Wednesday, August 31, 2011

merdeka,,

bismillahirrahmanirrahim~

baru berkesempatan nak buat entry utk merdeka! yeah~

apa ertinya kemerdekaan pada anda? adakan itu sebuah kemerdekaan yang hakiki andai semakin hari semakin terjajahnya minda anak2 muda harapan negara?? saban hari, semakin menjadijadi krisis di sana sini.. masyarakat berpuakpuak,, sempit pemikirannya..

apa kata kita sama2 berganding bahu, memikul seruan kerajaan.. sama2 bangkit bersatu padu mempertahankan tanah air tercinta.. yang pemimpin pun bersatu, berusaha untuk kemaslahatan rakyat,, yang penjawat awam atau swasta, sama2 sehati sejiwa, mempersembahkan mutu perkhidmatan terbaik, jauhi rasuah dan segala yang melanggar etika, yang barisan pemuda pemudi pula, bukannya hanya berpeluk tubuh, berfoyafoya, tetapi sedaya upaya menuntut ilmu untuk menyambung rantai2 perjuangan pemimpin sekarang ini, yang rakyat biasa, yang tidak bekerja, bukan hanya tahu mengutuk itu dan ini, tetapi sama2 bangkit memberi sumbangan. jangan keburukan orang je yang kita nampak.. baiknya dia perlu juga diberi perhatian sedara, sedari oi..

transformasi berjaya, rakyat sejahtera,,

bagaimana nak berjaya andai semua pihak seolaholah takmahu bekerjasama? ke anda rela negara tergadai?? nauzubillah....

jadi, ayuhlah kita sama2 bangkit mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara..

bergerak menuju cita.. suci dan mulai.. tebus maruah bangsa.. agama dan negara.. pusaka yang ditinggalkan. habis dikaut orang.. kuasa yang ditangan. jangan dilepas hilang... sedarlah bangsaku, jangan lagi menunggu.. tebuslah kembali, harta yang diwarisi.. bangun segera, ganding tenaga, uintuk bangsa agama.. biar putih tulang aku rela, jangan berputih mata.. di bumi yang bertuah. semangatku gagah, sekali ku melangkah, pantang unsur itulah sumpah!


selamat hari kemerdekaan,
transformasi berjaya, rakyat sejahtera =)

ma'assalamah!

takpahampaham..

salam 'alaikum wbt..

manusia ni macam2 jenis kan.. ade yang jenis sensitif, ade yang hisup cam tunggul, ade yang allert, ade gak yang dah terhantuk banyak2 kali, tapi tak tergadahgadah jugak..
kadang2, pelik jugak, ade gak jenis manusia yang walaupun dah diberi signal dengan body language, kiasan sebegitu sebegini, tapi, still takpahampaham bahasa.. ke buat2 tak paham sedara/sedari??
hidup bermasyarakat ni, consider la siket hati perasaan orang lain,, jangan asyik2 nak pentingkan diri sendiri.. buang ego tu ke tepi.. rendahkan sikit hati kita.. horma juga orang lain. kalau tak suka terus terang.. kalau padi katakan padi.. takde tertampitampi kan... kalau benci katakan benci, takde la kite ni ternannti nanti.. kulilhaq walau kaana murran! bercakaplah benar walaupun pahit..



sumtimes, org yang termakan hati ni taksuka stert to da point.. tapi, it should be, kalo dia guna kiasan yang sgt2 jelas, terang lagi bersukluh, nape ue takleh pick up lagi?? and sumtimes, dah stret to da point dah, tapi, still takpaham! ya allah ya tuhanku! ape nak jadi??

sumting like grrrr! geram la jugak kan..
taktahulah macammana nak berurusan dgn orang seumpama ini!


Monday, August 29, 2011

apa ertinya sebuah eid?




rasulallah bersabda, "adakah kamu mahu aku tunjukkan amalan yang lbh tggi darjatnya drpd solat dan puasa?"
para sahabat menjawab, "sudah tentu"rasulallah bersabda " perbaiki hubungan yang retak,kerana hubungan yg retak itu ibarat pencukur. ia bukanlah pencukur rambut, tetapi mencukur agama"

hari raya ialah satu hari yang kita sangat2 di seru untuk bermaaf-maafan.. iya.. bermaafan sesama manusia.. sebulan ramadhan kita tempuh, kita sucikan diri dari dosa noda.. sebulan ramadhan kita usaha padanya mengutip rona2 kesabaran, mengejar sinar taqwa.. alhamdulillah,, sekadar termampu, kita persembahkan terbaik padanya.. syukur,, di beri panjang umur, murah rezeki untuk berada sebulan di bulan ramadhan.. harapannya, umur masih berbaki pada ramadhan2 tahun2 depan.. sucinya kita pada bulan ramadhan, ada yang seumpama sesuci bayi yang baru di lahirkan.. dan inilah masanya untuk kita membersihkan pula dosa kita sesama manusia..






