assalamualaikum. ok la mood berblog membuak-buak hari ni. nak buat cemana kan kita follow the flow
tarbiah vs biah. yang mana dalam bahasa melayunya : didikan vs suasana/persekitaran.
entahla kalau korang rasa aku ni buka pekung di dada ke hape kan.. cuma sekadar berkongsi pengalaman dari pemerhatian aku..
okay. zaman sekolah dulu, sekolahnya memang di sebuah sekolah agama. aku refleksi. sekolah aku memang la sekolah agama.. cuma kalau saja aku ni tak duduk asrama dulu, takdenya beza mana dengan budak sekolah harian yang lain. kami cuma disajikan dengan subjek bahasa arab, pendidikan syariah, dan juga pendidikan quran sunnah. itu saja subjek yang membezakan kami dengan bukan sekolah agama lain. bukan ape, nak cerita.. kalau ada pun ilmu sedikit tu semua sebab stay asrama dahulu, sebab pernah jadi naqibah. sebab ustaz ada bagi kuliah subuh, kuliah maghrib. tu saje.
tinggal zaman sekolah, tahun pertama ok lagi. masih hangat tarbiah walau iman di uji.. namun, ya allah sesungguhnya iman manusia itu turun naik. aku bukan la sesempurna orang lain. yang masih mengekalkan tudung labuhnya. yang masih kekal sopan santunnya. err.. tapi xde la sampai freehair kott.. cumanya frankly speaking, kadang-kadang tercabut juga sarung kaki. seluar pakai je. tshirt biasa. tudung bawal biasa. cukup-cukup je labuh tutup dada. pandai-pandai aku buat diskaun sendiri kan -.-
yang aurat, sedayanya tutup. walau aku tahu tidak begitu sempurna. itu saje kelemahannya. amalan lain, tak payah cerita, kan tak pasal-pasal Tuhan erase pahala kan.. cuma alhamdulillah puasa solat terjaga.. berat nya hati cuma bila nak bertudung labuh. aduhai. pakai biasa-biasa namun takde la sampai seksi gilaa. aku rasa laa. kalau ada yang rasa aku dah overdose tu mohon tegur saja. hee ^^v
aku perhati juge kawan-kawan seangkatan yang lain. mereka masih giat post-post islamik di fesbuk. aku? haram jadahnye post mengarut ade lah. mereka masih menjaga kata-kata.. aku? gile bangang bongok bodoh tu umpamanya sebati dah ni haa kat lidah. hah~ !
bila aku duduk dan muhasabah. lihat keadaan. satu saja aku perhatikan.
mereka yang masih dalam biah islamiyah, iaitu kawan-kawan di Jordan, Mesir, UIA, USIM. nah itu yang masih tergolong dalam golongan yang aku sebut tadi.. manakala aku yang di UiTM dan kawan-kawan seangkatan lain warga UiTM ataupun mana-mana matrikulasi atau universirti selain yang disebut diatas, aku lihat situasinya sama..
*****
jadi aku mula buat kesimpulan.
untuk seseorang itu terpelihara imannya, dia mesti berada dalam biah yang islamiyah. dia mesti ada kawan-kawan yang baik. yang penting keluarganya yang baik. ibu bapa beri contoh yang bagus. dorongan kawan-kawan dan keluarga. so they'll still dalam keadaan yang bagus dan baik. muslim dan muslimah, mukmin dan miukminah sejati.. itu. benar, itu puncanya..
dan aku flashback..
muhasabah lagi. dah aku ni belajar hotel-hotel.. sosial jugak. kawan-kawan giler-giler. macam-macam mana pun aku tergila sekali.. mmg xleh lari. mana yang terlalu jumud sah dipinggirkan. aku bukan nak salahkan kawan-kawan aku. kalau aku kuat jati diri takdenya terpengaruh. takde. no offense laaa weyy aduii.. :P
cuma nak cakap,, bagi aku, selagi tidak melampaui batas. selagi yang dibuat tidak melampau. selagi mampu hindari dosa aku cuba sedayanya... hablumminallah, habluminannas.. hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.. sedayanya aku jaga... cuma biasa lah aku ni insan yang lemah. lemah imannya. lemah semangatnya.. senang saje dijentik dengan dugaan terus rebah.. disergah kesusahan terus melatah..
dan fitrah manusia biasa, imannya turun dan naik. yazid wa yanqus.
aku sedar aku tidak sempurna..
okay dah jadi ayat drama melayu. sesungguhnya aku tak berdrama. ni kisah benar kawan-kawan :p
inshaallah, sama-sama cuba tingkatkan diri.. kadang-kadang aku risau, bila orang yang tak pernah hadap semua sosial tak pernah hadap perkara sebenar dalam dunia, bila dia terlalu selesa berada dalam zon selesa, tak pernah lihat hancurnya agama mereka yang akan terkejut dan terjerumus lebih dahsyat..
aku sangat bersyukur sebab aku didedahkan dengan semua perkara ni sejak di zaman remaja. aku tidak lihat Islam tanpa ancaman. dan aku tidak lihat ancaman hanya pada mata pedang mata pistol musuh agama.. aku tidak lihat semua orang baik belaka. malahan di sini hari ini aku sudah jumpa pelbagai ragam manusia.. mana yang mempermainkan agama sendiri.. mana yang,, ye lah berbagai ragam... alhamdulillah. alhamdulillah. setakat hari ini aku masih mampu berdiri, walau aku akui aku sedikit goyah. mungkin banyak berubah, mungkin.
dunia mengajar aku. harapannya cuma satu je, semoga aku masih ampuh berdiri di jalan yang benar..
dan yang paling penting semoga dapat 'imam' yang mampu memimpin aku dunia akhirat. yang menyayangi aku seadanya, dunia akhirat, yang menerima aku dengan segala kekurangan..
