Monday, October 28, 2013

::: cinta_

di pagi selasa. bising bunyi alarm mengejutkan dia daripada tidur. di capai telefon yang asyik giler berdering di tepi. swipe. dismiss. berkelip-kelip saja di atas katilnya, tidak la berapa empuk macam Vono, namun cukup selesa. malas rasanya nak bangun. memikirkan waktu subuh yang semakin berlalu, bingkas bangun. jejak saja kakinya di lantai, teringat lagi. sudah bangkitkah kamu sayang? 

argh. dia benci. dia rimas. 
dia penat dengan setiap ingatan itu. 
bertepuk sebelah tangankah, atau ada sambutannya? 
dia tidak pasti. 
istighfar dalam hati. 

ini rindu atau ini jerat syaitan sahaja? 

atur langkah menyucikan diri. 

takbir diangkat. empat rakaat. ya lah, Subuh memang dua rakaat. tidak lupa ditunaikan juga solat sunat rawatib, qabliyyah. iman tengah naik ni, elok juga. 

usai solatnya, angkat tangan, berdoa. segala keinginannya diluahkan. dan di akhir doanya tidak lupa dinyatakan rindunya. biarlah hanya Tuhannya sahaja yang mengetahui betapa rindunya dia. 

namun sehingga sekarang dia masih bingung, kenapa begitu kuat ingatan nya pada jejaka itu. nak kata tampan memang tak lah. nak kata comel, erk, entahlah. nak kata hensem erm,, tongkat dagu jap nak fikir. nak kata gentle macam adi putra, erm, ade la sikit. tapi, memang sikit la rasanya. heh~

yang banyaknya selalu sahaja terkena. kena apa? kena sakat. tapi dia tidak kisah. makin kena sakat, makin kena jerat dengan soalan mencabar minda, makin di rasa dekatnya. makin terpaut hatinya. 
iya, seperti yang dikata, dia bukan terpikat pada tampannya dia, atau comelnya dia-bonus sajalah kalau ada pun - namun, dia benar terpikat pada peribadinya. 

jika Tuhan saja yang tahu rasa itu, maka Tuhan jugalah yang tahu sakitnya menanggung rasa tidak menentu ini. rasa yang tidak pasti. dan Allah juga yang Maha Mengetahui apakah rahsia di sebalik ini. dan Dia juga yang tahu sampai bila penantian ini akan berakhir dan bagaimana pula kesudahannya..

dia mengeluh lagi. tekap tangan di dada kiri. tepat di jantung. hadiahkan sebuah alfatihah kepadanya. semoga harinya berjalan lancar. semoga dia rasakan kerinduan ini.. 

nafas ditarik panjang.

on laptop. pasang radio online.

satu lagu muncul 

deras hatiku berdetak di langit aku terlihat kamu.. terang malam teman kita, dengan angin meniup sayu.. ku petik gitar akustik ini, dengan harapan dia mendengar melodi indah, yang kucipta hanya untuk luahkan rinduku padanya.. dan aku terus menyanyi lagu ini untukmu.. walau berjuta mendengar lagu ini hanya untukmu.. arah hidup kita tergapai bintang di angkasa.. dan berkelip melukis cinta, terciptalah lagu kita..

keningnya terangkat

lagu seterusnya

dirimu bagaikan sebuah lukisan, penuh warna, penuh seni, tak layakku miliki.. jangan kau berpura, engkau juga sama, membuat aku rasa tenang hatiku kau miliki.. dengarkan gurindam, inilah lagu cintaku padamu.. andainya ku hilang, biarlah lagu ku temanmu.. di antara kita suka sama suka, aku pasti kau punya hati ingin bersama jua.. tidak semestinya sebuah cerita cinta kan berakhir sesempurna, seperti kita impikan.. 

fed up

ah. tukar radio. dengar nasyid lah

lagu seterusnya

oh tuhan seandainya telah kau catatkan, dia milikku tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku titipkanlah kebahagiaan.. ya allah ku mohon apa yang telah kau takdirkan.. ku harap dia adalah yang terbaik buatku, kerana Engkau tahu segala isi hatiku.. pelihara daku dari kemurkaanMu.. ya Tuhanku, yang maha pemurah, beri kekuatan jua harapan, membina diri yang lesu tak berdaya, semaikan setulus kasih di jiwa.. ku pasrah kepadaMu kurniakanlah aku pasangan yang beriman, bisa menemani daku,, supaya ku dan dia dapat melayar bahtera ke muara cinta, yang Engkau redhai.. ya Tuhanku, yang Maha Pengasih, engkau sahaja pemeliharaku.. dengarkanlah rintihan hambaMu ini, jangan Engkau biar kan ku sendiri.. agar ku bisa bahagia walau tanpa bersamanya.. gantikanlah yang hilang, tumbuhkan yang telah patah, ku inginkan bahagia, di dunia dan akhirat.. padaMu Tuhan ku mohon segala..

okai. 
tutup radio. pilihan yang bijak kiranya. 

tiba-tiba kedengaran di luar rumah, jirannya melalak :

jujurlah sayang, aku tak mengapa

erk.

abaikan. tapi, kenapa ni? when all songs make sense. inikah cinta?

halalkah makanan kita?

bismillahirrahmanirrahim. sollu 'alannabiy

berkisar cerita halal, saya rujuk kepada laman web Halal Malaysia, maka definisi halal ialah :

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
ceh nampak sangat kan copy paste? haha..

dan bagaimana pula tanggungjawab mereka yang terlibat dalam industri untuk memastikan they serve the halal food to their muslim customer?

bagaimana pula sensitiviti mereka yang bekerja, memasak makanan yang mereka tahu akan di hidangkan kepada umat manusia untuk mengelakkan guest tersebut daripada memakan makanan yang haram tanpa pengetahuan mereka?

so, bagaimana tindakan kita untuk memastikan makanan yang kita makan itu benar halalnya? dan jawapannya di pihak kita yang makan ni, yakin sajalah. tapi xde maknanya kalau kita da sah-sah pergi ke satu restoren yang semuanya non-muslim makan, pastu acah-acah nak tawakkal redha, acah-acah yakin semua makanan itu halal. yang tu mohon di pancitkan tayar kereta. kalau kita tidak yakin, maka makanan itu jatuh kepada syubhah. iaitu ragu-ragu halal atau haram. dan makanan syubhah itu pula kalau kita yakin halal maka boleh dimakan, tapi kalau kita yakin ianya haram maka haramlah. dan sebaiknya kita jauhilah makanan berstatus single syubhah ni ye teman-teman. 

maka setakat ini sajalah post berkenaan halal ni.. sampai jumpa lagi, semoga bermanfaat *kenyit mata*

sisi pandang : industri VS agama

assalamualaikum wbt..

hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi satu pandangan berkenaan satu isu : kaitan beragama dan industri foodservice dan hospitality.

saya yakin dan percaya kita semua faham benar, sebut sahaja hotel besar, pasti terbayang arak. pasti terbayang ada kolam renang. pasti terbayang staff-staff front of the house yang pastinya tidak bertudung, seksi dan sebagainya. atau, sebut saja hotel bajet murah, pasti agak sinonim dengan mak-mak ayam yang menjual 'anak-anak ayamnya' atau tempat melampiaskan nafsu muda-mudi, bahkan juga golongan yang sudah lanjut usianya. dan bercakap pula tentang kedai makan, atau mana-mana foodservice establishment, pasti bangkit stau isu : halal atau tidak. bersih atau tidak, selamat atau tidak. dan yang tidak kurang popularnya : ke mana duit itu akan dilaburkan.

satu cabaran besar buat mereka dan juga saya yang beragama Islam, yang berkecimpung dalam industri sebegini. namun, syukur juga kerana setakat ke hari ini, mentaliti masyrakat telah sedikit demi sedikit berubah terhadap sektor ini (kenapa aku rasa macam buat karangan BM ni?) 
bila sebut hotel, at least masyarakat takdelah memandang serong sangat. serong sikit tu masih ada lah lagi, tapi kiranya cukup la kelegaan di pihak kami. hehh heh. 

tapi hakikatnya, cabaran itu yang perlu disahut oleh mereka-mereka dan aku yang terlibat dalam industri ini. bagaimana mahu berhadapan dengan budaya kerja yang kebanyakannya tidak benar-benar menghormati prinsip Islam. bukan tidak ada, ada saja yang tempat bertaraf banyak bintang yang tidak mewajibkan pekerjanya untuk seksi, untuk membuka tudung masing-masing.bukan tidak ada, malahan ada saja tempat yang mewajibkan chefnya memasukkan sedikit arak ke dalam setiap hidangannya. dan kta yang tukang makan ni, main makan sajalah. takdenya nak check tempat atau hotel tu disahkan halall atau tidak segala makanannya. yang kita tahu, baik makan hotel, confirm penyediaan yang bersih. dan makanan sedap. memang, memang sedap dan bersih tapi faktor campurtangan arak ke dalam makanan itu perlu di ambil berat.. 

ada satu kisah. tidak ada niat saya untuk menjatuhkan maruahnya, jauh sekali untuk membuka aibnya. namun sekadar berkongsi kisah, untuk kita jadikan rujukan bersama, inshaallah. (dan kepada individu yang saya ceritakan ini, jika anda membaca, saya minta maaf.)

sekali pandang, si fulan ini seorang yang baik. solat selalu di awal waktu. di mana saja dia berceramah. nampak saja perkara yang tidak kena di matanya terus saja terhambur kata-kata teguran. nampak saja perkara mungkar dia lah orang pertama yang lari. jauhkan diri. tidak bagi kerjasama. dia cuba mempamerkan identiti atau sikap untuk mengajak orang lain mendekati akhlak yang syumul. namun, apa salahnya sehingga rakan-rakannya tidak selesa justeru menjauhi dirinya. oh. lupa. dia juga seorang pelajar dalam bidang ini, bidang food and hotel lah. maka, faham sajalah. bilamana kehadiran seorang yang kelihatan 'warak' kelihatan bagus, jika tidak kena cara penyampaiannya maka automatik dalam area ini akan disisihkan. mudah kan. ya. mudah bagi orang lain dan susah bagi individu itu sendiri.

