Monday, January 30, 2012

urut.

dulu, biasanya lepas training taekwondo.. takpon lepas mana2 event yg memerlukan angkat bnda2 berat , esoknya, masuk kelas, sakit tangan, sakit lengan.. pastu, mesti cakap kat amnah yg dok sebelah.. sakit tangan, am pon urut.. kalo nampak mengantuk, kinah yg kat tepi, urut2 pangkal leher... supaya tak tidur walaupun hakikatnya tak makan saman, terus lena jugak.. dulu pantang, cakap lenguh siket, mintak urut, terus dapat urutan percuma..

hari ni,, lepas event sukan.. tangan sakit.. urut sendiri.. tak de dah amnah kat tepi nak tolong urut. huhu. urut sendiri la ye.. mengantuk, xde dh kinah yg tolong tepuk2.. hehe. nasib bek tak teruk sgt mengantuk dlm kelas skang ni kan..

susah nak cari kawan yang betul2 empati kan??

hurm.. rindu.. huhu~

Sunday, January 29, 2012

kisah cinta. saya.

bismillahirrahmanirrahim..

err? tajuk. haha. tak, anda jgn tertipu mahupun terpedaya ye.. maksud aku di sini ye, kisah cinta, sudut pandangan aku, so the title is , kisah cinta . saya. oke.

cinta ea? yes. fitrah. fitrah yang sampai tahap tak terkawalnya boleh membawa kepada fitnah..
cinta itu fitrah. cinta itu anugerah. fitrah manusia, anugerah dari Allah..

kadang2 aku macam pelik tau, sebab ape? kadang2 orang yang bercinta ni, dorang saje2 je nak test. mula2 tu macam salah sorang tu xde hati pon dekat yg lagi sorang.. tapi sebab kesian, terima je la kan. yang kisah lagi sadis, awalnya dua2 pon saje2 je. xde perasaan. tapi bila dah lama berKAPELan , tetiba macam betul2 jatuh sayang pulak kan..yang aku peliknya, bila kita sebut, laa. kapel la lepas kawin. dorang cakap pulak, eh, mana mungkin laa,, kawin dgn org yang kita tak kenal, tak cinta. tu yang korang dok bercinta bagai tu bukan ke bnda tu pun dipupuk?? kan.tak kisah sgt dgn org yg nak kapel tanpa unsur gedik2 melampau. tapi yg ade tu macam.. errr. entahlaa nk ckp camne. oke, taknak la panjang2 bab ni, ni kita citer bab len..

ade la satu hari ni  aku jalan2 kat bandar, bandar mana dirahsiakan *haha* then, ternampak depan mata, sorang 3org laki ngorat sorang pompuan. sekali, dua, cubaan terus berjaya. bukan berjaya biasa2, tapi dengan jayanya apabila pompuan tersebut *yang baru di-mengorat tersebut* terus duduk atas riba laki tu. PERGHH. awatnya murah sangat kak oii?? ish3~ laki tu yg hebat ke pompuan tu yg murah? macam mana laa.. kan? ni namanya aku mengata ke?? tak, aku taktahu jugak, ni nama aku mengata ke mencaci ke ape, tapi siyesly macam sedih kott.. segitu je nilai diri diletakkan?? masyaallah.

aku tak kata aku perfect. aku tak kata aku bertutup rapi.. aku takkate aku perfect jaga ikhtilat aku dgn lelaki.. aku tak kata, aku sampai tak tengok pon dekat laki, cakap pon tak pandang mata,, tapi kan, janganla sampai ya allah. murah sgt.. dah sure ke org tu jdi husband kita?

hati pompuan, mmg la mudah terpaut. aku tak nafikan, aku pun pompuan kan.. tapi, yang penting macam mana kita nak jaga hati kita? jangan sampai tergadai maruah.. jangan sampai aib muka sendiri.. jangan jatuhkan martabat kaum sendiri..

i'm begging those girls outside :)

Friday, January 27, 2012

mr.pastry _ intro

dari jauh dilihatnya sesusuk tubuh berjalan ke arahnya..

