Tuesday, March 28, 2017

#tipsDekan

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum wbt, salam sejahtera. seperti yang akak dah berjanji dengan orang tu, orang ni, hari ni akak akan berkongsi beberapa tips bagaimana untuk dekan. tak kira lah kamu ni sejenis manusia yang belajar 100% sebagai pelajar, ataupun kamu ni sebenarnya seorang yang habes semua jawatan kamu nak pegang. Dan tips ni, lebih berfokus kepada pelajar di universiti, lebih lagi fokusnya di taraf ijazah, lagi lebih fokusnya mahasiswa UiTM. 

Jadi, sebelum baca entry ni, silalah pasang lagu UiTM Dihatiku dan Wawasan Setia Warga.  Utk pelajar UA atau US lain, play lagu Univ korang ye. Variasikan playlist anda, masuk sket lagu Anak Kecil Main Api, Suci Dalam Debu, lagu Aiman Tino, Sufian Suhaimi, eh, erm okay kita teruskan. 


1. BIASAKAN DIRI DENGAN KEADAAN SEKELILING.
Baik. Bila kita kata keadaan sekeliling, ini merangkumi semua benda. Termasuklah kamu duduk di mana. Dapat kolej ke, duduk rumah sewa ke. Rumet, Classmate (yang ni paling besar pengaruh). Mana library di kampus kamu. Mana tempat makan yang paling sedap. Siapa lecturer kamu.  Apa yang akan kamu lalui sepanjang tempoh pengajian. 

Sebaiknya bila dapat je offer tu, terus siasat dan baca tentang tempat yang kamu akan pergi tu. Study pasal kos yang kamu dapat. Cari senior di tempat tu, tanya dia. Dapatkan gambaran awal. Sebab nya, persediaan mental dan fizikal sebelum masuk lagi adalah perkara yang terpenting sekali. 

Bersedia, dengan kenal bakal senior atau bakal tempat belajar ni bukanlah bermakna kamu perlu bergantung semua benda pada dia. Tapi ia akan memudahkan kamu untuk tahu lebih lanjut atau kamu tahu siapa kamu boleh mintak pertolongan masa kamu betul-betul susah nanti. Kamu akan tahu ke mana mahu dituju untuk selesaikan masalah kamu.

Jangan ambil masa terlalu lama. Minggu pertama, cuba kenal tempat, orang dan benda yang penting. Habis je minggu pertama, paling lewat minggu kedua, terus keluar dengan plan dan apa yang kamu mahu capai sepanjang semester itu. Masa ini, plan kamu akan lebih realistik sebab kamu dah ada at least 40% gambaran keseluruhan yang membolehkan kamu menganalisa sejauh mana kemampuan kamu, apa yang kampus kamu ada, dan apa yang kampus kamu tidak ada utk membolehkan kamu capai goal kamu.

Sebagai contoh, kamu ambil kos Computer. Kampus kamu, kelajuan internet dia amat luar biasa. Pensyarah bertitle Prof. Senior senang didekati. Kamu boleh la aim utk dapat A+ bagi subjek komputer. Rumet kamu pula jenis tido lewat & suka main game serta suka buat bising. Jadi, since kamu dh tahu mana library, mana bilik study, kamu boleh la tgk mana tempat lain kamu boleh pergi belajar dgn tenang. So, dalam semua cabaran & peluang sekeliling, kamu boleh plan, overall sem tersebut, kamu nak dapat 3.9 ke 4.0. Sebab itu, analisa & faham keadaan sekeliling sangat penting sebagai proses pertama kamu untuk berjaya. 


2. PUPUK CINTA TERHADAP APA YANG KAMU BELAJAR.
Nah, ini langkah kedua yang paling amatlah penting sampai nak nanges dekkk T^T
Perjalanan ambik dgree ni susah diknon. Susah dia sebab banyak assessment, banyak kerja. Tapi takde la susah sampai takboleh perform. Sebab tu, akak sangatlah setuju bila orang kata, nak sambung belajar ni kena ada minat dari awal. Bukan baru-baru nak belajar minat. Bukan sebab terpaksa. Tapi ya, kalau kamu ni spesies yang cintakan ilmu, dapatlah kos apa pun, ikhlaskan niat belajar kerana nak kan ilmu. Bukan sebab nak dapat pointer tinggi. Bukan sebab nak impress crush kamu. Bukan sebab nak menunjuk, bukan sebab nak puji-pujian, Buat sebab diri sendiri yang nak, dan belajar sebab nakkan ilmu.

