Saturday, December 28, 2013

sejarah

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt

seringkali kita mendengar ungkapan yang sering diulang-ulang : 

sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.

betul. 
bila dalam keadaan lupa diri kita akan merasa selesa dan cenderung untuk lupa apa yang telah kita lalui sebelum ini. kita akan diberi ujian sekali lagi. untuk lihat, sama ada kita lulus atau masih gagal dengan ujian yang pernah diberi kepada kita sebelum ini. 

namun, sekadar mengingati sejarah juga masih belum cukup syarat. maksud tersiratnya ialah, kita perlu ingat dan fikir, apa yang harus kita lakukan. kamon lah, kita dah pernah melaluinya, kalau kita sudah berjaya melepasi halangan dahulu dengan cemerlang, makna katanya, jika kita benar-benar belajar daripada pengalaman pastinya saat kita melalui ujian yang sama kali ini kita lebih cemerlang menghadapinya.

jatuh kerusi.

saya ambil contoh, dalam bidang pelajaran. jika kita pernah gagal sekali, dan kita sedar akan kegagalan tersebut. mungkin kita sedar akan kegagalan kita semasa dapat result. so, no talk dah la kan.. takde boleh buat apa lagi melainkan meneruskan langkah dengan sisa baki semangat yang bertaburan, kena cantum-cantum dulu dan baru boleh bangun dan meneruskan langkah. dan jika sekali lagi kita berhadapan dengan situasi yang sama, sepatutnya kita tidak mengulang lagi kesalahan dan kegagalan kita suatu masa dahulu. 

betul ke bohong?

pastinya betul. sebab kita sudah pernah merasa sakitnya jatuh ketika itu. takkan lah kita sengaja mahu melukakan diri sekali lagi. kecuali kalau kita ni jenis yang kebal. 

heheh. 

tak mungkin. tak mungkin.

lalu ada yang bertanya, mungkin keadaannya hampir sama tetapi masih ada perbezaan. kita taktahu yang sejarah bakal berulang sebab dulu situasinya lain, dan sekarang situasinya lain. 

thats why kita kena fasih membaca perjalanan hidup sendiri. sebabb itu disarankan kita supaya sentiasa muhasabah diri. lihat. timbang dan hitung nilai kehidupan seharian kita. hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. 24jam sehari sudah lebih daripada cukup untuk kita ambil barang 5minit untuk kita merenung apa yang telah kita lakukan sepanjang hari. tingkatkan lah kualiti diri. 

mukmin yang baik ialah yang mana hari ini lebih baik daripada semalam. 

yeah. terlekat biji durian pulak rasanya. 

dan ada pula yang bertanya, saya tahu, cuma saya mahu mencabar diri. saya cuma mahu lihat sejauh mana kemampuan saya. jika dahulu saya pernah menempuhnya, sekarang saya mahu menempuhnya dengan taktik yang sedikit berlainan. cuba untuk hadapi sejarah itu dengan cara yang lain, tapi gagal. bagaimana?

baiklah. bagus, 

bagus kerana mencuba. berbuat salah dan mengaku kesalahan lantas bangkit daripada kegagalan itu lagi jauh bagusnya daripada tidak pernah mencuba. walau sakit jatuh, namun jika kita redha dan mampu terima hakikat kegagalan lagi sekali itu tidak mengapa. kalau kita cukup kuat tidak mengapa. 

cuma berdirilah di atas satu perkara :
orang beriman itu tidak akan melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

meminjam kata-kata dan sudut pandang seorang sahabat, Cik E (bukan nama sebenar), mungkin Tuhan menguji kita dengan ujian yang sama kerana kita masih belum lulus ujian sebelumnya. jka kita sudah lulus, kenapa perlu 'repeat paper' tersebut, kan ;) ?


salam muhasabah.

