Tuesday, December 25, 2012

ikhlas

assalamualaikum..

terasa nak bercerita la pula kan tengah2 malam ni. jom sape nak dengar citer nenek kakak adik aku meh sini

ikhlas ikhlas ni sebut je senang. tapi nak buat tu mashaallah, tuhan je tahu susahnya kan..
ye lah, mana nak korbankan life kita, tinggalkan keseronokan kita, berkorban untuk orang lain..
untuk tolong orang lain..
ataupun, hak milik kita nak kasi kat orang.
oih bukan senang tu nak buat,,

ada orang ni bila dia ikhlas, tak kesah laa kerja banyak mana pun,,
tak kesah la seteruk mana pon diri dia, tapi bila dia dah biasa tolong orang, dia ikhlas, still benda tu tak memenatkan diri dia walau sikit pon.
 mak aih, tipu la kalo kata tak penat, tapi, kepenatan dia tu tak terasa dan tak terjadinya beban kepada dia. justeru *peh penanda wacana beb* kalo takleh tolong orang pulak yang dia jadik rasa penat giler.
nahh! susah i tell you~ susah nak jumpa golongan2 macam ni skang ni..

yang banyaknya?
yang banyaknya bila buat keje sekilo, tapi sepuluh tan dia merungut.
buatnya kutip plastik gula-gula, tapi ceritanya ibarat kena bersihkan semua nu hah kawasan pantai teluk gadung *eh eh kenapa teluk gadung?? *  then, tak cukup dengan tu mintak upah pulak.
haiyaaa...

susah.
susah bila kita ada perasaan macam tu..

meh nak bagitau.
lagi bergandaganda senang hidup kita kalo kita ikhlas ..
kenapa aku kata macam tu?
sebab bila kita ikhlas, penat kita tak rasa, malah kita lagiii seronok buat sesuatu tu..
orang pon suka kita.. maka jadilah ramai kawan..
bila orang suka, banyakk benda kita boleh belajar..
kan last2 untungnya datang balik ke kita..
tak rugi buat baik ni uolls :)

taknampak lagi?
haa, meh nak buat bandingnya..

kalo kita tak ikhlas?
orang tak suka.. kita bila kita demand tinggi nak itu nak ini takke orang menyampah dengan kita?
bila kita ni pemalas sape je nak suka kat kita?
so, bila jadinya orang tak suka kat kita neh, kita nak kawan dengan sape?
tension kan hidup takde kawan..
dah la takde kawan, ape yang kita nak tak dapat pulakkk..
tak ke sake hati..
ee tension!

maka bermulalah kisah hidup gundah gulana..
maka mulalah kisah hidup tak puas hati kat orang tu, tak puas hati kat orang ni..
mula la nak buat jahat,,
aiii time buat jahat tu lebih ikhlas pulak kan..
haa..
buat jahat, seronok time buat jahat tu je lah..
lepas tu, at the end of the day padan muke kan..

nampak tak?

berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian..
biarlah kita sakit2 dahulu ajar diri nak ikhlas,
asalkan pada akhirnya kita juga yang bahagia..
setuju tak :) ?

Monday, December 24, 2012

banyak~

banyak sebenarnya yang berlaku sejak dua menjak ni. huii. penat. unexpected. seram. rasa nak marah. hebat! haishh.. semua perasaan dah  bercampuk aduk. takpelah. setinggi mana pun ujian tu la kadar termampu kan? allah takkan membebani hambanya melainkan dengan kemampuan hambanya itu.. semoga allah mengukuhkan iman kita semua, semoga dia sntiasa jaga kita.. inshaallah~

nanti mana2 yang boleh share aku share. *tapi mcam xde je, semua private.*
kbye

perasan

assalamualaikum wbt. peeps :)

sape perasan angkat tangan?? heh heh..
mana ehh ade orang nak mengaku, kamon uols..
kan..

persoalannya, sape yang perasan,
hmm, sape minum ais dia la yang rasa bekunya otak *ambekk, buat perumpamaan sendiri, lallalala*

ramai orang perasan.. dia ingat dia la yang paling hebat..
dia fikir dialah yang boleh buat semua bnda..
dia ingat kuasa dia besar sangat..
dia ingat semua bnda dia boleh kawall..
dia rasa dia boleh buat semua..
dia PERASAN.
piiiiiiidah !

ingat la kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabat..
sape sangatla kita ni.. hidup kejap je atas dunia ni..
kita ni bukannya hebat sangat.
aku suka buat perkaitan begini,
kalo rasa nak perasan, kalo rasa nak pntgkan diri, kalo rasa nak buat jahat,
buatlah, kalo kamu penuhi satu syarat sesama manusia n kamu penuhi satu syarat dgn tuhan kamu,
dgn manusia, buatla jahat kalo mati nanti kamu boleh urus jenazah sendiri..
buatlah jahat kalo kamu boleh hidup dalam satu dunia yang kamu cipta sendiri.

