Saturday, November 30, 2013

_tired of #%$#T

izinkan entry kali ini buat kita menyentuh beberapa isu atau dalam kata lainnya izinkan aku meluahkan perasaan di sini.. baiklah. di dua keadaan atau posisi.. 
bercakap tentang tempat praktikal, of course. yang mana rasanya tak payah nak sebut la di mana tempatnya sebab orang pun dah boring nak tahu.

dulu, aku sebagai customer dan sekarang aku sebagai crew. aku bukan lah seorang yang cerewet nak mamp*s. kadang-kadang tak kesah pun, kecuali kalau melampua sangat ya itu aku kesah. 

dijadikan cerita sehari dua ni memang crowded gile restaurant. pack. non stop operation. large orders. maigodd. yang kitchen stress buat produk. yang counter stress dengan kerenah customer. yang lobby lagi la stress nak kemas. makan macam hanj*ng. sepah. tulang buang je. sos melimpah-limpah. menatang bagai minyak yang penuh pun rasanya makan kemas lagi daripada tu. 

aku di counter. kisahnya baru semalam memang most of the customer memang ringan je rasa tangan nak kasi lempang siket. order satu bila siap order claim dia order 4set. order satu kata order 5. aii aku dah repeat order yang kau iya kan tu pahal? cakap la salah. kata taknak set pastu tanya mana air. kata nak set pastu tanya kenapa ada air. mula-mula nak makan ini, pastu cancel nak makan itu. pastu cancel nak makan yang mula-mula tadi. pak hang. 

korang ingat once korang masuk ke tempat tu korang king la? bang*ng lah. memang bayar service tax, tapi cuba tanya berapa gaji kami? stress la beb. bermanis muka aku yakin plastik je lah. cuba lah jadi manusia siket. bertimbang rasa lah. jangan tunjuk sangat kita ni bang*ng. 

penat tahu tak penat?
dengan semayang kadang-kadang entah ke mana. stress. 

mental fizikal sakit macam ni tahu tak.

Friday, November 29, 2013

_secangkir RINDU

hari itu, serasa dia rasa itu sudah terkubur.. rasanya dia bakal melupakan.
baru hendak merasa lega.. tiba-tiba terjaga dari tidur hari ini dia merasa si dia sangat dekat.
seolah-olah sedang dipeluk rindu sang kekasih..
seolah olah sedang diperhati cinta
rasanya dia datang dan menyampaikan rindu

aduh. rasa itu datang lagi. 
hilang arah, hilang cara bagaimana mahu menepis segala rasa ini..

sayang, jangan selalu ganggu ye.. datang sekali sekala takpe. gundah hati ni.. sakit rindu

**bingkas bangun***

Thursday, November 28, 2013

dilema_

#bismillahirrahmanirrahim

pernah satu masa saya dengki dan iri hati dengan mereka yang bekerja ikut 'office hour' . macam di tempat saya - Terengganu dan Kelantan- konfem, jumaat sabtu cuti. Pukul 8pagi masuk konfem pukul 5petang balik. Kadang-kadang saja lah balik lambat. tapi apakan daya di bidang saya sekarang ini bekerja tidaknya office hour, tapi bekerja shift.

sebut sajalah shift ada pukul 6pagi dah kena masuk, ada tu kena masuk pukul 11malam sampai 7pagi esoknya. tak kurang juga masuk jam 8malam habes kerja pukul 3 atau 4 pagi. kalau yang bekerja office hour biasanya mengadap komputer, baca-baca, kira-kira.. tapi yang ini kalau katakanlah shift 8jam, 8jam itulah berdiri. 8jam itulah ikut pandai la masa mana nak curi untuk solat, nak lepaskan lelah sekejap. nak makan. macam mana nak maintain senyuman. kalau kena maki, tahan sajalah.

cuba fikir jauh sedikit.
sekarang status single. ada keluarga, ibu ayah. cuti setakat sehari memang tak la nak balik kampung. nak dapat cuti dua hari jarang sekali, dapat cuti tiga hari memang sangat bertuah la. fikir jauh lagi sikit. okay, sekarang ni boleh la tahan lagi. tapi nanti bila sudah berumah tangga macam mana? kalau kena  semingu direct kerja overnight? takke siang tido malam bkerja, lain lumrahnya dari orang lain. heh.

susah juga.

yup, ada pros and cons.
kalau kira benda boleh settle. timbang tara, dua-dua ada pros and cons. memanglah.

satu prinsip yang aku suka pegang, sepanjang pemerhatian, yang banyak kali diulang.
kalau nak kerja gaji besar takde life. yang ada cuma life masa bekerja itu lah. kalau kerja tension tension la kehidupan. kalau enjoy, enjoy la kehidupan.
industri foodservice memang sangtat memenatkan. kita penat tapi masih perlu memberikan layanan yang sempurna kepada orang lain.

