Monday, January 28, 2013

serving ohh serving~

hai,, assalamualaikum bloggers !

mau cerita itu sedikit laa. di tengah ke-hectic-an seminggu dua ni dengan bermacam jenis bendanya,tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan, eh, dengan satu tawaran. ade orang nak masuk meminang uolss. 
memang terkejut. ye lahh berita last minit kan. berita ape? yang kena strike tadi bukan ye. muahaha.
aku dapat tahu bahawasanya dalam ramairamai orang yang tinggi terselit satu nama aku yang hendak digandingkan sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain. ohh brapa banyak susu kena minum, brapa banyak kali kena gayut kat monkey bar? ohh semua tu kiasan sahaja -.-

guess what?
hmm. tercalon sebagai calon awal utk mewakili universiti ke pertandingan kemahiran malaysia, kali ni bukan masak-masak tapi untuk seving. SERVING UOLSS. ehem.

SERVINGGGGG *speak out loud*



oke, sedikit kurang sopan  anak dara menjerit-jerit.

TAPI ADE AKU KESAHHH.. AHHHHHHHH.

oke.behave.

so, di ujian kelayakan tadi, yang mana last minit betol aku tahu, aku pegi je lah..
yeahh, for the sake of EVERYONE.
and also, for sure utk kepuasan diri aku juga.
kalo aku tak rela mmg aku tak pegi laa. g
ile nak korbankan masa study utk test akaun esok *hari ni sebenarnya* semata-mata nak kejar bnda yang hentah dapat henath tidok lagi?

yeahh, as i said, ujian saringan kan.. ade 7 calon and we need only 3 persons.
tapi tak kesah laaa tersaring ke tidok, yang penting, impian nak serving di Bayu Grill tercapai jugak.
muahahha. kesian aku.
ye la kan,, jaman-jaman aku dulu *padahal baru last sem* serving dekat 6 star- yang mana biasanya restorenn pakai aircond tapi tempat aku dulu pakai sauna, ko ade?? - ,
so, nak jugak merasa serving di 5-star. kikikkikiii

siyesly lama giler tak serving, i mean, in that kinda formal way. a few steps yang aku dha lupe.
dah laa tuptap kena french service-cuma nasib baik tak kena carving benda lamb tadi-,
buat russian service. mak kau. mendalah serving gear tu nasib baik lekat lagi kat tgn aku.
nak stacking plate pon laaaahaaii dah lupe bagaimana. tingtingting dah haaa bunyi pinggannya !
yeahh, so i damnly agreed dgn sifu serving aku, sir didi yang kate,
skill ni lame2 tak praktik akan hilang.

nah, u see? and berpegang kpd kata2 tu la jugak aku pegi tadi sebenarnya.

bukan niat nak bertanding ke nak mensaringkan diri ke ape, semua tu hanya utk kepuasan diri aku.
biarlah aku terbongkang penat nak pikir mana keje yang nak buat dulu daripada aku penat pikir nak buat ape hari ni. ewahh.

so, dah cukup la dulu.nanti pape hal aku citer2 balik. hehe.. nak p tdo barang dua tiga jam, supaya dapat jawab test dgn baik jap lagi. fuhh. doakan aku blh jwb test. formula dah hafal, dah review smua soalan,
burn midnite oil la katakan.. sampai light pagi tertutup:P

wish me luck, doakan aku !!

tataa :)

Sunday, January 27, 2013

manusia dan otak?

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt

ehem ehem~

aku pernah dgr baca satu statement yang mengatakan manusia ni tak pernah guna 100% kemampuan otak mereka. 

i'm like, 
OHH SIRIYESSSSS???? 

dah tu selama ni pernah la jugak rasa macam dah nak pecah otak study *katenye* . 
tapi boleh pulak dorang *xtau sape* keluarkan statement gtu . 

ini satu penghinaan . *berkata dgn lantang sambil bangun*




ohh terimalah hakikat..

