Friday, March 22, 2013

udang yang di sebalik batu

assalamualaikum wbt :)
hai. aduhai pun.. lamanya tal ber-blog.. hehe :)
ehem..
dan hari ni kita nak cerita tentang udang yang disebalik mee...
udang ape?
udang galah ke udang harimau?
ke udang pengawal pantai? erk




owh, bukan larry
dan.
bukan....

maksud aku, ayuh kita cari dan selongkar hikmah dalam setiap yang berlaku..
banyak di sekeliling aku, yang aku dengar cerita sedihnya..
cerita tensionnya. cerita dukanya..
tapi sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan cerita aku aku lagi tension dan duka rasanya..
tapi dorang tak tahu cerita sedih tension duka aku maka dia rasa dialah wanita atau lelaki yang paling duka dan malang.

sedih. tension. rasa dikhianati. rasa hak dirampas. rasa semua menuding jari ke arah kita. rasa semua orang takfaham kita. rasa hanya kita seorang saja di dunia.. rasa kehilangan.. rasa ketensionan.. rasa tidak dipedulikan. rasa semua orang membenci.. rasa semua orang jengkel kepada kita.

cuba tengok balik, kenapa kita rasa begitu.
dan kalau betul, kenapa orang boleh merasa begitu kepada kita?
 salah orang tu ke sebab salah kita yang buat sampai orang rasa begitu kepada kita?

oh. dan berkata pula mereka. sesungguhnya aku tak diminta pun dilahirkan untuk dibenci dan dikhianati
maka anda menuding jari menyalahkan takdir ke apee?

relax bro :)

it is normal. NORMAL. normal untuk rasa tertekan. normal untuk rasa sedih. dan normal untuk menangis.
tapi thats not the matter!
bukan dengan bersedih mampu merubah nasib anda.
bukan dengan melimpahkan berjta-juta titik air mata mampu memulangkan kebahagiaan anda.
tidak.

cuba anda ambil masa dan cuba untuk reflek dirai anda.

tanya, sejauh mana bainya hubungan anda dengan tuhan anda.
sapa tuhan anda?
sapa tuhan kita?

dekatkah kita dengan Tuhan kita selama ini?
selama kita dikurniakan rahmatnya adakah kita ingat Tuhan kita?
adakah kita bersyukur?
adakah kita ingat Dia semasa kita sedang mengecapi kebahagiaan??

jadi, kalau semua jawapan nya tidak, maka wajar atau tidak tuan empunya HAK untuk mengambil semula pemberian Dia selama ini kepada kita..

kemudian kita bersedih. kita bersedih dan lagi lupa kepada Tuhan kita.
sedangkan Tuhan kita sudah berpesan kita, ujian itu untuk mendekatkan lagi kita kepadanya,
tapi sayangnya kita makin jauh dan jauh dariNya...
Dia rindukan suara kita merayu meminta kepadanya..

dan kemudian anda mempersoalkan, lamanya dugaan kita berjalan.. bila semua berakhir..
masyaallah..
tuhan suka dengar suara kita merayu, dah selama ni kita jauh, masa dia nak tarik kita dekat dengan Dia, kita tak sabar. kita pulak yang tak sudi berada di samping Dia yang sudi tabur cinta suci dan murni kepada kita untuk meraih cinta, kasih sayang dan perhatian manusia yang entah pape. yang pernah buat jahat kepada kita. kamon la bro,, hidup kita ni last skali mati jugak :)

Dia tuhan kita, dia pemilik mutlak kita..

dan kalau kita balik ke asal, Dia bagi ujian kepada kita pun sebab kita tak menghargai dan menggunakan nikmat yang dia beri dengan baik. betul tak?

kita ni yang banyak leka. kita ni yang lemah. di uji sikt dah rebah :)
bangunlah dengan bekal kasih sayang Tuhan kita..

bangun. muka mata. buka hati. kembali kepada tuhan kita. mengadu kepada Dia.
mengadu kepada manusia pilihan kedua, sebab manusia tak faham kitasebagaimana Tuhan kita faham kita..

