Tuesday, April 29, 2014

::kemahuan yang tidak dipenuhi

bismillahirrahmanirrahim..

bila kita di satu situasi, di mana, bila keinginan atau harapan kita sering kali tidak dapat dipenuhi.
sedangkan bila yang lain meminta senang sahaja permintaan individu tersebut tertunai.

ada dua respon terhadap situasi seumpama ini, adakah kita akan berhenti meminta, dan berusaha dengan cara sendiri
atau anda mungkin akan bertindak lebih ganas, iaitu dengan memaksa pihak yang terbabit supaya memberikannya juga kepada anda walau dengan apa jua cara sekalipun.

yeah, cara kedua nampak lebih agresif dan taknak kalah. mungkin akan disalah tafsir sebagai memberontak. dan cara pertama pula ada beberapa situasi yang nampaknya macam makan dalam (bagi mereka yang memandang negatif terhadap anda) dan kelihatan baik dan soleh (bagi mereka yang bersangka baik dengan anda). maka persetankan apa pandangan orang terhadap anda, mari baca isi seterusnya. ewah. paksaan! 

ehem. untuk memberi respon ni bergantung la kepada, kepada siapa kita tengah meminta. dan bagaimana pula keadaannya peribadi si pemberi tersebut. lihat juga apa kepentingan semasa kita. kenapa kita perlu meminta pada tika dan masa itu.

baiklah, saya bagi contoh la kan. kita mintak duit 20sen daripada ibu kita. ibu tak bagi sebab kita nak beli cakelat. adik kita mintak duit RM5 daripada ibu kita, ya, ibu yang sama, amaun yang jauh lebih banyak, tapi ibu bagi kepada adik, kenapa? sebab adik nak beli buku latihan. di masa ini reaksi yang seharusnya ialah kita berhenti meminta dan usaha sendiri. 
tapi di satu situasi lain, iaitu, kita minta 20sen untuk beli cakelat dan adik kita pun minta 20sen untuk beli cakelat. ibu bagi kepada adik, tetapi tidak bagi kepada kita. 
okay, baiklah saya tertinggal satu step tadi iaitu : mungkin kita perlu cermin diri sendiri. kenapa ibu tidak bagi? adakah kerana kita obese dan ibu tidak mahu kita bertambah gemuk. atau mungkin ibu sayangkan kita dan kurang sayangkan adik. aik? ye lah.. doktor gigi kan kate makan cakelat rosak gigi.. so,, ibu kita taknak la gigi kita rosak, tapi gigi adik kita tu biarlah. oh ye. mungkin dalam satu situasi lain, ibu kita cuma ada sehengget masa tu (duit kecik), nak beli lauk 80sen, pastu baki 20sen je. adik kita kalau xkasi dia akan nanges kuat2 sebab xberapa cerdik lagi, tapi kita ibu xbagi sebab ibu tahu kita bijak.

okay, lepas cermin diri sendiri tu maka sendiri tahulah apa reaksi yang patut dilakukan kan? sama ada nak mintak jugak, or just, mengalah. 

and as for me, lebih baik berhenti meminta dan usaha lah sendiri. atleast di kemudian hari, kita xberhutang budi yang banyak kepada orang lain. orang hutang dengan kita takpe, jangan kita yang hutang orang lain. jangan kita yang menyusahkan. jangan. jangan ajar diri makan terlalu banyak budi. selagi ada usaha, maka usahalah sendiri. ternyata nanti kita akan tersenyum bangga sebab semua usaha sendiri.
ok. tipu.
bukan semua. dalam berusaha tu mestilah ada jugak meminta tolong daripada orang lain kan.. yang tu ok la siket daripada semua bnda nak kena suap. semua benda nak kena mintak, tak retireti nak usaha sendiri. kan.