" hah.. yang itulah " 
suara puan rozi umpama satu tangan yang memegang tancapan matanya lalu dihempas kuatkuat.. hancur lebur lamunannya, tersedar terus dari khayalnya.

" ouh, yang tu ea... " 
mulut menuturkan katakata itu tapi mata kembali melekat pada wujud insan itu..

namun pantas, hati mengucap lafaz ampun, astaghfirullah.. 

subhanallah... sempurnanya kejadianMU... bisik hatinya perlahan...



nantikan kemunculan karya baru saya.. laaaaa~~ insyaallah :)

>> working on MR.PASTRY ;)

damn

why do i keep remember you?
it is really painful

# but i know the truth is i miss her damnly.

Wednesday, January 25, 2012

sum1 pliss?

fuu fuu~

amboi2.. dah berdebu encik belog sayang~ hehe..

hurm.. nothing to say. it isjust,, hah *bunyi nafas panjang dihembus*
takde, bukan mengeluh tapi sumthing like TIRED.
entah laa..

penat lah.. bila tiba masanya perlu kan komitmen dari dua belah pihak, tapi bila hanya satu pihak yang berkomitmen sedangkan satu pihak lagi buat dek, takke saket hati?
bila keadaan memerlukan dua belah pihak untuk menyelesaikan masalah tapi hanya satu pihak je yang bekerja takke parah? kan?

selalu je aku yang nampak terhegeh hegeh. huh.

i'm talking about sumthing related to my past oke,  *but still menyusahkan fikiran dan aktiviti ku sampai sekarang*, not the really current one

kita jalan ke depan. yes. tapi padanglah kiri kanan kita..
mana tahu ade ape2 yang boleh kita tolong. atau mmg ade yang memerlukan kita sbg penolong..
hidup jangan nak 'jual ikan' a.k.a selfish sgt la kan.. masa org ssh kita tanak tolong, nanti ko ssh padan muka kalo org tanak tolong.. kita hidup bermasyarakat... kita buat tak baik kat org nnti ade la karma org buat tak baik kat kita. kita sakitkan, lukakan hati orang nati padan muka kalo orang lukakan kita lagi parah. TAK. aku bukan doakan. tapi bagi peringantan kat diri sendiri dan anda juga. ingat ye, tuha tu maha adil. kalo kita teraniaya, sabar.. tapi kalo kita yang menganiaya, dah dah la.. cukupla stakat tu je kerja keji anda ye.

till then, gotta go, nite,

assalamualaikum :)

Wednesday, January 18, 2012

still the SAME.

kita boleh melupakan..
ye ke boleh?
bagi aku tak. tak mungkin lah boleh lupa.. kalo dah pernah tersakiti.. kalo airmata pernah menitis sebab rindu, pastilah.. bila teringat balik, lagi laju airmata menitis.. haha.. kan :')

tambah2 lagi bila it ends dgn cara tak baik kan..

haha.. dunia dunia....

serving~

hey.. assalamualaikum ^^

nak citer la siket ape yang berlaku hari ni.. ade la senior part 3 yang ajak kitorang pergi jadik customer kat dorang punye serving class. ah? ouh, serving class ni apabila students kena handle satu restoran.. dorang akan punya dorang punya supervisor, sape yg akan jadik waiter, sape yg akan jadik chef.. dan semua la, setiaptiap post yang ada dalam satu restoran.. so, kitorang pon nak la jugak tgk2 kan suasana macam mana.. lagipun, next semester kitorang pulak yang kena hadapi serving class ni.. so, book la meja~

hari ni dorang punya guna ala carte.. tak semestinya kita kena ambik full set, tapi kitorang just kena bayar apa yang kitorang makan la. and 10% discount utk students.. special weh ase. haha.. masuk,, ade orang sambut la kan.. since kitorang baru balik kelas, konfirm la bawak beg besar kan.. excuse me miss, can i have ur beg? wuuu~~ hebat2. haha.. dorang tolong simpan beg.. then, excuse me miss, would u like to have drink? cold or warm? haha.. excuse me miss,, this is our menu.. anything to ask or u want to order?? wah wah wah.. aku ase macam best giler kot! order then sampai la kan.. makan~ nice.. very nice.. thumbs up lah.

