Saturday, December 31, 2011

its new year :)

bismillahirrahim~
assalamualaikum wbt..

its new year rite?
so,
 happy new year 2012..

nilainya bukan pada angka, 
nilainya pada peningkatan diri kita.

muslim yang baik ialah yang menjadikan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya.
maafkan segala kesalahan mereka pada tahun2 sebelumnya.
 redhakan segala yang berlaku, 
ikhlaskan hati kita pada tiap2 sesuatu, 
dan mulakan langkah untuk pecutan baru :)

angkut diri anda di tampuk lama, 
ayuh, 
mulakan catitan kamus hidup baru.

dan jangan lupa, anda lakukan semua ini bukan kerana ini tahun baru, tetapi kerana allah yang satu :)

wassalam :)

Friday, December 30, 2011

esok dah tibaaa~~

hurmm. balik ke kampus maksudnya balik kepada kehidupan yang sangat seronok dan tidak membazir masa ye. bagos2. since tak baik membazir, maka SAYA SUKA BALIK KAMPUS :)

_t8 a look :)

bismillahirrahmanirrahim~

assalamualaikum wbt.

ya. banyak orang mengeluh kerana masalah. 
orang kata, cubaan.. orang kata, dugaan...
 tapi ada juga yang kata itu ialah balasan atas dosa lalu.. 
macammana nak bezakan, 
jawapannya ada pada quote di bawah :)

renung-renungkan dan selamat berfikir :)


Once someone asked Imam Ali (as), ”How do we know that the problem that has come on us is a punishment or trial?” Imam Ali (as) replied, ”A punishment will take you away from Allah while a trial will take you towards Allah.


Wednesday, December 28, 2011

ceritanya~

xcukup dgn sakit dada semalam kes "histeria" dgn kaktiqah 
tapi adoi! 
macammana boleh terjumpa pulak dkt kbmol masa outing dgn sep2 ni pulok takdi. 
hadoi! nak cabut jntung aku weyh!

pape hal peacee!! 
xpe, gapo2 jadi saye sggp bertanggungjawab *err. janji ko gapo ni ore panggil? *

anyway, 
lupakan perkara yang hampir meragut nyawa tersebut,
 cuma nak gtau, outing tadi yang the best rasanya. 
hah ha~ xtahu la bakpo tapi rasa tdi ade sumtim special.. 
apekah? 
saya sendiri takdapat nak jelaskan *maybe sebab dey jupo lako tetamu yg hadir-termasuk yg tertembox secara  tidak sengaka- dan bergurau senda bersama kot, ye kot..*

haha..

dan, 
ya allah. banyaknya duit habes mggu ni!
err?
mula dgn balik dumos tgk xdop bare dapur, g tubek shopping barang2 dapur ngan umi, 
dan bila cashier tekan butang terakhir maka terpaparlah di skrin RM203.bla2 sen, 
kejut kakloh!
adoi. nasib baik sblm g beli barang tu dey singgah ATM withdraw duet~
kalo x, 
xkea malu ko umi konon2 nk belanja beli barang dapur tapi kaba2 mitop duit xcukop duit.
hehe. haha. 
serunak sgt ambik gotu goni nk penuh peti dan nak pastikan perut adk2 dok dumoh xdey raso lapar. 
hehe. alhamdulillah~ 
cukup je duitnya pula utk belanja adk2 dirumah makan KFC *since jji dh sbb tggl sep ur  kat umoh. mana bules mungkir jji* maka balikla ke rumah dgn purse yg hampir kosong. 
*xpe, berkat belanja family sdiri. rezeki tak kemana kalo kita xdekkut angit eh* 

then, hari ni pulaaakk outing dgn kawan2, 
maka nama pun year end-sale sana sini- memandangkan aku pon tgh out-of-stock baju, 
sbb jamey skolah2 dulu xdey nak belli baju bagai, 
so, ambik kesempatan la nak dapat baju murah. napok beli 1 percuma dua-beli. 
napok beli satu percuma satu pon nak beli.
 napok beli 1 dan xdapat apa2 melainkan baju itu sahaja pon nak beli *dh terpaksa dh hop tu-tu* 
mka habes la dekat rm100 *oke la since dapat 5helai kemeja and 1 tshirt versatile siket yg harga biasa maybe akan dekat rm200 semuanya*

oke. 
parop gilo duit. 
kalo abah tahu ni mati aku kena sound sampai akhir hayat!
xpo abah, 
oe xmitop duit ng abah pahni, 
cukup eh duit PT nak tampung kehidupan sapa ko akhir sem, 
insyaallah~~~  *pnjg plep insyaallah tu*
hehe. 

so, kesinambungan dari itu pahni keno jimat la siket~~~
hurmmm~~
oke la, gotta go,

 *hari dh rabu, MGT ng foodstudies tak study lagi. CTU pon belum, igt siket lepas ni ad test an kuiz! 

ma'assalamah :)

Tuesday, December 27, 2011

i know

ALLAH IS REALLY THE BEST PLANNER !

EVERYTHING HAPPENS WILL ALLLLLLLLLLLLLLLWAYS 
COME OUT WITH A SUPERDUPA 
GOOOOOD REASONS!

YEAH!

MMMMMMMM HM!


banyak cakap?

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

assalamualaikum :)

aduh2. yang ni memang aku setuju.
banyak cakap, banyak la silapnya.
bila korang boleh tahu bahawasanya korang banyak silap sebab banyak perkataan?
apabilanya korang nak confess sesuatu!
hah.
masa tu la baru terkeluar itu ini, 
hah. 
baru tahu banyak salahnya.
adui.
 masa tu nak nyesal dah xguna laaa
sama la dengan perbuatan.
sebab tu la setiap apa pun, 
sebelum kita zahirkan melalui perbuatan atau perkataan,
sila fikir masak2 dulu.
ye. 
pesanan penaja *selepas terkena batang hidung sendiri la kan~~ *

sila fikir la ttg consequence nya..

fine, 
dayah shukri cuba utk senyap sedikit lepas ini. insyaallah~~

Monday, December 26, 2011

bunga tali.. analoginya~

tidak ada lagi yg perlu dileraikan pada sebuah kekusutan.
kerana tali itu sudah putus.. 
putusnya, bukan kerana dileraikan.. 
putusnya kerana dikerat.. 
ya..
 tinggal aku sahaja yang mengambil tali yang telah dipotong itu dan membawa pulang dgn rasa sedih.. bakinya? 
biarlah dibiarkan terikat di ditu.. 
kalau sampai satu hari nanti, ia masih kukuh,
 mungkin.. 
si pengerat tali bakal datang kepadaku dan meminta tali yg masih ku simpan..
 tapi aku rasa,
 kemungkinannya lebih kepada tali itu bakal terlerai juga dgn sendiri 
kerana hilang sudah kekukuhannya. 
biarlah yang sedikit itu hapus.. 
biarlah yang sedikit itu pupus.. 
hanya aku yang mengangggap tali itu berharga..
 hanya tali untuk mencucuk hidung lembu. 
ya.. 
siapa juga yg inginkan?
hanya ada nilainya kepada seorang pengembala lembu
seperti diriku..
tidak bagi dirnya, seorang bangsawan, orang terkemuka...
kerana,
hanya si pengembala yang sedar..
 tali itulah yang menjaga lembu daripada lari selama ini.. 
tali itu.. 

