Tuesday, June 28, 2011

perjalanan itu?

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni wape hari bulan??
29 jun, dan bersamaan 27 rejab. isra' mikraj rite?
yup.. selamat menyambut isra' mikraj ye.. h
uhu~ urm, ade org kate, sebenarnya isra' mikraj ni tak berlaku pada 27 rejab..
tarikh ni cumalah persepakatan antara ulama' supaya peristiwa yang membawa kepada kefardhuan solat 5 waktu ni selalu dalam ingatan kita semua =)
wallahu a'lam la yang tu,, kite xde byk ilmu, takleh nak komen banyak2..


isra' mikraj, wuh~ satu peristiwa yg sangat besar, dan sangat2 istimewa dalam sejarah tamadun islam.. sebagai umat islam, kite mestiah kena percaya dan yakin bahawa peristiwa ni mmg berlaku.. kalau direnung kembali, subhanallah.. maha suci allah.. memujuk kekasihnya yg sedang berduka lara tika itu dgn satu peristiwa yang sangat istimewa.. kite pon tahu kan, sejarah isra' mikraj, yang mana nabi Muhammad pada masa tu sedang berdukacita dengan pemergian insan2 tersayang.. dan allah, telah memujuk baginda dgn membawa baginda sehingga ke sidratul muntaha..
weyh, bukan senang, dan bukan setakat senang, manusia sekarang ni memang takkan sampainye ke sidratul muntaha. yang angkasawan pon paling jauh sampai ke bulan. ISS..  tak sampai pon dekat mentari, tak de jejaknya ke langit pertama, apatah lagi nak sampai ke sidratul muntaha.. sidratul muntaha, iaitu langit ke 7 ye.. yang lagu semua2 tu tipu je tu.. hangpa jangan percaya no~

dan, kite pon tahu, masa peristiwa mikraj, nabi diperlihatkan segala balasan terhadap dosa2 yang kite buat masa kat dunia, dan part kemuncaknya bila allah SWT memfardhukan solat lima waktu, setelah dapat diskaun daripada jumlah asal yang 50 waktu.. ingatkan? sure ah korang semua dah cair dah eh pasal citer isra' mikraj ni..

dan, nak ingatkan jugak, isra' dan mikraj ni dua peristiwa yang berlainan.. cuma peistiwa ni berlaku secara berturutan.. dalilnya pon ade lam surah2 yang len,, dalil isra' dalam surah al-isra' dan dalil mikraj, dalam surah annajm.. cari2 ye.. so, kalo korang ada masa hari ni barang seminit dua, cuba renungkan semula peristiwa ni. betapa allah maha berkuasa membawa rasulnya berjalan dari mekah ke sidratul muntaha dalam masa semalaman sahaja.. subhanallah~

so, xberniat nak panjangkan post pasal ni, sbb  niat asalnya hanya nak ucapkan selamat mengingati peristiwa isra' mikraj.. semoga dgn mengimbau kenangan berjuta tahun dulu, hadir dalam jiwa kita keinginan nak upgradekan solat kita, nak baiki peribadi kita.. nak jadi hamba yang lebih baik.. insyaallah..

oke then,
pemisi ya =)

dan sama2 dengau lagu ni =)

Monday, June 27, 2011

=.=

nape sekarang ni cam penat semacam je?

kelas td pon classmate ty,
dayah, xsehat ke?
tak ah, oke je,,
nape muka nampak bengkak?
ah??
oo.. ye lah..
*baru tringat mase nak pakai tudung dalam blik tadi muka nampak len macam,, la.. bengkak ke??*
mata pon, nampak len,, ni mesti study ni,,
eish, mana ade..

memang xstudy pon smalam, overview food hygiene je dalam kemengantukan tu..
pape hal, huahhh!!