sambung cerita. 
namun, sebenarnya mereka yang terlibat dalam industri ini tidaklah sekeji itu. terpulang juga kepada pembawakan individu yang katanya mahu membawa Islam itu sendiri. ya benar,dia selalu solat di awal waktu. bagaimana rakan-rakannya tahu? kerana apabila ada kelas yang waktunya 12-3, berkumandang je azan zohor dan pensyarah berhenti mengajar, maka dia pun lesaplah. setiap kalinya begitulah. dan hampir habis kelas baru masuk semula. lama nya munajat atau lokasi masjid yang agak jauh daripada kelas? 

kelas serving. sesi terakhir ialah sesi server itu yang akan membantu geng memasak di dapur untuk melahap. dan bayangkanlah jiwa muda, apabila terpaksa 'berlakon' formal di hadapan guest, dengan keadaan yang diri sendiri lapar (ambil contoh bulan puasa), maka sesi melahap makanan sampai licin atau sampai perut memboyot ternyata satu sesi yang sangatlah menggembirakan dan memberi seribu makna. cewah.  maka dalam kegembiraan dan kegegak-gempitaan tu tanpa diduga satu hari dia bangun dan berdiri di atas kerusi lalu berceramah-jika tidak silap tentang adat makan, kisah nabi, ah, begitulah. maka yang mana baru sahaja menyuapkan nasi ke dalam mulut, tidak sempat menutup mulutnya, nasib baik tidak ada lalat yang masuk ke dalam mulutnya bagi di kunyah bersama-sama. dan mereka yang sedang galok ketawa maka juga stay dalam keadaan ternganga lalu mulut di tutup perlahan-lahan. 

dan tidak kurang pada suatu hari dia membantah sekeras-keras dan mengeji perbuatan rakan-rakannya untuk menganjur satu program pameran, dan juga satu lagi program bersosial, iaitu beriadhah bersama-sama. katanya melalaikan. dan tidak membawa kesan yang baik untuk agama. dia mengeji dan membenci kemungkaran, namun cara penolakannya juga dia memilih dengan bahasa yang keji. tanpa dia faham skop dan konsep asal pelaksanaan. tanpa dia melihat keseluruhan aspek Islam. dia pandang fardhu ain, namun seolah dia menolak fardhu kifayah.

dan terbaru, khabar daripada teman, cerita praktikal. betapa untungnya dan besarnya rezeki dia apabila ditempatkan di satu tempat untuk menjalani practicum di satu syarikat yang paling besar, dalam banyak-banyak pilihan yang kami ada. sesi pertama sudah tentu minggu orientasi. dan satu slot di dalamnya ialah apabila di bawa mereka menjelajah seluruh kawasan working-area. lalu sahaja di tempat arak, dia terus tidak tentu arah dan berdalih keluar untuk bersolat Asar. pastinya staff yang mengendalikan slot itu tidak mengizinkan-bukan kerana tidak beri waktu solat namun slot masih belum tamat, nanti dia juga susah tak kenal itu tak kenal ini- namun dia berkeras dan tetap mahu menunaikan solat. malas melayankan maka dia di beri kelepasan. dan tertanya juga, lewat sangat ke habis waktu lawatan, jawabnya teman, pukul 5.30 petang dah habis sesi. oh. takde la lewat mana, kata hati aku lah. namun, mungkin lewat bagi orang yang selalu solat awal waktu.

namun, cop. setahu aku, dengan ilmu yang tidak banyak mana tentang agama, antara pengecualian yang ada untuk menangguhkan solat ialah semasa kita menuntut ilmu.

andai kita mencuri masa sedikit untuk bersolat, dalam keadaan kelam kabut, masih mampukah kita untuk khusyuk? pasti hati kita terkejar-kejar, dan tidak dapat bertenang dan fokus pada solat. kecuali kalau memang organisasi itu tak benarkan kita solat lainlah. 

dalam konsep ini, mereka-mereka golongan yang giat memperjuangkan agama, atau sepatutnya seluruh muslim yang terlibat dalam industri sebegini seharusnya mempamerkan contoh yang baik. mintak izin dan pergilah bersolat seperti yang dijadualkan. jangan lah tinggalkan kerja kita di waktu peak hours, semasa semua orang tengah sibuk, semasa kita diperlukan, jangan lah sewenangnya tinggalkan kerja. tolong faham dan bezakan di mana waktu kita boleh meminta izin keluar untuk bersolat, benar, agama dan solat itu yang utama namun, gunalah akal. ada waktu kita dibenarkan untuk melewatkan sedikit solat. fikir dengan rasional dan penuh ilmu.

pendekatan kita. kalau benar mahu menegur, tegurlah dengan cara yang baik. yang paling penting, diri kita dahulu yang perlu menunjukkan sikap yang boleh dicontohi. kepimpinan melalui teladan adalah yang terbaik. jika kita pun tidak betul namun sembang punye la kencang nak suruh orang 'kembali ke pangkal jalan' jangan harap orang terima. benci adalah, mungkin.

dan dalam industri sebenarnya kita benar-benar perlukan golongan umat yang berkualiti untuk mengajak industri kembali kepada pangkalnya. untuk membiarkan Islam didirikan di dalamnya. perlu. dan dengan cara yang betul.

lupakah kita, jika kita tidak dirikan agama di dalam diri kita, bagaimana kita expect untuk agama itu berdiri di dalam masyarakat dan negara kita?

sama-sama fikirkan.

Sunday, October 27, 2013

menjadi kurus :::

assalamualaikum wbt..

hai apa khabar semua (bajet jadi motivator, impian tak kesampaian LAGI)

sambung siket kisah related to hospitality and foodservice industry..

percaya atau tidak, mereka yang terlibat dalam industri ini  terpaksa berhadapan makanan setiap hari, tak kiralah hadap makanan dari segi kena masak, menghidang mahupun membuang makanan tersebut ke dalam tong sampah (part clearing) yang pastinya makanan ini satu bnda yang sangat sedap dan sangat lah ada auranya untuk menggugahkan dan juga menghasut kita umat manusia untuk memakannya. amboi. namun, satu kenyataan lagi yang sedikit susah untuk dipercayai di mana walaupun anda tidak menternak kutu anda pasti akan menggaru kepala yang tidak gatal, di mana kenyataan berbunyi : walaupun terpaksa berhadapan dengan makanan setiap hari namun mereka yang terlibat dalam industri perlulah memiliki tubuh badan yang ideal. namun, percayalah cakap saya yang mana saya tidak kisah jika anda menggigit jari sampai putus sekalipun, bahawasanya, mereka yang terlibat dalam industri sebenarnya tidak mempunyai masalah (kecuali segelintir sahaja) untuk melawan nafsu makan kerana pada awalnya saja mereka girang melihat pelbagai jenis makanan, namun bila tiba di satu titik, mereka akan muak dan tidak ada selera makan. 

maka ubatnya ialah, mungkin berhenti kerja. oke, tipu saja. HAHA. takde la sampai berhenti kerja namun, memang serius, selera anda akan putus. masak lah makanan sesedap mana atau semahal mana, anda tidak akan ada nafsu membuak untuk makan. bila anda benar-benar lapar sahaja anda akan makan. faktor sebenar ialah salah satunya sebab keletihan manakala lagi satu faktor ialah jemu. anda yang lihat makanan itu, anda yang 'memproses' makanan itu, from zero to hero (ehh??) daripada ayam seekor tu anda lah yang potong andalah yang guling-guling dalam tepung, sambung guling dalam telur sambung guling dalam breadcrumb dan seterusnya menggorengnya. lepas tu buat pulak blackpepper sauce daripada chopped ingredients kepada saute mereka, buat brown sauce, campur dalam bahan tadi perasakan, tunggu didih sampaii la terhasil blackpepper sauce. pastu anda jugakla yang susun ayam tuang sos hias-hias. dah penat tu agaknye ada selera tak? absolutely no. 

cuma yang hairannya, walaupun tak lalu makan kadang-kadang tukang masak ni still ada yang gemuk. kenapa? mengikut cerita dulu-dulu la kan, zat-zat makanan utama yang hilang semasa proses memasak tu, dah kena hidu dengan tukang masak. nah. sebab itulah walaupun tak makan tukang masak still berisi :P

okai la, muqaddimah pun dah masuk banyak giler aksara :P

persoalannya, kenapa mesti orang dalam industri perlu kurus?

satu untuk mengekalkan stamina. ye lah. kerja ni perlukan staff yang sentiasa cergas dan bermanis muka. woi, kau ingat kalau penat tu boleh nak paksa muka jadi manis? dan walaupun bole paksa, kau ingta customer suka la tengok muka kau yang dah layu tu? so thats the reason. to serve the best, we need to have enough stamina. we need to be fit. energetic. sebab apa, cuba tanya mereka yang berisi *sorry no offense* buat kerja sikit mesti mengah kan? pastu pergerakan slow sikit. believe me. tak percaya, makan la banyak-banyak sampai gemuk. HAH !

seterusnya ialah untuk jaga imej. oke bayangkan waitress kat satu restoren terkemuka dengan uniformnya yang kita semua tahu biasanya semua tide-in, cantik atau tidak jika mereka yang bertugas sebagai front-liner ni masyaALLAH, gemuk-gemuk? nampak semua lemak-lemak. ternyata mereka pengumpul berjaya. dan kalau bercakap soal agama Islam, dah tak pasal-pasal jatuh hukum berpakaian ketat. kan? one of the way to avoid pendedahan aurat guys. kalau yang kurus, bagi la baju ape pun baju tu takkan jadi ketat. terpelihara la siket bagi muslim yang terjebak dalam arena ini. thats why for me untuk jadi kurus itu merupakan satu tuntutan. perlu. selain menjaga imej syarikat, imej agama juga terpelihara. inshaallah. betulkan niat. :)

kurus yang dikatakan di sini bukanlah sampai tahap kepada tinggal tulang saje. maknanya fit. bentuk badan yang ideal. normal BMI nya. kalau badan yang ideal, penyakit pun susah nak dapat kan.. 

dan untuk menjadi kurus ni maka eloklah jika dijalani gaya hidup yang sihat. bukannya dengan makan pil. bukannya dengan cucuk dadah. bukan sampai bullimia mahupun aneroxia. tidak. kawal pemakanan, bersenamlah secukupnya. amalkan gaya hidup yang aktif, gaya hidup sehat. ewah. 

sebenarnya, aku buat post ni setelah membaham heavy supper di jam 9.30 malam. HAHA. jadi, peringatan dan amaran kepada diri sendiri sebenarnya. dan sape-sape yang mahu bersama saya, ayuhlah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat. marilah kita mendapatkan berat badan yang ideal *senyum*

