haiyak... ambik tahu salah. tak ambik tahu pon salah.. buat gini, rasa tak betul. wat gitu, pon rase tak betol.. tak nak ambik tahu, datang mencari... masa nak ambik tahu, senyap je menyepi.. sekali nak lupakan, masa tu la nak muncul.. mase tringat, takde nya walau satu perkataan balas terpacul.. duh.. susah gak kan kadang2 nak duga manusia ni kan.. hmm.. pape hal, just nak gtau la.. bukan nak menyibuk sal kamu, tapi, niat saye nak ambik berat.. siyes, kadang2 rase cam kamu sombong kot. tapi, jaoh di sudut hati, maybe kamu wat gtu, sbb xnak bebankan saye, tapi ketahuilah, sejak bila dgn dgr masalah kamu jadi membebankan saye? kita kawan dh lame kan.. xde gunanya kawan kalo xleh tolong kawannya.. and now, di mana pon kamu berada, just keep praying dat everythings alrite with ue, smoga allah bri kamu kekuatan utk teruskan perjuangan di saat2 akhir, melaksanakan sgl amanah + tanggungjawab yg masih berbaki dan smg di beri kekuatan utk terus berdiri teguh.. and just want ue to noe, takpernah lupakan kamu dlm doa saye =)
teruskan berjuang!!
Friday, July 15, 2011
kebebasan..
tak habeshabes pasal ni.. urm, aku just nak ajak korang untuk bncang lam skop yang lebih kecik la.. bukan lam skop yang besar.. selalu, kite cam tersekat untuk dapat kebebasan dalam membuat keputusan.. hmm. ssh betol! sian gak kadang-kadang dengar, bila org yang bertaraf senior, seolaholah memandang rendah pada yang pangkatnya junior.. kalo ak, ak tak kesah, kita sbg yang lebih tua kena bagi peluang la kat yang muda untuk mencuba ssuatu yang baru.. bukan menyekat.. kalo diorang ada buat keputusan yang salah, bukan terus hentam, tegurlah dgn cara baik.. kalo terlepas hentam pon, jgnlah tggl mereka down giler2 lepas tu.. sian kan.. diorang pon dah usaha.. cuma, yang kurangnya, diorang kurang pengalaman siket je dari kita.. so, sbg yang tua, kitalah yang msti guide mereka..
bantu prmudahkan keputusan mereka, bukan halang dan totally tukar dgn keputusan kita.. posisi kita sbg senior bukan bermaksud kita boleh mengawal posesi junior. kadang-kadang, mereka lebih faham ttg sesuatu yang kita agak-agak kita paham .. mereka berhak di beri peluang untuk membuat keputusan sendiri.. dan teruskan guide mrk dgn bijaksana.. bukan menjatuhkan mereka.. janganlah sekali-kali kita kate, keje korang xde pape, zero! NO! aku paling pantang bila ada orang yang kate keje org len xde makna stret gitu, lagi2 kepada mereka yang baru mencuba.. kite kena paham, nobody's perfect, apalagi pada percubaan pertama.. nak nekkan semangat diorang yang baru bukan begtu caranya.. tak.. setiap orang bukan boleh terima cara begitu.. tolonglah consider pasal KEBEBASAN MEMBUAT KEPUTUSAN dan tolonglah BAGI PELUANG KAT ORANG LAIN UNTUK MENCUBA & MELAKSANAKAN IDEA MEREKA MSG2.
pliss!
Thursday, July 14, 2011
Monday, July 11, 2011
suratan atau..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
100711
Nampak iklan, ada festival nasyid.. GEMA mencari bakat baru… saje wat gedik, gtau rumet, aku nak join, nak masuk yang solo punye pertandingan, taknak group2 ni, nnti kalo menang ssh nak share hadiah.. eleh, yuran rm20 je kot, kalo aku masuk, konfem menang fes prize, hadiah rm120 =)
Ade ke patot diorang caye?
Haha~
110711
Tadi dok tunggu habes mop lantai kitchen, dok borak-borak ngan member.. wahi anak tc wannor datang, dia kate power spec dy dah naek, maybe 400++,, hmm.. banyak jugak tu kak oi~
balik kelas kitchen, tengok ada air kotak the krisantimun atas meja.. aih.. dari langit ke jatoh ni?? Hmm.urm, hari ni ada latihan kawad.. kawad dan kawad, tapi kan, ttbe kena lari keliling uitm, sebabnya, uitm skang ni ada PC Fair.. so, depan-depan Dewan Aspirasi ni, ada khemah2.. tempat common kami kawad dah takde. Hehe.. xpasal-pasal je kena berjoging.. tapi, record ah hari ni, boleh jog dalam jarak yang jauh.. wuuuu.. biasanya, keliling padang naim pon aku dah semput! Nges6~~ yang menariknya, khemah2 dia kan, warna ungu+biru.. tak pernah jumpe!
120711
Tengah malam.. mimpi pergi naim.. dan beberapa event telah berlaku.. *event apakah?? Rahsia la.. hahaa* but… hmmm.. mm.. ah. Forget it.