*tarik nafas~~ ready nak kuarkan suara di volume yg terkuat, dgn penuh excited & happy beserta mimik muka yang sesuai*

MANE ADE SAYE LETIH!
OKE JE,, KAN3??
BLINK3~~

*can ue feel dat spirit beb? aha! *

Sunday, June 26, 2011

kitchen lagi~

hey.. hehe.. asalnya nak validate n print slip daftar kos, terlog in blog suda~ hehhe.. miss nak menulis weyh~ hmm.. hari ni kelas kitchen habes awal.. tak kesah la aku berbau ikan pon hari ni, yang penting, merit dah wat masuk, and kos dah validate.. kih3. and.. nak update blog jap..
sedia maklumlah, hari senin, kelas kitchen.. hari ni punye, wat basic stock n thickening agent.. fes sekali, kena sediakan those rempah ratus, mirepoix,, sachet de pices,, hm.. then, kena fillet ikan. mak ai.. kena buat doh hari ni! pheww.. nak hilangkan gelabah nak filet ikan yang panjang tu, *sebbek ikan panjang+ besar, kalo tak, ssh la nak fillet ikan tu mak cik* miss,, ni ikan patin ea??? hah? ikan patin awak cakap? woaps! haha.. bukan ikan patin, ikan siakap rupanya. malu free.. maka ikan tu pon dileraikanlah daripada tulang temulangnya.. tinggallah isinya sahaja~ yes! berjaya gak fillet aku! walopon ade la berlaku pembaziran isi ikan dalam 200g yang terlekat lagi kat tulang ikan tu, takpe la.. then, fillet tu simpan lam freezer.. guna tulang je, nak buat fish stock.. n ready kan utk wat chicken stock pulak.. pastu, tggu bnda2 tu simmer, miss demonsrate nak buat roux, and bla3.. pastu, kena tapis bnda2 tosck tu taw.. haha.. dah ak xcukop tggi, dok jauh, masa miss tnjuk  cara nak strain bnda tu,, nah, ambik awak buat. dihulurnya laddle kat aku.. ambik, wey~ kan saye dah cakap, jgn strain kat tgh2~ tepi je.. haha.. sekali lagi~ soryy.. saye xnmpak td.. huhu~ dua kali malu.. tapi, hari ni best sebab balik awal.. siap cepat.. walopon take tyme gak nak siapkan stock2 tu.. then, best gak, ktorang dapat our lasagna yg mggu lepas punye! hehe.. and, lagi best bila kelas hari ni taklah pressure cam kelas kitchen mggu2 lepas and dapat dua ketul tulang yg ade daging wat balik bilik, haha... and, ptg ni, kawad lagi.. malam ni, kelas mandarin, habeslah hari ni~ and,, tak sabar tggu khamis ni, nak balik wuu~ dear sir razak, boleh eh nak mntak diri awal sikt khmis ni, saye nak balik kampung, ngee~~

hey.. gotta go.. nak mandi wey.. cukup2la bau ikan ni .. eeuuu~~
daaaa =)

Tuesday, June 21, 2011

pelik tapi benar.

