Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Friday, January 29, 2021

U J I A N

 Bismillah (sambil tiup debu sikit. Haha.)


Bila kita bercakap tentang ujian, biasanya kita akan rasa yang menghadapi kesusahan tu je ujian.

Kita rasa, miskin tu je ujian. Sakit tu saja ujian.

Sedangkan, sebenarnya, semua yang kita hadapi/kecapi itu ialah ujian. 

Kerana hidup ini ujian.

Yang sakit diuji dengan kesakitan, tak selesa dan sebagainya

Yang miskin diuji dengan tidak cukup

Yang tengah menghadapi kesusahan rasa betapa beratnya dugaan.


Tapi tanpa kita sedar, kesenangan pun ujian. Adakah kita memanfaatkan waktu senang?

Kekayaan juga ujian- untuk menguji adakah kita bersyukur? Ke mana harta kita gunakan?

Kesihatan juga ujian- ke mana kita gunakan kudrat dan daya upaya kita? Adakah ke jalan yang baik atau sebaliknya?


Semua ujian.

Cuma dalam rupa yang berbeza. 

Untuk menguji siapa yang beriman

Untuk menguji siapa yang bersyukur

Untuk menguji siapa hamba yang paling baik amalannya


Bahagia itu ujian

Derita juga ujian.


Tidak ada seseorang yang mengaku beriman tapi dia tidak diuji.

Semoga kita semua berjaya. 

Tuesday, March 28, 2017

#tipsDekan : 2

Baik, kita sambung daripada previous post.


3. JANGAN BERTANGGUH
Since dgree di UiTM, carry marks dia lagi banyak markahnya daripada markah untuk final exam, jadi, pastinya continuos assessment mestilah lagi banyak daripada biasa. Jadi, jangan sesekali bertangguh. Apa-apa task yang kita dapat pada hari tersebut, mulakan terus untuk buat dan if possible, selesaikan terus pada hari yang sama. Jangan sesekali tunggu nak banyak dlu, atau tunggu esok nak hantar malam ni baru buat. Jangan. Sebab apa? Sebab esok nya kita belum tahu lagi berapa banyak kerja yang kita akan dapat. 

4. STUDY SMART, DONT STUDY HARD.
Baik, Ehem. Apa definition study hard? Definition dia bila sanggup tak tidur seminggu sebab nak paksa belajar. Sanggup bersengkang mata. No no and never. Otak kita perlu rehat. Perlu masa untuk convert memory dari short term kepada long term memory. Yang jenis memaksa ni lah yang jadi bila masuk exam je blur. Blank, Tak ingat apa-apa. Kerana apa? Kerana korang memang study pulun habis sampai lupa nak tidur. Jadi, memory study tu cuma disimpan dalam short term memory. Otak kita memerlukan tidur, semasa tidur, maklumat yang kita belajar, otak kita akan convert kepada long term memory. Please, tidur sekurang-kurangnya 4 jam sehari, MALAM. 

Analogi yang suka untuk saya sentuh. Kamu study tak berkerdip selama 3 jam berturut-turut. Tanpa rehat. Berapa % atau berapa minit je sebenarnya kamu boleh fokus? Instead of, kamu belajar, kamu study 20 minit, rehat 10 minit. Main game ke, regang-regangkan kaki ke, urut-urut badan ke kejap. Then sambung study lagi 20 minit. Ulang proses. Mana yang lagi banyak kualiti dan ilmu yang kamu boleh serap? :) Pelaburan kita harus  bijak. Terutama dalam bab pelaburan masa. 

Dapatkan kawan-kawan yang arif dalam satu-satu topik tu untuk berbincang. Tapi lagi lah elok kalau kamu terus berjumpa pensyarah untuk bertanya apa-apa keraguan pada kamu. Percayalah, dalam diri seorang pendidik, benda yang paling mereka gemar ialah apabila anak didik dia rajin bertanya. Diri dia akan rasa dihargai. 

Untuk exam purpose, banyakkan merujuk past year question. Student UiTM boleh refer EQPS. Make sure at least 6 set pastyear dah ada dalam simpanan kamu pada minggu kedua atau minggu ketiga setiap semester. Rujuk sub-topic & pattern soalan yang selalu ditanya dalam exam. Tanya pensyarah jawapan dan point apa yang perlu di masukkan dalam jawapan untuk grab extra marks. Pensyarah kamu, dia yang marking kertas kamu, jadi, dia yang lebih tahu jawapan macam mana yang dia nak. Bila kamu bekerja bermula dari awal semester, kamu tidak akan penat di hari-hari terakhir peperiksaan ;) Sediakan skema jawapan kamu sendiri, kalau ragu-ragu boleh berjumpa secara peribadi dengan pensyarah kamu dan tanya kan dia adakah betul "latihan" yang kamu buat. Simpan. Dan buat sebagai rujukan masa study week dan juga sebelum peperiksaan. 

Satu lagi cara utk study smart, bahagikan pastyear untuk kamu siapkan dengan beberapa orang rakan. Ataupun, bahagikan topik utk disiapkan nota. Kemudian, bentangkan dan berbincang sesama kamu. Percayalah, study group yang matang sangat membantu untuk proses pembelajaran di alam degree. 

Jangan kedekut antara classmates. Kerjasama dalam belajar. Kalau kamu faham, ajarkan kawan. Kalau kamu tidak faham, minta kawan ajarkan. Selalu rujuk pensyarah untuk kepastian adakah pemahaman kamu betul atau tidak. 


5. KENALPASTI CARA MEREHATKAN OTAK
Nah yang ini pun penting juga. Kamu kena tahu bagaimana cara menenangkan diri kamu. Kalau saya, saya perlu keluar dan berjalan-jalan, tengok langit, tengok pokok, tengok laut. Mujur kampus depan laut China Selatan haha.. Tengok movie yang korang donlod pirate tu yang light-light. Yang best-best. Jangan tengok Final Destination, jangan tengok filem-filem yang ngeri dan kejam. Jangan tengok cerita hantu atau filem-filem lucah. Ini semua genre yang akan menumpulkan otak kamu. 

Cari benda yang boleh stimulate otak. Contohnya macam main game. Kalau saya, saya kena baca buku yang light, novel ke, komik ke, majalah ke, untuk stimulate dan rehatkan otak :)

Yang muslim, jangan terlalu leka belajar sampai lupa nak solat. Jangan tinggal solat, dan sebolehnya jangan solat lewat. Selalu, setiap hari baca alQuran, Ini semua yang akan membantu menenangkan diri, terutamanya sewaktu musim peperiksaan. Cuba istiamah, kalau boleh sebulan sekali buat qiamullail. Solat di tengah malam, jam 3 atau 4 pagi, atau bila-bila masa sahaja yang kamu terjaga sebelum waktu subuh :) 

Satu lagi perkara yang suka saya amalkan, biasakan diri solat taubat, solat hajat & solat istikharah. Kenapa istikharah? Sebab kita nak mintak petunjuk sub-topic mana yang akan masuk exam. Bunyi macam kelakar dan mempergunakan agama? Pada saya tidak, kita cuma meminta pertolongan daripada Tuhan kita, tak salah kan? Hehe. Betul, kebanyakan masanya datang je rasa-rasa topic mana yang lagi nak kena fokus. Tengok-tengok mmg yang itulah yang masuk exam. Haha. hebat kan kuasa Tuhan :) 


Jadi, cukuplah rasanya untuk perkongsian lima tips ini. Ini cara saya, cuba sesuaikan dengan cara anda. Jangan tiru-tiru. Kemampuan manusia berbeza :) Yang penting sekali, mana kewajipan kita kena buat. Kalau ada yang pegang jawatan, buat kerja dengan betul. Hormat lecturers, jangan sampai pensyarah yang memberi ilmu kepada kita sakit hati dengan kita. Tak berkat ilmu nanti. Hormat kawan-kawan. Biar semua orang senang hati dengan kita :)

Last but not least, lepas betul-betul kita berusaha, usai je menjawab soalan terakhir peperiksaan kertas terakhir, nyanyi la lagu Sufian Suhami tajuk Terakhir. Eh. Tak. Itulah masa kita mula berdoa dan bertawakkal kepada Allah, Percayalah apa jua keputusan yang kita dapat, itulah yang setimpal dengan usaha dan yang terbaik bagi kita. 


Semoga bermanfaat. 

SELAMAT BERJAYA. 


#tipsDekan

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum wbt, salam sejahtera. seperti yang akak dah berjanji dengan orang tu, orang ni, hari ni akak akan berkongsi beberapa tips bagaimana untuk dekan. tak kira lah kamu ni sejenis manusia yang belajar 100% sebagai pelajar, ataupun kamu ni sebenarnya seorang yang habes semua jawatan kamu nak pegang. Dan tips ni, lebih berfokus kepada pelajar di universiti, lebih lagi fokusnya di taraf ijazah, lagi lebih fokusnya mahasiswa UiTM. 

Jadi, sebelum baca entry ni, silalah pasang lagu UiTM Dihatiku dan Wawasan Setia Warga.  Utk pelajar UA atau US lain, play lagu Univ korang ye. Variasikan playlist anda, masuk sket lagu Anak Kecil Main Api, Suci Dalam Debu, lagu Aiman Tino, Sufian Suhaimi, eh, erm okay kita teruskan. 


1. BIASAKAN DIRI DENGAN KEADAAN SEKELILING.
Baik. Bila kita kata keadaan sekeliling, ini merangkumi semua benda. Termasuklah kamu duduk di mana. Dapat kolej ke, duduk rumah sewa ke. Rumet, Classmate (yang ni paling besar pengaruh). Mana library di kampus kamu. Mana tempat makan yang paling sedap. Siapa lecturer kamu.  Apa yang akan kamu lalui sepanjang tempoh pengajian. 