Mesti korang pelik ape yang aku merepek.. tapi yang pasti, MAYBE takde orang yang paham, maybe dan sememangnya takde makna bagi anda, tapi bagi aku, ni satu alamat tentang sesuatu atau,, sekadar kebetulan?? Wallahu a’lam… harap-harapnya, kalau alamat pun, biarlah tentang sesuatu yang baik.. ameen~
Saturday, July 09, 2011
pendakian itu =)
09072011
Tarikh ni,, hehe.. My fes experience daki bukit! Walopon bukitnya hanyalah di belakang uitm, tapi, nama bukit jugak oke.. Punyelah excited masa ketua komander kate, kitorang akan naek bukit.. Bukit tu nama Bukit Bauk.. So disebabkan kami yang ramai, kena bahagi la kepada dua hari nak panjat bukit tu,, ada yang sesi pagi jumaat, pagi sabtu dan petang sabtu.. Maka dengan penuh kehormatnya kami, HM ni, kena part yang last, petang sabtu~ sebab d’hoteliers ada sukan pagi jumaat tu.. *sukan tu pon best gilak* so then, kol 2 ptg, kami semua kumpullah dekat depan Kolej Tenggol, yakni jalan nak keluar ke bukit tu, dapat arahan form baris utk kawad and bla3~ di beri penerangan siket and then stretching, nek la bukit tu! Perghh~~~ takku sangka hebat gak Bukit Bauk tu, kami kalau diikutkan, akan naek 5 bukit, tapi disebabkan kami dah kena shift petang, so kami tadi nek 3bukit je.. *jeles la ng orang len yang dapat nek 5 bukit! * naek bukit fes, fuh~ memang semput ar. Tak sampai ke puncak lagi, “ abang komander, stop r rehat jap, kami dah penat ni,, " haha.. Ramai je yang mintak stop! Then, dah sampai ke atas tu, baru leh rehat~ pheewww.. Then, teruskan perjalanan, turun bukit,, ah~~ senang je turun,, tapi mak ai~ curam la jugak! And, ttbe, nampak kat depan, apenye yang tggi semacam tu?? Mak ai~ bukit ke dua lagi2 la curamnya! Siyes, umpama bgnn dua tgkat, mendatar je lagaknye.. Terdetik gak lam ati, boleh ke aku panjat bnda tu?? Then, bila nak lalu tu, barulah Nampak, ada akar2 pokok yang besar, yang boleh dibuat sangkut kaki nak daki bukit tu.. And, Alhamdulillah, Berjaya teruskan lagi,, turun bukit ke dua, nampak ada anak sungai.. Abang komander tu kate, boleh amik air.. Sebab situ ada air mengalir, cam air terjun, tapi versi kecik punye.. Then, aku pon g la sebelum bdk2 laki serbu tempat tu. Siyes! Air dia sejuk giler! And, rasanya macam air mineral, tapi rasa fresh dy membuatkan air tu sangat sdap..
“sedapkan.. Nak isi lam botol pon blh,, nak wat basuh muka pon boleh”
“ betol bang??”
Dok Tanya betul tu, tangan dh bukak botol mineral dh.. Haha.. Hmm.. Then, nek,, turun bukit ke tiga.. Habes la.. Jalan kaki, ikut short cut *yang xde la short sgt~* kumpul jap depan tu, check ahli.. Alhamdulillah, xde yang kurang, xde yang lebih.. Dekat situ, nampak En.Halim, komander utk hm112, rehat jap, bual2.. Dy kate,
“ ni daun tongkat ali,”
aku pon mntak,, “ encik, nak tegok nak tengok,, “
dia bagi,, ‘ kalo korang nak tahu, korang cabut satu daun dy renyuk2 dan gulung2kan, then cuba gumpalkan, “
aku pon buatlah..
“eh~~ dy tak koyak kan encik.. Macam biasa je.. “
“ ha’ah.. Betollah tu.. Dy Cuma akn nampak kesan2 gumpalan, tapi bentuk daun tak rosak..”
Subhanallah~~ then, kami pon pgi, ikut jalan tepi ROTU a.k.a tempat training PALAPES, balik ke depan, masa kat depan tu, abg tu kate, kalo kitorang ambik jalan guna track lima2 bukit tu, kitorang akan jumpa Lubuk Mayat.. Nama tmpat tu pggl Lubuk Mayat sebab, setiap kali ada yang lemas di kawasan Pantai Teluk Gadung, atau kawasan2 terdekat dan sekitar tu, mayat diorang biasanya akan dijumpai kat situ.. Masyaallah~~ kusss semangat! Then, kitorang balik ke depan Tenggol, sign attendance, and encik tu tanya, best tak??
“takkkkk”
“ nape??”
“ sebab kitorang nek 3 bukit, org len nek 5! Tak aci~~ “
haha.. Tergelak dia.. Dia kate, xpe, nnti kitorang leh nek agi.. Hehe.. Then, dah beres semuanya, dan alhamdulilah, tak de yang injured atau yang sewaktu dgnnya, maka sudahla aktiviti yang paling xciting utk bulan ni =)
Thursday, July 07, 2011
class punye citer
.. Seperti yang sir hasib dah janji, mggu ni dia nak buat quiz1.. Maka aku yang hanyut dengan novel dan buku2 yang baru dibeli masa pesta buku tu pon, jelling-jeling je la nota2 computer sc,, hakhak. . Dasar! Then, tadi, masa kelas, berjalanlah quiz tersebut~ tengok soklan, haih. Sebbek bulat2 je. Semua 10soalan, 6 soalan objektif dan 2 soalan subjektif, yang subjektif tu dua markah setiap satu~ then, jawablah.. Bla3..
“ nak guna toyol boleh, tapi kalo saya dapat tangkap toyol awak siaplah! “
uish, keros beno amaran yang disambut gelak dari seluruh kelas,
“ alaaah sir~~~ “
berlalulah 10 minit pertama, ada dalam 20 minit lagi sebelum masa habes, Nampak je muka student dia cam menonyang, dok menggaru-garu sana sini,, dok mengeluh,,
“ korang baca ke tak ni?? “
“bace~~ tapi tak ingat!! “
“sir,, buses ni ape? “
“buses tu, macam bas kunyit korang la~ “
*bas kunyit @ van kunyit tu ialah kenderaan yang student uitm dungun guna nak kuar ke Bandar atau ke stesen bas atau ke mana2 sahaja, bayaran tertakluk kepada jarak perjalanan =) *
“ alah, sir, kite siyes dy maen2” actually, sir tu memang dh bagi klu, bdk tu je yang tak faham..