and tadi kitorang makan meja berenam.. sekalikan dulu bil, and 6 org makan xsampai rm50. *mmg la, xsemua ambik mkn byk la kan* siyes au cakap kat korang tau, makan tgh hari tu sampai malam kenyang! aku ambik appetizer, main course and dessert.. aku tolak soups dgn air. makan appetizer pon macam kenyang dah. tggu kejap, dorang serve main course.. ade yang ambik lasagna, tapi aku ambik chicken dgn honey. sedap! lasagna dorang bapak besar! hah ha.. korang bayang ea, 10inci darab sejengkal, bahagi empat! tu la saiz lasagna yg dorang serve. HAHA. nasib bek aku tak ambik lasagna! *lasagna ni muak siket since cheese banyak kan.. * and dessert, tiramisu! pergh! terbaekk. sedap giler, ade blueberry siket, ade strawberry.. mangga.. serve, sedap dan cantik! aku puji lah, terbaek!!
and habes RM12, berbaloi la bagi aku dgn layanan ala2 hotel kan..

dan, nak tgk gambar? haha. lets see~~




 
ni la S.O.D *supervisor of the day * hari ni 



this is my main course



tiramisu <3

Monday, January 16, 2012

dupdapdupdap

hey. line lambat la pulak nak on9 FB.. hehe..

this week, agak full.. cuma alhamdulillah.. ada kelas yg cancel, ada yg tukar masa.. so then, macam quite free siket laa kan.. but then, baynak kerja yg nak kena siapkan lah. hurmm..

event yg baru lepas last week is d'hoteliers superbowl. kat mesra mall kerteh t'ganu.

alhamdulillah, run very smoothly :)

n coming up soon is d'hoteliers sport day. taktahu lagi macam mana. sampai tak agak2 seribu participants? hope so. and still working on d'hoteliers fee. aduyai. huhu.. cepat2 la noo..

lupakan. yang penting.. aku takut.. hehe.. utk satu task yang besar doe.. wat it is?

jadik chef di hari perkahwinan my csta. ouh my.
menu?
secret lagi setakat ini. hehe..
ya.. hidangan meja pengantin lah.. so, need to do some quick review on garnishing bagai la siket. kan? nama pun budak hotel kan? hehe.. carving? hurmm, kalo ade keberanian buat la. kalo sempat la nak tanya2 lecturer ke, senior cullinary ke, tanya lah. kalo tak, tak berani jugak oden nak buat.
and saya mengaku lah, all that menu tu saya tak pernah buat. this is my fisrt trial oke.
so then, agak la berdebar. hope everything will be fine :)
insyallah :)

Thursday, January 12, 2012

perjuangan kita.

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt, salam selamat malam, eh, ucap gudnite jap lagi lah.
this week is the first week of minggu-balik utk pelajar asrama for this year ya. status itu status ini. hehe. takleh pijak rumput la, study ssh upper form la, pening la,, taktahu nak buat ape la.. tggl sorang diri sbb kawan sibuk laa.. macam2 lah.

so dear adik2 naimians la kan *especially*

satu step kita naik, satu cabaran baru kita tempuh.. satu kesusahan baru yang kita perlu rungkai.
jangan mengeluh, kecuali pada ALLAH. tapi term tu bukan mengeluh, tapi mengadu ya.
kuatkan hati, hadapi cabaran. yang baru naik upper form, ya, a bit shock la kan.
konfirm ah korang lagi rela nak struggle utk PMR daripada duduk f4 rite?
dgn admath chemi bio bagai. haha.. and i dulu pon demam kot mggu fes nek f4.
PENAT. balik pukul 3.20 ptg *sbb masa tu kan batch kitorang ade EST*

dan , yang pegang tampuk kepimpinan, mula rasa berat tanggungjawab kan?
tapi still, syukurlah, anda di sebuah sekolah yang tak byk kerenah.
 sikit2 je mengada2 budak nih. alah. rilek ah.. hehe.. *padahal aku dulu separuh mati jugak berperang ng korang kan? haha* 

what i want to say is.
how hard the trial is, that will always suit u, suit with ur condition..
 ambik peluang selagi di sekolah AGAMA, belajar la ilmu agama baik2..
takjumpa dah bila adik2 kuar tau :)

bila rasa taktahu nak handle, pilih la mana yang aula..
 mana yang lebih utama.. jaga diri.. jaga tingkah laku,
bentuklah peribadi anda seampuh mungkin ya :)

mantapkan ukhuwwah, kukuhlan iman..