sapa tuhan kita?
ALLAH :)

istighfar bro... mohon ampun. ikhlaskan niat. betul-betul khusyuk megadu kepada Dia.
inshaallah ketenangan itu milik kita kembali :)

siiru 'ala barakatillah~

hey hey

hey. eh. assalamualaikum !
i'm back !
pehh sakit hati jugak takleh nak akses blog ni.
banyak cerita kot sejak dua menjak ni..
takpe,, we have a few days home
so, we'll see, kalo ada masa I crita semua ye :0
hewhew..
till then daaaaaaaaaaaa <3

Thursday, February 21, 2013

masa

bismillahirrahmanirrahim..

fuhhh. mula-mula nya mintak maaf kepada sahabat saya : cik zubaidah ye. lambat sikit tunai janji . ececee~

so, kita dah banyak buang masa jom kita teruskan sahaja ye.

berdasarkan soalan : pengurusan masa. bagaimana?



pandangan dan jawapan saya ialah :

pengurusan masa tu sesuatu yang sangat abstrak untuk dijawab atau diikut oleh semua orang.
kenapa?
ya betul kita semua punyai masa yang sama, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. tak lain dan tak bukan dan tak berbeza dengan walau seorang pun manusia atas muka bumi ini.

masa ni pulak satu kuantiti fizik yang sgt abstrak. takleh di putar, takleh diundur, takboleh di cepat atau dilambatkan.. cuma dua bnda je pilihannya : dimanfaatkan atau dibuang. 

dan yang pastinya buang masa laa bnda yang paling senang dan seronok untuk dibuat :D
kan?

kan ?

kannn ?

alaaah, takpayah tipuuuuu laa~


oke back to the top. back to the topic. kenapa aku kata bnda ni sangat abstrak? sbb walaupun kita punya masa yang sama, tapi setiap orang semua tak sama dalam mengerjakan urusan seharian.. walaupun makcik keje kat kilang, department yang sama semua kan, tapi still kehidupan dia dengan makcik yang duduk disebelahnya tak sama. balik rumah, mugkin yang ini ada anak 9, yang tu ade anak 13. 
hah. lain kan??

so, setiap orang punya pengurusan masa adaah sangat berbeza, tepulang kepada individu tersendiri.

kita boleh merungut, kita boleh merengek *ehh?*  tapi buat la apa pun, masa stull sama..
dan bagaimana pula bagi mereka-mereka yang umpamanya takcukup 24 jam sehari.. 
dan bagaimana pula dengan mereka yang taktahu nak buat apa dengan 24 jam sehari itu?

haa..
begini : bagi mereka yang kerja banyak, urusan banyak, back to back istilahnya kan..
how to manage ur time?
satu panduan yang kita boleh guna ialah asingkan kerja dan urusan anda kepada 4 bahagian:

penting dan segera
penting tapi tak segera
takpenting tapi segera
tak penting dan tak segera

oke, klasifikasikan mereka dalam golongan ini. dan anda akan dapati anda menang wang berjumlah 2juta hidup anda tenang dan damai walaupun weekend tak macam weekend. 
*eh yang ni rasa macam hempap kepala sendiri*

yang penting, kita tahu mana yang nak kena buat dulu. 
kerja tetap amanah.. tapi belajar tu amanah yang lagi utama. 
so, takde istilah yang tu nombor satu, yang ni nombor dua.. 
seiringkan mereka kalau anda ingin jadi orang yang hebat... :D

cuma yang anda kena yakin anda mampu melakukannya :D

dan bagaimana pula dengan masalah tension?
masa tension mesti takjadi keje nye~

dan saya suka bagitau anda begini : lebih baik kta habiskan sedikit masa utk release tension daripada menanggung ketensionan sampai bila-bila..

contoh, anda tension, tapi anda nak jugak study. anda paksa, dan paksa dan paksa. mmg anda boleh habiskan silibus, tapi adakah anda faham dan adakah berkualiti masa yang dihabiskan?
dah la tu,, ketensionan yang disimpan akan mengambil masa yang lagi lama utk recover.