Saturday, October 26, 2013

_suci ::::

semua tunduk. diam. warna. 
takut la tu 'cikgu baru' masuk... baikkk je semua. haha. 

hurmm.. lepas siap, terus aku kata, letak semua atas meja cikgu nak tengok.
semua letak atas meja. bagus. ada yang dengan konfidennya tunjuk, ada yang tutup-tutup tapi still nak tunjuk. macam-macam. dan tak kurang ada yang berani tanya : 
cikgu cikgu cantik tak kite warna?

errr.. nasib baik yang tanya tu yang warna cantik. kalau tak buat haru juga cikgu nak jawab :P
jujur kan, kecik hati. kalau tipu kan bahaya di masa depan :D
haha.

tak lama. lepas dia tengok cikgu dia tu baik hati (ye lah, masuk lif tekan la sendiri, takkan la nak suruh orang tekankan) maka mulalah episod menunjukkan watak sebenar. dia dah rasa ngam tu terus saje melalak sana melalak sini. cikgu pun ape lagi, melalak la same. kahkah. sungguh tidak sopan. namun apakan daya, cikgu terpaksa murid-murid. kalau cikgu tak melalak jawabnya baik cikgu takpayah datang mengajar, korang je belajar sendiri. ewah. ayat tacing katanya. 

biasa lah. ada yang tanya,
cikgu kucing warna ape
cikgu ayam warna apa
cikgu kenapa arnab ada banyak telinga (padahal yang banyak tu daun pokok sebelah telinga arnab)
cikgu itu cikgu ini.

tak kurang yang tiba-tiba bergaduh. sebab kawan nak tiru dia mewarna,
aduhai. mewarna pun nak tiru.

ada yang taktahu
cikgu, saya tak reti nak tulis
cikgu huruf a kecik macam mana

cikgu cikgu dia kenak (kacau) saya
cikgu tengok dia ambik kaler (pensil warna) saya 

ada yang masih pelat 

: ikgu ikgu ite tok key (tok sey) wat inih 
oloooohhh ayoh ooo (oloohh payahnya)

aduhai. macam macam..

mengeja enam perkataan. mewarna. siap warna cikgu mark.
cikgu mark cikgu bagi bintang
pastu mula la sibuk dok compare dapat berapa bintang

ada jugak, dia dapat tiga bintang, kawan dapat empat bintang.
datang meja cikgu,
ikgu, ikgu, ulih aye nok amboh atu intang ikgu?
(cikgu boleh saya nak tambah satu bintang cikgu?)
aduh.
boleh pula.
cikgu kata, boleh, g kaler comei sikit
dia balik ke meja,
datang semula, okay cikgu bagi sebab usaha (bukan sebab warna makin lawa)

cikgu jalan-jalan. tiba-tiba, cikgu, ado ore mari (ada org datang)
punye la cikgu terhendap-hendap ke luar kelas nak tengok sape datang,
rupanya yang datang tu kawan dia yang nak suruh cikgu marking
oh. datang ke meja cikgu rupanya.

aduh. komplikated betul.

hari seterusnya cikgu pening kepala. ramai pulak yang datang. nak handle 30orang kanak-kanak 5,6 tahun. pening kepala cikgu. sakit tekak cikgu. boleh demam cikgu macam ni. 

sebenarnya saya cerita bukan untuk suka-suka, tapi untuk kita sama-sama berfikir. 
banding. muhasabah. 
bagaimana keadaan kita yang dulu. bagaimana keadaan kita yang sekarang. 
cuma saya tidak mahu ulas. terpulang kepada ulasan anda sendiri.

assalamualaikum wbt :)

Wednesday, October 23, 2013

_kisah industri_satu cabaran

bismillahirrahmanirrahim..

ye rasanya warga fesbuk warga tuiter dan hari ini warga blog tahu yang aku tengah kegilaan menunggu jawapan placement praktikal. dan tidak dapat melakukan apa-apa cuma doa sahaja. dan bila terjadi benda seumpama ini buat aku terfikir, apa salahku apa salah ibuku ehh. ye la, setiap yang berlaku ada sebabnya, ada hikmahnya.. itu yang buat aku terfikir agaka-agak kenapalah aku ni tak dapat-dapat lagi jawapan praktikal. ada seorang teman yang kata : kalau tahu lambat ni biasanya dapat yang best. senior kata : xpe dapat lambat bole cuti lama. kawan-kawan kata : lantaklah. dan maka aku pun kata : biarlah apa orang nak kata. yang baik aku aminkan saje. haha..

namun, kunjungan daripada seorang kawan sekeluarga semalam, buat aku terfikir. dan aku rasa aku tahu kenapa sebabnya aku belum mendapat tempat praktkal. kami sekeluarga lebih senang panggilnya abe dan wife nya kami panggil kak. walaupun umurnya aku kira baru menginjak ke usia 30-an, well said, ada laa beberapa kisah di sebalik perkenalan kelaurga kami dan pihak mereka. usah dicerita sebab itu, kita cerita tentang ini saje.

abe tanya aku praktikal mohonnya di mana. so aku jawab la, status sekarang menunggu jawapan daripada salah satu kedai kek di KLIA. (nama organisasi dirahsiakan lah takut kena saman :P who knows what are going to happen in future right) jadi dia pun kata : owh, ok la tu, boleh masuk dan tengok apa ingredient yang dia guna. pada awalnya aku punye pemikiran, nak tau resipi rahsia la ni. :p lalu dia menyambung : dengar kata semua kek di situ tak halal makan. nah, maka dia mulalah cerita. mula-mula cerita tentang kek di situ, yang katanya pakai lemak babi. lepas tu berlarutan pula ke satu demi satu kedai-kedai kek yang terkemuka yang lain. katanya yang disembur arak la itu dan ini. macam-macam. serius macam-macam.

frankly speaking aku tak pernah terkejut dengan semua ni.
boleh dikatakan, dalam industri makanan ni, dua perkara yang kita akan biasa jumpa : tidak halal dan pembaziran. well, apalah kuasa kita nak mengubah andainya kita hanya pekerja bawahan. yang paling senang nak buat ialah berenti kerja kalau tak tahan. nah. itu saje. ada lagi, bukak bisnes sendiri, serve yang halal sahaja kepada muslims, especially.

takut. takut untuk memerhatikan apa kandungan setiap makanan. setakat mana yang boleh check logo halal, check. tapi yang lebih-lebih nak check satu-satu memang tak la. nak makan, main terkam je kat mana-mana kedai makanan. usah kata ingredients, tukang masak tu entah solat entah tidak. nah, itu pun isu juga sebenarnya. jadi, kesimpulannya, nak jumpa yang halal dan baik (halalan toyyiba) dalam situasi dunia sekarang ni sangat lah susah.

dan sebagai jawapan, mungkin sebab itu aku belum dapat panggilan praktikal. sebab ape ? mungkin sebab aku belum bersedia menempuh industri sebenar. mulut boleh kata, tapi hanya Tuhan yang tahu kemampuan kita. dosa sedia ada tak tertanggung justeru nak menanggung dosa baru. mampu kah?

maka, mohon doa semuanya, agar aku, kawan-kawan, kami la senang cerita, yang sudah mula terlibat dalam industri makanan ni agar boleh sama-sama mengembalikan makanan yang halal dan baik kepada seluruh umat Islam terutamanya. ini fardhu kifayah. semoga bukan angan kosong. semoga kita mampu.

kalau di kira banyak perkara dalam post ini yang aku cuma sentuh sedikit sahaja, di permukaan. tak sedap nak ulas sebab bnda tak pasti. jika anda berkesempatan, tekan saja link yang bertag _industri (di sebelah kanan bahagian blog) , yang mana semua tulisan ialah coretan pandangan saya berkenaannya. semoga bermanfaat, inshaallah :)

Monday, October 21, 2013

legasi kepimpinan_

bismillahirrahmanirrahim..

'dipanggil' untuk membaca satu tulisan oleh seorang teman yang menyentuh perihal Pilihan Raya Kampus membuat saya turut terpanggil untuk memberi respon berkenaan kepimpinan. ialah, nak memilih apa lagi kalau bukan memilih pemimpin. hakikatnya, di mana pun kita, sama ada di sekolah rendah, menengah, alam universiti mahupun jika kita menjadi pemimpin dunia, asasnya sama saja. keperluan dan kemahirannya juga sama, cuma suasana dan cabaran saja yang berbeza. biasalah, makin dewasa, makin besar cabarannya. begitul juga dengan konsep beragama, semakin tinggi keimanan makin kuat lah cabaran yang perlu dihadapi.

baiklah.
kebanyakan orang menyebut perihal perbezaan pemimpin dan ketua. benar. lebih senang untuk menjadi seorang ketua berbanding menjadi seorang pemimpin. ketua, senang. arah-arah sahaja. untuk menjadi pemimpin ini yang menjadi cabaran. prosesnya mungkin panjang, malahan tidak pernah ada istilah habis belajar bagi mereka, atau kita-kta yang bercita-cita menjadi pemimpin.

apa nilai yang membezakan ketua dan pemimpin?
jawapannya dari pemerhatian saya ialah KERELAAN pengikut kita untuk mengikut arahan dan menjalankan tanggungjawab yang kita pinta mereka untuk laksanakan. nah.

bagaimana untuk menjadikan mereka rela?

jawapannya, mulakan dengan memimpin diri sendiri. tunjukkan contoh yang bagus. saya percaya anda pernah mendengar perkataan role model. benar, manusia itu tidak ada yang sempurna. tapi percayalah kita mampu untuk bergerak ke arah kesempurnaan itu. cuba. saya bawakan contoh, seperti di UiTM, pelajar perlu memakai pakaian yang mematuhi sahsiah rupa diri. bagaimana agaknya seorang pelajar biasa akan merasa rela untuk mematuhi peraturan universiti supaya berpakaian sekian-sekian andai katanya barisan pemimpin pelajar tidak mampu untuk mematuhinya?

benar. mungkin ada yang taat dan wala', ikut sahaja. tapi terimalah hakikat bahawa generasi zaman ini kebanyakannya suka memberontak. kalau tidak dimulakan oleh barisan kepimpinan, pasti kebanyakan mereka tidak akan melakukan perkara yang sama..