susahnya memaafkan..
ya.
susah memaafkan. kadangkadang hati kita dah lapang untuk memaafkan..
 tapi, bila cuba mendekati orang yang baru di maafkan, ya allah,, sekali lagi kita diuji,, ikhlaskah kemaafan yang baru dihulur..
susah. susah.. tapi, allah dah janjikan,, setiap kesusahan itu ada kesenangan..
tapi, adat kita manusia,, adat aku manusia biasa.. terguris juga hati ini..
kalau ia semudah ini....






ya allah.. akukah yang salah..
harus sampai bila lagi?
harus bagaimana lagi?
apa yang seharusnya aku buat??


sayangnya kalau sebuah persahabatan runtuh dirempuh badai salah faham..


betulla kata orang, perempuan itu mula terguris hati apabila adanya ketidakjujuran dan tidak berterus terang ketika berbicara.. hmm.. benarlah kot setakat ni.. 


orang kate lagi, malam raya ni jarang doa ditolak..


ouh ya allah...
aku harap semua ni segera berakhir..
ameen

Sunday, August 28, 2011

LIMAZA?

sumtimes just like wondering what we have done..
 is it wrong?
 is it annoying others??
 is it troublesome?? 
sumtimes just like need to think much,, 
what should i do? 
ouh ya allah.. susahnya!

harus bagaimana lagi????
perlu terus begini ke?

ouh....

pakej tahun ini

bismillahirrahmanirrahim~~

salamullah 'alaikum warahmatahu wabarakaatuh~

happy buffday to me.. happy buffday to me.. happy buffday to hidayah shukri.. hapy buffday to me..

haha.. ea? tua dh ea?? oke. 
mulai hari ni, tiap tingkah laku kena jaga dh la.. 
kalo wat sumtim yg menyalahi undang2 malaysia, parop dh ni,, masuk jail dh laa.. haha..

nway,
 special thanx to family members, my kakak-kakaks, ummi, abah, adek-adeks,, 
then, there ue go,,
thanx to semua2 yg wish bday di wall fb hidayah shukri..
appreciate it so much!!

pray da best for me, 
and last 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN SEMUA~



SAYANG ANDA!

Thursday, August 25, 2011

ujian?

hm.. tertarik pada status FB seorang senior last night....
tuan empunya,, mntak quote cket eh,, hehe..

.. Mungkin diuji berkali bnda yg same tanda saye belum lulus ujian Allah....

hmm~~ kdg2 kita kerap mempersoalkan knp kita dan kita saje yg diuji ~~ sdg kita tak tahu, ape makna di sebalik ujian itu..

so, pesanan utk anda dan sy sendri,, jgn salahkan org laen, tilik salah diri kita dahulu jika rasa ad sumtim wrong 
kat mne2 tu.. 


oke.
done. blog updated =)

i choose.......

bismillahirrahmanirrahim~

hmm.. dok simpan rasa sakit hati, hati kita jugak yang sakit balik.. dok simpan perasaan sorang2, perasaan kita jugak yang sakit.. nak luahkan kepada orang tu, sama2 sakit. nak luah kat orang lain, takde dpt faedah, silap2 dapat dosa ngumpat, silap2 menjatuhkan aib org tu, so,, kalo dalam keadaan ini, which one is better?? so,, dengan fikiran penuh kewarasan, kita patut pilih......................................







hulurkan kemaafan...
walya'fu walyasfahu. memaafkan dan melupakan!

ya, it hurts a lot, but better right??
kate aira,, seremuk mana hati dilukai, bentuklah ia semula dan serahkan pada ilahi..
like dat quote. 
and, cuba perhatikan yang last tu.. SERAHKAN SEMULA PADA ILAHI.
nampak tak permainan kita kat situ?
tuhan bagi hati kita dalam keadaan yang baik, tapi kita rosakkan, hancur luluhkan hati kita sendiri, dgn tgn kita, dengan cinta dan kasih berlebih-lebihan pada dunia, pada manusia dan pada yang tak sepatutnya, dah rosak, remuk redam, baru la nak buat muka tak bersalah nak serahkan balik pada ilahi?
hah. lucunya manusia..
eip,
orang kate, kalo pinjam tu maksudnya bila kita ambik dan hantar balik sesuatu tu dalam keadaan yang baik.. dan hakikat kita manusia, segala yang kita punya hanyalah pinjaman right? so,, dah kita rosakkan itu dan ini, berhakkan kita? hmm.. mungkin terlupa pada fitrah wujudnya kita, hanyalah di taraf HAMBA.

astaghfirullah.. sedo2 la manusia eh! huhu~~

so now, bagi hidayah shkri, da best is, memaafkan dan MELUPAKAN segalagalanya yang menyakitkan hati. segala galanya yang rosakkan dan lalaikan hati. insyaallah! doa2kan ya ^^


till then, permisi!