cop.
apesal masuk topik ni?
okay, rasanya itu sign suh brenti menaip.
haha.
gile takde kaitan kot :P *blushing*
oke la oke la kita jumpa lagi :)
Thursday, October 17, 2013
headfon?
hai assalamualaikum.
okay hari ni kite ( mode gedik tak habes lagi) nak cerita pulak. cerita yang berlaku hari ni.
haa.. cerita tadi tu cerita yang berlaku beberapa bulan lepas. bukan la nak kate citer tadi tu dah ketinggalan zaman, cuma yang ni cerita latest laa..
baiklah. mari dekat-dekat kakak nak cerita. ewah.
pada suatu pagi yang hampir menjelang tengahari, tibetibe aku teringat tentang sekeping kertas.
okay. stop. flashback kejap.
satu malam. aku angkut lappy ke tempat tidur sebab nak siapkan kerja yang tertangguh dan tak mahu gangguan. katanya.. prap pap pap pap taip pastu half siap. yang ditaip tu ialah maklumat berkenaan classmate aku kat uni la kan.. untuk di submit kepada satu syarikat yang janji nak bagi kitorang dan ramai lagi mahasiswa uitm ni buku farewell la katanya.. macam ala-ala majalah sekolah gitu.. takmau citer la pasal pakej dia ke hape jadah semua kan.. sebab ni cerita aku. bukan cerita dia. eh. okay. lebih emosi. berbalik kepada cerita la kan.. dorang ni aku rasa bukan nak mungkir janji, cuma tak sempat nak siapkan. so, kami yang dah habes belajar ni terpaksa lah dorang ni pos majalah 'universiti' (bukan majalah sekolah) ke rumah-rumah kediaman kami. ye la kan nak buat macam mana. dorang mintak maaf, kami maafkanlah sebab dia dah tanggung postage cost kan.. kalo dia mintak duit lain memang kami refund terus laa weyh.. okay. then, dah aku yang wakil kelasnya makanya aku laa yang bertanggungjawab kumpul semua alamat dan beberapa maklumat lain untuk di emel kepada mereka supaya mereka boleh uruskan penghantaran majalan ke rumah-rumah kami.. satu je bahan rujukan yang aku simpan, iaitu resit dan juga senarai nama beserta pakej yang budak-budak ni simpan. okay. dah malam tu siap half dan yang tak siap cuma mereka-mereka yang belum submit lagi je, so aku pun off la lappy kan. fikir punye fikir mana nak campak kertas tu, dah aku malas bangun so aku pun selit kan je lah kertas tu dalam lappy aku. okay.
dijadikan cerita besoknya adik bongsu aku yang pada tahun 2013 (bajet 10tahun datang ada orang baca lagi entry ni) berusia 9tahun a.k.a darjah 3, iaitu si zaim tu mintak laa nak tengok movie kat lappy tu haa.. aku pon on laa dengan kebenaran empunya sebenar lappy iaitu kak na (kakak aku la). lupa dah pasal kertas tu.. dan berbalik laa kepada cerita atas tadi :
terus la aku tanya si Zaim tu mane dia campak kertas aku kan.. dia yang dok syok main gali-gali tanah kat halaman rumah tetibe tersentap.. dia ngaku laa kan dia jumpa kertas tu. aku tanya letak mana. dia cerita aku cari takde. ape lagi hangin la jugak kan.. so, aku suruh dia bertanggungjawab laa. cari sampai dapat. kesian. tapi biar dia tahu erti bertanggungjawab. cari punye cari, sehelai demi sehelai kertas dia belek. tak jumpa. lama. akhirnya dia ingat, yang hari tu umi menyapu dan kertas tu dah melayang entah ke mana. dia kata : kak, Im rasa kertas tu dalam plastik sampah. aduhai. mana boleh doe. dah tu je satu-satunya rujukan aku. mati laa kalau hilang. so, aku cakap : x kira la dalam tong sampah ke ape ke macam-macam mana pun mesti kena jumpa kertas tu.. atau sebenarnya dialog tu berbunyi begini : ahh xkiro la dok mano pon kak nok ado jugok ketah tu. cari sapa jupo!
okay yes loghat kelantan la woi dah aku orang kelantan. kejadahnya nak kecek luar dengan adik beradik. okay pastu dia termenung. as well as me. ye lah. risau. aku pun cari jugak. okay fine jumpa. aku panggil dia. cakap kat dia : ni. nasib baik jupo. kalu dok gano? lain kali jange main bare ore. kalu jupo sipey molek. (nasib baik jumpa. kalau tak mcm mana? lain kali jangan main brg orang. kalau terjumpa ke ape simpan leklok)
okay settle case satu.
malamnya masa aku nak congcengcongceng dinner, aku just nak confirm je resipi ikan kukus (saje nak show off yang aku masak ikan kukus) so aku gugel la resipi. kamon laa jarang sekali masak pelik-pelik mesti la kena refer pakcik gugel. then,si zaim pergi dekat lappy adik aku masa tu. sebelahnya ada headfon beats aku punye adik aku-Nuha- pinjam dan guna dan part paling best letak tersadai elok je atas lantai. aku yang khusyuk study resipi ni tetibe terdengar satu bunyi. tersentap. di susuli dengan bunyi si Zaim terkejut. aku pandang. guess what? dia dah patahlan headfon aku.
fine,
fine,
FINE.
hello, beats bukan murah. pada masa yang sama abah kat pintu rumah. ade aku kesah? terus aku marah si zaim tu.. patah woii patah! sayang woi. barang elok barang mahal.
