Wednesday, July 19, 2017

Ada Sayang

Ada sayang yang kembali,
Walau awalnya aku ragui,
Namun hari ini tidak lagi
Aku yakin dan pasti..

Mungkin berbeza cara kamu,
Mungkin pula berbeza tafsiranku..
Walau seribu bahasa kaku
Masih yakin, kamu untukku

Sayang,
Aku tahu kamu berjuang,
Betapa tinggi semangat kamu julang
Demi cita, cinta dan kasih sayang

Sayangku..
Maafkan aku,
Andai aku pernah melulu
Menghukum, mengadilimu
Tanpa sekali cuba ku selami apa dibenakmu
Sungguh tiada niat di hatiku
Menyakiti kamu..

Izinkan aku bersama...
Bersama kamu menjunjung cita
Cita dan juga cinta kita

Duhai kekasih hati pujaan diri,
Yakinlah hanya kamu dihati,
Sayangku tidak berbagi,
Cintaku tidak terperi..

Sayang,
Ketahuilah kamu,
Aku akan sentiasa dibelakangmu,
Menjunjung titis perjuanganmu, 
Demi menghalalkan aku,

Sayang,
Maafilah segala khilafku,
Aku cuma wanita yang lemah layu,
Longlai dalam rindu pada kasih sayangmu..

Ayuh.. 
Kita rai cinta yang tulus,
Kita belai kasih nan mulus,
Kita semai rindu yang halus,
Semoga jalan ini terus lurus,
Sehingga tiba saat dilafaz kalimah kudus...

Yang aku cinta, hanya kamu..
Yang aku perlu, juga hanya kamu,
Sayangku..




Wednesday, May 03, 2017

sampai bila

ada satu masa, 
jiwanya benar-benar inginkan fitrahnya dipenuhi
fitrah mahu mendapatkan segala keperluan dalam hidup
mahu hidup selesa dan tenang
mahu disayangi dan dicintai
juga mahu menyayangi dan mencintai
mahu dihargai.

dan pada waktu itu,
dia hampir peroleh kesemuanya sekali
semua yang dia mahu
namun semua itu tidak lama,
tidak benar lama menjadi miliknya

tiba-tiba dia ditinggalkan tanpa sebab yang nyata
tiba-tiba pula berbagai halangan ada di depan mata
tiba-tiba juga segala yang dia rancangkan tidak menjadi
seluruh dunia seolah-olah menentangnya

sakit
terlampau sakit

rasanya seperti dihempas kuat jatuh ke bumi
jatuh terduduk
tidak tahu bila lagi mahu bangkit kembali..
hatinya retak
jiwanya hancur
harapannya pudar

di sebalik gelak tawa dan lawak hambarnya
hatinya benar terluka
ya...
dia mungkin mampu menipu mereka disekelilingnya
tapi dia tidak mampu lagi menipu dirinya sendiri


dia rasa kehilangan

kehilangan semangatnya
kehilangan keyakinannya
kehilangan cintanya
kehilangan segala kemanisan dalam hidupnya

dia cuma mahu mendengar kembali kata-kata keramat
kata-kata semangat
kata-kata penuh kecintaan
kata-kata sayang,
kata-kata rindu

dia cuma mahukan kepastian
tidak ada daya bertarik tali
sungguh,
dia tidak berdaya

dan persoalannya
sampai bila?
sampai bila harus bertahan
dan 
dia juga tidak pasti, 
selama mana lagi dia mampu bertahan

dan hakikatnya,
dia tidak mampu lagi bertahan 
tidak mampu menongkah arus kehidupan sendiri
tidak mampu membuat keputusan sendiri
sungguh,
dia tidak mampu..

kerana 
semangatnya masih hilang
hatinya masih belum pulih
jiwanya masih terlalu sakit
cintanya belum pulang..


sampai bila?

Tuesday, March 28, 2017

#tipsDekan : 2

Baik, kita sambung daripada previous post.