:)

Thursday, December 26, 2013

F.R.I.E.N.D.S

bercerita tentang kawan. i dont know. selalunya my heart doesnt lie (i've said this for soo many times lately)

aku tahu, aku bukan kawan yang baik, tapi hati manusia tak siapa boleh paksa.

there is a few cases, di mana hati aku kata kawan itu sangat baik, namun xtau kenapa there is a few of them yang aku tak berapa selesa. it is somehow I try to avoid from her. serious talk. tapi sebab mereka terlalu baik, aku cuba untuk menerima. and Alhamdulillah, kalau mereka yang betul-betul baik maka aku terima. and usually they are the one who will always have some time to spend with me.

dan most of the time, orang yang aku tak expect akan care much yang selalu ada bertanya khabar.
thanks, semoga Allah menjagamu

tak kurang juga, ada yang baik. dan tanpa sedar mereka menikam dari belakang. some might show it. some might just put the dissatisfaction in their heart. yet, they still show me. hello kawan, Tuhan bagi aku baca hati manusia *senyum* 

nevermind. selagi hati dan jiwa boleh bertahan. kita tahan.. 


yes, i appreciate all my friends. 
selagi daya aku bantu, aku bantu. tapi aku sedar diri, most of the time, aku yang dibantu. aku menyusahkan. 

apa yang harus di tegur, kumpul kekuatan, susun ayat aku tegur. kalau ada yang down kita bantu up balik. 

another point,  it is about fate. what you give you get back. kalau kita ikhlas, orang pun akan ikhlas. tapi kalau kita tikam belakang , just wait for your turn babe, orang lain akan buat benda yang sama kepada kita. Tuhan itu adil..

i just hope that I will be a good friend to my friend and I do hope that I will get a good friend, that are sincerely be friend of mine. world will become easy dude..

tidak pernah sekali-kali berpura-pura. apa yang aku pamerkan itulah aku. tak reti bertalam dua muka. terima aku apa adanya. I'm not perfect, so do you. 

So, why do you expect perfection from your friend since you yourself are not perfect. dunia ini bukan takde orang yang sempurna, ada, satu masa dulu. tapi Baginda sudah tiada. **Sollu 'alannabiy**

dan jika benar satu ukhuwah itu terjalin atas namaNya, inshaallah, sampai ke syurga masih bersama.

with an honour, I love you Friends :')

Wednesday, December 25, 2013

doesn't lie

sepanjang hari kehidupan sehinggalah ke saat ini, my heart doesnt lie. apa yang dikatakannya pada saat pertama kalinya akan terjadi. biasanya begiitu lah. apa yang di jangka kan pasti akan berlaku. apa yang aku rasa pasti betul. allah..

entah apa nak describe perasaan sekarang ni. celaru, berkecamuk. semua ada. i hope that everything gonna be okay. aduhai. sekarang masalahnya aku perasankan ada orang dengkikan aku. go and do your business. aku tak perlukan orang plastik macam kau.

Monday, December 23, 2013

do you?

your act
your words
your responds towards me
your courage
your spirit

togetherness

your willingness to help me

seek for my opinion
ask me to help

feel like you are always by my side
even though in reality you are not
but i feel you, in my heart
close
very close

the beats
whenever my eyes catch yours
it is always the same
make it worse
even if whenever i hear your name
or whenever I talk to you

why

please dont do this 
or neither it makes me love you more

or else if it is as expected

do you feel the same as I do?

do you?



Sunday, December 15, 2013

_internship

heartbroken much. because i do expect something that have higher value than this. but this end up like a piece of sheep. cis. cis dan cis lagi. yeah really heartbroken.

why?

urgh. harapkan perkara ini segera selesai.