bukan nak berlagak bagus, bukan juga nak menyombong atau jauh sekali makan dalam (walau hakikatnya kadang-kadang rasa sakit hati dan TERmakan dalam juga) tapi sedaya upaya cuba semat dalam hati : biarlah kalau orang tidak mahu memberi, tidak adalah kita terlalu banyak menerima, apakata kita cuba usaha sendiri. hari ini mungkin sakit, sakit hati esok lusa pasti senyum sendiri. 

orang bersyukur selalu memberi, orang kufur simpan sendiri-Habib Ali Zainal

tak salah jika kita tidak menjadi yang menerima pun, sebab yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. semoga dengan usaha kita pada hari ini akan menjadikan kita seorang yang bisa memberi di kemudian hari.

mana plaster? nak tampal luka dalam hati ni. 

salamullah 'alaikum, siiru 'ala barakatillah.

Monday, April 28, 2014

pada sebuah kenangan

pada sebuah kenangan yang pasti tidak akan lupus dari ingatan..
ada sebuah rindu yang sering bertandang
cuba menepis namun tidak berdaya
sering kecundang padanya
tertewas
lalu akhirnya airmata sahaja aku kirim
tanda kerinduan pada kenangan itu
rindu
sebagai tanda penyesalan
menyesal
atas segala kesilapan yang membawa kedinginan
kesilapan yang tidak memungkin kan waktu diputar
sekadar untuk membaikinya kembali
tidak
tidak mungkin terjadi
sahabatku sayang
kamu sentiasa dalam ingatanku
hanya aku sahaja masih ego di sini
tiada ucapan penghargaan
tiada kata-kata mesra bertanya khabar
tiada lagi
bukan kerna aku tidak cakna
jauh sekali pastinya bukan aku lupa
cuma aku termalu sendiri
malu pada kamu
malu padaNya
atas segala salahku padamu, teman
biar waktu merawatnya
meskipun aku sendiri tidak pasti bila semua luka bakal hilang
bila mentari akan muncul untuk menghangatkan
atau dari arah mana tiupan angin tiba
untuk mencair lantas mendamaikan segala ketegangan
untuk membawa khabar untuk menjelaskan segalanya
teman
semoga Tuhan menjagamu

cc : NN

background song : adele, dont you remember

Saturday, March 29, 2014

food ::

bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum wbt.

dilema. perkara yang sering dialami, setelah satu baris pertanyaan ditanya : kat universiti ambik kos ape?
bila dijawab : pengurusan makanan (it is actually foodservice management)
then soalan lanjutan : oh. belajar pasal apa.
susulan setelah itu : ooohh, mudah jee...

so thats it.

dan i never said that kos ini setanding dengan medik. atau engineering. atau yang sewaktu dengannya. tapi lihatlah dari satu sudut : it is food. FOOD. and of course food is something yang sangat penting dalam kehidupan kita. penyakit banyak berpunca daripada makanan. bersih atau tidak hati bergantung kepada pemakanan kita. setiap satu daging yang terhasil ini terhasil daripada makanan. haram ia, api nerakalah.

but then how many of us yang sanggup menggadaikan 'popular' untuk menunai fardhu kifayah yang ini? how many muslims yang ada untuk mempertahankan status sebuah makanan yang halal dan baik?

yeah. mungkin kita boleh memasak di rumah. every single thing kita buat. for example roti. uli uli tepung buat roti. but then from where on earth did you get that flour? benarkah ada lagi satu makanan berstatus halal buat masa ini?

syubhah. mungkin tidak melampau dikatakan semua makanan, raw ingredients and everything ada elemen tidak halal. jadi, apa yang available untuk dimakan oleh kita, sang Muslim ini?

but not many do realise this. when, bila kita mampu mengeluarkan makanan yang benar berkualiti, halal dan baik? our own. own. xbergantung pada siapa-siapa.

when?
did we still have that chance?

yeah we do. it is waiting for us to come and grab 'em all.

mungkin bidang yang kelihatan senang, namun hakikatnya ia merupakan satu tanggungjawab yang terbesar, kerana berkaitan dengan asas wujudnya seorang insan.

percaya atau tidak, terpulang.