percayalah kata saya, kalau kita berada di jalan yang betul, dengan peribadi dan akhlak yang baik, maka kepercayaan, kerelaan dan segala macam 'ke' yang lain daripada subordinate kita secara percuma saja kita akan dapat.

cerita tentang kepercayaan.
amat dan terlalu penting dalam sesebuah organisasi. apabila hilangnya kepercayaan orang di bawah kita terhadap kita sebagai ketuanya maka hancurlah sebuah kepimpinan. bukan senang menambat hati dan meraih kepercayaan orang, namun percayalah juga betapa senangnya untuk satu kepercayaan itu hilang.
kepercayaan yang bagaimana? kepercayaan subordinate tentang kemampuan kita untuk memimpin mereka. kepercayaan mereka bahawa kita mampu melaksanakan apa yang kita kata (walk your talk). kepercayaan bahawa kita mampu melaksanakan apa sahaja. kepercayaan terhadap kemampuan organisasi.

kerana apa kepercayaan itu penting?
apabila mereka percaya kita mampu untuk memimpin, maka mereka rela dimpimpin. secara tidak langsung mereka akan lebih terbuka untuk menegur kesalahan atau bertukar pendapat. seterusnya, mereka akan percaya bahawa kita mampu melaksanakan apa yang kita kata. ini akan membawa kepada kerja yang berkualiti. bayangkan, jika kita yakin akan sesuatu pastinya kita akan membuat satu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. dan hasilnya pasti setimpal dengan usaha kita. apa dia? kejayaan. maka apabila adanyan kejayaan maka mereka akan mula yakin dan percaya terhadap kemampuan organisasi. dan proses ini akan berulang sendiri, ongoing.

dan apabila mereka telah seronok bekerja, tidak perlu di suruh, mereka akan buat sendiri. sekali lagi, percayalah. dan jika sebaliknya, jika diri kita pun orang tidak yakin dapat memimpin, bagaimana? jawabnya, anda putarkan saja fakta dari saya tadi. senang.

namun apa yang menyedihkan, daripada membiar kepercayaan itu terus subur, ramai yang memilih untuk tikam belakang. nah. ini satu topik lain yang telah saya kupas sebelum entry ini : klik sini

seperkara lagi yang selalu menjadi perkaitan dengan pemimpin ialah akademik. tidak semua yang pandai itu mampu memimpin dan tidak semua pemimpin itu pandai. pandai di sini membawa maksud mendapat gred yang baik dalam peperiksaan. seringkali disalahkan sebuah kepimpinan yang membawa bersama banyak tanggungjawab dan seterusnya menjadi alasan bahawa mereka kesuntukan masa.
sebenarnya kepimpinan dan tanggungjawab itu tidak bersalah. yang salah itu kita. kerana kita kurang mahir mengurus. mengurus apa? mengurus emosi dan juga masa. dua elemen yang sangat penting.

cerita satu kisah benar, kepada yang tidak berminat boleh terus kepada perenggan kesimpulan :P
bukan mahu buka pekung di dada cuma berharap kisah ini mampu menjadi pengajaran. saya belajar daripada kesilapan saya. baik UPSR mahupun PMR keduanya saya berjaya mendapat semua A. rezeki juga, antara rakan-rakan sekolah yang lain saya lah antara yang menonjol dalam bidang kepimpinan. disebabkan itu, naik sahaja tingkatan empat, apa-apa jua porgram kepimpinan yang memerlukan wakil maka saya lah yang akan dihantar. lalu menyebabkan enam bulan pertama tingkatan empat, boleh kira dengan sempoa (nak kata kira dengan jari menipu pulak) berapa kali saja saya berada di dalam kelas. kalau tengok majalah sekolah, boleh dikatakan muka sayalah yang ada di setiap helai majalah, kelab itu kelab ini. macam-macam.

disebabkan itu, saya mula rasa down dan takdapat cath-up pelajaran. rasa terdesak, rasa terhimpit. bayangkan status pelajar straight A tiba-tiba gagal dalam peperiksaan matematik tambahan dan kimia. agak 'culture shock' saya ketika itu. silapnya saya tidak tahu bagaimana mengurus emosi saya. lain-lain, soal kepimpinan masih bagus *saya kira* cuma masalah pelajaran saaya mula putus asa dan tolak ke tepi.
dalam hati saya, aku tolong Tuhan, Tuhan tolong aku. ternyata teori saya salah ketika itu. Tuhan itu tidak akan ubah nasib kita kalau kita tidak ubah sendiri. saya hanya bertaklid ketika itu. saya mengharap bantuanNya tapi tidak ada pun sedikit usaha daripada diri saya, jadi jawab sendiri lah.
dan perkara ini berlarutan sehingga ke tingkatan lima. slilibus tingkatan empat pun tidak terjaga inikan nak masuk tingkatan lima. saya mula tidak selesa dengan pelajaran maka bagi saya biarlah yang saya kejar tidak dapat, asalkan jangan yang saya kendong berciciran. maka, saya tinggalkan pelajaran, pandang sebelah mata saja. cukup saja addmath dan kimia itu lulus. xde harapan. lebih baik saya fokus pada badan-badan yang saya pegang. itu hematnya, katanya la pada ketika itu, and last sekali, terima result spm. nah, agak sendiri lah berapa result saya. cuma alhamdulillah lulus spm dan alhamdulillah terima tawaran ke matrikulasi dan juga diploma. dan here i am, memutuskan untuk mengambil diploma. kenapa tidak matrik? kerana konsep saya, berpijaklah di bumi nyata.

bukan sekejap, lama masa yang saya ambil untuk pulih daripada trauma kegagalan. sehinggakan saya malas nak ambil tahu apa-apa tentang kepimpinan di universiti. saya sudah penat. saya kata, saya sudah insaf. lebih baik saya tumpukan pada pelajaran. buat apa terjun ke lubang yang sama dua kali. mulut senang kata, tapi naluri itu sukar dipadamkan. tidak melihat rasa nak lihat. kita sorok pun orang nampak. bagaimana? sukar. akhirnya saya terjebak juga dalam perihal kepimpinan ini di alam universiti, memang secara tidak sengaja.. namun, alang-alang sudah terjebak, takkan mahu diamkan saja? saya duduk kembali dan membuat perbandingan. saya belajar. dan bagi saya ini masanya untuk membuktikan bahawa yang salah itu kita bukan kerja-kerja berkaitan kepimpinan. dan alhamdulillah, setakat ini saya mencapai target (tolak saje cerita apa yang akan berlaku selepas ini-doakan yang baik saja)

dan satu kesimpulan dari saya : semakin sibuk kita, semakin kita tahu bagaimana menghargai dan memanfaatkan masa. benar. dan kesekian kalinya, percayalah kata saya. jika kita mahir menguruskan emosi dan masa kita nescaya kita mampu melakukan apa sahaja.

yang terakhir saya kira, dalam hal ini, lapangkanlah dada. kerana kita akn bertemu dengan pelbagai karenah manusia. ada yang kerja bersungguh-sungguh, ada yang tak reti tapi sanggup belajar, ada yang suka cakap belakang, ada seperti pahat dengan penukul. macam-macam. cuma yang perlu kita ingat, kekurangan dalam diri masing-masing itulah yang menjadikan kita saling memerlukan untuk saling melengkapi. berlapang dadalah, kerana dalam hal ukhuwah juga, berlapang dada merupakan taraf paling rendah.

dan bagaimana gamaknya mungkin kita dapat mewujudkan satu organisasi jika ukhwah tidak disemai?

akhir sekali nasihat saya,
sebelum anda terjebak dalam bidang seperti ini, ingat, sesungguhnya amanah itu satu penyesalan (innal amanah annadamah) . bila kita dipegang umpamanya satu kaki di syurga satu kaki lagi sudah di neraka. amanah itu satu perkara yang paling berat. jalankanlah dia dengan hati yang rela dan ikhlas, dan yang penting jangan malu bertanya. timbalah ilmu kerana syarat untuk memimpin ialah dipimpin.

semoga berjaya.

:::: tikam belakang

assalamualaikum wbt..

dalam jangka masa terdekat ni, banyak kali saya dengar tentang kisah tikam belakang. ada la beberapa kawan yang mengalami kisah begini. dan mereka berkongsi kasih kisah mereka.

well said, sebenarnya tiada apa yang perlu dihairankan dalam kes ni. walaupun saya kurang faham kenapa manusia mesti ada sifat cemburu dan sifat mahu menjatuhkan. dan perkara yang paling sadis ialah apabila saling menjatuhkan sesama sendiri.

cerita kisah saya, tikam belakang setakat ni alhamdulillah.. cubaan selama ni setakat ni berjaya dipatahkan. pernah juga kena tapi nasib baik la dengan ilmu taekwondo yang saya ada, maka tak heran sangat la.. dia datang nak tikam tu kite dah rasa-rasa je macam ada orang kat belakang.. kita pusing kasi je balik back kick siket. pastu bersedia. pastu kasi siket lagi side kick dan slapping kick, double crescent kick siket, punch tiga kali, pipi kiri dan kanan, satu di perut. jatuhkan pihak lawan. lock movement. settle. haha.

acewah cakap besar.oke la..

 alhamdulillah setakat ni bagi kes saya, saya tidak pernah kena yang parah pun lagi.
kalau kena gayanya meletup gunung berapi kite taktau. hah. katanya.

baiklah kembali kepada topik perbincangan.
biasanya situasi ni terbahagi kepada beberapa kategori. sama ada yang sama taraf menikam belakang rakannya, atau yang lebih tinggi menikam belakang orang yang lebih rendah pangkatnya atau juga, yang mana kau kira jarang-jarang dan 'rare' la berlaku ialah yang bawah tikam belakang yang atas.

dan pastinya tikam belakang ni satu je motifnye : dendam atau tidak puas hati atau yang sewaktu dengannya.

tidak puas hati yang di pendam. itulah yang membawa kepada perkara berlarutan. apa salahnya jika ada perkara yang kita tidak puas hati kita suarakan terus? mungkin ada beberapa salah faham dalam pemahaman dan anggapan kita.. kerana manusia berbeza. dalam berkomunikasi secara tidak verbal (direct translation pon boleh) macam-macam perkara boleh menjadi haru-biru kalau kita gagal memahaminya. maka dengan itu, lebih eloklah jika kita bertanya untuk memastikan yang kita tidak salah faham. tanyakan sebab mengapa dan kenapa dia berkelakuan atau mengambil tindakan sebegitu. simple. dan jujur adalah elemen yang paling penting dalam hal ini.