aku kate, x kira mcam2 mana pon ganti ! paling best masa tu dalam dia takut tu sempat dia tanya : bape hinggit headfon tu. mygod (sebenarnya dia tengah menabung sbb katanya nak g jengjalan kat KL rumah kakak-kakak aku -.- so dia risau duit tabung dia habes)
pastu aku pun sambung lagi : okay. xpayah makan nasi malam ni ! (sebab aku tahu dia baru je lepas bedal 3 pinggan nasik 15minit yang lalu, makan dengan daging masak merah yg aku masak lunch tadi -show off lagi) pastu aku tinggal. abah diam. masuk dapur. sambung masak. tak pandang sape-sape. tak cakap dengan sape-sape. yes. aku marah. so aku xcakap sebab nanti tak pasal-pasal tertengking yang lain. aku sedar aku garang so better takyah cakap pape. it is the time untuk tenangkan dan cool down dulu. aku cincang jugak bawang tu. huh. serius marah. ni 2nd time dia usik barang aku then rosak/hilang. semua gabra sebab aku jarang mengamuk macam tu-even secara silent. even just one shot.
okay sambung. sambung ape sambung marah. saje je aku cakap kuat-kuat. ingat seney ko nak dapat? ingat muroh ko bare. behi mena kaca bare ore. kito ni nk beli bukey seney bla3. dan ayat last, x kiro gati jugok gano-gano pon. oke setan menang. aku masih marah xreda.. for the first time abah tanya kakak aku : mahal ke barangnye. sampai abah dok usaha cari barang bia boleh repair (walaupun sampai saat aku post entry ni sbnrnya headfon aku masih dalam keadaan rosak). dan aku? diam lagi dan diammm dan diamm.. dan jangan cakap dayah. nanti cakap bukan-bukan. nanti setan menang.
beberapa ketika dan berjaya. aku cool down siket. pastu, aku hidang makanan. so ikan kukus aku termasak dalam keadaan tension dan marah. err. ikan kukus dah rasa macam ikan masak kicap. nah, itu lah bahananya. makan la aku dah takde selera. cool lagi cool lagi. okay berjaya.
hidang makanan, abah tengok. aku cakap. bukey nak marah sgt ko adik. bukey nak kiro sgt.. tapi nok ajar. kecik-kecik gini la kito nak ajar (pergh aku pulak ajar abah) kalu lain kali dio buat gtu dgn saem2? adik bradik xpo, kalu dgn ore lain gak ore kato gapo.. bia dio rasa tanggungjawab siket.. ore tahu dio makey nasik doh takdi sbb tu kato xpayah makey nasik tu, dio masuk dapur takdi nok baik, g makan roti sajo jah. okay korang takyah overdose baca tu dengan nada tinggi. cakap dengan abah sopan-sopan baik-baik la :p
kalau salah nada mohon baca balik dengan nada yang sopan dan santun. sekian.
eh tak habes citer lagi. abah angguk saje. okay. clear. takde salah faham mana-mana pihak. masuk bilik air. ambik wudhu' solat. okay sebelum tu, g dekat zaim, cakap kat dia, kalu Im xsey gati headfonn kak, g smaye. lepas smaye ngaji. lepas tu maye isyak. baru xyah ganti. boleh pulak dia counter offer dengan aku :
kak, bapo ya headfon kak? okay dia malas nak ngaji. aku cakap : headfon kak RM20 (harga beli masa offer -.- ) beli kat kbmol. kalu Im nak gati, Im xleh g dgn ore lain, Im kena g sdiri. xleh g dgn abah, xleh g dgn abe awi, xleh g dgn abe a xleh g dgn sapo2. baru bulih gati. saje je. mmg aku taknak bagi dia ganti cuma nak suruh dia g solat. aku ade denda lagi best. so, terpaksa la dia terima sbg ganti rugi dia kena solat dan baca quran. (malas dah aku nak trasnlate kat korang)
mengaji ade la dekat sejam, sampai nanges-nanges sebab kali ni aku tak tolong. suruh dia eja semua sendiri. biasa la convert jadi garang gilee kalau ajar adik mengaji. hah. gile kau nak baik-baik nnti diorang main-main. sampai abah tanya : eh xsiap lagi ke. biasa la kalo aku denda budak-budak ni paling kurang setengah jam laa kena mengaji. padan muke. rasakan.
dah rasa puas hati dengan prestasi bacaan, and for the first time dia tak mintak diskaun jumlah minit/jam mengaji malam ni. redhaa dah tahu dia salah. so, end of session la kan..
aku masuk dapur. tengok dia request air nescafe sejuk dgn kakak aku. aih. haus ke mengaji sejam?
aku duduk di meja. angkat saji. tanya dia : Im nak makan ikan? like nothing had happen. okay kalo korang x igt tadi kan aku x bagi dia makan masakan aku malam ni.. so, laju je dia geleng. ego sedikit. okay. try bual macam biasa. he seems awkward. ye la kau dah kena marah kaw-kaw baru lepas kena denda. end up, okay dah berbaik... macam biasa. and agai, like nothing had happened.
so, itulah ceritanya hari ni. pergh dua kali sakit hati
******
so moral of the story, korang pikir la sdiri.. panjang sangat aku dan penat. haha..
well, penilaian manusia berlainan. cara didikan berlainan. pengalaman lain. perangai lain. persepsi lain. i just done my best as a sister. thats all. aku niat mengajar adik-adik aku apa erti tanggungjawab. apa erti tanggung apa salah kita. dengan cara yang sebaik mungkin. bukan maki hamun walau ada tinggi suara sedikit. dengan rasa hormat dan kasih. dan yang paling penting cuma hukum apa kesalahan yang dia buat. bencikan perangainya bukan bencikan orangnya.. once dia dah buang perangai tu takde lagi alasan untuk membenci,
ok fine aku dah bagitau separuh daripada moral of the story nye..
******
so itulah saje.
korang,
aku bole buat novel tak?
er,,
dah bole kawin tak ?