Tuesday, August 23, 2011

blackforest utk ditempah.(tipu je)



thisis wat we call hand make blackforest cake.. siapa sangka si hidayah shukri mampu membuat kek blackforest dan blueberry sekarang berbanding dahulu yang hanya mampu buat kek coklat dan 
kek batik sahaja? haha~ riak siket xpe ye.. hikhik~ 

now, there ue go ^^





haha.. come2.. gulpppp~~~

credit to miss bana <3


Tuesday, August 16, 2011

nuzul quran..

bismillahirrahmanirrahim..

apa ertinya hari nuzul quran kepada kita agaknya ye??



cuti?? haiyak! hmm... nuzul quran itu bermaksud penurunan wahyu pertama alquran dalam sejarah islam.. kalau kita imbas kembali sejarah yang berlaku beribu-ribu tahun dulu, pada tarikh 17 ramadhan inilah yang masanya Nabi Muhammad SAW berkhalwat daripada hiruk pikuk Mekah Mukarramah, di gua Hira' seorang diri.. dan pada tarikh inilah baginda SAW didatangi Jibrail AS yang menyuruh baginda untuk membaca.. IQRA'. kalimah itu diulang 3x, disertai dengan Jibrail memeluk kuat tubuh baginda, sehingga sesak nafasnya.. namun baginda SAW tidak boleh melakukannya.. lalu jibrail AS mengajar baginda ayat awal daripada surah al'alaq.. ketakutan nabi kita masa itu, pertama kali baginda menerima wahyu Allah, yang beratnya di ceritakan dalam kisah lain, di mana nabi SAW sedang menaiki unta pada masa baginda menerima wahyu.. terpelosok kaki unta ke dalam pasir-pasir halus kerana menanggung beratnya wahyu tersebut..

berat nabi kita menerima wahyu, takkanlah kita nak pandang wahyu yang juga mukjizat terbesar ini dengan sebelah mata? takkan kita nak biarkan naskhah alquran di rumah2, di bilik2 kita dihinggap debu yang ringan.. takkan kita nak abaikan segala suruhan dan larangan serta segala syariat yang terkandung di dalamnya?

jadi, semoga sempena mengingati hari turunnya alquran kepada Nabi Muhammad SAW di zaman dulu kala, ayuhlah kita sama2 meningkatkan pembacaan alquran seperti yang disarankan, betul tajwidnya, bagus dan tafkhim suaranya, elok lagunya dan tartil bacanya..

peringatan untuk diri sendiri dan semua,, cubalah sedaya upaya untuk menjadikan alquran akhlak kita =)

ma'assalamah! 

duhai hati.. sabarlah...

Urgh! Rasa sakit itu datang lagi.. dan sekali lagi, entah dari mana datangnya kekuatan, ku suarakan kiasannya sakit dalam hati ini.. hah.. biarlah.. sama ada kiasan itu dimengertikan atau tidak..
“awak oke?”
Sapa teman sebilikku.. mana tidaknya, tak terangkat kepalaku menghadap alQuran hampir sejam.
“insyaallah” sebuah senyuman terukir..
Bukankah dengan mengingati Allah akan menenangkan hati?? Hah.. ya.. sedikit ketenangan menyelinap ke dalam hati.. bagus juga sakit hati begini,, tak terasa 3juzuk yang ditadarus.. lucu benar dunia ini.. haha…
Telefon juga ku capai.. mencari tempat mengadu sesama  manusia pula.. Alhamdulillah.. masih ada yang sudi mendengar dan memahami… terima kasih sahabat…
Seusai solat asar aku qiamkan, ketenangan inginku gamit lagi.. langkah di atur ke pesisiran pantai.. pelik sahaja tingkahnya orang-orang lain. Mana tidaknya, aku seorang diri.. bersimpuh duduknya di atas pasir putih..

I hear a flowers kind a crying loud the breeze’s  sound is sad.. oh no~~ tell  me why did we become so cold and empty inside.. lost the way long time ago.. did we really turn that blind.. we don’t see that we keep hurting each other,  no! all we do is just fight.. now we share the same bright sun, the same round moon, why don’t we share the same love, tell me why not? Live is shorter than most have thought.. hold my hand.. there are many ways to do it right.. hold my hands, turn around and see what we left behind.. hold my hands my friend, we can share the good spirits of me and you.. for another chance, AND LETS PRAY FOR A BEAUTIFUL WORLD, A BEAUTIFUL WORLD I SHARE WITH YOU..