Sebaiknya bila dapat je offer tu, terus siasat dan baca tentang tempat yang kamu akan pergi tu. Study pasal kos yang kamu dapat. Cari senior di tempat tu, tanya dia. Dapatkan gambaran awal. Sebab nya, persediaan mental dan fizikal sebelum masuk lagi adalah perkara yang terpenting sekali. 

Bersedia, dengan kenal bakal senior atau bakal tempat belajar ni bukanlah bermakna kamu perlu bergantung semua benda pada dia. Tapi ia akan memudahkan kamu untuk tahu lebih lanjut atau kamu tahu siapa kamu boleh mintak pertolongan masa kamu betul-betul susah nanti. Kamu akan tahu ke mana mahu dituju untuk selesaikan masalah kamu.

Jangan ambil masa terlalu lama. Minggu pertama, cuba kenal tempat, orang dan benda yang penting. Habis je minggu pertama, paling lewat minggu kedua, terus keluar dengan plan dan apa yang kamu mahu capai sepanjang semester itu. Masa ini, plan kamu akan lebih realistik sebab kamu dah ada at least 40% gambaran keseluruhan yang membolehkan kamu menganalisa sejauh mana kemampuan kamu, apa yang kampus kamu ada, dan apa yang kampus kamu tidak ada utk membolehkan kamu capai goal kamu.

Sebagai contoh, kamu ambil kos Computer. Kampus kamu, kelajuan internet dia amat luar biasa. Pensyarah bertitle Prof. Senior senang didekati. Kamu boleh la aim utk dapat A+ bagi subjek komputer. Rumet kamu pula jenis tido lewat & suka main game serta suka buat bising. Jadi, since kamu dh tahu mana library, mana bilik study, kamu boleh la tgk mana tempat lain kamu boleh pergi belajar dgn tenang. So, dalam semua cabaran & peluang sekeliling, kamu boleh plan, overall sem tersebut, kamu nak dapat 3.9 ke 4.0. Sebab itu, analisa & faham keadaan sekeliling sangat penting sebagai proses pertama kamu untuk berjaya. 


2. PUPUK CINTA TERHADAP APA YANG KAMU BELAJAR.
Nah, ini langkah kedua yang paling amatlah penting sampai nak nanges dekkk T^T
Perjalanan ambik dgree ni susah diknon. Susah dia sebab banyak assessment, banyak kerja. Tapi takde la susah sampai takboleh perform. Sebab tu, akak sangatlah setuju bila orang kata, nak sambung belajar ni kena ada minat dari awal. Bukan baru-baru nak belajar minat. Bukan sebab terpaksa. Tapi ya, kalau kamu ni spesies yang cintakan ilmu, dapatlah kos apa pun, ikhlaskan niat belajar kerana nak kan ilmu. Bukan sebab nak dapat pointer tinggi. Bukan sebab nak impress crush kamu. Bukan sebab nak menunjuk, bukan sebab nak puji-pujian, Buat sebab diri sendiri yang nak, dan belajar sebab nakkan ilmu.

Bila kita suka nak belajar, tak perlu paksa-paksa bila nak kena baca buku, bila nak kena study. Secara sendirinya kita akan rasa nak tahu lagi. Bila kita nak tahu lagi tu yang kita akan tambah bahan bacaan, bahan rujukan. Kita akan lagi tak rasa malu nak tanya further explanation dari lecturers. Bila kita tak dapat, kita akan usaha cari rujukan lain. Semua akan jadi senang, level stress pun akan kurang. Satu lagi, bila kita belajar kerana suka, cinta dan minat, kita dah tak perlu hafal. Alah, macam korang baca novel la, satu-satu watak dalam tu boleh ingat. Jalan cerita boleh ingat. Sama la macam belajar. Bila kita dah ingat dan bebetul faham flow dan konsep dia, dah tak perlu pecah kepala menghafal, Sebab kita dah faham dan automatik kita ingat. 

Nak buat kerja pon rasa tak sabar-sabar. Sama macam bercinta lah, tak sabar-sabar nak jumpa. Haa gituh uols. Konsep dia sama. Bila ada minat, bila suka, semua benda akan rasa tak perlu dipaksa-paksa. Bila kita buat dengan senang hati, yang mudah lagi mudah. Yang susah rasa mudah. Rela berkorban apa saja katanya :) 


Baiklah. Untuk post ini, itu sahaja perkongsiannya. 
Semoga bermanfaat ;)


Baca Sambungan : #tipsDekan : 2

Thursday, December 29, 2016

ibu bapa derhaka

bismillahirrahmanirrahim..

sekali lagi, dunia yang tidak adil selalu menilai dari satu pihak sahaja. rata-rata hari ini kita dengar, rungutan dan sungutan daripada para ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka derhaka. tapi persoalannya ialah, benarkah anak itu dahulu yang derhaka ataupun ibu bapa dahulu yang derhaka kepada anaknya?


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak". (Riwayat Muslim).

maka ramailah antara kita yang terlepas pandang, selain dari mengharapkan seorang anak untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada kita- ibu bapa- kelak, hendaklah ibu bapa itu terlebih dahulu menjalankan hak kepada anaknya, sebelum dia wujud dari dalam kandungan, semasa di dalam kandungan dan setelah dia dilahirkan. 

tugas pertama sang bapa ialah mencari ibu yang baik kepada anaknya. maka secara tidak langsung, sang ibu pula pada masa yang sama hendaklah berusaha menjadi yang baik, maka, tugas sebagai ibu bapa bermula awal daripada semua jangka. di umpamakan, sang bapa merupakan petani dan sang ibu pula umpama ladangnya, maka hendaklah si petani mencari ladang yang baik bagi "bercucuk tanam" 

kemudian, hendaklah anak tersebut dijaga dengan sebaik mungkin semasa di dalam kandungan dan apabila dilahirkan, tugas ibu bapa ialah untuk memberikan nama yang baik kepada anaknya tersebut. setelah itu, anak tersebut mestilah dididik dengan didikan agama yang sempurna dan diajarkan alquran kepada nya. hal ini disebut di dalam satu hadis, mafhumnya :

Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.  Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab  Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?  Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.  Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu.  Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

nah. perhatikanlah wahai ibu bapa. adakah anak kita dibesarkan dengan dipenuhi hak-hak mereka yang sepatutnya, diberikan kasih sayang dan didikan sepatutnya. 

seorang anak yang dilahirkan itu fitrahnya ialah seperti kain putih yang bersih, maka ibu bapalah yang mencorakkan anak tersebut. maka dengan itu, ibu bapa terlebih dahulu hendaklah bersedia sebelum menjadi ibu bapa, bahkan lebih baik jika sebelum bernikah, keduanya menyedari perihal tanggungjawab selepas menjalani alam rumah tangga dan menjadi ibu bapa dalam membentuk ummah. 

muhasabah diri.

adakah kita sebagai bakal ibu bapa, atau yang sudah menjadi ibu bapa sudah memberikan hak mereka, anak-anak atau bakal anak-anak kita sebelum kita bertanya adakah mereka memberikan hak  kepada kita sebagai ibu bapa.



wallahu a'lam. 

Wednesday, July 27, 2016

P E M I M P I N

bismillahirrahmanirrahim

salamullah 'alaikum warahmatuhu wabarakatuh,

"leader is not born, they are made"

jangan pernah kata, saya tak layak. atau, ada orang lain yang lebih layak kerana takdir Allah tak pernah salah. if its were meant for you then go for it. 

semua orang dilahirkan sama. menangis, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap. yang berbeza cuma keadaan kehidupannya. apa yang dia lalui, bagaimana kehidupan dia dicorakkan, itulah yang membentuk dirinya.

jadi, atas dasar itulah setiap manusia saling melengkapi. tidak ada walau seorang manusia yang dilahirkan sempurna. ada cacat celanya. dan kerana itulah kita perlukan satu sama lain, untuk saling menyempurnakan. Michelle Obama menyebut 

"I wake up every morning in the house built by a slave

Well, yes and sekaya mana pun kita, nasi yang kita makan, masih ditanam oleh petani. dan kerana itu, walau di mana juga duduk kita, jangan bermegah, kerana satu hari, kita memerlukan orang lain juga. 

samalah halnya dalam konsep sebuah kepimpinan. dalam hal ini saya berpegang kepada beberapa konsep : 

Pertama, Allah menyebut dalam alQuran, mafhumnya, kita umpama bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain. Dalam surah lain, Allah menyebut mafhumnya, dia menyukai hamba yang berjuang di jalannya secara berkumpulan (saffan), seperti bangunan yang tersusun. 

Kedua, Allah menyuruh kita menyerahkan amanah kepada ahlinya. 

Ketiga, dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa amanah itu merupakan sesuatu yang berat. dan hadis lain menyebut, ciri-ciri orang munafik ialah apabila dia diberi amanah namun dia khianati. 

Keempat, disebut bahawa jika datang seorang fasik yang membawa berita kepada kamu, maka selidikilah. 

Kelima, dalam alQuran juga menyebut bahawa murka Allah bagi mereka yang berkata tapi tidak dilakukannya. 

Keenam, satu hadis yang menyebut : Semua antara kamu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan tentang kepimpinannya. 


Jadi, dengan itu saya rangkumkan bagi tujuan menjawab persoalan seseorang kepada saya, soalan berbunyi "apa yang diperlukan untuk menjadi pemimpin?" 

Pertama sekali, jawapan ini saya simpan berminggu-minggu kerana ia terlalu subjektif. And today I present u the answer, dalam perspektif saya :

1. Sedar diri. Seorang pemimpin dia kena ingat, sekarang dia memegang amanah. Walau tanpa arahan sesiapa dia harus melaksanakan tanggungjawabnya. Kerana apa? Kerana nanti dia akan dipersoalkan oleh Allah, adakah amanah yang digalas ditunaikan atau dikhianati. Jadi, tidak perlu arahan dikeluarkan individu itu sendiri yang perlu duduk dan berfikir apa sepatutnya dia lakukan untuk menyempurnakan amanah tersebut.

