Sunday, November 04, 2012

aku dan pandangan orang

bismillahirrahmanirrahim~

aku, pastinya berbeza pada pandangan setiap orang.. 
pastinya !

pada pandangan keluarga, rakan sahabat handai, jiran tetangga, sedara mara, kenalan baru, guru serta pensyarah, dan masyarakat awam.

aku mungkin pernah diandaikan sebagai seorang yang pemalas, yeahh, bangun pagi-pagi kadang-kadang sampai pukul 11 pagi baru nak bangun. 
tapi pernahkah orang tanya kenapa? 

aku mungkin dianggap seorang yang sangat hebat. 
berkapabiliti untuk melakukan aaapa saja.
tapi tahukah mereka ada juga benda remeh yang tak mampu aku lakukan?

mereka kata aku tabah.. tegar dan takpernah gentar..
tapi pernahkah mereka melihat aku juga pernah menangis teresak-esak?
menggigil ketakutan..

aku mungkin dilihat sebagai seorang yang sangat disenangi oleh ramai orang?
tapi tahukah mereka aku juga pernah dibenci dan dirasa meluat oleh teman baik sendiri?

aku mungkin pernah dianggap seorang yang sangat pandai..
tapi tahukah mereka bagaimana aku berusaha sehingga ke tahap ini?
berapa kali aku jatuh dan sesukar mana untuk aku bangkit semula?

aku mungkin pernah dibenci, tindakan aku kadangkala disalah tafsir..
tapi tahukah mereka apa niat sebenar ku?
kenapa sampai aku berbuat begitu?
dan.. apa alasan di sebaliknya..

ada juga yang melihat aku selesa hanyut dalam masa silamku, kenangan lama.
tanpa mereka sedar dari situlah hidup aku bermula..
di situlah aku belajar..
pengalaman yang lebih tegar mendidik aku..
jadi bagaimana untuk aku melupakannya?

ada yang melihat aku sombong..
tahukah mereka, betapa letihnya aku melayan manusia?

ramai yang melihat aku tidak cakna akan dunia,
tapi betulkah itu benar?

mulut tempayan, aku mampu tutup.. mulut manusia, mampu aku hindar..
tapi untuk menjaga hati seorang manusia dari menafsir siapa aku memang susah sekali..
bahkan rasanya tak mampu kott.

jadi, satu jalan singkat yang aku ambil,,
fikirlah manusia, fikirlah siapa jua aku padamu..
kalau aku kelihatan hebat di matamu, 
itu kerana Allah yang membantu ku..
DIA yang membantu menyembunyikan segala aibku..
segala dosa masa lampauku..

dan jika kau lihat aku sebagai insan tidak berguna,,
tidak pernah sekali aku marah..
kerana bagi aku,
setiap kesalahan yang aku lakukan, itu sandaran tuhan..
yang maha mengetahui bahawa aku hanya selesa belajar dari pengalaman sendiri..
bukan dari mulut orang lain...

dan atas segala yang berlaku, 
kemanisan ataupun kepahitan..
aku syukuri segala.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH :')

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...