Friday, September 27, 2013

::mawar

mawar di tanganku aku pegang. cium. wangi.. senyum sendiri.
tiba-tiba aku terperasan satu makhluk yang dok perati aku,
kerling,

nah, housemate aku rupanya.
pandang dia, angkat kening, tanda bertanya : apa?

dia angkat bahu dan berlalu.

cehh, tu je?

*********

hari ini. mawarku sudah layu.
aku pegang. cium.
terdengar derapan tapak kaki si Leeya tu terhenti.

aku pandang. macam biasa, angkat kening. kali ni dua-dua belah.

dia maju.

"aku kan, masa kau cium ros yang segar hari tu aku terima lagi. tapi ni, ape kes beb? ni sape bagi kau ni sampai dah layu pun cium lagi"

senyum je kasi kat minah ni,

"beli sendiri. eh.. wey, aku suka kat sorang ni. agak-agak kalau aku bagi bunga ni ape kata kau?"

terbeliak matanya

"kau ni, kalau ye pun angau biarlah bertempat siket.. daripada kau bagi bunga yang dah layu, kering tu baik kau bagi je bunga plastik. murah. tahan lama. pastu nak lagi sweet buat la macam citer kat novel-novel tu, cinta saya hanya akan layu jika bunga ni layu.. oohhh" ujarnya teruja sambil konon-konon buat suara garau.

euw. ehemm.

"Leeya sayang, bunga ni aku hargai bukan sebab kecantikan dia. wanginya dia masa dia masih segar. tapi kerana adanya dia. nilainya sendiri. jadi tak kisahla dia segar ke dah layu ke kering ke dia masih sekuntum mawar. lagi satu, simboliknya bagi bunga yang dah layu ni kan, kalau dia terima dan masih menghargai, kira nya macam, dia sudi terima kita seadanya, bukan kerana paras rupa tetapi kerana bernilainya kita. setakat bunga plastik tu nampak sangat tak ori. dah la gayanya tak ikhlas. plastik !"

nah, terlopong mulut si Leeya tu. baru dia tahu langit tinggi ke rendah.

"amacam, novel ke aku lagi sweet?"
balas aku sambil tergelak besar.

ape-ape lah.

Wednesday, September 25, 2013

dimensi_

kata pujangga, hidup ini ibarat roda, terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah.

kata pepatah arab :
yadul 'ulya khair minal yadul sufla
(tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang di bawah)

kata lagu nasyid hijjaz :
hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang itulah lukisan alam..

kata aku :
bila kita di bawah, masa itu kita menerima.menerima pemberian dari segenap penjuru. terima dan terima sampai kadang-kdang rasa juga malu. malu kerana asyik menerima tapi tidak mampu untuk memberi sebagaimana kita menerima.

namun kadang-kadang kita tidak sedar, dalam kita menerima, dalam keterbatasan kita sebenarnya kita mampu memberi.

kerana pemberian selalunya tidak berkaitan dengan materi, atau duit. persembahkan budi yang baik, tutur kata yang sopan. hormat. itu juga memberi. kata pepatah melayu, orang berbudi kita berbahasa. kata pepatah inggeris : give and take.

simple.

tidak mengapa miskin harta asal jangan miskin budi bahasa. tidak mengapa tidak punya apa-apa asal lidah tahu dijaga. tidak mengapa kalau dicaci merata asal maruah terpelihara.

berbalik kepada cerita roda tadi, mungkin di fasa ini kita di fasa menerima. jadi, terimalah. seadanya. tanamkan azam dalam diri. jika sekarang kita tahu peritnya kita yang perlu menerima dan meminta saja, biarlah usaha tinggi sikit, lebih sikit daripada orang lain. supaya kelak di masa hadapan, kita pula jadi orang yang memberi dan tika itu, kita akan lebih ikhlas memberi, kerana kita sudah tahu jerihnya menerima.