oke. 
kita takyah pegi jauh la kan.. kita cerita pasal yang ade kaitan dgn yang masih hidup dan yang belum mati namun satu hari nanti akan mati jugak. hemm panjang pulak ye. 
cerita pasal sape? 
aku. 
aku lah. 
nak cerita pasal orang lain kena saman pulak kan. 
kite takde duit banyak. tak mampu nak bayar saman2 neh.
 haa. aku neh blaja pasal makanan. 
budak hotel.. 
bila datang pemikiran negatif aku neh, macam terfikir.. ape laaa yang susah sangat blaja mendalah ni. 
masak?org yang tak blaja kos masak pon bolehh je masak gedebak gedebuk.
 jadi je. 
sedap je. 
housekeeping. 
alah. 
lepasan pmr pon boleh je apply mane2 hotel satu bintang setengah jadik GRA *Guest Room Attendant ye* . 

so, ape cabarannya??
apa yang susahnya nak banding dgn bdk CS blaja coding,
nak banding dgn budak engineering blaja electric?? 
what is so special about my field?

nah, sekarang maka datanglah pemikiran positf, menari ballet di hadapan aku. 
kamonn, mereka takde kelayakan dan sijil yang menunjukkan mereka pakar dalam bidang yang sama macam niii. 
bila mereka kembali kepada tugas asal mereka, 
yakni yang engineer yang pandai masak pergi turun site, 
yang doktor pandai masak masuk hostipal hospital, 
yang lawyer pandai housekeeping asuk court, 
then to whom this task gonna be passed to? 
oh ohhh bukan gonna be passed, tapi sememangnya tu hak kami. :) 

copp!
dah tu yang lepasan pmr tu?
nah. mari kite cerita

ce teka, tadi lepasan pmr tu keje kat mana?
hotel satu bintang setengah.
kamu??
ohh, boleh jadik bos kat hotel lima bintang *sengih lebar*

haa.. cerita lagi jgn lari jauh2..
ramai tak ramai tak yang jeles dgn bdk hotel??

*ramai-ramai jawab:: RAMAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII **
sebab ape ??
*bunyi macam suara tebuan sebab ade orang bagi mcm2 jawapan*

oke oke uolls~
nahhh tahu pon :D

so, then 
u should proud of urself!

oo yess,,
I'M PROUD OF MYSELF ! 


ohh. so positif uolss. 
beginilah kalo kita positif semuanya akan jadi baikk.

so, ape kaitannya dengan otak ??

err.
hmmmmm.. semua fungsi badan kita ni bergantung kepada bagaimana otak kita berfungsi..
kalau normal, normallah.
kalo hyperactive, hyperla.
kalo lembap?? 
haaa.. taknak jawab taknak jawab *sila baca dgn nada gedikss melampau*

jadi dgn ini, 
aku pesan kepada diri aku, 
pesan juga kepada kamu, 
kepada pakcik makcik toh puan seri dato' datuk~ kan.. 

never ever ever compare urself to others!

kamu ialah kamu dan dia ialah dia. 
walaupun ade secebis persamaan antara kamu dengan dia, 
namun dia tak mungkin jadi kamu dan kamu tak mungkin mengalami apa yang dia alami di tempat yang sama pada kadar perasaan, sama ada eksaited atau sedih yang sama. 
semua orang berbeza. 

dan tuhan janjikan, DIA takkan membebankan kita dgn ujian yang melebihi tahap kesanggupan kita. 
nah.
 kalu kita ni mampu amik kos operate-operate jadik doktor, nah itulah yang DIA bagi.. 
kalo kita ni tak mampu nak blaja di universiti, itu yang dia bagi. 
yang pastinya rezekiNya ni bersepah kat mana-mana. 
dah nama hak rezeki kita kita akan dapat, dengan syarat, USAHA. 

tapi jangan sekali kali rasa rendah diri..
rendah hati takpe, rendah ketinggian nak buat macam mana. 
teeettt~

di mana pun takuk anda berada sekarang, 
gunakan itu sebagai tapak semaian, agar suatu hari nanti anda akan menuai hasilnya di situ.

jangan putus asa
teruskan perjalanan.
terus pandang ke depan.
yakin dengan diri anda.
anda boleh melakukannya..

ayuh, kita maksimumkan penggunaan otak kita semaksima mungkin!