3. JANGAN BERTANGGUH
Since dgree di UiTM, carry marks dia lagi banyak markahnya daripada markah untuk final exam, jadi, pastinya continuos assessment mestilah lagi banyak daripada biasa. Jadi, jangan sesekali bertangguh. Apa-apa task yang kita dapat pada hari tersebut, mulakan terus untuk buat dan if possible, selesaikan terus pada hari yang sama. Jangan sesekali tunggu nak banyak dlu, atau tunggu esok nak hantar malam ni baru buat. Jangan. Sebab apa? Sebab esok nya kita belum tahu lagi berapa banyak kerja yang kita akan dapat. 

4. STUDY SMART, DONT STUDY HARD.
Baik, Ehem. Apa definition study hard? Definition dia bila sanggup tak tidur seminggu sebab nak paksa belajar. Sanggup bersengkang mata. No no and never. Otak kita perlu rehat. Perlu masa untuk convert memory dari short term kepada long term memory. Yang jenis memaksa ni lah yang jadi bila masuk exam je blur. Blank, Tak ingat apa-apa. Kerana apa? Kerana korang memang study pulun habis sampai lupa nak tidur. Jadi, memory study tu cuma disimpan dalam short term memory. Otak kita memerlukan tidur, semasa tidur, maklumat yang kita belajar, otak kita akan convert kepada long term memory. Please, tidur sekurang-kurangnya 4 jam sehari, MALAM. 

Analogi yang suka untuk saya sentuh. Kamu study tak berkerdip selama 3 jam berturut-turut. Tanpa rehat. Berapa % atau berapa minit je sebenarnya kamu boleh fokus? Instead of, kamu belajar, kamu study 20 minit, rehat 10 minit. Main game ke, regang-regangkan kaki ke, urut-urut badan ke kejap. Then sambung study lagi 20 minit. Ulang proses. Mana yang lagi banyak kualiti dan ilmu yang kamu boleh serap? :) Pelaburan kita harus  bijak. Terutama dalam bab pelaburan masa. 

Dapatkan kawan-kawan yang arif dalam satu-satu topik tu untuk berbincang. Tapi lagi lah elok kalau kamu terus berjumpa pensyarah untuk bertanya apa-apa keraguan pada kamu. Percayalah, dalam diri seorang pendidik, benda yang paling mereka gemar ialah apabila anak didik dia rajin bertanya. Diri dia akan rasa dihargai. 

Untuk exam purpose, banyakkan merujuk past year question. Student UiTM boleh refer EQPS. Make sure at least 6 set pastyear dah ada dalam simpanan kamu pada minggu kedua atau minggu ketiga setiap semester. Rujuk sub-topic & pattern soalan yang selalu ditanya dalam exam. Tanya pensyarah jawapan dan point apa yang perlu di masukkan dalam jawapan untuk grab extra marks. Pensyarah kamu, dia yang marking kertas kamu, jadi, dia yang lebih tahu jawapan macam mana yang dia nak. Bila kamu bekerja bermula dari awal semester, kamu tidak akan penat di hari-hari terakhir peperiksaan ;) Sediakan skema jawapan kamu sendiri, kalau ragu-ragu boleh berjumpa secara peribadi dengan pensyarah kamu dan tanya kan dia adakah betul "latihan" yang kamu buat. Simpan. Dan buat sebagai rujukan masa study week dan juga sebelum peperiksaan. 

Satu lagi cara utk study smart, bahagikan pastyear untuk kamu siapkan dengan beberapa orang rakan. Ataupun, bahagikan topik utk disiapkan nota. Kemudian, bentangkan dan berbincang sesama kamu. Percayalah, study group yang matang sangat membantu untuk proses pembelajaran di alam degree. 

Jangan kedekut antara classmates. Kerjasama dalam belajar. Kalau kamu faham, ajarkan kawan. Kalau kamu tidak faham, minta kawan ajarkan. Selalu rujuk pensyarah untuk kepastian adakah pemahaman kamu betul atau tidak. 


5. KENALPASTI CARA MEREHATKAN OTAK
Nah yang ini pun penting juga. Kamu kena tahu bagaimana cara menenangkan diri kamu. Kalau saya, saya perlu keluar dan berjalan-jalan, tengok langit, tengok pokok, tengok laut. Mujur kampus depan laut China Selatan haha.. Tengok movie yang korang donlod pirate tu yang light-light. Yang best-best. Jangan tengok Final Destination, jangan tengok filem-filem yang ngeri dan kejam. Jangan tengok cerita hantu atau filem-filem lucah. Ini semua genre yang akan menumpulkan otak kamu. 

