Wednesday, February 15, 2012

kekeliruan

bismillahirrahmanirrahim.
salamullah 'alaikum warahmatuhu wabarakaatuh :)

kekeliruan. ni ialah satu keadaan di mana kita kabur, takfaham ttg sesuatu. bukannya kisah hal ikan KELI dan juga haRUAN ye. jangan salah faham di situ. theee~

pernah tak macam terfikir kan, orang ni suka sangat nilai sesuatu tu berdasarkan luaran... 
nombor, pangkat? 
kan?
oke, let say la kan,, kalo dalam kelas zaman2 muda mudi kat sekolah, fosure orang akan tengok, kelas mana kita duduk, then, bila ade exam, orang akan tengok, berapa A kita dapat,.. then, compare lagi, dalam kelas dapat nombor berapa. takcukop dengan dalam kelas, tengok pulak hah ranking dalam tingkatan. dapat nombor keseratus berapa * eh, aku dulu tu yg di tangga ke seratus lebih- oapss

tu citernya dalam kelas la, kalo luar pulak, org akan tgk,,, contoh, kita g minum kopi ke ape ke, org pon tgk kita punya pakaian, kalo yg pakai kot doktor, sumer orang respect, tgk pakai uniform polis, tros takott, tros macam behave kan,, tengok org pakai kot hitam apatah lagi putih, oiii.. lagii laa.. 

tapi, seramai mana yang nak menilai seseorang pelajar itu pada sejauh mana kesungguhan dia menuntut ilmu? sejauh mana keikhlasan dia belajar demi untuk tuhan dia, untuk nasib keluarga dia, untuk masyarakat dia, untuk keseluruhannya didedikasikan kepada org len , kredit sikettt je bagi kepuasan kat diri sendiri?

mungkin orang2 begini bukanlah org yang selalu mendapat nombor satu. boleh jadi dia ni ssh nak catch up study, tapi bagaimana pula kalau nak compare dy punya nilai respect kepada guru atau pensyarah dia? adakah sama nilainya dgn orang yang mendapat nombor satu?

bagaimana pula dgn akhlak si doktor, polis atau usahawan2 kalo nak dibandingkan dgn tukang sapu sampah, tukang kutip sampah tukang cuci tandas? 

tuhan tu dah pesan, DIA ciptakan manusia ni lain2 latar belakangnya, penciptaannya, tujuannya utk saling berkenalan. bukanlah rupa paras mahupun berapa kilogram emas kepunyaannya, tapi berdasarkan nilai taqwa dalam diri seseorang itu..

tapi sayang, hakikatnya manusia ni suka menilai dari luaran sahaja.
terlalu mudah menjatuhkan hukum, dah tu bajet yakin giler dorang punya pendapat tu 100% betol.
ish.
hai~bilaa la nak wujud kesedaran?

Friday, February 10, 2012

lagiiiiiiii..

taktahu brapa kali nak ungkapkan,,

i miss these moments ::







 i miss these gals :






i miss these places :






i miss these badge ::



my uniform :::



wat i miss the most :: the girl who gives me this * benda color kuning tu *::::




last word :

let it BE

bismillahirrahmanirrahim.. 
yang dipertua dewan, barisan kerajaan barisan pembangkang serta hadirin, warga dewan yg bersidang pada malam ini. 

dear readers :)
kaifa haal? bikhair? wa kaifa imanukum? yazid au yanqus :) ?

oke, jumjum, kita mulakan sidang perkongsian kita pada malam ni.. let it be, maksud aku? biarkan,, *memang la bnda tu mksd biarkan, haishhH* oke, lets take a look on this picca ::


kan? hakikatnya tuan dan puan, serta cik zaiton di belakang sana, kita selalu takpuas hati, kita suka pandang ke belakang, kesal yang melampau dgn apa yang telah berlaku, sedangkan, kekesalan yang melampau tersebut tak perlu pun. yes, those who forgot history will condemn to repeat it. yes, aku takkate kita tak kena igt sejarah, kesilapan lalu yang menimba bUUKK *sound effect kot*  ke atas kita, but then, cukup la kita kesal, insafi dan jadikan sebagai pengajaran. yang sedihnya apabila masyarakat kita, mereka ni bukannya kesal, insaf dan jadikan pengajaran, tetapi terus hah jadikan tembok, putus asa, taknak dah cuba..
 ape ni?? 
salah konsep tu :) 
islam tak ajar umat dia putus asa, tak ajar umat dia menyerah... 

tak bercadang nak hurai lagi panjang, aku cuma nak tutup sidang kita dengan satu persoalan :

korang kenal kan puan cinderella? kan? kan? dia kan femes~
agak-agaknya la kan, kalo la masa dulu dia patah balik ambik kasut dia yang tertinggal kat ballroom raja hari tu, masa zaman ja'pa tonggek tu, agaknya, apa status dia sekarang ni hmm *tanya sambil angkat2 kening dua2 belah beberapa kali*
agaknya, dia dapat kawin tak dengan raja tu??
kenapa jadi mcm tu? sebab dia takpatah balik kan??

jalan tu mesti ke depan, ya.....  kita perlu pandang ke belakang, 
tapi bukan berpatah balik :)

got it genius reader??
rite??