*garu kepala*

entah lah..
susah lah nak fikir. haha. kadang-kadang maki juga manusia yang tak paham bahasa ni. hee.

so, untuk aturkan hidup di masa hadapan, buat gadis-gadis cantik dan ayu di luar sana, yang ada hasrat untuk berjaya dan berkerjaya namun tidak mengabaikan keluarga, fikir dan rancanglah masa depan anda.

------------------

 nota kaki : nasib baik ada praktikal, sempat tengok the real industry. tq..

Wednesday, November 27, 2013

meant to be?

perasaan kasih dan sayang datang dan pergi begitu sahaja.
dalam hidup aku, bukan senang aku nak jatuh sayang kat sesiapa pun
tapi yang parahnya bila aku jatuh sayang maka susah nak ambik balik sayang itu dari 'tempat jatuhnya'

itu yang betul-betul susah.
kebiasaannya ia akan diakhiri dengan satu kekesalan atau kekecewaan, baru lah aku akan memaksa diri untuk mengutip kembali sayang itu.

bercinta?
tidak pernah mengakui satu rasa cinta
bahkan aku tidak pernah merasai rasa cinta kepada kaum berlainan sehinggalah usia menginjak 20tahun
hah. lucu. okay lah sebelum membuka cerita tentang cinta ni rasanya mahu cerita tentang sayang yang lain.
sayang kan seorang teman.

betul. soal hati dan perasaan bukan senang nak dipupuk. 
aku ada beberapa teman yang kelihatannya sayang sungguh pada aku, tapi sesayang mana pun dia kepada aku, aku tidak boleh memaksa diri untuk sayang mereka sepertimana mereka sayang aku.
berkawan, berkawanlah. soal sayang dan selesa bersama itu soal lain.
tapi yang pasti, setiap yang sayangkan aku, aku hargai perasaan mereka.
cuma satu harapan aku, sebagaimana aku tidak pernah memaksa mereka sayang sampai begitu sekali pada aku, jangan lah mereka memaksa aku untuk sayang kembali mereka sepertimana mereka sayangkan aku.
bukan tidak mahu, tapi fahamlah, soal hati perasaan tidak boleh dipaksa.
bukan tidak ada sayang, mungkin cuma tidak banyak.

baik lah. soal cinta.
biasalah, cinta itu fitrah. benar, aku tidak pernah bercinta dengan sesiapa, atau berkasih sayang dengan berlainan jantina. cuma tidak dinafikan, perasaan itu bagaimana juga pasti akan hadir.
lumrah dan fitrah. selama usia mengenali lelaki, di usia belasan tahun ya, aku pun jarang berjumpa mereka yang hebat-hebat biasanya jiran sebelah rumah tu biasa-biasa saja, hah, ataupun yang sudah lanjut usianya. cis. takkan la nak terpaut hati :P . tapi menginjak saja ke alam universiti barulah aku benar berhadapan dengan golongan ini. dan ada seseorang yang benar telah menarik hati aku.

ia. sekejap saja hati terpaut. tahu-tahu sudah jatuh sayang. tapi itu yang sakitya bila perasaan yang dipendam sukar untuk diterjemah. takut. dan rasanya tidak perlu diberitahu. bak kata najwa latif : biar aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu . atau mungkin juga individu tersebut, saya gelar saja Mr. Z (bukan nama sebenar, cuma mencipta kelainan, biasa orang guna A, B izinkan saya guna Z, hehh.. ) tahu. entahlah, tidak ada kepastian sebab tak pernah tanya. gile ape nak tanya :P . pada saya, biar saja masa yang menentukan. hidup masih panjang. kalau benar kisah ini ada sesuatu dan bakal berakhir dengan sebuah kesempurnaan, ia akan terjadi walau berjuta menghalang. cewah. 