Cari benda yang boleh stimulate otak. Contohnya macam main game. Kalau saya, saya kena baca buku yang light, novel ke, komik ke, majalah ke, untuk stimulate dan rehatkan otak :)

Yang muslim, jangan terlalu leka belajar sampai lupa nak solat. Jangan tinggal solat, dan sebolehnya jangan solat lewat. Selalu, setiap hari baca alQuran, Ini semua yang akan membantu menenangkan diri, terutamanya sewaktu musim peperiksaan. Cuba istiamah, kalau boleh sebulan sekali buat qiamullail. Solat di tengah malam, jam 3 atau 4 pagi, atau bila-bila masa sahaja yang kamu terjaga sebelum waktu subuh :) 

Satu lagi perkara yang suka saya amalkan, biasakan diri solat taubat, solat hajat & solat istikharah. Kenapa istikharah? Sebab kita nak mintak petunjuk sub-topic mana yang akan masuk exam. Bunyi macam kelakar dan mempergunakan agama? Pada saya tidak, kita cuma meminta pertolongan daripada Tuhan kita, tak salah kan? Hehe. Betul, kebanyakan masanya datang je rasa-rasa topic mana yang lagi nak kena fokus. Tengok-tengok mmg yang itulah yang masuk exam. Haha. hebat kan kuasa Tuhan :) 


Jadi, cukuplah rasanya untuk perkongsian lima tips ini. Ini cara saya, cuba sesuaikan dengan cara anda. Jangan tiru-tiru. Kemampuan manusia berbeza :) Yang penting sekali, mana kewajipan kita kena buat. Kalau ada yang pegang jawatan, buat kerja dengan betul. Hormat lecturers, jangan sampai pensyarah yang memberi ilmu kepada kita sakit hati dengan kita. Tak berkat ilmu nanti. Hormat kawan-kawan. Biar semua orang senang hati dengan kita :)

Last but not least, lepas betul-betul kita berusaha, usai je menjawab soalan terakhir peperiksaan kertas terakhir, nyanyi la lagu Sufian Suhami tajuk Terakhir. Eh. Tak. Itulah masa kita mula berdoa dan bertawakkal kepada Allah, Percayalah apa jua keputusan yang kita dapat, itulah yang setimpal dengan usaha dan yang terbaik bagi kita. 


Semoga bermanfaat. 

SELAMAT BERJAYA. 


#tipsDekan

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum wbt, salam sejahtera. seperti yang akak dah berjanji dengan orang tu, orang ni, hari ni akak akan berkongsi beberapa tips bagaimana untuk dekan. tak kira lah kamu ni sejenis manusia yang belajar 100% sebagai pelajar, ataupun kamu ni sebenarnya seorang yang habes semua jawatan kamu nak pegang. Dan tips ni, lebih berfokus kepada pelajar di universiti, lebih lagi fokusnya di taraf ijazah, lagi lebih fokusnya mahasiswa UiTM. 

Jadi, sebelum baca entry ni, silalah pasang lagu UiTM Dihatiku dan Wawasan Setia Warga.  Utk pelajar UA atau US lain, play lagu Univ korang ye. Variasikan playlist anda, masuk sket lagu Anak Kecil Main Api, Suci Dalam Debu, lagu Aiman Tino, Sufian Suhaimi, eh, erm okay kita teruskan. 


1. BIASAKAN DIRI DENGAN KEADAAN SEKELILING.
Baik. Bila kita kata keadaan sekeliling, ini merangkumi semua benda. Termasuklah kamu duduk di mana. Dapat kolej ke, duduk rumah sewa ke. Rumet, Classmate (yang ni paling besar pengaruh). Mana library di kampus kamu. Mana tempat makan yang paling sedap. Siapa lecturer kamu.  Apa yang akan kamu lalui sepanjang tempoh pengajian. 