Alahai Maher Zain! Masa ni jugak la dia nak nyanyi lagu ni kat aku.. huhu~ tak sanggup eh nak dengo lagu ni masa ni,, NEXT..

Haaa..aaaa.. syair merdu, syahdu beralun dalam nafas rindu.. bagai dingin bayu bertiup lembut dalam nafas kalbu…. sungguh jernih embun pagi disinari sang mentari, ada sinar bak pelangi menetap di langit tinggi  lambang cinta yang bersemi dalam hati  sanubari  pada Dia yang terpuji ya ilahi ya raja’i
tiada baris kata merungkai makna dalam rasa…. tiada yang serupa bahasa syurga kalam jiwa….

Ah.. pekena lagu HH ayair qalbi.. hmm.. kan.. lebih baik rindu kat Dia.. tak de la sakit hati.. hehe..
Uih.. baiklah. Agak kebosanan seorang diri.. apalah diratap dengan tangis keharuan, leraikan hiba, pujuklah hatimu… kan?? Diturut rasa tak kemana, duka lara melemahkan jiwa.. simpan je lah semua tu  dalam hati wahai diri.. Allah hanya berbangga dengan muslim yang kuat!
Hah.. gigi air ku sentuh.. wah~~ ape tu?? Nampak something jelly-like,, aku angkat,, walaupun jelly tapi, padat isinya! And one more, bigger than the first one! Ah! Adush! Gatal la pulak rasanya! Yang ni baru jelas .. obor2 rupanya!



Cantik~~ rapat lagi ke gigi air.. aku renung.. subhanallah~ banyaknya obor-obor yang dilambung-lambung ombak! Lawa~ ingatkan boleh tengok dalam cerita spongebob je.. tersenyum sendiri lagi.. hmm.. duduk lagi di depan ombak.. tenung sahaja ombak yang ganas menghempas pantai.. aku keluarkan cengkerang-cengkerang dalam poket seluarku.. ah. Ni hasilnya  =)



Tersentak.. muka jam pula kali ini ku renung.. hmm.. hampur maghrib.. balik la… hai hati,, ada masa kita datang lagi =)


Saturday, August 13, 2011

which term is better??

Salam ‘alaikum =)
Hmm.. orang bodoh je kan yang akan buat perkara yang tak datangkan manfaat pada diri dia kan? Sedangkan orang-orang yang cerdik takkan buat benda begitu.. biarlah orang lain terseksa, asalkan hanya manfaat yang kita dapat.. walaupun perbuatan yang dianggap takde manfaat pada seseorang tu, pada hakikatnya sangat2 dikehendaki oleh seseorang yang lain..
WAIT.



Or should we call them SELLFISH????
Maybe.. pentingkan diri sendiri lebih tepat la kot gelarannya, and yang lagi satu tu betulla seorang yang bodoh, sebab ape? Sebab taktahu menilai dan taktahu nak reti2 bila orang dah tak appreciate kite..
Ya. Got da answer!
Haih. Bangunlah hati.. lagi banyak perkara yang perlu difikirkan.. bukan benda ni sahaja!

iye ke??

Lebih baik dicemburui daripada tidak dihiraukan??



Hmm.. 
bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum wbt c:

Tertarik pada quote ni, masa tengah otak berserabut kat library hari tu.. ingat nak baca buku ni, tapi malangnya lagilah berserabut otak agaknya, sebab buku dalam bahasa melayu, tapi bukan orang melayu tulen yang menulisnya.. hehe.. maksudnya, bukan buku yang agak ringan untuk di baca lah.. huhu..
so,, betul ke baik kita dicemburui daripada tidak dipedulikan??? Mm.. maybe ada certain2 situasi, boleh jadi betul, dan mungkin bagi certain2 situasi, tak betulla kot… for me, maybe part, “ dicemburui” should be change to other word,, maybe “ diperhatikan” or maybe “ selalu dinasihati” or anything else..
hehe.. don’t know!
So,, what’s ur opinion???

Friday, August 12, 2011

biarkan atau..