bukan tidak mahu usaha. orang kata, nanti dikebas orang. cuma pada hemat saya, saya cuma mengenalinya dari luaran sahaja. hati budi boleh dibaca, namun, dalam hal ini seeloknya jangan lah tergopoh gapah. if it is meant to be, then it is meant to be. kan? masa sekarang saya ambil untuk selami hati budinya, secara lebih telus. dari jauh, tidak lah telus mana. biarlah, asalkan at least ada figure sedikit. 

saya akui, dahulu agak kuat perasaan saya pada dia. namun sekarang disebabkan beberapa perkara telah membuatkan saya rasa sedikit berjauh hati. atau dengan kata lain, merajuk dengannya. aduhai, main perasaan sorang-sorang parah juga. haha. tidak apa, proses menilai memang begini. 

tunggu saja akhirnya. nanti kita tengok macam mana endingnya. are we meant to be or dia cuma salah satu karakter yang bakal mematangkan saya saja. 

we'll see how ;)

Sunday, November 24, 2013

frust

assalamualaikum hai, 

frust. 
sebab dah lama nak blogging cuma tak sempat pastu bukak-bukak je blog terus tak ingat apa yang nak post before this. 

hah. 
cun gile. 
frust lagi sebab banyak benda yang diharapkan tapi menyimpang pula arahnya. 
aiyoo. 
*lap peluh* 

bila dalam kehidupan kita terpaksa berhadapan dengan macam-macam jenis pilihan. 
dan bila kita mula membuat pilihan yang salah, nah itu yang sengsara tu.. 
dan itu lah juga yang membawa kepada ke-frust-an 

pandang kiri, pandang kanan,
*lari sebab kena kejar dengan parang oleh cikgu BM dan BI *


Saturday, November 16, 2013

_practicum

hai hello, assalamualaikum or whatever type of greetings are there. hamboi, semenjak selalu jumpa dengan mat korea kat McD ni kemainn lagi nak omputis bagai. cis di situ. cerita la sikit bagi peminat-peminat tahu kan, praktikal ni haa. mula-mula tu agak berat hati lah nak praktikal di McD, bukan kerana McD tu McD tapi sebab tempatnya di Kerteh, yang mana jauh dan takde kenal sesapa. so haru biru jugaklah ari tu nak mencari rumah sewa dan sebagainyal tapi buat masa ini persetankanlah semua bnda tu. sebab apa, sebab i guess McD branch ni ialah one of the best establishment. management dia mmg osem atau ejaan sebenarnya ialah awesome (motif?) . 

okay lah. bagi mereka yang bertanya, kenapa McD, why should McD, you have better choice, McD tu fasftfood apa yang U bole belajar. nah, itu juga soalan yang sama yang aku tanyakan juga. cerita tentang McD, taknak cerita pasal boikot lah kan. McD is the best place to learn on how to manage. mmg fastfood, dan orang akan assume bndanya simple, sebab, beratur, kurang 5minit semua bnda dah kena sedia atas counter. so, bila ambik masa yang sekejap maka orang akan fikir bndanya senang lah. hamboi. sedap mulut. cerita dia macam ni saja, bayangkan macam mana nak communicate, serve product form 2% kepada 100% dalam masa less than 5minutes. betapa cepatnya staff nak kena bergerak. excuse me ya, semua produk yang uols makan di McD (I xpasti la di foasfood lain mcm mana) semuanya dimasak just in time. hold tak lama. sebagai contoh paling simple ialah fries, ambik masa 3minit nak masak. boleh hold fries tu 7minit je. kalau 7 minit fries tu tak dibeli, dia kena buang. so, kena cepat masak. tangan kena lembut nak masukkan fres dalam box dia, kena tahan la hujung jari tu panasnya fries tu nak pegang semua kan.. burger patties nak grill, nak susun-susun dia.. ayam nak goreang. semua kena berlaku denagn cepatnya. masa cashier tu tengha ambik order dah keluar dah list order, kitchen kena cepat bergerak. runner kena allert pick up food letak atas tray.

benda paling haru nak buat ialah stock up. bendalah ni kena buat semasa baru masuk shift dengan sebelum balik, dan juga semasa juga kena buat. masa ni la baru nampak ramainya makan McD. letak kejap sebundle gelas tu sekejap je habes. buat air milo la kan, (air coke x kira la sebab ntah tak pernah pulak air berkarbonat tu refill), air milo, orange juice (OJ) ribena atau ice lemon tea, haa.. milo sekali buat 8kg/8liter. ribena dengan OJ 6liter. sekejap je habes. katang dah aku ni haa dok ngangkat berat tetiap hari. cer tengok ni (sambil tunjuk lengan). paling best eskrem tu, nah kau 11kg. eskrem mana? alaaa yang korang beli mcflurry atau small cone laa choco top la tu haa. eskrem tu la. jenuh nak stock up tau.