pelik. kenapa mesti ada perasaan hasad dengki? mengapa mesti ada tidak puas hati.

mungkin sebab satu hakikat yang susah untuk diterima oleh kita semua bahawa setiap orang ada lebih dan kurangnya masing-masing. tapi sayang, biasanya kita selalu nampak kurang kita dan selalu nampak lebihnya orang lain. selalunya rezeki atau pun kelebihan mahupun kesenangan di pihak kita tidak nampak, tapi kesenangan dan kelebihan orang lain yang kita selalu nampak dan dengkikan -walaupun kadang-kadang pada hakikatnya kelebihan atau rezeki atau kesenangan kita lebih jauh banyak berbanding orang yang kita dengkikan. tidak bersyukur. mungkin itu ialah frasa yang paling tepat.

hidup bermasyarakat. hidup perlukan muafakat. jika tiada kesefahaman, jika alih-alih asyik nak cemburu, dengki sahaja punahlah muafakat kita.. bagaimana mahu hidup dalam sebuah masyarakat yang harmoni.
dan kebanyakannya lupa, bahawa hidup kita tidak boleh seperti kera sumbang. adalah harta sebanyak mana pun, atau sehebat manapun kita, hakikatnya kita masih perlukan orang lain untuk hidup.

saya analogikan..
benar. seorang yang kaya mampu makan sepinggan nasi dengan pelbagai lauk pauk yang sangat sedap. ada ayam golek. butter prawn, sotong paprik. hidangan penuh meja. jus tembikai.
namun, cuba kita lihat ke belakang. sekaya mana pun dia, tanpa petani dari mana lagi beras boleh di cari? tanpa penternak ayam bagaimana mahu makan ayam golek? tanpa nelayan bagaimana pula dia boleh merasa seafood?
tak usah cerita pasal orang gaji atau apa, yang penting hakikatnya hidup kita penuh dengan kebergantungan.
dan, walaupun mati kubur sendiri, agaknya boleh atau tidak mayat kita yang sudah mati mandi sendiri, solatkan diri sendiri dan uruskan jenazahnya sendiri?

senang.

jadi, mengapa lagi perlu kita semai dan manjakan sikap cemburu dan hasad dengki?
dan mengapa pula sampai kita sanggup menikam belakang teman sendiri?
kuat sangatkah kita? hebat sangatkah kita?
tidak berguna sangatkah teman kita itu?

apa juga jawapan anda, buatlah semahunya.
bicara tentang balasan, kalau tidak di dunia di akhirat itu pasti,

dan akhir sekali, percayakah kita karma itu ada?

renung-renungkan..

Saturday, October 19, 2013

_doa

bismillahirrahmanirrahim..

bila sebut tentang doa, biasanya biasa dilakukan. kebanyakannya, sepanjang masa. tak kurang juga yang buat bila mana terdesak saje. :)

dan kebiasaannya juga, tidak dinafikan dalam hati kita, kadang-kadang kita berdoa, tetapi kita seolah-olah tidak yakin dengan doa. kadang-kadang timbul persoalan dalam benak kita, betul ke boleh makbul doa.

cerita lah sedikit.
saya teringat sewaktu saya sembang-sembang dengan kawan-kawan.
masing-masing pun kadangkadang tidak sedar apa yang dikatakan, saya juga kadang nya begitu juga.
dalam bersembang hari tu, ada seorang kawan yang memperkatakan sesuatu (lupa apa yang dicakapnya) , jadi saya kata : haa, cakaplaa. kata-kata tu doa.. ni malam, doa makbul..
ada pula hari lain, kami bersembang sewaktu hujan. saya kata juga : haa, kata laa.. hujan-hujan ni doa makbul. entah kenapa tiap kali bersembang dengan dia pasti waktu itu 'doa makbul'. hehe.
sampai satu ketika dia cakap apa? 'kau ni setiap masa je doa makbul kan?" hehe..

betullah. kita tidak tahu bila masanya Tuhan nak memperkenankan kata-kata kita (sekali lagi kata-kata itu satu doa).. jadi, jagalah percakapan kita.

baiklah. kembali kepada topik.

saya terdengar dalam satu siaran televisyen baru-baru ni, yang mana seorang ustaz (tak pasti pulak sape sebab ye la kan terdengar so xkenal la suaranya sape) beliau berkata : kalau kita berdoa dalam keadaan yang tidak yakin dan ada rasa yang doa kita tidak akan diperkenan, maka doa itu tidak makbul.

terkedu juga saya. 

bila difikir semula, Allah itu Maha Mendengar, Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.. 
apabila Dia Maha Mendengar, pastinya setiap doa kita Dia akan dengar.. apabila dia Maha Berkuasa maka dengan kuasanya segalanya tidak mustahil. apabila dia Maha Penyayang dan Mengasihani  maka sudah tentu dia akan kasih dan kasihan kepada hambanya yang selalu berdoa. satu.
keduanya, wajib bagi kita umat Islam untuk mempercayai dan meyakini segala sifat-sifat kebesaran Allah. maka dalam skop ini, wajiblah kita meyaini bahawa Allah itu Maha Kuasa yang mampu mengabulkan apa-apa sahaja doa kita.. kerana Dia yang mengatur segala..

namun walau begitu, Dia juga Maha Mengetahui... kadang-kadang kita minta lain, lain pula yang dapatnya.. sebab apa? sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. kadang-kadang doa kita, apa yang kita harapkan ialah satu bnda yang bakal membawa keburukan di masa-masa hadapan, maka Dia gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada itu.. bukan doa tidak dimakbulkan, justeru doa kita dikabulkan dengan cara yang lebih bagus dan kita diberi lebih dari apa yang kita minta. cuma perlu, selongkar hikmah.  lapangkan dada. pasti bertemu jawapan dan tiada penyesalan. inshaallah.

jadi, kesimpulannya..
tegarkan keyakinan. teguhkan pengharapan.. 
berdoalah. merayulah dan mintalah kepada pemilik mutlak sekalian alam semesta 

:)

siiru 'ala baarakatillah, inshaallah :)

Friday, October 18, 2013

kerisauan, keresahan

assalamualaikum, peeps..

ye, masalah yang membelenggu diri sejak dua menjak ni.
terlalu banyak perkara yang dirisaukan.

rasa nak cerita. dan berkongsi. kalau takmahu dengar cerita nak terus kepada point sila skip perenggan di bawahnya dan bergerak ke perenggan seterusnya. ececee~~

seperti yang dikatakan aku terlalu risau dengan result sem ni. tapi debaran kehangatan yang tu takpe lah kita kira tolak tepi dulu, ada lagi plus minus seminggu lebih sebelum result di umumkan.. yang sekarang punye masalah ni ialah placement praktikal, status masih menunggu jawapan. mula-mula aku dah hepi bila tanya madam madam kata kalo xdapat lagi maybe masuk seminggu lewat.. tapi yang tak hepi dan tetibe berasa jeles nya sebab member dah start tanya pendapat psal praktikal. dah jadi macam risau balik. pastu paling best bila kena panggilan hangit pasal praktikal jugak aiyoyoo.. kan saje je nak main perasaan..

tu contoh terdekat la. dan satu contoh yang aku kira kecil saja.

risau gundah gulana. resah.
ada macam-macam sebab kenapa kita rasa dan ada juga beberapa jalan yang kita boleh ambil untuk hilangkan semua bnda tu..

aku taknak la cakap pasal sebabnya.. sebab terlalu banyak dan aku malas nak taip. haha :p

cara nak atasi?

pertama sekali refleksi diri.. bina semula keyakinan diri. percayalah, apa jua perkara Tuhan takkan beri jika kita tidak mampu. kita risau sebab kita takut kita tidak mampu. biasanya begitulah. mari sama-sama tanamkan dalam diri yang kita mampu dan percayalah sebulanya pada Allah bahawasanya Dia sudah letakkan yang terbaik pada kita. banyakkan istighfar. mungkin kita gusar gundah dan risau kerana banyaknya dosa kita.. mungkin kita ditimpakan ujian kerana kita sudah jauh dariNya dan Dia merindukan rintihan kita..

bagus sebenarnya untuk kita berfikir untuk jangka masa panjang, namun kalau fikiran itu yang membawa kita kepada ketakutan dan kerisauan serta menghapuskan semangat kita untuk terus berjuang, yang mengurung kita dalam kegundahan, lupakan saja.. kadang-kadang bagus juga untuk kita ikuti saja rentaknya atau dalam bahasa omputesnya : just follow the flow. easy :)

kadang-kadang ada juga kerisauan sebab kita tidak meluahkan. luahkan. dan luahan biarlah ada balasan. maksud kite nye, verbally. kadang-kadang selagi kita tidak ungkapkan kerisauan tu dia akan stil jadi belenggu dalam diri kita. believe me. tapi kalau jenis yang secretive sangat tu susah la siket. ermm, ni style kite kalo awak punye style lain terpulang la (pahal tetibe mode gedik datang? ) tapi bagi kite mmg kena speak verbally. tanya pendapat. kalau ada yang tersimpan, luahkan. kalau ada persoalan yang perlukan jawapan, ajukan. beranikan diri siket, sekejap maka kamu akan terbebas daripada keseksaan menganggung kerisauan.

ewah gitu macam kaunselor uols.

so, itu sajela perkongsian kite malam ni.

cop.
perasan ataupun tidak sebenarnya di awal post tadi cakap taknak cerita sebab-sebab kenapa risau, tapi dah sampai bawah ni jadinya tercerita pulak. haha. biasa la, perempuan, banyak cakap sikit.

