Friday, October 28, 2022

will I be better?

 another year will pass. 

sekarang pun dah end October. 

ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay. 

i wish. 

tapi taktaulah macam mana lagi nak buat. 

my resume keep on being rejected. and also aku pun takut juga nak cuba company aneh2. 

entahlah, makin lama makin taktau apa function hidup aku ni. 

rasa macam hilang fungsi dia.

rasa macam tak guna je. 

taktau lah apa lagi nak nak buat.

i want to improve myself.

i would like to be seen as someone like i used to be during my study time. 

tapi aku taktau nak mula dari mana. 

semua gagal.

takde benda lagi setakat yang buat masa dewasa ni berjaya *sigh

that's career life. 


personal life. 

how i wish finally ada someone who will love me the way i do. 

i want to talk to that particular someone. 

but, we're not close anymore. 

give my everything, but still, nothing in return.

macam wasting energy je. *sigh


i don't know whether will my life will be better?

Tuesday, November 23, 2021

Broke

aku taktaulah berapa lama aku akan begini

berapa kali episod ni semua akan berulang

setiap kali, akan makin teruk. makin parah. 

kadang-kadang aku nak marah diri sendiri..

kenapa susah sangat aku nak melupakan?

kenapa susah sangat aku nak move on

this few months being so hard. 

very hard

like really, aku tak layak ke untuk bahagia?

kenapa aku kena hadap semua benda ni?

i just want to be happy

i just want someone by my side.

that is all.

i just want to be heard

i just want to be loved

and i just one someone to love.


everyday is a lonely day

getting lonelier everyday


why?


i don't have anyone anymore

seriously aku takde sape2

sampai bila nak kena cakap dengan dinding ni?


kenapa aku selalu akan hilang orang yang aku selesa?

kenapa aku selalu akan hilang the only person yang i want to talk to everyday


just, why?


i'm not sure how long can i take this anymore


i'm so stressed. 

Sunday, March 21, 2021

kejarlah duniamu

 kejarlah dunia semahumu..

tanpa sedikitpun kamu menghargai siapa yang ada di sampingmu

kejarlah dunia semahumu

tanpa kamu memikirkan perasaan orang yang sayangkan kamu,

yang selalu ambil berat tentangmu


kejarlah dunia semahumu

walhal kamu tahu itu tiada maknanya untuk kamu


kejarlah dunia semahumu

sehingga segala yang indah terlepas dari genggamanmu.


kejarlah,

selagi kamu mahu. 

tewas lagi

aku betul-betul tak mampu nak handle emosi kali ni.

aku tewas lagi.

walaupun selalu dah remind diri sendiri, jangan sayang orang lagi

jangan pernah jatuh cinta lagi

tapi aku tewas lagi :(


tiap hari aku doa semoga aku tak lagi bertepuk sebelah tangan

aku cuma nak mencintai orang yang cintakan aku juga

aku cuma teringin nak rasa bagaimana perasaan berbalas.

tapi akhirnya aku terluka lagi.

mungkin luka semalam baru hendak sembuh, tambah lagi luka baru

sejujurnya aku betul-betul tak mampu nak hadap perkara yang sama buat kali kedua


aku tak kuat.


tak layakkah aku untuk dicintai?

tak layakkah aku untuk dimengerti?

tak layakkah aku untuk disayangi?

:'(


"bukanlah dunia yang ku pinta darimu

hanya untuk kau menjaga hatiku"


tapi apa pun aku masih sedar

yang aku juga bukanlah siapa-siapa pada dia

aku cuma teman yang biasa


aku juga bukanlah perempuan cantik jauh sekali perempuan terhebat seperti yang dia dambakan

aku cuma wanita biasa. 

yang sering kalah dengan emosi dan perasaanku sendiri..

yang sering mencintai orang lebih daripada aku cintakan diri aku sendiri..


mungkin juga dia fikir cintaku hanya sekadar terlafaz di ucapan

sedangkan perasaan ini sudah menggunung dalam hati aku..

dia tidak tahu betapa besarnya cinta aku pada dia..

sungguh dia tidak tahu..


yang aku mahu cuma kekuatan

itu sahaja. 

Thursday, March 11, 2021

stop

 betullah apa orang cakap, orang yang kita sayang tu lah yang akan selalu buat kita terluka. 

buat kita sedih. buat kita gundah.

betul.

i really should stop all this feeling. 


for my own good. 

Friday, January 29, 2021

U J I A N

 Bismillah (sambil tiup debu sikit. Haha.)


Bila kita bercakap tentang ujian, biasanya kita akan rasa yang menghadapi kesusahan tu je ujian.

Kita rasa, miskin tu je ujian. Sakit tu saja ujian.

Sedangkan, sebenarnya, semua yang kita hadapi/kecapi itu ialah ujian. 

Kerana hidup ini ujian.

Yang sakit diuji dengan kesakitan, tak selesa dan sebagainya

Yang miskin diuji dengan tidak cukup

Yang tengah menghadapi kesusahan rasa betapa beratnya dugaan.


Tapi tanpa kita sedar, kesenangan pun ujian. Adakah kita memanfaatkan waktu senang?

Kekayaan juga ujian- untuk menguji adakah kita bersyukur? Ke mana harta kita gunakan?