#kbye
kisah follow post
okay la.. peeps. assalamualaikum :)
seperti janji di twittah (pergh gedik) kite nak citer pasal sesuatu,
katanya cerita panjang. sebenarnya kite pon taktau betul ke citer tu panjang. bhahah
okay okay..
once upon a time la kan.. kite (lupe nak bagitau, kite guna ganti nama kite sebab konon post ni gedik la kan :P ) kn suke blogwalking-blogwalking gitu la kan.. pastu di satu hari yang hening ni la kan, kite stalker la crush kite (perh :P ) kat fesbuk. pastu nampak la satu post ni.. tertag satu blog entry kawan dia punye. pastu kite baca la.. kite konfius sebenarnya, entry tu dia yang tulis ke kawan dia yang tulis. kite konfius tu kite stalker la pulak blog kawan dia tu. haha.. ada laa a few post yang di-publish kan di blog sedara tu yang namanya nama dia. kite pon follow blog tu.. follow bukan sebab author sebenar, tapi sebab author yang di-postkan di situ :p
kite bukan ape. kite suka baca pandangan dia. kite suka sebab dia macam kaitkan pembacaan2 dia dan dia terjemahkan dalam pemikiran dia. dengan ayat dia. tapi kalo dia baca la kan (verbally), kelakar sebenarnya. kelakar sebab kenapa tu dirahsiakan la..kite berani post ni sebab rasanya dia takkan baca, dan blogger tu pun xkan baca. cuma kita ambik precaution la sebab mana tahu tetibe terbaca pulak. haha.. so, macam play safe la siket kan... haha. tapi biasa ayat dia power. habes pepatah, pandangan sasterawan ilmuwan agamawan dia nak letak same. sebab tu kite suka baca kalau dia tulis pape. dan pandangan yang jauh. kadang-kadang kite terfikir tapi tak sampai tertulis. tapi dia buat.. haa.. kan dah membuak-buak tulisan memuji.. ewah. kalau dia baca mesti perasan habes. aiyoo.
sebenarnya tu sajelah ceritanya.
yang mana kalau buat kesimpulannya, first time kite follow blog orang bukan sebab author atau pun post dia, tapi sebab post orang lain yang berada dalam blog tu. hihi.
tapi end up, bagus juga blog dia dengan post dia sendiri.. dan post yang dia tu pulak dah takde setakat ni. (nampak tak stalker lagi :p)
oke lah. jumpa lagi *kenyit mata*
seperti janji di twittah (pergh gedik) kite nak citer pasal sesuatu,
katanya cerita panjang. sebenarnya kite pon taktau betul ke citer tu panjang. bhahah
okay okay..
once upon a time la kan.. kite (
kite bukan ape. kite suka baca pandangan dia. kite suka sebab dia macam kaitkan pembacaan2 dia dan dia terjemahkan dalam pemikiran dia. dengan ayat dia. tapi kalo dia baca la kan (verbally), kelakar sebenarnya. kelakar sebab kenapa tu dirahsiakan la..
sebenarnya tu sajelah ceritanya.
yang mana kalau buat kesimpulannya, first time kite follow blog orang bukan sebab author atau pun post dia, tapi sebab post orang lain yang berada dalam blog tu. hihi.
tapi end up, bagus juga blog dia dengan post dia sendiri.. dan post yang dia tu pulak dah takde setakat ni. (
oke lah. jumpa lagi *kenyit mata*
Monday, October 14, 2013
korban_
' aku ni haa, tiap-tiap tahun korban.. kau tu? mane? xde duit. tak usah kata nak pergi tunai haji ke hape, nak ambik satu bahagian pun tak mampu'
aduh. sinis betul gelaknya Mak Tam. dia cuma mampu menunduk. memenuhkan bakul dengan barang-barang yang dipesan isterinya. tidak ada guna baginya melayan. orang tidak akan mengerti. tidak mungkin.
' haa, tu yang beli banyak-banyak tu ada duit ke nak bayar? ke masuk buku tiga lima?'
nah. ada lagi rupanya episod sambungan -.-
'berapa Mail?'
'RM 50.90. saya bagi RM50 je la bang Mat. lagi 90sen tu kira halal la... '
dengan senyuman kelat yang sedaya upayanya dimaniskan, dikeluarkan duit daripada sampul. duit semalam, gajinya mengajar anak-anak muqaddam di surau. 'sedikit tidak mengapa, asalkan berkat' bisik hatinya, memujuk diri.
' setahu saya la kan bang Mat, buku tiga lima kedai saya ni tak pernah ada nama bang Mat. tapi nama, erm.. ye lah kan, taknak la cakap sape la kan, tu ada laa. katanya banyak duit, korban, haji... beli barang RM5 pon nak masuk tiga lima bang Mat.. saya jual la ye.. '
ujar Malik sambil mengambil duit daripada Mat. sakit hati juga bunyinya.
dia senyum. 'saya beli'
Mak Tam dengan pandangan sinisnya seraya berkata 'amboi Lik, kau sindir aku ke ape? setakat kedai kau ni aku tak hadap laa. lima hengget tu? dalam beg duit aku ni duit besar-besar.. aku bayar guna seratus kan kau jugak takde baki nak kasi. huh! ' balasnya. agak kasar. atau mungkin memang kasar sebenarnya.
'ye laa Mak Tam, saya tak cakap sape pun. kalau Mak Tam terasa tu saya nak buat macam mana. dah kalau orang makan aiskrim, gigi sensitif pulak sah sah dah rasa ngilu. RM 15.'
'nah ambik ni RM50. simpan baki' ujarnya sambil mengambil barang-barangnya. rakus.
tersengih si Malik.'eh halal ke tak ni? '
Mak Tam mengangguk sambil menjeling. huh. orang tua ni.. bila la nak beli insuran mata dengan mulut tu. desus hati Malik.