2. Yakin. Dia kena yakin bahawa dia adalah insan yang terpilih untuk menggalas amanah tersebut. Ya amanah mmg berat, tapi Tuhan kata, setiap orang diuji berdasarkan kemampuan sendiri.

3. Kenal diri. Sebelum kita memimpin kita kena tahu bagaimana diri kita dipimpin. Bagaimana cara kita menguruskan diri sendiri. bila kita tahu bagaimana menguruskan diri sendiri secara tidak langsung kita akan tahu bagaimana nak menguruskan orang lain. treat others the way u wanted to be treated. kalau kita tak suka, jangan lakukan yang sebegitu pada orang lain and vice versa. Kenal pasti bagaimana cara kita untuk mengawal stress. Satu madah pujangga : Its better to conquer urself than win a thousand battles. 

4. Tenang. Jangan mudah melatah. Apabila dengar perkhabaran yang kurang enak jangan membuat spekulasi melulu. Selidik. Selesaikan dengan ilmu dan hikmah, bukan emosi. Kawal amarah. Tidak ada untung pun membenarkan diri kita mengeluarkan kata-kata kesat. Bercakap dengan hati, sampai kepada hati. Tidak perlu meninggi suara. Tidak perlu bermasam muka. Orang yang paling kuat ialah orang yang boleh mengawal amarahnya. Dan marah itu datang dari ego. Tundukkan ego. Tidak ada manfaatnya kita agungkan ego tersebut. 

5. Terima seadanya. Dalam kumpulan kita, terimalah ahlinya dengan lapang dada. Akui kelemahan. Bila kita menerima kelebihannya, kita juga harus terima kelemahannya. Dan dari kelemahan itulah kita sebenarnya memahami konsep "melengkapkan antara satu sama lain" . Dari itu seharusnya yang lemah itu belajar bagaimana utk memperbaiki kelemahan, belaajar dari orang lain. 

6. Muhasabah. Ini yang selalu perlu dilakukan. Kita perlukan masa-masa tenang untuk kita duduk dan muhasabah diri sendiri. Bertaubat atas kesalahan dan cuba sedaya upaya untuk membetulkan kesalahan kita. Mukmin yang baik ialah orang yang mampu menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.

7. Bersedia untuk belajar. Pemimpin itu memimpin dan dipimpin. Tidak kiralah siapa pun yang menyampaikan teguran atau menyampaikan ilmu, terimalah untuk kita perbaiki diri. Kalau kita boleh belajar daripada kegagalan dan kesalahan orang lain, mengapa kita pilih untuk belajar dari kesalahan sendiri? 

8. Saling percaya. Dalam satu kumpulan kepimpinan harus ada kepercayaan antara satu sama lain. Jangan khianati, kerana orang lain tidak pernah sekali-kali faham tentang keadaan kita, yang terdekat cumalah ahli kita sendiri. Berdiri bersama-sama. 

9. Bandingkan kita dengan diri sendiri. Jangan sekali-kali menyamakan kita dengan orang lain kerana setiap orang kapasitinya berbeza, sifatnya berbeza. Cukuplah kita tahu kita menjadi yang lebih baik dari semalam dan tidak perlu utk kita menandingi pencapaian orang lain. 

10. Sedia berkorban. Kehidupan seorang pemimpin tidak sama. Kamu akan tuai apa yang kamu tanam. Kenapa kehidupan kita susah? Kerana bila kita menjadi pemimpin, satu darjat telah diangkat. Dapat darjat lebih, haruslah dugaan pun lebih. Ikhlaskan hati. 

11. Bersedia pada perbezaan pendapat. Kita tidak selalunya benar, mungkin ada masanya kita salah, dan orang lain yang benar. Jadi, tidak salah, malah lagi baik untuk kita meminta pendapat dan berbincang. Two heads are better than one!

Percayalah,

1. Jika kita ikhlas buat perkara kerana Allah, dia akan bantu permudahkan dan memberi pertolongan dalam pelbagai bentuk.

2. Setiap yang berlaku ada hikmah. Kita mungkin berharap itu dan ini, tapi kita sering kecewa kerana tidak dapat apa yang kita mahu. Tapi kita lupa, perancangan Allah itu lebih baik. 

3. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara itu sedangkan dia buruk bagi kamu, dan boleh jadi kamu membenci satu perkara itu sedangkang dia baik bagi kamu. 



Tidak ada orang lain yang mampu membantu memajukan diri kita melainkan kita sendiri. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya. 


Jadi saya kira, cukuplah sampai disini utk saya ulas pandangan saya berkenaan ciri-ciri seorang pemimpin. Semoga penantian saudara untuk mendapat penjelasan dan pandangan berbaloi 


:: Strong people dont put others down, they lift them up - Michael P. Watson ::

:: A leader is one whose knows the way, goes the way and shows the way - John C Maxwell ::

Tuesday, February 09, 2016

K U R U S dengan G E M B I R A

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt. Fuyo lama gile tak update blog. Haha

Baiklah, seperti yang dijanjikan, akak nak share tips kurus dari Kevin Zahri - walaupun akak sendiri belum kurus- yang dah berminggu-minggu janji tapi belum tertunai. 

Alright. So kita nak bercerita gaya cerpen ke gaya novel ke gaya karangan Bahasa Melayu?

Baiklah, 

Memandangkan yang membaca ni semua golongan pemalas tapi nak kurus, kita cerita gaya pemalas #deep

Here we go :

Q :Senaman mana yang lagi baik untuk kurus?
A : Senaman dia nama nya ikut suka kau. Kalau kamu rasa jogging tu kamu suka, jogging lah. Kalau kamu rasa panjat bukit tu kamu suka, buatlah. Kalau kamu rasa skipping tu melekat di jiwa, maka buat skipping. Sebab yang pentingnya ialah, buat senaman yang kamu suka, jadi kamu tidak akan rasa terpaksa and you'll tend to do it tanpa rasa terpaksa, kamu enjoy dan kamu takkan ada ciri-ciri hangat-hangat tahi ayam. Ehem..

Q : Betul ke ais menyebabkan perut buncit?
A : Tak, pemakanan kamu yang melampau tu yang menyebabkan perut kamu buncit, Please jangan salahkan ais. 

Q : Apakah senaman untuk mengempiskan perut?
A : 
1. Sit Up : Bila melakukan sit up, tidak perlu kita bangun (angkat kepala) sampai capai lutut. Cukup sekadar mengangkat separa badan, cara yang betul, letakkan tangan di belakang kepala- tapi jangan sampai menolak kepala masa nak bangun tuh, dengan kata lain, just touch ur head- ATAU tangan secara silang di bahu. Bangun, Cari satu point, contoh, satu bintang di langit (cis mana ada bintang siang hari) pastu pandang dan bangun tapi masih boleh pandang bintang tersebut. Pening ke? Sampai ke tahap imaginasi korang ni? Sesape nak akak coaching-kan, boleh. Dengan bayaran RM50 sejam, Kahkah. Okay tak kelakar. 

2. Plank : make sure posisi angle siku ialah 90degree. Support dengan toe and keseluruhan lengan (lengan ke tangan kita panggil eh, kawasan siku ke bawah tu)

3. Cycling ; tidur, angkat kepala sikit dengan tangan di belakang kepala. Angkat kaki dengan lutut 90degree then tolak satu kaki ke depan belakang depan belakang. Tolak sahaja, jangan kayuh! 

Hmm. Nampaknya susah nak bayangkan kan? Baiklah, korang klik je lah link ni : 25 senaman perut

Settle, Hahaha

Q : Macam mana nak kurus?
A : Determine dlu gemuk kamu gemuk air ke gemuk lemak. Kalau gemuk air, minum air banyak, sampai badan dapat air yang cukup. Macam mana nak tau badan dapat air cukup ke tak? Check warna urine anda. Bila badan dapat air yang cukup, warna urine akan warna jernih. Sebab ape? Sebab bila badan gemuk air, bila tak dapat air yang cukup the body tend to store water sebab dia takut tak dapat air. So, secara tak langsung berat badan akan dipengaruhi oleh air. Berbeza dengan kalau dapat air yang cukup, badan tanpa ragu-ragu akan "keluarkan" air yang berlebihan sebab dia tahu, kalau dia menyahkan air nanti dia dapat air baru

Kalau badan gemuk lemak, make sure kena kawal pemakanan. Kalau nak kurus cepat, kawal makanan dan exercise. Kalau nak lambat, kawal pemakanan. Pemakanan adalah faktor pemangkin untuk dapatkan ideal weight. Train yourself slow-slow~ 

Q : Jadi, macam mana nak tahu gemuk air ke gemuk lemak?
A : Duduk depan cermin, goyang goyangkan badan anda, Kalau bergoyang hebat maka anda gemuk air, kalau bergoyang dengan pejalnye maka kamu gemuk lemak.

Q : Diet atkin?
A : Diet atkin sejenis diet yang omit carbo, Hakikatnya berat badan bertambah bukan sebab store carbo, tapi sebab carbo tu store air. Maka, yang berat tu ialah sumbangan air. Jadi, bila diet memang laaaahh kurang berat dengan cepat. Tapi, apa jadi kalau kita stop diet? Haa jawab sendiri. Opkos la berat badan akan naik balik. Hal ini juga sama lah dengan produk-produk kecantikan. Semua akan bantu buang air, bukan lemak. Jadi, pilihlah cara hidup yang sihat utk kurus!

Q : Macam mana nak kawal pemakanan?
A : Makan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan halang diri dari makan benda-benda yang kita suka, makanlah tapi kawal kuantiti. Cara itu lagi friendly dan lagi tidak mneyeksa badan. Uh-um!

Q : Rasa sakit selepas bersenam elok ke tak?
A : Elok, sebab bila otot sakit bermakna senaman yang dilakukan efisyen la tu. Bila senaman efisyen, maknanya otot kita injured dan "terbuka" space dia utk serap nutrient atau melepaskan lemak-lemak yang ada. Jadi, bila otot injured, badan memerlukan beberapa hari untuk pulih keadaan semula. Jadi, kita tidak disarankan untuk bersenam setiap hari dengan senaman yang sama- untuk memberi peluang kepada otot yang injured itu untuk pulih seperti sedia kala, Jadi yang keseterusnya, variasikan senaman anda! 