ALLAH, tolong lah. aku nakkan value sebenar praktikal. bukan macam ini. BUKAN.

haremm.. tak reti fikir kebajikan orang lain ke?

urgh. sakit hati

:: tawakkal

#bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum peeps. tawakkal. satu perkara yang sudah lama di cari gali. terserempak dengan satu post yang begitu menarik pada kacamata kornea mata aku pada pagi ini.quotes sedikit, (ini bukan plagiat) :

“Burung-burung keluar pagi balik petang mencari rezeki. Tawakkal mereka kepada Allah begitu tinggi. Tiada pernah ku dengar burung menyimpan ulat hari ini untuk dimakan minggu hadapan. Percaya bahawa rezeki telah Allah tetapkan untuknya setiap hari. Kenapa aku tidak setawakkal itu?”

yeah. ini kiasan. bukan. bukan kiasan tapi ini satu perbandingan. jangan dilihat dengan mata kasar. lihat dengan mata hati. oke. nampak tak? tak? cuba lihat lagi, baca bismillah. eheh :3

hilang atau belum jumpa nilai tawakkal, itu persoalan yang perlu kita jawab sendiri.. P&C masing-masing la tu. pendek kata, kalau benar paras tawakkal kita di aras yang tinggi, tidak akan ada kegusaran. tidak ada keluh kesah. tidak ada patah semangat. tidak tidak dan tidak kepada perkara negatif yang menjatuh dan menggusarkan diri.

persoalan pertama dan utama : kenapa masih ada keluh kesah itu
jawapan nya : kerana tawakkal masih belum cukup.

pause.

tawakkal tu apa?

menyerahkan urusan kepada Allah setelah berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH

serah itu maknanya apa jua perkara yang berlaku selepas itu kita terima dan redha, takde ungkit mengungkit.

okai.

flashback. throwback. backhand. eh.

haa, buat lah apa yang patut.

Saturday, November 30, 2013

_tired of #%$#T

izinkan entry kali ini buat kita menyentuh beberapa isu atau dalam kata lainnya izinkan aku meluahkan perasaan di sini.. baiklah. di dua keadaan atau posisi.. 
bercakap tentang tempat praktikal, of course. yang mana rasanya tak payah nak sebut la di mana tempatnya sebab orang pun dah boring nak tahu.

dulu, aku sebagai customer dan sekarang aku sebagai crew. aku bukan lah seorang yang cerewet nak mamp*s. kadang-kadang tak kesah pun, kecuali kalau melampua sangat ya itu aku kesah. 

dijadikan cerita sehari dua ni memang crowded gile restaurant. pack. non stop operation. large orders. maigodd. yang kitchen stress buat produk. yang counter stress dengan kerenah customer. yang lobby lagi la stress nak kemas. makan macam hanj*ng. sepah. tulang buang je. sos melimpah-limpah. menatang bagai minyak yang penuh pun rasanya makan kemas lagi daripada tu. 

aku di counter. kisahnya baru semalam memang most of the customer memang ringan je rasa tangan nak kasi lempang siket. order satu bila siap order claim dia order 4set. order satu kata order 5. aii aku dah repeat order yang kau iya kan tu pahal? cakap la salah. kata taknak set pastu tanya mana air. kata nak set pastu tanya kenapa ada air. mula-mula nak makan ini, pastu cancel nak makan itu. pastu cancel nak makan yang mula-mula tadi. pak hang. 

korang ingat once korang masuk ke tempat tu korang king la? bang*ng lah. memang bayar service tax, tapi cuba tanya berapa gaji kami? stress la beb. bermanis muka aku yakin plastik je lah. cuba lah jadi manusia siket. bertimbang rasa lah. jangan tunjuk sangat kita ni bang*ng. 

penat tahu tak penat?
dengan semayang kadang-kadang entah ke mana. stress. 

mental fizikal sakit macam ni tahu tak.