Kesihatan juga ujian- ke mana kita gunakan kudrat dan daya upaya kita? Adakah ke jalan yang baik atau sebaliknya?


Semua ujian.

Cuma dalam rupa yang berbeza. 

Untuk menguji siapa yang beriman

Untuk menguji siapa yang bersyukur

Untuk menguji siapa hamba yang paling baik amalannya


Bahagia itu ujian

Derita juga ujian.


Tidak ada seseorang yang mengaku beriman tapi dia tidak diuji.

Semoga kita semua berjaya. 

Sunday, December 27, 2020

2021

loneliness is real

i wanted to be loved
to be taken care of

i wanted to feel that i'm enough.
you have just me and sufficient. 

i want to live a content life. 

inshaAllah, 

Wednesday, November 04, 2020

Durja

 ada satu ketika, 

bila aku berkongsi cerita, kamu yang beria.

kamu yang kononnya menyokong aku.

tapi tiba-tiba, 

bila selangkah aku di sana, tindak-tandukmu seolah cemburu pada ku

kenapa ada riak cemburu pada nada suaramu terhadap bahagia aku?

sedangkan dahulu kamu yang mendoakan itu bagi pihakku?

malah kamu cuba merenggut pula bahagia itu dariku?


sungguh aku tak pandai mempertahan,

apa yang pasti milikku pasti aku pertahankan

tapi pada yang belum pasti, aku bimbang untuk berjuang..

kerana luka lama masih belum sembuh jua..

manakan mampu aku menanggung satu lagi luka baharu,

bagaimana dengan diriku nanti?

penat merawat masih belum habis,

pasti lelah jiwaku nanti..


tuhan jua yang tahu,

betapa sengsara jiwa menanggung sendu, 

tuhan jua yang tahu

betapa lama jua aku menunggu..




di mana cinta

sentiasa di duga dengan cinta.

kenapa?


agaknya bagaimanalah perasaan andai cinta berbalas?

selalu saja hati ini terpaut pada yang tak sudi..


ada kadang datang memberi harapan,

tapi rupanya harapan itu ditabur pada semua orang, 

bukan hanya pada aku seorang.


lantas aku hanya mampu cemburu pada yang bukan milikku

hanya perasaan yang terluka

hanya diri ini yang terdera.. 

**gelak kecil.


ya allah,

jagakanlah dia untukku

dan jagakanlah aku untuk dia 


:')

Monday, April 06, 2020

N Y A W A

Dan bila ku gelita
Di selimut sengsara,
Kau bagai bintang bersinar

Di saat ku terluka
Dihiris kisah lama
Kau kaburi semua bayangan

Ku berharap tertulis kita selamanya

Kau hadir dalam mimpiku
Dalam setiap doaku

Terangilah jiwa ini
Agar bahagia

Kau hadir memeluk jiwa
Jawab segala tanda tanya
Kau satu-satunya nyawa
Bagaikan udara

Ku berharap tertulis kita sampai syurga

Tak mampu aku melepaskan dirimu
Aku rayu
Dan sesungguhnya aku mahu kamu tahu

Kau hadir dalam mimpiku

Kau hadir dalam mimpiku
Dalam setiap doaku
Terangilah cinta ini
Agar bahagia..

Kau hadir memeluk jiwa
Jawab segala tanda tanya
Kau satu-satulah nyawa
Bagaikan udara..


Friday, February 22, 2019

the wheel of life

bismillahirrahmanirrahim..

"what goes around, comes around"
"roda kehidupan"

whatever quotes that inspire you.

betullah orang kata, apa yang pernah kita buat, itulah yang akan kita dapat.

pembalasan tuhan tu ada.

sama ada cepat, atau lambat.

aku ingat dulu masa jadi MPP, masa masuk takde satu apa yang yang organize dari segi filing dan reference. kira macam kau pandai-pandai sendiri lah nak buat apa, nak buat macam mana..

tapi,

sebelum aku tamatkan tugas aku, aku pastikan semua files siap.
semua dokumen berkenaan untuk rujukan siap.

and few-related things happened, 
i ask myself, 
apa gunanya semua benda aku buat dulu.

.
.
.

tapi apa-apapun, pujuklah hati, apa pun yang kita buat, ikhlaskan lah saja.

and..


suprisingly, tuhan bayar aku untuk apa aku buat 2,3 tahun lalu pada masa sekarang.

just started new career.
which is aku akan replace tempat ada this one staff.

dia merungut,
katanya, aku beruntung sebab masa dia nak hand over semua kerja ni kat aku, boss suruh siapkan semua dokumen berkaitan, kena sort out filing semua

and dia cakap,
masa dia masuk dulu mana ada benda semua, dokumen berterabur and dia takde tempat nak refer apa pun (which is i dont really know whether apa yang dia cakap tu betul atau tidak-haha)

see.

walaupun satu benda kebaikan kau buat, tuhan sekali-kali tidak akan mensia-siakan kerja baik tu.

cepat atau lambat, dia tau lah nak balas bila.

sejujurnya, rasa terpukul juga dengan keadaan..

alhamdulillah atas segala nikmat.


kisah yang mungkin sekadar picisan tapi, amat bererti bagi aku.

ya lah, seolah tuhan ajak berbicara.. haha..

so.

teruskan berbuat baik..

belajar untuk ikhlas. 

inshaAllah... 

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...