Monday, March 03, 2014

_internship ::::

hello and hi, assalamualaikum :)

memori internship atau praktikal is the one that i will never ever forget. serius. sebab apa? sebab perjalanan hidupnya yang menyeksakan. haha. apa yang seksanya itu ialah di awalnya.. episod kerja gile. banyak sangat..

mula-mula sekali, maka inilah kali pertama aku duduk bersama-sama dengan kawan-kawan yang memang sekali dengan aku.. selalunya, tak pernah sebilik dengan even kawan satu fakulti. adik beradik berenam katanya. haha. syue, nadia, suriati, della rossa (aku bagi nama dia), mazy. aku aje yang tak reti nak bawak moto. aku akan ingat pertolongan korang berlima yang asyik bawak aje aku nak g mane2. bonceng je tahu. paling ok, ambik kunci masuk dalam lobang kunci. kuikui. kesian betul..

akan ku ingat masa-masa pergi pasar malam, pasar tani, MM, ke Dungun riding dgn nadia, sekat kereta orang, buat muka tebal tumpang kereta hosmate nak balik sbb dok MM lame. g karaoke. sakit-sakit hati, masa mengumpat, makan same2, berangkut ke sana sini, musin demam same2, maki orang mandi lama semua nya lah. thanks for everything :)

lepas ni takde dah nak serabut cuti taktau nak g mane. lepas ni xde dah nak bertanya kau gaji berapa. lepas ni xde dah nak kejut-kejut tolong hantar tolong ambik balik kerja. all will remain as memory. there Kerteh is lifeless for those macam aku yang takde kenderaan taktahu drive taktau ride. rasanya kalau campak orang yang pandai drive and ride, campak la ke mana pun semua tempat oke. haha..

tambah pulak duduk mayang d'ulit tu hampeh. malas dah nak mengumpat. hewhew.

and taktahu nak cakap apa. kesimpulan perjalanan internshp menyakitkan dan memedihkan but the end is sweet and memorable. betul la kan, kepahitan itu merupakan kenangan manis one day. tak mahu mengulanginya tapi i will miss the moments. :)

now on takmau cakap banyak. buat report, present, tunggu result then baru boleh betul2 conclude on this yaww....

see ya :)

Thursday, January 23, 2014

be wise_

semalam, ada satu kelas yang diadakan oleh geng McD untuk students praktikal- aku and the geng la tu. takkaaannn la nak cerita satu-satu apa yang diajar. tapi satu perkara yang buat aku terfikir dari semalam hingga ke hari ini. 

we go for short.

apabila di tunjuk peta dunia, dan di tanda di atas peta tersebut lokasi di mana terdapat cawangan McD. jawapannya di seluruh dunia. dan di cerita, di buat kajian, setiap satu saat, purata 75 biji burger di jual di seluruh dunia. 

*ambik nafass sambil lap peluh* 

sambung lagi. 

Store Manager bercerita tentang pengalaman beliau bekerja. katanya di bandingkan di fast food lain, gaji yang beliau dapat itu tidak berkemungkinan untuk di dapat (macam pelik je ayat ni) di tempat lain dengan jawatan seumpama itu, tapi gaji staff yang lebih tinggi baruu dapat gaji tu. 

paham dak ayat belit-belit aku?

 maksudnya, kalau di McD gaji Store Manager tu RM5k (tipu je ni, sebab berapa gaji ialah rahsia restoren) dengan kerjanya hanya urus satu store(cawangan) sahaja, tapi di tempat lain gaji amount yang sama jawatannya lagi tinggi, yang mana ber-store-store kena jaga.

alah, tengok crew biasa lah. gaji boleh cecah RM1k. 
padahal, ade tu PMR je kelulusan.

