Friday, May 10, 2013

perNIKAHan

amboi gedik noo blogpost dah nak menikah ke?
haha
assalamualaikum wbt.

gedik tak gedik jangan nilai dulu, jom baca dulu :)

saya bukan mahu bercakap tentang lelaki idaman saya yang bagaimana, meng-describe-kan mr.pefect saya yang saya sedar tiada orang yang sempurna cukupla sekadar seorang yang beriman punye pengetahuan tak banyak pun takpe cukup yang basic-basic tentang agama pun takpe, seorang yang berguna kepada agama bangsa dan negara yang tahu dan faham serta MAMPU MELAKSANAKAN tanggungjawab dan tugas sebenar seorang suami. dan extra point bagi yang hensem. HAHA. okay so sape yang rasa ada ciri-ciri di atas boleh isi borang :)

eh jap, tadi kata taknak cakap ni dah tercakap pulak :P

okay okay thats not the point.

dua perkara. sebelum dan selepas pernikahan. saya rangkumkanlah keduanya.

1. sepatutnya seorang isteri dan juga suami perlu melengkapkan diri masing-masing.
dua-dua belah pihak kena mula merajinkan diri buat kerja rumah. si bakal isteri kena tahu how to cook, macam mana nak mengemas rumah macam mana nak menguruskan rumah tangga. dan si bakal suami juga perlu tahu, sikit-sikit pon takpe, asal boleh bantu ringan beban si bakal isteri pon jadi la. yang penting bakal suami kena tahu, dari awal lagi yang kerja mcm tu nampak je simple tapi agak memenatkan sebenarnya. kenapa? supaya dia dapat appreciate wife dia nanti yang rajin buat kerja rumah :D

2. cukupkan pengetahuan tentang ilmu agama. tugas seorang bapa mendidik anak perempuannya kini telah bertukar tangan kepada suaminya pula. dua2 belah pihak kena faham dan lengkapkan diri masing-masing. suami kena mula dulu, dan suami yang kena lagi teguh pengetahuan agamanya sebab ape? jika ada salah isterinya maka suaminya perlulah  menegur, jika tidak, hhaaa tanggung dosa sama-sama. part ni,walaupun dengar sama-sama, tu takde la sweet mane. dosa beb. yang lagi sweet tu bila si suami mampu menegur isterinya dgn penuh hemah dan hikmah. dan cantik pula bila si isteri mampu berubah. :) . tapi, isteri pun kena faham juga ilmu agama. sebab? nanti dapat anak senang nak ajar dan kenalkan anak dgn Islam. isteri biasanya lebih banyak habiskan masa dengan anak rite? okay tak perlu hurai panjang-panjang nanti korang malas baca (sangka buruk kat orang padahal aku yang malas nak taip)

3. keutamaan.baik. yang ni kena betul-betul faham dan bersedia emosi daripada awal. keutamaan isteri itu pastinya kepada suami. wajib taat selagi tidak melanggar perintah agama. dan keutamaan si suami pula terhadap kebajikan dan menanggung isterinya. namun rata-rata kes hari ini, ramai pula si suami yang mengikt perintah dan arahan si isteri sedangkan mereka tahu bahawa ada beberapa keadaan yang tidak sepatutnya berlaku. saya bawakan anda contoh. apabila ibu si suami meminta tolong beliau dan pada masa yang sama si isteri lebih mahukan suaminya bersama-sama dia dan malanglah jika si suami lebih menurutkan isterinya. sedangkan ibu nya perlu di utamakan. namum apabila dikatakan ibunya perlu lebih di utamakan tidak bermakna si isteri perlu diabaikan. baiklah. kebajikan makan dan pakai suami isteri perlu diberi oleh si suami, tugas si isteri hanya menyediakan. begini, suami beli lauk dan bawa pulang. isteri yang kena masak. makan sama-sama. sweet jugak kalau suami isteri boleh sama-sama masak. suami xtolong pon xpe, teman je kat dapur. sweet jugak. eh.

seperti yang saya sudah nyatakan tadi, tugas dan tanggungjawab ayah sudah lepas terhadap anak gadisnya dan jatuh kepada suami. elok, dan sepatutnya jika duduk berasingan dgn ibu bapa. baru boleh belajar hidup berdikari. jika mahu tggl bersama ibu bapa, lebih baik tggl di rumah si suami, kerana tugas si suami terhadap ibu bapanya masih belum lepas sehingga mereka meninggal manakala ketaatan isteri pada ibu bapa sudah menjadi hal yang kedua selepas suami sebaik sahaja akad. sebab itu saya berpendapat begitu. jika salah betulkan. dan segala keperluan rumah lebih elok la disediakan oleh suami, bukan isteri apatah lagi mertua,



baik.
mengapa saya berkata begitu.
pertama kita tahu dan pasti, zaman sekarang apabila menikah pastinya si suami isteri sudah bekerja dan sudah bergraduasi. dan semakin tua umur anak mestila mak ayah lagi tua. kan? agama menuntut, jagalah kebajikan ibu dan ayah kamu. berbakti selagi mampu. maka, automatiklah jika masih duduk sebumbung dgn ibu dan ayah, perlulah kita yang menyediakan segala keperluan mereka. berapa umur kita? 23? 24? 25? 28? ke 30?? maka selama itu mak ayah kita dah menyediakan keperluan kita. takkanlaaa sampai mati kita nak makan dari hasil mak ayah kita. taknak ke bagi mak ayah kita merasa pulak hasil dari kita?

ini lebih kepada penghargaan dan niat membalas budi serta berbakti kepada ibu bapa :)

ape lagi ye?

owh, saya suka utk memetik kata-kata dan lontaran idea milik sdra Hilal Asyraf dalam bukunya sebelum aku bernikah, cinta itu yang membawa kita ke syurga. apa-apa yang membawa ke neraka bukan cinta.

saya tinggalkan anda dgn pandangan tersebut untuk anda renungkan dan audit diri :)

ma'assalamah :)

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...