lagi satu yang paling taleh bla tu lantai McD ni. kemainn licinnya. kalo masuk kitchen tu bole main ice skating baq hang. sampai terjatuh jatuh tu biasa la. kan nak kena gerak cepat, lantai pulak licin. sakit la hai. satu lagi bnda yang best nya ialah staff meal. hah, weekdays rileks la, boleh makan burger biasa je. mcchicken, double cheese, fillet o fish, bbur ayam, set lah, makna kata dengan satu medium fries dengan medium apa-apa air. tapi yang lagi best kalo keje weekend, nah, pilih je nak makan apa, Gwrap? GCB? big mac? quarter pounder? nah. semua boleh. tapi mcflurry tu beli sdri la ye. haha. 

dan alhamdulillah, manager-manager semua baik.. setakat ni, staff pun banak support/ very welcoming environment. for the time being, we are really enjoy here. cuma sakit sikit sebab rumah jah, nak kena jalan kaki bagai la. hmm. overall, double thumbs up !

Thursday, November 14, 2013

nak marah sape?

lately most of the case yang membuatkan aku fed up.
diam salah. bagi pandangan pun salah.
tarik muka. terasa hati.
sampai terfikir, sampai bila nak jaga hati orang?

persetankan

sudah, lebih baik diam. cuba ajar diri sendiri diam.
pejamkan saja mata.
simpan semua.
lebih baik diam daripada kita keluarkan pandangan tapi orang marah
biar tahu
berbuih mulut kata pun salah juga
dan mungkin kena sedar diri lah, kita ni siapa, dan mereka itu siapa
pandangan kita tidak punya apa-apa
walau dasar hakikatnya cuma mahu meletakkan kembali ke takuk hakikat
terimalah hakikat
tidak semua benda di dunia ini indah
sakit
sakit hati.
nak marah sape?
marahkan diri sendiri.
its a fail
banyak benda yang nak kena fix up
bawa diri
muhasabah
rungkai segala kesulitan
biarlah walau tiada siapa sudi mendengar
atau biar sahaja mereka yang tidak henti menilai
biarkan
hidup ini hidup aku
apa pun keputusan yang dibuat di akhirnya aku yang bakal menanggung
sendiri
ya, itu hakikatnya
sudah tak payah minta pandangan
tidak usah termakan pujuk rayu atau apa-apa
mereka tidak terjejas walau sedikit atas keputusan aku
sebab sekali lagi yang bakal menanggung segalanya aku
sendiri

sendiri.

jika masih senang, orang menumpang
kalau sudah susah, orang tinggalkan
kalau betul orang bertepuk tangan
kalau salah sahaja orang mencebik

hah. lumrah. terlalu tipikal.

hakikatnya aku masih belum ketemu walau seorang yang ikhlas
semuanya mementingkan diri sendiri

persetankan mereka yang pentingkan diri sendiri
persetankan
buang.buang jauh-jauh.

kecewa dengan semuanya.

bila lah umat manusia mahu membina satu kesepaduan dan ukhuwah yang mantap?

sadis.
dunia akhir zaman.

hah.
kata orang. orang kata balik kat aku,
eleh kau pun sama

jadi, apa beza kita?

jangan tanya orang lain, tanya diri sendiri.

tak ada guna.
Tuhan saja tahu menilai.
persetankan pandangan manusia.
lebih baik aku diam kan dengan manusia, aku bercerita semua dengan Tuhan aku.
manusia apa ada, bergantung juga dengan Tuhan aku

manusia ada kepentingan masing-masing, Tuhan aku tidak
Dia ikhlas membantu.

dipagut pilu_

menipu diri sendiri tu benda paling susah nak buat adik kakak. 

throw back.

and keep asking myself, why?

kenapa aku begitu bodoh. begitu bodoh sehingga terjun ke lubang yang sama dua kali?
kenapa aku begitu bodoh dan tidak mampu belajar dari pengalaman lalu?

kenapa aku begitu baik melupakan kepedihan dan kesakitan, dan kenapa begitu bermurah hati menawarkan diri untuk mengulang satu kesilapan dulu? lupakah aku pada sukarnya bangun kembali?