Friday, November 29, 2013

_secangkir RINDU

hari itu, serasa dia rasa itu sudah terkubur.. rasanya dia bakal melupakan.
baru hendak merasa lega.. tiba-tiba terjaga dari tidur hari ini dia merasa si dia sangat dekat.
seolah-olah sedang dipeluk rindu sang kekasih..
seolah olah sedang diperhati cinta
rasanya dia datang dan menyampaikan rindu

aduh. rasa itu datang lagi. 
hilang arah, hilang cara bagaimana mahu menepis segala rasa ini..

sayang, jangan selalu ganggu ye.. datang sekali sekala takpe. gundah hati ni.. sakit rindu

**bingkas bangun***

Thursday, November 28, 2013

dilema_

#bismillahirrahmanirrahim

pernah satu masa saya dengki dan iri hati dengan mereka yang bekerja ikut 'office hour' . macam di tempat saya - Terengganu dan Kelantan- konfem, jumaat sabtu cuti. Pukul 8pagi masuk konfem pukul 5petang balik. Kadang-kadang saja lah balik lambat. tapi apakan daya di bidang saya sekarang ini bekerja tidaknya office hour, tapi bekerja shift.

sebut sajalah shift ada pukul 6pagi dah kena masuk, ada tu kena masuk pukul 11malam sampai 7pagi esoknya. tak kurang juga masuk jam 8malam habes kerja pukul 3 atau 4 pagi. kalau yang bekerja office hour biasanya mengadap komputer, baca-baca, kira-kira.. tapi yang ini kalau katakanlah shift 8jam, 8jam itulah berdiri. 8jam itulah ikut pandai la masa mana nak curi untuk solat, nak lepaskan lelah sekejap. nak makan. macam mana nak maintain senyuman. kalau kena maki, tahan sajalah.

cuba fikir jauh sedikit.
sekarang status single. ada keluarga, ibu ayah. cuti setakat sehari memang tak la nak balik kampung. nak dapat cuti dua hari jarang sekali, dapat cuti tiga hari memang sangat bertuah la. fikir jauh lagi sikit. okay, sekarang ni boleh la tahan lagi. tapi nanti bila sudah berumah tangga macam mana? kalau kena  semingu direct kerja overnight? takke siang tido malam bkerja, lain lumrahnya dari orang lain. heh.

susah juga.

yup, ada pros and cons.
kalau kira benda boleh settle. timbang tara, dua-dua ada pros and cons. memanglah.

satu prinsip yang aku suka pegang, sepanjang pemerhatian, yang banyak kali diulang.
kalau nak kerja gaji besar takde life. yang ada cuma life masa bekerja itu lah. kalau kerja tension tension la kehidupan. kalau enjoy, enjoy la kehidupan.
industri foodservice memang sangtat memenatkan. kita penat tapi masih perlu memberikan layanan yang sempurna kepada orang lain.

*garu kepala*

entah lah..
susah lah nak fikir. haha. kadang-kadang maki juga manusia yang tak paham bahasa ni. hee.

so, untuk aturkan hidup di masa hadapan, buat gadis-gadis cantik dan ayu di luar sana, yang ada hasrat untuk berjaya dan berkerjaya namun tidak mengabaikan keluarga, fikir dan rancanglah masa depan anda.

------------------

 nota kaki : nasib baik ada praktikal, sempat tengok the real industry. tq..

Wednesday, November 27, 2013

meant to be?

perasaan kasih dan sayang datang dan pergi begitu sahaja.
dalam hidup aku, bukan senang aku nak jatuh sayang kat sesiapa pun
tapi yang parahnya bila aku jatuh sayang maka susah nak ambik balik sayang itu dari 'tempat jatuhnya'

itu yang betul-betul susah.
kebiasaannya ia akan diakhiri dengan satu kekesalan atau kekecewaan, baru lah aku akan memaksa diri untuk mengutip kembali sayang itu.

bercinta?
tidak pernah mengakui satu rasa cinta
bahkan aku tidak pernah merasai rasa cinta kepada kaum berlainan sehinggalah usia menginjak 20tahun
hah. lucu. okay lah sebelum membuka cerita tentang cinta ni rasanya mahu cerita tentang sayang yang lain.
sayang kan seorang teman.

