Posts

hiba

rasa seperti tidak mampu ditahan lagi air mata hari ini..  mengalir deras,  walau ditahan terlepas jua jatuh lembut ke pipi..
ya allah jika ini kehendakmu maka redhakanlah hatiku. ya allah sembuhkanlah hatiku..

B O N V O Y A G E

"Everyday is a voyage. Then there is this port you will harbour. Maybe for a while...or forever" Daddy J, 2018

Iya, ada fasa dalam kehidupan yang pada satu saatnya kau akan merasa, ini sahajalah untuk episod kali ini. 
Kau tak akan bergerak ke mana-mana selagi mana kau masih membelek-belek muka lama..  Masih cuba kembali membaca kisah hidup lama.
Hidup umpama pelayaran. 
Kau tak akan pergi jauh andai kau cuma belayar di tempat yang sama. Kau tak akan pergi jauh andai kau berhenti selamanya.
Namun,  Kau juga tak akan pergi jauh andai kau memutuskan untuk sentiasa meneruskan pelayaran,  tanpa ada sekali pun kau berhenti dan membaiki layarmu yang koyak..
Iya..
Ada masanya kau perlu berhenti, jauh daripada orang lain, yang mungkin sebenarnya ahli kapalmu yang mengoyak rabakkan layarmu tadi. 
Yang mungkin kawan pelayaranmu yang senyap-senyap menusukkan busur panahnya untuk mengoyakkan layarmu..

Berhenti dan baiki..  Nilai dengan mata hati, siapa yang di sisi hanya untuk kesenangan atau benar d…

dunia lelah_

mungkin sudah masanya untuk berhenti memikir tentang duniawi.
ya..
ada kekasih, ditinggalkan ada pekerjaan, semua tak kena
apa lagi yang mahu dikejar?
yang dikejar semuanya menjauh
serasanya aku sudah cukup putus asa dengan dunia.. 

mungkin yang tinggal dan mampu mendamaikan jiwa dengan bertafakur sahaja
beribadat 
esok lusa juga mungkin sudah pergi dari dunia ini
mengapa masih dikejar benda yang tidak pasti?
belum pasti ada jodohku di dunia ini
belum pasti juga rezeki ku murah dengan kerjaya hebat
tapi syurga neraka itu pasti
kenapa yang itu tidak aku buru

:)


biarkan..

mungkin belum cukup dewasa, mungkin terlalu banyak kerungsingan dalam hati.. kerungsingan yang diri sendiri pun tidak mengerti

ada yang kurang, iaitu keyakinan kamu pada aku... yang sebenarnya tidak pernah ada
dari dahulu, sehingga sekarang

banyak sangat benda yang dipendam dalam hati. baik aku, baik kamu. kurang komunikasi. terlalu banyak harapan yang disandar tapi tidak disampaikan yang akhirnya mencetus salah faham..


let it be.

Ada Sayang

Image
Ada sayang yang kembali, Walau awalnya aku ragui, Namun hari ini tidak lagi Aku yakin dan pasti..
Mungkin berbeza cara kamu, Mungkin pula berbeza tafsiranku.. Walau seribu bahasa kaku Masih yakin, kamu untukku
Sayang, Aku tahu kamu berjuang, Betapa tinggi semangat kamu julang Demi cita, cinta dan kasih sayang
Sayangku.. Maafkan aku, Andai aku pernah melulu Menghukum, mengadilimu Tanpa sekali cuba ku selami apa dibenakmu Sungguh tiada niat di hatiku Menyakiti kamu..
Izinkan aku bersama... Bersama kamu menjunjung cita Cita dan juga cinta kita
Duhai kekasih hati pujaan diri, Yakinlah hanya kamu dihati, Sayangku tidak berbagi, Cintaku tidak terperi..
Sayang, Ketahuilah kamu, Aku akan sentiasa dibelakangmu, Menjunjung titis perjuanganmu,  Demi menghalalkan aku,
Sayang, Maafilah segala khilafku, Aku cuma wanita yang lemah layu, Longlai dalam rindu pada kasih sayangmu..
Ayuh..  Kita rai cinta yang tulus, Kita belai kasih nan mulus, Kita semai rindu yang halus, Semoga jalan ini terus lurus, Sehingga tiba saat dilafaz kalimah kudus.…

sampai bila

ada satu masa,  jiwanya benar-benar inginkan fitrahnya dipenuhi fitrah mahu mendapatkan segala keperluan dalam hidup mahu hidup selesa dan tenang mahu disayangi dan dicintai juga mahu menyayangi dan mencintai mahu dihargai.
dan pada waktu itu, dia hampir peroleh kesemuanya sekali semua yang dia mahu namun semua itu tidak lama, tidak benar lama menjadi miliknya
tiba-tiba dia ditinggalkan tanpa sebab yang nyata tiba-tiba pula berbagai halangan ada di depan mata tiba-tiba juga segala yang dia rancangkan tidak menjadi seluruh dunia seolah-olah menentangnya
sakit terlampau sakit
rasanya seperti dihempas kuat jatuh ke bumi jatuh terduduk tidak tahu bila lagi mahu bangkit kembali.. hatinya retak jiwanya hancur harapannya pudar
di sebalik gelak tawa dan lawak hambarnya hatinya benar terluka ya... dia mungkin mampu menipu mereka disekelilingnya tapi dia tidak mampu lagi menipu dirinya sendiri

dia rasa kehilangan
kehilangan semangatnya kehilangan keyakinannya kehilangan cintanya kehilangan segala kemanisan dalam hidupnya
dia cu…

#tipsDekan : 2

Baik, kita sambung daripada previous post.

3. JANGAN BERTANGGUH Since dgree di UiTM, carry marks dia lagi banyak markahnya daripada markah untuk final exam, jadi, pastinya continuos assessment mestilah lagi banyak daripada biasa. Jadi, jangan sesekali bertangguh. Apa-apa task yang kita dapat pada hari tersebut, mulakan terus untuk buat dan if possible, selesaikan terus pada hari yang sama. Jangan sesekali tunggu nak banyak dlu, atau tunggu esok nak hantar malam ni baru buat. Jangan. Sebab apa? Sebab esok nya kita belum tahu lagi berapa banyak kerja yang kita akan dapat. 
4. STUDY SMART, DONT STUDY HARD. Baik, Ehem. Apa definition study hard? Definition dia bila sanggup tak tidur seminggu sebab nak paksa belajar. Sanggup bersengkang mata. No no and never. Otak kita perlu rehat. Perlu masa untuk convert memory dari short term kepada long term memory. Yang jenis memaksa ni lah yang jadi bila masuk exam je blur. Blank, Tak ingat apa-apa. Kerana apa? Kerana korang memang study pulun habis s…