Friday, August 23, 2013

RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU

hi peeps.. now lama giler kott hold entry ni dengan harapan nak citer panjang-panjang..
tapi sebab dah lama sangat takde la panjnag mana nak cerita..
segala ke-eksaited-an dah terkubur dengan beberapa kes yang berlaku sejurus balik daripada Johor hari tu..
so, jom la kite citer siket-siket je :P


nah sedikit view daripada depan bangunan nya.. semua 19 ingkat, tapi katanya dorang tingkat ke 18 dan 19 not accessible yet sbb masih menajdi playground kepada engineer.erkk. haha.. tangan sape tu aku lupe. for sure bukan tangan aku la :P





dan ini pula pose-pose gedik semasa tunggu di semua get ready nak lapor diiri rombongan cik Kiah dah sampai.. biasa la kan, di mana ada kamera di situ lah ada kami. di mana ada kami, di situ la kamera mesti ada. ewah.


dan yang ini abang hensem.. huii Bentley elok je pose depan hotel tu..



and this is welcome drink yang kitorang dapat. yeahh.. sedap! *ofkoss laaaa


dan ofkos inimodel bertauliah :D 
pose sambil minum mocktail spesel. huii . kau ade ?


and this is miss Yvonne.. dia yang explain n bagi talk kat kami pasal this hotel. a very nice presentation.

and gambar menyusul ni adalah gambar-gambar view dari tingkat 15 renaissance .  a great view !



swimming pool dari atas.
kami diterangkan oleh beliau yang di bawah ini, salah satu view daripada tingkap ni view singapore..
sebelah lagi view bandar Johor Bahru. 
he's sooooo sporting!!
katanya ex UiTM juge. hehe.
i adore him!



a very beautiful smile :)


and a nice and attractive explanation !
and gambar yag menyusul pula view bilik Hotel..
i tell u guys, bilik Deluxe dia dah macam ala-ala suite kott.
Junior suite dah perghh aku agak suite dia mmg terbaik laa..
price pon ok la for 6stars hotel, RM200 something.
oke la tu deluxe 6 stars harga macam tu.
sangat sangat sangat laaaaaa murah !
jom tgk gambo!







*feeling proud





bathroom!



next view lagii 

if i'm not mistaken ni la view singapore, gambar atas ni,









and a few gambar bawah ni ialah satu ruangan utk member club dia. siyes lawa i tell u guys!









ice box though! 


lawa kan?
next picture ialah terrace house di ruangan swimming pool.. 
guest jgk bole sewa bilik di sini.. nice.
swimming pool standard laa renaissance tingkat enam..
:)



okay seterusnya gambar di gymnasium.
haha
patung2 aksesori dia agak kurang sopan sebenarnya :P








nahh pasu kat dining hall dia sama tinggi dgn aku kau!





gambar atas ni kat lobby.. 
bawah ni pon same.


i gambar kat Bar dia




and these is gambar kat area kitchen..
menariknya renaissance yang aku suka ialah chef dia mmg takde rahsia.
main masak depan guest je
guest pick up food then chef akan masak..
whateva food pon.
food di-display raw and fresh..
nnti korang tgk gambar kat bwh lagi..





ni pulak choc cake cmpany..
chef sini yang buat wedding cake dato' siti tuu..
sini pon nice u guys!





so inila yang aku citer pasal kitchen dia tadi tu.. lawaaaaa
menggiurkann~
semua fresshhhh !










dah penat buat tour kat hotel now sesi makan pula..
kitorang di jamu makan makanan staff meal dia..
guess what?
semua makanan kat bawah ni ialah staff meal !
pehh heaven!







selesai makan, masa tggu sesi balik, ambik gambar lagi kat lobby..
yeehuu



and satu aset di bawa pulang..
botol air yang seksi ini. haha

jadi laaa..


so, kesimpulanya, nampak tak enjoy dan menariknya tempat n???

huh. I mmg syorkan laa u guys kalo ada duit lebih try la check in sini..
aku mmg x check in sini, sekadar pergi lawatan je.. tapi i guaranteed dia mmg terbaik..

swear!