jom. 
haiya 'alal falah :D

percayalah anda saya dan kamu serta semua kita boleh berjaya


*ohh rasa macam pakar motivasi*

sekian, terima kasih *tunduk dan hadirin bagi big applause*

Friday, January 25, 2013

speechless

bismillahirrahmanirrahim~

fuuhh fuh.. tiup abuk dulu lah. alalaa kesiannya encik blog syg.
dah lame ye. warming2 up dulu laah. dah lame tak berblog ni tetibe jadik speechless pulak. :P

gediks.

anyway, too much things happened past few weeks, terlalu banyak benda nak kena fikir dan terlalu dan terlalu dan terlalu semua bnda lah. nak citer pon taktau nak mula dari mana..

hurmm... and im very tired!

till then daaa :)

Tuesday, December 25, 2012

ikhlas

assalamualaikum..

terasa nak bercerita la pula kan tengah2 malam ni. jom sape nak dengar citer nenek kakak adik aku meh sini

ikhlas ikhlas ni sebut je senang. tapi nak buat tu mashaallah, tuhan je tahu susahnya kan..
ye lah, mana nak korbankan life kita, tinggalkan keseronokan kita, berkorban untuk orang lain..
untuk tolong orang lain..
ataupun, hak milik kita nak kasi kat orang.
oih bukan senang tu nak buat,,

ada orang ni bila dia ikhlas, tak kesah laa kerja banyak mana pun,,
tak kesah la seteruk mana pon diri dia, tapi bila dia dah biasa tolong orang, dia ikhlas, still benda tu tak memenatkan diri dia walau sikit pon.
 mak aih, tipu la kalo kata tak penat, tapi, kepenatan dia tu tak terasa dan tak terjadinya beban kepada dia. justeru *peh penanda wacana beb* kalo takleh tolong orang pulak yang dia jadik rasa penat giler.
nahh! susah i tell you~ susah nak jumpa golongan2 macam ni skang ni..

yang banyaknya?
yang banyaknya bila buat keje sekilo, tapi sepuluh tan dia merungut.
buatnya kutip plastik gula-gula, tapi ceritanya ibarat kena bersihkan semua nu hah kawasan pantai teluk gadung *eh eh kenapa teluk gadung?? *  then, tak cukup dengan tu mintak upah pulak.
haiyaaa...

susah.
susah bila kita ada perasaan macam tu..

meh nak bagitau.
lagi bergandaganda senang hidup kita kalo kita ikhlas ..
kenapa aku kata macam tu?
sebab bila kita ikhlas, penat kita tak rasa, malah kita lagiii seronok buat sesuatu tu..
orang pon suka kita.. maka jadilah ramai kawan..
bila orang suka, banyakk benda kita boleh belajar..
kan last2 untungnya datang balik ke kita..
tak rugi buat baik ni uolls :)

taknampak lagi?
haa, meh nak buat bandingnya..

kalo kita tak ikhlas?
orang tak suka.. kita bila kita demand tinggi nak itu nak ini takke orang menyampah dengan kita?
bila kita ni pemalas sape je nak suka kat kita?
so, bila jadinya orang tak suka kat kita neh, kita nak kawan dengan sape?
tension kan hidup takde kawan..
dah la takde kawan, ape yang kita nak tak dapat pulakkk..
tak ke sake hati..
ee tension!

maka bermulalah kisah hidup gundah gulana..
maka mulalah kisah hidup tak puas hati kat orang tu, tak puas hati kat orang ni..
mula la nak buat jahat,,
aiii time buat jahat tu lebih ikhlas pulak kan..
haa..
buat jahat, seronok time buat jahat tu je lah..
lepas tu, at the end of the day padan muke kan..

nampak tak?

berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian..
biarlah kita sakit2 dahulu ajar diri nak ikhlas,
asalkan pada akhirnya kita juga yang bahagia..
setuju tak :) ?