and always remember that allah is always by urside,,

chill. enjoy ur new year, ade masa kita jumpa lagi :)

*sayang korang :)

ma'assalamah :)

Wednesday, January 11, 2012

dua nikmat :)

bismillahirrahmanirrahim..

nabi muhammad s.a.w pernah bersabda mafhumnya, 

dua nikmat yang sering manusia lupa ialah nikmat masa lapang dan juga kesihatan.

ya. memang.. bila ada masa free je, kite suka je kan buang masa. masa ni pulak, satu kuantiti fizik yang abstrak, tidak boleh diputar, dicepat atau dilambatkan, tak boleh dikembalikan atau diberhentikan, tapi sentiasa boleh dibuang. masa yang lalu, sorry ye, takleh nak ambik balik dah..
 let bygone be bygone, jalanilah hidup seharian kita sebaik mungkin. 
masa yang ada manfaatkan lah dengan geniusnya! 

ramai yang merungut, katanya tak cukup masa.. 
readers...
tuhan tu maha adil, maha mengetahui. 
DIA tahulah, dia kasi kita 24jam tu, tulah jumlah yang cukup dan yang terbaik. 
kita pulak asyik nak mengomen masa tak cukup, siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan tuhan kita? 
masa panjang atau pendek, semua bergantung kepada diri kita, 
bagaimana kita nak menguruskan masa. masa kita, kitalah yang uruskan.. 
diri kita, kitalah yang tahu mana yang patut kita dahulukan, mana yang patut kita tolak ke tepi, mana yang patut kita cepat-cepatkan, mana yang patut kita bagi tumpuan lebih.. 
pilihla jalan hidup anda. 
allah bentangkan jalan, dia berikan panduan, terpulang kepada kita untuk tentukan mana jalan yang akan kita ambil. masa. terpulang untuk kita untuk dibuang atau dimanfaatkan setiap saat. 

ingat, nasi kalau dah jadik bubur dah tak boleh nak balik jadik nasik dah. ko masak sampai air kering pun takdenye bubur jadik nasik balik  tapi boleh jadi nasi himpit kot. 

jadi, uruskanlah masa anda ye ^^

*kalau cabaran orang lain tak mampu kita nak sahut, takkanlah cabaran diri sendiri pun takleh nak sahut? malu beb :)

wa ilalliqa' :)

assalamualaikum wbt :)

Sunday, January 08, 2012

theeee...

boleh jadi sesuatu yang kamu suka itu tidak baik bagi kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu tidak suka itu baik bagi kamu.# intisari dari ayat 216 surah albaqarah.

ya. 
setuju sgt2 dgn hal nie..
 betul. 
dan mana ada apa2 yang termaktub dalam alquran tu salah kan??
anda discover la dalam hidup anda perkara apa saje yang berlaku,
 ada antaranya yang anda rasa meluat dan letih dgnnya.. 
tapi pernah tak anda discover benda yang terjadi *yg anda taksuka* 
lastly membawa kebaikan kepada hidup anda?? 
saya yakin anda pernah mengalaminya.. 

betulll~~~ 

saya yakin dan sangat percaya :D

kalo anda tak percaya, cubalah.. 
masa anda sedang memujuk diri untuk tidur, 
semasa anda sedang membaca doa tidur, 
semasa anda sedang berwirid sebelum tidur, 
apa kata anda telusuri jalan hidup anda setakat ini, 
carilah di mana bnda yang anda tak suka tetapi telah bertukar menjadi perkara yang sangat menguntungkan anda. 