“err, sir.. Computer uses ni same ke dgn computer user? “
“sir,, komponen lam cpu ni ape ye?? Yang mana satu?? “
‘ eih.. Ape la.. Sedih saye ajar awak2 ni.. Tanya paham ke tak, kate paham.. Bace ke tak, kate bace.. “
“alaah sir,, dah baca tapi tak ingat,, ngee~ “
“ hmm.. Oke la.. Open your note”
“ HAH???????” Semacam tak percaya je katakata keramat tu kuar dari mulut sir hasib..
“open your note.. Open your note”
“sir, betol ke???”
“sir janganlah men2,, tapi tak bagi tengok note, sekarang srh bukak??” Terkeliru sudah,, aku pon menyampuk,
“alah, dah sir bagi bukak, bukan je la.. Hehe”
maka bunyi kertas2 diselak pon jelas kedengaran..
“ quiz1 je saya bagi bukak note tahu, nnti quiz 2 takde dh.. Make sure dapat markah penuh! “
“yeay2, sir baek!! "
maka,, masa pon tamatlah~
“ dah siap??”
“kejap sir, kejap! “
“ dah,, antar!”
Antarlah.. Tolong mark kertas kawan2.. Then, tanya markah.. Majority dapat 9/10.. Ada tiga ke empat orang je dapat full mark.. Yang dapat bawah daripada lima pon ade.. Aku?? Ni alkisahnya.. Bila dapat tu, tengok dapat 9/10.. Siap si penanda tu tulis excellent! Tergerak hati nak bukak semak.. Tengok2, dia salah marking! Alaaah!!! Napela aku Nampak mase tu??????????? Haih. Kuatkan kaki,,
“err, sir.. Bukanke jawapan ni C?? “
“ ya.. Nape??”
“hmm.. Salah marking ni sir.. Markah saye, tolak satu, “
sir dgn muka penuh tak caye,, “ kumpulan mane? “
“ D”
“nama??”
“nor hidayah,, ni, yang ni,, jadi 8”
sambil2 dia dok betolkan, “ ish, jujur sgt awk ni”
bia dooooh,, tuhan dah bagi nikmat ingatan, tuhan bagi nikmat boleh melihat, kita yang ingat mana yang betul, mana yang salah dan jelas lihat kesilapan yang berlaku, takkan nak abaikan nikmat tu? Biar la hilang satu markah daripada jadik org yang tak bersyukur kan?? Silap2 hari bulan, dapat dosa free.. At least, hilang markah satu tu, hati tenang, takde rasa bersalah.. Ke tu nama rezeki?? Haha.. Aku rasa, kalo nama rezeki, allah tak takdirkan aku tergerak hati nak semak balik..
And then, next class, food hygiene.. Sampai je dekat kelas, nampak pintu terbuka luas, sah! Aircond tak baiki lagi.. Alah~~
“ni kenapa ni?? Aircond tak fix lagi ea?? Dengar suara sir razak yang masuk ke kelas..
“taaakk~~ panas la sir~~~ “
“ neraka lagi panas!”
Hikhik.. Betol sir, 10 markah..
”Err,, hari selasa ni ada kelas malam ye.. “
“hah? Ape sir?? “
“hari selasa ada kelas malam,, “
“ hah? Ape?? “
“hish, hari selasa ada kelas malam,, pekak ke??”
“haha.." Seluruh kelas gelak dengan gaya sir razak yang semua org tahu betapa comelnye. Hakhakhak..
“ oke, bukak buku~~ “
“sir, tak guna slide?? “
“slide tu, utk silibus ni terlalu complicated! oke, hari ni kita belajar bab 6.. Utensil.. Bla3~~”
“awak pernah tengok tak dapur hotel?? “
“takk~”
“hish, pernah intai tak ?? “
“tak..”
“ pernah masuk hotel??”
“takkk..”
Pelik bebeno bagi dy, budak2 hotel takpernah sampai ke hotel uitm ni, padahal, bangunan sebelah sebelah je kot!
“ hish,, lalu pon tak pernah??”
Aku pon jawab,,
“ lalu je la sir,, tengok gitu2 je la.. Tak pernah masuk pun,, jom sir,, kite g melawat dapur?? Hehe~ “
“ ape la korang ni,,”
dia tanya lagi, tapi semua jawapan negative,, dengan panasnya aircond takde, dengan bunyi bising lori ape ntah bunyi kat luar tu,, keluarla satu ayat yang paling trauma buat mggu2 ni,,
“ semua tutup buku! “
“ ek eh,, sir,, jangan~~ “
dok bajet sir nak buat kuiz,,
“ tutup buku! Cepat! Takde masa ni, “
“ sir,, janganlah~~~ “
dipandangnya kami atas ke bawah,, “ tutup buku,, beratur berduadua”
hah? Tercengang semua..
Aku Tanya,, “ sir, nak buat lawatan ea?? “
“ cepatlah.. Beratur,, kita redah dapur hotel hari ni, sepatutnya mntak kebenaran, tpi takpe lah,, cepat! “
“yeay~~~~”
dan, dapatlah kami masuk dalam dapur hotel, lawatan sambil belajar!! Dalam kitchen hotel yang tgh peak hours tu,, kitorang punye lecture! Haha~ best ah.. Masuk divide dua,, sebab takna sesak dalam dapur tu, masa group kitorang menunggu, Nampak miss sharbana~
“ miss~~ “
‘ korang buat ape kat sini? “
cepat je aku jawab, “ lawatan sambil belajar miss, haha.. “
dipandang sorang2 dari atas ke bawah, ye lah, selalunya kelas dgn miss pakai uniform kan..