Monday, December 24, 2012

banyak~

banyak sebenarnya yang berlaku sejak dua menjak ni. huii. penat. unexpected. seram. rasa nak marah. hebat! haishh.. semua perasaan dah  bercampuk aduk. takpelah. setinggi mana pun ujian tu la kadar termampu kan? allah takkan membebani hambanya melainkan dengan kemampuan hambanya itu.. semoga allah mengukuhkan iman kita semua, semoga dia sntiasa jaga kita.. inshaallah~

nanti mana2 yang boleh share aku share. *tapi mcam xde je, semua private.*
kbye

perasan

assalamualaikum wbt. peeps :)

sape perasan angkat tangan?? heh heh..
mana ehh ade orang nak mengaku, kamon uols..
kan..

persoalannya, sape yang perasan,
hmm, sape minum ais dia la yang rasa bekunya otak *ambekk, buat perumpamaan sendiri, lallalala*

ramai orang perasan.. dia ingat dia la yang paling hebat..
dia fikir dialah yang boleh buat semua bnda..
dia ingat kuasa dia besar sangat..
dia ingat semua bnda dia boleh kawall..
dia rasa dia boleh buat semua..
dia PERASAN.
piiiiiiidah !

ingat la kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabat..
sape sangatla kita ni.. hidup kejap je atas dunia ni..
kita ni bukannya hebat sangat.
aku suka buat perkaitan begini,
kalo rasa nak perasan, kalo rasa nak pntgkan diri, kalo rasa nak buat jahat,
buatlah, kalo kamu penuhi satu syarat sesama manusia n kamu penuhi satu syarat dgn tuhan kamu,
dgn manusia, buatla jahat kalo mati nanti kamu boleh urus jenazah sendiri..
buatlah jahat kalo kamu boleh hidup dalam satu dunia yang kamu cipta sendiri.

nah, kalo cukup dua syarat tu, buatla ape pon kamu nak buat.



hah.
kenape? takleh ea???
so, kalo dah tahu takboleh, kenapa masih nak perasan bagus?
kenapa masih nak bangga-bangga.
kenapa nak tamak haloba??

astaghfirullah..
sedarlah kawan-kawan.. sahabat-sahabat.. tuan puan dato datin..
sape kita nak perasan2??
hebat sangat ke kita?

bersihkan hati.. INSAFLAH... bertaubatlah..
pintu taubat masih terbuka luas.

#kecewadenganperangaimanusia

Saturday, December 15, 2012

tinggal kenangan

innalillah.. sama-sama sedekahkah alfatihah kepada lecturer kami : en. zainal mustapha..
siyesly tak sngka.. hari khamis lepas baru je habes gadoh2 manja la konon dgn arwah.. wuhuu.. dua sem dia ajo kitorang.. masa part 2, ajar kitchen basic western n sem ni,, dua subjek kott. foodservice accounting n food n beverage cost control.. teringat-ingat request arwah hari tu.. dia kate, dia background culinary, tapi sbb byk kelas teori dia ajar so dia takleh ajar kitchen. dia mintak dgn  kitorang nak LEPASKAN kelas kitorang *tu yg aku bergadoh dgn dia kejap*.. banyak kali giler dia sebut.. bila kitorang boleh buat exercise, dia kata lagi.. ni bolehla saya lepaskan kelas korang.. ofkos la kitorang bantah giler2 kan. mana nak jumpa lecturer sekali ajar subjek kira2 trus kite paham kan.. mana lagi nak jumpa lecturer yang bagi bintang kat student..sobsob.. aku ingat lagi hari tu,, last two weeks.. tgh buat2 exercise, then aku siap, orang fes siap. then dia check n bagi 2bintang kat aku.. tapi member yang siap lepas aku tu dapat bintang besar. haha. sempat lagi dia tanya, dayah jeles ke saya bagi bintang besar? sape tak jeles tapi xkesah la kan.. tgk2 hari ni, bukan stakat satu subjek yang dia lepaskan kitorang.. bukan setakat satu kelas yang dia kena pikir yang mana nak lepas.. tapi semua dai lepaskan.. tak jumpa dah lagi.. teringat lagi satu hari hari tu,, punya la dai mintak kitorang buat semua2.. bagi balance akaun.. kami buat 2,3 kali tapi still tak balance. then baru dia admit yang dia dah buat 45minit semalam tapi xbalance jugak.. pelik pulak kan, lecturer buat pon xbalance, padahal setahu aku dia ade semua skema exercise2.. then kelas last week jugak, 2 ke 3 exercise dia bagi kitorang, tapi semua tu yang kitorang dah buat.. dia baru je hepi sbb dah dapat combine kelas kitorang, dgn harapan nak ajar kitchen. tapi, tak sempat..