Sebaiknya bila dapat je offer tu, terus siasat dan baca tentang tempat yang kamu akan pergi tu. Study pasal kos yang kamu dapat. Cari senior di tempat tu, tanya dia. Dapatkan gambaran awal. Sebab nya, persediaan mental dan fizikal sebelum masuk lagi adalah perkara yang terpenting sekali. 

Bersedia, dengan kenal bakal senior atau bakal tempat belajar ni bukanlah bermakna kamu perlu bergantung semua benda pada dia. Tapi ia akan memudahkan kamu untuk tahu lebih lanjut atau kamu tahu siapa kamu boleh mintak pertolongan masa kamu betul-betul susah nanti. Kamu akan tahu ke mana mahu dituju untuk selesaikan masalah kamu.

Jangan ambil masa terlalu lama. Minggu pertama, cuba kenal tempat, orang dan benda yang penting. Habis je minggu pertama, paling lewat minggu kedua, terus keluar dengan plan dan apa yang kamu mahu capai sepanjang semester itu. Masa ini, plan kamu akan lebih realistik sebab kamu dah ada at least 40% gambaran keseluruhan yang membolehkan kamu menganalisa sejauh mana kemampuan kamu, apa yang kampus kamu ada, dan apa yang kampus kamu tidak ada utk membolehkan kamu capai goal kamu.

Sebagai contoh, kamu ambil kos Computer. Kampus kamu, kelajuan internet dia amat luar biasa. Pensyarah bertitle Prof. Senior senang didekati. Kamu boleh la aim utk dapat A+ bagi subjek komputer. Rumet kamu pula jenis tido lewat & suka main game serta suka buat bising. Jadi, since kamu dh tahu mana library, mana bilik study, kamu boleh la tgk mana tempat lain kamu boleh pergi belajar dgn tenang. So, dalam semua cabaran & peluang sekeliling, kamu boleh plan, overall sem tersebut, kamu nak dapat 3.9 ke 4.0. Sebab itu, analisa & faham keadaan sekeliling sangat penting sebagai proses pertama kamu untuk berjaya. 


2. PUPUK CINTA TERHADAP APA YANG KAMU BELAJAR.
Nah, ini langkah kedua yang paling amatlah penting sampai nak nanges dekkk T^T
Perjalanan ambik dgree ni susah diknon. Susah dia sebab banyak assessment, banyak kerja. Tapi takde la susah sampai takboleh perform. Sebab tu, akak sangatlah setuju bila orang kata, nak sambung belajar ni kena ada minat dari awal. Bukan baru-baru nak belajar minat. Bukan sebab terpaksa. Tapi ya, kalau kamu ni spesies yang cintakan ilmu, dapatlah kos apa pun, ikhlaskan niat belajar kerana nak kan ilmu. Bukan sebab nak dapat pointer tinggi. Bukan sebab nak impress crush kamu. Bukan sebab nak menunjuk, bukan sebab nak puji-pujian, Buat sebab diri sendiri yang nak, dan belajar sebab nakkan ilmu.

Bila kita suka nak belajar, tak perlu paksa-paksa bila nak kena baca buku, bila nak kena study. Secara sendirinya kita akan rasa nak tahu lagi. Bila kita nak tahu lagi tu yang kita akan tambah bahan bacaan, bahan rujukan. Kita akan lagi tak rasa malu nak tanya further explanation dari lecturers. Bila kita tak dapat, kita akan usaha cari rujukan lain. Semua akan jadi senang, level stress pun akan kurang. Satu lagi, bila kita belajar kerana suka, cinta dan minat, kita dah tak perlu hafal. Alah, macam korang baca novel la, satu-satu watak dalam tu boleh ingat. Jalan cerita boleh ingat. Sama la macam belajar. Bila kita dah ingat dan bebetul faham flow dan konsep dia, dah tak perlu pecah kepala menghafal, Sebab kita dah faham dan automatik kita ingat. 