nah, kalo cukup dua syarat tu, buatla ape pon kamu nak buat.



hah.
kenape? takleh ea???
so, kalo dah tahu takboleh, kenapa masih nak perasan bagus?
kenapa masih nak bangga-bangga.
kenapa nak tamak haloba??

astaghfirullah..
sedarlah kawan-kawan.. sahabat-sahabat.. tuan puan dato datin..
sape kita nak perasan2??
hebat sangat ke kita?

bersihkan hati.. INSAFLAH... bertaubatlah..
pintu taubat masih terbuka luas.

#kecewadenganperangaimanusia

Saturday, December 15, 2012

tinggal kenangan

innalillah.. sama-sama sedekahkah alfatihah kepada lecturer kami : en. zainal mustapha..
siyesly tak sngka.. hari khamis lepas baru je habes gadoh2 manja la konon dgn arwah.. wuhuu.. dua sem dia ajo kitorang.. masa part 2, ajar kitchen basic western n sem ni,, dua subjek kott. foodservice accounting n food n beverage cost control.. teringat-ingat request arwah hari tu.. dia kate, dia background culinary, tapi sbb byk kelas teori dia ajar so dia takleh ajar kitchen. dia mintak dgn  kitorang nak LEPASKAN kelas kitorang *tu yg aku bergadoh dgn dia kejap*.. banyak kali giler dia sebut.. bila kitorang boleh buat exercise, dia kata lagi.. ni bolehla saya lepaskan kelas korang.. ofkos la kitorang bantah giler2 kan. mana nak jumpa lecturer sekali ajar subjek kira2 trus kite paham kan.. mana lagi nak jumpa lecturer yang bagi bintang kat student..sobsob.. aku ingat lagi hari tu,, last two weeks.. tgh buat2 exercise, then aku siap, orang fes siap. then dia check n bagi 2bintang kat aku.. tapi member yang siap lepas aku tu dapat bintang besar. haha. sempat lagi dia tanya, dayah jeles ke saya bagi bintang besar? sape tak jeles tapi xkesah la kan.. tgk2 hari ni, bukan stakat satu subjek yang dia lepaskan kitorang.. bukan setakat satu kelas yang dia kena pikir yang mana nak lepas.. tapi semua dai lepaskan.. tak jumpa dah lagi.. teringat lagi satu hari hari tu,, punya la dai mintak kitorang buat semua2.. bagi balance akaun.. kami buat 2,3 kali tapi still tak balance. then baru dia admit yang dia dah buat 45minit semalam tapi xbalance jugak.. pelik pulak kan, lecturer buat pon xbalance, padahal setahu aku dia ade semua skema exercise2.. then kelas last week jugak, 2 ke 3 exercise dia bagi kitorang, tapi semua tu yang kitorang dah buat.. dia baru je hepi sbb dah dapat combine kelas kitorang, dgn harapan nak ajar kitchen. tapi, tak sempat..

 tadi jumpa wife dia.. bagitau dgn wife dia, sepatutnya pagi ni kelas kitorang pukul 8.. then wife dia kata, semalam sir dah siap2 kan baju, dia ada bagitau esok kelas pagi. wuwuwuuu... sedih bohh !  semalam jugak la fes time sem ni aku bukak buku, study dulu sebelum g kelas.. masa simpan beg, masuk buku dalam beg, kuarkan balik.. baca dulu.. then tringat yang dia pesan, suruh tampal formula dekat2 katil.. so, boleh selalu tengok.. semalam baru aku tampal,, sebab baru beli salotape. *errr* and semalam nak tdo mmg aku hadap je semua formula tu.. cost% cost sale. income statement.. aku tgk je sampai aku tertido.. sedar2 tg 14 miskol. semua clasmate. damn! kenapa aku tak angkat fon semalam ! kalo tak sempat tgk semalam lagi, since dia PPP kolej sebelah aku je, perhentian *tapi kolej lelaki la kan* tapi siyesly berat giler kepala semalam.. and still pagi ni berat giler..

 SAPE NAK AJO KITORANG???

dua subjek kot. 4/5 hari seminggu jumpa dia.. then jap g takde dah kelas dgn dia.. wuuwuuuu.. siyesly aku respect sangat2 dia.. best sangat belajar dgn dia. akaun tu subjek yang paling aku bnci + takut amat last sem.. tapi semua org paham je blja dgn dia sem ni.. rasa senang sangat. sangat2 terkilan.. so, imma going to worry, mcm mana la org yang akan gantikan..

patah tumbuh hilang berganti. tapi tak semua dapat diganti..
and last..
takziah kepada seluruh keluarga sir zainal...
 takziah kepada seluruh warga fakulti hotel dan pelancongan..
semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..
ALFATIHAH....