CUBA, JANGAN LUPA:)

malam,, assalamualaikum :)

Saturday, January 07, 2012

buat baik ?

in the name of allah ::

abu dharr jundub bin junadah al-ghifari and abu 'abd al-rahman mu'adh bin jabal reported that the messenger of allah said : "fear allah who so ever you may be ; follow up an evil deed by a good one which will wipe (the former) out, and behave good-naturedly to people 

# sadaqa rasulallah~

_ shift languange_

kadang2 kita heran, kenapa orang yg selau buat baik dgn org len, tapi ramai je yg buat jahat dekat dia.
apa yang saya nak kata kepada mereka2 yang berbuat baik tapi dibalas jahat ialah :

>> buat baik dekat org, still dapat pahala even org buat jahat kat kita.. 
tak hapusnya pahala kita dgn kejahatan mrk..

>> tak rugi orang yang sabar..

>> allah tgh duga kita, sejauh mana keutuhan iman kita

>> masa tgh sedih la kita akan panjatkan doa dgn ikhlas, dan doa yg ikhlas la yang allah kabulkan.

last but bot least 

>> orang buat jahat dgn kita, selama mana je kita hidup atas dunia.. 
asalkan segala kebaikan kita allah pandang.. 
allah jua yg akan 'hidup' dgn kita selama-laanya kan? 
so, 
perhatian sape yg lebih penting sekarang ni? 

kan??


 senyumlah walau dunia menghempap anda, 
hakikatnya..
banyak lagi nikmat yang wajar anda syukuri kan :)


wa ilallia' ma'assalamah :)

assalamualaikum :)

positif!

terserempak dgn status sahabat di FB ::


stress! tension! bermasalah btol laaa~


smemangnya dlm hidup ni xkan lari dari stres n akan sentiasa mgalaminya.bgaimana anda mghadapi stres itu...?
adakah stres itu akn m"down"kn lg dri kte?
prasaan ni rse tringin na mberontak je...

x smestinya kn..

solat lima kali sehari mjdi medan kita ntuk mgadu, mmohon n merintih kpd y maha Esa..itulah UBAT stress y sbenar..
hakikatnye, stres itu satu hadiah dari Allah ntuk kte mlakukn muhasabah diri....^_^


pernah tak anda rasa kehebatannya bila melihat sesuatu dari sudut pandang POSITIF??

kan??

berani? cubalah :)

cantik. HAHAH!

bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum, 

salam awal pagi semua :)

ramai orang kata CANTIK..
 bila. 
tengok gambar lawa.. 
bila pakai lawa2.. 
bila muka dia lawa..
 bila ada badan lawa..
bila kulit muka macam bunga mawar.. 

persoalannya..
penting ke semua tu?

selawa mana pun segala apa pada seseorang individu tu,
 pinjaman yg allah kasi kpd individu tersebut, 
takde jaminannya kalau akhlak dan peribadi tak lawa.
 rite?
dan setinggi mana akhlak dan peribadi pada 'pandangan' orang terhadap kita, 
semua tu takde nilainya di sisi Tuhan,
 kerana apa?
tuhan itu menilai takwa kita, bukan rupa paras kita..

*sesungguhnya org yang mulia di sisi allah ialah orang yang bertaqwa*

>> kesimpulannya,,jangan puji orang len. mulakan pujian pada orang len dgn memuji allah terlebih dulu, 
dan.. 
sape2 yg kena puji tu pulangkan balik pujian pada allah :)

alhamdulillah atas kecantikan dan keselesaan yg diberi kepada kita :)

selamat malam, salam muhasabah :)


Wednesday, January 04, 2012

jelas,, kan?

bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt~

dulu semua macam, wondering macam mana agaknya benda2 ni boleh berlaku, maka terletus la suara2 sumbang yang bertanya, 

" eh, ye ke?? macam mana ah?? "

dan, 
apa sebenarnya topik yang aku nak bawak hari ini? 
mesti korang dah mula mengarugaru kepala macam ada kutu 10ekor atas kepala, takpun menggosok2 dagu kononnya janggut korang dah panjang berjela,, takpun mesti korang rasa macam nak lempang je aku sebab tetiba je bukak cerita, tajuk tak bagi dah la tu mengutuk2 pula aksi2 luar kawalan korang di awal tadi.. 
hehe. 
sebenarnya, kita hari ni nak cakap pasal topik yang berkisar tentang kejadian2 yang akan berlaku di akhirat nanti laa. banyak ayat2 alquran yang menceritakan tentang apa yang akan berlaku pada tersebut. kan? korang pun pernah baca kan tentang semua ni??