*lambai-lambai*


kisah Pasar Besar Siti Khadijah

assalamualaikum..

pagi tadi, dengan selamba pakai baju gambar vespa wara kuning, cardigan kelabu gelap, tudung ariani warna biru lembut dan seluar track hitam (color block sgt nak g pasar je pun) sempat saya berjalan-jalan mencari bahan-bahan. almaklumlah kakak yang berbadan dua mengidam nak makan laksa la itu lah ini lah. jadi pagi tadi seperti yang dijanjikan lah, g la ke pasar besar siti khadijah dengan abang ipar dan juga kakak saya (dan adik bongsu saya yang saje je nak mengikut).. ikutkan hati saya memang malas nak ke pasar. sbb nanti nampak macam-macam. ikan besar udang besar sayur segar. rambang mata satu hal. satu lagi nanti tak pasal-pasal saya pulak yang nak makan macam-macam. 

jejak saja kawasan situ terus saya lihat pekedai yang baru saja nak start berniaga.. tengah sangkut-sangkut baju.. masa nak naik tangga nak ke tempat untuk beli laksa, ternampak ada sorang makcik ni tengah jaga bahan jualan, bawa anak sekali. nampak khusyuk anaknya. pergh main ipad ke smartphone entahla saya tidak berapa perasan. dalam hati saya terdetik : makcik ni xpadan dengan jual kat pasar tapi kaya kott boleh pakai smartphone,, bagi anak main lagi.. panjat tangga, ada pulak beberapa orang peminta sedekah. ada yang nyanyi-nyanyi, ada yang dok tunggu je. macam-macam gaya.

di atas tempat beli laksa, tiba-tiba mata tertancap pada satu susuk tubuh yg sangat saya kenal, yeaahh kawan sekolah yang baruu je kena ngumpat dengan Aini dan Aira dua hari lepas. guess who? Zati. haaha.. saya langsung tak tahu yang dia sudah bertunang.. bila jumpa dengan Aini tu baru la cerita terbuka. haha.. jeles la jugak kan :P cerita dia osem jugak.. sempat laa sembang-sembang kejap.. jadi la tuu.. then, as usual pertemuan sekejap ke lama pasti ada perpisahan. ececee..

selepas itu, turun semula ke bawah. lalu di hadapan penjual ikan. laungnya : oper oper. ikey selaye hari ni oper jual RM5 sekilo. oper. 
pergh abang jual ikan. i repeat ABANG jual ikan. nak cakap inggeris tapi takmau ketinggalan dalam loghat kelantan tu yang jadinye oper(offer) tu :p kakak bisik, semalam abang ipar beli ikan kat rumah mak mertuanya kat pasar harga RM6 sekilo. haha.. umi pulak kata kat rumah yang harga ikan masa hari raya RM7 sekilo. amboi. offer betulla tu :P 
ikan hari ni pulak segar, semalam punye yang frozen. almaklumlah musim raya kan.. 

settle ikan, masa nak beli sayur ulam-ulaman tu lalu laa kat bahagian santan.. teringat, kami lupa nak bincang kat rumah santan.. bincang la kejap dekat satu stall ni, pandang dekat yang tempat kami brenti tu, ehh xde orang jaga pulak stall ni. pandang lagi sekali, tetibe aku nampak tangan je. terkejut mak. kat tangan tu pulak nampak cincin. dua helai. err. bahaya giler makcik ni.. nak tido pon sorok la siket cincin tu,, jangan tunjuk sangat..

jalan lagi. beli sayur. bunga kantan kacang panjang, limau nipis, lada, salad kampung dan most of ulam yang kami nak ada kat makcik tu.. terror i tell u guys.. kira pakai congak je.. takde kakulator.. timbang-timbang bagitau harga. pergh. tabik la makcik.

bayar. macam biasa kat pasar-pasar macam tu mmg berlaku akad jual beli. bagus. something to proud off. 

kedai berhadapannya.. kami siket nenas ni macam mana macam mana kan.. dia kata taktahu sebab tolong jaga je. muda lagi. lelaki. yang dia tahu harga nenas and barang-barang yang dia jual je.

pastu ke kami masih menanti jawapan daripada big bos (umi) santan ni nak beli di sini atau di rumah. kami tumpang barang-barang atas satu kerusi. tak larat nak pegang. selang beberapa minit, ada seorang lelaki, muda, menunggang motosikal  di dalam area pasar bawak satu guni ape entah isi di dalamnya. dia turun motor dan tinggalkan motor tanpa dimatikan. sah-sah la kuncinya masih di situ. aduhai kalau ada orang yang ambik motor dan bawa lari siapa yang susah?

tiba-tiba telefon berbunyi dan mem besar kata beli santan di rumah saja. kami terus ke kereta. adik saya berkata : busuk laa pasar ! hah. itu baru area sayur, dia belum sampai ke kawasan basah yang betul-betul orang jual ikan ayam udang sotong dan sebagainya tu. 

unlock kereta, ada pakcik tanya abang ipar saya : adik nak tubik ko? dan dia angguk. cepat-cepat masuk dan hidupkan kereta. masa kami ready-ready nak undur, terperasan ada satu kereta yang bagi signal, nak masuk ke prking kami. sedang di depan kami pakcik tadi sudah ready nak pacak khemah-buat berniaga. aduhai pakcik, apesal berniaga tempat parking orang? dan saya kira kereta tadi terpaksa menempuh jam awal pagi di kawasan pasar untuk mencari kalau-kalau ada parking lot yang kosong. KALAU la.. 

bukan ape cuma nak share cerita.
ragam manusia. macam-macam.
semoga sampai la mesej saya. haha. 
:p

Thursday, October 17, 2013

tarbiah vs biah

assalamualaikum. ok la mood berblog membuak-buak hari ni. nak buat cemana kan kita follow the flow

tarbiah vs biah. yang mana dalam bahasa melayunya : didikan vs suasana/persekitaran.

entahla kalau korang rasa aku ni buka pekung di dada ke hape kan.. cuma sekadar berkongsi pengalaman dari pemerhatian aku..

okay. zaman sekolah dulu, sekolahnya memang di sebuah sekolah agama. aku refleksi. sekolah aku memang la sekolah agama.. cuma kalau saja aku ni tak duduk asrama dulu, takdenya beza mana dengan budak sekolah harian yang lain. kami cuma disajikan dengan subjek bahasa arab, pendidikan syariah, dan juga pendidikan quran sunnah. itu saja subjek yang membezakan kami dengan bukan sekolah agama lain. bukan ape, nak cerita.. kalau ada pun ilmu sedikit tu semua sebab stay asrama dahulu, sebab pernah jadi naqibah. sebab ustaz ada bagi kuliah subuh, kuliah maghrib. tu saje.

tinggal zaman sekolah, tahun pertama ok lagi. masih hangat tarbiah walau iman di uji.. namun, ya allah sesungguhnya iman manusia itu turun naik. aku bukan la sesempurna orang lain. yang masih mengekalkan tudung labuhnya. yang masih kekal sopan santunnya. err.. tapi xde la sampai freehair kott.. cumanya frankly speaking, kadang-kadang tercabut juga sarung kaki. seluar pakai je. tshirt biasa. tudung bawal biasa. cukup-cukup je labuh tutup dada. pandai-pandai aku buat diskaun sendiri kan -.-
yang aurat, sedayanya tutup. walau aku tahu tidak begitu sempurna. itu saje kelemahannya. amalan lain, tak payah cerita, kan tak pasal-pasal Tuhan erase pahala kan.. cuma alhamdulillah puasa solat terjaga.. berat nya hati cuma bila nak bertudung labuh. aduhai. pakai biasa-biasa namun takde la sampai seksi gilaa. aku rasa laa. kalau ada yang rasa aku dah overdose tu mohon tegur saja. hee ^^v

aku perhati juge kawan-kawan seangkatan yang lain. mereka masih giat post-post islamik di fesbuk. aku? haram jadahnye post mengarut ade lah. mereka masih menjaga kata-kata.. aku? gile bangang bongok bodoh tu umpamanya sebati dah ni haa kat lidah. hah~ !

bila aku duduk dan muhasabah. lihat keadaan. satu saja aku perhatikan.
mereka yang masih dalam biah islamiyah, iaitu kawan-kawan di Jordan, Mesir, UIA, USIM. nah itu yang masih tergolong dalam golongan yang aku sebut tadi.. manakala aku yang di UiTM dan kawan-kawan seangkatan lain warga UiTM ataupun mana-mana matrikulasi atau universirti selain yang disebut diatas, aku lihat situasinya sama..

*****

jadi aku mula buat kesimpulan.

untuk seseorang itu terpelihara imannya, dia mesti berada dalam biah yang islamiyah. dia mesti ada kawan-kawan yang baik. yang penting keluarganya yang baik. ibu bapa beri contoh yang bagus. dorongan kawan-kawan dan keluarga. so they'll still dalam keadaan yang bagus dan baik. muslim dan muslimah, mukmin dan miukminah sejati.. itu. benar, itu puncanya..

dan aku flashback..
muhasabah lagi. dah aku ni belajar hotel-hotel.. sosial jugak. kawan-kawan giler-giler. macam-macam mana pun aku tergila sekali.. mmg xleh lari. mana yang terlalu jumud sah dipinggirkan. aku bukan nak salahkan kawan-kawan aku. kalau aku kuat jati diri takdenya terpengaruh. takde. no offense laaa weyy aduii.. :P

cuma nak cakap,, bagi aku, selagi tidak melampaui batas. selagi yang dibuat tidak melampau. selagi mampu hindari dosa aku cuba sedayanya... hablumminallah, habluminannas.. hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.. sedayanya aku jaga... cuma biasa lah aku ni insan yang lemah. lemah imannya. lemah semangatnya.. senang saje dijentik dengan dugaan terus rebah.. disergah kesusahan terus melatah..
dan fitrah manusia biasa, imannya turun dan naik. yazid wa yanqus.

aku sedar aku tidak sempurna..

okay dah jadi ayat drama melayu. sesungguhnya aku tak berdrama. ni kisah benar kawan-kawan :p

inshaallah, sama-sama cuba tingkatkan diri.. kadang-kadang aku risau, bila orang yang tak pernah hadap semua sosial tak pernah hadap perkara sebenar dalam dunia, bila dia terlalu selesa berada dalam zon selesa, tak pernah lihat hancurnya agama mereka yang akan terkejut dan terjerumus lebih dahsyat..

aku sangat bersyukur sebab aku didedahkan dengan semua perkara ni sejak di zaman remaja. aku tidak lihat Islam tanpa ancaman. dan aku tidak lihat ancaman hanya pada mata pedang mata pistol musuh agama.. aku tidak lihat semua orang baik belaka. malahan di sini hari ini aku sudah jumpa pelbagai ragam manusia.. mana yang mempermainkan agama sendiri.. mana yang,, ye lah berbagai ragam... alhamdulillah. alhamdulillah. setakat hari ini aku masih mampu berdiri, walau aku akui aku sedikit goyah. mungkin banyak berubah, mungkin.