:)

siiru 'ala baarakatillah (berjalanlah di atas keberkatan Allah), inshaallah

paksa

#bismillah

aku pernah terbaca, baru-baru ni je, kat fesbuk, katanya lebih kurang begini  :

u can close your eyes to the things you refuse to see, but you cant close your heart for the things you refuse to feel

lantak la. quote nye betul ke idok tak pe la rasanya yang penting makna tu sampai. sebab blaja BEL (Basic English Language) masa part 3 madam kata kalo tiru sebijik-sebijik ayat dia salah. dikira plagiat. :3 (alasan nak tutup diri dah nyanyuk) so sebab tu la aku tukar ayat siket.. kira pharaprasing laaa.

okay back to the topic.

betul. sama ada kita atau dia. atau mereka. kita tak boleh paksa hati kita untuk rasa apa yang hati kita nak rasa. same goes, kita tak boleh paksa hati orang untuk rasa apa yang kita nak mereka rasa.
kalau suka, dah nak buat macam mana.
kalau benci ke menyampah ke sementelah lagi la kan..

so, point nya di sini ialah, hormatilah perasaan orang lain.

kalau orang tak suka sesuatu perkara atau cara, biarlah. hak dia.
cuma jika perkara yang dia benci tu satu perkara yang wajib dia suka,,
nah yang itu takpe kalo nak paksa. contoh la member tak suka solat. nah, itu wajar laa dipaksa.
di suruh.

tapi masih, ada batasan, ada hikmahnya yang perlu di titik beratkan..
tapi kalau kita dah suka kat orang pastu orang tak suka kat kite, taknak kawan dengan kita, menyampah dengan kite, yang tu mana bole paksa.
aiyoo.. parah laa kalo nak paksa kan.

dan kita, situasinya sama, kalau dah ada orang suka kat kite mana bole kita paksa suruh dia benci kat kite.

hati dia. dia bukan mintak pun kan. cuma di pihak kita, ada la beberapa perkara yang perlu kita jaga.
supaya dia tidak merasa kita memberikan dia harapan.

kecuali kalau kita memang nak beri dia harapan.

eh. termasuk tajuk lain pulak.

pendek kata, dalam hidup bermasyarakat ni, hormat menghormati dan saling memahami memang sangat penting. jap. boring kan guna ayat yang sameeeee jee..
dah biasa dah dengar ayat macam gitu.
konfem eh? are you sure?

ye lah. dah kalau takde angin masakan pokok bergoyang. kalau dah betul tu memang la orang akan ulang-ulang. ye, benda yang sama perlu di ulang sebab sekali cakap takmo dengar, taknak praktis.
degil.
semua degil.

pastu bila di ulang-ulang kata boring..

typical kan?

*kenyit mata ;)

padi ke tali?

bukan mahu mengiakan tapi kadang-kadang berharap ianya iya.
nak dinafi, salah juga
bendanya ada, cuma halnya tidaklah sebesar mana

jadi kenapa aku sangat berharap?

tarik tali.

mungkin. atau mungkin ini yang lebih tepat : salah sangka

oh, for how long?

dan bila aku ambik masa untuk mengabaikan maka masa itulah dia datang.
seolahnya menarik aku kembali.
lepas tu, dia pergi.

nice la bro

kalau padi katakan padi.
kalau bunga jangan kata tali
kau berkias aku tak reti
salah tafsir parah nanti

nah. okay. selamat malam.

mimpi

rasanya dia sudah melupakan...tapi, gayanya macam tidak seratus peratus..

cerita semalam.
tutup buku. mata sudah gayanya perlu ditongkat dengan jari. hayun langkah ke tandas. gosok gigi. cuci muka. kunci pintu. selimut ditarik. tasbih di tangan satu persatu diratib. serasanya hanyut di ulit lena.

tiba-tiba terdengar seperti ada yang masuk ke dalam bilik. siapa? abaikan saja. selang beberapa ketika, terasa seperti mahu bangun. gosok-gosok mata, tidak percaya. kelihatannya seperti ada sesuatu di atas meja. satu plastik. ada baju di dalamnya. dia bergerak, hampir ke meja. terperasan, di papanputih di meja belajarnya seperti ada tertulis sesuatu. dia kenal tulisan itu. tapi mustahil. sudah lama dia tidak melihat tulisan itu. tambah-tambah lagi jika tulisan itu memang bertujuan untuk berkounikasi dengannya.
dalam mamai dia membaca. lebih kurang begini :