berbanding dgn stuasi ini :
anda study kemudian beberapa masa kemudian anda rasa sangat stuck, overload dan juga tension.
anda berhenti, take a sip of tea, coffee ke.. main game barang 30minit, online fesbuk gelak-gelak kejap then sambung balik study.
yang ni lagi berkualiti.
tak caye try la 

tapi jangan dok menggedik la study minit dah kata overload. 
huh. yang tu mengada namanya. yang tu naza* dah rasanya tu. 

pandai la beza-bezakan.. 
anda lagi kenal diri. anda.. 
kalau anda nak tipu pun, nak tipu sape? 
diri sendiri?

useless semua tu.. 
kalo ye pon nak menipu takke terlalu zalim nak tipu diri sndiri??

oke now, 
kita proceed ke yang seterusnya :
yang rasa taktau nak buat ape dalam masa 24jam tu.
hahh kalo aku ni lagi tension daripada taktau nak buat yang mana satu dulu..

yang ni kena rajin-rajin kan diri la..
banyak lagi bnda yang anda boleh buat.. 
contohnya kalo kat umah, pegi la tolong mak masak kat dapur ke..
tolong kemas rumah ke.. 
tolong sidai basuh gosok baju ke..

takpun, duduk depan laptop tu, online, baca la mana-mana bnda pun yang boleh tambah ilmu,, 
pengetahuan am ke khas ke tak kisah..
selidik sejarah negara dan bangsa ke..

dah dulu dalam kelas sejarah tido kan? 
ehh.

takpun, pegi laa ambik fresh air.. 
memerhatikan tindak tanduk rakyat malaysia..
cari keje part time ke..

lagi??
haaa. yang ni la yang penting sekali.
masa anda free ni la boleh banyak-banyakkan amalan...

ibadah khusus :)

banyak-banyakkan baca Quran.. sekali dengan tafsir.. 
sebab ape? tme bz sah-sah dah anda tak sempat nak tilik tafsir kan? 
baca je.. 
tu pun laju-laju sekadar menenangkan hati kan..
and sampai sumtime tu dah jadi macam baca sambil jalan, 
maksudnya baca je la surah mana yang lekat dalam kepala kan?


hmmmmmmmmmm..
banyak sebenarnya bnda yang kita kena buat..

cuma kadang-kadang kita je yang terlepas pandang dan juga termalas sedikit sebanayak kan..

so, move forward :)

masa senggang tu satu nikmat jugak. 
nikmat yang selalu kita lupa selain nikmat kesihatan. tu Nabi kata :)

jadi, kesimpulannya..

anda banyak keje ke, tak banyak keje ke, 
Allah tu bagi adil, dia tahu 24 jam tu mmg dah cukup dah untuk apa jua jenis gaya hidup.
cuma terpulang kepada kita, pandai atau tidak menguruskannya :)

selamat berjaya :)

Friday, February 15, 2013

hey stalker!

hey hey hey. 
slamat menye-talk ye ^^

memilih

salam dear peeps :)

sumtimes kan macam, tak semua bnda kita boleh go on
i mean, dalam dalam kta berkawan..
tak semua orang kita boleh masuk kan..

ada yang kita selesa dan ada yang kita rasa macam annoying gilaaaaaaaa



kawan sama-sama perempuan cara perempuan
dan kawan lelaki pon dgn cara lelaki..

kalo yang perempuan ni, ada yang mmg ikhlas berkawan.
ade yang pura-pura berkawan.
pura-pura ats dasar kepentingan peribadi.
huh.
let them be!

ada yang sopan santun dan tak kurang yang kurang ajar..
ade yang paham bahasa , ade yang jenis cepat surrender.
macam macam laah!
nama pon manusia kan,
macam macam ragamnya..


and lelaki pulak..
ada certain-certain ni kita macam senang giler berkawan.
senang di ajak berbincang.. senang berbual..

ada pulak tu yang dari awal-awal kenal lagi macam gedik gile
haaaa jangan pelik laa kakak abang oi, boys pon ade yang gedik jugak.
hmmm
okay, no offense ye !

kadang-kadang bnda yang di bualkan tu bnda yang sama je
tapi ada caranya yang buat kita oke dan selesa
dan ada caranya yang buat kita jadi menyampah
kadang-kadang menyampah giler.

haii tak tau la kenapa..

mungkin sebab aku nih terlalu memilih dalam berkawan
atau,,
mungkin selayaknya mmg begitu?

taktau lah.