ok. ada yang salah faham. bukan niat nak menjatuhkan standard, tapi vision di sini sangat jelas. McD tak perlukan mereka yang berkualifikasi tinggi untuk jadi Manager ke, bahkan jawatan yang lebih tinggi dari itu. tapi McD guna konsep : siapa yang rajin dan mahu bekerja maka mereka dapat, even PMR pun xlulus. McD guna konsep : siapa yang berusaha dia dapat. man jadda wa jada. and everybody deserve a second chance, every person can choose their own way.

satu lagi, McD juga ada kebajikan-kebajikan kepada masyarakat. contoh, kalau anda g beli McD kalau perasan ada tabung kecik, sumbangan kepada mereka yang memerlukan. itu tak tipu oke. 

mereka tawarkan biasiswa. dan kepada crew2, macam-macam benefits mereka bagi.

worth la kalau ada setengah store yang kerja macam nak mati tu kan. pukul 3,4 pagi masih beratur panjang customer. haihh. xreti tido betul. tapi xpe, bagi store yang xputus manusia kunjung tiba tu, sales naik tinggi, allowances pun tinggi la-bagi yang berkelayakan untuk terima allowances.

satu fakta : perniagaan McDonalds hanya bermula dengan McDonald bersaudara beli mesin Shake. menu tika itu, shake, fries dan cheese burger. dan siapa tahu, sekarang McD melata di Malaysia bahkan di dunia. di Malaysia je dah ada 300++ McD, both franchisee dan juga Golden Arches. banyak tu branch tu.

baiklah. baru nak msuk point sebenar.
ewah,ada yang betulkan pingang tu :D

baiklah, begini. kita lihat saranan agama Islam, Nabi kata, perniagaan tu 9/10 daripada rezeki.
siapa buat?
orang bukan Islam pemilik McD ni. kalau ada franchisee yang open McD pun, still ada share beberapa percent yang dia kena bayar kepada McD. 

2. jaga pekerja. satu kata-kata yang aku selalu dengar : take care of your workers, they will take care of your business. yeah, tengok, bagaimana McD menjaga pekerjanya. 

3. uniform. dah sah orang lain tuan orang lain kuli, bila lagi orang kita yang nak buat satu perniagaan yang mampu bantu gadis-gadis dan wanita Muslim menutup aurat dengan sempurna?

4. bantu sesama saudara. they can do. hasil jualan mereka bagi orang biasiswa. bagi orang yang perlukan pembedahan/sakit kronik utk sembuh. eloknya jika ada golongan kita yang mampu tiru.

itu dulu. taknak bincang banyak-banyak lagi.

dan bila ada kempen, boikot McD sebab sumbang kepada Israel/ sewaku dengannya.komen aku : memang la dia menyumbang dah tu geng dia. 

tapi sedarkah kita dia juga menyumbang kepada berapa ramai Islam yang bekerja sebagai crew McD, gaji makan pakainya daripada sumber rezeki itu? berapa ramai yang dapat biasiswa McD? berapa insan yang sudah jalani kehidupan biasa dengan aktiviti welfare McD? 

jangan salah faham, ni bukan nak back up musuh agama, tapi cuba fikir. 

mungkin kita perlu bergerak lagi agresif selain buat boikot. kalau boikot, McD di Malaysia je yang tak jalan- kalau jadi la kan. 

lebih baik lah kita berusaha provide something, penuhi fardhu kifayah, untuk bantu umat Islam.

mencegah mudarat itu ada banyak jenis. antaranya :
1. hilangkan terus mudarat. 
2. memilih satu alternatif yang mudaratnya lebih kecil untuk menghilangkan mudarat yang lebih besar.

betul, kebaikan sebesar zarah pun Tuhan pandang. tapi takkan selama-lamanya kita nak menyumbang yang sebesar zarah. lupakah kita yang kita diseru supaya menjadi yang lebih baik dari semalam?

jadi apa kata kita mulakan usaha. jangan menuding jari ke arah orang lain. cuba tanya diri kita, kenapa kesalahan itu berlaku. 

shall we?