Q : Macam mana nak gemuk? (Bagi yang underweight)
A : Makan je takkan membantu seseorang untuk gemuk. Sebab, gemuk berlaku bila otot menyerap apa yang badan makan. Jadi, senaman juga membantu untuk tambah berat badan. Sebab, apabila kita bersenam, otot akan ada alasan untuk mengembang, especially bila otot-otot luka, lantas menyerap nutrient2 yang diperlukan oleh badan, Maka, tadaa inshaAllah boleh gemss. 


Harus diingat, badan mempunyai kadar metabolisma seperti sedia ada, Dengan kata lain, kalau kita duduk goyang kaki pun, badan masih membakar lemak (kalau tak makan apa-apa lah :P ). Sebab itu, total kalori intake dengan total kalorie burn perlu diambil kira dalam proses mengurangkan berat badan.

Katakanlah setiap hari badan kita mampu membakar 3000cal sehari, kita ambik makanan 3500cal sehari, tanpa ada senaman, maka kita akan gain weight, sebab kalorie intake lebih tinggi daripada kalori yang hilang, Faham tak? Haha. Kalau tak faham boleh datang pada saya untuk keterangan lanjut :P

Lagi satu, nak kurus, biarlah logik. Jangan beria sangat nak kurus 30kg dalam masa sebulan pastu habes semua benda tak boleh makan. Mengarut namanya tu. Jangan seksa badan kita!

Yang penting, untuk kurus atau dapat berat badan yang ideal ialah mengawal pengambilan makanan. Well, you are what you eat~

Untuk hari ini, setakat ini sahaja. Notes ai is tertinggal di Dungun if there's any updates, will come out with another new post ;)

Sunday, June 15, 2014

:: sebuah perjalanan :: EP.2

go to previous episode : previous episode

maka bermula hari itu, aku mula faham. kesibukan kita dalam kerjaya atau kepimpinan sesungguhnya tidak pernah menghalang kita untuk berjaya dalam akademik. kita boleh berjaya, untuk kedua-duanya sekali. boleh. tidak ada apa yang sangat mustahil dalam hidup. 

semester tiga. kalau di awal semester satu dahulu, kemain tak mahu terlibat mana-mana, tak mahu ambik port dalam apa-apa aktiviti, tapi berlainan sekali kali ini. pasak dalam dada, sekali lagi. pelajaran nombor satu, amanah bukan nombor dua. masih lagi dengan title class rep. dan dilantik semula ke dalam Majlis Tertinggi Kelab. kali ini terpaksa menggantikan tempat seseorang yang meletakkan jawatan sebagai Exco Agama dan Kerohanian. terus dengan D'Hoteliers. aku semakin jatuh cinta dengan kelab ini. dengan perjalanannya yang menawan. dengan kesibukannya. aku suka. dan terus bersemangat sebagai seorang seki TR. azam sem ini, sudah berada di kolej Duyung. maka sesuatu yang lebih besar harus diberi. satu hari, sewaktu dalam komersial kitchen, dapat satu call. madam takde, so i just tell COD (chef of the day) yang aku nak jawab that call sebab nombor ofis. macam penting. rupanya HEP yang call. dorang bagitau aku yang aku kena pergi kem ape tah kat mane tah sebab aku tercalon sebagai calon JPP (jawatankuasa perwakilan pelajar). JPP ni a step untuk jadi MPP. aku memang terkejut beruk la masa tu. dah la hari tu aku masak main course kot! nak tinggal ke sape kitchen ni sebab dia kata aku mmg kena attend satu meeting dengan semua calon at 12pm. pastu dia cakap la kos tu sampai hari Ahad, which means, hari Ahad was my practical test for serving class. my only chance utk dapat A utk subjek tu. kalau tak, say bye la utk dapat A subjek serving! aku bagitau yang menelefon, saya tengah ada kelas kitchen, kalau lect saya let go saya, saya akan pergi. tapi in case dia x bagi saya x boleh keluar. yang menelefon cuma kata : xpun you bagitau dorang yang KPP (iaitu PA aku)  you yang cadang nama you. mesti you boleh keluar tu. okay? iye puan, saya cuba. susah sikit sbb ni commercial kitchen, kami ada guest. i'l try to be there. letak telefon.

and after that, aku masuk kitchen, x care dah ke classmate aku yang tengah havoc dalam kitchen. and aku dah rasa sebak semacam. aku rasa macam xmampu. what am I supposed to do sebab dah banyak benda clash ni? dah la nak tinggal ke sape nye main course aku ni? tenderloin pulak tu. exam amali aku. sir didi lepas ke? macam mana nak mintak kebenaran dengan Miss Lynn, ape nak cakap? aduhai. and sabtu tu aku ada event dgn Hoteliers! walaupun event kerjasama tapi kami xcukup orang ni. rupanya ada kawan perasan yang aku yang boleh tahan kepohnya tetibe senyap she came and ask me : Dayah kenape?
hah. aku dengar soalan tu sambil aku jawab, takde pape terus nangis. Asmah la seingat aku yang tanya aku tu. Sebelah nya ada Sualiza. dorang ingat aku memain. tapi masa tu aku dah tak de energy dah even nak pegang chef knife. aku terus letak chef knife aku aku pegang working table and cried. sekejap je, sesaat dua nanges sungguh2 tapi rasa macam malu kan, lepas tu nanges sambil trying hard to smile. haha. havoc kejap kitchen masa tu! semua 9orang yang lain stop buat keje and ask : dayah kenape?? i'm just said that i'm okay. no need to worry. continue your work. aku cuma bercakap dengan COD masa tu, aku cakap la, tadi yang call tu HEP. dia kata orang kena pegi kem, besok sampai ahad. sebab dah kena calon as JPP for MPP. i have to attend a meeting at 12pm. is there anyone yang boleh replace my place to do this tenderloin? 
takde la beria aku speaking masa tu kan, ye la, cakap bahasa melayu la. haha. ni cuma nak bagi sedap cerita je. okay sambung.
hah, masa tu, kan aku tengah ala-ala sebak kan, so, slow je la cakap. pastu ada la yang tanya : apa? si COD ni kata la balik apa yang aku kata, kepada 4 orang yang lain. pastu yang lagi 5 orang x dengar, dorang tanya la pulak, ape dia? kenapa? so yang dengar tadi tu cakap la balik apayang si COD ni tadi cakap kat dia. maka kelas pun be like :
fullamak kecik.
fuyoooo kelas kita nanti ada MPP
kelas la kau
and dapat tangkap satu perkara : weyh meh aku buat tenderloin kau. takda hal. kau pergila 

and i was like : ye ke ni? kau oke ke nak buat? xpe, aku siapkan dulu mise en place and apa yang patut. and then after a while miss masuk. and sekali lagi drama air mata depan miss. TERkeluar ok! miss izinkan and miss pesan, you can go tapi you siapkan semua mise en place, cuma tunggu daging masuk ove je. nanti orang buat appetizer boleh assist and once suop keluar yang buat soup blh take place plating ke garnishing ape ye.. make sure main course have no problem. COD, ya?

COD nodded and so do I. so, lewat la sikit actually aku keluar sbb aku sendiri yang make sure tenderloin dah masuk oven and my classmate yang beria suruh aku cepat2, so bukak apron, keluar kitchen lalu depan guess kelas serving, jalan tengah panas pergi ke Rumah Persatuan. sampai sana i met Faisal. dia yang approach aku sbb aku pakai baju kitchen so he knew that dia dan aku merupakan calon dari fakulti. that was my first time talking to him. i told him what i have that week. we both are depressed actually. last minute punye cerita. kalau la tahu awal at least aku boleh tukar turn dengan sir didi utk exam amali tu kan. aku mmg just datang utk say no tetapi bantahan kuat daripada En.Taufik and also Puan Zakiah masa tu. haha. aku cakap la, kalau saya boleh excuse exam tu so saya akan datang utk kem. I'll try to contact my lecturer IF he allows me to. kalau tak, I wont be there. 
after that, come back to kitchen and do those clearing. classmate tu sambil clear semua sibuk tanya macam mana macam mana kan. aku cma, angkat bahu. haha. and tunggu masa briefing, nasib baik miss takde komplen pasal aku punya tenderloin terlebih masin ke ape kan. so, masa jalan ke Duyung tu terus aku text sir Razman. sir ke yang calon saya. he said that dia dah emel aku, aku xbukak emel ke? O God. aku bukak emel masa nak check result je kot. ataupun masa lupa pasword nak log in pape. haha. then karang ayat text sir didi to ask him, how. text sir Fyzal is it okay kalo aku xde event this Saturday. sir Fyzal kata ok, pergi la. that night ada perjumpaan dengan geng underground. aku btau aku dpt offer MPP. apeng said : kau curang Dayah kalau kau join MPP. they all said, nanti kalau dapat MPP mesti dah tak selalu dengan kita. aku diam. and cakap, alah, bukan konfem lagi pun, nanti la aku fikir. ada masa lagi ni. and until that time, sir didi langsung tak reply msg and I know he was mad at me. so, aku taknak carik gaduh taknak panjang kes. aku pun entah pesan kat sape masa tu, let them know, that I will not be there. bukan mengelak tapi I cant and I have my own priority at that time. 

semuanya pecah masa event hari Sabtu tu. tak silap aku event tu HosFest (Hospitality Festival 2012). tapi aku xsure betul ke tak. rasanya betul la kot. haha. bila sir faizal tgk aku terpacak kat site event, he ask me: aik, awak x pergi kem ke dayah?
 tak. 
kenapa? 
saya tak dibenarkan utk tak ambik exam final serving besok.
ala, tapi rugi la.
tak berani la sir nak ambik risiko. yang tu tak konfem lagi dapat ke tak. yang lagi satu subjek saya. tak nak lah.
ye ke. sayangnya..