kadangkadang, aku pelik juga dengan perangai manusia yang seolaholah tak tahu nak bersyukur.. bila diberi peluang, selalu salah guna peluang, dan kadangkadang terover guna peluang tu.. bukan nak kate aku seorang yang perfect, TAK SEKALIKALI ! tapi kan, at least, aku takde la nak berkurang ajar dgn orang len bila tak puas hati.. sedih. ase cam annoying giler bila tengok perangai manusiamanusia yang berpelajaran especially, bertindak tak serupa dgn ilmu yang kat dada.. selalu saje bila dapat peluang untuk komplain pasal apeape, selalunya, benda yang takde pape pon nak komplain.. benda kecik je kot.. it's oke la kalo benda tu disuarakan secara berhemah, penuh dengan adab dan tatasusila.. tapi, lagi la kalo benda tu disuarakan secara rude.. adoi~ ase nak bgn pegi lempang tros individu tersbt! hmmm.. agak agak ah.. sebelum kita nak suarakan apeape aduan, kat manepon kita berada,, kita kena tahu nak tujukan kepada siapa.. oke, let say, kita ada sesi bersama pengetua,*let say  kalo kat sekolah *.. kalau dapat chance dalam program yang boleh kita menyuarakan ape2 sahaja, let say kita nak sentuh pasal kerosakan facilities,, yes. kita adukan kerosakan pada pengetua, tapi, kalo kita nak tegur, atau nak marah2 pada ketidaklengkapan facilities tu, jangan la hang cakap kasar2 dengan pengetua , tapi, marahlah pelajar,  yang bertanggungjawab secara langsung terhadap kerosakan tersebut.. tapi, still, u've to mind ur manner kalo nak tegur orang.. tegas, tapi bukan kurang ajar.. ape yang paling penting, korang janganlah dok asyik pkir ttg kekurangan, acu pikir kemudahan dan kebaikan yang korang dah dapat.. jgn tanya apa sumbangan negara atau institusi kepada anda, tapi tanyalah apa sumbangan anda kepada negara atau institusi.. lagi satu, asyik2 dok komen itu dan ini,, program buang masa lah, program xde manfaat lah.. tempat wat program tak selesa lah.. itulah inilah.. hey.. mana anda tahu semua tu?? boleh tak sekali sekala kita hargai apa yang orang nak bagi kat kite? boleh tak sekali sekala kita cuba untuk fikir betapa penat lelah orang yang bekerja untuk menjayakan sesuatu program? boleh tak kita hargai masa yang telah mereka korbankan? boleh tak jangan asyik nak pentingkan diri sendiri?? hidup kita bermasyarakat.. kalau kita semua boleh capai wehdatulfikr,, kesatuan fikiran, dan bagi sepenuh komitmen atas semua perkara, takkan wujud benda yang buang masa, baru tak wujud semua yang anda nampak tak elok.. tak bagi benefit kat anda.. sebab, tu semua terpulang kepada kita sama ada nak ambik benefit dan segala kebaikan yang ada, bukan sibuk nak cari kekurangan atas segala benda. THINK POSITIVE! ingat, kita kalo ada ilmu saje tak cukup.. kena ada hikmahnya juga.. ayat moden sekarang, hikmah ni lebih banyak kepada kemahiran insaniah ataupon orang inggeris kate softskill.. so, untuk lengkapkan diri anda, anda tak jumpa benda tu lam kelas, anda tak jumpanye.. tapi, anda akan jumpa kalau anda mampu bukak hati anda seluasluanya.. perhatikan dan fikir ttg semua bnda yang berlaku, gunakan mata hati anda. gunakan akal waras anda.. tapis semuanya dengan iman dalam dada... kalau anda mampu ubah tabiat2 buruk anda, nah.. barulah anda benarbenar seorang yang BERPELAJARAN! janganlah nampakkan sangat anda seorang yang TERpelajar.. nampak sgt tak ikhlas belajar kan2?? dah name pon TER.. cam aksi salah je kan?? so, mind ur manner.. ingatan ni bukan utk korang, yang baca tulisan ak saje, tapi untuk diri sendiri jugak.. so, asenya nak undur diri dah.  fuh3~ letih betol nk bncang sal bnda ni.. panas2~~
fuhhh~~ geghe etek! huh. 

so,
dats all.. mohon maaf, andai tersalah kate tersilap bicara, andai terlalu lantang.. andai terluka hati kecil anda.. maaf banyak2.. niat cuma satu, untuk membetulkan kebiasaan anda.. biasaka yang betul, betulkan yang biasa ye.. 
ma'assalamah =)

Thursday, June 16, 2011

ni hao??

huahh~~
 hello dunia!
hai.. lame xberblogging nih.. pe kaba mr blog?? sehatkah kamu?? terabai ye?? haha.. mmg ak buat kamu utk diabaikan pon . ngee~~ 

nway,, penat lah.. keje ak tdo je,, sbb ape?? sbb penat. haha.. tak lah. mmg tdo, tapi kelas xponteng ye.. keje siap ye.. cuma nak study masih xleh 100% concentrate, sbb xde buku.. 
NAK BUKU!!!! 
just got da book,, jap g nak g ambik. essential of food hygiene! 
yes. 
akhinya. setelah lama ak cari akhirnya ku temui!! little bit frust, sbb g cari buku CSC kat koop tapi dh xde.. hmm~~ buku ape lagi?? 
xde. ckp lah yg tu dulu,, CTU ng BEL je xbeli lagi,,
 BEL lecturer pon maseh xketemu lagi gerangannya,, next week kot~~
 and,, yg len, kelas dh berjalan lancar,, 
alhamdulillah..