--------------------------------------------------------
sepanjang perjalanan Mat mengenang. rupanya belum habis lagi marah Mak Tam kerana dia memperisterikan Laila, anak saudaranya Mak Tam yang di jaga semenjak kecil, namun wang hantaran tidak sampai berpuluh ribu dan tidak ada pula apa-apa emas atau permata yang dihadiahkan kepada Mak Tam sebagai 'bayaran balik kerana sudi menjaga Laila dari kecil.
desus hatinya, manalaa aku tahu Laila itu jodohku, kalau tahu dari kecil sudah lama dia minta ibunya saja yang menjaga Laila. dia jadi tersenyum sendiri. dia sedar, dia cuma kerani biasa. namun, elok juga daripada yang menganggur tiada kerja. hidupnya bukanla mengemis, tidak pernah pula menyusahkan orang. lagipun, di surau dia mengajar mengaji. bukannya buat kerja keji. manusia.. agaknya kalau duit bersepah-sepah barulah di anggap suci. hah.
sesampainya Mat di rumah, disambut dengan senyuman manis isterinya.. sejuk hati. paling tidak ada juga seseorang yang mampu menenangkan jiwanya. sentiasa bersama-samanya susah atau senang.
' abang dah balik, banyak nya beli barang '
' laa kata barang dapur dah habis? ' balasnya sambil tersenyum manis. baby dan barang bertukar tangan. Laila berlalu ke dapur. duduk di ruang tengah, di agah-agahnya anak sulung permata hatinya itu.
'air bang...' ujarnya sambil meletakkan segelas teh sejuk di hadapan suaminya. tangan di hulur untuk mengambil si bayi.
'takpe, abang pegang'
'abang, tadi jumpa Mak Tam.. dia.. err... '
Mat tersenyum. dia pandang saja Laila sambil menghirup teh sejuk.
'abang marah ke?'
'kenapa kata abang marah? ' balasnya, masih dalam senyuman.
'Laila tahu abang tak suka kalau Laila cakap-cakap pasal ni.. tapi bang Laila terasa hati. macam kita ni miskin sangat, macam kita ni tak guna sangat bang... sampai hati Mak Tam cakap macam tu'
Mat senyum.
'Laila rasa kita susah ke?'
geleng.
'Laila sayang, bukan kita je tak sampai lagi ke tanah suci. bukan kita je tak pernah laksanakan korban lembu. ramai lagi. kita hidup bukannya atas simpati orang. abang masih ada kudrat bekerja. walau gaji tak seberapa, alhamdulillah cukup.. cuma masih belum ada rezeki kita korban tahun ni. masih belum ada rezeki kita jadi tetamu Allah. makan minum cukup. tidak ada kurangnya. betul tak? '
dia cuma diam
'Laila, korban itu benar bagus jika kita mampu korbankan lembu atau sebagainya. tapi apa simboliknya? apa makna korban sebenarnya? korbanlah setiap tahun pun, apa gunanya kalau untuk menunjuk-nunjuk.. apa gunanya di sembelih binatangnya tapi sifat-sifat kebinatangan tu tidak pernah mengalir bersama-sama darah haiwan sembelihan tu.. korban itu luas sayang.. kalau mampu abang pun nak korban. tapi kita belum mampu. kita berkorban sahaja dengan cara yang kita mampu. yang penting ikhlas. inshaallah ada nilainya di sisi Allah.. '
sambung Mat dengan penuh kasih sayang, lembut setiap katanya menusuk hati Laila..
'bang, Laila minta maaf, '
Mat senyum.
di dalam hatinya memohon agar dijauhkan keluarganya daripada hasad dengki dan prasangka. dijauhkan penyakit hati. semoga korban kali ini membawa erti. menyanggupkan sekali semua nya untuk mengorbankan nafsu, mengorbankan keseronokan dunia, korban ego dan korbankan segala sifat mazmumah di dalam hati. semoga apa jua jenis pengorbanan akan diterima. aamiin..
Friday, September 27, 2013
::mawar
mawar di tanganku aku pegang. cium. wangi.. senyum sendiri.
tiba-tiba aku terperasan satu makhluk yang dok perati aku,
kerling,
nah, housemate aku rupanya.
pandang dia, angkat kening, tanda bertanya : apa?
dia angkat bahu dan berlalu.
cehh, tu je?
*********
hari ini. mawarku sudah layu.
aku pegang. cium.
terdengar derapan tapak kaki si Leeya tu terhenti.
aku pandang. macam biasa, angkat kening. kali ni dua-dua belah.
dia maju.
"aku kan, masa kau cium ros yang segar hari tu aku terima lagi. tapi ni, ape kes beb? ni sape bagi kau ni sampai dah layu pun cium lagi"
senyum je kasi kat minah ni,
"beli sendiri. eh.. wey, aku suka kat sorang ni. agak-agak kalau aku bagi bunga ni ape kata kau?"
terbeliak matanya
"kau ni, kalau ye pun angau biarlah bertempat siket.. daripada kau bagi bunga yang dah layu, kering tu baik kau bagi je bunga plastik. murah. tahan lama. pastu nak lagi sweet buat la macam citer kat novel-novel tu, cinta saya hanya akan layu jika bunga ni layu.. oohhh" ujarnya teruja sambil konon-konon buat suara garau.
euw. ehemm.
"Leeya sayang, bunga ni aku hargai bukan sebab kecantikan dia. wanginya dia masa dia masih segar. tapi kerana adanya dia. nilainya sendiri. jadi tak kisahla dia segar ke dah layu ke kering ke dia masih sekuntum mawar. lagi satu, simboliknya bagi bunga yang dah layu ni kan, kalau dia terima dan masih menghargai, kira nya macam, dia sudi terima kita seadanya, bukan kerana paras rupa tetapi kerana bernilainya kita. setakat bunga plastik tu nampak sangat tak ori. dah la gayanya tak ikhlas. plastik !"
nah, terlopong mulut si Leeya tu. baru dia tahu langit tinggi ke rendah.