Bila kita suka nak belajar, tak perlu paksa-paksa bila nak kena baca buku, bila nak kena study. Secara sendirinya kita akan rasa nak tahu lagi. Bila kita nak tahu lagi tu yang kita akan tambah bahan bacaan, bahan rujukan. Kita akan lagi tak rasa malu nak tanya further explanation dari lecturers. Bila kita tak dapat, kita akan usaha cari rujukan lain. Semua akan jadi senang, level stress pun akan kurang. Satu lagi, bila kita belajar kerana suka, cinta dan minat, kita dah tak perlu hafal. Alah, macam korang baca novel la, satu-satu watak dalam tu boleh ingat. Jalan cerita boleh ingat. Sama la macam belajar. Bila kita dah ingat dan bebetul faham flow dan konsep dia, dah tak perlu pecah kepala menghafal, Sebab kita dah faham dan automatik kita ingat. 

Nak buat kerja pon rasa tak sabar-sabar. Sama macam bercinta lah, tak sabar-sabar nak jumpa. Haa gituh uols. Konsep dia sama. Bila ada minat, bila suka, semua benda akan rasa tak perlu dipaksa-paksa. Bila kita buat dengan senang hati, yang mudah lagi mudah. Yang susah rasa mudah. Rela berkorban apa saja katanya :) 


Baiklah. Untuk post ini, itu sahaja perkongsiannya. 
Semoga bermanfaat ;)


Baca Sambungan : #tipsDekan : 2

Wednesday, February 15, 2017

:matang

bismillahirrahmanirrahim..


inshaAllah ini yang terbaik. 
sama-sama kita kejar cita-cita terlebih dahulu
letakkan yang lain di belakang.

semoga ini yang terbaik, 
waktu terbaik untuk memperbaiki diri masing-masing.
walau genggamannya kuat tapi bukan milik kita pasti terlepas jua

kalau sudah ditakdirkan suatu hari nanti bersama, 
takkan lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia

mungkin sudah benar matang

masa untuk kembali kepada prinsip asal hidup. 

Thursday, December 29, 2016

ibu bapa derhaka

bismillahirrahmanirrahim..

sekali lagi, dunia yang tidak adil selalu menilai dari satu pihak sahaja. rata-rata hari ini kita dengar, rungutan dan sungutan daripada para ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka derhaka. tapi persoalannya ialah, benarkah anak itu dahulu yang derhaka ataupun ibu bapa dahulu yang derhaka kepada anaknya?


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak". (Riwayat Muslim).

maka ramailah antara kita yang terlepas pandang, selain dari mengharapkan seorang anak untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada kita- ibu bapa- kelak, hendaklah ibu bapa itu terlebih dahulu menjalankan hak kepada anaknya, sebelum dia wujud dari dalam kandungan, semasa di dalam kandungan dan setelah dia dilahirkan. 

tugas pertama sang bapa ialah mencari ibu yang baik kepada anaknya. maka secara tidak langsung, sang ibu pula pada masa yang sama hendaklah berusaha menjadi yang baik, maka, tugas sebagai ibu bapa bermula awal daripada semua jangka. di umpamakan, sang bapa merupakan petani dan sang ibu pula umpama ladangnya, maka hendaklah si petani mencari ladang yang baik bagi "bercucuk tanam" 

kemudian, hendaklah anak tersebut dijaga dengan sebaik mungkin semasa di dalam kandungan dan apabila dilahirkan, tugas ibu bapa ialah untuk memberikan nama yang baik kepada anaknya tersebut. setelah itu, anak tersebut mestilah dididik dengan didikan agama yang sempurna dan diajarkan alquran kepada nya. hal ini disebut di dalam satu hadis, mafhumnya :

Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.  Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab  Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?  Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.  Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu.  Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

nah. perhatikanlah wahai ibu bapa. adakah anak kita dibesarkan dengan dipenuhi hak-hak mereka yang sepatutnya, diberikan kasih sayang dan didikan sepatutnya. 

seorang anak yang dilahirkan itu fitrahnya ialah seperti kain putih yang bersih, maka ibu bapalah yang mencorakkan anak tersebut. maka dengan itu, ibu bapa terlebih dahulu hendaklah bersedia sebelum menjadi ibu bapa, bahkan lebih baik jika sebelum bernikah, keduanya menyedari perihal tanggungjawab selepas menjalani alam rumah tangga dan menjadi ibu bapa dalam membentuk ummah. 

muhasabah diri.

adakah kita sebagai bakal ibu bapa, atau yang sudah menjadi ibu bapa sudah memberikan hak mereka, anak-anak atau bakal anak-anak kita sebelum kita bertanya adakah mereka memberikan hak  kepada kita sebagai ibu bapa.



wallahu a'lam. 

Wednesday, December 28, 2016

Kos Hidup Sihat

Bismillahirrahmanirrahim.


Sang bijak pandai akan berkata, kena jaga pemakanan. Makan buah-buahan yang segar. Jangan lupa ambil sayuran. Makan protein secukupnya. Makanan organik lagi baik daripada makanan yang menggunakan bahan kimia. Ambil supplement untuk menjamin kesihatan. Datang lah ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara berkala, dan sebagainya. 

Tapi pada hakikatnya, buah-buahan, harganya mahal. Sayuran, pun sama. Protein, ayam, ikan, daging. Pun mahal. Makanan organik, nah, 3kali ganda mahal daripada tanaman biasa. Supplement, beratus ringgit. Nak pergi klinik, pun memerlukan kos. 

Baiklah, anda boleh kata, buah, makan aje lah buah-buahan kampung, yang boleh tanam sendiri. Ya. Bagi mereka yang ada tanah, atau berumah di atas tanah, bagaimana mereka yang tinggal di flat biasa? Di mana mahu berkebun?

Itu satu keadaan.

Satu keadaan lagi, seperti contoh sebagai seorang pelajar. Pelajar di saran makan benda yang baik untuk otak. Kismis, pantang ada kena bacaan AlQuran, jual mahal, kekacang-sebagai contoh Pistachio, pun mahal. Katakanlah situasi rakan saya hari ini, mesin ATM rosak dan beliau cuma ada RM2 di dalam beg duitnya. Kalau nak beli roti sandwich, Gardenia yang kecil dah harganya RM2.40. Tak cukup. Kalau beli maggi, dah boleh dua. Makan di kedai makan, semakin hari semakin mahal. Kdang-kadang, kualiti dan rasa makanan jauh lebih murah makan di McDonalds daripada makan di warung tepi jalan. 

Ini keadaan kedua. 


Kepada yang tersalah faham, post ini bukan untuk tujuan mengecam mana-mana pihak.

Yang mahu saya ketengahkan ialah, untuk mendapat kehidupan yang berkualiti, semuanya memerlukan kos yang bukan sedikit. Dan kadang kala saya terfikir, apa yang saya boleh lakukan untuk cuba menangani masalah sebegini. 

Saya tahu, kalau saya katakan semua orang perlu bekerja keras, perlu belajar dengan baik untuk kerja dapat gaji yang banyak, persoalannya, sekeras mana lagi kita perlu bekerja. Dan persoalan seterusnya, jika semua universiti mampu melahirkan graduan yang baik, di mana peluang pekerjaan atau mencari rezeki menjadi sama taraf? Jawatan yang baik bukan nya ada cukup untuk semua orang. Semua orang pun perlu berebut untuk mendapatkan yang terbaik.

Jadi, bagaimana? 