ya. 

di situ aku pandang nilai harganya. 
tapi sayang, cuma aku..
kerana cuma aku si pengembala itu..

orang kata.. bunga bukan sekuntum..

aku,, 
ingin sekali mencari pengganti bunga itu, 
dulu.. 
tapi waktu cemburu.. 
dan sekarang bila dah layu, aku sedar.. 
kalau cari bunga lain sekalipun, 
bunga itu juga bakal layu.. 
plastik? 
xsecantik yang asli..

jadi biarlah..
 biarlah aku terus simpan tali itu sampai ia reput sendiri..
dan..
bunga itu juga..
jauh aku kelana, 
namun sepanjang perjalanan tak pula ketemu tong sampahnya..
di mana harus ku bunag sisa bunga dan tali ini?
tak..
tidak pula ingin membuang sampah merata-rata..
biarlah tangan aku sahaja yang kotor.. 
jangan seantero alam ini pula aku nodai..
tidak.
biarlah aku yang simpan segalanya :)

Sunday, December 25, 2011

thats it.

yeah. bnda yg aku tggu2 akhirnya berlaku :)

dear FRIEND.
thanx for that comfession, really, i do appreciate it a LOT :)

hahha. ya.. agak la sedikit sedih.. but, ehemm.. urm, ya. i have to accept it right?

so, this is for ya :)
thanks for everything.


:)

1 perbandingan

bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt :)

untuk malam ni, jom kita buat 1 perbandingan..

korang ada pengalaman memancing? pernah tengok orang memancing?
pernah kan~

biasanya orang yang dapat ikan, takdenye yang akan lepas balik.. tapi kan, cuba korang fikir, agak2 nya, apa akan jadi kepada seekor ikan yang berjaya memboloskan diri setelah dirinya memakan umpan ? * cehhH * 
mulutnya mesti dah sakit sgt terkena mata kail. dan mungkin, perut dia gak dah rosak.. badan lenguh2, sakit gigi, sakit otot, ekor terseliuh.. kalo dah terlepas, adakah dia dapat jalani hidup dgn baik bersama ikan2 tersayang yang lain?? 

i'm very sure the answer is NO.

 ABSOLUTELY NOT!

pastinya kehidupan seharian ikan tu dh berubah.. sakit yang dia rasa.. 

so, apa yang nak dibandingkan? 

aku nak bandingkan keadaan ikan tu dgn sum1 yg terluka hatinya.
yes. dia boleh terlepas daripada situasi tersebut, tapi, sakitnya maish menyeksakan.

orang kata dulu, luka boleh sembuh tapi parut still ada, 

YUP. 

luka yang nampak dek pancaindera ya, boleh sembuh, 
boleh hilang parut, 
tapi ade ke produk yang boleh hilangkan parut kat hati?? 
ade? 
kalo ade kasi aku satu kilo.
 aku nak beli :)

fikirla.
 imbasla perjalanan hari kita.
 jaga tutur kata kita. 
jaga tingkah laku kita..
 adakah apa2 yang kita buat tu akan menyakiti orang lain? 
syukurla kalo orang yang kita sakiti tu bagitau kita yang dia tersakiti.
 tapi kalo tak? 
kita la yang sepatutnya berusaha muhasabah diri sendiri.. 

* tapi alangkah malang bagi mereka yang terang2 tahu dia menyakiti orang lain, tapi satu kata maaf pun tak terluah. huhu. abaikan mereka. teruskan dgn hidup kita. 

sedaya mungkin, 
elakkanlah dari menyakiti orang lain.. 
ingat, tuhan tu maha adil, 
sekali kita sakiti orang, kita sendiri tak tahu sebanyak mana kesakitan yang kita bakal dapat sebagai balasannya.

oke?

then, selamat berfikir :)

Friday, December 23, 2011

UPSET

ohmyGOD allahu rabbi.

awak, 
i dont KNOW what the hell is going on with U!

serious upset GILER dgn kamu. 

i thought that i'm the last person that u'll hurt, 
but......
oh my GOD!

look.
listen girl..
tak baik la buat macam tu.. 
ape reason kamu buat mcm tu?
jgn la suka nak main2 kan perasaan org

tolongla..

saya bimbang kamu akan dilukai lagi  teruk.
no.
even u do hurt me alot,
but i never want that to happen to you dear.

ya allah..
siyesly tak sangka.

nothing more to say..
it is just want you to know that

I AM REALLY UPSET WITH YOU GIRL..

KECEWA. 

SANGAT!!!


ohmyyYY!

ya allah. aduh aduh aduhhHHHH!
sakitnye T.T
siyesly this affect me a LOT.
wuwuuuuuuwuuuuu....

o allah.. 
sampai bila semua ni harus berlarutan? 
sesungguhnya aku xtahu jalan mana yg patut aku ambik. 
xtahu ya allah :'(

selama mana pun dugaan ini, aku redha..
cuma.. cuma aku harapkan KAU tambahkan ketabahan lagi ya allah..
aku xtahan..
aku tak kuat..
kuatkan aku...

amiin.

Thursday, December 22, 2011

semoga...

salam pagi jumaat, assalamualaikum wbt...

current issue.
ofkos ttg result PMR rite?

well..

peperiksaan apakah yang anda jalani, bagaimanakah keputusannya, betul, itu semua sangatlah penting.
tapi apa yang lebih penting?

sahsiah dan peribadi anda..
*pastinya

berapa A agaknya yang bakal kita dapat di hari pengumuman keputusan di SANA nanti agaknya?
berapa ramai yang akan melonjak kegembiraan setelah mendapat "stret A"?

atau, 

berapa ramai yang bakal meraung kekesalan kerana gagal memahami silibus yang termaktub dalam kita pelajaran alquran dan hadis?

agaknya, 

berapa?

dan agaknya di mana kita??

:)

salam bervisi, salam ingatan kepada diri sendiri dan anda semua,,

salam mengundur diri :)

ma'assalamah!

:)

u know what?
this few days i am really HAPPY !