*chill la dayah :) 
everything happens for a good reasons. insyaallah, u'll not repeat the same mistake. GO!
move further. 
dat is the real u !

Tuesday, February 07, 2012

tawakkal

** bismillahirrahmanirrahim~ salam kecintaan dear peeps :)

acapkali jiwa2 manusia yang hidup atas dunia ni, bercakap2 tentang tawakkal.
yes, mmg semua orang pun boleh je kan nak cakap pasal ni, semua orang pon tahu, tawakkal ni ialah berserah diri sepenuhnya kepada allah setelah berusaha bersungguhsungguh.

tapi yang sayangnya, majoriti populariti kita, hanya mengambil yg depan tuuuu je, iaitu, menyerah diri kepada allah. hah. dia dah tak pandang dah yang kat belakang tu, yang part kata, setelah berusaha bersungguh2. katanya, yang saf depan afdal. hah. ye lah tu.

suka aku nak share satu citer, pasal nabi musa a.s

kita tahu, pada masa tu, pemerintahan firaun yg tengah pesat, tiba2 tergolak badai, ada pendeta yang kata akan ada sorang bayi lelaki yang bakal membesar dan akan menggugat kerajaan firaun tu. then, apa lagi, precaution taken oleh si firaun ni ialah, perintah bunuh kepada semua bayi2 lelaki... namun, allah tu maha hebat, maha mengetahui dan sebaikbaik perancang kan?

bila masanya saat ibu nabi musa melahirkan, walaupun sayang giler tahap max kat anak dia, namun, dia tawakkal.. sekali lagi ye, TAWAKKAL kepada allah, dia yakin, bahwa allah akan selamatkan anaknya. dalam kes ni, dah konfem2 kalo dia tetap nak simpan baby boy dia dah tentu akan di bunuh. then, dihanyutkanlah bayi sayang itu ke sungai.. takdir tuhan, hanyutnya nabi musa terus ke istana firaun.. si isteri firaun ni, ambil dan pelihara la si bayi.. dgn pnh kasih syg.. firaun? alahai, nampak je taf, tapi sekali kena pujuk rayu isteri takke cair jugak? maka membesarlah nabi musa dalam ketenangan. yang nak buat cerita gempak lagi, isteri firaun ni carila sum1 yang nak susukan nabi musa, dan u noe wat? mak kandung diala insan yang menyusukan nabi musa.. subhanallah. betapa sulit dan kemasnya perancangan tuhan kan?
*aku citer2 rough je la ea.. *

so then, u guys nampak tak nilai tawakkal yang sebenar di sini?
kita yakin dgn allah, setelah xde halatuju, dah taktahu nak buat apa, serah balik urusan kepadaNya, then, yakin,, allah tolong kita. pertolongan allah itu pasti,
no doubt!

till then,
aku tinggal korang utk renung sejenak :)

ma'assalamah ~

sireh bantu score BI ?

* bismillahirrahmanirrahim...

aku dengan penuh kesungguhan nak respon siket dari berita kat paper hari ni. lupa sudah paper ape yang aku baca kat library  tadi, tapi, fosure, berita tu sumtim like SYIRIK.

kenapa?
aku tertarik dengan tajuk dia, entah ape jugak, tak igt the exact la, tapi, intisarinya ialah, ada segeliintir U students yang selalu dapat gred rendah utk dorang punya english exam. tapi, one day, ade la antara mereka yang jumpa bomoh, then, bomoh tersebut kasi dorang daun sireh, yang berlipat2, syaratnya, masukkan je ke dalam poket, then dorang akan dapat jawab soalan dengan oke, dan result pon sampai dapat A.
bayaran? rm 350.
menurut akhbar tersebut, bomoh terbabit mengatakan bahawa, dia tak pakai pape pon. dia cuma baca several mentera. kalo student tu dah tanak pakai benda tu, xde effect akan berlaku, cuma dia perlu tanam je sireh tersebut. pihak wartawan ade gak bertanya, sama ada ada atau tiada pantang larang semasa penggunaan daun sireh jampi tersebut, berkata pula si bomoh, xde pantang larang cumanya "hikmat" daun tu utk tolong students jawap english je, bukan utk subjek len.
then, kegunaan tu untuk dalam negara sahaja.

