba-tiba kedengaran bunyi bising.. Apabila hamba membuka mata, terlihatlah di hadapan hamba betapa ramainya orang di tepi katil hamba.. Agak malu pada ketika itu, hamba layan sahaja tetamu yang ada, tanpa bangun, tambahan lagi perut hamba tengah sakit.. Selepas semua beredar, mata hamba tertutup lagi.. Tiba-tiba kedengaran telefon hamba berdering, nyaring sekali. Lantas hamba menjawabnya separuh sedar! Entah apa yang hamba perkatakan, hamba sendiri tidak mengetahui. Hamba terus beradu lagi dan lagi.. Tersedar lagi,bila hamba lihat rakan bilik hamba mahu keluar.  Ingin ke masjid, berterawih kali.. Mata hamba tertutup lagi. Tiadalah dapat hamba kawalnya. Beberapa ketika kemudian, rakan bilik hamba pulang, hamba terpinga-pinga, mengapa sebentar sahaja perginya? Bila hamba pandang ke tangan mereka, terlihat ada plastik berisi makanan.  HAH?? Terus hamba capai jam, memandangkan mereka hanya akan membeli makanan untuk bersahur lewat malam. Masya allah! Pukul 12 malam! Hamba dengan malasnya bangun dan terus ke tandas dan setelahnya membuka buku,baca sebentar. Mengemas beg untuk esoknya. Termenung sebentar, berfikir ape yang berlaku. Hamba terus memeriksa telefon hamba dengan harapan, panggilan yang hamba dapat hanyalah mimpi. Tetapi sayangnya, panggilan itu rupanya di alam realiti.  Maha suci tuhan! Apelah yang telah hamba bualkan di telefon tadi =.=*

:::::  Bersambung  ::::

kesekian kali

Kesekian kali
Kini ku berdiri tulus  hati dihadapanmu..
Masih terus merayu dengarkan aku..


Jalan yang berliku sepanjang hayatmu aku juga merasainya..
Lantas aku mengerti dan memahami..
Lihatlah ke dalam hatimu percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang di depanmu
Lihatlah jua ke hatiku
Akulah temanmu
Terimalah aku
Kitakan bersama mengharung dunia fana ini.
Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidakkan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi..

story telling :)

Dongak kepalaku ke langit.. Terang. Bintang bertaburan.. Lagilah cantiknya bila dihiasi dengan bulan purnama.. Langit tidak terlalu gelap, warnanya pekat sahaja dengan warna biru gelap. Cantik.. Nafas panjang ku hela.. Menikmati suasana tenang di pantai malam ini, seorang diri.. Hmm.. Tak jemu pula ombak menghempas pantai.. Anak2 ketam berkejar-kejaran… Terukir senum di bibirku.. Makin lama ku renung, maikn sayu pula hati kecilku.. Mengapa malam ini aku rasa berlainan? Ah.. rasa itu hadir lagi… Sunyi. Sepi. Rasa kosong. Ku pejam mataku serapatnya.  Ku paksa lagi mata tertutup, walau hakikatnya sudah berkerut dahiku..
Ya allah.. Aku rindu..
Ya allah..
Di sahabatku.. Mengapa aku hati aku terasa jauh dengannya?
Ya allah, mengapa rindu benar aku padanya?
 Ya allah,, apa yang telah aku buat? Sejak bila terbina jurang ini Ya Allah?
Sejak bila kami berjauh hati Ya Allah?? Ya allah, akukah yang memulakan semua ketidakselesaan antara kami  Ya Allah?? Salah akukah? Satu pintaku Ya Allah.. Andai ada rasa tidak enak, andai ada rasa benci antara kami walau sekelumit antara satu sama lain, andai ada luka walau sekecil manapun jauh di lubuk hati kami, hapuskanlah segala rasa itu Ya Allah. Ya allah, bugarkan kembali ukhuwwah kami Ya Allah..
Ku tahan sedu itu. Hakikatnya aku tidak mampu.. Air mata masih setia mengalir, mengusap lembut kedua pipiku, tergesa-gesa keluarnya  seakan tiada masa lagi untuk meninggalkan tubir mataku.. Lama aku menghalau semua  sebak dalam dada. Sakit. Ya. Sakit sekali rasanya di nubari aku.. Jauh di dalamnya luka parah.. Apakah dia mengetahui begini sekali rindu aku padanya?



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Hah.. Nampaknya airmata sudah usai keluarnya. Pilu hatiku juga sudah kurang lagaknya.. Alhamdulillah.. Kau kurniakan aku sekali lagi nikmat ketenangan ini Ya Allah.. Terima kasih.. Cuma satu pintaku.. Kau tautkanlah hatiku dan hatinya.. Izinkan kami bersahabat di dunia dan akhirat.. Redhakanlah hati kami menerima antara satu sama lain Ya Allah..
Dengan penuh sayu tangan hatiku menghulur doa itu..
Ku lempar pandangan akhir pada pantai yang sudi menemaniku malam ini.. Perlahan aku bangun lantas tangan menyapu sisa baki airmata yang tertinggal di pipi.. Ku atur langkah perlahan..
Ya allah,, tamatkanlah penantianku…

Ameeen…


psst ::: karya kedua, karya kedua~~~


Tuesday, August 02, 2011

pRovEd !!

