Thursday, June 07, 2012

semilir bayu

assalamualaikum warahmatullah..
assalamualaikum warahmatullah..

serentak kesemua makmum di belakang memberi salam ke kanan dan ke kiri. Haji Mad mulakan zikir usai solat. panjang, namun tak terasa pula kebosanan,, bahkan ketenangan yang diraih oleh jiwa-jiwa makmumnya mengatasi segala..

wa qala rabbukumud 'uni astajib lakum~ ( maka tuhan berkata : berdoalah kepadaku akanku perkenankan kepadamu) bismillahirrahmanirrahim..
Haji Mad memulakan lafaz doanya.. panjang rintihan dan permohonan yang dipinta dari tuhannya, diaminkan pula oleh makmum-makmum di belakangnya..

usai bacaan doa, bergema pula suara makmumnya berselawat sambil bersalam-salaman.

assalamualaikum haji.. 
sapa Pak Mail, ketua kampung Kampung Seribu itu.

wa'alaikumussalam.. Pak Mail,, saya ade bnda nak cakap siket ni,,

apa tu haji ye?

saya ni dah tua Pak Mail.. dah dekat 20 tahun saya jadi imam kat masjid kampung kita ni.. dalam hati ni rasanya nak juga tengok anak-anak muda yang mengimami solat di masjid ni... saya pun,, dah tak larat juga  Pak Mail.. sebelum tutup mata ni,, nak juga rasa jadi makmum kepada imam muda pula kat masjid ni,

ohh,, saya hormati keputusan haji.. saya pun, sejujurnya nak juga tgk bakat terpendam anak-anak muda sekarang ni.. kita pun, entah esok entah lusa dah nak kate selamat tggal kat dunia ni.. 
kubur dah kata mari.. selagi kita hidup ni, apalah salahnya kalau kita bagi peluang, 
didik remaja-remaja kita pula dalam tugas-tugas kita ni.. 
kalau ada salah, ni la masanya untuk kita betulkan.. 
kalau kita dah takde, dah mana boleh tegur dah, tak begitu haji? 
terdengar sedikit tawa di hujung suaranya..

hahah.. begitulah nampaknya..

erm,, cakap pun cakap juga haji,, calonnya dah ade ke?

dari senyum meleret yang terukir di bibir tua imam itu, fahamlah Pak Mail..

************************

Mir, dok mengadap ape tu?

ibu.. takde,, ni tengah tengok kerja kosong.. 
jawab Amir Khusairi, pelajar lulusan universiti timur tengah itu,

aii, baru je jejak malaysia ni malam semalam hari ni dah sibuk nak cari kerja?
taknak rehat-rehat badan, jalan-jalan keliling kampung ke dulu?

lantas dialih pandangan matanya yang sedari tadi tertumpu pada skrin laptop menghadap wajah mulus ibunya

ibu,, amir tak rasa penat pun belajar selama ni, amir takpernah rasa penat buat benda yang amir suka.. dan bagi amir, banyak lagi ilmu yang amir belum kutip.. hati ni rasa tak tenang bu,, bila fikir masyarakat sedang memerlukan kita, tapi kita yang tidak bersedia.. apa salahnya kalau amir cepat2 mintak kerja, cepat-cepat cari rezeki, belajar dengan pengalaman pula,,, dan bolehla amir tolong ibu dengan baba pulak.. 

ibunya hanya tersenyum bahagia.. di usap kepala Amir.. sayang benar dia kepada anak-anaknya itu..

ibu restu kan pilihan Amir?

ibu takde bantahan Mir... kalau pilihan Amir tu, kerja rezeki yang halal, yang boleh bagi manfaat kepada semua, apa salahnya.. 

terima kasih ibu,, 
ujar amir, diraih tangan ibunya dan diberikan pula sebuah ciuman di pipi ibunya..

haii,, ni buat ape ni? anak-anak yang lain mana? 
tiba-tiba muncul En. Amid, babanya di muka pintu rumah.

hahah,, kenapa? baba jeles ke amir cium ibu? 
babanya yang mula melabuhkan punggung di atas sofa di tepi amir pula skadar mencebik, merajuk la konon..

alah, tua-tua pun nak jeles, jeles pulak dengan anak sendiri, tak malu betul baba kamu ni Mir,, yang lain semua dah tidur,, penat agaknya, tadi kan mereka semua berpuasa,, kat sekolah pulak tadi ada sukan..
cakap-cakap pun ni,, abang dari mana? Amir dari tadi lagi balik dari masjid, abang sekarang baru sampai?

abang pegi usha janda tepi rumah Pak Mail tu,, 
jawab ayahnya selamba sambil tergelak kecil.

amboi, baba,,, Amir cium ibu dia jeles,, dia pegi usha janda takpe,

meletus gelak sekeluarga itu,

En. Amid berdehem,

memang baba pegi usha pun,, sebab tadi baba balik dari surau tu,, nampak Cik Milah tu duduk sibuk memujuk anaknya yang tak henti-henti nanges.. nampak semacam baba tanya la,, rupa-rupanya kena sampuk... biasala,, budak kecik.. entah apa yang dia nampak,, entah-entah arwah ayahnya yang datang 'melawat', hehe.. dah tu, bila kena hembus, senyapp, terus tidur.. dah nak balik tu terserempak pula dengan Pak Mail baru balik surau,, berbual sekejap.. tu yang lama tu..

terangguk-angguk keduanya mendengar cerita En.Amid..

kesian si Milah tu,, beranak dua hari, suami pula meninggal.. nak cari kerja pun dlm pantang lagi kan bang,,

itu la.. nasib baik ada Kak Timah,, isteri Pak Mail tu, boleh jugak tolong tengok-tengokkan si Milah tu.

abang nak minum air? saya buatkan,, 

amir sekali ye bu,,

Alia hanya tersenyum sambil menggeleng kecil melihat gelagat dua putera dalam hatinya itu sambil berlalu ke dapur..

******************************
EPISOD 2

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...