Sunday, December 25, 2016

::pertama dan selamanya

bismillahirrahmanirrahim..

maka benarlah, hati tidak pernah menipu.
lagi-lagi bila melibatkan perkara yang sudah banyak kali kita tolak,
untuk hati merasai,
perasaan yang ditolak, atau cuba dinafi,
yang sekian lama kita sendiri cuba untuk cari kepastian,
adakah benar sayang itu cinta,
atau cuma sayang itu sebenarnya sekadar teman biasa,

kalau hari itu ragu,
kalau hari itu gusar,
kalau hari itu tidak pasti,

sekarang sudah bertambah yakin,
sekarang sudah tenang,
sekarang sudah bertambah pasti.

apabila lafaz yang lama disimpan sudah diluahkan,
semoga yang pertama, kekal selamanya.

😇

Monday, August 22, 2016

One. And. Only

Aduhai sakitnya hati menanggung rasa macam ni 😌
Taktau lah, orang selalu salah tafsir aku tgh "fall in love" dengan siapa.
Ke aku yang salah express perasaan ni? 😂

Cara aku, aku takkan bagi orang lain nampak aku tgh suka dgn siapa. Aku cuma akan express dekat org tersebut je. Trying in silence katanya 🙈🙊
Depan yg lain, aku akan layan sama.

Oh please tak nampak ke 😂
Aku taklayan semua orang baik. Tak semua ngade-ngade org pada aku, permintaan pelik-pelik aku layan. Jawab call, kalau sampai sembang bukan urusan kerja tu pun dh melepasi tahap normal layanan aku 😂

I treat people the same, but the special treatment only be given to special person.
One and only.
And the only one is u.
Didnt u realise?

Adei 😅

😌

Ya allah, penatnye jaga hati 😂

Saturday, July 30, 2016

Belum Kesampaian

:: Jika cinta mampu untuk kulukiskan..
Garisannya penuh dengan pengharapan..
Sentiasa dalam doaku..
Menyimpan rasa ingin bertemu..
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa.. ::

Lebih suka simpan perasaan sendiri.. Berharap dalam diam, cuma mempamer melalui gerak geri..
Tapi, pada kebanyakan waktunya aku  dibiar sepi.
Mungkin belum bertemu yang sejati
Namun sakit itu tetap dirasa, dalam hati

Kalau aku yang sudi, kamu pula tidak sudi
Kalau ada yang sudi, aku pula tidak mampu memberi

Sakit menyimpan rasa
Takut kehilangan namun takut  untuk meluahkan.
Selalu berharap kamu akan faham
Lantas datang menyambut dan menjemput

Wednesday, July 27, 2016

P E M I M P I N

bismillahirrahmanirrahim

salamullah 'alaikum warahmatuhu wabarakatuh,

"leader is not born, they are made"

jangan pernah kata, saya tak layak. atau, ada orang lain yang lebih layak kerana takdir Allah tak pernah salah. if its were meant for you then go for it. 

semua orang dilahirkan sama. menangis, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap. yang berbeza cuma keadaan kehidupannya. apa yang dia lalui, bagaimana kehidupan dia dicorakkan, itulah yang membentuk dirinya.

jadi, atas dasar itulah setiap manusia saling melengkapi. tidak ada walau seorang manusia yang dilahirkan sempurna. ada cacat celanya. dan kerana itulah kita perlukan satu sama lain, untuk saling menyempurnakan. Michelle Obama menyebut 

"I wake up every morning in the house built by a slave

Well, yes and sekaya mana pun kita, nasi yang kita makan, masih ditanam oleh petani. dan kerana itu, walau di mana juga duduk kita, jangan bermegah, kerana satu hari, kita memerlukan orang lain juga. 

samalah halnya dalam konsep sebuah kepimpinan. dalam hal ini saya berpegang kepada beberapa konsep : 

Pertama, Allah menyebut dalam alQuran, mafhumnya, kita umpama bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain. Dalam surah lain, Allah menyebut mafhumnya, dia menyukai hamba yang berjuang di jalannya secara berkumpulan (saffan), seperti bangunan yang tersusun. 

Kedua, Allah menyuruh kita menyerahkan amanah kepada ahlinya. 

Ketiga, dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa amanah itu merupakan sesuatu yang berat. dan hadis lain menyebut, ciri-ciri orang munafik ialah apabila dia diberi amanah namun dia khianati. 

Keempat, disebut bahawa jika datang seorang fasik yang membawa berita kepada kamu, maka selidikilah. 