and then bump into sir razman.
aik, dayah, bukan ke minggu ni kem nya?
aah, start semalam
kau, kat sini?xpergi?
tak
lah kenape?
esok ada final serving. tak dapat excuse.
*buat action nak ketuk kepala aku dan terus pergi*

geng underground :
weyh, Dayah setia dengan kita.

and my final serving going well. very well. sir didi pun tanya :
aik? budak kecik ni ada pulak hari ni?
dah sir tak kasi saya pergi
i didnt say anything~
alah, macam saya taktau kalau silent sir tu maknanya tak berkenan la tu. hehe..
ookai, utk hari ni **briefing**

and the next next week, bila aku naik HEP, Puan Zack said : Eh, awak la Hidayah kan? yang tark diri MPP hari tu?
i'm like : GULP. macam mana dia kenal aku? haha. padahal sekali je jumpa. aku pun beranikan diri. ye, saya la. haha. bukan sengaja puan, maaf lah. bla3 bagitau sebab kan.. pastu lagipun, saya geng underground. 
dia balas : ek elleh. 

oh. hampir nak terjebak! dalam dunia kesibukan tiada batas. cuti sem. bercuti dengan jayanya. and suddenly dalam tempoh bercuti tu i got a message dari Saiful, sape nak jadi OC, OC xcukup. sape nak jadi bagi nama. ade geng lain tanya : nak join x? I refuse. sebab last sem cuti aku dah dicuri! haha. and jeng.. kemuncaknya : result part 3. risau juge sebab sem ni dah start ada kira-kira : subjek akaun, a.k.a sampai menanges2 aku takut fail akaun sbb xreti. carry mark 20/40. and kalau aku teruskan dengan prestasi masa tu mmg aku akan fail akaun! nanges. cari member and Waa sudi ajar aku. sepetang je belajar dengan dia hadam semua topik sepanjang sem and I got it. lah. kacang je akaun rupanya. thanks to her. a big thanks. kemudian dengan dua kelas praktikal. bukan senang beb nak skor markah kelas praktikal! walaupun dengan semua tu, alhamdulillah, aku still boleh teruskan perjalanan dalam rank dean lits. with GPA 3.68. turun sikit. but okay la. this is a very hectic semester!

azam baru untuk semester empat!

:: bersambung.

:: sebuah perjalanan

#bismillahirrahmanirrahim

dalam hidup mereka yang kisah tentang status pembelajaran, mereka yang bermatian cuba untuk mendapatkan gred yang bagus dan mahu menjadi yang terbaik, pastinya perjalanan hidup kita pernah melalui fasa kegemilangan, sedang-sedang dan juga fasa di mana, kita di bawah. jatuh. terjelepuk. aku juga begitu. 

kejap. ayat bunyi macam novel sangat. nanti tak serunak nak bercerita. keh.

ceritanya, no offense kepada mana-mana pihak pun. sama ada yang telah hidup atau masih mati. eh? ehem.

bla dicerita tentang zaman persekolahan. yeah. perfect. memang UPSR lagi straight As. and same goes to PMR. walaupun masa tu melalui zaman-zaman yang terlampau getir. dengan kondisi kesihatan yang tidak seberapa. dengan lambakan tugas dan amanah. dengan perubahan cara hidup yang baru. namun alhamdulillah masih mampu meraih cukup 9A untuk PMR. siap masuk paper kot masa tu.

ceritanya bila naik ke tingkatan empat, aku mula diberi kepercayaan lagi. menggalas pelbagai jawatan sana sini. baik sekolah, baik asrama. baik. itu bukan punca nya mengabaikan pelajaran. ho ho. tapi apabila diri ini terpaksa jadi wakil sekolah ke kem itu dan ini. maka separuh tahun jugalah aku tidak masuk ke kelas. kalau ada di dalam kelas pun, penat nya masih belum hilang. balik sekolah terpaksa fikir pula masalah2 yang berlaku di sekolah. siapkan kerja tertunggak. homework bertambun. so end up stress dan tido dengan jayanya di dalam kelas! HAHA. takde la orang boleh beat aku bab tido dalam kelas ni zaman-zaman tingkatan empat lima ni. so bila awal lagi dah takleh nak catch up kan, so let it goo let it goo dah la kan. malas. putus asa. rasa dah tak sempat. 

study lagi sikit-sikit. ye la, buat bekal bagi lulus SPM je la kan. but still hopes for miracles to happen. keh. jadahnye kalau usaha tak seberapa, banyak mananya miracles nak happen? *tersedak* so, ed up, result SPM okai, dapat la 4bijik A. bapok sedih masa tu! tapi xrasa mana lagi sebab macam effect dia lambat sikit nak sedar kan. sokay. i realised my mistakes. fine. we'll try again. 

bermula titik hari itu, aku semat dalam hati, no more those side things, leadership programme ke ape jadah, no more. sebab academic is first! kalau terikat dengan amanah lagi, maka aku kena berbahagi. amanah tidak boleh jatuh ke perkara kedua dan akademik tetap kena berada di rank no 1. so it would be very hard! dah mula timbul la kan bibit-bibit penyesalan bila kawan-kawan seperjuangan dulu dah mula pergi interview sanasini, biasiswa itu ini. offer obersea merata. and me? entah dapat ke tidak masuk universitinya. HAH. 

and finally, alhamdulillah, walaupun aku takde la dapat kos yang gempak-gempak, and in fact aku sendiri tak pernah tahu, kos ape ni yang aku nak belajar ni? takpe lah, alang-alang dah dapat tawaran U kan, just go for it la. haha. gile ke taknak pergi, gile nak masuk matrik? jurusan sains? memang tak ah. SPM dah setara tu takkan aku nak bodoh kan nak ambik cabaran besar. haha. so, UiTM di hatiku la masa tu~

masuk belajar.pasak dalam dada. no more and no more. diam-diam je. takpayah nak banyak cakap, nanti orang ambik kau jadi pape. so, i try to. try hard to. tapi nasib xberapa baik, orang pilih juga jadi ketua kelas. tapi masa tu, takpelah, ketua kelas je pun~ takde effect ape. okay go on.final sem satu. okay. good. result. semangat ni tunggu sampai entah pukul 3,4 pagi masa tu. kemain kan. tetibe rasa tak percaya. wait. dean list? haha. walaupun masa tu dapat atas pagar je kan, tapi seumpamanya Tuhan nak berkata: Dayah U can do this. You can get back your own self. Ini balasannya kalau rajin sikit je. wipe off tears and from now on, kita teruskan permainan ini. 

semester dua. masih lagi setia dengan jawatan class rep (ketua kelas). masa tu dah start banyak masalah yang melanda. buatkan aku terpaksa face to face dengan my PA (Penasihat Akademik : function kalau di sekolah sbg Guru Kelas) . i have seen him once, masa family day Hoteliers kat padang tenggol. aku rasa dia ni la PA aku.sebab tengok muka dia macam sesuai je dengan nama (boleh pulak kan?) tapi xsure. so, akhir sem part1 masa nak masuk final tu aku pernah la tegur dia : Sir, sir ke sir Razman?
gile ape masa tu aku tanya masa orang tengah busy nak check bilik peperiksaan  dia ok ke tak, paper cukup ke tak (beliau jadi pengawas peperiksaan masa tu) dia pun macam "sape pulak budak ni?" haha. "Ye kenape?" "saye Hidayah, yang text sir, class rep group D part 1, " he was like : Oh. 
so, from the time being, senang la kan sb aku dah kenal dan dah pasti sape orangnya, senang la nak cari lepas ni kalo ada masalah. hahaa. and my classmates at that time was like : Dayah, tu sape? aku dengan bangganya nye la jawab : oh. tu la PA kita. sambil senyum. 
okay, berbalik kepada cerita sem dua ni, AGM Hoteliers. semangat ni lepas kelas Mandarin dengan Toh Laoshi malam tu, semua sekelas pergi AGM, ye la, lurus bendul boleh tahan la masa tu, sebab kan dia kata wajib pergi. HAHA. so, dengan gigih nye la kami sekelas ni pergi! kena pulak budak kelas aku punya jadahnye pergi calonkan aku jadi calon BENDAHARI masa tu! serius rasa nak sepak je dorang masa tu. aku lupe lak sape yang calon aku masa tu. tambah pulak masa tu sir Faizal (penasihat kelab) ade mention : kalau boleh saya nak junor from part 1, 2, or 3. lagi la semangat dorang nak calonkan aku! dan menang pulak tu!!! argh. okay, konfem la satu jawatan. okay dua sebenarnya, satu lagi class rep yang gigih dan satu lagi Bendahari Kelab Fakulti, D'Hoteliers. 
Kokurikulum. aku dah malas nak masuk Kesatria sebab kan kena kawad-kawad. kena pulak setiap kali Koku mesti aje malam tu ada kelas. mesti aje pagi tu kitchen. penat weyh. so, aku decide la, sem dua ni, takmau penat-penat dah. aku nak masuk koku debat dan pidato! so takyah nak kawad, boleh pergi pakai je baju pape. takpayah nak letih2. kelas dalam aircond. so, jadi la ceritanya. maka bermulalah perkenalan aku dengan geng debat ni : Affiq, Haziq dengan Izwan, geng2 hardcore debat neh! Haziq yang paling suka melaharkan aku pada setiap kali kelas koku dan encik mizie cuma mampu tersengih je. fun wey kelas debat ni sebab 8 orang je yang hadir. HAHAHAHA. 4 laki 4 pempuan pulak tu! haha. sorang lagi laki nama Qayyum and pompuannya, aku, Fieda, rumet aku Waa dengan Izza. haha. haven! 