ALHAMDULILLAH :)

Wednesday, December 21, 2011

luvletter_

assalamualaikum wbt~

hey there world :)

well.. hari ni aku nak post sumtim yang dah lama dah rasa nak post, tapi hari ni baru betulbetul ada umpphHH nye nak cerita pasal ni.. 
wat is it hah??

it is about COUPLE. 
yeah. 
kapel. berkasih. berteman. bergewe-gewe an *err??* in luv, hubb, and bla3.. 
dan term2 yang berkaitanlah..

ade orang kata, masa belajar ni jugak adalah masanya untuk mencari pasangan.
 persediaan awal la katakan, since ramai yang kate tak elok sangat buat persediaan last2 minute ~  *hottak engkau , pandai pulak nak aplikasi nasihat tu masa ni * 

neva mind, sebab kita kan nak bincang2 pasal ni kan.. 
so, 
jomlah.

oke, aku nak ajak korang share aku punya pendapatlah kan, since ni kan belog aku .
aku, 
sekarang ialah seorang mahasiswi. 
orang kate, U ni la tempat cari jodoh. 
aku? 
tak menerima dan tak juga menolak.
 aku di tengah2 nye. 
sebab ape? 
alah, kalo nak jumpa jodoh, kalo terserempak depan tandas awam yang mempunyai aroma yang memikat kalbu pon boleh jadi kan? 
so, di mana sahaja, apa2 sahaja boleh terjadi, 
termasuklah perihal menjumpai mr/miss right kita,, rite?
so, buat ape nak gelabah *labahlabah* nak berkapel bagai?? 
buat ape nak tayang aksi2 gedik supaya ada orang tertarik dgn kite??
 kenapa dan mengapa ye??

kapel pada usia muda, 
dan ketika anda sepatutnya hanyut dalam gelombang tsunami pelajaran 
pada aku sangat tidak rasional. 
mengapa saya berkata begitu yang berhormat?
 kerana, keraaanaaa  * sila baca macam dalam citer yg muhammad adif tu ye * sila kita balik kepada tujuan asal perKAPELan *ambik kau,, perkapelan! * ini. tujuan kita adalah untuk kahwin rite? 
so, adakah anda2 memang dah nak kawin?? 
aku salute lah!! 
kalau jawapan anda ye,
 iaitu untuk berkahwin dalam masa beberapa hari atau minggu atau bulan selepas perkenalan anda, 
ye silakan! 
tapi kalo jawapan anda, alah, saya nak copp je.. nak kawin lambat lagi,
eh, hello~~
 ko ingat partner ko tu boleh cop2 macam korang nak purchase bawang merah sekilo ke?? 
ko engat partner ko tu kete myvi ke men nak cop2 bagai??  
aku taknak ah jadik bawang merah, kete myvi dan sebagainya sebab aku ialah MANUSIA. 

dah korang taknak kawin lagi, buat ape nak cari2 partner?

just for fun? 
hello,, 
tuhan tak cipta dunia ni, walau satu benda yang sebesar zarah pun yang ada di langit dan bumi dan di antaranya ni untuk suka2 oke. 
semuanya bersebab.
 so, ape alasan anda untuk buat sesuatu sekadar untuk suka2?? 
jadilah yang bermanfaat siket~ 

boleh?

one more, 
kenapa aku tak prefer perKAPELan ni, bagi aku la kan,, 
tak tahu la korang.. 
aku ni kalo dah jatuh sayang kat sum1 tu memang sayang lah.
 tak tipu dah. 
tak curang dah. 
tak benci dah *insyaalah! * ,
 so aku sangat2 lah takut perasaan aku dikhianati *cehhH! ayat mahal tuut* 
aku takprefer utk cari kapel, tapi aku nak cari husband tros. 
hehe. 
so, kalo dia buat onar pon, atleast aku ada hak yang kukuh utk "saman" dia since dia dah jadik husband aku. dan kalo aku diamkan pon, tu jadik dosa dia ah, sape suruh curang dgn wife dia nih. * cehhH! * 
sumtim like that la,
 jgn la koang baca entry aku ni dgn sadis sgt kan.. 
haha.. thats it. 
maksud aku, ikatan suami-isteri tu dah jadik satu ikatan yang very strong. 
so, untuk digoyahkan oleh sape2, jadinya agak sukar la kalo nak dibandingkan dgn perKAPELan ni kan.. 
so, situasi di situ akan jadi lebih selamat ye.. *selamat dan diredhai :)  * 

ade pulak orang kate, alah, kapel ni ialah proses untuk perkenalan..
kita nak hidup-mati dgn pasangan kita nanti..
so, kalo salah pilih macam mana??
oke.
aku nak jawab macam ni,
tuhan tu kalo dia letakkan hukum, semuanya untuk kebaikan manusia itu sendri kan.
dan mesti ada faedahnya dia letakkan hukum takleh kapel kan?
korang ingat, tuhan tu jeles dgn korang ke buat peraturan macam tu?
buat ape dia nak jeles dgn kita?
sape kita nak persoalkan hukum tuhan?
kita ke, siapa yang punya dunia ni sebenarnya??
dan, si pemilik ke yang kena taat dgn suruhan dan peraturan si penumpang ?
ke sebaliknya?
dan kita, sape yang pemilik dan sape yang menumpang??
so, 
anda faham point saya??

last but not least..
kita tahu kan,, allah larang keras mengHAMPIRI zina..
  kita anda yang berkapel pula itu adalah salah satu perbuatan yg dilarang tersebut, 
sedar atau tidak, suka atau tidak, itu hakikatnya.
 dan kita pula menuju ke arah pembinaan sebuah ikatan suci.. 
perkahwinan.. 
so, kenapa mesti kita nodai ikatah suci yg bakal terbina dgn satu benda yang tak suci? 
kalau kita betul2 nak jaga kesucian pematerian cinta yang bakal kita bina,
 kalau kita nak tunjukkan betapa kita menyanjung tinggi anugerah Tuhan yang satu ini, kenapa sanggup kita nak nodainya?? 
tak yakinkah kita bahawa tuhan dah tentukan satu jodoh yang baik kepada kita? 
begitukah??
tidak kan?

so, i do suggest,, 
pandai2 la korang fikir sendiri pro and contranya.. 
korang dah besar.. 
korang dah pandai fikir.. so, fikirlah sendiri.. 
kau fikirlah~~ tiada guna cipta sebuah cerita.. 
oke? 
ni semuanya pandangan aku. aku pun manusia biasa.
 aku tak nafikan, mungkin satu hari nanti aku boleh tukar fikiran.. 
tapi, insyaallah ini yang aku still akan pegang sampai bila2.
 i'm not looking for special boyfren, but i'll looking for a husband. 
hurmm. 
insyaallah, tuhan bantu jaga hati :)

oke. so, dats it for today.
maaf untuk kekasaran bahasa yang munking berlaku,,
tq for reading,
 and let us think about this together, shall we?