"amacam, novel ke aku lagi sweet?"
balas aku sambil tergelak besar.
ape-ape lah.

Wednesday, September 25, 2013
dimensi_
kata pujangga, hidup ini ibarat roda, terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah.
kata pepatah arab :
yadul 'ulya khair minal yadul sufla
(tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang di bawah)
kata lagu nasyid hijjaz :
hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang itulah lukisan alam..
kata aku :
bila kita di bawah, masa itu kita menerima.menerima pemberian dari segenap penjuru. terima dan terima sampai kadang-kdang rasa juga malu. malu kerana asyik menerima tapi tidak mampu untuk memberi sebagaimana kita menerima.
namun kadang-kadang kita tidak sedar, dalam kita menerima, dalam keterbatasan kita sebenarnya kita mampu memberi.
kerana pemberian selalunya tidak berkaitan dengan materi, atau duit. persembahkan budi yang baik, tutur kata yang sopan. hormat. itu juga memberi. kata pepatah melayu, orang berbudi kita berbahasa. kata pepatah inggeris : give and take.
simple.
tidak mengapa miskin harta asal jangan miskin budi bahasa. tidak mengapa tidak punya apa-apa asal lidah tahu dijaga. tidak mengapa kalau dicaci merata asal maruah terpelihara.
berbalik kepada cerita roda tadi, mungkin di fasa ini kita di fasa menerima. jadi, terimalah. seadanya. tanamkan azam dalam diri. jika sekarang kita tahu peritnya kita yang perlu menerima dan meminta saja, biarlah usaha tinggi sikit, lebih sikit daripada orang lain. supaya kelak di masa hadapan, kita pula jadi orang yang memberi dan tika itu, kita akan lebih ikhlas memberi, kerana kita sudah tahu jerihnya menerima.
:)
siiru 'ala baarakatillah (berjalanlah di atas keberkatan Allah), inshaallah

paksa
#bismillah
aku pernah terbaca, baru-baru ni je, kat fesbuk, katanya lebih kurang begini :
lantak la. quote nye betul ke idok tak pe la rasanya yang penting makna tu sampai. sebab blaja BEL (Basic English Language) masa part 3 madam kata kalo tiru sebijik-sebijik ayat dia salah. dikira plagiat. :3 (alasan nak tutup diri dah nyanyuk) so sebab tu la aku tukar ayat siket.. kira pharaprasing laaa.
okay back to the topic.
betul. sama ada kita atau dia. atau mereka. kita tak boleh paksa hati kita untuk rasa apa yang hati kita nak rasa. same goes, kita tak boleh paksa hati orang untuk rasa apa yang kita nak mereka rasa.
kalau suka, dah nak buat macam mana.
kalau benci ke menyampah ke sementelah lagi la kan..
so, point nya di sini ialah, hormatilah perasaan orang lain.
kalau orang tak suka sesuatu perkara atau cara, biarlah. hak dia.
cuma jika perkara yang dia benci tu satu perkara yang wajib dia suka,,
nah yang itu takpe kalo nak paksa. contoh la member tak suka solat. nah, itu wajar laa dipaksa.
di suruh.
tapi masih, ada batasan, ada hikmahnya yang perlu di titik beratkan..
tapi kalau kita dah suka kat orang pastu orang tak suka kat kite, taknak kawan dengan kita, menyampah dengan kite, yang tu mana bole paksa.
aiyoo.. parah laa kalo nak paksa kan.
dan kita, situasinya sama, kalau dah ada orang suka kat kite mana bole kita paksa suruh dia benci kat kite.
hati dia. dia bukan mintak pun kan. cuma di pihak kita, ada la beberapa perkara yang perlu kita jaga.
supaya dia tidak merasa kita memberikan dia harapan.
kecuali kalau kita memang nak beri dia harapan.
eh. termasuk tajuk lain pulak.
pendek kata, dalam hidup bermasyarakat ni, hormat menghormati dan saling memahami memang sangat penting. jap. boring kan guna ayat yang sameeeee jee..
dah biasa dah dengar ayat macam gitu.
konfem eh? are you sure?
ye lah. dah kalau takde angin masakan pokok bergoyang. kalau dah betul tu memang la orang akan ulang-ulang. ye, benda yang sama perlu di ulang sebab sekali cakap takmo dengar, taknak praktis.
degil.
semua degil.
pastu bila di ulang-ulang kata boring..
typical kan?
*kenyit mata ;)
aku pernah terbaca, baru-baru ni je, kat fesbuk, katanya lebih kurang begini :
u can close your eyes to the things you refuse to see, but you cant close your heart for the things you refuse to feel
lantak la. quote nye betul ke idok tak pe la rasanya yang penting makna tu sampai. sebab blaja BEL (Basic English Language) masa part 3 madam kata kalo tiru sebijik-sebijik ayat dia salah. dikira plagiat. :3 (alasan nak tutup diri dah nyanyuk) so sebab tu la aku tukar ayat siket.. kira pharaprasing laaa.
okay back to the topic.
betul. sama ada kita atau dia. atau mereka. kita tak boleh paksa hati kita untuk rasa apa yang hati kita nak rasa. same goes, kita tak boleh paksa hati orang untuk rasa apa yang kita nak mereka rasa.
kalau suka, dah nak buat macam mana.
kalau benci ke menyampah ke sementelah lagi la kan..
so, point nya di sini ialah, hormatilah perasaan orang lain.
kalau orang tak suka sesuatu perkara atau cara, biarlah. hak dia.