and bermula perkenalan dengan Affiq tu, satu hari tetibe la si Affiq ni text aku : Yah boleh jumpa, ade benda nak bincang. 
aku dah mula rasa tak sedap tapi ok la, boleh jumpa kat kafe kapas after kelas aku petang tu. jumpe la si Affiq ni petang tu kan. dia cakap la, 
Affiq : yah bz x sem ni?
aku : nape?
affiq : banyak pegang jawatan x?
aku : ade la, cuma class rep dengan bendahari kelab. nape?
affiq : willing lagi tak nak pegang jawatan?
aku : errr, jawatan ape plak Fiq?
affiq : **hulur kad kuasa*
aku : ookai **blur** so, kalau jadi ni kena buat ape? busy ke tak?
affiq : tak bz mane pun, meeting tu takde la sampai seminggu sekali, cuma benda paling special, konfem dapat kolej. 
aku : oh ya?
affiq : ye. so?
aku : okay. terima. 

terima dan rupanya menjadi satu benda yang membawa aku terus beberapa tingkat ke atas. cerita selanjutnya : ade pertandingan debat antara kolej. interkolej masa tu. si Dato' Fieda tu beria suh aku join. katanya jadi geng dia untuk wakil kolej Tenggol. haha. aku pun ia kan aje lah. satu perkara lagi yang melonjakkan aku ke satu tahap lagi. setiap sidang kami menang. haha. rase macam power gile! and last day tu kami semua in red. and masih berpihak pada kami. tajuk nya pasal sampah ape tah, and lastly kami MENANG! haha. 1st place beb. kahkah. so, kami gelar la diri kami Ratu Tenggol masa tu. kahkah lawak gile. rindu nak berdebat, rindu nak kena lahar dengan si Haziq tinggi lampai tu. rindu nak gelakkan affiq yang over eksaited. rindu nak tunggu saat-saat si izwan bila nak masuk serius masa bentang hujah. rindu nak tengok kesungguhan Fieda bentang hujah. rindu nak tengok muka kelip-kelip cuak paksa rela si Waa, dan rindu Izza dengan Qayyum yang nampak konfius, minat ke tak debat. HAHA. 

beranjak hampir ke tengah akhir sem. masih sibuk dengan kutip duit Hoteliers, weekly meeting, almost weekly events, and everything. one day lepas raya, kat satu majlis raya, jumpa denga big boss, Sir Jaie. Approach him, 
aku : sir, saya hidayah. seki baru sir. yang affiq ambik hari tu. 
(haa, dia punya awkward tu, satu ayat tanpa balasan aku habiskan semua)
sir : oh. okay. so you stay mana sekarang?
aku : still sini, tenggol.
sir : kenape you tak pindah duyung? (baca : kolej mahasiswa yang berjawatan tertinggi)
aku : tak sempat la sir, plus malas lagi. next sem la masuk, boleh?
sir : boleh, I takde masalah. cuma takut U susah nak buat keje
aku : takda hal yang tu *senyum*
sir : alright
aku : ok. ok la sir, mintak diri dulu

haha. sopan lagi la masa tu kan sebab tak kenal baik lagi :P tapi sekarang pun masih sopan la. eheh?? :P

kemudian, di dalam kemengahan dengan test and all quizzes, assignments, tetibe dapat satu invitation from my PA. dia kata nak suruh aku masuk competition. katanya kat singapore. so I have to attend weekly training session. masa tu memang rasa tah pape. dok buat turned carrot. turned carrot. pastu dah la aku ni jenis blurr tahap gaban. masuk kitchen kejap kena tinggal. pastu aku dah taktau nak buat ape. pastu kerja asyik kena komplen, sepah la dayah.. buat panjang sikit. buat cantik sikit. kan. dah la kitchen panas. tapi my classmate xde sorang pun tahu. sebab aku macam x konfiden je betul ke aku ni layak p singapore? haha. and then akhirnya memang aku berjaya la pergi singapore. to attend a really big culinary event : FHA Singapore. 2 tahun sekali je. tapi takde rezeki, aku xmenang pun. start yang ini la, bila aku dah mula cuti sem aku xbalik. i mean, balik lewat la kan. dah mula dah macam zaman sekolah dulu. dah mula busy walaupun kemain awal2 dulu taknak taknak kan.. 
and tibala hari keluarnya result. cuak bak hang. sebab kali ni aku bebetul rasa stress. banyak subjek teori. and aku yang mula busy. aku takut, masih trauma kot sejarah lama berulang. takut jatuh lagi. aku baru nak mula melangkah ni. kof kof. sekali lagi, stay up tunggu result keluar. and alhamdulillah, still dean list, kalau dulu cuma 3.55, kali ni melonjak gile-gile, dah dapat 3.82. sengih lebar. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. aku semakin yakin melangkah. 

::bersambung

Friday, May 30, 2014

diploma pengurusan perkhidmatan makanan. LAGI.

bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum wbt..

pertama sekali honestly aku ni nak rasa femes tak femes jugak. tapi memang frankly speaking aku ni sebenarnya malu engkorang semua asyik dok baca blogpost aku yang zaman muda-muda dulu. haha. aduhai. takpe lah. nak buat cemana. memang niat aku nak share dengan semua. sebab aku dulu pun terpinga-pinga masa baca aku dapat kos tu. was like : eh kos ni pasal ape pulak. punya la gugel kan tapi still no result found. sedih beb. bila aku tengok viewer yang makin banyak maka actually post tu dah banyak kali gak aku edit. supaya maklumat yang di salurkan itu tepat dan tuntas. haha. 

oke la. kali ni aku nak sambung cerita pasal kisah masa part 5 and also masa last sekali iaitu part 6. kiranya nak completekan cerita la kan. so sesape yang dapat offer kos ni boleh la start imagine dan berangan-angan dan merancang masa depan kan. keh. 

oke. part 5. list subjek :

fundamentals of entrepreneurship (ETR)
legal aspect in food (LAW)
foodservice system and operation (FSO)
personel training and supervision (SV)
hotel event management (EV)
customer service (CS)

a bit boring la sebab masa part 5 ni korang dah takde subjek praktikal. huaaa. nanges sikit. tapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya. oke. ni peribahasa mengarut tak kena tempat aku. baiklah. we go one by one. kita cakap guna shortform yang aku reka sendiri ea. hihi.

ETR. ni subjek paling sakit. korang akan go down to earth (ceh melampau) utk buat bisnes korang. subjek ni,korang akan diajar tentang ENT (bava : entrepreneur). entah la ENT ni ape dalam bahasa melayunya, aku kurang pasti. keusahawanan kot. hee. korang akan di ajar bagaimana nak build korang punya bisnes. macam mana marketing. apa korang kena buat untuk dapatkan a legal business. semua proses (yang sebenar) untuk korang conduct your own business. serius. penat belajar ent ni. korang mmg kena buat semua. kena buat untuk dapat tahu, dapat ilmu. tapi korang punya bisnes tu xde la sampai kena jalan. korang kena siapkan satu business plan (BP), yang mana BP ni korang akan gunakan untuk bentang bajet dan bisnes bagi mendapat kelulusan mendirikan syarikat dan juga mendapat peruntukan daripada bank. kiranya end product korang nanti akhir sem, korang kena present bisnes korang kat panel (lecturers)  dan panel2 tu seolah-olah pegawai bank yang nak bagi duit beriba-riban kat korang and also seolah-olah pihak2 terlibat yang akan qualify and bagi kelulusan untuk kita buat bisnes tu. korang mmg kena keluar semua dari financal plan korang, product, pendek kata, dalam kumpulan tu korang kena bagi la, sape nak jadi CEO syarikat korang, sape nak jadi financial manager, sape nak jadi marketing manager, sape kena jadi admin nya, HR ke ape benda kan. begitulah. itu markah terbesar tapi stil; korang akan sit final exam which is jawab soalan2 theory. seronok dan sangat sakit buat projek ENT ni! hanya di UiTM. gitu.

next LAW. law paling banyak korang akan belajar was hospitality law. law lain ada juga tapi sikit sahaja and terlalu umum korang belajar. tapi best gak, banyak input belajar law ni. soalan pertama yang aku tanya dlu : apesal pulak kitorang budak DFSM ni kena blaja law. satu hal nak hafal case2, remedy lah section2 la, bia la budak law yang buat kitorang takde kena mengena. haha. rupanya lepas belajar law tu baru aku tahu. dengan blaja law ni la kita sebagai orang yang berada dalam industri makanan will know, setakat mana customer is always right tu, apa hak-hak kita, apa hak-hak pengguna yang kita kena patuhi dan banyak lagi la. seronok walaupun terpaksa hafal a few cases and also section2 law. best!