wat the siamang is that?

apa yang aku kesalkan ialah, kenapa akhbar tersebut siar berita tu, seolah-olah nak tolong promote hasil kerja bomoh terbabit, sedangkan kita pon tahu, benda2 anak beranak dgn tangkal ni syirik, menyekutukan allah.

aku mati2 ingatkan dorang buat berita tu sebab nak tunjukkan bahawa citer tu tak betul, nak katakan bahawa, jangan ade yang terpengaruh dan jangan ada yang cuba nak consult that bomoh and mintak utk dapatkan tangkal tu, aku mati2 ingatkan last2 dia nak kata, nak pesan kat students, kalo tahu dapat markah rendah tu pandai2 la nak usaha, sampai dapat A.
tapi? huh. mmg wat the memerang air laa kan.

ingat laa weyhh..
korang pakai benda tu, yakin pulak benda tu yang tolong korang sampai korang dapat markah tggi *even utk BI je * syirik tu. menyekutukan allah, dosa besar..
ya allahhh... dah korang satu hal, malas, tu dah salah dari satu sudut agama,
tak reti nak usaha, putus asa. tu kesalahan ke dua.
tuptup, tak cukup dgn kesalahan korang yang dah dua tu, tetiba korang buat satu lagi kesalahan yang paling besar dalam hidup sorang islam, menyekutukan allah pulak
hah? masyaAllah..

dah yang wartawan tu pulak hah, yang korang sampai post citer pasal tu tanpa ada unsur nasihat atau peringatan jangan buat amalan syirik tu kenapa??

korang, sedar laa..
lebih baik korang fail ujian BI atas dunia ni, daripada korang fail ujian kelayakan masuk syurga dan jadik penghuni neraka nanti,,

muhasabah la diri...


*** maaf andai terkasar bahasa ***

Sunday, February 05, 2012

so, it is hard to

ingatkan senang nak lupakan seseorang..
rupanya susah, susah nak lupakan seseorang yang selama ni dekat dgn kita.. selalu teman kita.. makan sama2, kadang2 tolong suap lagi... jalan sama2.. borak2 or texting everyday, tak kira pukul bape... buat kerja sama2..sampai  tidur pun sama2 *KAWAN SEJANTINA OKE

almost share everything *fosure berus gigi terkecuali*..

but then, sampai sampai kepada satu masa, have to say gudbye,that means dah taknak kawan, 
wat else can I say right? trying to forget. yes, it MAY be work, but then not for EVER except only for a while..

sometimes, the memory will knock mymind.. tears rolling down cheeks..
can only crying alone..


#miss u damn much girl..

kecelaruan :::

salam hormat, salam penuh bervisi, salam aspirasi, salamullah 'alaikum.

korang perasa atau tidak, kita sedang bercelaru sekarang ni, kecelaruan apakah?

tapi taktau la kalo aku sorang diri je yang tak mengerti akan situasi ini sebaliknya korang arif dan amat memahami tentangnya.

sebagaimana kita tahu, yang takde gigi itu kanak2 kecil.. takpun warga emas..
tapi, apa pula halnya bila orang dewasa pun takde gigi??

contoh ??


titew tak tahu.

titew adew jew kat siniey

okew jew..

oke, bersangka baik.. dorang fight dgn penyamun yang nak curi beg cik peah,,
and then gigi dorang patah dek ditumbuk...*alahai, penyamun yg ramai ke cik peah yang kena samun ramai sampai ramai yg guna words macam ni? thats why dorang pelat, cakap, or tulis macam xde gigi..

kan??
korang rasa??

pemusnahan bukanlah satu penamat..

bismillahirrahmanirrahim.. salamullah 'alaikum wbt~


dr. lothdrop stoddard dalam bukunya the rising tide of color pernah menulis :


kekuatan dakwah islam sungguh luar biasa dan tiada daya ikatannya terhadap pemeluk2nya lebih hebat lagi. sepanjang sejarah tidak pernah ada satu contoh pun di mana dalam suatu masyarakat, apabila sekali menjadi muslim, mereka tidak akan meninggalkan agama ini, mereka mungkin pernah dimusnahkan, tetapi pemusnahan bukanlah satu penamat. keteguhan islam yang kuat ini dan kemampuan untuk menjaga daya ikatan antara mereka membuatkan islam memperolehi tempat berpijak. haruslah diperhatikan sungguh-sungguh ketika mewancanakan masa depan kawasan2 di mana islam sekarang berkembang.. 