*bismillahi awwaluhu wa akhiruhu, assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh :)

Monday, December 19, 2011

bulan itu

kalo korang tanya aku, muvi ape yang paling aku suka, siyes aku takleh jawab..
bila korang tanya aku lagu ape yang paling aku suka, pon aku takleh nak jawab, sebab banyak sangat.
bila korang tanya aku feveret food aku, aku jawab, semua pon aku suka, masak pon aku suka.
then,
ape je yang aku ada untuk soalan, ape yang aku suka?
that is, penulis.
kalo korang tanya aku sape penulis yang aku suka,
i'll answer hilal asyraf.
kenapa?
sebab basically, semua cerita2 atau cerpen2 yang dia sentuh sebagai karya, especially when it comes to fren matter, aku taktahu kenapa semua tu mesti rasa sgt dekat dgn kehidupan aku, 
bahkan kadang2 apa yang dilalui itu the exact as mine. 
ha ha.. 
macam tak logik kan,, but thats the truth!
*mungkin satu hari nanti aku akan jadi penulis terkena macam dia kot
*mungkin aku akan dapat husband macam dia kot, ke dia? HAHA

oke dah sesi mengarut. theee.. gotta go for a METIM!.

have a nice day.

*tonite will be my another survival, do pray for me,, amiin2! 

Saturday, December 17, 2011

sepatahdua_anneesya

hah ha.. hadui. so, ehem. i'm the one who wrote that story. huhu~ piss..

cerita yang ada kena mengena dgn yang masih hidup, tapi tidak yang telah meninggalkan dunia ini. urm, dan pengkena-mengenaan tu pula adalah bukan tertakluk kepada seorang dua atau tiga individu yang mana saya telah mencampurkannya secara teruk sekali ye.. haha. jadi, ia lebih kepada overall kisah seorang manusia lah. haha. tidak juga kena mengena dgn manusia di sekeliling. just for fun, sekadar utk menghiburkan hati yang gundah gulana. HAHA.

kepada yang membaca, i would like to thank all of you.. i really appreciate it, dan aku sembahkan sebuah pengakhiran yang hakiki pada seorang manusia, iaitu kematian.. anneesya yang pergi buat selamanya setelah beberapa ketika hidup dalam terseksa. aku buatkan citer ni happy ending, tapi bukan happy yg kat dunia, tapi di alam yang kekal.. boring ah citer yang happy ending kat dunia nih. hehe. siyesly ini ialah cerita yang happy ending giler la.. kan.. sebab last2 dia dalam kebahagiaan yang hakiki dan selamanya.. tidak pula aku kate padan muka kat kawan dia yang mungkin diselubungi rasa bersalah *mungkin* tapi, ye, ni cerita anneesya, bukan pasal kawan dia ye. hehe.

oke, since aku dah stat nak mengarut entah pape, aku dgn rendah hati mohon ampun maaf andai ada tersensentuh isu sensitif di mana2. as i told everyone of u earlier, cerita rekaan semata-mata sekadar utk menghibur hati.. yang mana aku nak sentuh pengajarannya,

jadilah apa2 pun, buatlah apa2 pun selagi kita masih bernafas. cuma pastikan tindakan kita tidak melukai sesiapa terutamanya org yg dekat dgn kita,, jagalah hubungan dgn allah, juga manusia.. selagi masih ada kesempatan, baikilah hubungan yang retak.. pinggirkan ego. jujurlah. takde maknanya nak disimpan satu penjelasan, sebab kita tak tahu bagaimana pengakhirannya hidup kita.. menyesal kemudian tak guna kan? 

so, tu ialah main point aku la.. yg selebihnya, koreklah sendiri pengajarannya ye ^^

so, again and again, thanx for reading anneesya yang tak seberapa dan agak teruk ini.
pape hal i'm proud of my effort. heh heh heh~~

ilalliqa' , ma'assalamah :)

anNeesyA_ episod akhir

previous episode

dia tidak pernah jadi yang pertama. selalu sahaja lewat, yang sakit hatinya lewat sesaat dua cuma. tapi tetap, kelewatan itulah yang menjadikannya bukan yanag pertama. bukan dia tidak mahu mencuba, tapi kadang2 letih. dia insan biasa, kecewa itu ada. rasanya, diri sendiri sebagai alat sahaja. tempat mengadu bila tiada lagi insan pertama kepada mereka. MEREKA. tempat yang dicari setelah tidak ada lagi mereka. MEREKA. tempat dicurah isi hati setelah tidak ada mereka. MEREKA. tempat yang diingati setelah dilupakan mereka. MEREKA. MEREKAlah yang pertama. dia hanya.. hanyalah sandaran. dia hanyalah alatan ganti. HAH... alangkah indahnya hidup menjadi mereka. mereka punya segalanya. mereka memiliki dan dimiliki.. tika hilang, senang pula dicari ganti.. bersepah ganti di sana sini.. walau mereka tidak setia, tapi adakah lagi nilai kesetiaan dalam satu perhubungan. keliru. dia sendiri keliru dengan semua ini.. sepertinya, nilai kesetiaan itu sudah jatuh merudum, seperti jatuhnya harga seikat duku di musimnya. HAH HA.. tapi, mungkin juga tidak. entahlah.. ketika mereka tiada, dialah segalanya.. tapi tika mereka ada, dia dilupakan.. tidak kurang dicaci dikutuk. dia telan semuanya.. walaupun cacian dan kutukan itu bentuknya abstrak, takdapat diukur besar atau lebarnya seperti mengukur saiz sebiji panadol yang kelihatan maha besar bagi pembenci2 ubat, namun jelas, seribu kali susah untuk menelan kepahitan semua itu jika dibandingkan dengan menelan sebiji panadol.. jelas. dia tidak punya nilai apa2.. mereka tidak pernah menghargainya.. mereka selalu memandang sepi akan hadirnya dia.. dipandang sebelah mata, dengan pandangan yang cukup menjengkelkan.. itulah dia.. itulah sahaja dia di pandangan MEREKA. puas sudah dia menilik dirinya di cermin.. rasanya, hidungnya tidak sumbing.. rasanya, mulutnya merah sahaja.. rasanya, alis matanya cantik sahaja terukir.. rasanya, giginya tidak ada lagi yang rongak, tidak pula berwarna kuning ataupun hijau apatah lagi biru, tapi masih putih tersusun.. dibelek tudungnya, bukanlah fesyen zaman 20an.. hai manusia.. 
letih. kecewa. fobia. penat. dia penat. penat dengan manusia. katalah.. katalah apa yang nak dikata.. buatlah.. buatlah apa jua pada dirinya.. perlakulah seperti apa pun, dia tidak kisah.. terlalu kebal dengan semua ini.. dia ditendang ke utara, dia disepak ke selatan,, dia diterajang ke tengah2 khatulistiwa.. dia diam.. diam dan terus diam.. tapi mulutnya sahaja yang diam, hakikatnya hatinya tidak pernah diam... hatinya selalu meriah dgn zikir dan alunan syahdu, kepada tuhannya.. memohon pembelaan.. memohon pertolongan.. dia tidak mampu bicara kepada sesiapa.. tidak ada yang sudi mendengar.. kerana dia bukan yang pertama kepada mereka.. tapi DIA selalu sudi untuk menjadikannya yang pertama doanya dikabulkan.. 

tap. save. attach file. send >>>>> SENT!

dia menarik nafas lega.. kisah benarkah karyanya? urm, tdak juga.. he he.. pastinya bukan jalan hidupnya, urm.. tapi mungkin hampir sama. karya adalah karya. semata-mata. titik.

dia menggeliat.. mandi.