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt. okay. seperti yang disangka, kalao on9 di hari minggu je, mesti ada yang tersakit hati, walaupun sekelumit. dah tu, sape suruh gatal2 nak on9 kan?? hmm.. sendiri cari pasal.. but.. hmm.. ah.. forget it!

just like my status had stated there,, ape lagi yang nak diharapkan daripada gelas yang pecah.. pecahnya menjadi serpihan-serpihan kecil.. walaupun dikumpul, dikutip dan dicantum semula, tetap. tetap retaknya jelas kelihatan.. ya. susah nak kutip balik serpihan-serpihan, fragment2 yang boleh jadik physical hazard kalau termasuk dalam makanan,, tambahan lagi kalau buatnye seorang diri,, tanpa seorang lagi individu yang telah membawa kepada pecahnya gelas tersebut.. huhu~ hmm.. dah individu lagi sorang tak sayangkan gelas tu, dah pecah, biarlah pecah kan.. lagipun, dia ada gelas dia sendiri.. kalau gelas aku yang pecah, ade dia kisah?? gelas dia yang lain masih ada. banyak lagi! walau hakikatnya kau pun ada gelas laen yang lagi besar, banyak lagi tapi semua gelas aku aku sayang.. semua gelas yang aku punya ada lebih masing2.. walau xpayah beli, dapat percuma masa beli ubat gigi pun, still gelas aku. walau pecah, still sayang.. tak boleh ke appreciate siket? dah kite TERlanggar orang yang bawak gelas, tolongla dia kutip balik serpihan2 tu..



 can you please?? sian aku.. luka2 dah jari jemari,, saban waktu saban hari dok kutip fragment gelas pecah.. asal ko lalu je, aku pegang gelas, asal aku pegang gelas je ko TERlanggar aku kan..

so, dah keadaannya pun begitu,, should i just throw away dat glass??
or, should i just keep da fragment without fix it again and again?
who knows, one day, dat human will come and offer to fix the glass together with me?
but,, ah.. really hard!

Tuesday, August 09, 2011

hikayat2

::::: sambungan_

Maka tersebutlah pula kisahnya pada hari isnin. Kelas hamba, terlalulah padatnya pada hari isnin. Maka bangunlah hamba pada pagi itu, sarapan dan terus memakai uniform dan memutuskan untuk membimbit kasut rogines yang berat untuk mengelakkan kaki hamba dari melecet, dan hanya akan menukar kasut sejurus tiba di dapur latihan. Maka bermulalah kelasnya.hamba lihat, ada banyak daging, ada ayam , ada kaki dan rusuk biri- biri. Daging lembu juga ada. Arakian, bermula la kelas yang penuh haru biru dengan kepenatannya. Pada hari itu, hamba diminta untuk menyipakan sos lyonaise yang terpaksa hamba gelintar ke kelas sebelah untuk mencari resipinya. Seusai tugasan individu pertama, maka kami dikehendaki berperang dengan semua daging2 yang ada. 










Mula2 belajar cara mengikat ayam seolah-olah mahu menculik ayam yang seekor itu,, diikatnya kaki, ke kepak dan ke lehernya. Maka di masukkan ke dalam oven. Sejurusnya, diikat pula daging lembu, di belit dan belit, lalu di masukkan ke dalam oven juga, setelah perencah di tambah padanya. Maka kami diajar pula cara untuk memotong ayam tanpa tulangnya, untuk menghasilkan chicken chop. Maka terpegunlah kami semua. Terakhirnya, kami dikehendaki berperang dengan rusuk biri2. Ngeri sekali cara untuk menyediakan makanan yang satu ini. Kalau di beri pilihan, tidak sanggup hamba membuatnya! Teramatlah letih dan lenguh tengkuk hamba mengendalikan rusuk biri- biri tersebut. Maka seusai memotong dan menghiris daging2 tersebut, kami mula memasaknya. Arakian, usailah tugas kami, setelah di beri penerangan, setelah  ditunjukkan cara untuk menghidang, maka kami pun pulanglah. Perlahan sahaja jalannya kerana teramat letih. Serasa kaki kami seperti mahu tercabut! Kelas yang biasanya tamat jam 2 hari itu tamatnya hampir ke pukul 4. Terpaksa pula kami turun untuk aktiviti kokurikulum jam 5. Maka teramatlah letihnya. Pada malam itu pula, peperiksaan subjek mandarin berlangsung. Ujian membaca namanya. Maka dengan kaki yang teramat letihnya, hamba hayun juga ke kelas pada tika itu. Biasanya hamba hanya mengambil masa 15minit untuk berjalan. Tapi pada malam itu, hampir setengah jam hamba berjalan kerana terlalu penat..  sesampainya di sana, hamba lihat rakan-rakan hamba semuanya di luar, tidak ada yang berani masuk untuk menjadi insan  pertama mengambil ujian. Hatta, hamba jugalah yang disuruh masuk dahulu. Maka masuklah hamba dan menjalani ujian itu. Alhamdulillah, mudah sahaja. Dan hamba hilang 0.9 markah sahaja dalam ujian itu. Cikgu hamba berkata, “ tahniah, tuan hamba dapat a+ untuk ujian malam ini “ *tipu la cg cina bules cakap melayu klasik, bwahahaha* maka keluarlah hamba dengan perasaan riang gembira.. masih belum mahu pulang, hamba lepak2 di luar sementara menunggu rakan-rakan hamba usai ujian mereka. Selepas hamba rasa penat, hamba memutuskan untuk pulang sahaja. Maka begitulah kisahnya dua hari terpenat dalam hidup hamba minggu ini~