dunia mengajar aku. harapannya cuma satu je, semoga aku masih ampuh berdiri di jalan yang benar..

dan yang paling penting semoga dapat 'imam' yang mampu memimpin aku dunia akhirat. yang menyayangi aku seadanya, dunia akhirat, yang menerima aku dengan segala kekurangan..

cop.

apesal masuk topik ni?
okay, rasanya itu sign suh brenti menaip.
haha.
gile takde kaitan kot :P *blushing*

oke la oke la kita jumpa lagi :)

headfon?

hai assalamualaikum.

okay hari ni kite ( mode gedik tak habes lagi) nak cerita pulak. cerita yang berlaku hari ni.
haa.. cerita tadi tu cerita yang berlaku beberapa bulan lepas. bukan la nak kate citer tadi tu dah ketinggalan zaman, cuma yang ni cerita latest laa..

baiklah. mari dekat-dekat kakak nak cerita. ewah.

pada suatu pagi yang hampir menjelang tengahari, tibetibe aku teringat tentang sekeping kertas. 

okay. stop. flashback kejap. 

satu malam. aku angkut lappy ke tempat tidur sebab nak siapkan kerja yang tertangguh dan tak mahu gangguan. katanya.. prap pap pap pap taip pastu half siap. yang ditaip tu ialah maklumat berkenaan classmate aku kat uni la kan.. untuk di submit kepada satu syarikat yang janji nak bagi kitorang dan ramai lagi mahasiswa uitm ni buku farewell la katanya.. macam ala-ala majalah sekolah gitu.. takmau citer la pasal pakej dia ke hape jadah semua kan.. sebab ni cerita aku. bukan cerita dia. eh. okay. lebih emosi. berbalik kepada cerita la kan.. dorang ni aku rasa bukan nak mungkir janji, cuma tak sempat nak siapkan. so, kami yang dah habes belajar ni terpaksa lah dorang ni pos majalah 'universiti' (bukan majalah sekolah) ke rumah-rumah kediaman kami. ye la kan nak buat macam mana. dorang mintak maaf, kami maafkanlah sebab dia dah tanggung postage cost kan.. kalo dia mintak duit lain memang kami refund terus laa weyh.. okay. then, dah aku yang wakil kelasnya makanya aku laa yang bertanggungjawab kumpul semua alamat dan beberapa maklumat lain untuk di emel kepada mereka supaya mereka boleh uruskan penghantaran majalan ke rumah-rumah kami.. satu je bahan rujukan yang aku  simpan, iaitu resit dan juga senarai nama beserta pakej yang budak-budak ni simpan. okay. dah malam tu siap half dan yang tak siap cuma mereka-mereka yang belum submit lagi je, so aku pun off la lappy kan. fikir punye fikir mana nak campak kertas tu, dah aku malas bangun so aku pun selit kan je lah kertas tu dalam lappy aku. okay.
dijadikan cerita besoknya adik bongsu aku yang pada tahun 2013 (bajet 10tahun datang ada orang baca lagi entry ni) berusia 9tahun a.k.a darjah 3, iaitu si zaim tu mintak laa nak tengok movie kat lappy tu haa.. aku pon on laa dengan kebenaran empunya sebenar lappy iaitu kak na (kakak aku la). lupa dah pasal kertas tu.. dan berbalik laa kepada cerita atas tadi :

terus la aku tanya si Zaim tu mane dia campak kertas aku kan.. dia yang dok syok main gali-gali tanah kat halaman rumah tetibe tersentap.. dia ngaku laa kan dia jumpa kertas tu. aku tanya letak mana. dia cerita aku cari takde. ape lagi hangin la jugak kan.. so, aku suruh dia bertanggungjawab laa. cari sampai dapat. kesian. tapi biar dia tahu erti bertanggungjawab. cari punye cari, sehelai demi sehelai kertas dia belek. tak jumpa. lama. akhirnya dia ingat, yang hari tu umi menyapu dan kertas tu dah melayang entah ke mana. dia kata : kak, Im rasa kertas tu dalam plastik sampah. aduhai. mana boleh doe. dah tu je satu-satunya rujukan aku. mati laa kalau hilang. so, aku cakap : x kira la dalam tong sampah ke ape ke macam-macam mana pun mesti kena jumpa kertas tu.. atau sebenarnya dialog tu berbunyi begini : ahh xkiro la dok mano pon kak nok ado jugok ketah tu. cari sapa jupo!

okay yes loghat kelantan la woi dah aku orang kelantan. kejadahnya nak kecek luar dengan adik beradik. okay pastu dia termenung. as well as me. ye lah. risau. aku pun cari jugak. okay fine jumpa. aku panggil dia. cakap kat dia : ni. nasib baik jupo. kalu dok gano? lain kali jange main bare ore. kalu jupo sipey molek. (nasib baik jumpa. kalau tak mcm mana? lain kali jangan main brg orang. kalau terjumpa ke ape simpan leklok)

okay settle case satu. 

malamnya masa aku nak congcengcongceng dinner, aku just nak confirm je resipi ikan kukus (saje nak show off yang aku masak ikan kukus) so aku gugel la resipi. kamon laa jarang sekali masak pelik-pelik mesti la kena refer pakcik gugel. then,si zaim pergi dekat lappy adik aku masa tu. sebelahnya ada headfon beats aku punye adik aku-Nuha- pinjam dan guna dan part paling best letak tersadai elok je atas lantai. aku yang khusyuk study resipi ni tetibe terdengar satu bunyi. tersentap. di susuli dengan bunyi si Zaim terkejut. aku pandang. guess what? dia dah patahlan headfon aku.
fine,
fine,
FINE.

hello, beats bukan murah. pada masa yang sama abah kat pintu rumah. ade aku kesah? terus aku marah si zaim tu.. patah woii patah! sayang woi. barang elok barang mahal.

aku kate, x kira mcam2 mana pon ganti ! paling best masa tu dalam dia  takut tu sempat dia tanya : bape hinggit headfon tu. mygod (sebenarnya dia tengah menabung sbb katanya nak g jengjalan kat KL rumah kakak-kakak aku -.- so dia risau duit tabung dia habes)

pastu aku pun sambung lagi : okay. xpayah makan nasi malam ni ! (sebab aku tahu dia baru je lepas bedal 3 pinggan nasik 15minit yang lalu, makan dengan daging masak merah yg aku masak lunch tadi -show off lagi) pastu aku tinggal. abah diam. masuk dapur. sambung masak. tak pandang sape-sape. tak cakap dengan sape-sape. yes. aku marah. so aku xcakap sebab nanti tak pasal-pasal tertengking yang lain. aku sedar aku garang so better takyah cakap pape. it is the time untuk tenangkan dan cool down dulu. aku cincang jugak bawang tu. huh. serius marah. ni 2nd time dia usik barang aku then rosak/hilang. semua gabra sebab aku jarang mengamuk macam tu-even secara silent. even just one shot. 

okay sambung. sambung ape sambung marah. saje je aku cakap kuat-kuat. ingat seney ko nak dapat? ingat muroh ko bare. behi mena kaca bare ore. kito ni nk beli bukey seney bla3. dan ayat last, x kiro gati jugok gano-gano pon. oke setan menang. aku masih marah xreda.. for the first time abah tanya kakak aku : mahal ke barangnye. sampai abah dok usaha cari barang bia boleh repair (walaupun sampai saat aku post entry ni sbnrnya headfon aku masih dalam keadaan rosak). dan aku? diam lagi dan diammm dan diamm.. dan jangan cakap dayah. nanti cakap bukan-bukan. nanti setan menang.

beberapa ketika dan berjaya. aku cool down siket. pastu, aku hidang makanan. so ikan kukus aku termasak dalam keadaan tension dan marah. err. ikan kukus dah rasa macam ikan masak kicap. nah, itu lah bahananya. makan la aku dah takde selera. cool lagi cool lagi. okay berjaya. 

hidang makanan, abah tengok. aku cakap. bukey nak marah sgt ko adik. bukey nak kiro sgt.. tapi nok ajar. kecik-kecik gini la kito nak ajar (pergh aku pulak ajar abah) kalu lain kali dio buat gtu dgn saem2? adik bradik xpo, kalu dgn ore lain gak ore kato gapo.. bia dio rasa tanggungjawab siket.. ore tahu dio makey nasik doh takdi sbb tu kato xpayah makey nasik tu, dio masuk dapur takdi nok baik, g makan roti sajo jah. okay korang takyah overdose baca tu dengan nada tinggi. cakap dengan abah sopan-sopan baik-baik la :p
kalau salah nada mohon baca balik dengan nada yang sopan dan santun. sekian.

eh tak habes citer lagi. abah angguk saje. okay. clear. takde salah faham mana-mana pihak. masuk bilik air. ambik wudhu' solat. okay sebelum tu, g dekat zaim, cakap kat dia, kalu Im xsey gati headfonn kak, g smaye. lepas smaye ngaji. lepas tu maye isyak. baru xyah ganti. boleh pulak dia counter offer dengan aku :
kak, bapo ya headfon kak? okay dia malas nak ngaji. aku cakap : headfon kak RM20 (harga beli masa offer -.- ) beli kat kbmol. kalu Im nak gati, Im xleh g dgn ore lain, Im kena g sdiri. xleh g dgn abah, xleh g dgn abe awi, xleh g dgn abe a xleh g dgn sapo2. baru bulih gati. saje je. mmg aku taknak bagi dia ganti cuma nak suruh dia g solat. aku ade denda lagi best. so, terpaksa la dia terima sbg ganti rugi dia kena solat dan baca quran. (malas dah aku nak trasnlate kat korang) 

mengaji ade la dekat sejam, sampai nanges-nanges sebab kali ni aku tak tolong. suruh dia eja semua sendiri. biasa la convert jadi garang gilee kalau ajar adik mengaji.  hah. gile kau nak baik-baik nnti diorang main-main. sampai abah tanya : eh xsiap lagi ke. biasa la kalo aku denda budak-budak ni paling kurang setengah jam laa kena mengaji. padan muke. rasakan.

dah rasa puas hati dengan prestasi bacaan, and for the first time dia tak mintak diskaun jumlah minit/jam mengaji malam ni. redhaa dah tahu dia salah. so, end of session la kan..

aku masuk dapur. tengok dia request air nescafe sejuk dgn kakak aku. aih. haus ke mengaji sejam? 
aku duduk di meja. angkat saji. tanya dia : Im nak makan ikan? like nothing had happen. okay kalo korang x igt tadi kan aku x bagi dia makan masakan aku malam ni.. so, laju je dia geleng. ego sedikit. okay. try bual macam biasa. he seems awkward. ye la kau dah kena marah kaw-kaw baru lepas kena denda. end up, okay dah berbaik... macam biasa. and agai, like nothing had happened. 

so, itulah ceritanya hari ni. pergh dua kali sakit hati

******

so moral of the story, korang pikir la sdiri.. panjang sangat aku dan penat. haha.. 

well, penilaian manusia berlainan. cara didikan berlainan. pengalaman lain. perangai lain. persepsi lain. i just done my best as a sister. thats all. aku niat mengajar adik-adik aku apa erti tanggungjawab. apa erti tanggung apa salah kita. dengan cara yang sebaik mungkin. bukan maki hamun walau ada tinggi suara sedikit. dengan rasa hormat dan kasih. dan yang paling penting cuma hukum apa kesalahan yang dia buat. bencikan perangainya bukan bencikan orangnya.. once dia dah buang perangai tu takde lagi alasan untuk membenci,

ok fine aku dah bagitau separuh daripada moral of the story nye..