Nak buat kerja pon rasa tak sabar-sabar. Sama macam bercinta lah, tak sabar-sabar nak jumpa. Haa gituh uols. Konsep dia sama. Bila ada minat, bila suka, semua benda akan rasa tak perlu dipaksa-paksa. Bila kita buat dengan senang hati, yang mudah lagi mudah. Yang susah rasa mudah. Rela berkorban apa saja katanya :) 


Baiklah. Untuk post ini, itu sahaja perkongsiannya. 
Semoga bermanfaat ;)


Baca Sambungan : #tipsDekan : 2

Wednesday, February 15, 2017

:matang

bismillahirrahmanirrahim..


inshaAllah ini yang terbaik. 
sama-sama kita kejar cita-cita terlebih dahulu
letakkan yang lain di belakang.

semoga ini yang terbaik, 
waktu terbaik untuk memperbaiki diri masing-masing.
walau genggamannya kuat tapi bukan milik kita pasti terlepas jua

kalau sudah ditakdirkan suatu hari nanti bersama, 
takkan lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia

mungkin sudah benar matang

masa untuk kembali kepada prinsip asal hidup. 

Thursday, December 29, 2016

ibu bapa derhaka

bismillahirrahmanirrahim..

sekali lagi, dunia yang tidak adil selalu menilai dari satu pihak sahaja. rata-rata hari ini kita dengar, rungutan dan sungutan daripada para ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka derhaka. tapi persoalannya ialah, benarkah anak itu dahulu yang derhaka ataupun ibu bapa dahulu yang derhaka kepada anaknya?


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak". (Riwayat Muslim).

maka ramailah antara kita yang terlepas pandang, selain dari mengharapkan seorang anak untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada kita- ibu bapa- kelak, hendaklah ibu bapa itu terlebih dahulu menjalankan hak kepada anaknya, sebelum dia wujud dari dalam kandungan, semasa di dalam kandungan dan setelah dia dilahirkan. 

tugas pertama sang bapa ialah mencari ibu yang baik kepada anaknya. maka secara tidak langsung, sang ibu pula pada masa yang sama hendaklah berusaha menjadi yang baik, maka, tugas sebagai ibu bapa bermula awal daripada semua jangka. di umpamakan, sang bapa merupakan petani dan sang ibu pula umpama ladangnya, maka hendaklah si petani mencari ladang yang baik bagi "bercucuk tanam" 

kemudian, hendaklah anak tersebut dijaga dengan sebaik mungkin semasa di dalam kandungan dan apabila dilahirkan, tugas ibu bapa ialah untuk memberikan nama yang baik kepada anaknya tersebut. setelah itu, anak tersebut mestilah dididik dengan didikan agama yang sempurna dan diajarkan alquran kepada nya. hal ini disebut di dalam satu hadis, mafhumnya :

Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.  Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab  Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?  Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.  Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu.  Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

nah. perhatikanlah wahai ibu bapa. adakah anak kita dibesarkan dengan dipenuhi hak-hak mereka yang sepatutnya, diberikan kasih sayang dan didikan sepatutnya. 

seorang anak yang dilahirkan itu fitrahnya ialah seperti kain putih yang bersih, maka ibu bapalah yang mencorakkan anak tersebut. maka dengan itu, ibu bapa terlebih dahulu hendaklah bersedia sebelum menjadi ibu bapa, bahkan lebih baik jika sebelum bernikah, keduanya menyedari perihal tanggungjawab selepas menjalani alam rumah tangga dan menjadi ibu bapa dalam membentuk ummah. 

muhasabah diri.

adakah kita sebagai bakal ibu bapa, atau yang sudah menjadi ibu bapa sudah memberikan hak mereka, anak-anak atau bakal anak-anak kita sebelum kita bertanya adakah mereka memberikan hak  kepada kita sebagai ibu bapa.



wallahu a'lam. 

Wednesday, December 28, 2016

Kos Hidup Sihat

Bismillahirrahmanirrahim.


Sang bijak pandai akan berkata, kena jaga pemakanan. Makan buah-buahan yang segar. Jangan lupa ambil sayuran. Makan protein secukupnya. Makanan organik lagi baik daripada makanan yang menggunakan bahan kimia. Ambil supplement untuk menjamin kesihatan. Datang lah ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara berkala, dan sebagainya. 

Tapi pada hakikatnya, buah-buahan, harganya mahal. Sayuran, pun sama. Protein, ayam, ikan, daging. Pun mahal. Makanan organik, nah, 3kali ganda mahal daripada tanaman biasa. Supplement, beratus ringgit. Nak pergi klinik, pun memerlukan kos. 