___________________________________________________

malam ini dia nekad. dia tidak sanggup lagi menahan semua benda ini. dia penat. terlalu penat. harihari yang dilaluinya terganggu. nekad.

_ assalamualaikum.. bz lg? i'm tired of waiting. and here i am to make everything clear. could u plis?

lama ditunggu balasan dari dia. dan akhirnya

_ not bz et all. but then, i dont noe wat to say.

_ HAH HA. speechless? hum.. lets make it simple. it is, renew the frenship or neither let end it here. simple, say hye again or gudbye. i just want to make it very clear.

_ not for gudbye.

_ so then, tell me wat should i noe.

_ i dont noe.

_ look. i dont noe wats wrong wif ya. u seems like, hah. i dont noe. 

_ i'm sorry

_ NO! i didnt need ur sorry. i need ur xplanation! 

_ i didn't have any for that,

_ so then, is very clear for me now. i'm nothing.. i'm nobody for ya. so then, i am the one who will say gudbye. thanks and sorry for everything. EVERYTHING, especially for all those pain :)
i do really appreciate every moments we are together. i'm sorry. and this will be the last time i'll contact u. this is the last msg from me. i luv u, but u didnt feel the same as me rite. its oke then.. so, adios :')

belum sempat apa2 balasan diterima, terus ditarik keluar simkad nya, dipatah dan dibuang bersama airmata yang berjuraian.. tak kisah langsung utk mematahkan simkad itu kerana mmg nombor itu dia simpan hanya utk menghubungi dia.. orang lain, tidak. bak kata pepatah, tunggu masa sahaja nak dibuang.. dibalas atau tidak, dia tidak tahu. pantas pula diterkam komputernya, buka akaun FB, unfriend, block. 
sempat lagi diupdate statusnya malam itu,

hidup di dunia yang sementara, sakit sedikit takpe.. asalkan bila mati nanti bahagia kan? 

ye, agak kasar bunyinya. biarlah apa orang nak kata, hakikatnya begitu kan?
fine. ini la pengakhirannya.. tak sangka. dia senyum dalam kesakitan.. biarlah malam ini sahaja dia kesakitan.. biarlah selama mana masa pun yang diambilnya untuk melepaskan semua saki baki sakit ini.. asalkan bukan seumur hidupnya. asalkan ia satu pengakhiran yang pasti dan bukan gantung tidak bertali.. pantas di menuju ke bilik air, membasuh muka, walau hakikatnya airmatanya masih laju menuruni pipi.. dia menyucikan diri. lantas diqiamkan solat, usai dua rakaat, di sambung lagi dan lagi.. terasa penat, duduk sebentar, dibuka pula lembaran2 syair dalam naskhah kitab suci.. dilagukan dari satu lagu ke satu lagu.. burdah2 suaranya lebih kepada sayu.. diteruskan lagi tilawahnya sehingga airmatanya kering sendiri.. lagi sehingga dia tertidur di atas sejadah..

______________________________________________

pagi ini terasa sunyi. tenang sahaja di dalam hati.. entah mengapa, terasa ingin berpuasa pula hari ini.. hari ini, dia dengan semangat baru, rasanya ingin ke luar.. mencari sesuatu, tapi dia tidak tahu apa yang ingin dicarinya. seusai mandi, terus sahaja dia membuka almarinya. MAK AI. nampaknya baju yang tinggal hanya sepasang baju kebaya putih dengan kain sarung lepas. aduh. ditiliknya kebaya labuh tersebut. memangla cantik.. warnanya putih sarat dengan sulaman bunga2 merah, kecil2 sahaja tapi sangat cantik.. dipadankan pula dengan kain batik lepas, asli dari jawa. aduhh. tapi macam tak sesuai pula hendak dipakai hari ini.. tapi apakan daya. dicari pula tudung. dicapainya pashmina putih, lagi satu masalah bila semua inner shawlnya juga dibasuh pagi tadi. tinggal putih juga. ADUHHH. rosak juga moodnya pagi itu. diketapnya gigi dan dia menjerit melepaskan geram. HAH! satu nafas geram dihembus akhir sekali. dia lihat mukanya di cermin. 
dia senyum selebar-lebarnya. dan dia bercakap pada dirinya, 

biarlah ade aku kesah ape orang nak kate? aku nak kuarlah hari ni!! so, lets wear the kebaya, oke?

 jari telunjuknya di letakkan di atas imej hidungnya yang dipntulkan cermin, dia menjeling diri sendiri dan berjalan secara gediknya. apalah yang tak kena dgnnya hari ni. 

15 minit kemudian, dia sudah siap. keluar berjalan-jalan pagi2 lagi memang agak menyegarkan.. sedang dia berjalan, tiba2 mesejnya berbunyi,, 

_woit, katne?

_jalan2, aku otw pergi taman ni, kenapa?

_takde, rasa nak msg ko je.. jalan baik2 tau.. 

_alah, tak matinya setakat jalan kat taman ni taw.

_eh, mulut.. kang kalo ko mati kat situ aku tak pergi jenguk tau. biar ko mati sorang2..

_'ah. takpe, sebab aku tahu ko takut mayat kan? gni la kawanku syg, kalo ko tahu aku mati, ko tolong kirimkan salam kat mak ayah aku, adk beradik aku.cakap aku mintak maaf, mintak halal semuanya ye..
 he he he.. 

_dengan aku ko taknak mintak maaf?

_alah, ye la.. mintak maaf ye semuanya. ko la kawan aku dunia akhirat.. ko takpernah nak sakitkan hati aku pun. terima kasih ye..

_hah.. macam tu la kawan..

_aku sayang ko,

tapi, belum sempat dia menekan butang send, tiba-tiba dia rasa tubuhnya melayang, handsetnya terlepas dari tangan dan dia juga mendengar tayar berdecit, dan badannya terhempas kuat di atas tar.

ALLAH...

itu sahaja ayat terakhirnya. kabur-kaburmatanya melihat semakin ramai orang mengerumun dirinya. dia tidak tahu kenapa, di matanya nampak wajah ibu dan ayahnya dan matanya tertutup...