kenapa aku lalai?

bukan aku mempersoalkan takdir. bukan aku merajuk dengan ketentuan. tapi aku kecewa dengan diri sendiri. aku kecewa. kalau saja masa boleh diputar. aku hanya mahu ulang waktu itu sahaja. keputusan yang aku buat lima minit itu yang bakal merubah segala. ya Allah, bagaimana lagi mahu aku ungkapkan kekesalan ini ya Allah?

sebelum ini dugaan lagi teruk aku boleh hadap. tapi kenapa kali ini tidak?
ya Allah, apa jua dosaku ampunkan..
sungguh, tidak ada walau seorang yang benar mengerti.. aku tidak mahu percaya siapa-siapa lagi ya Allah. tidak ada yang faham. tidak ada yang dapat membantu. seluruh pengharapan aku cuma disandarkan padaMu. semoga peluang kedua itu aku tidak silap mengambil keputusan. ya Allah, Engkau Maha Mendengar.. aku yakin Engkau mendengar doaku.. ya Allah Engkau Maha Mengetahui, aku yakin Kau tahu betapa sakitnya hati aku.. ya Allah Kau Maha Berkuasa.. aku yakin dengan kuasa Mu tidak ada apa yang mustahil. ya Allah jika ada rezekiku permudahkanlah. jika itu hak aku, perkenankanlah. permudahkan. permudahkan. kurniakan.

namun ya Allah, jika yang berlaku sebaliknya, jauh tersasar dari apa yang aku harapkan, maka tabahkanlah. redhakan lah hati aku. kuatkan aku.

ya Allah, aku tahu ujian ini untuk mendekatkan aku denganMu. aku tahu, ujian ini untuk menguji iman. maka ya Allah, aku redha. namun, jika kau datangkan ujian ya Allah, datangkanlah bersama-sama dengannya satu kekuatan.. ya Allah, aku hambaMu yang lemah. jangan tinggalkan aku

Saturday, November 02, 2013

jangan perasan_

#bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum, peeps :)

hati yang tidak tenang sehari dua ni. usaha memujuk hati. usaha mencari udang dan kerang di sebalik timbunan char kuey teow yang nampak macam sedap tapi kedekut lauk akhirnya (inshaallah) di temui. buatkan saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan anda. mungkin dari hati ke hati.
tersedak sekejap. bukan hati ke hati mungkin dari tulisan ke pembacaan. eh. direct sangat. lantaklah dari mana ke mana pun. 

eh, di mana kita tadi, mak saya tetibe panggil suruh buat gulai ayam. err.

baiklah. bila kita bercakap tentang pelajaran. kejayaan atau kegagalan. sedar ataupun tidak, ia bukan hanya bergantung kepada faham atau tidak kita terhadap sesuatu topik atau subjek itu. sama ada cerdik atau bodoh. bahkan bertoleransi ataupun tidak cikgu atau pensyarah yang mengajar kita itu namun sedar ataupun tidak sedar ia juga berkait rapat dengan keberkatan.

dan keberkatan ini pula terbahagi la dia kepada beberapa jenis.

kerana apa? kerana ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak akan menerangi hati-hati yang berbuat maksiat (perkara dosa).

boleh jadi keberkatan itu daripada restu ibu ayah dan guru kita, boleh jadi keberkatan itu berpunca daripada terjalan atau tidak amanah yang kita galas, boleh jadi keberkatan daripada doa orang sekeliling kita, boleh jadi keberkatan daripada hubungan kita dengan manusia lain, boleh jadi keberkatan daripada restu makhluk-makhluk lain yang di samping kita, dan pastinya yang paling penting keredhaan daripada Rabb kita.

mari kita cuba sentuh satu demi satu.

keberkatan daripada restu ibu dan ayah. seperti kita sedia maklum doa ibu tiada hijabnya. namun, fikir lah kalau ibu saja sudah sakit hati dengan kita, bagaimana? kalau ayah pun tak pernah kita tanya khabar,, buat dekk je pun macam mana? redha Allah pada redha ibu bapa kita. kalau kita nak Allah redha maka patuhilah nasihat kedua mereka. dengar kata mereka, sumbanglah bakti, bantulah dan doakan lah mereka sentiasa. kalau tak mahu Allah redha sila la cari di ceruk dunia angkasa mana yang bukan milik Dia, oke, boleh kemas luggage Polo uols, mohon pindah dari dunia ciptaan Allah. terima kasih.