*mimpi indah

Sunday, August 11, 2013

hasad dengki

benda ni la yang menjadi pemula pemusnah hidup manusia dalam dunia ni kalo korang nak tahu.
takpela kepada mereka yang tahu 
tapi dengan harapannya janganla tahu saje, maka amal-amalkanlah

semua orang ada perasaan dengki.
tapi itu bukanlah persoalannya.. 
persoalannya, macam mana kita kawal dan guna perasaan tersebut
bagaimana nak bezakan, masa mana perlu di layan
masa mana perlu diabaikan rasa tu..

aku risau..
dunia sekarang ni xkenal sape..
anybody tend to destroy us because of this.
macam-macam cara.
macam taktik.
kadang-kadang depan mata
kadang-kadang orang yang tidak kita sangka

maka sebab itulah aku cuba ajar diri aku bermula sekarang
jangan terlalu mempercayai orang lain..
aku naik market siket harga kpercayaan aku.
sape yang kaya dengan budi bahasa saje boleh beli.
nah..

serik.


dunia semakin melampau.
*alaqah makaniyah

Tuesday, August 06, 2013

entry raya

Assalamualaikum peeps :)

sedar tak sedar ita sudah tiba di hujung Ramadhan.. ikutkan kalendar, esok sehari je lagi kita akan berpuasa dan lusa maka tibalah hari Raya.. bila sebut tentang hari raya, macam-macam pula la ertinya kepada kita semua.. tapi yang pastinya, apa erti sebenar hari raya?

dipanggil eidul Fitri, dalam bahasa arabnya, yang mana bahasa melayunya maknanya lebih kurang bunyinya satu perayaan yang meyambut kita kembali kepada fitrah. fitrah ape? nah, berkesinambungan la daripada Ramadhan, di mana kita semuaaa tahu Ramadhan ni merupakan satu bulan yang lebih sinonim dengan panggilan pesta ibadah. Allah azzawajalla tutup semua pintu neraka, Allah buka seluas-luasnya pintu Syurga. seksaan di kubur di hentikan seketika. pahala amalan berlipat ganda.. dan satu malam pula Alla anugerahkan malam Al-Qadr, di mana jika malamnya itu disinari dengan cahaya ibadah maka hamba itu akan dianugerahkan pahala beribadah seribu malam. subhanallah. sudah lepas atau belum malam alQadr, wallhua'alam. semuanya rahsiaNya..

nak dicerita, bila dah tumtamtumtam pahal banyak semua, pastinya sebulan Ramadhan jika digunakan sebaik mungkin oleh hamba yang bersyukur, maka melayanglah segala dosa-dosa, meningkatkah pahala amalan.. maka setelah sebulan, kembalilah manusia kepada fitrahnya, suci bersih daripada dosa dan noda... dan kita juga tahu dan diberitahu bahawa dibahagikan Ramadhan kepada tiga bahagian, pertamanya rahmat, di tengahnya keampunan dan terakhir fasanya pembebasan daripada api neraka. semoga kita berjaya meraih kesemua segmen dan berjaya sebagai produk Ramadhan paling berkualiti, iaitu seorang mukmin yang bertaqwa, in shaa allah~

saya tertarik kepada tweet seorang kawan, si S, lupa dah ayat sebenar dia, cuma maksudnya, kenapa lagu-lagu raya semua sedih. sepatutnya lagu raya dan hari raya di sambut dengan kegembiraan, kerana kemenangan kita dalam menempuh dugaan dan berjaya menahan hawa nafsu. kejayaan kita kembali kepada fitrah insah yang suci.. kalau diperhatikan, takbir raya di Malaysia ni pun sayuu saje nadanya.. cuba Utube dengar takbir raya di tanah-tanah arab. feel nya takbir tu ade, tapi dia lebih kepada hibanya menyambut sebuah kemenangan. gagah bunyi lontaran suaranya. lain lah.

bukan niat nak kondem style Malaysia, cuma lagi la eloknya jika kita laungkan takbir raya dengan megah dan bunyi gagah, supaya seantero tahu bahawa kita umat Islam sudah berjaya. kita kembali kepada fitrah kita..  faham kan? jangan salah faham sudahh~

dan satu persoalannya, perasan atau tidak semakin hari ketenangan dan kesyahduan akhir Ramadhan, kehangatan Aidilfitri makin pudar. cuba ajak diri kita, muhasabah..

jika saya umpamakan kehangatan dan kemeriahan aidilfitri terasa bahangnya kerana kita benar-benar menyambut kemenangan kita menempuh sebulan Ramadhan dan kejayaan kita kembali kepada fitrah, adakah bahang aidlifitri sekarang tidak terasa kerana kita gagal menjalani dengan jayanya sebulan Ramadhan? adakah sia-sia Ramadhan kita atau bagaimana?