“ni kenapa tak pakai kasut?” Classmate aku kena tegur,
“ sebab bukan kelas dapur, ngeee~~”
tersengih miss, sambil control2 ala2 garang gtu,,
“ko nak aku tolak ko jatuh dari sini?? “ sebab masa tu kitorang dok kat koridor, agak tggi la jarak dy ke tanah,
“kalo miss tolak, saya tarik miss sekali, hehe”
berani dy jawab gitu! Sebbek miss sportim, hahaa.. Tak leh blah~
maka, sampai la turn kami masuk dapur,, bla3 lecture~ 10 minit je, the kuar,,
“ korang, kalo tak pakai uniforn kitchen takleh masuk taw cni len kali,, so, dats all for today? Ade pape nak tanya?”
So, ade la beberapa yang tanya..
“ ada lagi?? “
“ xde dah~~ “
“oke,, terima kasih, bersurai.. “
“err, sir.. Kitorang nak balik ikut mana?
‘ jalan luar! “
“alaaa~~~~”
semua orang dah mengeluh, ye lah, datang tadi ikut short cut! Ttbe nak balik kena ikut jalan jauh! Tak pe la, yang pntg kelas 07julai2011 BEST AMAT!!! Thumbs up!!
*pape hal, xleh imagine next week yang penuh dgn quiz dan test,, and kelas itchen bila namanya dah stat main course jawabnya MAKIN PENAT la~~ ya allah~~ mintak2 semuanya baek2,, jia you!! dah nak midsem pon!! *
phrase itu...
Bismillahirrahmanirrahim….
Salamullah ‘alaikum warahmatuhu wabarakaatuh and ni hao~
Alhamdulillah, pencarian dan penantian yang tidak siasia.. *selalu begitukan kalau kita tetap dngan kesabaran tanpa putus asa?? Huhu…* Senang rasanya hari ni untuk berbicara tentang ukhuwwah fillah.. Secara peribadinya, benar-benar susah untuk memahami apa itu sebenarnya ukhuwwah kerana Allah. Bila ditanya, orang kate, bila kita berukhuwwah kerana Allah, maksudnya kita tiada kepentingan kepada diri kita, kita akan cintakan sahabat kita melebihi cinta kita kepada diri sendiri.. Hubungan yang terbina adalah berasaskan iman, dan bukan kerana kepentingan peribadi, rupa paras, harta, kekayaan dan jauh sekali kerana nafsu. Tapi, aku pun akui la, tak semudah tu untuk kita benar-benar memahami apa itu ukhuwwah fillah, dan kabur je kan di mata kita, macammana agaknya yang dinamakan bersahabat kerananya.. Tersalah langkah, orang salah erti,, homoseks,, pulak~~~
Secara jujurnya ni pandangan aku sendiri.. Ya, islam tu datang dengan pelik, dan berakhir dengan satu yang pelik.. Kita nak buat benda yang islam anjur, ada kalanya orang lain tersalah pandang, tersalah tafsir.. tapi, agak setuju dgn kate2 seorang senior di Naim dulu, “ kalo meme xdop bnda pelik, ore tokkey kelih pelik, mesti ada sumtim wrong kok mano2 pon”… hmm~
Sahabat kita yang kta bersahabat keranaNya itu siapa sebenarnya? Aku sendiri pun kan,, pening gak kdg2 sal nih.. Tambah lagi, bila berhadapan dengan situasi2 common zaman sekarang, kalau kawan baik tu, maksudnya, mereka hanya rapat berdua.. Bila kawan baik, orang laen takleh ganggu hubungan mereka, berkawan baik hanya berdua.. Bila kawannya rapat dengan orang lain, aish, jeles pulak.. Ye la, hati manusia, rapuhkan.. Aku tak kate kat orang lain, aku pon begitu.. Tapi kan, bila jadi begini, hakikatnya siapa yang terseksa? Hati kita juga yang sakit.. Kerap kali persoalkan diri sendiri, bilalah rasa ni nak berakhir? Bilalah hati ni akan tunduk dengan sifat ikhlas, akan akur dengan iman.. Alhadulillah, aku discover apa itu reality sebenar ukhuwwah fillah dalam satu novel tulisan Hilal Asyraf, Sinergi..
Cerita yang kisaran utamanya tentang iman yang disentuh melalui ukhuwwah dua sahabat.. Tak tipu la, sweet sangat novel tu! Siyes! And now, insyaallah, aku faham apa itu ukhuwwah fillah.. Sama-sama saling mengingati antara satu sama lain..
Cerita yang kisaran utamanya tentang iman yang disentuh melalui ukhuwwah dua sahabat.. Tak tipu la, sweet sangat novel tu! Siyes! And now, insyaallah, aku faham apa itu ukhuwwah fillah.. Sama-sama saling mengingati antara satu sama lain..