FSO. ini ialah core subject la utk sem lima ni. korang akan belajar apa yang ada di dalam sesebuah pengurusan makanan. apa itu FIFO, LIFO. pendek kata : bagaimana sesebuah operation dan juga sistem yang digunakan dalam industri perkhidmatan makanan. semua. cara purchasing, delivering, storing dan semua lah. and one of requirement subjek ni ialah conduct a field trip ke organisasi2 utk lihat operasi sebenar mereka. zaman kami hari tu pergi hotel, kilang, hospital and ada lagi a few places utk lihat dan beza kan operasi dan sistem tempat2 yang ada perkhidmatan makanan. a very nice yet difficult dan makan dalam punya subjek la. hehe.

next was : supervision and also CS. dua subjek ni sangat la berkait rapat dengan halatuju masa depan kami llusan foodservice ni utk jadi seorang manager atau bos yang berjaya. more to theory that need to be applied bila kita jadi boss, those softskills and other skills yang kita kena faham dan juga adaptasi nanti. seronok. sangat membantu membina keyakinan diri. haa. jangan main2!

seterusnya EV. subjek ni pun praktikal la jugak, korang akan diajar bagaimana nak conduct an event, dalam bidang hospitality. ye lah, nanti kalau dah jadi boss xde la nak kena hire event planner utk buat kan event utk syarikat kita kan? korang akan blaja all steps yang kena buat untuk korang held an event, no matter for what purpose. event utk perasmian pembukaan syarikat korang ke, event untuk promotion produk korang ke, apa2 je la. this is all utk masa depan la.

last but not least, masa final semester : part 6. satu je subjek : latihan industri (LI). korang akan ber-LI selama lebih kurang 4 bulan la di dalam industri. utk DFSM ni biasanya akan dapat di fastfood-McD, Kenny Rogers, Secret Recipe (any section/station), di hospital (bahagian pengurusan makanan dan dietatik) dan juga di airport (Brahim Airlines Catering). any of it. di kampus Terenggau tersayang ni kita akan buat satu resume sediri di mana resume la kan (haha), masa zaman aku, takleh pilih nak g LI mana, kita cuma boleh ilih tempat/daerah/negeri mana kita nak ber-LI. tapi permintaan kita juga bergantung la atas kapasti dan keperluan industri. lecturer akan mintakkan kita punya placement berdasarkan tempat yang sesuai manakala kita cuma tunggu jawapan. kalau ada kekosongan dan mereka sudi terima kita maka kita akan dapat lah praktikal di tempat yang kita mohon. kalau tidak, lecturer (penyelia LI) akan tempatkan kita di mana-mana industri yang bersesuaian. then, habes tempoh praktikal selama kurang lebih 4 bulan tu maka korang kena balik ke kampus dan present serta hantar report kepada panel masing2 (selected lecturer) untuk tujuan penilaian dan juga pemarkahan. last sem ialah sem yang agak senang nak score la, sbb satu sbjek dan kalau korang boleh buat report yang bagus dan boleh present dengan jayanya korang akan dapat A dan pointer GPA korang akan dapat 4flat. haha. boleh la buat cover CGPA korang kannnn.. hehe.. cerita panjang LI, aku ade tulis jugak. tekan je cursor korang ke slot 'Industri' di bahagian kanan blog aku yang tak secomel aku ni. ehh?

settle hal praktikal, maka grad lah korang dengan ada diploma pengurusan perkhidmatan makanan, yehu. ternyata 3tahun lebih kurang tu takde la lama mana dengan subjek-subjek yang enjoy sepanjang semester, sepanjang sesi pengajian. enjoy tak bace cerita aku? haha :P aku jujur dari hati nurani memang sangat suka la dengan subjek dan sistem UiTM (Terengganu) terutamanya dan juga requirement course dari Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UiTM se-Malaysia atas pengurusan dan penyusunan subjek2 ni. bagus sangat dan sangat membantu kami graduan UiTM di masa yang akan datang untuk survive di dalam industri, atau berada lah di mana-mana pun di ceruk muka bumi ini. terima kasih UiTM. jemput datang konvo aku bulan 11/12 ni ye di Dungun! jangan lupe beli kan bunga sebab aku dah sudi share pasal foodservice dengan korang. haha! gurau je. cuma kalau nak beli kan tu, ye la, rezeki jangan ditolak kan? hihi.

ok lah. tunggu masa nak grad ni. dan tunggu result permohonan nak sambung degree. hehe. jangan lupa doakan! dan maafkan segala typo. aku malas nak re-read. chioa. 

UiTM DI HATIKU. SELAMANYA! I LOVE YOU!

Thursday, November 28, 2013

dilema_

#bismillahirrahmanirrahim

pernah satu masa saya dengki dan iri hati dengan mereka yang bekerja ikut 'office hour' . macam di tempat saya - Terengganu dan Kelantan- konfem, jumaat sabtu cuti. Pukul 8pagi masuk konfem pukul 5petang balik. Kadang-kadang saja lah balik lambat. tapi apakan daya di bidang saya sekarang ini bekerja tidaknya office hour, tapi bekerja shift.

sebut sajalah shift ada pukul 6pagi dah kena masuk, ada tu kena masuk pukul 11malam sampai 7pagi esoknya. tak kurang juga masuk jam 8malam habes kerja pukul 3 atau 4 pagi. kalau yang bekerja office hour biasanya mengadap komputer, baca-baca, kira-kira.. tapi yang ini kalau katakanlah shift 8jam, 8jam itulah berdiri. 8jam itulah ikut pandai la masa mana nak curi untuk solat, nak lepaskan lelah sekejap. nak makan. macam mana nak maintain senyuman. kalau kena maki, tahan sajalah.

cuba fikir jauh sedikit.
sekarang status single. ada keluarga, ibu ayah. cuti setakat sehari memang tak la nak balik kampung. nak dapat cuti dua hari jarang sekali, dapat cuti tiga hari memang sangat bertuah la. fikir jauh lagi sikit. okay, sekarang ni boleh la tahan lagi. tapi nanti bila sudah berumah tangga macam mana? kalau kena  semingu direct kerja overnight? takke siang tido malam bkerja, lain lumrahnya dari orang lain. heh.

susah juga.

yup, ada pros and cons.
kalau kira benda boleh settle. timbang tara, dua-dua ada pros and cons. memanglah.

satu prinsip yang aku suka pegang, sepanjang pemerhatian, yang banyak kali diulang.
kalau nak kerja gaji besar takde life. yang ada cuma life masa bekerja itu lah. kalau kerja tension tension la kehidupan. kalau enjoy, enjoy la kehidupan.
industri foodservice memang sangtat memenatkan. kita penat tapi masih perlu memberikan layanan yang sempurna kepada orang lain.

*garu kepala*

entah lah..
susah lah nak fikir. haha. kadang-kadang maki juga manusia yang tak paham bahasa ni. hee.

so, untuk aturkan hidup di masa hadapan, buat gadis-gadis cantik dan ayu di luar sana, yang ada hasrat untuk berjaya dan berkerjaya namun tidak mengabaikan keluarga, fikir dan rancanglah masa depan anda.

------------------

 nota kaki : nasib baik ada praktikal, sempat tengok the real industry. tq..

Saturday, November 02, 2013

jangan perasan_

#bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum, peeps :)

hati yang tidak tenang sehari dua ni. usaha memujuk hati. usaha mencari udang dan kerang di sebalik timbunan char kuey teow yang nampak macam sedap tapi kedekut lauk akhirnya (inshaallah) di temui. buatkan saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan anda. mungkin dari hati ke hati.
tersedak sekejap. bukan hati ke hati mungkin dari tulisan ke pembacaan. eh. direct sangat. lantaklah dari mana ke mana pun. 

eh, di mana kita tadi, mak saya tetibe panggil suruh buat gulai ayam. err.

baiklah. bila kita bercakap tentang pelajaran. kejayaan atau kegagalan. sedar ataupun tidak, ia bukan hanya bergantung kepada faham atau tidak kita terhadap sesuatu topik atau subjek itu. sama ada cerdik atau bodoh. bahkan bertoleransi ataupun tidak cikgu atau pensyarah yang mengajar kita itu namun sedar ataupun tidak sedar ia juga berkait rapat dengan keberkatan.

dan keberkatan ini pula terbahagi la dia kepada beberapa jenis.

kerana apa? kerana ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak akan menerangi hati-hati yang berbuat maksiat (perkara dosa).

boleh jadi keberkatan itu daripada restu ibu ayah dan guru kita, boleh jadi keberkatan itu berpunca daripada terjalan atau tidak amanah yang kita galas, boleh jadi keberkatan daripada doa orang sekeliling kita, boleh jadi keberkatan daripada hubungan kita dengan manusia lain, boleh jadi keberkatan daripada restu makhluk-makhluk lain yang di samping kita, dan pastinya yang paling penting keredhaan daripada Rabb kita.

mari kita cuba sentuh satu demi satu.

keberkatan daripada restu ibu dan ayah. seperti kita sedia maklum doa ibu tiada hijabnya. namun, fikir lah kalau ibu saja sudah sakit hati dengan kita, bagaimana? kalau ayah pun tak pernah kita tanya khabar,, buat dekk je pun macam mana? redha Allah pada redha ibu bapa kita. kalau kita nak Allah redha maka patuhilah nasihat kedua mereka. dengar kata mereka, sumbanglah bakti, bantulah dan doakan lah mereka sentiasa. kalau tak mahu Allah redha sila la cari di ceruk dunia angkasa mana yang bukan milik Dia, oke, boleh kemas luggage Polo uols, mohon pindah dari dunia ciptaan Allah. terima kasih.

amanah. biasanya yang terlibat dalam soal kepimpinan. tidak kira la di mana saja anda berada, jawatan apa saja yang anda pegang, kalau sempurna terlaksana tanggungjawab anda percayalah kata saya, senang saja untuk anda mendapat keputusan yang tinggi. kerana apa, Tuhan akan membantu hamba yang membantu agamanya. kalau benar, kalau betul cara pelaksanaannya maka benar dan betullah kita di jalannya. maka Tuhan tak teragak-agak nak tolong kita balik. sesibuk mana, setidak ada masa mana (oke mohon cikgu BM duduk bertenang saya tahu bahasa saya teruk) pasti kejayaan di hujung jari. man jadda wa jada. sape yang berusaha dia dapat la hasilnya. dan usaha itu Tuhan yang nilai.

katakanlah pula anda ni bukanlah sesiapa di dunia. ewah acah sedih pulak. tapi anda masih ada tanggungjawab, masih ada amanah. apa dia? untuk menjadi seorang hamba yang patuh pada Tuhannya. cis ayat cliche. :p kalau anda pandai, jangan acah sorok nak simpan sorang je kepandaian tu, tak rugi ajar orang lain. lagi bertambah ilmu kita adalah.

doa orang sekeliling. kalau kita baik-baik dengan orang mesti ada la kalau tak sepuluh orang, ada la sorang yang doakan kita. dan doa ni pulak bukan tunggu tadah tangan dulu. kata-kata pun satu doa. gerak hati pun boleh jadi satu doa. dan kita tidak tahu masa mana yang Tuhan nak perkenan doa kita atau, sesiapa yang berada bersama kita. kita berhubungan, berukhuwah atau bersilaturrahim dengan mereka-mereka yang lain, kena cara alhamdulillah. tapi saya ingatkan diri saya dan orang lain, selalunya memang macam-macam mana sekalipun, matlamat tak menghalalkan cara. ini konsep yang perlu di teliti. mungkin nanti ada masa, ada kefahaman yang lebih saya akan kongsikan perihal ini.