'dah lama tunggu jawapan orang. kali ni orang bagi jawapan. maaf lambat. gambar-gambar lama, mana yang nak post tu boleh la post semula'

dia terkedu. betul. betulla itu tulisannya. Jaja.. hatinya berbisik sayu. berbelah bahagi. sambil tangannya menyentuh bungkusan itu. satu. dua. baju dikeluarkan. di tengahnya ada satu kotak biskut Lexus, dan satunya ada sekeping surat. dia jangka, di dalam surat itulah ada keputusan dan jawapan yang selama ini dia tunggu.

di renung. dia genggam.. cuba merasa. namun hatinya berbelah bahagi. tawar. dalam masa yang sama rasa sakit. amat.

tiba-tiba matanya tertancap pada pintu bliknya. ya, dia tertanya-tanya. mana mungkin orang itu yang menghantar sendiri. setahunya dia berada jauh. jauh di perantauan. tiba-tiba hatinya terdetik. mungkin Nana yang menghantarnya. entah mengapa hatinya berkata begitu. lantas langkah gopoh di atur ke pintu. dia buka. pandang kiri dan kanan. namun tidak pula kelihatan kelibat Nana. kepala di tunduk sedikit. kesal. pada masa itu matanya tertancap pada tasbih yang ditangannya sebelum dia tidur tadi.
kenapa di situ?
dia pegang. tarik. tidak berjaya. melekat.

tiba-tiba dia tersedar.

di raup mukanya seraya bibir melafaz istighfar. panjang. ternyata itu cuma mimpi.. kesal. kalau saja sempat dia baca surat itu. walau dia tahu itu cuma mimpi. mimpi yang mugkin tidak membawa apa-apa makna.

ya Allah, aku cuba melupakannya.. kenapa setelah aku hampir berjaya dia hadir lagi dalam mimpiku? atau mungkin aku rindukan dia? atau mungkin selama ini aku cuma berpura melupakan saja...

ya Allah apa petanda?

cerita hari ini
terhambur ketawanya. orang sekeliling sudah pandang-pandang mereka. tiba-tiba dia ternampak juniornya haii Kak Dee, sihat?
salam. dia tersenyum. lantas berborak. panjang juga. satu persatu cerita keluar. biasalah. perempuan. ditinggalkannya kawan-kawan di meja sana. tidak mengapa, yang ini jarang jumpa.
Akak tak wish pun birthday kite?
err, bila birthday awak?
tengok tuu, birthday kite mana dia ingat, dia ingat birthday Jaja je..
diam. tertusuk hatinya. dia cuma tersenyum. Shasha taktau.
err, birthday Jaja bila?
gelak lagi..
saje. dia pura-pura lupa. padahal dalam hatinya Tuhan saja yang tahu. sakit. tidak tahu sakit apa. rindu. atau mungkin terluka. entah..
ok la kak, kita jumpa lagi.. byee..
salam.
kalo ada pape bagitau tauu..
dia hanya mendengar jeritan 'ok' dari jauh dengan senyuman yang dilemparkan Shasha.
kawan-kawan dihampiri. hati berbelah bahagi. ditatap telefonnya. lama.
diam.
wey korang aku rasa nak balik laa.
bila semua sudah menyusun langkah. pulang. on laptop.
laman sosial fesbuk. enter. scroll. err. matanya tertancap pada satu gambar. dia masih seperti dulu. masih tidak berubah. tapi kenapa hari ini keluar pula ceritanya di news feed? biasanya tidak ada.

dia jadi bingung.
ya Allah, lupakan. lupakan aku tentang hal ini..