Baiklah, anda boleh kata, buah, makan aje lah buah-buahan kampung, yang boleh tanam sendiri. Ya. Bagi mereka yang ada tanah, atau berumah di atas tanah, bagaimana mereka yang tinggal di flat biasa? Di mana mahu berkebun?

Itu satu keadaan.

Satu keadaan lagi, seperti contoh sebagai seorang pelajar. Pelajar di saran makan benda yang baik untuk otak. Kismis, pantang ada kena bacaan AlQuran, jual mahal, kekacang-sebagai contoh Pistachio, pun mahal. Katakanlah situasi rakan saya hari ini, mesin ATM rosak dan beliau cuma ada RM2 di dalam beg duitnya. Kalau nak beli roti sandwich, Gardenia yang kecil dah harganya RM2.40. Tak cukup. Kalau beli maggi, dah boleh dua. Makan di kedai makan, semakin hari semakin mahal. Kdang-kadang, kualiti dan rasa makanan jauh lebih murah makan di McDonalds daripada makan di warung tepi jalan. 

Ini keadaan kedua. 


Kepada yang tersalah faham, post ini bukan untuk tujuan mengecam mana-mana pihak.

Yang mahu saya ketengahkan ialah, untuk mendapat kehidupan yang berkualiti, semuanya memerlukan kos yang bukan sedikit. Dan kadang kala saya terfikir, apa yang saya boleh lakukan untuk cuba menangani masalah sebegini. 

Saya tahu, kalau saya katakan semua orang perlu bekerja keras, perlu belajar dengan baik untuk kerja dapat gaji yang banyak, persoalannya, sekeras mana lagi kita perlu bekerja. Dan persoalan seterusnya, jika semua universiti mampu melahirkan graduan yang baik, di mana peluang pekerjaan atau mencari rezeki menjadi sama taraf? Jawatan yang baik bukan nya ada cukup untuk semua orang. Semua orang pun perlu berebut untuk mendapatkan yang terbaik.

Jadi, bagaimana? 

Sunday, December 25, 2016

::pertama dan selamanya

bismillahirrahmanirrahim..

maka benarlah, hati tidak pernah menipu.
lagi-lagi bila melibatkan perkara yang sudah banyak kali kita tolak,
untuk hati merasai,
perasaan yang ditolak, atau cuba dinafi,
yang sekian lama kita sendiri cuba untuk cari kepastian,
adakah benar sayang itu cinta,
atau cuma sayang itu sebenarnya sekadar teman biasa,

kalau hari itu ragu,
kalau hari itu gusar,
kalau hari itu tidak pasti,

sekarang sudah bertambah yakin,
sekarang sudah tenang,
sekarang sudah bertambah pasti.

apabila lafaz yang lama disimpan sudah diluahkan,
semoga yang pertama, kekal selamanya.

😇

Monday, August 22, 2016

One. And. Only

Aduhai sakitnya hati menanggung rasa macam ni 😌
Taktau lah, orang selalu salah tafsir aku tgh "fall in love" dengan siapa.
Ke aku yang salah express perasaan ni? 😂

Cara aku, aku takkan bagi orang lain nampak aku tgh suka dgn siapa. Aku cuma akan express dekat org tersebut je. Trying in silence katanya 🙈🙊
Depan yg lain, aku akan layan sama.

Oh please tak nampak ke 😂
Aku taklayan semua orang baik. Tak semua ngade-ngade org pada aku, permintaan pelik-pelik aku layan. Jawab call, kalau sampai sembang bukan urusan kerja tu pun dh melepasi tahap normal layanan aku 😂

I treat people the same, but the special treatment only be given to special person.
One and only.
And the only one is u.
Didnt u realise?