******

so itulah saje.

korang,
aku bole buat novel tak?
er,,
dah bole kawin tak ? 

#kbye

kisah follow post

okay la.. peeps. assalamualaikum :)
seperti janji di twittah (pergh gedik) kite nak citer pasal sesuatu,
katanya cerita panjang. sebenarnya kite pon taktau betul ke citer tu panjang. bhahah

okay okay..

once upon a time la kan.. kite ( lupe nak bagitau, kite guna ganti nama kite sebab konon post ni gedik la kan :P ) kn suke blogwalking-blogwalking gitu la kan.. pastu di satu hari yang hening ni la kan, kite stalker la crush kite (perh :P ) kat fesbuk. pastu nampak la satu post ni.. tertag satu blog entry kawan dia punye. pastu kite baca la.. kite konfius sebenarnya, entry tu dia yang tulis ke kawan dia yang tulis. kite konfius tu kite stalker la pulak blog kawan dia tu. haha.. ada laa a few post yang di-publish kan di blog sedara tu yang namanya nama dia. kite pon follow blog tu.. follow bukan sebab author sebenar, tapi sebab author yang di-postkan di situ :p

kite bukan ape. kite suka baca pandangan dia. kite suka sebab dia macam kaitkan pembacaan2 dia dan dia terjemahkan dalam pemikiran dia. dengan ayat dia. tapi kalo dia baca la kan (verbally), kelakar sebenarnya. kelakar sebab kenapa tu dirahsiakan la.. kite berani post ni sebab rasanya dia takkan baca, dan blogger tu pun xkan baca. cuma kita ambik precaution la sebab mana tahu tetibe terbaca pulak. haha.. so, macam play safe la siket kan... haha. tapi biasa ayat dia power. habes pepatah, pandangan sasterawan ilmuwan agamawan dia nak letak same. sebab tu kite suka baca kalau dia tulis pape. dan pandangan yang jauh. kadang-kadang kite terfikir tapi tak sampai tertulis. tapi dia buat.. haa.. kan dah membuak-buak tulisan memuji.. ewah. kalau dia baca mesti perasan habes. aiyoo.

sebenarnya tu sajelah ceritanya.
 yang mana kalau buat kesimpulannya, first time kite follow blog orang bukan sebab author atau pun post dia, tapi sebab post orang lain yang berada dalam blog tu. hihi.

tapi end up, bagus juga blog dia dengan post dia sendiri.. dan post yang dia tu pulak dah takde setakat ni. (nampak tak stalker lagi :p)

oke lah. jumpa lagi *kenyit mata*


Monday, October 14, 2013

korban_

' aku ni haa, tiap-tiap tahun korban.. kau tu? mane? xde duit. tak usah kata nak pergi tunai haji ke hape, nak ambik satu bahagian pun tak mampu'

aduh. sinis betul gelaknya Mak Tam. dia cuma mampu menunduk. memenuhkan bakul dengan barang-barang yang dipesan isterinya. tidak ada guna baginya melayan. orang tidak akan mengerti. tidak mungkin.

' haa, tu yang beli banyak-banyak tu ada duit ke nak bayar? ke masuk buku tiga lima?'

nah. ada lagi rupanya episod sambungan -.-

'berapa Mail?' 

'RM 50.90. saya bagi RM50 je la bang Mat. lagi 90sen tu kira halal la... '

dengan senyuman kelat yang sedaya upayanya dimaniskan, dikeluarkan duit daripada sampul. duit semalam, gajinya mengajar anak-anak muqaddam di surau. 'sedikit tidak mengapa, asalkan berkat' bisik hatinya, memujuk diri. 

' setahu saya la kan bang Mat, buku tiga lima kedai saya ni tak pernah ada nama bang Mat. tapi nama, erm.. ye lah kan, taknak la cakap sape la kan, tu ada laa. katanya banyak duit, korban, haji... beli barang RM5 pon nak masuk tiga lima bang Mat.. saya jual la ye.. '
ujar Malik sambil mengambil duit daripada Mat. sakit hati juga bunyinya. 

dia senyum. 'saya beli'

Mak Tam dengan pandangan sinisnya seraya berkata 'amboi Lik, kau sindir aku ke ape? setakat kedai kau ni aku tak hadap laa. lima hengget tu? dalam beg duit aku ni duit besar-besar.. aku bayar guna seratus kan kau jugak takde baki nak kasi. huh! ' balasnya. agak kasar. atau mungkin memang kasar sebenarnya.

'ye laa Mak Tam, saya tak cakap sape pun. kalau Mak Tam terasa tu saya nak buat macam mana. dah kalau orang makan aiskrim, gigi sensitif pulak sah sah dah rasa ngilu. RM 15.'

'nah ambik ni RM50. simpan baki' ujarnya sambil mengambil barang-barangnya. rakus.

tersengih si Malik.'eh halal ke tak ni? '

Mak Tam mengangguk sambil menjeling. huh. orang tua ni.. bila la nak beli insuran mata dengan mulut tu. desus hati Malik.

--------------------------------------------------------

sepanjang perjalanan Mat mengenang. rupanya belum habis lagi marah Mak Tam kerana dia memperisterikan Laila, anak saudaranya Mak Tam yang di jaga semenjak kecil, namun wang hantaran tidak sampai berpuluh ribu dan tidak ada pula apa-apa emas atau permata yang dihadiahkan kepada Mak Tam sebagai 'bayaran balik kerana sudi menjaga Laila dari kecil.

desus hatinya, manalaa aku tahu Laila itu jodohku, kalau tahu dari kecil sudah lama dia minta ibunya saja yang menjaga Laila. dia jadi tersenyum sendiri. dia sedar, dia cuma kerani biasa. namun, elok juga daripada yang menganggur tiada kerja. hidupnya bukanla mengemis, tidak pernah pula menyusahkan orang. lagipun, di surau dia mengajar mengaji. bukannya buat kerja keji. manusia.. agaknya kalau duit bersepah-sepah barulah di anggap suci. hah.

sesampainya Mat di rumah, disambut dengan senyuman manis isterinya.. sejuk hati. paling tidak ada juga seseorang yang mampu menenangkan jiwanya. sentiasa bersama-samanya susah atau senang.

' abang dah balik, banyak nya beli barang '

' laa kata barang dapur dah habis? ' balasnya sambil tersenyum manis. baby dan barang bertukar tangan. Laila berlalu ke dapur. duduk di ruang tengah, di agah-agahnya anak sulung permata hatinya itu. 

'air bang...' ujarnya sambil meletakkan segelas teh sejuk di hadapan suaminya. tangan di hulur untuk mengambil si bayi.

'takpe, abang pegang' 

'abang, tadi jumpa Mak Tam.. dia.. err... '

Mat tersenyum. dia pandang saja Laila sambil menghirup teh sejuk.

'abang marah ke?'

'kenapa kata abang marah? ' balasnya, masih dalam senyuman.

'Laila tahu abang tak suka kalau Laila cakap-cakap pasal ni.. tapi bang Laila terasa hati. macam kita ni miskin sangat, macam kita ni tak guna sangat bang... sampai hati Mak Tam cakap macam tu'

Mat senyum.

'Laila rasa kita susah ke?'

geleng.

'Laila sayang, bukan kita je tak sampai lagi ke tanah suci. bukan kita je tak pernah laksanakan korban lembu. ramai lagi. kita hidup bukannya atas simpati orang. abang masih ada kudrat bekerja. walau gaji tak seberapa, alhamdulillah cukup.. cuma masih belum ada rezeki kita korban tahun ni. masih belum ada rezeki kita jadi tetamu Allah. makan minum cukup. tidak ada kurangnya. betul tak? '

dia cuma diam

'Laila, korban itu benar bagus jika kita mampu korbankan lembu atau sebagainya. tapi apa simboliknya? apa makna korban sebenarnya? korbanlah setiap tahun pun, apa gunanya kalau untuk menunjuk-nunjuk.. apa gunanya di sembelih binatangnya tapi sifat-sifat kebinatangan tu tidak pernah mengalir bersama-sama darah haiwan sembelihan tu.. korban itu luas sayang.. kalau mampu abang pun nak korban. tapi kita belum mampu. kita berkorban sahaja dengan cara yang kita mampu. yang penting ikhlas.  inshaallah ada nilainya di sisi Allah.. '

sambung Mat dengan penuh kasih sayang, lembut setiap katanya menusuk hati Laila..

'bang, Laila minta maaf, '

Mat senyum.

di dalam hatinya memohon agar dijauhkan keluarganya daripada hasad dengki dan prasangka. dijauhkan penyakit hati. semoga korban kali ini membawa erti. menyanggupkan sekali semua nya untuk mengorbankan nafsu, mengorbankan keseronokan dunia, korban ego dan korbankan segala sifat mazmumah di dalam hati. semoga apa jua jenis pengorbanan akan diterima. aamiin..

hiba

rasa seperti tidak mampu ditahan lagi air mata hari ini..  mengalir deras,  walau ditahan terlepas jua jatuh lembut ke pipi.. y...