tidak perlu untuk orang lain menjawab persoalan itu, cuma yang perlu, kita tepuk dada, tanya iman sendiri...

salam akhir Ramadhan, salam Syawal :)

Saturday, August 03, 2013

menunggu dipinang

haa, mula la tu pandang buat muka eksaited ragu-ragu nak tahu citer hott kite la tu..hahah

pasal memang suka cari kebenaran, tapi kebenaran tak pernah cari pasalll *papazola*

hah. aku saje je cari pasal buat tajuk macam tu. orang kate, main saham kena bijak..
HAH!
haishh.

tapi cerita sebenarnya, bukanlah nak bercerita pasal aku dok tunggu orang masuk minang *betul juga tu sebenarnya* tapi nak cerita kes-kes dan kesalahfahaman dan ketidaksedaran yang  berlaku dalam kalangan masyarakat manusia zaman ni haa.

bila ada yang sebut, sudah bertunang umur 20tahun, haa mula mentaliti masyarakat melayu bercakap-cakap gatal la gedik la itu dan ini.
lah, kesah pulak kan?
yang budak remaja sekolah-sekolah tu dok bercintan cintun tak cakap ape pulak.
haiyaaa..

hurm?
kenapa nak disamakan?
kerana erti sebenar bertunang (atau meminang) sebenarnya mengikut agama ialah apabila seorang lelaki dan perempuan bersetuju untuk memulakan langkah pertama dalam menuju sebuah pernikahan.
alah, ayat senang nak kate sebagai analoginya ialah apabila budak-budak sekarang ber-kapel la.

kapel sehari nak gebang sekampung,
panggil papa mama,
aiyaa kenapa tak panggil atuk nenek :3 ?
kan lagi swit, nampak siket macam pernikahan kekal sampai tua.
hehe. gud idea tak?

dan satu perkara yang disebut oleh Nabi S.A.W,
dari Ibnu Umar R.A, dari Nabi SAW, sabdanya : janganlah kamu menawar/membeli barang yang sedang ditawar/dibeli oleh saudaramu (sesama islam) yang lain. dan jangan pula kamu melamar perempuan yang sudah dilamar saudaramu, melainkan setelah mendapat keizinannya. (HR Muslim, n0 1460)

tapi rata-rata sekarang ni, bukan setakat pinangan tunangan orang, bini orang pon nak kebas lagi.
isk. sadis.

okay bukan tajuk tu yang kita nak cerita.

nak ceritanya, ramai yang tak sedar, mereka sudah mencipta hubungan hubungan.
tapi dalam keadaan  tidak sedar dan tidak tahu.
persoalannya sah ke tidak.
hurm, kes yang macam nikah kawin tunang ni takpayah niat.
kan??

pastu korang rasa kan, yang budak-budak kapel, pastu belum clash ni, pastu ade laa datang sorang laki pulak nak try line ejas 'awek' orang lain tu kiranya macam mana agak-agak??
dikira tak melamar perempuan yang sudah dilamar saudaramu, yang dilarang dalam hadis di atas??
*or vice versa*

hurm...
hah, sebab tu la aku tak pernah setuju bila ada orang ajak-ajak offer nak kapel ke ape, kalau individu tersebut aku ragui kesungguhan dan kalo dia takde halatuju dalam kata-kata dia tu (except kalo mmg konfem serius dan aku berkenan juga ) sebab nanti kang tak pasal-pasal datang si mr.perfect aku melepas pulak. eh,

dah, sebelum start mengarut lebih mendalam lagi baik kita cakap macam ni :
sekian, terima kasih

*buruk noo cara kau end post dayah. --.


waiting for mr.Perfect, eh..

saya kira post ini bakal menjadi satu post yang agak kontroversi dan sedikit merbahaya jika di baca oleh individu-individu tertentu, yang mana saya lebih selesa untuk tidak memberitahu siapakah individu-individu tersebut.

dulu, semasa saya masih muda-muda lagi, saya sering mendengar, ada orang kata, bila kita menginjak masuk ke umur 20 tahun, kita akan mula berfikir untuk berumah tangga, makna katanya akan mula berfikir, dengan sape mahu nikah. pada masa itu, saya sangat tidak percaya. hah ha.