Adei 😅

😌

Ya allah, penatnye jaga hati 😂

Saturday, July 30, 2016

Belum Kesampaian

:: Jika cinta mampu untuk kulukiskan..
Garisannya penuh dengan pengharapan..
Sentiasa dalam doaku..
Menyimpan rasa ingin bertemu..
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa.. ::

Lebih suka simpan perasaan sendiri.. Berharap dalam diam, cuma mempamer melalui gerak geri..
Tapi, pada kebanyakan waktunya aku  dibiar sepi.
Mungkin belum bertemu yang sejati
Namun sakit itu tetap dirasa, dalam hati

Kalau aku yang sudi, kamu pula tidak sudi
Kalau ada yang sudi, aku pula tidak mampu memberi

Sakit menyimpan rasa
Takut kehilangan namun takut  untuk meluahkan.
Selalu berharap kamu akan faham
Lantas datang menyambut dan menjemput

Wednesday, July 27, 2016

P E M I M P I N

bismillahirrahmanirrahim

salamullah 'alaikum warahmatuhu wabarakatuh,

"leader is not born, they are made"

jangan pernah kata, saya tak layak. atau, ada orang lain yang lebih layak kerana takdir Allah tak pernah salah. if its were meant for you then go for it. 

semua orang dilahirkan sama. menangis, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap. yang berbeza cuma keadaan kehidupannya. apa yang dia lalui, bagaimana kehidupan dia dicorakkan, itulah yang membentuk dirinya.

jadi, atas dasar itulah setiap manusia saling melengkapi. tidak ada walau seorang manusia yang dilahirkan sempurna. ada cacat celanya. dan kerana itulah kita perlukan satu sama lain, untuk saling menyempurnakan. Michelle Obama menyebut 

"I wake up every morning in the house built by a slave" 

Well, yes and sekaya mana pun kita, nasi yang kita makan, masih ditanam oleh petani. dan kerana itu, walau di mana juga duduk kita, jangan bermegah, kerana satu hari, kita memerlukan orang lain juga. 

samalah halnya dalam konsep sebuah kepimpinan. dalam hal ini saya berpegang kepada beberapa konsep : 

Pertama, Allah menyebut dalam alQuran, mafhumnya, kita umpama bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain. Dalam surah lain, Allah menyebut mafhumnya, dia menyukai hamba yang berjuang di jalannya secara berkumpulan (saffan), seperti bangunan yang tersusun. 

Kedua, Allah menyuruh kita menyerahkan amanah kepada ahlinya. 

Ketiga, dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa amanah itu merupakan sesuatu yang berat. dan hadis lain menyebut, ciri-ciri orang munafik ialah apabila dia diberi amanah namun dia khianati. 

Keempat, disebut bahawa jika datang seorang fasik yang membawa berita kepada kamu, maka selidikilah. 

Kelima, dalam alQuran juga menyebut bahawa murka Allah bagi mereka yang berkata tapi tidak dilakukannya. 

Keenam, satu hadis yang menyebut : Semua antara kamu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan tentang kepimpinannya. 


Jadi, dengan itu saya rangkumkan bagi tujuan menjawab persoalan seseorang kepada saya, soalan berbunyi "apa yang diperlukan untuk menjadi pemimpin?" 

Pertama sekali, jawapan ini saya simpan berminggu-minggu kerana ia terlalu subjektif. And today I present u the answer, dalam perspektif saya :

1. Sedar diri. Seorang pemimpin dia kena ingat, sekarang dia memegang amanah. Walau tanpa arahan sesiapa dia harus melaksanakan tanggungjawabnya. Kerana apa? Kerana nanti dia akan dipersoalkan oleh Allah, adakah amanah yang digalas ditunaikan atau dikhianati. Jadi, tidak perlu arahan dikeluarkan individu itu sendiri yang perlu duduk dan berfikir apa sepatutnya dia lakukan untuk menyempurnakan amanah tersebut.

2. Yakin. Dia kena yakin bahawa dia adalah insan yang terpilih untuk menggalas amanah tersebut. Ya amanah mmg berat, tapi Tuhan kata, setiap orang diuji berdasarkan kemampuan sendiri.

3. Kenal diri. Sebelum kita memimpin kita kena tahu bagaimana diri kita dipimpin. Bagaimana cara kita menguruskan diri sendiri. bila kita tahu bagaimana menguruskan diri sendiri secara tidak langsung kita akan tahu bagaimana nak menguruskan orang lain. treat others the way u wanted to be treated. kalau kita tak suka, jangan lakukan yang sebegitu pada orang lain and vice versa. Kenal pasti bagaimana cara kita untuk mengawal stress. Satu madah pujangga : Its better to conquer urself than win a thousand battles. 