Quote daripada novel tu, “kalau kau jatuh ke neraka pun aku akan terjun sama, untuk tarik kau naik dan sama-sama berjalan beriringan menuju ke syurga” .. Lebih kurang la ayatnya.. * rephrase2, hehe * Mereka tak pernah rasa sakitnya jatuh, sebab saling menguatkan antara satu sama lain.. Bila sahabatnya berduka, kekuatan iman disalurkan dengan tangan sahabatnya digenggam erat, menangis sahabatnya di dalam pelukannya.. Selalu setia menemani.. Masa penat, bahu yang seorangnya dijadikan bantal, kepala yang terlentok di bahu sahabatnya dijadikan bantalnya pula… Tika timbul rasa sayang terhadap sahabatnya, diciumnya pipi sahabatnya dengan penuh kasih saying, dipeluk erat.. Ade je yang cuba buat fitnah, sebab mereka ni memegang kepimpinan di tempat mereka, dua2 orang hebat, ade yang cuba nak jatuhkan mereka, kate mereka gay, tapi, tergelak pula mereka berdua.. Kesian.. Tapi, pantas sahabatnya mengingatkan, mungkin, ada yang sampai berkata begitu kerana ada silapnya mereka dalam kepimpinan dan qudwah yang mereka tunjukkan.. Begitu sekali hebat iman mereka, tak pernah fikir ape pandangan orang lain, tetapi selalu menjaga diri daripada segala larangan Allah, walau sekecil manapun! Dan dari pandangan peribadi aku, bila kita dituduh begini, atau seumpama ini, tu seolaholah kita diingatkan balik oleh Rabb kita… Kite sering memperingatkan orang lain, dan patut bersyukur bila Allah ada untuk memperingatkan kita kembali.. Then, sambung citernye,, diorang bangun qiam sama-sama.. Ada masa lapang, jalan2 a.k.a outing sama-sama.. Tak malu pun masa tu nak pimpin tangan sahabatnya, tak takut tuduhan bukan2 orang terhadap mereka.. Sampai tahap, cinta pun sanggup di korban demi sahabatnya, dirahsiakan wanita yang bakal menjadi tunangan sahabatnya itu ialah wanita yang dicintainya, takot2 serba salah pula sahabatnya!
Semua masalah kecil atau besar, mereka hadapi dengan penuh ketenangan, diselesaikan dengan hati2 dilandasan iman, melampiaskan sinergi, ukhuwwah fillah mereka berdua sehingga orang2 disekeliling mereka juga terdorong membina ukhuwwah berlandaskan iman.. Mereka tak pernah jeles eh kalau sahabat mereka rapat dengan orang lain, sebab mereka tahu, hati mereka bertaut.. Dan mereka bersahabat bukan hanya berdua, tetapi dengan seluruhnya umat yang beriman.. Layanan istimewa tetap ada terhadap sahabatnya, tapi tak bermakna layanan istimewa itu terhad kepada sahabatnya yang sorang tu.. Ya allah, memang terkesan, kadang2 rasa macam ade sumtim je menghempap kepala ni, hehe~
So, I do suggest this novel to all my fwems, beloved fwems,, especially mereka2 yang pernah bersama-sama aku dulu, suka duka.. *sep2 debbe naim, bak kate ibu shafiah.. Hikhik, hao jiu bu jian~~ (lama xjumpe!)* amnah, kinah, farah, aira, bedah a.k.a aida ahmad a.k.a zu *cehh, dy yang paling banyak nama glamor*, sihah* yang jaoh di mata tetap dekat di hati*,qilah,kak tirahku sayang *tite panggil syg ni nanti bagi tite telat taw* dan tak lupa adik miezah,,, dengan ucapan, Kalo kite boleh bace same2 best ni, hihi~ *haha, supo rancangan kat radio siap ade ucapan segala sih! =.=*
Pheww.. Walopon habes melayang buku2, comp.sc, food hygiene, buku professional chef tersayang, buku intro to hospitality, ctu nye, bel nye, dan buku mandarin terchenta buat dua hari,, *sebbek kawad xdop buku, haha* PUAS HATI WEYYY.. Sbab ape yang dicari ketemu =)
Hehe.. Tobat dh,, study dulu baru baca the next novel eh,,
VT~ I’m coming~~ haha.. Lek luh, ready utk test n quiz dolu~~ takot2.. Wapo sen eh markah buleh??
Huhu..
Heish! Bo2! *ish, sensitive,,nati kaktirah igt skandal lame, wahaha*
Stop! Sapela willing nak baca post sampai panjang berjela ni? Sory2, xcited lajop!
So, last word, post ni khas buat nama2 tersebut di atas, *cheewah!!* dengan ucapan *dia buat lagi~~* nnti raye, mail ah dumos kawe,, nok makey gapo? Lasagna? Spaghetti? Chicken chop dgn sos tiram lada hitam? Salad? Buleh2.. Insyaallah2. Dengan syarat, mai tu oyak dulu, pah, bowok duik RM50 sore, haha.. Transport, boleh hubungi PA kawe, cik zubaidah, dy ni kapa tubey jah xlh bowok,, hop len, buleh la kali,, jale umoh kawe pon xsesat dh kalo maghi ng budok ni,, nak wat lawatan sambil belajar dale ghumoh pon buleh dy handle, HAHHAHAHA.. * dah, gura2! Jgn maros~ hek3*
Oke2.. Sudah2 la tu ngarutnya,, kita sudahi post kali ini dgn ucapan TERIMA KASIH,, XIEXIE,, SYUKRAN!
* done one more special post for my galfwems after this one =D *
*psst: tirah, qilah,, sep2 warga uitm tuu.. Midsem2,, jom date, haha*
syukur??
Bismillahirrahmanirrahim..
Berbalik kepada janji yang hampir terlupa hari tu, nak bncang pasal bagaimana nak bersyukur.. Tak dinafikan, susah nak pupuk budaya bersyukur dalamn diri kita.. Bukan senang nak ikhlaskan diri.. Oke. Tapi, faktanya senang sahaja.. Cuba kita reflek kembali ke dalam diri kita..
Betapa banyak nikmat yang telah kita dapat.. Tapi, betapanya, bila kita ditimpa sedikit musibah, terus kita melatah…. Memang, manusia itu diciptakan secara fitrahnya berkeluh kesah dan kedekut, sesuai dengan firman Allah dalam surah alma’arij,
Betapa banyak nikmat yang telah kita dapat.. Tapi, betapanya, bila kita ditimpa sedikit musibah, terus kita melatah…. Memang, manusia itu diciptakan secara fitrahnya berkeluh kesah dan kedekut, sesuai dengan firman Allah dalam surah alma’arij,
“ sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan, dia kedekut. ( 19-21)”
Jadi, bagaimana kita nak kurangkan sifat berkeluh kesah dan kedekut dalam diri kita dan gantikan pula dengan sifat bersyukur atas segala nikmat yang ada? Jawapannya satu sahaja, iman kita… aqidah kita..