namun, ternyata, belum pun genap umur saya 20 tahun, masuk je ke tahun ini, yang mana 29 ogos *promote n remind semua ttg bday sdiri sebenarnya* nanti genap la umur saya 20 tahun, saya sudah terfikir, maksdnya dengan lebih serius, agaknya siapa yang bakal menjadi suami saya.
aduhai..

secara jujurnya, kalau diberi pilihan mahu fikir atau tidak dengan topik ini saya lebih rela memilih untuk tidak memikirkannya. kerana apa? kerana ia satu perkara yang sangat menyeksakan *peh ayat rasa nak lempang*. sebab jadinya saya terfikir, apa maknanya menjadi seorang isteri. saya pernah membaca beberapa buku, yang membandingkan lelaki dan perempuan, yang mengajak masing-masing saling memahami dan tidak la saling menyalahkan satu sama lain. antara buku yang saya pernah baca, why men dont listen and woman cant read maps, yang mana buku nya lebih kurang dengan lagi satu buku bertajuk, men form mars women from venus, itu yang utamanya dan ada lagi beberapa buku lain. di awal tahun ini pula, saya tertarik untuk membeli dan membaca buku bertajuk sebelum aku bernikah.
jadi bila dicompile kan semua, saya jadi nampak bagaimana perjalanan hidup di masa depan. dan berikutan itu, saya menjadi takut. takut untuk menempuh kehidupan yang akan datang. di sogok pula ketakutan tu bila tgk movie-movie yang dorang buat daripada novel islamik, macam ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, warkah cinta berbau syurga, pastu muvi daripada novel biasa, SSID la, setia hujug nyawa laa.. hoh. macam mana?

takut bila memikirkan siapakah yang bakal menjadi peneman hidup saya di masa akan datang. betul takut. pernah ada yang bertanya, bagaimana seorang calon suami yang saya mahu. kebiasaannya, saya cuma jawab secara berseloroh mahu itu ini dalam hakikat sebenar mahu melarikan diri daripada menjawab soalan tersebut. yang mana secara jujurnya di pihak saya, saya tidak mahu demand lebih-lebih. kerana saya sedar, saya juga tidak sempurna. cuma cukuplah Mr. Perfect saya itu cukup solat puasanya, tahu mengaji, boleh menjaga saya dunia akhirat dan terima lebih kurangnya saya. itu dah cukup perfect. :)

bunyi macam dah senang namun hakikatnya yang ini pun susah dah nak cari sekarang.

sebab itu, kalo dapat, saya janji *tiru gaya kapel seminggu*, selama lamanya.
heh. mintak maaf la adik kapel seminggu, termengutuk pula ^.^v

okay. sebagai penutupnya, harap tidak ada yang salah faham. tambah-tambah lagi dengan gosip liar yang classmate saya buat baru-baru ini. sedang elok masa dorang buat gosip tu mood tgh di awang-awangan pasal lain, so, jangan nak kait-kaitkan hal tu dgn hal ini okay. heh heh ;) *tetibe jadi gedik mintak pelempang jugak si dayah ni*

sebelum lagi teruk merapu baik i wish u and uols happy iftar ;) ;)

Friday, August 02, 2013

daSh

ramai antara rakan-rakanbaru aku yang pelik bila aku guna nama daSh,
oii oii, dah lama kott aku pakai nama tu!
owh ya! lupa pulak, kata pun rakan baru kan.
tak tau ea?
 tapi xpela, sekarang dah tahu kan?
so, you can call me dash. hah ha!
dash stand for dayah shukri.
easy right?
hurm, kenapa tak hidayah shukri?
sbb jadi buruk pulak nama, Hish.
hah. macam bunyi orang merungut je.
saje nak sabotaj nama aku.

tapi kan, dash ni pulak, ramai la pulak orang nak ciplak nama aku. lebuhraya la, air minuman la, jenama motor la..
ape lagi? and latest hari tu aku nampa ade orang pakai baju tulis Dash Berlin.

omooooooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!

mane dia dapat baju tu? nak beli satu *desperate
tapi kenapa dia yang pakai *sakit hati

i love that name, hihi.. banyak maksudnya
lalalala
maksud lagi, cari lerr dalam kamus BI-BM,
kalo rasa pandai, cari la dalam kamus BI-BI
kalo rasa rare, cari la dalam kamus BI-Arab ke, France ke,
pape la, asalkan kamu tahu ape maknanya lagi..

hehe..

nota kaki : i love you, eh,, i love my name. <3

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...