Thursday, February 14, 2013

no !!!!!!!!!!

ohh no i'm really dead!



apesal laa semua tak kena ni?haha.. jawapannya sebab aku sendiri laaah.
aduh duh duh duhh

lain yang diharap lain pulak yang jadinye.
pehh.
osemmm jugak -.-

kenapalaaa aku ni susah sangat nak kawal mulut?
*oke, status dan komen fesbuk tidak mempunyai suara
maksudnya kenapa laaa aku ni takleh kawal percakapan..

kenapa aku tak boleh nak ajar diri : banyak bercakap banyaklaa dosanya.
aduh.

sedar la dayah oiiiiiiii...

oke, aku dah mula rasa tak selamat!
*kan dah kaw2 kena jugak malam ni !

Tuesday, February 12, 2013

err hai.

hey.hai.

ada orang kata muka sama.
yeah, maybe mata sama besar. bhahah
ni spesies yang RARE  jugak la buat masa ni.

tertarik?
hmm.. yeah. i admit it.
*gile kau tak tertarik?*

komen?

berfikiran matang.
sangat professional
senang diajak berbicara namun masih ada batasnya
tak lebih tak kurang
cukup-cukup sahaja
background oke.bagus.
berfalsafah.
comel dan putih 

walaweyy
semua benda baik?
dah aku tak nampak lagi mana kurangnya.

ehh, alamak ! kamu baca?
komen ikhlas ni.

till then bubye ^^

Monday, February 11, 2013

dua dua pun pendidik

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt :)

yeahhh, sambil-sambil buat esaimen, sambil-sambil buat report kelab utk fakulti dan sambil-sambil mereply komen di fesbuk *femes katanya* sempat lagi la terlintas sesuatu kan..

pendidik.

guru dan pensyarah.



dua-dua pon pendidik..
tapi sedar ataupun tidak, dua mereka ini punya cara sendiri untuk mendidik..

setuju atau tidak?

aku tak bercakapla tentang cara penyampaian mereka di dalam kelas. atau dengan erti kata lain cara mereka mengajar di dalam kelas.. aku bercakap tentang bagaimana perhatian mereka terhadap kita di luar kelas..

aku masih ingat dan sampai sekarang masih terasa la, bagaimana seorang cikgu sekolah ambil tahu dan beri nasihat kepada kita. bila bersuara mereka macam mak-mak ayah-ayah datuk-datuk nenek-nenek ehh.. kasih sayang tu rasa macam gtu lah. cara penyampaian, susunann kosa kata peribahasa ehh lagi sekali.

dan bila bercakap tentang pensyarah,
bagi aku penyampaian dan perhatian mereka lebih sempoii
macam abang-abang macam kakak-kakak.. ohh, takle bayang ea?
ooo anak sulungg.. hehe.. takpe, buat-buat faham je.

ni haa yang mereka yang ade abang kakak ni, setuju atau tidak?

yang anak sulung tu, pensyarah ni bagi aku juga pendekatan lebih kepada macam kawan dgn kawan.
seriusly.

itu satu hal yang aku tabik kepada mereka pendidik ni

kalau diperhatikan, benarlah, itu cara yang sesuai..
mereka pandai aplikasi cara dan pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur.
plus, budak sekolah memang laa.. lagi-lagi sikgu-cikgu yang kuasa utuh dan kuat di sekolah biasanya baya-baya mak ayah kita kan?? and then kalo lecturer pulak susah pulak nak jumpa yang baya-baya ayah mak kita.. dah tu takkanla nak berlagak macam mak ayah pulak :P
aku bercakap ni pasal kampus aku, korang punye U mana aku tau. hehehe...