4. Tenang. Jangan mudah melatah. Apabila dengar perkhabaran yang kurang enak jangan membuat spekulasi melulu. Selidik. Selesaikan dengan ilmu dan hikmah, bukan emosi. Kawal amarah. Tidak ada untung pun membenarkan diri kita mengeluarkan kata-kata kesat. Bercakap dengan hati, sampai kepada hati. Tidak perlu meninggi suara. Tidak perlu bermasam muka. Orang yang paling kuat ialah orang yang boleh mengawal amarahnya. Dan marah itu datang dari ego. Tundukkan ego. Tidak ada manfaatnya kita agungkan ego tersebut. 

5. Terima seadanya. Dalam kumpulan kita, terimalah ahlinya dengan lapang dada. Akui kelemahan. Bila kita menerima kelebihannya, kita juga harus terima kelemahannya. Dan dari kelemahan itulah kita sebenarnya memahami konsep "melengkapkan antara satu sama lain" . Dari itu seharusnya yang lemah itu belajar bagaimana utk memperbaiki kelemahan, belaajar dari orang lain. 

6. Muhasabah. Ini yang selalu perlu dilakukan. Kita perlukan masa-masa tenang untuk kita duduk dan muhasabah diri sendiri. Bertaubat atas kesalahan dan cuba sedaya upaya untuk membetulkan kesalahan kita. Mukmin yang baik ialah orang yang mampu menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.

7. Bersedia untuk belajar. Pemimpin itu memimpin dan dipimpin. Tidak kiralah siapa pun yang menyampaikan teguran atau menyampaikan ilmu, terimalah untuk kita perbaiki diri. Kalau kita boleh belajar daripada kegagalan dan kesalahan orang lain, mengapa kita pilih untuk belajar dari kesalahan sendiri? 

8. Saling percaya. Dalam satu kumpulan kepimpinan harus ada kepercayaan antara satu sama lain. Jangan khianati, kerana orang lain tidak pernah sekali-kali faham tentang keadaan kita, yang terdekat cumalah ahli kita sendiri. Berdiri bersama-sama. 

9. Bandingkan kita dengan diri sendiri. Jangan sekali-kali menyamakan kita dengan orang lain kerana setiap orang kapasitinya berbeza, sifatnya berbeza. Cukuplah kita tahu kita menjadi yang lebih baik dari semalam dan tidak perlu utk kita menandingi pencapaian orang lain. 

10. Sedia berkorban. Kehidupan seorang pemimpin tidak sama. Kamu akan tuai apa yang kamu tanam. Kenapa kehidupan kita susah? Kerana bila kita menjadi pemimpin, satu darjat telah diangkat. Dapat darjat lebih, haruslah dugaan pun lebih. Ikhlaskan hati. 

11. Bersedia pada perbezaan pendapat. Kita tidak selalunya benar, mungkin ada masanya kita salah, dan orang lain yang benar. Jadi, tidak salah, malah lagi baik untuk kita meminta pendapat dan berbincang. Two heads are better than one!

Percayalah,

1. Jika kita ikhlas buat perkara kerana Allah, dia akan bantu permudahkan dan memberi pertolongan dalam pelbagai bentuk.

2. Setiap yang berlaku ada hikmah. Kita mungkin berharap itu dan ini, tapi kita sering kecewa kerana tidak dapat apa yang kita mahu. Tapi kita lupa, perancangan Allah itu lebih baik. 

3. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara itu sedangkan dia buruk bagi kamu, dan boleh jadi kamu membenci satu perkara itu sedangkang dia baik bagi kamu. 



Tidak ada orang lain yang mampu membantu memajukan diri kita melainkan kita sendiri. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya. 


Jadi saya kira, cukuplah sampai disini utk saya ulas pandangan saya berkenaan ciri-ciri seorang pemimpin. Semoga penantian saudara untuk mendapat penjelasan dan pandangan berbaloi 


:: Strong people dont put others down, they lift them up - Michael P. Watson ::

:: A leader is one whose knows the way, goes the way and shows the way - John C Maxwell ::

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...