# ni gambar masa part2, masa arwah ajar kitchen :(

Tuesday, December 04, 2012

kenapa perlu KURUS?

ASSALAMUALAIKUM WBT.. wow, topic hot dan juga sensitip. Pertama sekali aku nak bagitau secara jujur la.. bnda ni memang la ade kaitannya dengan yang hidup dan takde kaitan dengan yang telah kembali ke rahmatullah.. tapi, haaaaaaa TAPI ! aku takde appoint sape2, melainkan melalui pengamatan dan hemat aku sahaja. So, jangan pandai-pandai nak terasa, nak menuduh aku mengata korang la ye. Oke, settle !

Orait, then, sekarang kita nak menjawab persoalan, KENAPA MESTI KURUS??

Senang sahaja jawapan aku :  
untuk mudah kita dalam urusan menutup aurat !

hohoi, ape pulak kaitan.

Meh aku cerita kaitannya.
Korang suka kan pegi jalan-jalan window shopping yang memang takde la nak window mana, kadang-kadang bukan tahap door, escalator la, furniture la tu kan, korang perasan tak cutting baju ataupun senang kata pakaian la, semuanya dah macam susah giler ohh nak jumpa yang besar. 
Maka, cuba bayangkan mereka yang saiz entah bape kali X sebelum L *nauzubillah ya allah*  kita nak salahkan sape kalo dorang pakai baju nampak macam ketat??

Nah, topik ni yang susah ni, nak cari salah sape. 
Nak salahkan dorang, sape suruh tuan kedai, 
geng-geng tukang jahit jahit baju takde saiz dorang? 
Nak salahkan orang lain,
la manalaaa dorang tahu ukuran badan manusia atas muka bumi nih, 
dah sape suruh tak jaga badan? 
Hmm, susah kan nak kata salah sape?

So, oleh kerana itulah aku kata, 
lebih baik kita ni jaga bdan supaya takde la besar mana.
 So, senang,, takpayah nak cari salah sape2. 
Kan? Setuju??

Tapi kenapa?memang perlu ea??
Hmm, takpuas hati lagi? Mencegah lebih baik daripada mengubati.. dan kita juga disuruh untuk mengelakkan diri daripada fitnah. Sebelum orang tuduh kita suka pakai baju ketat seluar ketat yang padahallnya dulu elok je muat semua tu dan sebab kita bertambah daging dan lemak la baju tu ketatt tak pasal-pasal *sebenarnya ada pasal* kita kena fitnah. Ish. Agak sadis! Dan apa salahnya kita mencegah sebelum lagi banyak pertambahan segala macam bnda yang berlaku dalam tubuh kita.

Tapi nanti aku riak, takbur, ujub etc etc sebab body lawa
Cuba betulkan balik niat tu sebab allah. Cuba tgk balik kenapa kita nak jadik kurus, sebab nak senang tutup aurat kan, bukan sebab nak senang buat bnda lain.. kan kan??

Susah laaa.. mcam mana caranya?
Kawal je pemakanan. Segala penyakit semua tu berpunca daripada perut.. dan mana datangnya bnda dari perut, tu haa datangnya dari pemakanan hangpa,then, do some exercise la.. jangan tahu makan tido je. dan,, bersederhanalah.. itu anjuran islam :)

Tapi……………
Urgh banyak betol alasan kan. Aku Cuma share pendapat dan pandangan, kalo hangpa rasa susah, takde hal.
oke?
fikirkanlahh~
 
kbye.

Sunday, November 18, 2012

manusia perasan.

assalamualaikum wbt~

mmg xsalah kalau nak mendoakan, tapi doa tu biar berlapik. kita jgn perasan kita ni tahu semua, asal rasa mcm kena tindas, konfiden kita mmg kena tindas, sdgkan kita xtahu btul ke x kita ni sbnrnya ditindas, dizalimi.. hanya Allah yang tahu keadaan sebenar, jd why not kalau kita tunjuk kita ni lemah di hadapan allah dgn kata  " andainya benar aku dizalimi maka.. " 

ni tidak, buat kerjanya macam  konfem2 dh kita ni betul. aishh.
kita jangan perasan kita tahu semua benda..

# yang melampau aku akan kata melampau. tapi kalau ada kebenaran di pihak musuh kenapa kita menafikan?
sape kita nak tipu? nak tipu masyarakat ke nak tipu diri sendiri?
konon nak jaga kebajikan diri, tanpa sedar kita menzalimi diri sendiri dgn bebanan dosa..

ayuhlah pupuk kejujuran !