sejarah islam, diwarnai dgn kegemilangan.. 


perkembangan.... 


namun, tetap ada kejatuhannya.. tapi, kejatuhan yang penuh berhikmah.. 


pertengahan abad ke-13 pusat kekhalifahan di baghdad di hancurkan oleh bangsa mongol, namun dgn takdir allah laskar penakluk itu berbondong2 pula memeluk islam.. 


lihat pula sejarah ketika islam terusir di sepanyol pada akhir abad ke-15. 
tiada yang rugi, malah bersinar pula kesultanan turki uthmani malah berjaya pula menakluk konstantinopel.. 


apa yang menjadi persoalan kini, bilangan jiwa2 penganut islam di dunia amatlah ramai.. namun, sinar kemegahan islam seakan sirna.. sejarah silam menunjukkan kemasyhuran serta kehebatan islam, namun masyarakat generasi sekarang seakan-akan lupa kita pernah berada di puncak.. muslim seakan terpukau dgn arus duniawi, leka dengan segala bagai kesenangan. 


alahai, melampaukah andai saya kata :: jatuh bedebukkK nilai ketinggian islam dek ketidakperhatian umat islam kontemporari.. 


kita lupa, betapa umat2 islam dulu sedaya upaya mereka mempertahankan martabat islam. sanggup pula berkorban nyawa, harta benda untuk menaikkan islam ke puncak. 


lupa, 


ya, kita lupa. kita leka. kita cepat putus asa. 


jika dulu, jiwa2 yang mengaku umat islam sangat cintakan ilmu, namun bagaimana pula dgn jiwa kontemporari kini yang mengaku "umat islam" ??


 cukupkah kecintaan kita terhadap ilmu. 


bagi saya tidak, 
bukak saja buku, terus tertutup mata. 




bagaimana kita nak berada di puncak andai beginilah sikap kita?


aduh, kaum muslimin.. 


bila la kita hendak bangun kembali, bangun membina satu TAMADUN yang sebenar-benarnya? 


tamadun setanding zaman rasulalllah.. 


tamadun setanding zaman khalifah yang empat..


 tamadun setanding umayyah, 


abbasiyah, 


uthmaniyyah? 


benar.. sekarang kita seolah-olah musnah.. dan pastinya ini bukan satu penamat bagi kita..
tapi untuk muncul dengan segala kehebatan, kita perlukan ilmu..
kan?


namun, terfikir pula,,


bila agaknya akan muncul individu serta masyarakat yang tidak jemu pulun ilmu?


dan, anda yang membaca, tidakkah anda berminat untuk menjadi salah seorang tenaga kerja mengangkat nilai islam kini??


fikirkanlah..

Saturday, February 04, 2012

DIA..

bismillahirrahmanirrahim..

salam maulidurrasul semuanya..

allahumma solli 'ala sayyidina muhammad~

kita takpernah berjumpa baginda, tapi cukup jelas dengan hadis2 yang selalu kita dgr, betapa baginda s.a.w mempunyai akhlak dan peribadi yang maha tinggi..

sekadar berkongsi beberapa mafhum hadis ::

Ketika berjalan bersama sahabat, baginda selalu membiarkan mrk jalan di depan. (Tirmizi, Ibnu Sa'ad, Baihaqi dan Ibnu Adi) 

Ketika berjalan, tubuh baginda bergoyang, tenang dan langkah yang lebar. (Tirmizi, Ibnu Sa'ad, Baihaqi dan Ibnu Adi) 

"Alas tidur Rasulullah dari kulit binatang beralas sabut." (Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah & Ahmad)

"Rasulullah SAW memiliki sebotol minyak wangi utk baginda mengharumkan diri." (Tirmizi, Abu Dawud & Ibnu Sa'ad)

‎"Ketika Rasulullah SAW berserban, baginda hulur serban itu antara dua bahu." (Tirmizi dan Abu Syaikh )

Rasulullah sentiasa tersenyum dan mendoakan kebaikan walaupun diperlakukan sebaliknya.


untuk post yang kali ini berkenaan maulud nabi, suka saya untuk sentuh perkara ini : 



nabi muhammad saw tidak pernah mengajar umatnya untuk berputus asa dalam apajua tindakan atau pekerjaan mereka.. jika benar kita cintakan baginda, jika benar kita sayang dan rindukan baginda, kenapa mesti ramai umat manusia yang cepat melatah? susah sedikit dah berpatah arah...

ayuh, ubah dimensi kita :)


Friday, February 03, 2012

status WUDHU'

assalamualaikum wbt~

di suatu tengahari yang sejuk disebabkan hujan turun xde la renyai-renyai sangat dan agak lebat, aku dah pon siap bersiap dgn pakaian sukan serta bertudung hitam, then, macam last persiapan ialah pakai stokin. sejurus masa aku nak pakai stokin, tiba2 ternampak ada satu calitan cat air berwarna oren yang kecik agak besar kat kaki aku. 