Apa itu iman dan apa pula itu aqidah?
Iman ialah kepercayaan dalam hati, mengakui dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota sementara aqidah pula ialah kepercayaan yang kukuh dalam hati terhadap Allah subhanahu wataala.. Iman, percaya kepada apa? Percaya kepada allah dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya, mengakui apa? Mengakui dengan lisan kita bahawa Allah itu maha hebat, mampu melakukan segala-galanya dan seterusnya mengamalkan dengan anggota, iaitu mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya..
Aqidah? Kepercayaan yang kukuh? Terhadap apa? Terhadap segala ketentuan Allah, contoh paling mudah, apabila kita ditimpa musibah, kita harus percaya dan yakin bahawa ujian dan cabaran tersebut ialah tarbiah daripada Allah, sebagai peringatan daripada Allah, bukannya sebagai hukuman yang mahu membebankan dan menyusahkan hidup kita….
Abbad ada berkata dalam novel karya Amin Yusof Malouf, Leo de Africa, “ ketika yang Maha Tinggi melemparkan kamu dengan tangannya yang satu, maka tangannya yang lain akan menangkapmu “ John F. Kennedy juga ada berkata, “do not pray for easy lives, pray to be stronger “ Ya,, beliau benar! Kita harus yakin dan percaya bahawa semua itu daripada Allah, dan yang namanya daripada allah itu adalah perkara-perkara yang terbaik bagi kita.. Tak usah risau, tak usah gundah atau gulana =)
Dari situlah kita untuk pupuk budaya bersyukur.. Cuba dan cuba lagi. Setiap kali kita ditimpa musibah atau kehilangan mana-mana nikmat yang biasa kita kecapi, cuba ajar hati untuk mengadu padaNya,, mengadu pada yang memberi kita nikmat selama ini.. Cuba ajar hati kita untuk tidak berkeluh kesah.. Cuba, dan anda pasti boleh, dan pada masa itu, baru anda akan merasa betapa nikmatnya menjadi orang yang bersyukur. Betapa tenangnya hati andai kita tahu mengenang jasa Dia yang telah menciptakan kita, Dia yang telah mengangkat darjat kita daripada seorang yang tidak ada apa-apa kepada seorang insan yang mulia kejadiannya dan Dia yang telah banyak memberi kita nikmat selama ini.. Ajar hati kita sedikit demi sedikit.. Dan kita harus ingat, siapa kita untuk mempersoalkan mengapa nikmat itu ditarik balik, kerana kita hanyalah meminjam nikmat itu selama ini.. Selalu ingat bahawa kita tidak punya apa-apa.. Kita tidak berhak untuk punya apa-apa andai tuan empunya “ barang” tidak mengizinkan, tapi kita boleh meminta.. Andai mahukan nikmat, kita berhak meminta.. Cuma dapat atau tidak, empunya yang tentukan status permohonan kita.. Kalau diluluskan, Alhamdulillah, gunakan nikmat dengan baik.. Jaga kelakuan kita dari segenap aspek supaya si Pemberi takkan menarik balik pemberian, malah memberi lagi dan lagi kepada kita.. Jadi, harapannya, anda pembaca sekalian mendapat sedikit input daripada post ini.. Tersalah bahasa, tersilap informasi atau tersalah dalil-dalilnya, mohon ditegur, kerana hamba insan lemah dan sering melakukan kesalahan.. Sama2 kita berubah, sama-sama kita bergerak untuk menjadi muslim yang mukmin, insan yang muttaqin =)
Ilalliqa’, ma’assalamah =)
pelancaran postkaton!
bismillahirrahmanirrahim~
dengan rasminya pada malam ini akan dilancarkan 3 post yang terdelay secara serentak,
bukan walkaton, tapi postkaton, *korang nak gelak ke nak berguling ke suke aty kite ah,, kite punye blog, ngee~*
insyaallah~
enjoy ur reading =)
dengan rasminya pada malam ini akan dilancarkan 3 post yang terdelay secara serentak,
bukan walkaton, tapi postkaton, *korang nak gelak ke nak berguling ke suke aty kite ah,, kite punye blog, ngee~*
insyaallah~
enjoy ur reading =)
Monday, July 04, 2011
ape nak jadi?
bismillahirrahmanirrahim..
baru berpeluang untuk menjengah ke sini =)
nak citer la siket pasal kejadian pelik tapi benar yang berlaku sabtu lepas, wahahahaha...
