Tuesday, March 28, 2017

#tipsDekan : 2

Baik, kita sambung daripada previous post.


3. JANGAN BERTANGGUH
Since dgree di UiTM, carry marks dia lagi banyak markahnya daripada markah untuk final exam, jadi, pastinya continuos assessment mestilah lagi banyak daripada biasa. Jadi, jangan sesekali bertangguh. Apa-apa task yang kita dapat pada hari tersebut, mulakan terus untuk buat dan if possible, selesaikan terus pada hari yang sama. Jangan sesekali tunggu nak banyak dlu, atau tunggu esok nak hantar malam ni baru buat. Jangan. Sebab apa? Sebab esok nya kita belum tahu lagi berapa banyak kerja yang kita akan dapat. 

4. STUDY SMART, DONT STUDY HARD.
Baik, Ehem. Apa definition study hard? Definition dia bila sanggup tak tidur seminggu sebab nak paksa belajar. Sanggup bersengkang mata. No no and never. Otak kita perlu rehat. Perlu masa untuk convert memory dari short term kepada long term memory. Yang jenis memaksa ni lah yang jadi bila masuk exam je blur. Blank, Tak ingat apa-apa. Kerana apa? Kerana korang memang study pulun habis sampai lupa nak tidur. Jadi, memory study tu cuma disimpan dalam short term memory. Otak kita memerlukan tidur, semasa tidur, maklumat yang kita belajar, otak kita akan convert kepada long term memory. Please, tidur sekurang-kurangnya 4 jam sehari, MALAM. 

Analogi yang suka untuk saya sentuh. Kamu study tak berkerdip selama 3 jam berturut-turut. Tanpa rehat. Berapa % atau berapa minit je sebenarnya kamu boleh fokus? Instead of, kamu belajar, kamu study 20 minit, rehat 10 minit. Main game ke, regang-regangkan kaki ke, urut-urut badan ke kejap. Then sambung study lagi 20 minit. Ulang proses. Mana yang lagi banyak kualiti dan ilmu yang kamu boleh serap? :) Pelaburan kita harus  bijak. Terutama dalam bab pelaburan masa. 

Dapatkan kawan-kawan yang arif dalam satu-satu topik tu untuk berbincang. Tapi lagi lah elok kalau kamu terus berjumpa pensyarah untuk bertanya apa-apa keraguan pada kamu. Percayalah, dalam diri seorang pendidik, benda yang paling mereka gemar ialah apabila anak didik dia rajin bertanya. Diri dia akan rasa dihargai. 

Untuk exam purpose, banyakkan merujuk past year question. Student UiTM boleh refer EQPS. Make sure at least 6 set pastyear dah ada dalam simpanan kamu pada minggu kedua atau minggu ketiga setiap semester. Rujuk sub-topic & pattern soalan yang selalu ditanya dalam exam. Tanya pensyarah jawapan dan point apa yang perlu di masukkan dalam jawapan untuk grab extra marks. Pensyarah kamu, dia yang marking kertas kamu, jadi, dia yang lebih tahu jawapan macam mana yang dia nak. Bila kamu bekerja bermula dari awal semester, kamu tidak akan penat di hari-hari terakhir peperiksaan ;) Sediakan skema jawapan kamu sendiri, kalau ragu-ragu boleh berjumpa secara peribadi dengan pensyarah kamu dan tanya kan dia adakah betul "latihan" yang kamu buat. Simpan. Dan buat sebagai rujukan masa study week dan juga sebelum peperiksaan. 

Satu lagi cara utk study smart, bahagikan pastyear untuk kamu siapkan dengan beberapa orang rakan. Ataupun, bahagikan topik utk disiapkan nota. Kemudian, bentangkan dan berbincang sesama kamu. Percayalah, study group yang matang sangat membantu untuk proses pembelajaran di alam degree. 

Jangan kedekut antara classmates. Kerjasama dalam belajar. Kalau kamu faham, ajarkan kawan. Kalau kamu tidak faham, minta kawan ajarkan. Selalu rujuk pensyarah untuk kepastian adakah pemahaman kamu betul atau tidak. 