Haha.. amacam?? Oke x pengetahuan prosa klasik aku?? Ngeee~
Okela, mintak diri dulu ^^

hikayat

Assalamualaikum~~~
(mode:: happy+pening2 kepala sedikit+ blurr2 sepontet)

Hihi..mm.. Dengarkan hikayat dari hamba ya^^

( Bahagian 1 )

Maka tersebutlah kisah pada tarikhnya 5 julai 2011 yang lalu.. Berpuasalah hamba bersama rakan2 hamba dengan jayanya *errk??* maka pada malam itu, maka jiran yakni biliknya di hadapan biliknya hamba mangajak berkunjung ke masjid untuk solat terawih. Maka hamba yang seminggu hanya sempat berjemaah sekali sahaja terawih terus sahaja bersetuju.. Maka dengan itu, pergilah hamba bersama-sama rakan-rakan hamba, berbondong-bondong ke masjidnya. Sejurus balik dari masjidnya, pada mulanya terfikirlah di benak hamba untuk membaca kitab pelajaran. Akan tetapi, datang pula rakan lain dari bilik membawa laptopnya. Maka dipasangnya cerita seram yang agak menyeramkan sehingga menusuk ke tulang sumsum. Maka dengan jari2 menutupi mata, hamba bersama-sama rakan-rakan hamba memaksa diri menonton ceira berjudul KARAK.. 






Maka tiadalah hentinya jantung berdegup kencang menonton cerita tersebut. Arakian, setelah menyedari jam sudah menunjukkan pukul 1 tgh malam, maka hamba memutuskan untuk tidur sahaja, memandangkan pada esoknya kami ingin bersahur pula. Maka tersangatlah takutnya untuk pergi ke tandas pada waktu itu.. Sejurus melangkah keluar, tersangatlah lain suasananya dibandingkan dengan suasana seram di dalam bilik tadi.. Maka terkejutlah hamba sejurus tiba di  dalam tandas apabila mendapati hamba datang bulan. Tertekan menonton cerita itu barangkali *bwahahaha* maka, alas an untuk tidur awal untuk bersahur pada esoknya sudah tidak boleh dipakai memandangkan haram bagi hamba untuk berpuasa pada esoknya. Maka, ditonton sehingga habisnya cerita tersebut. Maka tersebutlah kisahnya pada hari ahad pula.. Amatlah penat diri hamba, satu hari suntuk kelas tiadalah hentinya melainkan  3jam sahaja. Maka sepulangnya dari kelas terakhir di mana padanya diadakan peperiksaan, hamba terus pulang ke bilik. Hatta, hamba mandi dan terus berbaring di atas katil tanpa menyedari hamba tertidur. Tersedarlah hamba tika azan maghrib kedengaran sayup2. Bingkas hamba bangun untuk mengisi tembolok yang kosong. Sejurus penuh tembolok hamba, hamba dalam mamainya duduk di atas katil, tanpa dirancang berbaring dan tertidur lagi..  Tiba-tiba kedengaran bunyi bising.. Apabila hamba membuka mata, terlihatlah di hadapan hamba betapa ramainya orang di tepi katil hamba.. Agak malu pada ketika itu, hamba layan sahaja tetamu yang ada, tanpa bangun, tambahan lagi perut hamba tengah sakit.. Selepas semua beredar, mata hamba tertutup lagi.. Tiba-tiba kedengaran telefon hamba berdering, nyaring sekali. Lantas hamba menjawabnya separuh sedar! Entah apa yang hamba perkatakan, hamba sendiri tidak mengetahui. Hamba terus beradu lagi dan lagi.. Tersedar lagi,bila hamba lihat rakan bilik hamba mahu keluar.  Ingin ke masjid, berterawih kali.. Mata hamba tertutup lagi. Tiadalah dapat hamba kawalnya. Beberapa ketika kemudian, rakan bilik hamba pulang, hamba terpinga-pinga, mengapa sebentar sahaja perginya? Bila hamba pandang ke tangan mereka, terlihat ada plastik berisi makanan.  HAH?? Terus hamba capai jam, memandangkan mereka hanya akan membeli makanan untuk bersahur lewat malam. Masya allah! Pukul 12 malam! Hamba dengan malasnya bangun dan terus ke tandas dan setelahnya membuka buku,baca sebentar. Mengemas beg untuk esoknya. Termenung sebentar, berfikir ape yang berlaku. Hamba terus memeriksa telefon hamba dengan harapan, panggilan yang hamba dapat hanyalah mimpi. Tetapi sayangnya, panggilan itu rupanya di alam realiti.  Maha suci tuhan! Apelah yang telah hamba bualkan di telefon tadi =.=*