walopon sedikit kecewa dgn kelas kitchen mggu ni,, double sadness kot! dh la masak xjadi seperti yg diidamkan,, mggu ni tajuk breakfast. so, kena masak 5 jenis teur,, omelet, sunny side up, over easy, half boiled, scrambled,poached egg, then ada jugak pancake,, french toast,, pe lagi eh?? lupa dh,, yg paling sdh ialah bila omelet ak xleh nak fold,, MELEKAT KAT KUALI!! huh!! geram betol! habes hangus spatula miss punye! haha.. gile penat kelas kitchen!! dh r frust ng omelet xjadi!! *tapi yg len jadi oke,, walopon xseperfect miss punye, p oke la. haha * part last paling best,, bila kitorang disuruh,, MAKAN SEMUA YG AWAK MASAK DAN HABESKAN SEMUA BUAHBUAHAN NI,, JUICE LAM FREEZER pon habeskan,, .. haha.. best2.. cume over kenyang la.. byk kot makann!! patot la bdk2 DCA *dip. cullinary art* dgn DFSM *dip. foodservice management* cepat je mengembang! haha.. ni upenye keje mereka ye. *aku pon same* hmm.. gitu lah,, dh muak tgk those eggs.. ya allah~~ last2,, tong sampah la tlg makan!! maafla makann, silap kami xbawak tupperware atopon plastik na isi korang, wat balik bilik.. kalo xjimat la duet sari suntuk nak habeskan makanan tu!! 
and bila kuar je, tgk2 beg ak dikebas org. wey!! agak2 ah.. ko nak beg tu ambik ah, ak just nak balik buku cullinary arts 2ak yag berharga rm20 sebuah tu!! dgn 127ms, bagi ak buku tu MAHAL oke. so, bagi balik!!!

then, dh start blaja computer sc,, intro to hospitality & tourism industry,, lagi food hygine.. BEL je blom.. dah boleh baca mandarin, haha.. dah boleh masak western breakfast,, lagi. ape ye?? DAH JENGUK PASAR MALAM kat dungun yg terbaek!! besar gile area dy! and, HAH! dh join open day club and ass. day.. dapat MERIT! haha.. lagi,, dh cuba foodcourt baru,, dh try mkn kdai dpn ni, HAHA.. semua la.. byk "perkembangannya!" hehe.. 

dua malam semalam yakni hari selasa ad perjumpaan utk dinner faculty hotel,, so, keputusannya, scr tradisi, part 1 akn buat persembahan, setiap kos,, msti ad satu persembahan~~ tema?? sem ni,, ARABIC NITE. wah~~~ haha.. then, gud news malam tu, bila dapat tahu classmate ak dh terjumpa beg ak yg kena curi,, bku tu ade, cuma buku bank yg tekah dikebas! hmm~ pehal la ko ambik buku bank?? bknnya boleh ambik duet pon,, tapi, xtahulah kalo terer boleh ambik jgk.. hmm~ sape la si maling tu ye??

till then, letih dh. dh merapurapu xtentu pasal dh ak nih! so, last decision,, 
daaaaAA~~
see ya ^^

next week balik umah!!! yea~~~~


Monday, June 06, 2011

akhirnya..

hmm.. doaku untuk jadual penuh next week cepat je terkabul,, bukan next week,, this week dah penuh.. haha.. giler padat jadual! pagi sampai malam penoh.. p kelas malam ada hari isnn dan rabu je.. biasanya akan abes kelas kol 6.20 ah.. isnin hari plg bz.. just imagine,, kelas pagi sampai kol 2.05,, xleh duduk *sbb kelas memasak* mmg 6jam kn berdiri... balik,, kol 4 dah kn ready utk KOKo,, yg stat kol 5 la.. sampai kol 7 malam.. kol 8.15 pulak kelas.. sampai 10.05.. paling penat ah.. hari2 len oke je.. tapi, alhamdulillah la.. sekarang ni mmg nakkan masa yg padat.. sbb ak taknak pk sal bnda2 len.. walopon jadual padat pon maseh terfikir lagi.. bnda ape?? kawan2 ak paham ah.. amnah, aira. tirah bakh.. huhu~~ xjemu2 ye mndgr dan mmbaca serta mereply mcg2ku =) mekasih beb.. da best fwem ever ah!
hmm.. fosure dh mula kehidupan yg bz.. isnn semalam yg paling best.. semua bnda baru. fes, kelas masak, fes tyme ak masak nak potong sayur guna ruler! haha.. sbb dy ajar cara2 n jeis potongan sayur, bawah tajuk VEGETABLES CUTTING.. so, dy ada ukuran2 dy.. kn tepat la utk masa belajar ni dats y guna ruler, haha~~ petang tu pulak, KOko,, belajar kawad.. hehe.. seorang penTAEKWONDO tegar akhirnya belajar kawad.. kas3~~ n malamnya,, bekajar mandarin. WO! haha.. best2.. lecturer nama TOH lio shi.. *gitu ke eja??* hmm~ lucu. reminds me to us.wos.. saling xtumpah cara dy ngajar ng us. wos.. best ah.. sporting giler.. haha.. ye ah, kelas malam kan.. hmm..
 xde byk masa utk menulis,, OUT..