Monday, September 23, 2013

aku di situ

kalau saja kamu bisa,
mendengar...
luah dan isi hati aku..
selemut angin berdesir,
menyapa,
sekuat ombak membadai,
tanpa jemu walau sedikit..

sedikit demi sedikit, menghakis pantai
dan di tengah badai itu,
teroleng-olengnya sebuah sampan
hah..
kiranya begitulah kisahnya

entah mengapa fikirku,
angin itu bagai cintamu
lembut menyapa aku
namun cukup, 
cukup untuk membadai hatiku..
walau mungkin tanpa sedarmu

hingga sedikit demi sedikit terhakis keraguan
sehingga lemas aku dalam rasa yang selama ini tidak jelas
keraguan itu terkadang hilang terkadang muncul,
bak sampan yang teroleng itu
terkadang tenggelam terkadang jelas
di penglihatan

namun aku masih umpama nelayan itu
yang masih gigih menempuh ombak badai
aku umpama benteng pantai ini
walau cintamu mengakis tenangku
namun sedaya upaya aku pertahankan lagi

kerana apa?
kerana aku masih belum pasti
belum pasti adakah benar apa yang di rasa
adakah benar ini cinta
adakah benar engkau untukku
adakah benar itu cerita kita
atau itu hanya aku
hanya cerita aku

adakah hanya aku yang merasa
getar ini
dan adakah hanya aku yang menaruh harapan
yang masih belum pasti

allah,
sesungguhnya aku hanya hamba
lemah tidak berdaya
untuk mengusir rasa cinta
yang kian membunga

munajat di malam hari
semoga kau pandu langkah ini
jangan sehingga memakan diri
janagn sehingga menzalimi

allah,
pandu langkahku
jika benar maka dekatkanlah
namun
jika tidak usirlah
redhakanlah..

angin,
nyanyikanlah lagu
kamu,
dengarlah..
lagu cintaku untukmu

bayu,
sampaikan berita
bahawa aku masih setia
setia menanti sebuah kepastian jitu
supaya tidak tersasar langkahku

Sunday, September 22, 2013

penderitaan part 5

hai hello assalamualaikum. aiyaa.. rasa macam lama giler kott x update blog..
niat suci murni nak update dua tiga hari lepas pun burn macam tu je..
banyak citer nak tell u guys. haha. tengok tajuk tu dah macam rasa nak hempas diri dalam laut pon ade
padahal hiperbola je lebih.
tapi nak kata hiperbola pon tak juga. so, at this point kan aku macam dah setuju la dengan pandangan sesetengah pihak that said : final year shile studying is the most killing time. yeahh. dan sampai saat ini yang mana lagi dua hari (tu dah kira campur sekali dengan hari ni la kan) nak final. FINAL. yeahh dan aku masih tak percaya -.- ayyoo tak tauuuu..

aku tak tau. siyesly rasa macam takut giler nak hadap final sem ni. sebenarnya yang takut tu nak tengok result nanti la kan.. oo ya ALLAH janganlah jadi pape. this gonna be the final semester to perform. yang for sure target dari past 1(katanya) yang dok gebang nak dapat 4flat tu xcapai lagi. sem ni? memang la orang kata xde benda yang mustahil. tapi nampak gayanya kalo nak dapat 4flat sem ni kena score fullmark la weyy semua paper final. HAHA.. yeayy tak mustahilll -.-

teruk.
teruk dan sangat teruk la i tell u guys.
rasa macam memang xsempa giler nak rushing. tup tup dah final.
gile ke ape.
ayyaa...

too many things happen. tak sempat nak fikir.
cerita dia macam ni je la, this is the first time kedit fon sampai 0.00 sen.
this is the first time yang mana tau-tau duit dalam purse xde walau singgit.
50sen tu ade la.

i tell you mana pernah sampai macam tu sem-sem lain
tapi xtau la kalo kes ni berkaitan dengan angau ke ape
parah. memang parah giler..

so guys, i beg u doakanlah aku
(bajet macam ramai giler viewer blog aku bhahaha)

nanti la ada masa lagi aku nak cerita baaaaaaaanyak banyak..
now nak siap-siap ambik angin kat pantai.. sebab tadi dah janji dengan diri sendiri nak g jog skit ambik fresh air buang setan dalam darah ni kuar jauh-jauh kul 6.30. hihiii..
huh? dengan sape?
biasa la I lone ranger :D
cik abang dok jauh. ehh. gedik betul sekarang,
syok sendiri pon jadii laaaa (tu yang masalah lagi parah lagi sakit jiwa tu)

till then, see ya ;)

hiba

rasa seperti tidak mampu ditahan lagi air mata hari ini..  mengalir deras,  walau ditahan terlepas jua jatuh lembut ke pipi.. y...