Sunday, January 05, 2014

rindu_

mungkin aku hanya perlu melupakan segala tentang kamu.
atau mungkin aku tidak perlu memikirkan kamu.
tetapi di saat aku menjauhi kamu, kenapa kamu sering hadir dalam mimpi-mimpiku?

mungkin aku hanya perlu diam saat orang bertanyakan tentang kamu
kerana semakin bercerita semakin buruk kamu di mata mereka
mungkin aku sebenarnya yang buruk

aku tahu keputusan kamu itu betul
aku tahu
aku tahu aku yang menjauhi
aku tahu..

dan Tuhan saja tahu yang aku rindukan kamu
mungkin juga hanya Tuhan juga tahu yang kamu rindukan aku

rindukah kamu pada aku?

aku cuma kasihkan kamu
kamu sahabat ku
aku cuma mahu bersahabat denganmu
mungkin salah caraku..

sekali lagi aku rindukan kamu

aku rindu saat bercerita cerita dengan mu
saat berkongsi masalah dengan mu
saat boleh bermanja dengan kamu

kamu sahabatku
cuma aku yang merosakkan tali persahabatan itu
ya, salahkan aku.

dan aku tidak tahu,
mungkin keadaan ini akan berkekalan sampai bila-bila
atau mungkin satu hari nanti kita boleh baiki semua?

tidak. aku tidak tahu..

andai saja kamu bisa membaca hati ku ini
andai saja bisa aku putar waktu
baiki kesalahan masa lalu

allah.. aku rindu :'(

Saturday, January 04, 2014

kekurang ajaran

marcapada ini kita lihat  **err. okay macam pelik je.**

 semakin meningkat usia semakin banyak ragam manusia yang kita boleh tengok dan alaminya sendirii (cakap dengan ada yang semakin meninggi tanda eksited)

yang paling banyak ialah yang menikam dari belakang, yang cakap belakang, apa lagi yang belakang-belakang? baiklah, sebelum tu, pada mereka-mereka yang suka buat benda di 'belakang' kita ni makna katanya, kita di depan mereka. so, takpayah risau, takmau sentap-sentap :P

ramai juga yang berlaku kurang ajar pada kita. sama ada dari segi perbuatan mahupun kata-kata.


yeahh. tindakan yang paling bijak. tapi, might be sometimes, kita kena lawan jugak, (kasi sakit hati dia, kehkeh) sebab some people ni kalau kita senyap lagi sedap dia pijak kepala. lagi sedap dia maki hamun kita. aku sendiri, kalau orang macam ni, aku senyap je. senyap selagi boleh senyap. pastu bagi laa sebijk. pastu kita senyap balik. kesannya : tadaaaaaaa.. biasanya orang yang kena sebijik dengan aku akan senyap la lepas tu. hewhew :3 

sape nak cuba? try laa buat onar dengan aku (ini bukan ugutan)


tak di nafikan la sakit hatinya berdepan dengan spesies manusia yang begini. geram. rasa nak bagi hadiah penumbuk sebijik kan. tapi takpe, dia jangan ingat dia terlepas *cliche*

ingat, apa yang kita buat itu yang kita dapat balik.
kebaikan atau kejahatan sebesar zarah ada balasannya
kalau Tuhan nak tunjuk awal masa hidup atas dunia lagi kita akan dapat balik, tapi takdir kalau balasan lewat, menanggung la ye di akhirat nanti.

bagi mereka yang tertindas, yang di aniaya, yang di tipu, dan yang sewaktu dengannya, sabar je lah.
besar nikmat sabar, inshaAllah.
sebab kadang-kadang tak guna banyak cakap.
kadang-kadang buat apa pun takde kesan juga. kan?
so, sabar. ingat, senjata mukmin itu doa.

cuma satu, pesan aku kepada aku dan kepada kamu,
jangan cepat melatah.
sebolehnya kawal la perasaan, jangan selalu memaki dan jangan tunjuk kita melatah.