bukan nak membezakan atau membanding-bandingkan..
tapi, sekadar terfikir...

dua-dua pendidik, cuma di tahap yang berbeza.
targetnya juga pastinya berbeza lahh.
tapi bagaimana mereka mampu menjalankan tugas, menyesuaikan diri dgn semua itu.

bukan senang.

tapi benda yang susah tu tak mustahil !

okelah, nak blaja la mcm mana nak buat.

#fine aku dah meroyan merapu hentah pape.kbye



Sunday, February 10, 2013

c&p

bismillahirrahmanirrahim
*amboi aktif update blog >> cuti kamm~ *

a few things yang saya nak share, sedikit sebanyak, direct quote *tuan empunya harap jgn claim, haha*




tentang satu hal yang dah lama saya sendiri tak berani dan tak sedia utk kupas : KEPIMPINAN. 



  • Keterbukaan kesemua Pemimpin Mahasiswa untuk “Agree to Disagree” atau dengan maksud “Bersetuju untuk tidak bersetuju” 
  • Kita sebagai Pemimpin Mahasiswa hendaklah menegakkan konsep persamaan dan tidak memaksa dalam konsep perbezaaan.
  • Perlaksanaan tradisi yang silap perlu diperbetulkan mengikut situasi semasa pada hari ini. Manakala kita sebagai Pemimpin Mahasiswa perlu menolak cara tadbir urus yang tempang untuk kelancaran organisasi dalam jangka waktu yang panjang.
  • Ramai Mahasiswa yang mendakwa mereka mempunyai hak sedangkan tanpa mereka sedari mereka juga ada tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan. Saya ada hak, kamu juga ada hak. dan saya ada tanggungjawab, kamu juga ada tanggugjawab. “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! .Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”
  • Kritikan yang diterima merupakan cerminan kepada tindak tanduk kita yang telah selama ini. Kepimpinan perlulah memahami kehendak semasa agar mereka tidak ketinggalan.
  • Akhlak dan Adab Mahasiswa sebagai Pemimpin Universiti.
  • - Bukan dinilai cerdiknya mahasiswa pada “pointer” semata-mata tetapi ia ada pada cara tutur kata dan tingkah laku kita.
  • **MEKEM 2 bukan berakhir disini, ia akan bermula selepas kalian keluar daripada Dewan Aspirasi ini. Kenapa ? Kerana anda akan melaksanakan apa yang telah dipersetujui disini.
  • ini bukan medan untuk menghentam atau mencari siapa salah siapa Benar. Tetapi ia merupakan satu medan untuk mencari solusi yang terbaik atau menetapkan Standard Of Prosedure sesuatu keputusan yang ingin kita laksanakan atau sepakati. Perlu kita sedari bahawa proses ini bukan ingin melihat kepada hasil yang segera kerana kita sedia maklum bahawa “Rome Is Not Built In One Day”.
  • kelemahan kepimpinan : Bukan untuk menafikan atau “baling batu sembunyi tangan” atau tidak bertanggugjawab di atas perkara yang sudah berlaku. Tetapi apa salahnya jika kita memilih untuk mendidik dengan “Menghargai” tetapi lebih cenderung untuk memilih untuk mendidik dengan “Mengherdik”.
  •  “Dalam Islam ilmu itu ialah Nur (Cahaya), Manakala dalam aplikasi Fizik Cahaya itu merupakan sejenis tenaga, Oleh itu, kurangnya Ilmu maka kuranglah tenaga untuk memimpin ”
oke, disebut-sebut sbg pemimpin mahasiswa. dan saya tahu adik2 di sekolah juga pasti membacanya. jgn risau, pemimpin pelajar di mana-mana sahaja pun sama saja.. dasar dan asas pembentukan yang sama. mana yang sesuai, aplikasikan dan mana yang tak kena, pandai2 la adjust2 mana yang patut. 