amanah. biasanya yang terlibat dalam soal kepimpinan. tidak kira la di mana saja anda berada, jawatan apa saja yang anda pegang, kalau sempurna terlaksana tanggungjawab anda percayalah kata saya, senang saja untuk anda mendapat keputusan yang tinggi. kerana apa, Tuhan akan membantu hamba yang membantu agamanya. kalau benar, kalau betul cara pelaksanaannya maka benar dan betullah kita di jalannya. maka Tuhan tak teragak-agak nak tolong kita balik. sesibuk mana, setidak ada masa mana (oke mohon cikgu BM duduk bertenang saya tahu bahasa saya teruk) pasti kejayaan di hujung jari. man jadda wa jada. sape yang berusaha dia dapat la hasilnya. dan usaha itu Tuhan yang nilai.

katakanlah pula anda ni bukanlah sesiapa di dunia. ewah acah sedih pulak. tapi anda masih ada tanggungjawab, masih ada amanah. apa dia? untuk menjadi seorang hamba yang patuh pada Tuhannya. cis ayat cliche. :p kalau anda pandai, jangan acah sorok nak simpan sorang je kepandaian tu, tak rugi ajar orang lain. lagi bertambah ilmu kita adalah.

doa orang sekeliling. kalau kita baik-baik dengan orang mesti ada la kalau tak sepuluh orang, ada la sorang yang doakan kita. dan doa ni pulak bukan tunggu tadah tangan dulu. kata-kata pun satu doa. gerak hati pun boleh jadi satu doa. dan kita tidak tahu masa mana yang Tuhan nak perkenan doa kita atau, sesiapa yang berada bersama kita. kita berhubungan, berukhuwah atau bersilaturrahim dengan mereka-mereka yang lain, kena cara alhamdulillah. tapi saya ingatkan diri saya dan orang lain, selalunya memang macam-macam mana sekalipun, matlamat tak menghalalkan cara. ini konsep yang perlu di teliti. mungkin nanti ada masa, ada kefahaman yang lebih saya akan kongsikan perihal ini.

bercakap dengan hubungan dengan makhluk lain, bukanlah bermaksud saya seru anda nak puja jembalang ke nak pegi bela hantu atau berebut saka peninggalan nenek moyang.. maknanya di sini, dengan flora dan fauna. cis. flora dan fauna tu ayat bombastik juga tu. ewah. kalau jumpa kucing tengah jalan free-free kau tuang air panas atas badan dia, kalau jumpa je bunga lawa sikit tangan tu gatal nak petik tak kira tempat tak kira masa, nah terimalah akibatnya. nak tahu apa, cub.. ehh, tak payah la buat.. ye, jangan buat. jaga lah diri kita, jaga juga apa yang berada di sekeliling kita.

akhir tapi tak kurang hebatnya (omputes kata : last but not least ewah ewah), ialah keredhaan Allah.. yang di atas pun adalah antara faktor untuk menggapai redha Allah sebenarnya. cuma ini to make it strong. hehe. apa dia? cuba tanya berapa kerap kita baca alQuran. bole dapat tak tiap-tiap hari tu atleast sepipi yang kita baca? solat sunat, kalau dalam sehari, boleh dapat tak paling kurang dua rakaat sunat taubat atau rawatib, atau sunat hajat yang kita buat? qiamullail, dalam sebulan, boleh ke kita istiqamah bangun paling tidak sekali? majlis ilmu atau mendekatkan diri dengan ilmu, berminatkah kita untuk baiki ilmu agama. kemungkaran, kuatkah kita mencegah? dan kebenaran, kuatkah kita untuk mendedahkan?

antaranya. 
antaranya. sedangkan banyak lagi perkara baik untuk kita buat, dan banyak lagi perkara jahat yang boleh kita tinggalkan..

maka dengan ini, cuba duduk sebentar. mana yang berjaya dengan cemerlang, cuba lihat satu-satu. saya yakin kalau tidak semua, pasti majoritinya anda lakukan. kepada yang tidak berjaya, (malas laa nak sebut gagal kan) kalau tidak semua, pasti ada salah satu yang anda langgar. kalau tidak langgar secara kaw-kaw, pasti ade la sipi-sipi atau sikit-sikit anda langgar.

tumbuk dinding ke tu bang?