5. KENALPASTI CARA MEREHATKAN OTAK
Nah yang ini pun penting juga. Kamu kena tahu bagaimana cara menenangkan diri kamu. Kalau saya, saya perlu keluar dan berjalan-jalan, tengok langit, tengok pokok, tengok laut. Mujur kampus depan laut China Selatan haha.. Tengok movie yang korang donlod pirate tu yang light-light. Yang best-best. Jangan tengok Final Destination, jangan tengok filem-filem yang ngeri dan kejam. Jangan tengok cerita hantu atau filem-filem lucah. Ini semua genre yang akan menumpulkan otak kamu. 

Cari benda yang boleh stimulate otak. Contohnya macam main game. Kalau saya, saya kena baca buku yang light, novel ke, komik ke, majalah ke, untuk stimulate dan rehatkan otak :)

Yang muslim, jangan terlalu leka belajar sampai lupa nak solat. Jangan tinggal solat, dan sebolehnya jangan solat lewat. Selalu, setiap hari baca alQuran, Ini semua yang akan membantu menenangkan diri, terutamanya sewaktu musim peperiksaan. Cuba istiamah, kalau boleh sebulan sekali buat qiamullail. Solat di tengah malam, jam 3 atau 4 pagi, atau bila-bila masa sahaja yang kamu terjaga sebelum waktu subuh :) 

Satu lagi perkara yang suka saya amalkan, biasakan diri solat taubat, solat hajat & solat istikharah. Kenapa istikharah? Sebab kita nak mintak petunjuk sub-topic mana yang akan masuk exam. Bunyi macam kelakar dan mempergunakan agama? Pada saya tidak, kita cuma meminta pertolongan daripada Tuhan kita, tak salah kan? Hehe. Betul, kebanyakan masanya datang je rasa-rasa topic mana yang lagi nak kena fokus. Tengok-tengok mmg yang itulah yang masuk exam. Haha. hebat kan kuasa Tuhan :) 


Jadi, cukuplah rasanya untuk perkongsian lima tips ini. Ini cara saya, cuba sesuaikan dengan cara anda. Jangan tiru-tiru. Kemampuan manusia berbeza :) Yang penting sekali, mana kewajipan kita kena buat. Kalau ada yang pegang jawatan, buat kerja dengan betul. Hormat lecturers, jangan sampai pensyarah yang memberi ilmu kepada kita sakit hati dengan kita. Tak berkat ilmu nanti. Hormat kawan-kawan. Biar semua orang senang hati dengan kita :)

Last but not least, lepas betul-betul kita berusaha, usai je menjawab soalan terakhir peperiksaan kertas terakhir, nyanyi la lagu Sufian Suhami tajuk Terakhir. Eh. Tak. Itulah masa kita mula berdoa dan bertawakkal kepada Allah, Percayalah apa jua keputusan yang kita dapat, itulah yang setimpal dengan usaha dan yang terbaik bagi kita. 


Semoga bermanfaat. 

SELAMAT BERJAYA. 


#tipsDekan

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum wbt, salam sejahtera. seperti yang akak dah berjanji dengan orang tu, orang ni, hari ni akak akan berkongsi beberapa tips bagaimana untuk dekan. tak kira lah kamu ni sejenis manusia yang belajar 100% sebagai pelajar, ataupun kamu ni sebenarnya seorang yang habes semua jawatan kamu nak pegang. Dan tips ni, lebih berfokus kepada pelajar di universiti, lebih lagi fokusnya di taraf ijazah, lagi lebih fokusnya mahasiswa UiTM. 

Jadi, sebelum baca entry ni, silalah pasang lagu UiTM Dihatiku dan Wawasan Setia Warga.  Utk pelajar UA atau US lain, play lagu Univ korang ye. Variasikan playlist anda, masuk sket lagu Anak Kecil Main Api, Suci Dalam Debu, lagu Aiman Tino, Sufian Suhaimi, eh, erm okay kita teruskan. 


1. BIASAKAN DIRI DENGAN KEADAAN SEKELILING.
Baik. Bila kita kata keadaan sekeliling, ini merangkumi semua benda. Termasuklah kamu duduk di mana. Dapat kolej ke, duduk rumah sewa ke. Rumet, Classmate (yang ni paling besar pengaruh). Mana library di kampus kamu. Mana tempat makan yang paling sedap. Siapa lecturer kamu.  Apa yang akan kamu lalui sepanjang tempoh pengajian. 

Sebaiknya bila dapat je offer tu, terus siasat dan baca tentang tempat yang kamu akan pergi tu. Study pasal kos yang kamu dapat. Cari senior di tempat tu, tanya dia. Dapatkan gambaran awal. Sebab nya, persediaan mental dan fizikal sebelum masuk lagi adalah perkara yang terpenting sekali. 