Bismillahirrahmanirrahim..
Credit to miss nik nur fatihah la ye,  love ur quote,
Things are not always like they seem in the moment!
Ya! Betolla tu! Bahkan dalam alquran pun ada kate,

“ ….. tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai  sesuatu,padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui “(albaqarah::216)

kadang2 kita perlu berhadapan dgn situasi yang sangat memenatkan.. baik fikiran ataupun badan kita..


Ape yang penting, kalau kita berhadapan dgn satu2 keadaan yang sukar dan tidak selesa bagi kita, kita hendaklah bersabar teguhkan semangat, tekad.. Think positive! Ikhlaskan dan kembalikan setiap perjuangan dan perlakuan kita kepada Allah.. Kekuatan itu darinya, dan Dia berhak menyalurkan bantuannya melalui sesiapa sahaja yang dikehendakinya.. Cuma, terpulang kepada kita, sama ada untuk mencari penyelesaian atau berhenti di tengah jalan ..

Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan kan =)

Jadi, jangan mudah mengeluh.. Adukan kesusahan kita padanya, dan mintalah pertolongan dan nasihat daripada sesiapapun di samping kita. Jangan lihat kepada penyampainya, tapi lihatlah kepada apa yang disampaikannya..

Till then, thanx for reading!

Monday, August 01, 2011

hamba biasa..

Bismillahirrahmanirrahim~
Salamullah ‘alaikum warahmatuhu wabarakaatuh.
Orang kate, selagi kita tak menghadapi sesuatu tu sendri, kita takkan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam menghadapinya.. kita takkan tahu sejauh mana kekuatan kita selagi kita tak berhadapan dengan  cabaran sebenar.. orang kate, kita takkan faham satu2 teori sehingga tak hadapinya secara praktikal.. orang kate, kita takkan tahu sejauh mana dalamnya lautan kalau kita tak cuba menyelam ke dasarnya.. orang kate, kita takkan pernah dapat cikgu yang lebih baik daripada pengalaman.. orang kate, kalo kita takde pengalaman kita susah nak survive dalam hidup ni, dan mungkin juga kita mmg xleh nk survive dalam hidup tanpa pengalaman.. yup.. betolla segala kate2 orang tersebut.. kadangkadang kita ingat kita dah betul2 bersedia untuk hadapi segala kemungkinan, tapi kita sebenarnya tidak.. kadangkala kita ingat ilmu kita dah cukup nak harungi dunia yang penuh pancaroba.. tapi sebenarnya ilmu tu takkan pernah cukup untuk kita,, malah, semakin kita dalami, kita akn sedar makin banyak yang kita tak tahu..  pengalaman hidup banyak mengajar kita, tapi, still kita takleh hidup seorang diri dalam dunia ni.. adat manusia, ada jatuh naiknya dalam kehidupan.. ada meningkat dan berkurangnya iman..  jadi, jangan sesekali pernah rasa yang kita boleh hidup sendiri.. jangan  terlau megah dengan kehidupan kita.. sedarlah, kita manusia biasa yang ada masanya hidup kita perlu bergantung juga kepada manusia lain.. dan yang  pastinya kita hanyalah hamba yang tiap  detik, saban waktu sering bergantung kepada NYA..



Dia ( Allah) lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia menjadikan kamu ( berasal ) daripada tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui pelbagai peringkat dalam perut ibu kamu ; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu ( bahawa kamu suci bersih daripada dosa ) . Dialah sahaja lebih mengetahui akan orang yang bertaqwa. – annajm:32-

du'a ee

Semalam aku kelukaan
 kecewa kehampaan mencalar ketabahan..
mimpi yang sering ku harapkan menjadi
 kenyataan namun xkesmpaian,,
allah~
inginku hentikan.. langkah ini,,
bagaikan  tak mampu untukku bertahan
semangat tenggelam… lemah daya..
haruskah aku mengalah ?
namun jiwaku berbisik inilah dugaan.. 
dan mataku kini terbuka pada  hikmah dugaan,
 uji keimanan.. 
tak dilontarNya ujian di luar kekuatan setiap diri insan..
allah~
 pimpinlah diriku untuk bangkit smula meneruskan langkah
 perjuangan ini cekalkan hati dan semgtku
kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta..
daku mohon agung kudratMu wahai Tuhan yg Satu
 segalanya darimu~

ramadhan kareem~

Bismillahirrahmanirrahim..
 salam ramadhan kareem~

Alhamdulillah, syukur ilallah.. memberikan kita nikmat untuk sama2 berada dalam bulan ramadhan yang mulia ini.. Alhamdulillah.. panjatkan sesungguh kesyukuran padanya.. kerana member kita nikmat selama ini.. semoga kita dapat harungi ramadhan tahun ini dengan jayanya.. yang penting, semoga kita dapat buahnya ramadhan, iaitu taqwa ^^
Amen ~

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...