Friday, June 22, 2012

yg baru baru

bismillahirahmanirrahim,, asalamualaikum wbt~
meh sini nak podate blog siket. rasa macam dah lama, wlaupun sebenarnya baru dua minggu masuk kampus.nges nges..
part-3? huii. jadual as i said mmg pack la..
setakat ni,, akaun mmg xblaja langsung lagi. tapi yang dh blaja mmg teruk la sikett.
dua kali kelas 6jam stret kan..
satu serving satu kitchen. nasibnya kitorang sedikit malang sem ni apabila kelas serving kitorang xdapat dekat mock restaurant mahupun dekat lagi satu restoran yang biasa guna : bayu grill. tapi kitorang dapat setting kat kafe kreatif. aduhai.. ade classmate yg kena jadi SOD *supervisor of the day* dia dah start cari la customer - since kitorang utk kelas serving ni SOD kena cari customer untuk 20 pax. biasanya, lecturer akan save 4 pax utk lecturer, so SOD kena cari 16pax je la, that means 16 org customer.. by hook or by crook, kitorang kena penuhkan la number of guests. kalo tak, jawabnya commercial kelas kitorang rugi.. so,, bila guest tersebut yang mana juga seorang student kampus ni, katanya tak nak r aku, sebba korang buat kat kafe kreatif je. hamboi, haha. demand kot. so, satunya halangan dan cabaran kami ialah : kena pandai2 ubah seting kafe jadik restoran 5 bintang. ohmyy. then, bila kitorang masuk kitchen pulak, biasanya kelas basic kitorang, stive ade dlm 24 buah stove dgn 6 stesen, 4 stove dalam satu stesen. tapi alangkah alangkahnya apabila kitorang tgk utk commercial food productin selain tak dapat makan apa yang kitorang masak this sem dapur kafe tu sempit, just ada 1 stesen dgn 4 stove shj! takleh nak imagine how COD * chef of the day* akan plan perjalanan hot cooking, dgn nak kena siap on the time, food stil panas dgn hanya ada 4 stove! and agak jeles apabila kitorang tahu that mock restaurant dgn bayu grill, diorang ade chiller bwh working table dan ade microwave sdgkan kitorang hanya bergantung kepada chiller biasa dgn stove shj! mmg cabaran tersebsar utk kitorang. so, esok will be our run-test utk serving and this thursday will be run-test utk kitchen. so, kita tgkla bagaimana dan ape nak jadi.. utk run test serving ni, aku adalah insan bertuah, salah seorangnya yang akan jadik waitress, dan utk kitchen khamis ni,, aku dapat tugasan utk siapkan nicoise salad. nah, gudluck kpd aku lah kan..

yg len,, semuanya baruu blaja and utk KOKO, alamak stuck dgn debat.. tapi cik Mizi kate nak bawak kitorang g jln2 tgk compt debat. hmm, mcm osem. we'll see. tgk la jalan ke tidak. subjek len, nutrition? oke, dapat lecturer yg dh pernah ajar kitorang masa part1 dulu : sir razak. hehe.. marketing? yg ni macam masalah sikett. macam ssh nak conquer je. adui. kena usaha lebih siket. BEL dgn CTU, biasalah, dgn assignment.... ape lagi? akaun? lecturer tak masuk lagi harap maklum.. esok kot,, will be opur first met. hahhah..and, tu je la kott. till see ya again, daa~

Thursday, June 07, 2012

wah!

apa maksudnya bila tuhan dah jadikan orang-orang yang biasa menjadi pendengar kita tetiba jadik bz?
adakah tu maknanya Dia nak suruh kita mengadukan segala hal kat dia?

aku ada ramai kawan. walaupun ramai tak semua yang kau suka share masalah..
aku consider.
pilih orang jugak. orang yang macam mana?
orang yang aku kira dia takde la setambun masalah. 
orang yang aku kira, walaupun dia ada masalah, tapi kitorang still boleh mengurangkan stress antara satu sama lain..

satu hari, sorang dah menyepi. junior of me. mmg dah lama tak exchange cerita apa.
sahkan nak mengadu masalah pening kepala ke ape, selamat menyambut bulan rejab pun tak de kabar berita.
seminggu sekali pun tidak, sebulan sekali pun tidak, dulu aku rajin gak text dia,, sekarang ni aku pon dah letih.
lantak kau lah.
malas aku nak fikir. lebih baik cuba lupakan. aku senyap tros. say gudbye pun dlm hati.

kawan2, ramai.. 
tapi aku tau semua sibuk. kan?
so taknak kacau.
kadang2 bila agak2 dorang free mmg aku kacau, atau tyme2 aku takleh tahan yes aku kacau. 
hehe
aku tak suka kacau orang sebab aku tak suka dikacau.
mungkin pelik, 
jiwa aku dgn tulisan, bukan percakapan.
mmg orang kate aku pandai bercakap,, 
tapi when it comes to heart matter, aku lebih prefer kpd tulisan, 
cth : msg . lagi : komen fesbuk. 
not to call or video call. urgh. euww~

itu aku.

masa kisah kes 1 hari tu, i got a fren, juga skulmate juga junior, yg selalu mendengar.
but then,, malam tadi, baruu je text aku katanya nak off fon, no blogging sampai lepas spm!

oh wat??

oh myy! and now sekali lagi hilang rakan bicara.
*nasib baik siket sbb aku dh nak masuk the most hectic semester. 
cuma nnti terfikir, sape nk dgr aku nnti aku tgh jamm giler in the middle of the sem??*
aku ni,
susah sebenarnya nak bercakap masalah dgn org len.
aku pun bukannya cerita masalah, once i talk to sum1, yang kena dgn hati aku lah, tak cerita masalah pon takpe. takde hal. tapi bila kena yg tak kena dgn hati, mak aii, baik aku jgn layan trus drpd dia sakit hati dgn aku.

ye, aku mmg memilih. org kelantan kata : sep2 agah.

yes, dat the true me!

so what? 
aku mmg sombong.
huh.