WAT??? 

kan. 

macam,,, ya allah.. 

hah? korang tanya, kenapa?

sebab masa tu aku nak pergi turun ready last preparation utk sukan fakulti yang akan start pukul 3 ptg. 
then, aku ready2 tros la ambik wudhu', so then, tak kena la payah2 nak bukak2 tdung dh kalo nak solat zohor jap g.. tapi ni?? 
tak sempat nak kuar bilik dh nampak dh tak cukup lagi tu syarat2 sah wudhu' nya.. 

terus macam tersentak, terkedu kejap kan.. 

tiba-tiba teringat kata2 us.kamel di suatu malam yang hening di dlm masjid annaim masa kuliah maghrib -- 

ustaz kate ::  air smaye ni, hukum berturut-turut ambiknya hanyalah sunat.. jadi, buleh la, kalo awok nak jaley umoh mok tuo pah2ni, dumoh awok, awok ambik air smaye sapa tangan jah, pah sapa umoh mok tuo awok, awok sambung sapu palo sapa kaki, soh jugok air smaye awok.. 

so, aku pon, macam diinspirasikan oleh kuliah tu, aku pon terus masuk balik tandas basuh watercolor tu then ambik wudhu' dgn basuh kaki je..

tapi, bila aku masuk balik bilik, sambung pakai stokin, tetiba syaitan membisikkan rasa was2 kan.. huhu.. aku pon tanpa berlengah lagi, text la kawan2 len. amnah, kinah, qilah. farah ng aira sekali  rasanya.. then, amnah reply masa tu.. since aku just tanya, " eh, egt lg dop us. kamel prnh oyak, wudhu' xpo kalo ambik xbertrut2 pon? " gtu je so, dgn yakin amnah kate, dia igt lagi.. tapi bila aku terang situasi sebenar macam, dua2 pon dh kompius kan. so, the solution is, aku pon text us terus *ats cadangan amnah jugak* and sangatlah bersyukur bila ustaz mengesahkan, yes, betul. sah. 

sah atas alasan hukum ambik wudhu' secara berturut-turut ialah sunat. tapi dgn syarat, anda tak buat perkara2 membatalkan wudhu' la dalam tempoh anda mengambil wudhu' tersebut...

so, itulah perkongsian hari ini, yang sebenarnya dah lama pon nak kongsi~

mudahkan islam :) ??

ilalliqa'~

ibrah

bismillahirrahmanirrahim.. salamullah 'alaikum wbt :)

*fuuuuuuu.. fuuhhhh. >> amboi, berdebu dh incik belog ye.. *

lama jugak rasanya tak menulis dgn siyes kan. 
hehe. and, harini macam terpanggil nak update beberapa perkara. *this is one of them* 
alhamdulillah kan, di beri kelapangan.. 
and, utk post ni , just sekadar respon atau lebih kpd feedback utk maklumat : ini..

nak di cerita semua hikmah di sebalik kejadian alam, 
penciptaan mana2 pun makhluk, tak tercerita .. 
manakan lagi nak dikupas ibrah disebalik setiap satunya..
tak cukup ilmu manusia itu sendiri,,

kesinambungan la SEDIKIT perihal jari, 
atau part tgn kita.. 
cuba lihat, urat2 di tapak tangan kita. 
kalau anda kenal aksara2 bahasa arab, tgk di tangan kiri anda, tertulis 81 

* yang mana nombor 8 dalam tulisan arab ialah dalam bentuk huruf V terbalik * 

manakala di tangan kanan anda tertulis 18. 
bila anda tambah pula, jadi 99. 

and number itu? 

YUP. 
bilangan nama2 allah, yang disebut dalam alquran.. *hakikatnya banyak tak terkira kan nama2 yang allah ada.. * 

*actually aku pernah tahu sumthing related dgn pusaran2 cap jari kita, bentuk telinga kita, but i lost that info- tanak jadi ajaran sesat pulak.. nanti kita share len kali yupp *

so, dats it. *aku dh bagitau SEDIKIT, so mmg sedikit*

share lagi? 

lau biiznillah, insyaALLAH :)

till then, ilalliqa' wa ma'assalamah ~

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...