okay, part ni mengaku laa, aku susah juge nak buat. haha.

ni semua salah FB, salah Twitter :P

okay, teruskan menyalahkan benda lain..


so guys, stay cool, stay calm.
rilex ah, orang kalau dengki dengan kita mesti sebab kita lebih dari dia,

bersyukurlah.

di pihak kita, muhasabah diri.
dengan ikhlas antara diri kita dengan Tuhan, tanya kepada diri, kenapa sampai ada yang buat begitu kepada kita. betul, itu salah dia.
dan mungkin kita juga ada salah sehingga mengundang perkara itu sehingga berlaku?

mungkin.

selamat berfikir *kenyit mata*

Saturday, December 28, 2013

sejarah

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt

seringkali kita mendengar ungkapan yang sering diulang-ulang : 

sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.

betul. 
bila dalam keadaan lupa diri kita akan merasa selesa dan cenderung untuk lupa apa yang telah kita lalui sebelum ini. kita akan diberi ujian sekali lagi. untuk lihat, sama ada kita lulus atau masih gagal dengan ujian yang pernah diberi kepada kita sebelum ini. 

namun, sekadar mengingati sejarah juga masih belum cukup syarat. maksud tersiratnya ialah, kita perlu ingat dan fikir, apa yang harus kita lakukan. kamon lah, kita dah pernah melaluinya, kalau kita sudah berjaya melepasi halangan dahulu dengan cemerlang, makna katanya, jika kita benar-benar belajar daripada pengalaman pastinya saat kita melalui ujian yang sama kali ini kita lebih cemerlang menghadapinya.

jatuh kerusi.

saya ambil contoh, dalam bidang pelajaran. jika kita pernah gagal sekali, dan kita sedar akan kegagalan tersebut. mungkin kita sedar akan kegagalan kita semasa dapat result. so, no talk dah la kan.. takde boleh buat apa lagi melainkan meneruskan langkah dengan sisa baki semangat yang bertaburan, kena cantum-cantum dulu dan baru boleh bangun dan meneruskan langkah. dan jika sekali lagi kita berhadapan dengan situasi yang sama, sepatutnya kita tidak mengulang lagi kesalahan dan kegagalan kita suatu masa dahulu. 

betul ke bohong?

pastinya betul. sebab kita sudah pernah merasa sakitnya jatuh ketika itu. takkan lah kita sengaja mahu melukakan diri sekali lagi. kecuali kalau kita ni jenis yang kebal. 

heheh. 

tak mungkin. tak mungkin.

lalu ada yang bertanya, mungkin keadaannya hampir sama tetapi masih ada perbezaan. kita taktahu yang sejarah bakal berulang sebab dulu situasinya lain, dan sekarang situasinya lain. 

thats why kita kena fasih membaca perjalanan hidup sendiri. sebabb itu disarankan kita supaya sentiasa muhasabah diri. lihat. timbang dan hitung nilai kehidupan seharian kita. hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. 24jam sehari sudah lebih daripada cukup untuk kita ambil barang 5minit untuk kita merenung apa yang telah kita lakukan sepanjang hari. tingkatkan lah kualiti diri. 

mukmin yang baik ialah yang mana hari ini lebih baik daripada semalam. 

yeah. terlekat biji durian pulak rasanya. 

dan ada pula yang bertanya, saya tahu, cuma saya mahu mencabar diri. saya cuma mahu lihat sejauh mana kemampuan saya. jika dahulu saya pernah menempuhnya, sekarang saya mahu menempuhnya dengan taktik yang sedikit berlainan. cuba untuk hadapi sejarah itu dengan cara yang lain, tapi gagal. bagaimana?

baiklah. bagus, 

bagus kerana mencuba. berbuat salah dan mengaku kesalahan lantas bangkit daripada kegagalan itu lagi jauh bagusnya daripada tidak pernah mencuba. walau sakit jatuh, namun jika kita redha dan mampu terima hakikat kegagalan lagi sekali itu tidak mengapa. kalau kita cukup kuat tidak mengapa. 

cuma berdirilah di atas satu perkara :
orang beriman itu tidak akan melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

meminjam kata-kata dan sudut pandang seorang sahabat, Cik E (bukan nama sebenar), mungkin Tuhan menguji kita dengan ujian yang sama kerana kita masih belum lulus ujian sebelumnya. jka kita sudah lulus, kenapa perlu 'repeat paper' tersebut, kan ;) ?


salam muhasabah.