__________________________________________

dia tersedar.. renung dirinya, tidak ada lagi baju kebaya putih, tapi masih berbaju putih. dia berjalan.. melihat sekeliling.. eh, ini rumahnya.. dia nampak banyak selipar di tangga. kenapa ye? 

mak.. ayah.. laju dia menaiki tangga.. 

allah.

 terkedu dirinya melihat sekujur tubuh diselimut litup di ruang tamu rumahnya. ya allah.. siapa itu? pantas dia naik dan terus membuka kain yang menutup muka arwah. namun, lagi terkejut apabila dilihat si arwah itu dirinya sendiri. lalu terbayang bagaimana dia dilanggar kereta sebelum ini. tersedu-sedu di situ, 

dia pandang sekeliling. semua ada.. keluarganya, rakan sekerjanya.. teman-temannya di kampus.. dan matanya terhenti pada seseorang.. dia.. dia juga ada.. dia menangis.. tapi kenapa mesti menangis, bukaankah sepatutnya dia gembira. kerana tidak ada lagi yang akan menganggu hidupnya.. tapi, mungkin juga dia salah menilai tentang si dia.. tapi yang pasti, anneesya kesal.. kesal kerana tidak sempat membaiki semuanya sebaik mungkin.. maafkan aku... dia pandang temannya. sayu.. tiba-tiba tangannya ditarik seseorang. cantik. terus dia bangun. si cantik rupawan menyapu airmatanya.. dia senyum padanya, hilang segala gundahnya.. dia turut tersenyum kepada entah siapa si cantik itu.. dipandang sekejap ibu ayahnya, dihantar kasih dari jauh.. dan dia pergi, membuntuti langkah si cantik rupawan di hadapannya dengan senang hati.. 

dunia fana hanya tinggal kenangan, dia sekarang di negeri abadi.. semoga di sini tiada lagi kesakitan.. 

TAMAT.

dilupakan dan melupakan

baru adil kan?
hehe.
dah kite dilupakan, so apakata kita belajar secara serius untuk melupakan pulak?
blink3~~
so, u there,
i'm going to forget u ya..
daaaaaaaaaaa...

byk lagi proses2 nak dibuat ni. so, do pray for me supaya berjaya ye.
hehe.
pis no war !

salam bervisi, salam MENGUNDUR DIRI :)

*bravo hidayah shukri !


Friday, December 16, 2011

anNeesyA.8

*lama tak meng-update citer ni - xde idea la nak kembangkan cerita. he he.. so, this is the previous episode

dia memandang sepi telefon bimbitnya. tidaklah secanggih orang lain. sekadar mampu menjawab panggilan, sekadar mampu membalas SMS cukup lah. tapi, kebelakangan ini macam tidak berfungsi pula telefonnya itu. panggilan tidak ada, mesej juga sama. tangannya diacukan ke telefonnya, dipegangnya kemas lalu ditekan-tekan butang-butang yang ada di badan telefonnya itu. bunyi la.. bunyi la... mesej ke??
tiba tiba..

TEET. TEET!!

> i message received.

alamak! rasa macam nak melompat je. setelah sekian lama!hatinya berdebar-debar mahu mengetahui siapakah gerangan penghantar msg. ehem2.. bismillahirrahmanirrahim...

PROMOSI ISTIMEWA. TEKAN YES UTK MAKLUMAT SELANJUTNYA!

muncungnya ditarik panjang. terus dibaling telefonnya ke atas katil. heh. celcom rupanya. ingatkan.. hmm.. satu demi satu langkah diatur ke katilnya, di capai kembali telefonnya. check inbox.. mesej yang entah seberapa sahaja di dalam nboxnya di ulang baca.. tiba-tiba matanya tertancap pada satu nama. di senarai hujung sekali di dalam inboxnya.. dari DIA.. lama dia di situ. baca dan baca mesej yang satu. ditilik tarikh, di banding masa. congak. 2bulan yang benar2 sepi tanpa berita. dia senyum, tapi tubir matanya terasa hangat. biarlah.. biarlah dan biarlah. dia tahu sedikit masa lagi dia akan berjaya mengharungi semua ini dan terus melupakan semua yang menyakitkan ini. tapi kadang2 dia sendiri tidak pasti bilakah masa yang sedikit itu. dia seka airmata yang semakin laju. bermonolog dgn diri sendiri.

  come on. kau ada kehidupan sendiri. kalau ada yang tak nak hargai diri kau, kenapa kau juga mesti menghukum diri? TIDAK. ini anugerah tuhan. jangan dipersia hanya dengan perbuatan seorang individu yang mungkir janji. biarlah dia berbuat kejam pada kamu. biarkan dia dengan dunianya. biarkan. biarkan. dia tidak hiraukan kamu kenapa mesti kamu hiraukan dia? 


arghhHHH.

tapi dia tidak mampu. dia tidak boleh. dia masih keliru dgn semua ini. dia masih punya satu persoalan yang tidak ada seorang pun yang mampu huraikan sehingga tiada lagi simpulan di situ. TIADA.

sampai bila ya allah??

TEET.. TEET..

_ nisya, i need u. boleh tak i nak request satu karya dari u, no matter about what it is, nor the pattern is, but i really need it by this friday. can u pliss?

terus kering airmatanya, bulat pula matanya tika itu. betul ke tak orang tua ni? laju saja dia membalas.

_ friday? hari ni rabu kan puan.. yakin ke saya dapat siapkan?

_ yup. absolutely. n dats y saya tak tetapkan apa2 pattern ataupun tema. saya cuma nakkan satu karya daripada awak. blh?

_ utk?

_ for a exhibition, a competition.

_ WAT? 

_ u know o can do it right?

_ hope so.

_come on.. pliss?

_ oke, insyaallah, i'll try..

_dats my girl. thanx dear :)

hah. percaya atau tidak, dia baru sahaja menerima satu tawaran besar. but at least. ya. sibukkan diri. laju sahaja dia bergerak ke tandas dan membasuh muka, berwudhu dan mula berteleku di hadapan komputernya. mencari idea..

show me the meaning of being.... drowning??!

So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love

So hard to breathe
Walk with me, and maybe...

Nights to light should soon become
Wild and free, I could feel the sun.
Your every wish
Will be done.
They tell me...

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with?
Tell me why 
I can't be there where you are?
There's something missing in the heart

Life goes on 'cause it never ends
Eyes of stone observe the trends
They never say forever gaze if only
Guilty roads to an endless love
There's no control
Are you with me now?
Your every wish will be done
Then tell me 

There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body and soul



How can it be you're asking me to feel 

The things you never show?

You are missing in my heart
Tell me why 
I cannot be there where you are



Don't pretend you're sorry
I know you're not
You know you got the power to make me weak inside
And girl you leave me breathless
But ITS OKE!
Cause you are my survival
Now hear me say...

I can't imagine life without your love
And even forever don't seem like long enough

'Cause everytime I breathe I take you in
And my heart beats again
Baby I can't help it
You keep me drowning in your love
Everytime I try to rise above
I'm swept away by love
Baby I can't help it
You keep me drowning in your love

Maybe I'm a drifter
maybe not
Cause I have known the safety of floating freely in your arms
I don't need another lifeline
It's not for me
Cause only you can save me
Oh, can't you see?
  
Go on and pull me under
Cover me with dreams
Love me mouth to mouth now
You know I can't resist
Cause you're the air that I breathe..

