dia. dia bukanlah seorang yang kuat,
tetapi dia harus menabahkan dirinya.
semangatnya harus dikentalkan.
dia bukanlah dibesarkan dengan limpahan kemewahan.
dia bukanlah dibesarkan dengan mendapat segala apa yang dia inginkan.
bahkan, dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh dugaan.
kesabarannya sentiasa diuji.
masalah demi masalah terpaksa diharungi.
bekalnya, hanya kepercayaan antara ahli keluarga.
sokongan sesama sendiri..
alhamdulillah...
dalam kesusahan, dia masih bersyukur...
ingin melarikan diri dan melupakan sejenak masalah keluarga,
dia lari jauh..
bukan lari dari tanggungjawab,
tapi sekadar mencari ruang menumpukan perhatian pada pelajarannya.
namun, tiada masalah seperti satu frasa aneh dalam kamus hidupnya.
bertemu pula dia dengan pelbagai kerenah manusia..
yang mendukung, yang memuji tak kurang juga yang mencaci
segalanya menjadi ujian besar padanya untuk membentuk diri sendiri..
jangan terlalu percaya kepada pandangan orang,
diri kita, masalah kita, hanya kita yang tahu..
boleh, boleh meminta pendapat dan saranan daripada insan lain,
tetapi tugas kita jugalah menyesuaikan dan menyusun kembali nasihat-nasihat
biar sesuai dan tidak membebankan diri sendiri..
semakin dewasa, semakin dia kenal erti sahabat..
ternyata, sahabat itu boleh hadir pelbagai cara,
dan juga, boleh datang dan pergi begitu sahaja..
datang dan perginya pula, ikatan persahabatan itu masih kekal di situ...
tak pernah berubah pada ikatannya,
cuma yang berubah mungkin pada 'layanannya'
satu perkara yang dia baru tahu
dan baru dia ajarkan kepada dirinya,
siapa pun sahabatnya,
di mana pun mereka dan apa jua yang telah mereka lakukan,
mereka masih sahabatnya,
bahkan merekalah sahabat baiknya..
kerana pernah dia terbaca :
sahabat yang baik adalah mereka yang membawa kita mengingati allah.
maka baginya, situasinya sama sahaja..
sahabatnya yang masih bersamanya mengingatkan dia kepada Ilahi,
bila berjumpa dan masih saling mengingati..
dan sahabatnya yang pergi meninggalkan hidupnya pula sama sahaja,
cuma dgn cara yang sedikit sukar dan mencabar..
mereka tinggalkan dia, dia pastinya dalam kesedihan..
kepada siapa lagi tempat mengadu kalau bukan kepada penciptanya?
maka, sama juga..
walaupun dia ditinggalkan sahabatnya,
benar, ia satu hal yang menyakitkan,
tetapi begitulah baginya,
dia masih sahabat terbaik kerana mendorongnya mendekatkan diri kepada Rabbnya..
dia..
kasih sayangnya setia..
berubah hati baginya adalah suatu hal yang agak mustahil..
kerana sepanjang hidupnya,
hatinya tak pernah berubah dari tanggapan dan perasaan pertama,
yang pernah dirasai kepada yang lain..
jika pernah dia menyayangi, tak mungkin dia membenci,
bagaimana pula jika orang yang dia benci?
tidak..
dia tidak pernah membenci..
satu sahaja kemungkinan yang mungkin berlaku ialah,
perasaan kasih sayang yang semakin bertambah dari hari ke hari..
dia,
hatinya sudah terlalu kebal..
tiada yang alah, tiada yang terlalu bisa...
pengalaman banyak mengajarnya.
cuma kadangkala dia terlupa..
cuma kadangkala dia terleka..
kerana itulah kadangkala dia terulang semua,
semua kekhilafannya..
dia..cuma mampu berharap..
cuma mampu berdoa..
kerana dia tahu,
hidupnya sementara..
dan kepada ALLAH akan kembali jua,
itu pengakhiran hidupnya,
bukan dengan manusia..
kerana itu lah,
dia masih bersabar dan mengharungi hidupnya
hanya menanti saat kembali,
melepaskan rindu kepada Sang Setia
yang sentiasa setia mendengar rintihannya..
yang setia mengabulkan setiap patah permintaannya..
yang setia memberikan kekuatan padanya.
yang setia dengannya selama-lamanya.....
# ini bukan sajak ataupun syair apatah lagi bait-bait lagu.sekian #
No comments:
Post a Comment