#masih mode politik#
bismillahirrahmanirrahim..
baiklah.
pertama sekali
kepada pihak yang menang..
1. kemenangan ini boleh membawa beberapa perkara : berkemungkinan boleh menjadi petunjuk bahawa kita benar. boleh juga menjadi satu ujian, ALLAH beri kemenangan berpanjangan rupanya sebagai ujian. kita tidak tahu. boleh juga menjadi perkara ini satu kesempatan untuk kita benar-benar lunaskan janji yang kita taburi, dengan lebih telus, kesempatan untuk memperbaiki mana-mana jua bahagian yang selama ini masih rapuh.
2. pangkat ini datang bersama-sama amanah. apabila seseorang itu menggalas amanah maka satu kakinya di syurga dan satu kakinya di neraka. jika benar langkahnya maka masuklah dia ke dalam syurga namun jika ada cacat celanya, maka masuklah dia ke dalam neraka. hayati dan rasai ikrar sumpah dan segala janji sampai menusuk ke dalam hati. ingat, apa balasannya kalau kita mungkir janji atau melanggar sumpah.
3. berdirinya kita kerana diangkat oleh rakyat. maka, kepetingan rakyat ialah keutamaan. kehendak mereka selagi boleh dipenuhi hendaklah dipenuhi.
4. islam tetap perkara utama. walau apa jua keadaan, pertahankanlah hak-hak islam, kembangkanlah islam. gunakanlah apa jua cara untuk menegakkan islam di muka bumi ini.
5. contoh teladan. segala perbuatan, percakapan dan semua tindak tanduk kita seharusnya menjadi contoh terbaik kepada seluruh yang berada di bawah pimpinan kita. pamerkan contoh yang terbaik bermula dengan diri kita seterusnya ajaklah mereka yang terdekat untuk sama-sama menjadi contoh yang baik
6. tiada gunanya berdiri di atas kemarahan orang lain. ada masanya kita hanya perlu berdiam diri dan biarkan tindakan kita yang menunjukkan kita berada di pihak yang benar. mereka menilai, jangan menipu. buatlah seikhlas hati, walau orang tidak memandang ingatlah Tuhan sentiasa ada memandang perlakuan dan perbuatan kita.
kepada yang kalah,
1. kekalahan juga membawa seribu erti. mungkin ini masanya kita belajar daripada yang menang, lihat di mana kekurangannya agar jika suatu hari nanti ita pula yang menang, kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama
2. kekalahan ialah kemenangan yang di tangguh.
3. ingat dan percayalah segala yang berlaku itu dengan izin ALLAH. walau sekecil mana pun perkara yang berlaku semuanya dengan izin ALLAH. dan aturanNya tidak pernah silap walau sekali. maka terimalah dengan hati terbuka.
4. mungkin kekalahan ini bersifat teguran. ALLAH ingin menegur, mungkin masih ada di mana-mana nya niat kita salah. maka perbetulkan. kalau benar kamu di pihak yang benar maka suatu hari nanti kebenaran itu akan muncul juga.
5. masa untuk perbaiki diri. betulkan pergerakan kita secara sihat. jauhkan hati daripada prasangka. jika benar sekalipun pihak lain tidak betul, tidak bermakna kita boleh mencaci. pamerkan akhlak yang baik. susun sistem dan strategi yang kemas. tidak rugi mereka yang bersabar.
untuk kedua-duanya...
1. di akhir zaman ini situasi yang pelik. kerana semua berlumba-lumba untuk mendapatkan pangkat. sedangkan pada zaman sahabiyyah dahulu kala, menangis mereka jika terkenangkan amanah berat yang perlu di galas.
setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas pimpinanmu.
2. bersainglah secara sihat. penyokong sokonglah mana-mana belah yang anda suka. tapi ingat, Islam itu bersaudara, dgn sesama Islam dan juga dengan mereka yang bukan Islam. usah kerana berlainan fahaman, kita hancurkan persaudaraan ini..
3. bersatu teguh bercerai roboh. alangkah indahnya jika semua mampu duduk semeja bergabung idea dan tenaga dalam membangunkan agama bangsa dan negara.
4, syukuri nikmat keamanan.
itu sahaja. sebarang penambahan secara aman dialu-alukan~
#just my minority thought. alangkah baiknya jika post ini benar sampai kepada yang ingin di tuju :)
salam hormat.
ASSALAMUALAIKUM~
No comments:
Post a Comment