baiklah, sesi untuk yang gagal dalam kehidupan (sadis gile bunyinya)
heheh. jangan risau. selagi hayat di kandung badan, masih ada masa untuk kita perbaiki diri. masih ada masa untuk mintak maaf dan bertaubat. terimalah teguran sayang daripada Tuhan anda. bersyukurlah jika kita masih disedarkan. bersyukur kerana kita masih diingatkan, langsung ditegur atas kekhilafan. dunia punye hukuman baq hang, lagi la bagus daripada Allah tangguhkan hukuman di akhirat, nauzubillah.. mungkin ada yang bertanya, ala yang tu perangai macam setan hidup senang lenang je, kaya je, senang je, pandai pulak tu, hah.. jangan ingat semua kebaikan yang Tuhan tabur tu sebagai ganjaran, kebaikan dan kesusahan dua-dua ujian... mungkin hukumannya ditangguhkan, kita pula dibayar cash. bersyukurlah. kalau kita lihat dengan mata kasar, senyum sajalah, tapi jika kita lihat dengan mata hati, inshaallah mampu berjaya :)

dan mohon yang mana suka perasan kejayaan tu sebab usaha dia sendiri, mohon selam kepala dalam baldi 1 minit dan sedarlah, buka mata lihat dunia sebenar. kepada yang sedang frust sebab kegagalan, mohon baring sekejap dalam 2minit, jangan lama-lama takut tertidur, pastu bangun. dan yakinlah anda juga mampu bangun dan berjalan seperti biasa dari kegagalan, sebagaimana anda mampu bangun dari perbaringan sebentar tadi.

heh.

erm. last question, saya bole start isi borang jadi motivator tak? winkwink

*gelak*

maassalamah :D

Friday, November 01, 2013

monolog_

hai
hey.. *senyum siket*

how was it?
ok, macam yang diharapkan, lulus semua paper

lulus?
yup, lulus paper yang paling takut fail

cgpa?gpa? ok tak
err..turun. giler.

ok la still DL kan?
*angkat kening* dengan harapan. cgpa masih

okay faham
kan.

erm.. tapi, kenapa?
kenapa apa? 

kenapa nak kata masih ada harapan?
sebab masih ada pintu usaha

kau yakin ke? tak takut?
kenapa? kau nak kata aku tak bersyukur?

yeah, u know well
yeah I know. aku tahu. walau ada yang tahu, tapi aku sorang yang rasa macam mana nak hadap semua bnda ni. aku tahu orang akan kata, alah xdapat dekan je nak bising. tapi orang rasa tak ape aku rasa?tak kan? aku tau entah betul entah tidak tindakan ni.. tapi *lama*

tapi ape? 
kalau ini yang dinasihatkan mereka-mereka, kalau ini saja jalan terakhir usaha aku, aku terima

maaf la, tapi kenapa nak sedih sangat? result ok ape?
sebab tu aku kata, kau tak faham.

macam mana aku nak faham kalau kau tak crita?
ape kau rasa kalau kau jatuh dari tingkat 15? 
sakit la wey kalau tak pun, mati
kalau tak mati? 
patah tulang.
sakit tak?
sakit la
nah, aku la tu.. mmg aku tak mati tapi hidup sakit. susahkan orang pulak nak kena jaga.. kau faham tak?

*tarik nafas* sabar lah
aku tengah sabar la ni.. tengah terima hakikat. kalau aku hidup sorang diri takpe. kenapa aku jadi teruk sangat? jatuh tinggi sangat? aku main-main ke?

*gosok bahu* sabarlah.. muhasabah la.. mana salah. mesti ada
*tahan esak* aku tahu. ada amanah aku tak jalankan dengan sempurna. ada banyak dosa. aku takleh fokus. aku tak belajar daripada salah aku bertahun lepas. aku ikutkan emosi.. aku tak usaha.. aku. aku... kufur nikmat Dia dah bagi.. kenapa aku tak pernah belajar salah dulu? kenapa?

ish.. sabar.. 
sabar la ni.. 

kalau macam tu, buatlah.. elok juga istikharah, mintak tetap pendirian.. solat hajat banyak-banyak.. inshaallah kalau ada rezeki.. dan, baiki niat.. jangan lupa :)
cuba.. 

dah. cool down
*kesat air mata*

hiba

rasa seperti tidak mampu ditahan lagi air mata hari ini..  mengalir deras,  walau ditahan terlepas jua jatuh lembut ke pipi.. y...