pray for me yeah =)

Saturday, June 04, 2011

keluh kesah kita sebenarnya....

in the name of allah..

baru terbaca dalam majalah solusi,, edisi 30 kepunyaan rumetku, dina. haha..
hmm.. rasa nak share ah ket.. njoy readim ya!

actually, masa sekolah dulu pon dah tahu sal ni.. masa liqa' naqibah, masa ustaz atau ustazah terangkan.. bla3~ dalam kelas.. tapi, adat manusia lupa dan ssh nak yakin akn bnda yang takleh dicapai pancaindera kan?? tu yang menjadikan kita ssh nak buat kebaikan, ssh nak didik hati ni..

isu yang nak dikoyak kulitnya di petang yang indah ini ialah rentetan daripada post2 sebelum ni la.. psal dugaan, cabaran,dan ujian.. sering hati kecil kita mengeluh, kalo ditimpa ujian.. tanpa kita sedar, ujian tu sebenarnya boleh diibaratkan sbg detergent. takpon, korang boleh je umpamakan bnda tu sbg clorox. yang pntg, bnda tu umpama alat2 yang dapat digunakan utk bleach kita punya dosa.. korang pnah tak tgk iklan serbuk pencuci?? breeze la.. daia la.. kan?? so, function dugaan dan cabaran yang kita hadapi ni, sama lah cam function bleaching agent utk membersihkan semua2 kekotoran.. bezanya, breeze and da gang tu, bersihkan kekotoran kat atas baju, pakaian kita, tapi dugaan,ujian, cabaran, kesusahan ni dapat bersihkan kekotoran dalam hati kita taw!
hebat kan?? so, byk2 kan bersabarlah dalam menempuh ujian hidup..

one more,
allah tu akan bagi ujian setakat kemampuan hambanya. dia takkan bagi ujian yang melampaui batas kemampuan kita.. tu janjinya dalam surah albaqarah, ayat 286.. ayat terakhir surah albaqarah.. cubalah buka tafsir quran,safhah 49.. tengok, baca dan hayatinya.. resapkan roh ayat tersebut dalam jiwa kita...
insyaallah, dapat kenikmatannya =)

ramai yang mengeluh, bila rasa dirinya diuji dgn hebat..
tapi, sedarkah kita.. mungkin kita lupa kan,, bila ujian allah semakin berat tu maknanya tahap keimanan kita semakin tggi..

 saad bin abi waqas pernah ditanya seseorang,,
  siapakah yang paling berat cubaanya??
beliau menjawab dengan sepotong hadis,,
  rasulallah SAW pernah bersabda, mafhumnya,, "orang yang paling berat cubaanya ialah para nabi, kemudia diikuti orang berikutnya ( iaitu org dibawah kedudukan mereka ) secara berturutturut. seorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dgn kadar imannya.. sekiranya imannya kuat maka cubaan yang menimpanya juga berat.. sekiranya imannya lemah, maka cubaan yang menimpanya juga sesuai dgn kadar imannya. cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di muka bumi tanpa memiliki sebarang dosa lagi.. "
sadaqa rasulallah~

tertarik part last hadis tersebut,, cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di muka bumi tanpa memiliki sebarang dosa lagi.. maka, kalo kita mndapat ujian, cubaan, koreksi diri kita baik, ape salah kita.. bertepatan dgn hadis riwayat altirmizi,
rasulallah SAW bersabda yang bermaksud,
" kalau allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka allah akan mempercepatkan seksaan di dunia. "

subhanallah~
benarlah ujian di dunia hanyalah eskalator menuju kebahagiaan hakiki di akhirat.. dihukum didunia, insyaallah terlepas hukuman yang maha hebat di akhirat..

akhirnya, sebuah hadis lagi utk dikongsi bersama..

drpd shuaib r.a, beliau berkata,
 rasulallah SAW bersabda mafhumnya
 " sggh ajaib keadaan seorang mukmin, seluruh keadaannya pasti menjadi baik. dan ia tidak dimiliki oleh sesiapapun melainkan org beriman. 
apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur..
 maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. 
apabila ia ditimpa musibah, ia akan bersabar dan musibah itu akan mnjadi kebaikan buat dirinya "

anda mahu jadi begini??
tgglkan anda sekali lagi utk berfikir dan renungkan sejenak =)

salam hormat, salam penuh bervisi,
salamullah 'alaikum ^^

Friday, June 03, 2011

ertinya sahabat..

