ertinya sahabat..

seorang sahabat selalu mengerti tiap maksud tersirat yang dilafazkan oleh sahabatnya yang laen.. 
seorang sahabat selalu tahu menari mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh sahabatnya. 
tanpa ada tersilap langkah.. 
seorang sahabat selalu tahu menyanyikan lagu seiring dgn alunan melodi di hati sahabatnya yang laen,
tanpa ada walau satu not yang sumbang...
seorang sahabat tak pernah letih untuk berlari bersamasama sahabatnya. 
seorang sahabat takpernah rasa rugi menitiskan airmata tika melayani kisah duka sahabatnya.. 
seorang sahabat takpernah mengeluh tulang pipinya sakit saat bergelak ketawa dgn sahabatnya.. 
seorang sahabat juga tak pernah mengadu akan segala kesusahan yang dialaminya utk menyenangkan sahabatnya..
seorang sahabat tidak pernah menggesa sahabatnya utk berjalan laju tika dirinya dirundung kesedihan, kekecewaan.. 
seorang sahabat takpernah bongkak utk tunduk mengangkat sahabatnya yang terjatuh..
seorang sahabt takpernah malu utk memimpi tangan sahabatnya 
andai dia takmampu mengatur langkah sendiri...
seorang sahabat takpernah mengejek sahabatnya andai dia tidak tahu apaapa.. 
malah jika dia ingin bangun, akn digenggam tangan sahabatnya juga utk bangun bersamasama..
seorang sahabat tak akan pernah memudaratkan sahabatnya sama ada dgn tindaktanduk juga katakata.
seorang sahabat takpernah tahu apa itu rasa disusahkan oleh sahabatnya. 
seorang sahabat tak pernah hadir dalam hatinya rasa benci akan sahabatnya..
takpernah.
seorang sahabat selalu sahaja ingin mengetahui kisah terbaru sahabatnya,
agar bisa dia ketawa, bisa dia menangis dan biasa dia memujuk andai diperlukan sahabatnya...
seorang sahabat takpernah lupa mendoakan sahabatnya tipa kali usai solatnya..
kadangkala, airmata laju sahaja menuruni lurah2 pipi, 
walaupun mata tika itu hanya melihat potret sahabatnya sahaja..
bukannya bersua jasad.. ah.. rindu kah??
iya. 
rindu pada semua kenangan bersama.. 
rindu pada saat berjuang bersama..
rindu saat2 dihabiskan bersama, suka duka, gelak ketawa, tangis dan senda... 
semuanya! 
sahabat,,
kita saling mencintai bukan kerana duniawi kan?? 
dan kita juga tidak akan saling membenci jika ianya berkaitan urusan duniawi kan??

semuanya akan berlaku kerana allah..

sahabatku,, 
andai pernah aku melakukan sesuatu yang taksepatutnya seorang SAHABAT lakukan, maafkan ak. terima kasih atas segalanya..  sebuah athar ada menyebut, 
tidak ada kenikmatan seorang hamba allah yang lebih baik setelah nikmat islam selain daripada kenikmatan memperolehi awhabat soleh; apabila lupa dia mengingatkan, dan apabila ingat dia akan membantunya..
 dan kamu telah memberi aku merasai nikmat itu sahabatku..

akhir dariku,,

drpd ibn umar r.a, bhw sesgghnya nabi SAW bersabda, mafhumnya,,

seorang islam adalah saudara orang islamyang laen, xboleh dianiayai dan xboleh diserahkan kpd pihak musuhnya.. sesiapa yang membantu menunaikan hajat saudaranya, maka allah akan menunaikan hajatnya.. & sesiapa yang menghilangkan beban kesusahan drpd org islam, maka allah akan membalas pula dgn meghilangkan bebannya drpd beban2 kesusahannya pada hari kiamat kelak. & sesiapa yang menutup cacat kesalahan org islam, maka allah juga akan menutup cacat celanya di hari kiamat kelak..

(riwayat alBukhari & Muslim)

buat sahabat2ku..
amnah, fasihah, zubaidah, aqilah, sakinah, farah, atirah, hamizah

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_