 tadi jumpa wife dia.. bagitau dgn wife dia, sepatutnya pagi ni kelas kitorang pukul 8.. then wife dia kata, semalam sir dah siap2 kan baju, dia ada bagitau esok kelas pagi. wuwuwuuu... sedih bohh !  semalam jugak la fes time sem ni aku bukak buku, study dulu sebelum g kelas.. masa simpan beg, masuk buku dalam beg, kuarkan balik.. baca dulu.. then tringat yang dia pesan, suruh tampal formula dekat2 katil.. so, boleh selalu tengok.. semalam baru aku tampal,, sebab baru beli salotape. *errr* and semalam nak tdo mmg aku hadap je semua formula tu.. cost% cost sale. income statement.. aku tgk je sampai aku tertido.. sedar2 tg 14 miskol. semua clasmate. damn! kenapa aku tak angkat fon semalam ! kalo tak sempat tgk semalam lagi, since dia PPP kolej sebelah aku je, perhentian *tapi kolej lelaki la kan* tapi siyesly berat giler kepala semalam.. and still pagi ni berat giler..

 SAPE NAK AJO KITORANG???

dua subjek kot. 4/5 hari seminggu jumpa dia.. then jap g takde dah kelas dgn dia.. wuuwuuuu.. siyesly aku respect sangat2 dia.. best sangat belajar dgn dia. akaun tu subjek yang paling aku bnci + takut amat last sem.. tapi semua org paham je blja dgn dia sem ni.. rasa senang sangat. sangat2 terkilan.. so, imma going to worry, mcm mana la org yang akan gantikan..

patah tumbuh hilang berganti. tapi tak semua dapat diganti..
and last..
takziah kepada seluruh keluarga sir zainal...
 takziah kepada seluruh warga fakulti hotel dan pelancongan..
semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..
ALFATIHAH....


# ni gambar masa part2, masa arwah ajar kitchen :(

Tuesday, December 04, 2012

kenapa perlu KURUS?

ASSALAMUALAIKUM WBT.. wow, topic hot dan juga sensitip. Pertama sekali aku nak bagitau secara jujur la.. bnda ni memang la ade kaitannya dengan yang hidup dan takde kaitan dengan yang telah kembali ke rahmatullah.. tapi, haaaaaaa TAPI ! aku takde appoint sape2, melainkan melalui pengamatan dan hemat aku sahaja. So, jangan pandai-pandai nak terasa, nak menuduh aku mengata korang la ye. Oke, settle !

Orait, then, sekarang kita nak menjawab persoalan, KENAPA MESTI KURUS??

Senang sahaja jawapan aku :  
untuk mudah kita dalam urusan menutup aurat !

hohoi, ape pulak kaitan.

Meh aku cerita kaitannya.
Korang suka kan pegi jalan-jalan window shopping yang memang takde la nak window mana, kadang-kadang bukan tahap door, escalator la, furniture la tu kan, korang perasan tak cutting baju ataupun senang kata pakaian la, semuanya dah macam susah giler ohh nak jumpa yang besar. 
Maka, cuba bayangkan mereka yang saiz entah bape kali X sebelum L *nauzubillah ya allah*  kita nak salahkan sape kalo dorang pakai baju nampak macam ketat??

Nah, topik ni yang susah ni, nak cari salah sape. 
Nak salahkan dorang, sape suruh tuan kedai, 
geng-geng tukang jahit jahit baju takde saiz dorang? 
Nak salahkan orang lain,
la manalaaa dorang tahu ukuran badan manusia atas muka bumi nih, 
dah sape suruh tak jaga badan? 
Hmm, susah kan nak kata salah sape?

So, oleh kerana itulah aku kata, 
lebih baik kita ni jaga bdan supaya takde la besar mana.
 So, senang,, takpayah nak cari salah sape2. 
Kan? Setuju??