:::::  Bersambung  ::::

kesekian kali

Kesekian kali
Kini ku berdiri tulus  hati dihadapanmu..
Masih terus merayu dengarkan aku..


Jalan yang berliku sepanjang hayatmu aku juga merasainya..
Lantas aku mengerti dan memahami..
Lihatlah ke dalam hatimu percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang di depanmu
Lihatlah jua ke hatiku
Akulah temanmu
Terimalah aku
Kitakan bersama mengharung dunia fana ini.
Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidakkan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi..

story telling :)

Dongak kepalaku ke langit.. Terang. Bintang bertaburan.. Lagilah cantiknya bila dihiasi dengan bulan purnama.. Langit tidak terlalu gelap, warnanya pekat sahaja dengan warna biru gelap. Cantik.. Nafas panjang ku hela.. Menikmati suasana tenang di pantai malam ini, seorang diri.. Hmm.. Tak jemu pula ombak menghempas pantai.. Anak2 ketam berkejar-kejaran… Terukir senum di bibirku.. Makin lama ku renung, maikn sayu pula hati kecilku.. Mengapa malam ini aku rasa berlainan? Ah.. rasa itu hadir lagi… Sunyi. Sepi. Rasa kosong. Ku pejam mataku serapatnya.  Ku paksa lagi mata tertutup, walau hakikatnya sudah berkerut dahiku..
Ya allah.. Aku rindu..
Ya allah..
Di sahabatku.. Mengapa aku hati aku terasa jauh dengannya?
Ya allah, mengapa rindu benar aku padanya?
 Ya allah,, apa yang telah aku buat? Sejak bila terbina jurang ini Ya Allah?
Sejak bila kami berjauh hati Ya Allah?? Ya allah, akukah yang memulakan semua ketidakselesaan antara kami  Ya Allah?? Salah akukah? Satu pintaku Ya Allah.. Andai ada rasa tidak enak, andai ada rasa benci antara kami walau sekelumit antara satu sama lain, andai ada luka walau sekecil manapun jauh di lubuk hati kami, hapuskanlah segala rasa itu Ya Allah. Ya allah, bugarkan kembali ukhuwwah kami Ya Allah..
Ku tahan sedu itu. Hakikatnya aku tidak mampu.. Air mata masih setia mengalir, mengusap lembut kedua pipiku, tergesa-gesa keluarnya  seakan tiada masa lagi untuk meninggalkan tubir mataku.. Lama aku menghalau semua  sebak dalam dada. Sakit. Ya. Sakit sekali rasanya di nubari aku.. Jauh di dalamnya luka parah.. Apakah dia mengetahui begini sekali rindu aku padanya?



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Hah.. Nampaknya airmata sudah usai keluarnya. Pilu hatiku juga sudah kurang lagaknya.. Alhamdulillah.. Kau kurniakan aku sekali lagi nikmat ketenangan ini Ya Allah.. Terima kasih.. Cuma satu pintaku.. Kau tautkanlah hatiku dan hatinya.. Izinkan kami bersahabat di dunia dan akhirat.. Redhakanlah hati kami menerima antara satu sama lain Ya Allah..
Dengan penuh sayu tangan hatiku menghulur doa itu..
Ku lempar pandangan akhir pada pantai yang sudi menemaniku malam ini.. Perlahan aku bangun lantas tangan menyapu sisa baki airmata yang tertinggal di pipi.. Ku atur langkah perlahan..
Ya allah,, tamatkanlah penantianku…

Ameeen…


psst ::: karya kedua, karya kedua~~~


Tuesday, August 02, 2011

pRovEd !!

Bismillahirrahmanirrahim..
Credit to miss nik nur fatihah la ye,  love ur quote,
Things are not always like they seem in the moment!
Ya! Betolla tu! Bahkan dalam alquran pun ada kate,

“ ….. tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai  sesuatu,padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui “(albaqarah::216)

kadang2 kita perlu berhadapan dgn situasi yang sangat memenatkan.. baik fikiran ataupun badan kita..