 YA ALLAH TUNJUKKANLAH YANG BENAR ITU SEBAGAI BENAR DAN TUNJUKKANLAH YANG BATIL ITU SEBAGAI BATIL.. SEMOGA KAMI TAK TERSALAH PERHITUNGAN..

aduhai~

isu lah kat mana-mana pelusuk dunia sekalipun, yang aku nampak, semuanya sedang terjun ke dalam lubang yang sama ! kalau tengokkan latar belakang dan sejarahnya, lebih kurang je.

maka malam ini, satu lagi frasa melayu yang aku benar-benar setuju :

sesiapa yang melupakan sejarah berkemungkinan utk mengulanginya.

*kesat peluh*

betullah. sebab, kalo semua tengok dan ambil ibrah dari sejarah, takkan terjadinya perang dua tiga kali.
sebab ape? taktik atau susur galur mula perang tu same je.
same. be..............tul-betul sama.

dan permulaannya apabila :

agama ( Islam ) dipinggirkan.
takde ketelusan.
mungkir janji
pembohong penipu dan janji palsu
balas dendam

nah, itu antara faktor utama. ya allah. selamatkan dunia .. selamatkan iman..

Saturday, November 17, 2012

tak sempurna?

ye, manusia mmg diciptakan tak sempurna..
kalau aku lebihnya di situ, kamu pula lebihnya di sana.
kalau aku kurangnya di sini, maka kamu, itu kurangnya..

memang,
manusia semua tak sempurna,
accept difference,
try to understand
respect others.
thats the key,



kenapa kita tak sempurna?
supaya kita boleh saling memanfaatkan..
supaya kita boleh saling melengkapi..
supaya kita dapat hargai kehadiran orang di sekeliling..

yang penting :
jangan mudah mencaci..
jangan mudah membenci..

tanamkan sayang dalam hati :)

Friday, November 16, 2012

jihad

ramai orang bercakap tentang jihad.
ye, ramai yang berCAKAP tentangnya..
dan semoga yang bercakap itu ada kekuatan pula untuk melakukannya.

# dan aku juga !

sesal kemudian?
















astaghfirullahal 'azim..
ya allah, ampunkan segala dosa-dosa kami..
dosa yang kami lakukan dgn bersungguh-sungguh atau sambil lewa,
yang kami sengaja atau yang tidak kami sengajakan..
ampunkan kami Ya Allah..
kami hanyalah hambaMu yang lemah
dengan dugaan dunia....

Saturday, November 10, 2012

MAAF_

bismillahirrahmanirrahim~

MAAF. tertarik dgn ustaz ape entah nama dia dalam citer tanyalah usaz tadi,,
yang dorang dok bincang sal tajuk memaafkan ni la..

beliau bagi satu situasi :

apabila orang buat salah dgn kita, menyakitkan hati kita, lalu kita sakit ati *konfem la wehh*
maka bila kita sakit hati tu, alangkah bagusnya kalo kita dapat memaafkan.
yes, mmg sakit, tapi analoginya macam makan ubat, contoh : panadol 650 *amboi*
panadol tu cuba hampaa semua kemam dalam mulut,
pahit naa?
pahitt.. tapi, tgk kesannya., boleh kebah demam tu.
hah.. sama la dgn memaafkan..
mmg la memahitkan *err, * tapi kesannya sangatlah indah dan menenangkan.
dan, sekali orang buat salah dgn kita, ye, senang nak memaafkan..
tapi sukar nak melupakan~
tapi tahu atau tidak ada apa di sebaliknya?
oke, mula-mula dia buat salah dgn kita..
pastu kita sakit hati..
then kita maafkan..
allah bagi ganjaran..
lepas tu, lama-lama ingat kagi..
kita pun, maafkan lagi,
sekali lagi, allah bagi ganjaran..
nah, atas satu kesalahan, banyak kali kita daapt ganjaran dari ALLAH,
KALAU KITA MEMAAFKAN DGN IKHLAS.
jangan main tipu pulak,, buat-buat teringta ke ape.
hah, yang tu nak tipu sape?
hehe..

lagi satu, ustaz kate, jangan mempersoalkan cara bagaimana org mintak maaf dgn kita..
tak kisah la mesej ke, call ke, ape ke..
yang penting, persoalkan kenapa kita susah sgt nak maafkan dia..

hmm. so, itulah serba sedikit rumusannya.
nak tahu banyak-banyak, bukak website TONTON,
tgk sendiri la ye. peace yaww ;)


# aku pon tgh tggu seseorg kata macam ni kat aku : aku dah maafkan kau, sbb aku tak berharap dia cuma kata : bukan salah kau. aku nak dgr kata MAAF je.plis.

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...