Tapi kenapa?memang perlu ea??
Hmm, takpuas hati lagi? Mencegah lebih baik daripada mengubati.. dan kita juga disuruh untuk mengelakkan diri daripada fitnah. Sebelum orang tuduh kita suka pakai baju ketat seluar ketat yang padahallnya dulu elok je muat semua tu dan sebab kita bertambah daging dan lemak la baju tu ketatt tak pasal-pasal *sebenarnya ada pasal* kita kena fitnah. Ish. Agak sadis! Dan apa salahnya kita mencegah sebelum lagi banyak pertambahan segala macam bnda yang berlaku dalam tubuh kita.

Tapi nanti aku riak, takbur, ujub etc etc sebab body lawa
Cuba betulkan balik niat tu sebab allah. Cuba tgk balik kenapa kita nak jadik kurus, sebab nak senang tutup aurat kan, bukan sebab nak senang buat bnda lain.. kan kan??

Susah laaa.. mcam mana caranya?
Kawal je pemakanan. Segala penyakit semua tu berpunca daripada perut.. dan mana datangnya bnda dari perut, tu haa datangnya dari pemakanan hangpa,then, do some exercise la.. jangan tahu makan tido je. dan,, bersederhanalah.. itu anjuran islam :)

Tapi……………
Urgh banyak betol alasan kan. Aku Cuma share pendapat dan pandangan, kalo hangpa rasa susah, takde hal.
oke?
fikirkanlahh~
 
kbye.

Sunday, November 18, 2012

manusia perasan.

assalamualaikum wbt~

mmg xsalah kalau nak mendoakan, tapi doa tu biar berlapik. kita jgn perasan kita ni tahu semua, asal rasa mcm kena tindas, konfiden kita mmg kena tindas, sdgkan kita xtahu btul ke x kita ni sbnrnya ditindas, dizalimi.. hanya Allah yang tahu keadaan sebenar, jd why not kalau kita tunjuk kita ni lemah di hadapan allah dgn kata  " andainya benar aku dizalimi maka.. " 

ni tidak, buat kerjanya macam  konfem2 dh kita ni betul. aishh.
kita jangan perasan kita tahu semua benda..

# yang melampau aku akan kata melampau. tapi kalau ada kebenaran di pihak musuh kenapa kita menafikan?
sape kita nak tipu? nak tipu masyarakat ke nak tipu diri sendiri?
konon nak jaga kebajikan diri, tanpa sedar kita menzalimi diri sendiri dgn bebanan dosa..

ayuhlah pupuk kejujuran !


 YA ALLAH TUNJUKKANLAH YANG BENAR ITU SEBAGAI BENAR DAN TUNJUKKANLAH YANG BATIL ITU SEBAGAI BATIL.. SEMOGA KAMI TAK TERSALAH PERHITUNGAN..

aduhai~

isu lah kat mana-mana pelusuk dunia sekalipun, yang aku nampak, semuanya sedang terjun ke dalam lubang yang sama ! kalau tengokkan latar belakang dan sejarahnya, lebih kurang je.

maka malam ini, satu lagi frasa melayu yang aku benar-benar setuju :

sesiapa yang melupakan sejarah berkemungkinan utk mengulanginya.

*kesat peluh*

betullah. sebab, kalo semua tengok dan ambil ibrah dari sejarah, takkan terjadinya perang dua tiga kali.
sebab ape? taktik atau susur galur mula perang tu same je.
same. be..............tul-betul sama.

dan permulaannya apabila :

agama ( Islam ) dipinggirkan.
takde ketelusan.
mungkir janji
pembohong penipu dan janji palsu
balas dendam

nah, itu antara faktor utama. ya allah. selamatkan dunia .. selamatkan iman..

Saturday, November 17, 2012

tak sempurna?

ye, manusia mmg diciptakan tak sempurna..
kalau aku lebihnya di situ, kamu pula lebihnya di sana.
kalau aku kurangnya di sini, maka kamu, itu kurangnya..

memang,
manusia semua tak sempurna,
accept difference,
try to understand
respect others.
thats the key,



kenapa kita tak sempurna?
supaya kita boleh saling memanfaatkan..
supaya kita boleh saling melengkapi..
supaya kita dapat hargai kehadiran orang di sekeliling..

yang penting :
jangan mudah mencaci..
jangan mudah membenci..

tanamkan sayang dalam hati :)

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...