cuma jika perkara yang dia benci tu satu perkara yang wajib dia suka,,
nah yang itu takpe kalo nak paksa. contoh la member tak suka solat. nah, itu wajar laa dipaksa.
di suruh.
tapi masih, ada batasan, ada hikmahnya yang perlu di titik beratkan..
tapi kalau kita dah suka kat orang pastu orang tak suka kat kite, taknak kawan dengan kita, menyampah dengan kite, yang tu mana bole paksa.
aiyoo.. parah laa kalo nak paksa kan.
dan kita, situasinya sama, kalau dah ada orang suka kat kite mana bole kita paksa suruh dia benci kat kite.
hati dia. dia bukan mintak pun kan. cuma di pihak kita, ada la beberapa perkara yang perlu kita jaga.
supaya dia tidak merasa kita memberikan dia harapan.
eh. termasuk tajuk lain pulak.
pendek kata, dalam hidup bermasyarakat ni, hormat menghormati dan saling memahami memang sangat penting. jap. boring kan guna ayat yang sameeeee jee..
dah biasa dah dengar ayat macam gitu.
konfem eh? are you sure?
ye lah. dah
degil.
semua degil.
pastu bila di ulang-ulang kata boring..
typical kan?
*kenyit mata ;)
padi ke tali?
bukan mahu mengiakan tapi kadang-kadang berharap ianya iya.
nak dinafi, salah juga
bendanya ada, cuma halnya tidaklah sebesar mana
jadi kenapa aku sangat berharap?
tarik tali.
mungkin. atau mungkin ini yang lebih tepat : salah sangka
oh, for how long?
dan bila aku ambik masa untuk mengabaikan maka masa itulah dia datang.
seolahnya menarik aku kembali.
lepas tu, dia pergi.
nice la bro
kalau padi katakan padi.
kalau bunga jangan kata tali
kau berkias aku tak reti
salah tafsir parah nanti
nah. okay. selamat malam.

mimpi
rasanya dia sudah melupakan...tapi, gayanya macam tidak seratus peratus..
cerita semalam.
tutup buku. mata sudah gayanya perlu ditongkat dengan jari. hayun langkah ke tandas. gosok gigi. cuci muka. kunci pintu. selimut ditarik. tasbih di tangan satu persatu diratib. serasanya hanyut di ulit lena.
tiba-tiba terdengar seperti ada yang masuk ke dalam bilik. siapa? abaikan saja. selang beberapa ketika, terasa seperti mahu bangun. gosok-gosok mata, tidak percaya. kelihatannya seperti ada sesuatu di atas meja. satu plastik. ada baju di dalamnya. dia bergerak, hampir ke meja. terperasan, di papanputih di meja belajarnya seperti ada tertulis sesuatu. dia kenal tulisan itu. tapi mustahil. sudah lama dia tidak melihat tulisan itu. tambah-tambah lagi jika tulisan itu memang bertujuan untuk berkounikasi dengannya.
dalam mamai dia membaca. lebih kurang begini :
'dah lama tunggu jawapan orang. kali ni orang bagi jawapan. maaf lambat. gambar-gambar lama, mana yang nak post tu boleh la post semula'
dia terkedu. betul. betulla itu tulisannya. Jaja.. hatinya berbisik sayu. berbelah bahagi. sambil tangannya menyentuh bungkusan itu. satu. dua. baju dikeluarkan. di tengahnya ada satu kotak biskut Lexus, dan satunya ada sekeping surat. dia jangka, di dalam surat itulah ada keputusan dan jawapan yang selama ini dia tunggu.
di renung. dia genggam.. cuba merasa. namun hatinya berbelah bahagi. tawar. dalam masa yang sama rasa sakit. amat.
tiba-tiba matanya tertancap pada pintu bliknya. ya, dia tertanya-tanya. mana mungkin orang itu yang menghantar sendiri. setahunya dia berada jauh. jauh di perantauan. tiba-tiba hatinya terdetik. mungkin Nana yang menghantarnya. entah mengapa hatinya berkata begitu. lantas langkah gopoh di atur ke pintu. dia buka. pandang kiri dan kanan. namun tidak pula kelihatan kelibat Nana. kepala di tunduk sedikit. kesal. pada masa itu matanya tertancap pada tasbih yang ditangannya sebelum dia tidur tadi.
kenapa di situ?
dia pegang. tarik. tidak berjaya. melekat.
tiba-tiba dia tersedar.
di raup mukanya seraya bibir melafaz istighfar. panjang. ternyata itu cuma mimpi.. kesal. kalau saja sempat dia baca surat itu. walau dia tahu itu cuma mimpi. mimpi yang mugkin tidak membawa apa-apa makna.
ya Allah, aku cuba melupakannya.. kenapa setelah aku hampir berjaya dia hadir lagi dalam mimpiku? atau mungkin aku rindukan dia? atau mungkin selama ini aku cuma berpura melupakan saja...
ya Allah apa petanda?
cerita hari ini
terhambur ketawanya. orang sekeliling sudah pandang-pandang mereka. tiba-tiba dia ternampak juniornya haii Kak Dee, sihat?
salam. dia tersenyum. lantas berborak. panjang juga. satu persatu cerita keluar. biasalah. perempuan. ditinggalkannya kawan-kawan di meja sana. tidak mengapa, yang ini jarang jumpa.
