Posts

Showing posts from December, 2016

ibu bapa derhaka

bismillahirrahmanirrahim..
sekali lagi, dunia yang tidak adil selalu menilai dari satu pihak sahaja. rata-rata hari ini kita dengar, rungutan dan sungutan daripada para ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka derhaka. tapi persoalannya ialah, benarkah anak itu dahulu yang derhaka ataupun ibu bapa dahulu yang derhaka kepada anaknya?

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak". (Riwayat Muslim).
maka ramailah antara kita yang terlepas pandang, selain dari mengharapkan seorang anak untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada kita- ibu bapa- kelak, hendaklah ibu bapa itu terlebih dahulu menjalankan hak kepada anaknya, sebelum dia wujud dari dalam kandungan, semasa di dalam kandungan dan setelah dia dilahirkan. 
tugas pertama sang bapa ialah mencari ibu yang baik kepada anaknya. maka secara tidak langsung, sang ibu pula pada masa yang sama hendaklah berusaha menjadi yang baik, ma…

Kos Hidup Sihat

Bismillahirrahmanirrahim.

Sang bijak pandai akan berkata, kena jaga pemakanan. Makan buah-buahan yang segar. Jangan lupa ambil sayuran. Makan protein secukupnya. Makanan organik lagi baik daripada makanan yang menggunakan bahan kimia. Ambil supplement untuk menjamin kesihatan. Datang lah ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara berkala, dan sebagainya. 
Tapi pada hakikatnya, buah-buahan, harganya mahal. Sayuran, pun sama. Protein, ayam, ikan, daging. Pun mahal. Makanan organik, nah, 3kali ganda mahal daripada tanaman biasa. Supplement, beratus ringgit. Nak pergi klinik, pun memerlukan kos. 
Baiklah, anda boleh kata, buah, makan aje lah buah-buahan kampung, yang boleh tanam sendiri. Ya. Bagi mereka yang ada tanah, atau berumah di atas tanah, bagaimana mereka yang tinggal di flat biasa? Di mana mahu berkebun?
Itu satu keadaan.
Satu keadaan lagi, seperti contoh sebagai seorang pelajar. Pelajar di saran makan benda yang baik untuk otak. Kismis, pantang ada kena bacaan AlQuran…

::pertama dan selamanya

bismillahirrahmanirrahim..

maka benarlah, hati tidak pernah menipu.
lagi-lagi bila melibatkan perkara yang sudah banyak kali kita tolak,
untuk hati merasai,
perasaan yang ditolak, atau cuba dinafi,
yang sekian lama kita sendiri cuba untuk cari kepastian,
adakah benar sayang itu cinta,
atau cuma sayang itu sebenarnya sekadar teman biasa,

kalau hari itu ragu,
kalau hari itu gusar,
kalau hari itu tidak pasti,

sekarang sudah bertambah yakin,
sekarang sudah tenang,
sekarang sudah bertambah pasti.

apabila lafaz yang lama disimpan sudah diluahkan,
semoga yang pertama, kekal selamanya.

😇