betul. soal hati dan perasaan bukan senang nak dipupuk. 
aku ada beberapa teman yang kelihatannya sayang sungguh pada aku, tapi sesayang mana pun dia kepada aku, aku tidak boleh memaksa diri untuk sayang mereka sepertimana mereka sayang aku.
berkawan, berkawanlah. soal sayang dan selesa bersama itu soal lain.
tapi yang pasti, setiap yang sayangkan aku, aku hargai perasaan mereka.
cuma satu harapan aku, sebagaimana aku tidak pernah memaksa mereka sayang sampai begitu sekali pada aku, jangan lah mereka memaksa aku untuk sayang kembali mereka sepertimana mereka sayangkan aku.
bukan tidak mahu, tapi fahamlah, soal hati perasaan tidak boleh dipaksa.
bukan tidak ada sayang, mungkin cuma tidak banyak.

baik lah. soal cinta.
biasalah, cinta itu fitrah. benar, aku tidak pernah bercinta dengan sesiapa, atau berkasih sayang dengan berlainan jantina. cuma tidak dinafikan, perasaan itu bagaimana juga pasti akan hadir.
lumrah dan fitrah. selama usia mengenali lelaki, di usia belasan tahun ya, aku pun jarang berjumpa mereka yang hebat-hebat biasanya jiran sebelah rumah tu biasa-biasa saja, hah, ataupun yang sudah lanjut usianya. cis. takkan la nak terpaut hati :P . tapi menginjak saja ke alam universiti barulah aku benar berhadapan dengan golongan ini. dan ada seseorang yang benar telah menarik hati aku.

ia. sekejap saja hati terpaut. tahu-tahu sudah jatuh sayang. tapi itu yang sakitya bila perasaan yang dipendam sukar untuk diterjemah. takut. dan rasanya tidak perlu diberitahu. bak kata najwa latif : biar aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu . atau mungkin juga individu tersebut, saya gelar saja Mr. Z (bukan nama sebenar, cuma mencipta kelainan, biasa orang guna A, B izinkan saya guna Z, hehh.. ) tahu. entahlah, tidak ada kepastian sebab tak pernah tanya. gile ape nak tanya :P . pada saya, biar saja masa yang menentukan. hidup masih panjang. kalau benar kisah ini ada sesuatu dan bakal berakhir dengan sebuah kesempurnaan, ia akan terjadi walau berjuta menghalang. cewah. 

bukan tidak mahu usaha. orang kata, nanti dikebas orang. cuma pada hemat saya, saya cuma mengenalinya dari luaran sahaja. hati budi boleh dibaca, namun, dalam hal ini seeloknya jangan lah tergopoh gapah. if it is meant to be, then it is meant to be. kan? masa sekarang saya ambil untuk selami hati budinya, secara lebih telus. dari jauh, tidak lah telus mana. biarlah, asalkan at least ada figure sedikit. 

saya akui, dahulu agak kuat perasaan saya pada dia. namun sekarang disebabkan beberapa perkara telah membuatkan saya rasa sedikit berjauh hati. atau dengan kata lain, merajuk dengannya. aduhai, main perasaan sorang-sorang parah juga. haha. tidak apa, proses menilai memang begini. 

tunggu saja akhirnya. nanti kita tengok macam mana endingnya. are we meant to be or dia cuma salah satu karakter yang bakal mematangkan saya saja. 

we'll see how ;)

Sunday, November 24, 2013

frust

assalamualaikum hai, 

frust. 
sebab dah lama nak blogging cuma tak sempat pastu bukak-bukak je blog terus tak ingat apa yang nak post before this. 

hah. 
cun gile. 
frust lagi sebab banyak benda yang diharapkan tapi menyimpang pula arahnya. 
aiyoo. 
*lap peluh* 

bila dalam kehidupan kita terpaksa berhadapan dengan macam-macam jenis pilihan. 
dan bila kita mula membuat pilihan yang salah, nah itu yang sengsara tu.. 
dan itu lah juga yang membawa kepada ke-frust-an 

pandang kiri, pandang kanan,
*lari sebab kena kejar dengan parang oleh cikgu BM dan BI *


will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...