Kelima, dalam alQuran juga menyebut bahawa murka Allah bagi mereka yang berkata tapi tidak dilakukannya. 

Keenam, satu hadis yang menyebut : Semua antara kamu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan tentang kepimpinannya. 


Jadi, dengan itu saya rangkumkan bagi tujuan menjawab persoalan seseorang kepada saya, soalan berbunyi "apa yang diperlukan untuk menjadi pemimpin?" 

Pertama sekali, jawapan ini saya simpan berminggu-minggu kerana ia terlalu subjektif. And today I present u the answer, dalam perspektif saya :

1. Sedar diri. Seorang pemimpin dia kena ingat, sekarang dia memegang amanah. Walau tanpa arahan sesiapa dia harus melaksanakan tanggungjawabnya. Kerana apa? Kerana nanti dia akan dipersoalkan oleh Allah, adakah amanah yang digalas ditunaikan atau dikhianati. Jadi, tidak perlu arahan dikeluarkan individu itu sendiri yang perlu duduk dan berfikir apa sepatutnya dia lakukan untuk menyempurnakan amanah tersebut.

2. Yakin. Dia kena yakin bahawa dia adalah insan yang terpilih untuk menggalas amanah tersebut. Ya amanah mmg berat, tapi Tuhan kata, setiap orang diuji berdasarkan kemampuan sendiri.

3. Kenal diri. Sebelum kita memimpin kita kena tahu bagaimana diri kita dipimpin. Bagaimana cara kita menguruskan diri sendiri. bila kita tahu bagaimana menguruskan diri sendiri secara tidak langsung kita akan tahu bagaimana nak menguruskan orang lain. treat others the way u wanted to be treated. kalau kita tak suka, jangan lakukan yang sebegitu pada orang lain and vice versa. Kenal pasti bagaimana cara kita untuk mengawal stress. Satu madah pujangga : Its better to conquer urself than win a thousand battles. 

4. Tenang. Jangan mudah melatah. Apabila dengar perkhabaran yang kurang enak jangan membuat spekulasi melulu. Selidik. Selesaikan dengan ilmu dan hikmah, bukan emosi. Kawal amarah. Tidak ada untung pun membenarkan diri kita mengeluarkan kata-kata kesat. Bercakap dengan hati, sampai kepada hati. Tidak perlu meninggi suara. Tidak perlu bermasam muka. Orang yang paling kuat ialah orang yang boleh mengawal amarahnya. Dan marah itu datang dari ego. Tundukkan ego. Tidak ada manfaatnya kita agungkan ego tersebut. 

5. Terima seadanya. Dalam kumpulan kita, terimalah ahlinya dengan lapang dada. Akui kelemahan. Bila kita menerima kelebihannya, kita juga harus terima kelemahannya. Dan dari kelemahan itulah kita sebenarnya memahami konsep "melengkapkan antara satu sama lain" . Dari itu seharusnya yang lemah itu belajar bagaimana utk memperbaiki kelemahan, belaajar dari orang lain. 

6. Muhasabah. Ini yang selalu perlu dilakukan. Kita perlukan masa-masa tenang untuk kita duduk dan muhasabah diri sendiri. Bertaubat atas kesalahan dan cuba sedaya upaya untuk membetulkan kesalahan kita. Mukmin yang baik ialah orang yang mampu menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.

7. Bersedia untuk belajar. Pemimpin itu memimpin dan dipimpin. Tidak kiralah siapa pun yang menyampaikan teguran atau menyampaikan ilmu, terimalah untuk kita perbaiki diri. Kalau kita boleh belajar daripada kegagalan dan kesalahan orang lain, mengapa kita pilih untuk belajar dari kesalahan sendiri? 

8. Saling percaya. Dalam satu kumpulan kepimpinan harus ada kepercayaan antara satu sama lain. Jangan khianati, kerana orang lain tidak pernah sekali-kali faham tentang keadaan kita, yang terdekat cumalah ahli kita sendiri. Berdiri bersama-sama. 