Ape yang penting, kalau kita berhadapan dgn satu2 keadaan yang sukar dan tidak selesa bagi kita, kita hendaklah bersabar teguhkan semangat, tekad.. Think positive! Ikhlaskan dan kembalikan setiap perjuangan dan perlakuan kita kepada Allah.. Kekuatan itu darinya, dan Dia berhak menyalurkan bantuannya melalui sesiapa sahaja yang dikehendakinya.. Cuma, terpulang kepada kita, sama ada untuk mencari penyelesaian atau berhenti di tengah jalan ..

Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan kan =)

Jadi, jangan mudah mengeluh.. Adukan kesusahan kita padanya, dan mintalah pertolongan dan nasihat daripada sesiapapun di samping kita. Jangan lihat kepada penyampainya, tapi lihatlah kepada apa yang disampaikannya..

Till then, thanx for reading!

Monday, August 01, 2011

hamba biasa..

Bismillahirrahmanirrahim~
Salamullah ‘alaikum warahmatuhu wabarakaatuh.
Orang kate, selagi kita tak menghadapi sesuatu tu sendri, kita takkan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam menghadapinya.. kita takkan tahu sejauh mana kekuatan kita selagi kita tak berhadapan dengan  cabaran sebenar.. orang kate, kita takkan faham satu2 teori sehingga tak hadapinya secara praktikal.. orang kate, kita takkan tahu sejauh mana dalamnya lautan kalau kita tak cuba menyelam ke dasarnya.. orang kate, kita takkan pernah dapat cikgu yang lebih baik daripada pengalaman.. orang kate, kalo kita takde pengalaman kita susah nak survive dalam hidup ni, dan mungkin juga kita mmg xleh nk survive dalam hidup tanpa pengalaman.. yup.. betolla segala kate2 orang tersebut.. kadangkadang kita ingat kita dah betul2 bersedia untuk hadapi segala kemungkinan, tapi kita sebenarnya tidak.. kadangkala kita ingat ilmu kita dah cukup nak harungi dunia yang penuh pancaroba.. tapi sebenarnya ilmu tu takkan pernah cukup untuk kita,, malah, semakin kita dalami, kita akn sedar makin banyak yang kita tak tahu..  pengalaman hidup banyak mengajar kita, tapi, still kita takleh hidup seorang diri dalam dunia ni.. adat manusia, ada jatuh naiknya dalam kehidupan.. ada meningkat dan berkurangnya iman..  jadi, jangan sesekali pernah rasa yang kita boleh hidup sendiri.. jangan  terlau megah dengan kehidupan kita.. sedarlah, kita manusia biasa yang ada masanya hidup kita perlu bergantung juga kepada manusia lain.. dan yang  pastinya kita hanyalah hamba yang tiap  detik, saban waktu sering bergantung kepada NYA..



Dia ( Allah) lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia menjadikan kamu ( berasal ) daripada tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui pelbagai peringkat dalam perut ibu kamu ; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu ( bahawa kamu suci bersih daripada dosa ) . Dialah sahaja lebih mengetahui akan orang yang bertaqwa. – annajm:32-

du'a ee

Semalam aku kelukaan
 kecewa kehampaan mencalar ketabahan..
mimpi yang sering ku harapkan menjadi
 kenyataan namun xkesmpaian,,
allah~
inginku hentikan.. langkah ini,,
bagaikan  tak mampu untukku bertahan
semangat tenggelam… lemah daya..
haruskah aku mengalah ?
namun jiwaku berbisik inilah dugaan.. 
dan mataku kini terbuka pada  hikmah dugaan,
 uji keimanan.. 
tak dilontarNya ujian di luar kekuatan setiap diri insan..
allah~
 pimpinlah diriku untuk bangkit smula meneruskan langkah
 perjuangan ini cekalkan hati dan semgtku
kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta..
daku mohon agung kudratMu wahai Tuhan yg Satu
 segalanya darimu~

ramadhan kareem~

Bismillahirrahmanirrahim..
 salam ramadhan kareem~

Alhamdulillah, syukur ilallah.. memberikan kita nikmat untuk sama2 berada dalam bulan ramadhan yang mulia ini.. Alhamdulillah.. panjatkan sesungguh kesyukuran padanya.. kerana member kita nikmat selama ini.. semoga kita dapat harungi ramadhan tahun ini dengan jayanya.. yang penting, semoga kita dapat buahnya ramadhan, iaitu taqwa ^^
Amen ~

hiba

rasa seperti tidak mampu ditahan lagi air mata hari ini..  mengalir deras,  walau ditahan terlepas jua jatuh lembut ke pipi.. y...