bercakap dengan hubungan dengan makhluk lain, bukanlah bermaksud saya seru anda nak puja jembalang ke nak pegi bela hantu atau berebut saka peninggalan nenek moyang.. maknanya di sini, dengan flora dan fauna. cis. flora dan fauna tu ayat bombastik juga tu. ewah. kalau jumpa kucing tengah jalan free-free kau tuang air panas atas badan dia, kalau jumpa je bunga lawa sikit tangan tu gatal nak petik tak kira tempat tak kira masa, nah terimalah akibatnya. nak tahu apa, cub.. ehh, tak payah la buat.. ye, jangan buat. jaga lah diri kita, jaga juga apa yang berada di sekeliling kita.

akhir tapi tak kurang hebatnya (omputes kata : last but not least ewah ewah), ialah keredhaan Allah.. yang di atas pun adalah antara faktor untuk menggapai redha Allah sebenarnya. cuma ini to make it strong. hehe. apa dia? cuba tanya berapa kerap kita baca alQuran. bole dapat tak tiap-tiap hari tu atleast sepipi yang kita baca? solat sunat, kalau dalam sehari, boleh dapat tak paling kurang dua rakaat sunat taubat atau rawatib, atau sunat hajat yang kita buat? qiamullail, dalam sebulan, boleh ke kita istiqamah bangun paling tidak sekali? majlis ilmu atau mendekatkan diri dengan ilmu, berminatkah kita untuk baiki ilmu agama. kemungkaran, kuatkah kita mencegah? dan kebenaran, kuatkah kita untuk mendedahkan?

antaranya. 
antaranya. sedangkan banyak lagi perkara baik untuk kita buat, dan banyak lagi perkara jahat yang boleh kita tinggalkan..

maka dengan ini, cuba duduk sebentar. mana yang berjaya dengan cemerlang, cuba lihat satu-satu. saya yakin kalau tidak semua, pasti majoritinya anda lakukan. kepada yang tidak berjaya, (malas laa nak sebut gagal kan) kalau tidak semua, pasti ada salah satu yang anda langgar. kalau tidak langgar secara kaw-kaw, pasti ade la sipi-sipi atau sikit-sikit anda langgar.

tumbuk dinding ke tu bang?

baiklah, sesi untuk yang gagal dalam kehidupan (sadis gile bunyinya)
heheh. jangan risau. selagi hayat di kandung badan, masih ada masa untuk kita perbaiki diri. masih ada masa untuk mintak maaf dan bertaubat. terimalah teguran sayang daripada Tuhan anda. bersyukurlah jika kita masih disedarkan. bersyukur kerana kita masih diingatkan, langsung ditegur atas kekhilafan. dunia punye hukuman baq hang, lagi la bagus daripada Allah tangguhkan hukuman di akhirat, nauzubillah.. mungkin ada yang bertanya, ala yang tu perangai macam setan hidup senang lenang je, kaya je, senang je, pandai pulak tu, hah.. jangan ingat semua kebaikan yang Tuhan tabur tu sebagai ganjaran, kebaikan dan kesusahan dua-dua ujian... mungkin hukumannya ditangguhkan, kita pula dibayar cash. bersyukurlah. kalau kita lihat dengan mata kasar, senyum sajalah, tapi jika kita lihat dengan mata hati, inshaallah mampu berjaya :)

dan mohon yang mana suka perasan kejayaan tu sebab usaha dia sendiri, mohon selam kepala dalam baldi 1 minit dan sedarlah, buka mata lihat dunia sebenar. kepada yang sedang frust sebab kegagalan, mohon baring sekejap dalam 2minit, jangan lama-lama takut tertidur, pastu bangun. dan yakinlah anda juga mampu bangun dan berjalan seperti biasa dari kegagalan, sebagaimana anda mampu bangun dari perbaringan sebentar tadi.

heh.

erm. last question, saya bole start isi borang jadi motivator tak? winkwink

*gelak*

maassalamah :D

Monday, October 28, 2013

halalkah makanan kita?

bismillahirrahmanirrahim. sollu 'alannabiy

berkisar cerita halal, saya rujuk kepada laman web Halal Malaysia, maka definisi halal ialah :

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
ceh nampak sangat kan copy paste? haha..

dan bagaimana pula tanggungjawab mereka yang terlibat dalam industri untuk memastikan they serve the halal food to their muslim customer?

bagaimana pula sensitiviti mereka yang bekerja, memasak makanan yang mereka tahu akan di hidangkan kepada umat manusia untuk mengelakkan guest tersebut daripada memakan makanan yang haram tanpa pengetahuan mereka?

so, bagaimana tindakan kita untuk memastikan makanan yang kita makan itu benar halalnya? dan jawapannya di pihak kita yang makan ni, yakin sajalah. tapi xde maknanya kalau kita da sah-sah pergi ke satu restoren yang semuanya non-muslim makan, pastu acah-acah nak tawakkal redha, acah-acah yakin semua makanan itu halal. yang tu mohon di pancitkan tayar kereta. kalau kita tidak yakin, maka makanan itu jatuh kepada syubhah. iaitu ragu-ragu halal atau haram. dan makanan syubhah itu pula kalau kita yakin halal maka boleh dimakan, tapi kalau kita yakin ianya haram maka haramlah. dan sebaiknya kita jauhilah makanan berstatus single syubhah ni ye teman-teman. 

maka setakat ini sajalah post berkenaan halal ni.. sampai jumpa lagi, semoga bermanfaat *kenyit mata*

Wednesday, October 23, 2013

_kisah industri_satu cabaran

bismillahirrahmanirrahim..

ye rasanya warga fesbuk warga tuiter dan hari ini warga blog tahu yang aku tengah kegilaan menunggu jawapan placement praktikal. dan tidak dapat melakukan apa-apa cuma doa sahaja. dan bila terjadi benda seumpama ini buat aku terfikir, apa salahku apa salah ibuku ehh. ye la, setiap yang berlaku ada sebabnya, ada hikmahnya.. itu yang buat aku terfikir agaka-agak kenapalah aku ni tak dapat-dapat lagi jawapan praktikal. ada seorang teman yang kata : kalau tahu lambat ni biasanya dapat yang best. senior kata : xpe dapat lambat bole cuti lama. kawan-kawan kata : lantaklah. dan maka aku pun kata : biarlah apa orang nak kata. yang baik aku aminkan saje. haha..

namun, kunjungan daripada seorang kawan sekeluarga semalam, buat aku terfikir. dan aku rasa aku tahu kenapa sebabnya aku belum mendapat tempat praktkal. kami sekeluarga lebih senang panggilnya abe dan wife nya kami panggil kak. walaupun umurnya aku kira baru menginjak ke usia 30-an, well said, ada laa beberapa kisah di sebalik perkenalan kelaurga kami dan pihak mereka. usah dicerita sebab itu, kita cerita tentang ini saje.

abe tanya aku praktikal mohonnya di mana. so aku jawab la, status sekarang menunggu jawapan daripada salah satu kedai kek di KLIA. (nama organisasi dirahsiakan lah takut kena saman :P who knows what are going to happen in future right) jadi dia pun kata : owh, ok la tu, boleh masuk dan tengok apa ingredient yang dia guna. pada awalnya aku punye pemikiran, nak tau resipi rahsia la ni. :p lalu dia menyambung : dengar kata semua kek di situ tak halal makan. nah, maka dia mulalah cerita. mula-mula cerita tentang kek di situ, yang katanya pakai lemak babi. lepas tu berlarutan pula ke satu demi satu kedai-kedai kek yang terkemuka yang lain. katanya yang disembur arak la itu dan ini. macam-macam. serius macam-macam.

frankly speaking aku tak pernah terkejut dengan semua ni.
boleh dikatakan, dalam industri makanan ni, dua perkara yang kita akan biasa jumpa : tidak halal dan pembaziran. well, apalah kuasa kita nak mengubah andainya kita hanya pekerja bawahan. yang paling senang nak buat ialah berenti kerja kalau tak tahan. nah. itu saje. ada lagi, bukak bisnes sendiri, serve yang halal sahaja kepada muslims, especially.

takut. takut untuk memerhatikan apa kandungan setiap makanan. setakat mana yang boleh check logo halal, check. tapi yang lebih-lebih nak check satu-satu memang tak la. nak makan, main terkam je kat mana-mana kedai makanan. usah kata ingredients, tukang masak tu entah solat entah tidak. nah, itu pun isu juga sebenarnya. jadi, kesimpulannya, nak jumpa yang halal dan baik (halalan toyyiba) dalam situasi dunia sekarang ni sangat lah susah.

dan sebagai jawapan, mungkin sebab itu aku belum dapat panggilan praktikal. sebab ape ? mungkin sebab aku belum bersedia menempuh industri sebenar. mulut boleh kata, tapi hanya Tuhan yang tahu kemampuan kita. dosa sedia ada tak tertanggung justeru nak menanggung dosa baru. mampu kah?

maka, mohon doa semuanya, agar aku, kawan-kawan, kami la senang cerita, yang sudah mula terlibat dalam industri makanan ni agar boleh sama-sama mengembalikan makanan yang halal dan baik kepada seluruh umat Islam terutamanya. ini fardhu kifayah. semoga bukan angan kosong. semoga kita mampu.

kalau di kira banyak perkara dalam post ini yang aku cuma sentuh sedikit sahaja, di permukaan. tak sedap nak ulas sebab bnda tak pasti. jika anda berkesempatan, tekan saja link yang bertag _industri (di sebelah kanan bahagian blog) , yang mana semua tulisan ialah coretan pandangan saya berkenaannya. semoga bermanfaat, inshaallah :)

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...