9. Bandingkan kita dengan diri sendiri. Jangan sekali-kali menyamakan kita dengan orang lain kerana setiap orang kapasitinya berbeza, sifatnya berbeza. Cukuplah kita tahu kita menjadi yang lebih baik dari semalam dan tidak perlu utk kita menandingi pencapaian orang lain. 

10. Sedia berkorban. Kehidupan seorang pemimpin tidak sama. Kamu akan tuai apa yang kamu tanam. Kenapa kehidupan kita susah? Kerana bila kita menjadi pemimpin, satu darjat telah diangkat. Dapat darjat lebih, haruslah dugaan pun lebih. Ikhlaskan hati. 

11. Bersedia pada perbezaan pendapat. Kita tidak selalunya benar, mungkin ada masanya kita salah, dan orang lain yang benar. Jadi, tidak salah, malah lagi baik untuk kita meminta pendapat dan berbincang. Two heads are better than one!

Percayalah,

1. Jika kita ikhlas buat perkara kerana Allah, dia akan bantu permudahkan dan memberi pertolongan dalam pelbagai bentuk.

2. Setiap yang berlaku ada hikmah. Kita mungkin berharap itu dan ini, tapi kita sering kecewa kerana tidak dapat apa yang kita mahu. Tapi kita lupa, perancangan Allah itu lebih baik. 

3. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara itu sedangkan dia buruk bagi kamu, dan boleh jadi kamu membenci satu perkara itu sedangkang dia baik bagi kamu. 



Tidak ada orang lain yang mampu membantu memajukan diri kita melainkan kita sendiri. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya. 


Jadi saya kira, cukuplah sampai disini utk saya ulas pandangan saya berkenaan ciri-ciri seorang pemimpin. Semoga penantian saudara untuk mendapat penjelasan dan pandangan berbaloi 


:: Strong people dont put others down, they lift them up - Michael P. Watson ::

:: A leader is one whose knows the way, goes the way and shows the way - John C Maxwell ::

Tuesday, February 09, 2016

K U R U S dengan G E M B I R A

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt. Fuyo lama gile tak update blog. Haha

Baiklah, seperti yang dijanjikan, akak nak share tips kurus dari Kevin Zahri - walaupun akak sendiri belum kurus- yang dah berminggu-minggu janji tapi belum tertunai. 

Alright. So kita nak bercerita gaya cerpen ke gaya novel ke gaya karangan Bahasa Melayu?

Baiklah, 

Memandangkan yang membaca ni semua golongan pemalas tapi nak kurus, kita cerita gaya pemalas #deep

Here we go :

Q :Senaman mana yang lagi baik untuk kurus?
A : Senaman dia nama nya ikut suka kau. Kalau kamu rasa jogging tu kamu suka, jogging lah. Kalau kamu rasa panjat bukit tu kamu suka, buatlah. Kalau kamu rasa skipping tu melekat di jiwa, maka buat skipping. Sebab yang pentingnya ialah, buat senaman yang kamu suka, jadi kamu tidak akan rasa terpaksa and you'll tend to do it tanpa rasa terpaksa, kamu enjoy dan kamu takkan ada ciri-ciri hangat-hangat tahi ayam. Ehem..

Q : Betul ke ais menyebabkan perut buncit?
A : Tak, pemakanan kamu yang melampau tu yang menyebabkan perut kamu buncit, Please jangan salahkan ais. 

Q : Apakah senaman untuk mengempiskan perut?
A : 
1. Sit Up : Bila melakukan sit up, tidak perlu kita bangun (angkat kepala) sampai capai lutut. Cukup sekadar mengangkat separa badan, cara yang betul, letakkan tangan di belakang kepala- tapi jangan sampai menolak kepala masa nak bangun tuh, dengan kata lain, just touch ur head- ATAU tangan secara silang di bahu. Bangun, Cari satu point, contoh, satu bintang di langit (cis mana ada bintang siang hari) pastu pandang dan bangun tapi masih boleh pandang bintang tersebut. Pening ke? Sampai ke tahap imaginasi korang ni? Sesape nak akak coaching-kan, boleh. Dengan bayaran RM50 sejam, Kahkah. Okay tak kelakar. 