oke, first kita akan bincang situasi yang berkaitan dgn ayat 13 surah alqiyamah *ms:577* yang bermaksud :

 pada hari itu akan diberitakan kepada manusia apa yang telah dia kerjakan dan apa yang dilalaikannya. 

satu. dua, kita akan bincang tentang keadaannya berkaitan dgn ayat 65 surah yaasin *ms:444* yang bermaksud :

 pada hari ini Kami tutup mulut mereka ; tangan mereka akan berkata kepada kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.


first sekali, mesti kita macam wondering giler, macammana boleh terjadi semua amalan kita kat dunia ni akan ditayangkan balik kepada umum nanti kat padang mahsyar.. 
aih,, macammana nak rakamkan? 
dan, mesti kita wondering giler, macam mana pulak rekod2 catatan amalan kita boleh pulak tersimpan rapi? tapi semua keraguan tu bagaikan ditiup angin *ayat sastera* apabila teknologi dunia ni bertambah maju umpama cendawan tumbuh selepas hujan, eh salah peribahasa ,  sekelip mata je ter-invent nya perkakasan2 baru.. ada kamera, boleh rakam video.. ada pendrive bules simpan maklumat~ 
kan?? so, sekarang ni xsepatutnya la lagi kita mempersoalkan, 

EH, BETUL KE BOLEH JADI MACAM TU??

kalo setakat manusia yang tuhan cipta mampu mencipta barang2 begitu, yang kita anggap canggih, yang kita anggap hebat, apatah lagi benda yang akan SI PENCIPTA AGUNG cipta nanti?

dan bila, 
kita dengar pula ayat ke65 surah yaasin ini, kita akan jadi macam pelik, macammana pulak boleh berlaku, tangan dan kaki serta anggota boleh bercakap? tapi kalo kita telusuri tentang ilmu psikologi dewasa ini, mesti kita pernah mendengar tentang body language kan??
 ya. mulut boleh menipu, tapi sekarang ini, manusia tak boleh menipu dgn lenggok bahasa badan mereka.
 jadi, zaman sekarang ini pula bahasa siapa yang lagi tepat?
 mulut atau BADAN?? 

aku yakin korang faham apa yang aku nak cakap tentang kedua-dua ni.. 
yES. 
memang dasarnya, kita tidak boleh meragui walaupun satu kekuasaaan allah..
 kita kena yakin ALLAH SWT mampu buat segalagalanya yang dia kehendaki.. 
dan setelah kita discover tentang hal ini, aku rasa kefahaman kita semakin jelas kan?
 so, from now on, ayuhlah kita mempersiapkan diri masing2.. 
ingat, apa sahaja khabarn dalam alquran dan hadis itu semua benar belaka..
dan,
ingat, hari itu sudah semakin tiba *korang tengokla petanda2 akhir zaman sekarang ni,, korang tengokla betapa banyak kekeliruan, kecelaruan dan bencana dunia yang terjadi sekarang ni  kan? * 

tugas kita, sama2 mempersiapkan diri.. 

ayuh, kita bangun :)

Monday, January 02, 2012

Sunday, January 01, 2012

tok pehe kito!

aku kea pelik benna.
 bakpo kalo ore wat saloh ng kito dio xkaba dio wat saloh?
 kadey2 bukey dio xkaba, tapi wak lolok xkaba. 
hop wat saloh, xdop pulok mitok2 maah.
hop xwak saloh pulok dok sibok2 mitop maah bagai..  
hahah..
hop dulu baik gilo ng kito, lonih? 
xegt pon. 
hop do baloh sokmo tu jugok la hop sudi nk tgr.
hurmm..
betolla gapo hop kito dgr selamo ni,, 
manusio ni berubohruboh..
 kea?

*hish, gi maen jauh la raso2 sero hati gni. penat weyy~~

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...