takde yang pelik pon,, huhu.. tersalah dengar je.. hoho~ citernye bila nak balik ke dungun balik,, nek bas, ofkos la kan.. lame kot, sepatutnya 4jam setengah, tapi dekat 6 jam nak sampai ke dungun hari tu. hampeh tol! nak dijadikan ceritanya, ni ialah fes tyme aku balik ke dungun ngan bas, so tak tahu la yang dia ak stop kat stesen bas besar dungun, dia just stop kat bandar je, bus stop! so, bila bas dh stop, ak wat bodoh je lah.. org tepi ak, turun, dengar je sebenarnya pak cik bas tu cakap " dungun!!" tapi, jadik confuse bila tengok ke luar tapi, takde rupanya stesen bas dungun.. "tak kot,, nanti dy berenti lagi kot.." sekali, dia jalan, aku pon tengok,, oooo.. bandar dungun.. pastu, ak pon dok bajet2 la dalam 15minit lagi, stop la bas ni,, sekali,, eih, signboard semua tunjuk KUANTAN.. eisy! ilek2.. dop2.. tengok jam, aih,, lebih dh 15minit ni,, bakpo xsapa2 lagi stesen bas.. tak lama lepas tu, rumet ak, si budak ganu tepon.. dayah, kat mane? tak tahu,, waaa.. mace saloh jah ni,, takot eh,, dok mana? bla3 citer la ko dy,, dy pon kate, turun je la mane2 pon jap g kalo bas stop,, nanti waa g ambik dayah, waa dok luar ni,, wuu. oke.. tapi, persoalannya, BILA BAS NAK STOP??? haaaaaaaa.. kejap tu, nampak signboard, PAKA. owh my! betapa leganya hati bila tahu masih berada di dalam terengganu! and dalam hati tak yah cakap ah, habes selawat baca! and, benarlah janji allah kan, selawat banyak2 allah permudahkan segala urusan kite.. and,, bas pon stop la.. ak dgn rakusnya ambik beg, tapi, bas dh gerak balik!! owh man, PAK CIK!!!!!!!!! SAYA NAK TURUN,, JAP2! nak turun tu, pak cik tu tengok list tiket, "awk nak trun katne?" " errr,, sini2,, tukar tempat =) , tq ea pak cik =) " hah. kan dah menipu tu! cover malu eyh! haha.. then, tggu la kawan ak, masuk kedai buku jap, pakcik yang jaga tu pon tanya, baru balik keje ke? eh,, tak ah,, saye study lagi.. owh.. sekolah mna? uitm.. oo.. jauhnya, uitm mai sini?? hehe.. takde ah. baru balik kampung.. tup2, dy dapat hidu kjadian yang berlaku.. dakpe la, kalo kawang xleh ambik, saye anta la. umoh saye dungun, hehe.. takpo2,, kawan saye ambik .. pulak~ hehe.. hmm.. see. mudah je urusannya.. yang penting, sabo, hehe.. penat la kot!
and,
hadoi~ pemalas betol lorh! ape la.. bile la nak study nih???????? urghh!!!!!!!! menci la~~ *ttbe jadik gedik* bila la nak jadiik siyes ni?? kaba2 la dayah weyh~~ hmm.. oo ya! semalam dah dapat my pisau2.. chef knife, paring knife, turning knife and peeler! alaaa.. nape bagi peeler gtu?? nak yg bntuk cam pisau tu!! and tggu uniform and kasut! mntak2 sampai sebelum midsem, bolehla ejas seluar dy yg besar gedabak tu! tak nak eh jadik badut dalam kitchen! silap2 hari buklah terlondeh seluar tu! hehe.. saiz s pon punye la besau! huhu~ and~ mggu ni stat kelas malam, i mean, tambahannya untuk malam ni lah.. huhu~ oke gak.. drpd tdo malam, bek ada kelas, petang study *ye la tu~*
so then, ape lagi ye?? entahla, maka dgn itu, niat di hatinya nak balik bilik dh la.. entah pape dh dok mengarut ni! baju tak basoh lagi, lapau! study food hygiene ke, ade gak la faedahnya kan.. hehe,,
oke, gotta go, enjoy ur day ^^
baru berpeluang untuk menjengah ke sini =)
nak citer la siket pasal kejadian pelik tapi benar yang berlaku sabtu lepas, wahahahaha...
takde yang pelik pon,, huhu.. tersalah dengar je.. hoho~ citernye bila nak balik ke dungun balik,, nek bas, ofkos la kan.. lame kot, sepatutnya 4jam setengah, tapi dekat 6 jam nak sampai ke dungun hari tu. hampeh tol! nak dijadikan ceritanya, ni ialah fes tyme aku balik ke dungun ngan bas, so tak tahu la yang dia ak stop kat stesen bas besar dungun, dia just stop kat bandar je, bus stop! so, bila bas dh stop, ak wat bodoh je lah.. org tepi ak, turun, dengar je sebenarnya pak cik bas tu cakap " dungun!!" tapi, jadik confuse bila tengok ke luar tapi, takde rupanya stesen bas dungun.. "tak kot,, nanti dy berenti lagi kot.." sekali, dia jalan, aku pon tengok,, oooo.. bandar dungun.. pastu, ak pon dok bajet2 la dalam 15minit lagi, stop la bas ni,, sekali,, eih, signboard semua tunjuk KUANTAN.. eisy! ilek2.. dop2.. tengok jam, aih,, lebih dh 15minit ni,, bakpo xsapa2 lagi stesen bas.. tak lama lepas tu, rumet ak, si budak ganu tepon.. dayah, kat mane? tak tahu,, waaa.. mace saloh jah ni,, takot eh,, dok mana? bla3 citer la ko dy,, dy pon kate, turun je la mane2 pon jap g kalo bas stop,, nanti waa g ambik dayah, waa dok luar ni,, wuu. oke.. tapi, persoalannya, BILA BAS NAK STOP??? haaaaaaaa.. kejap tu, nampak signboard, PAKA. owh my! betapa leganya hati bila tahu masih berada di dalam terengganu! and dalam hati tak yah cakap ah, habes selawat baca! and, benarlah janji allah kan, selawat banyak2 allah permudahkan segala urusan kite.. and,, bas pon stop la.. ak dgn rakusnya ambik beg, tapi, bas dh gerak balik!! owh man, PAK CIK!!!!!!!!! SAYA NAK TURUN,, JAP2! nak turun tu, pak cik tu tengok list tiket, "awk nak trun katne?" " errr,, sini2,, tukar tempat =) , tq ea pak cik =) " hah. kan dah menipu tu! cover malu eyh! haha.. then, tggu la kawan ak, masuk kedai buku jap, pakcik yang jaga tu pon tanya, baru balik keje ke? eh,, tak ah,, saye study lagi.. owh.. sekolah mna? uitm.. oo.. jauhnya, uitm mai sini?? hehe.. takde ah. baru balik kampung.. tup2, dy dapat hidu kjadian yang berlaku.. dakpe la, kalo kawang xleh ambik, saye anta la. umoh saye dungun, hehe.. takpo2,, kawan saye ambik .. pulak~ hehe.. hmm.. see. mudah je urusannya.. yang penting, sabo, hehe.. penat la kot!