Akak tak wish pun birthday kite?
err, bila birthday awak?
tengok tuu, birthday kite mana dia ingat, dia ingat birthday Jaja je..
diam. tertusuk hatinya. dia cuma tersenyum. Shasha taktau.
err, birthday Jaja bila?
gelak lagi..
saje. dia pura-pura lupa. padahal dalam hatinya Tuhan saja yang tahu. sakit. tidak tahu sakit apa. rindu. atau mungkin terluka. entah..
ok la kak, kita jumpa lagi.. byee..
salam.
kalo ada pape bagitau tauu..
dia hanya mendengar jeritan 'ok' dari jauh dengan senyuman yang dilemparkan Shasha.
kawan-kawan dihampiri. hati berbelah bahagi. ditatap telefonnya. lama.
diam.
wey korang aku rasa nak balik laa.
bila semua sudah menyusun langkah. pulang. on laptop.
laman sosial fesbuk. enter. scroll. err. matanya tertancap pada satu gambar. dia masih seperti dulu. masih tidak berubah. tapi kenapa hari ini keluar pula ceritanya di news feed? biasanya tidak ada.
dia jadi bingung.
ya Allah, lupakan. lupakan aku tentang hal ini..

Monday, September 23, 2013
aku di situ
kalau saja kamu bisa,
mendengar...
luah dan isi hati aku..
selemut angin berdesir,
menyapa,
sekuat ombak membadai,
tanpa jemu walau sedikit..
sedikit demi sedikit, menghakis pantai
dan di tengah badai itu,
teroleng-olengnya sebuah sampan
hah..
kiranya begitulah kisahnya
entah mengapa fikirku,
angin itu bagai cintamu
lembut menyapa aku
namun cukup,
cukup untuk membadai hatiku..
walau mungkin tanpa sedarmu
hingga sedikit demi sedikit terhakis keraguan
sehingga lemas aku dalam rasa yang selama ini tidak jelas
keraguan itu terkadang hilang terkadang muncul,
bak sampan yang teroleng itu
terkadang tenggelam terkadang jelas
di penglihatan
namun aku masih umpama nelayan itu
yang masih gigih menempuh ombak badai
aku umpama benteng pantai ini
walau cintamu mengakis tenangku
namun sedaya upaya aku pertahankan lagi
kerana apa?
kerana aku masih belum pasti
belum pasti adakah benar apa yang di rasa
adakah benar ini cinta
adakah benar engkau untukku
adakah benar itu cerita kita
atau itu hanya aku
hanya cerita aku
adakah hanya aku yang merasa
getar ini
dan adakah hanya aku yang menaruh harapan
yang masih belum pasti
allah,
sesungguhnya aku hanya hamba
lemah tidak berdaya
untuk mengusir rasa cinta
yang kian membunga
munajat di malam hari
semoga kau pandu langkah ini
jangan sehingga memakan diri
janagn sehingga menzalimi
allah,
pandu langkahku
jika benar maka dekatkanlah
namun
jika tidak usirlah
redhakanlah..
angin,
nyanyikanlah lagu
kamu,
dengarlah..
lagu cintaku untukmu
bayu,
sampaikan berita
bahawa aku masih setia
setia menanti sebuah kepastian jitu
supaya tidak tersasar langkahku
Sunday, September 22, 2013
penderitaan part 5
hai hello assalamualaikum. aiyaa.. rasa macam lama giler kott x update blog..
niat suci murni nak update dua tiga hari lepas pun burn macam tu je..
banyak citer nak tell u guys. haha. tengok tajuk tu dah macam rasa nak hempas diri dalam laut pon ade
padahal hiperbola je lebih.
tapi nak kata hiperbola pon tak juga. so, at this point kan aku macam dah setuju la dengan pandangan sesetengah pihak that said : final year shile studying is the most killing time. yeahh. dan sampai saat ini yang mana lagi dua hari (tu dah kira campur sekali dengan hari ni la kan) nak final. FINAL. yeahh dan aku masih tak percaya -.- ayyoo tak tauuuu..
aku tak tau. siyesly rasa macam takut giler nak hadap final sem ni. sebenarnya yang takut tu nak tengok result nanti la kan.. oo ya ALLAH janganlah jadi pape. this gonna be the final semester to perform. yang for sure target dari past 1(katanya) yang dok gebang nak dapat 4flat tu xcapai lagi. sem ni? memang la orang kata xde benda yang mustahil. tapi nampak gayanya kalo nak dapat 4flat sem ni kena score fullmark la weyy semua paper final. HAHA.. yeayy tak mustahilll -.-
teruk.
teruk dan sangat teruk la i tell u guys.
rasa macam memang xsempa giler nak rushing. tup tup dah final.
gile ke ape.
ayyaa...
too many things happen. tak sempat nak fikir.
cerita dia macam ni je la, this is the first time kedit fon sampai 0.00 sen.
this is the first time yang mana tau-tau duit dalam purse xde walau singgit.
50sen tu ade la.
i tell you mana pernah sampai macam tu sem-sem lain
tapi xtau la kalo kes ni berkaitan dengan angau ke ape
parah. memang parah giler..
so guys, i beg u doakanlah aku
(bajet macam ramai giler viewer blog aku bhahaha)
nanti la ada masa lagi aku nak cerita baaaaaaaanyak banyak..
now nak siap-siap ambik angin kat pantai.. sebab tadi dah janji dengan diri sendiri nak g jog skit ambik fresh air buang setan dalam darah ni kuar jauh-jauh kul 6.30. hihiii..
huh? dengan sape?
biasa la I lone ranger :D
cik abang dok jauh. ehh. gedik betul sekarang,
syok sendiri pon jadii laaaa (tu yang masalah lagi parah lagi sakit jiwa tu)
till then, see ya ;)

syok sendiri pon jadii laaaa (
till then, see ya ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
will I be better?
another year will pass. sekarang pun dah end October. ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay. i wish. tapi ...
-
Jom, adik2, kakak2,, saya mau cerita~ Pengurusan perkhidmatan makanan. Tak ramai yang tahu apa yang ada disebalik program ini. Yang ak...
-
bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum wbt.. pertama sekali honestly aku ni nak rasa femes tak femes jugak. tapi memang frankly spe...