2. Plank : make sure posisi angle siku ialah 90degree. Support dengan toe and keseluruhan lengan (lengan ke tangan kita panggil eh, kawasan siku ke bawah tu)

3. Cycling ; tidur, angkat kepala sikit dengan tangan di belakang kepala. Angkat kaki dengan lutut 90degree then tolak satu kaki ke depan belakang depan belakang. Tolak sahaja, jangan kayuh! 

Hmm. Nampaknya susah nak bayangkan kan? Baiklah, korang klik je lah link ni : 25 senaman perut

Settle, Hahaha

Q : Macam mana nak kurus?
A : Determine dlu gemuk kamu gemuk air ke gemuk lemak. Kalau gemuk air, minum air banyak, sampai badan dapat air yang cukup. Macam mana nak tau badan dapat air cukup ke tak? Check warna urine anda. Bila badan dapat air yang cukup, warna urine akan warna jernih. Sebab ape? Sebab bila badan gemuk air, bila tak dapat air yang cukup the body tend to store water sebab dia takut tak dapat air. So, secara tak langsung berat badan akan dipengaruhi oleh air. Berbeza dengan kalau dapat air yang cukup, badan tanpa ragu-ragu akan "keluarkan" air yang berlebihan sebab dia tahu, kalau dia menyahkan air nanti dia dapat air baru

Kalau badan gemuk lemak, make sure kena kawal pemakanan. Kalau nak kurus cepat, kawal makanan dan exercise. Kalau nak lambat, kawal pemakanan. Pemakanan adalah faktor pemangkin untuk dapatkan ideal weight. Train yourself slow-slow~ 

Q : Jadi, macam mana nak tahu gemuk air ke gemuk lemak?
A : Duduk depan cermin, goyang goyangkan badan anda, Kalau bergoyang hebat maka anda gemuk air, kalau bergoyang dengan pejalnye maka kamu gemuk lemak.

Q : Diet atkin?
A : Diet atkin sejenis diet yang omit carbo, Hakikatnya berat badan bertambah bukan sebab store carbo, tapi sebab carbo tu store air. Maka, yang berat tu ialah sumbangan air. Jadi, bila diet memang laaaahh kurang berat dengan cepat. Tapi, apa jadi kalau kita stop diet? Haa jawab sendiri. Opkos la berat badan akan naik balik. Hal ini juga sama lah dengan produk-produk kecantikan. Semua akan bantu buang air, bukan lemak. Jadi, pilihlah cara hidup yang sihat utk kurus!

Q : Macam mana nak kawal pemakanan?
A : Makan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan halang diri dari makan benda-benda yang kita suka, makanlah tapi kawal kuantiti. Cara itu lagi friendly dan lagi tidak mneyeksa badan. Uh-um!

Q : Rasa sakit selepas bersenam elok ke tak?
A : Elok, sebab bila otot sakit bermakna senaman yang dilakukan efisyen la tu. Bila senaman efisyen, maknanya otot kita injured dan "terbuka" space dia utk serap nutrient atau melepaskan lemak-lemak yang ada. Jadi, bila otot injured, badan memerlukan beberapa hari untuk pulih keadaan semula. Jadi, kita tidak disarankan untuk bersenam setiap hari dengan senaman yang sama- untuk memberi peluang kepada otot yang injured itu untuk pulih seperti sedia kala, Jadi yang keseterusnya, variasikan senaman anda! 


Q : Macam mana nak gemuk? (Bagi yang underweight)
A : Makan je takkan membantu seseorang untuk gemuk. Sebab, gemuk berlaku bila otot menyerap apa yang badan makan. Jadi, senaman juga membantu untuk tambah berat badan. Sebab, apabila kita bersenam, otot akan ada alasan untuk mengembang, especially bila otot-otot luka, lantas menyerap nutrient2 yang diperlukan oleh badan, Maka, tadaa inshaAllah boleh gemss. 


Harus diingat, badan mempunyai kadar metabolisma seperti sedia ada, Dengan kata lain, kalau kita duduk goyang kaki pun, badan masih membakar lemak (kalau tak makan apa-apa lah :P ). Sebab itu, total kalori intake dengan total kalorie burn perlu diambil kira dalam proses mengurangkan berat badan.