:)

Thursday, December 26, 2013

F.R.I.E.N.D.S

bercerita tentang kawan. i dont know. selalunya my heart doesnt lie (i've said this for soo many times lately)

aku tahu, aku bukan kawan yang baik, tapi hati manusia tak siapa boleh paksa.

there is a few cases, di mana hati aku kata kawan itu sangat baik, namun xtau kenapa there is a few of them yang aku tak berapa selesa. it is somehow I try to avoid from her. serious talk. tapi sebab mereka terlalu baik, aku cuba untuk menerima. and Alhamdulillah, kalau mereka yang betul-betul baik maka aku terima. and usually they are the one who will always have some time to spend with me.

dan most of the time, orang yang aku tak expect akan care much yang selalu ada bertanya khabar.
thanks, semoga Allah menjagamu

tak kurang juga, ada yang baik. dan tanpa sedar mereka menikam dari belakang. some might show it. some might just put the dissatisfaction in their heart. yet, they still show me. hello kawan, Tuhan bagi aku baca hati manusia *senyum* 

nevermind. selagi hati dan jiwa boleh bertahan. kita tahan.. 


yes, i appreciate all my friends. 
selagi daya aku bantu, aku bantu. tapi aku sedar diri, most of the time, aku yang dibantu. aku menyusahkan. 

apa yang harus di tegur, kumpul kekuatan, susun ayat aku tegur. kalau ada yang down kita bantu up balik. 

another point,  it is about fate. what you give you get back. kalau kita ikhlas, orang pun akan ikhlas. tapi kalau kita tikam belakang , just wait for your turn babe, orang lain akan buat benda yang sama kepada kita. Tuhan itu adil..

i just hope that I will be a good friend to my friend and I do hope that I will get a good friend, that are sincerely be friend of mine. world will become easy dude..

tidak pernah sekali-kali berpura-pura. apa yang aku pamerkan itulah aku. tak reti bertalam dua muka. terima aku apa adanya. I'm not perfect, so do you. 

So, why do you expect perfection from your friend since you yourself are not perfect. dunia ini bukan takde orang yang sempurna, ada, satu masa dulu. tapi Baginda sudah tiada. **Sollu 'alannabiy**

dan jika benar satu ukhuwah itu terjalin atas namaNya, inshaallah, sampai ke syurga masih bersama.

with an honour, I love you Friends :')

Wednesday, December 25, 2013

doesn't lie

sepanjang hari kehidupan sehinggalah ke saat ini, my heart doesnt lie. apa yang dikatakannya pada saat pertama kalinya akan terjadi. biasanya begiitu lah. apa yang di jangka kan pasti akan berlaku. apa yang aku rasa pasti betul. allah..

entah apa nak describe perasaan sekarang ni. celaru, berkecamuk. semua ada. i hope that everything gonna be okay. aduhai. sekarang masalahnya aku perasankan ada orang dengkikan aku. go and do your business. aku tak perlukan orang plastik macam kau.

Monday, December 23, 2013

do you?

your act
your words
your responds towards me
your courage
your spirit

togetherness

your willingness to help me

seek for my opinion
ask me to help

feel like you are always by my side
even though in reality you are not
but i feel you, in my heart
close
very close

the beats
whenever my eyes catch yours
it is always the same
make it worse
even if whenever i hear your name
or whenever I talk to you

why

please dont do this 
or neither it makes me love you more

or else if it is as expected

do you feel the same as I do?

do you?



will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...