aku betul-betul tak mampu nak handle emosi kali ni.
aku tewas lagi.
walaupun selalu dah remind diri sendiri, jangan sayang orang lagi
jangan pernah jatuh cinta lagi
tapi aku tewas lagi :(
tiap hari aku doa semoga aku tak lagi bertepuk sebelah tangan
aku cuma nak mencintai orang yang cintakan aku juga
aku cuma teringin nak rasa bagaimana perasaan berbalas.
tapi akhirnya aku terluka lagi.
mungkin luka semalam baru hendak sembuh, tambah lagi luka baru
sejujurnya aku betul-betul tak mampu nak hadap perkara yang sama buat kali kedua
aku tak kuat.
tak layakkah aku untuk dicintai?
tak layakkah aku untuk dimengerti?
tak layakkah aku untuk disayangi?
:'(
"bukanlah dunia yang ku pinta darimu
hanya untuk kau menjaga hatiku"
tapi apa pun aku masih sedar
yang aku juga bukanlah siapa-siapa pada dia
aku cuma teman yang biasa
aku juga bukanlah perempuan cantik jauh sekali perempuan terhebat seperti yang dia dambakan
aku cuma wanita biasa.
yang sering kalah dengan emosi dan perasaanku sendiri..
yang sering mencintai orang lebih daripada aku cintakan diri aku sendiri..
mungkin juga dia fikir cintaku hanya sekadar terlafaz di ucapan
sedangkan perasaan ini sudah menggunung dalam hati aku..
dia tidak tahu betapa besarnya cinta aku pada dia..
sungguh dia tidak tahu..
yang aku mahu cuma kekuatan
itu sahaja.
No comments:
Post a Comment