*nice song rite? hah ha.. *

sumtim there ^^

hey. hello. assalamualaikum :)

wanna see the pics?



 *sakan aku digelakkan lepas ambik gambar ni. hadui~


 this is sir faizal, penasihat d'doteliers :)

so, itulah barisan exco2 d'hoteliers sesi nov-mac 2011/12

Thursday, December 15, 2011

ni8

mendapat satu khabaran yang dinantikan itu adakalanya menyakitkan kan??

lebih baik diam terus tanpa khabar berita..
daripada terdengarnya suara setelah panjangnya waktu sunyi tanpa senda..

jiwa luka, hati terseksa.

hmm.

Tuesday, December 13, 2011

itu maharnya..

pasir di kaki dikuis-kuis lembut. pandangannya hanya tertumpu di situ. air matanya tumpah lagi.. tidak tahu mengapa. berat sekali dugaan itu.. dia terperangkap tika itu.. sungguh, dia tidak menyangka sahabatnya sendiri rupanya musuh dalam selimut. hari itu, menyaksikan seorang da'ie ditewaskan. ya.. dia tewas dan jatuh tersungkur di hadapan mata-mata manusia. namun dia yakin, allah itu maha mengetahui..

satu nafas panjang di tarik, dihembus,, dan dia mula menapak masuk ke dalam rumah..

seketika, terdengar ketukan di pintu..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

assalamualaikum warahmatullah~

makmum2 seraya memberi salam ke kanan dan ke kiri seusai salam ke dua dari imam.. terdengar syahdu dan penuh merdu wirid2 di lagukan, alunan dari hati2 yang mencintaiNya.. 

wa qaala rabbukumud 'uni astajib lakum..

 bismillahirrahmanirrahim...

imam mula membaca doa.. seusai doa yang penuh khusyuk dan tawadhu, masing2 melagukan selawat sambil bersalam-salaman..

-  ustaz.. kaifa haal?

- alhamdulillah.. bikahir.. anta bila sampai malaysia?

- baru petang tadi. ana dengar, anta dah jadi imam muda di kampung ni.. jadi, ana pun memang dah niat dari tadi la, isya' ni nak jenguk juga sahabat ana di sini.. 

- hah ha.. alhamdulillah.. ana ni, ganti tempat ayah ana saje.. eh, jomlah kita beransur balik,, jemaah lain pun dah balik ni.. boleh borak2 tanya khabar sambil balik ke rumah, ana pun, jalan kaki je..

- apa kata kalau ana ajak anta ke rumah ana? kita berbual barang sebentar di situ? nak?

- ana takde hal.. jomla..

>>>>>>>>>

- jemputlah minum, ustaz..

- alahai, susah2 je la.. ana ni bukannya istimewa sgt..

- alah, xde yang susahnya, air teh bujang. lagipun, mmg dianjurkan kita memuliakan tetamu kan?

- alhamdulillah.. jemputlah, minum sekali?

- ha'ah.. jemput juga ustaz...

seteguk, dua teguk..

- err.... ustaz,, ana rasa kepala ana ni macam berat sgt la.. urm,, ana mintak diri dulu la ye..

- eh,, cepatnya.. kalau ustaz tak larat, duduk sini takpe malam ni, ana pun sorang je ni.. 

- eh, takpela.. nnti mengganggu ustaz pula.. err..
dia bangun,,

- saya balik du..... allah.

sayup2 di telinganya ketawa ustaz imran pecah.. yang dia tahu, badannya terasa sakit dan pandangannya sudah gelap..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

astaghfirullahal a'zim..

di telinganya terdengar bunyi2 yang bercampur baur.. dia sendiri tidak pasti apa yang mereka sedang bualkan.. dia tidak pasti kenapa mereka dengarnya seperti marah2.. bising dan bingit. dan yang pasti, dia tidak pasti dia di mana. dia cuba untuk membuka mata, namun, kepalanya sangat berat. bdannya pula sangat sakit. tiba-tiba

- astaghfirullahal 'azim. daim? ashkur daim??
terasa pipinya ditampar-tampar lembut. dia kenal suara itu, suara Pak Harun, ketua kampungya
dia cuba dan cuba untuk membuka mata..

- dah, kamu semua balik,, budak ni biar aku yang selesaikan.. balik.
kenapa pula mesti Pak Harun yang sangat berhemah marah2.. dia semakin keliru.. masih cuba membuka mata.. mungkin, nampak matanya yang berkedip-kedip sukar dibuka, pak harun menegur lagi

- daim? kamu tak apa2?? 
dia cuba sedaya upaya mengangguk, tapi sgt lemah.. akhirnya, matanya dibuka, sedikit cuma.

- saya kat mana??

- dah, bangun, saya papah kamu balik ke rumah saya. nanti kita cerita.
tiba-tiba pak harun terbersin. ketika itu baru dia terperasan, ada satu bau yang sangat tidak enak berdekatan dengannya.. dia kenal bau itu. arak.

- bau.... bau.. bau arak ni pak harun. astaghfirullah.. sape yang minum.. kat mana  baunya ni??
dalam kelesuan, dia melontarkan soalan itu.

- badan kamulah yang berbau arak tu daim. ish.
terasa seperti batu besar menghempap kepalanya. arak? mana mungkin?

- ta.. tapi...... tapi saya tak per..

- dah, tak payah nak cakap apa2, kita balik dulu, kamu mandi, baru kita cerita. kamu ada byk bnda yang nak kena cerita dekat saya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

- jadi, kamu rasa, ustaz imran yang baru balik tu yang cuba fitnah kamu?

- demi allah pak harun, saya sendiri taknak menuduh melulu. tapi kali terakhir saya masih sedar dan waras, saya di rumah imran.. 

- takkan kamu sendiri tak kenal bau arak? kenapa kamu minum?

- tak.. dia hidangkan air teh.. bukan arak.. saya pun tak bodoh pak harun.

tajam renungan pak harun sebagaio respon terhadap reaksi daim yang agak keras

- maaf, saya tak bermaksud nak berkasar dgn pak harun.. saya minta maaf..

- takpe la, kalau begitu, kita akan cuba siasat..

- oke.. urm, dah lama saya kat sini,, saya balik ke rumah dulu la ye pak harun..

- okela.. jalan tu baik2..

-insyaallah.. assalamualaikum..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

dia masih berjalan di kampung yang sama. masih di atas sepasang kaki yang sama, yang menampung jasad yang sama. dan juga berjalan di tengah2 masyarakat yang sama.. cuma yang berbezanya pandangan mereka kepadanya.. ya. dia tahu, pasti sudah heboh satu kampung ustz muda kampung itu mabuk malam semalam, sehingga terdampar di jalanan. hahh.. allah.. kalau sahaja orang yang mengkhianatinya itu meninggalkannya dalam keadaan hanya berseluar pendek dia lebih rela daripada ditinggalkan dengan masih berjubah, berkopiah dan berserban, tapi dalam keadaan badan berbau hanyir arak. allah.. teruk benar.. terasa jauh pula rumahnya kali ini.. dan mukanya, terasa sangat berat utk diangkat memandang sekeliling.. telinganya dipekakkan sahaja mendengar sindiran2 tajam mereka.. allah.. terasa ingin dihentikan langkahnya ini.. tak mampu untuknya bertahan...