Bersedia, dengan kenal bakal senior atau bakal tempat belajar ni bukanlah bermakna kamu perlu bergantung semua benda pada dia. Tapi ia akan memudahkan kamu untuk tahu lebih lanjut atau kamu tahu siapa kamu boleh mintak pertolongan masa kamu betul-betul susah nanti. Kamu akan tahu ke mana mahu dituju untuk selesaikan masalah kamu.

Jangan ambil masa terlalu lama. Minggu pertama, cuba kenal tempat, orang dan benda yang penting. Habis je minggu pertama, paling lewat minggu kedua, terus keluar dengan plan dan apa yang kamu mahu capai sepanjang semester itu. Masa ini, plan kamu akan lebih realistik sebab kamu dah ada at least 40% gambaran keseluruhan yang membolehkan kamu menganalisa sejauh mana kemampuan kamu, apa yang kampus kamu ada, dan apa yang kampus kamu tidak ada utk membolehkan kamu capai goal kamu.

Sebagai contoh, kamu ambil kos Computer. Kampus kamu, kelajuan internet dia amat luar biasa. Pensyarah bertitle Prof. Senior senang didekati. Kamu boleh la aim utk dapat A+ bagi subjek komputer. Rumet kamu pula jenis tido lewat & suka main game serta suka buat bising. Jadi, since kamu dh tahu mana library, mana bilik study, kamu boleh la tgk mana tempat lain kamu boleh pergi belajar dgn tenang. So, dalam semua cabaran & peluang sekeliling, kamu boleh plan, overall sem tersebut, kamu nak dapat 3.9 ke 4.0. Sebab itu, analisa & faham keadaan sekeliling sangat penting sebagai proses pertama kamu untuk berjaya. 


2. PUPUK CINTA TERHADAP APA YANG KAMU BELAJAR.
Nah, ini langkah kedua yang paling amatlah penting sampai nak nanges dekkk T^T
Perjalanan ambik dgree ni susah diknon. Susah dia sebab banyak assessment, banyak kerja. Tapi takde la susah sampai takboleh perform. Sebab tu, akak sangatlah setuju bila orang kata, nak sambung belajar ni kena ada minat dari awal. Bukan baru-baru nak belajar minat. Bukan sebab terpaksa. Tapi ya, kalau kamu ni spesies yang cintakan ilmu, dapatlah kos apa pun, ikhlaskan niat belajar kerana nak kan ilmu. Bukan sebab nak dapat pointer tinggi. Bukan sebab nak impress crush kamu. Bukan sebab nak menunjuk, bukan sebab nak puji-pujian, Buat sebab diri sendiri yang nak, dan belajar sebab nakkan ilmu.

Bila kita suka nak belajar, tak perlu paksa-paksa bila nak kena baca buku, bila nak kena study. Secara sendirinya kita akan rasa nak tahu lagi. Bila kita nak tahu lagi tu yang kita akan tambah bahan bacaan, bahan rujukan. Kita akan lagi tak rasa malu nak tanya further explanation dari lecturers. Bila kita tak dapat, kita akan usaha cari rujukan lain. Semua akan jadi senang, level stress pun akan kurang. Satu lagi, bila kita belajar kerana suka, cinta dan minat, kita dah tak perlu hafal. Alah, macam korang baca novel la, satu-satu watak dalam tu boleh ingat. Jalan cerita boleh ingat. Sama la macam belajar. Bila kita dah ingat dan bebetul faham flow dan konsep dia, dah tak perlu pecah kepala menghafal, Sebab kita dah faham dan automatik kita ingat. 

Nak buat kerja pon rasa tak sabar-sabar. Sama macam bercinta lah, tak sabar-sabar nak jumpa. Haa gituh uols. Konsep dia sama. Bila ada minat, bila suka, semua benda akan rasa tak perlu dipaksa-paksa. Bila kita buat dengan senang hati, yang mudah lagi mudah. Yang susah rasa mudah. Rela berkorban apa saja katanya :) 


Baiklah. Untuk post ini, itu sahaja perkongsiannya. 
Semoga bermanfaat ;)


Baca Sambungan : #tipsDekan : 2

hiba

rasa seperti tidak mampu ditahan lagi air mata hari ini..  mengalir deras,  walau ditahan terlepas jua jatuh lembut ke pipi.. y...