satu point yang saya tandakan ** tertakluk kepada keadaan la. jika ini penggulungan utk MEKEM (mesyuarat kepimpinan mahasiswa), maka MEKEM lah. dan jika program2 pembinaan diri atau yang sewaktu dgnnya yang lain, konsepnya sama sahaja..

sudah habis pembacaan, selamat menilai dan koreksi diri. dan mana-mana pandangan tambahan saya amat alukan.
terima kasih daun keladi kepada empunya idea sebenar sdra TYPD MPP sesi 2012-2013, sdra aiman haziq johari.


gudluck, young leaders ^^  !

Saturday, February 09, 2013

pros and cons

bismillahirrahmanirrahim....

assalamualaikum wbt :)

kebaikan dan keburukan.
nak percaya ke tidak hangpa punya hal lah.
tapi yang pastinya setiap bnda tu ada baik buruknya.
mari rapat rapat kita cerita.

oke, contohnya la kan, macam aku ni. seperti sedia maklum aku ni memangla amat 'tinggi' kan.
sakit weh kadang2 tengkuk aku bila nak bercakap dgn org2 lain time berdiri sebabb nak tgk muka dia kan..
so, thats why la kalo nak bercakap panjang dgn sape pon aku lebih suka duduk. *haha pecah rahsia :P  *
ye la, katanya duduk sama rendah, masalah sebab bila berdiri tak sama tggi. haha.
kadang2 bila kat rumah la, nak sidai baju tggi2 susah~ nak bukak kunci pintu, sampai kena berjingkit*gtu eh org panggil? *, takpon with aid of something, cthnya macam hanger ke nak tarik kunci *rumah tradisinal kan*.
bayangkanlah, kunci yang macam ni ::



tapibila berada di atas seatas-atasnya pintu tu. hehe
susah susah. tu, keburukannya..

apa kebaikannya??
cerita ampaian lagi, dgn keTINGGIan aku ni macam ni, ampaian belakan Duyung tu, bila aku lalu tak payah nak tunduk-tunduk. HAHA. so, laluan aku lagi luas, dalam masa-masa laluan tu tgh 'jam' ke ape kan..
lagi satu, bila masuk hutan.. laluan sempit2 kan.. org lain punya la susah payah nak lalu, aku cool je.

see??

nak lagi?

kejadian kita susah nak ingat, a.k.a pelupa..

bila kita lupa ni, keburukannya ambik contoh, time exam la. lahaiii sakitnya hati bila takdapat jawab soalan sebab bukan taktau, tapi sebab tak igt. kan? ataupun, time2 kecemasan, tetiba lupa pulak nombor telefon org yang perlu kita contact. aahh tension.

tapi cuba fikir ape akan jadik kalo semua bnda kita ingat, atau dgn kata mudah kalo sifat lupa ni takde dlm kamus hidup kita *pehh kamus hidup*

contoh, kalo kita tgk citer seram. kalo asyik2 muka hantu dlm citer tu, atau babak2 seram dalam citer tu bermain-main di fikiran kita selamanya. haa. takke haru hidup. nak lagi best, kalo kita ingat je selalu bnda2 jijik yang kita tgk. haa? nak contoh?
nah.


hahahhaha.. sorry. dah mintak tadi kan.. kessian kucing neh. hmmm

bayangkan~~ bayangkann.. kalo bnda ni kita takleh lupa?
hehe.. nak suap nasik je tringat, alamaknya kurusss laa kan..

so,
begitulah. habes dah cerita..

kesimpulannya,,
bersykurlah.. setiap yang berlaku tu ade hikmahnya.. setiap bnda ada baik buruknya..
terima semua seadanya.

sekian :)

Thursday, February 07, 2013

zzzZZZzzz

its very hard to explain this feeling.. it was like, is it really me that is guilty?? is that really my fault?
come on guys, we are all grown up!
please please and please be PROFESSIONAL !
mind your manner.

THINK rationally.
dont be so stupid !

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...