>>>>>>>>>>>>>

pantas sahaja langkah di atur ke muka pintu..

- assalamualaikum,,

- waalaikumussalam.. masuklah pak harun..

- daim, aku datang ni, sekejap saja, jadi, aku teruslah dgn apa yang aku nak cakap ni.. 

- silalah,

- aku dah pergi tengok kat rumah si imran tu, tapi dah berkunci.. nampak gayanya, dia dah takde kat rumah tu..
perlahan-lahan diraup mukanya.. satu keluhan berat dilepaskan.. 

- jangan mengeluh daim.. tak baik.. tuhan tu, bila dia uji hambanya sesuai dgn kemampuannya.. semakin tinggi iman kita, semakin berat ujiannya.. sabar la.. insyaallah.. lambat laun, kebenaran itu muncul juga..

-insyallah..

ada getar pada suaranya..

- insyaallah.. takpe la ye. aku pun banyak kerja ni. daim, kalo na ape2, bagitau je... nanti aku tolong mana yang patut..
- baikla pak harun.. ermm.. terima kasih,, kerana mempercayai saya....
dia cuba senyum, walaupun kelat..

>>>>>>>>>>>

surau itu sunyi.. satu-satunya makmum yang ada hanyalah pak harun. seorang itu sahaja yang masih mempercayai dirinya.. yang lain,, astaghfirullah.. dia merasa bersalah kerana dia tidak berhati-hati.. kerana sikapnya yang tidak berhati-hati membuatkan orang2 kampung sudah tidak sudi menjadi makmumnya.. 
dia sendiri sudah buntu.. dia tidak tahu bagaimana lagi mahu dia jelaskan perkara sebenar...
dia menangis lagi... menangis mengadu kepada RabbNya, agar diringankan sedikit dugaan ini.. penduduk kampung pula seolah-olah memulaukannya. sungguh, dia tidak tahan..

>>>>>>>>>>>

sebulan yang berlalu, terasa umpama 100 tahun. terlalu lama hidup sebatang kara.. dia memutuskan untuk terus tinggal di surau itu. setiap hari dia berpuasa.. setiap malam dia bangun menyembah yang Esa.. ada saja masa kelapangan, dia mengaji.. surau lama itu juga dibelinya set mikrofon baru.. setiap kali masuk sahaja waktu azan, dilaungkan azan, menyeru penduduk kampung datang untuk solat berjemaah.. walaupun masih tidak ada tanda2 untuk mereka datang mengimarahkan surau usang itu, tapi dia tidak akan berputus asa.. ketika hendak membeli juadah berbuka, dia senyum sahaja kepada mereka yang tidak jemu2 melemparkan kata2 nista padanya.. jelingan tajam dibalas pandangan mesra.. dia yakin, semua ini tidak lama.. dia cuma harus, bersabar...

>>>>>>>>>>>>

suis mikrofon dibuka. 30minit lagi akan masuk waktu maghrib.. dan hari in, genap 100hari dia dipulaukan.. dia tabah.. redha.. dimulakan bacaan dengan ta'awwudz.. lalu dibacanya ayat2 surah albaqarah... penuh penghayatan.. sesampai bacaannya pada ayat ke 286 surah itu, hatinya tidak tertahan lagi sebak.. mendayu-dayu sahaja suaranya menahan tangis.. tiba-tiba..

- ustaz,, dah masuk waktu... boleh saya cuba mikrofon baru untuk azan hari ni?

- betul tu, selama ni, ustaz je yang monopoli mikrofon tu, kami pun nak cuba juga...

- a'ah,, ustaz pergilah ambil wudhu' baru,, takpe kan, kalau kita selalu memperbaharui wudhu' ??

- mm. kami ingat lagi ustaz dulu pernah bagi tazkirah, besar ganjarannya kalau seseorang tu memperbaharui wudhu' walaupun wudhu'nya terdahulu masih sedia ada.

 yang lain hanya menyambut kata-kata keempat-empat pemuda tadi dengan anggukan dan senyuman..

dia tidak percaya.. benarkah di depannya kini makmum-makmumnya yang bakal solat bersama-samanya sebentar lagi?? dia hanya memandang dgn mata buntang. 

- ustaz, buruk benar muka tu. dah la.. saya nak azan,, nanti lambat pula..

datang si amir membantunya bangun,, dengan mata yang bergenang dia lantas memeluk amir kejap.. semua yang ada di situ bergerak ke arah mereka dan mereka sama-sama berpelukan..

- ehem2.. ni nak solat ke nak berpeluk?? 

tiba2 suara pak harun merosakkan suasana romantis itu.

- alaah pak harun, kalau nak srh kami peluk pak harun, cakap je la.. 

- takde maknanya, dah kejap lagi la peluk2 pun, pergi azan dulu.

dan malam itu, surau itu kembali gilang gemilang..

>>>>>>>>

mereka duduk dalam liqa'

- ustaz, apa yang berlaku sebenarnya malam itu??

- oh, jadi, kamu semua tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya??

- tak.. takde seorang pun yang tahu..

- dah, kenapa kamu semua ada di sini malam ini?

- sebab kami tahu dan yakin, ustaz tak bersalah.. kami di sini nak mendengar penjelasan ustaz.. kami tahu mesti ada ape2 yang terjadi.. kami nampak, cara ustaz nak seru kami kembali ke sini.. hati kami pun yakin yang ustaz takkan mengkhianati kepercayaan kami.. jadi, kami pun nak dgr juga cerita sebenar dari ustaz..

- pertama sekali, terima kasih banyak2 tasa kepercayaan kamu semua terhadap saya.. yang saya nak beritahu cuma, saya diperangkap amalam itu. bagaimana dan oleh siapa, biarlah menjadi rahsia saya dan pak harun serta si fulan dan juga allah sahaja.. sebab, saya sendiri tak pasti, takut menjadi fitnah kepada si fulan pula.. bagi saya, cukuplan kamu tahu bahawa apa yang terjadi itu hanyalah satu salah faham sahaja...

-kalau dah ustaz kata begitu, kami terima lah.. 

- terima kasih sekali lagi..

sambil menyampaikan kuliah maghrib yang serba ringkas, hatinya tidak putus2 mengucap syukur kerana allah memberinya ketabahan dan kecekalan yang cukup untuk menghadapi semua ini... hatinya menangis lagi, bukan kerna kesedihan, tetapi kerana kegembiraan.. ALHAMDULILLAH.... SUBHANALLAH... ALLAHU AKBAR.. kalimah2 itu tidak putus2 diucapkan dalam hatinya....

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...