and,
hadoi~ pemalas betol lorh! ape la.. bile la nak study nih???????? urghh!!!!!!!! menci la~~ *
so then, ape lagi ye?? entahla, maka dgn itu, niat di hatinya nak balik bilik dh la.. entah pape dh dok mengarut ni! baju tak basoh lagi, lapau! study food hygiene ke, ade gak la faedahnya kan.. hehe,,
oke, gotta go, enjoy ur day ^^
Friday, July 01, 2011
da session
hehe..
pheww~ akhirnya habes gak majlis ptg ni.. huhu.. aku yang berangkat dari dungun ptg semalam, sampainye malam, sembahyang, makan nasik, tros pgi teman kak na beli barang2.. tengah malam dh kot masa tu! hmmm.. balik2 umah pulak, solat dulu~ then, ready utk esok bhgian makanan, then, tugasan hias pa.. hehe.. diberi keperyaan utk gubah satu pa,, sebab ada lima je semua,, aku ambik yang perfume ngan wallet.. nice tak?
ni la hasilnya =)
ceh,, banggo meta!
then, majlisnya alhamdulillah, berjalan lancar~ ayoh, mek, acik, ayoh cik, cik ton, semua2nya pon ada bersama.. ayat takleh blah ayoh lepas habes majlis,, lembu dahaga dh tu.. hehe.. kiasan ye.. sibuk ngan lembu die tu.. tahu la lembu mahal, hehe.. gurau2 je~~
and, penat lorh. ade satu sesi lagi malam ni, buffday party tertangguh! memandangkan siblings aku paling ramai buffday bulan6, maka biasanya yang diorang je la celebrate. kuang asam gak ah. hehe.. just acara adik beradik n sedara2 terdekat a.k.a jiran2 sebelah rumah je.. bukan ape pon,, wat BBQ je.. kecil-kecilan, just want have fun dgn adk beradik.. sian kak are,, takleh cuti ye?? takpe2.. ambo tulom make. hehe.. cuti nati, dey dop eh kito jupo?? wuwuuu~
nway, esok dh nak balik kampus.. xsedar diri esok lusa, senang kate mggu ni mmg akan full dgn kuiz dan test.. CSC, food hygiene,, subjek len, mandarin~ huuu~ saboo je la! tapi, xpe la.. adat belajar kan?? harap2nya dapat la ready dgn penuh bersedia.. taknak markah rendah wey~~~ takot eh! fuh3~~
hmm.. so, dats all for today.. ada banyak lagi perkara nak cakap, tapi tgk la.. sempat malam ni, kite citer,, kalo tak, tak ah.. hehe.. and till then, thanx for reading =)
pheww~ akhirnya habes gak majlis ptg ni.. huhu.. aku yang berangkat dari dungun ptg semalam, sampainye malam, sembahyang, makan nasik, tros pgi teman kak na beli barang2.. tengah malam dh kot masa tu! hmmm.. balik2 umah pulak, solat dulu~ then, ready utk esok bhgian makanan, then, tugasan hias pa.. hehe.. diberi keperyaan utk gubah satu pa,, sebab ada lima je semua,, aku ambik yang perfume ngan wallet.. nice tak?
ni la hasilnya =)
ceh,, banggo meta!
then, majlisnya alhamdulillah, berjalan lancar~ ayoh, mek, acik, ayoh cik, cik ton, semua2nya pon ada bersama.. ayat takleh blah ayoh lepas habes majlis,, lembu dahaga dh tu.. hehe.. kiasan ye.. sibuk ngan lembu die tu.. tahu la lembu mahal, hehe.. gurau2 je~~
and, penat lorh. ade satu sesi lagi malam ni, buffday party tertangguh! memandangkan siblings aku paling ramai buffday bulan6, maka biasanya yang diorang je la celebrate. kuang asam gak ah. hehe.. just acara adik beradik n sedara2 terdekat a.k.a jiran2 sebelah rumah je.. bukan ape pon,, wat BBQ je.. kecil-kecilan, just want have fun dgn adk beradik.. sian kak are,, takleh cuti ye?? takpe2.. ambo tulom make. hehe.. cuti nati, dey dop eh kito jupo?? wuwuuu~
nway, esok dh nak balik kampus.. xsedar diri esok lusa, senang kate mggu ni mmg akan full dgn kuiz dan test.. CSC, food hygiene,, subjek len, mandarin~ huuu~ saboo je la! tapi, xpe la.. adat belajar kan?? harap2nya dapat la ready dgn penuh bersedia.. taknak markah rendah wey~~~ takot eh! fuh3~~
hmm.. so, dats all for today.. ada banyak lagi perkara nak cakap, tapi tgk la.. sempat malam ni, kite citer,, kalo tak, tak ah.. hehe.. and till then, thanx for reading =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
will I be better?
another year will pass. sekarang pun dah end October. ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay. i wish. tapi ...
-
Jom, adik2, kakak2,, saya mau cerita~ Pengurusan perkhidmatan makanan. Tak ramai yang tahu apa yang ada disebalik program ini. Yang ak...
-
bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum wbt.. pertama sekali honestly aku ni nak rasa femes tak femes jugak. tapi memang frankly spe...