seorang sahabat selalu mengerti tiap maksud tersirat yang dilafazkan oleh sahabatnya yang laen.. 
seorang sahabat selalu tahu menari mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh sahabatnya. 
tanpa ada tersilap langkah.. 
seorang sahabat selalu tahu menyanyikan lagu seiring dgn alunan melodi di hati sahabatnya yang laen,
tanpa ada walau satu not yang sumbang...
seorang sahabat tak pernah letih untuk berlari bersamasama sahabatnya. 
seorang sahabat takpernah rasa rugi menitiskan airmata tika melayani kisah duka sahabatnya.. 
seorang sahabat takpernah mengeluh tulang pipinya sakit saat bergelak ketawa dgn sahabatnya.. 
seorang sahabat juga tak pernah mengadu akan segala kesusahan yang dialaminya utk menyenangkan sahabatnya..
seorang sahabat tidak pernah menggesa sahabatnya utk berjalan laju tika dirinya dirundung kesedihan, kekecewaan.. 
seorang sahabat takpernah bongkak utk tunduk mengangkat sahabatnya yang terjatuh..
seorang sahabt takpernah malu utk memimpi tangan sahabatnya 
andai dia takmampu mengatur langkah sendiri...
seorang sahabat takpernah mengejek sahabatnya andai dia tidak tahu apaapa.. 
malah jika dia ingin bangun, akn digenggam tangan sahabatnya juga utk bangun bersamasama..
seorang sahabat tak akan pernah memudaratkan sahabatnya sama ada dgn tindaktanduk juga katakata.
seorang sahabat takpernah tahu apa itu rasa disusahkan oleh sahabatnya. 
seorang sahabat tak pernah hadir dalam hatinya rasa benci akan sahabatnya..
takpernah.
seorang sahabat selalu sahaja ingin mengetahui kisah terbaru sahabatnya,
agar bisa dia ketawa, bisa dia menangis dan biasa dia memujuk andai diperlukan sahabatnya...
seorang sahabat takpernah lupa mendoakan sahabatnya tipa kali usai solatnya..
kadangkala, airmata laju sahaja menuruni lurah2 pipi, 
walaupun mata tika itu hanya melihat potret sahabatnya sahaja..
bukannya bersua jasad.. ah.. rindu kah??
iya. 
rindu pada semua kenangan bersama.. 
rindu pada saat berjuang bersama..
rindu saat2 dihabiskan bersama, suka duka, gelak ketawa, tangis dan senda... 
semuanya! 
sahabat,,
kita saling mencintai bukan kerana duniawi kan?? 
dan kita juga tidak akan saling membenci jika ianya berkaitan urusan duniawi kan??

semuanya akan berlaku kerana allah..

sahabatku,, 
andai pernah aku melakukan sesuatu yang taksepatutnya seorang SAHABAT lakukan, maafkan ak. terima kasih atas segalanya..  sebuah athar ada menyebut, 
tidak ada kenikmatan seorang hamba allah yang lebih baik setelah nikmat islam selain daripada kenikmatan memperolehi awhabat soleh; apabila lupa dia mengingatkan, dan apabila ingat dia akan membantunya..
 dan kamu telah memberi aku merasai nikmat itu sahabatku..

akhir dariku,,

drpd ibn umar r.a, bhw sesgghnya nabi SAW bersabda, mafhumnya,,

seorang islam adalah saudara orang islamyang laen, xboleh dianiayai dan xboleh diserahkan kpd pihak musuhnya.. sesiapa yang membantu menunaikan hajat saudaranya, maka allah akan menunaikan hajatnya.. & sesiapa yang menghilangkan beban kesusahan drpd org islam, maka allah akan membalas pula dgn meghilangkan bebannya drpd beban2 kesusahannya pada hari kiamat kelak. & sesiapa yang menutup cacat kesalahan org islam, maka allah juga akan menutup cacat celanya di hari kiamat kelak..

(riwayat alBukhari & Muslim)

buat sahabat2ku..
amnah, fasihah, zubaidah, aqilah, sakinah, farah, atirah, hamizah

hiba

rasa seperti tidak mampu ditahan lagi air mata hari ini..  mengalir deras,  walau ditahan terlepas jua jatuh lembut ke pipi.. y...