Katakanlah setiap hari badan kita mampu membakar 3000cal sehari, kita ambik makanan 3500cal sehari, tanpa ada senaman, maka kita akan gain weight, sebab kalorie intake lebih tinggi daripada kalori yang hilang, Faham tak? Haha. Kalau tak faham boleh datang pada saya untuk keterangan lanjut :P

Lagi satu, nak kurus, biarlah logik. Jangan beria sangat nak kurus 30kg dalam masa sebulan pastu habes semua benda tak boleh makan. Mengarut namanya tu. Jangan seksa badan kita!

Yang penting, untuk kurus atau dapat berat badan yang ideal ialah mengawal pengambilan makanan. Well, you are what you eat~

Untuk hari ini, setakat ini sahaja. Notes ai is tertinggal di Dungun if there's any updates, will come out with another new post ;)

Sunday, May 31, 2015

loveletter

bismillahirrahmanirrahim.

bila umur dah semakin hari semakin meningkat, ahah,, hmm, people keep asking about marriage. people ask who is your boyfriend whatsoever called. and the battle inside myself. menipulah kalau dalam hati takde rasa nak menyayangi dan disayangi. tipulah kalau tak pernah ada rasa nak mengadu dan nak ada tempat bermanja *deep breath* i want but I know the days will come. 

bila ada lagi yang bertanya, nak cari yang macam mana, jangan memilih sangat.

nope. nak kata aku memilih tak jugak lah. 
cuma aku mencari seseorang yang nak jadikan aku sebagai isteri. bukan sebagai kekasih. kalau dapat ni ha esok pun boleh bang u datang rumah kita nikah. akahkah. 

nak kata demand tak jugak.
I just want someone yang boleh terima aku apa adanya. yang boleh terima dah hidup dengan family aku. yang tak akan mengabaikan aku. yang akan sentiasa bersama-sama aku susah dan senang.

thats all. 

bunyi macam senang tapi tak ramai dah yang macam ni. 

tak pedulik lah siapa pun dia. 

kalau dia kaya, aku nak dia ada masa utk spend time together. 
aku nak dia ingat siapa diri dia.
aku nak dia ingat kekayaan tidak abadi selamanya.

kalau dia miskin aku nak dia rajin bekerja, cari rezeki halal

kalau dia biasa-biasa aku nak dia jadi dirinya
tak perlu berlumba jadi dan meniru gaya hidup orang lain.

no matter who you are
i've been waiting for you

aku harap kau menjaga diri dan cinta kamu. sebagaimana aku menjaga cinta aku, dan aku yakin, penantian ini bakal berbaloi. 

and I know Allah will bring you to me in the right time :)

take care of yourself, who ever you are :)

Thursday, February 12, 2015

KAU JAHAT!

kau jahat,
kau tabur janji setia namun ternyata kau curangi.

kau jahat,
bercakap manis, namun ternyata banyak yang kau bohongi,

kau jahat,
tahu meminta itu ini, tapi satu pun tidak kau beri

kau jahat,
dapat apa yang diingini setelah itu diri ini kau maki.

kau jahat,
tanggungjawab kau lempar ke tepi

kau jahat,
aku tidak kau peduli malah kau cari ganti

kau jahat,
kau menduakan ku sedang aku setia separuh mati

kau jahat!
kau jahat!

sampai bila aku harus menanggung semua sendiri?
sampai bila kau mahu melanggar janji?
sampai bila mahu kau curangi diri ini?
bila, 
agaknya aku dapat merasa dihargai?

salah aku, kau nampak, kau marahi,
sisi baiknya aku kau tidak peduli,

akulah yang buruk
akulah yang teruk,


kalau kau tidak mahu, mengapa seksa aku begini?
kalau kau sayang, kenapa aku kau zalimi?
aku punya hak yang perlu kau patuhi
bukannya aku kau campak ke tepi.

kau jahat.

apalah daya diri ku ini
menangkis tohmahan tidak bertepi
hanya pada Tuhan ku serah hidup ini
semoga suatu hari kau kembali
semoga kau sedar aku yang kau sakiti
semoga kau nampak setianya aku menanti
menanggung perit derita sendiri

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...