PERINGATAN : 
JANGAN GANGGU AKU BERMULA JUN-OKTOBER 2012 !

kecuali jika aku yg ganggu korang dulu. taknak dgr ape2 masalah. sebab masalah aku sendiri dah tak tertanggung rasanya. tapi aku tanggung lagi, sebab aku kuat. kecuali laa.. kecuali kalo ade yg nak settle benda masalah dgn aku. yg betul2 nak settle ke arah kebaikan la. bukan yg nak mencetuskan perbalahan lagi. kalo nak cetuskan perbalahan, aku ngapp korang jgn mrh aku. dan kecuali juga kpd mereka yg ade citer lucu dan khabar gembira.hehe.. 
eish, pnjg pulak nak explain, gni la, pandai-pandai korang lah.
*giler selfish! so do i care?

daa bloggers. see you soon !

sepatah kata 'SEMILIR BAYU'

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, adik kakak, pak cik mak cik, dato' datin, tan sri puan sri..hehe..

baru sahaja menyiapkan sebuah lagi cerpen, berjudul SEMILIR BAYU, yang megisahkan tentang sebuah kampung, secara amnya la.. sebuah kampung yang aman damai, masyarakat yang penuh santun..aku pun taknak la cerita panjang-panjang tentang citer ni nanti tak best pula kan, korang nak tahu, bacalah :)

bercakap tentang karya ini,, sebenarnya cetusan ilham pertama sekali adalah untuk menyahut seruan dan cabaran seorang junior yang sama besar je dgn aku,, iaitu sedari nik nur fatihah yang katenya boring je tgk citer selalu ade orang jahat. haha. so, ni citer takde jahat, semua baik2.. haha... dan aku inspirasikan cerita ini daripada lagu nyanyian SAUJANA : LAKARAN MINDA

jadi, taknak dah cakap panjang-panjang, terimalah EPISOD PERTAMA SEMILIR BAYU :)

enjoy your reading guys :) :)

SEMILIR BAYU 5

Daniel,, pergilah..
ujar Asyraf lembut,

ma... mamaa... maafkan orang ye..
ucapnya tersekat-sekat sambil menarik-narik kain Milah yang sedang menyusun pinggan di atas meja.

eh.. Daniel.. tak,takpe.. salah mama juga.. mama mintak maaf ye sayang..

tak,, orang dah maafkan mama.. orang tak patut buat mama sakit hati.. lagipun, mama dah bagi adik kat orang. orang sayang adik. dia comel.. 
ujarnya sambil mencuit-cuit pipi adik tirinya yang sedang digendong oleh papanya.

Milah tersenyum sambil memandang Asyraf yang turut tersenyum..

Daniel, apa kata kita ajak papa pergi taman petang ni.. 
mama dah lama tak pergi ke taman, nak?

yeayy.. nak,, boleh papa??
tanya Daniel girang..

boleh.. tapi dengan syarat, mama kena masak sedap-sedap, 
boleh kita makan kat sana, boleh mama?

tentulah boleh papa..

mereka ketawa bersama-sama

**************************

dia pandang ke kiri, dia pandang ke kanan. wah, line clear.. dia mula membuka pintu pagar masjid yang sememangnya tidak berkunci, kata Pak Mail, mudah jika ada warga kampung yang mahu berqiamullail di masjid. tanpa membuka lampu dan membahayakan situasinya, dia menghampiri tabung masjid. dia senyum sendiri.. akhirnya! hajatnya tercapai juga. cepat-cepat dia melaksanakan pekerjaannya.

terdengar bunyi pili air masjid terbuka, dia tahu, ada warga kampung yang mula datang untuk berqiamullail. cepat-cepat dia berlari keluar masjid, malang nasibnya terlanggar pula  si Haikal yang baru menapak masuk ke dalam masjid.

Aduh!! eh sedara!!
jerit Haikal yang hampa apabila dia tidak dapat melihat wajah si pemuda yang bertopeng itu. cepat pula lesapnya dalam gelap malam itu,

dia menggelengkan kepala. 

apa la yang dibuatnya malam-malam ni,, dah ke lampu pun tak dibuka.. 
bebelnya perlahan sambil membuka cuma satu lampu. 

tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kotak hitam berhampiran tabung masjid. 

apa pula tu?
lantas dihampiri objek itu.. briefcase!
dia membuka briefcase hitam itu. terbuntang matanya melihat isi di dalamnya. bersama-sama itu terletak satu nota kecil berbunyi :

ini sumbangan ikhlas saya, terimalah RM50,000. mungkin ada manfaatnya untuk kegunaan masjid ini. 

masyaALLAH, pemurahnya dia..
detik hati kecilnya..

Pak Mail dengan Haji Mad mesti gembira.. 

****************************

Amir, dah sedia untuk mulakan perbincangan hari ni?

insyaALLAH Haji, saya dah sedia..

baiklah.. kita terus sahaja ye... 
begini,, jadi imam pun dia ada adab-adabnya juga..
mula-mula sekali, sebelum kita angkat takbiratul ihram,, kita disunatkan memberi peringatan kepada jemaah, luruskan saf, rapat kan saf.. kamu pun tahu bukan,, jika ada ruang antara ahli jemaah, di situlah syaitan akan duduk.. yang perlu disamakan dalam jemaah tu pula ialah tapak kaki belakangnya, iaitu tumit.. ye la kan,, saiz kaki manusia ni bukannya sama... jadi, yang perlu lurus itu ialah tumit kita, biar dalam satu line je... kemudian, bahu mestilah bersentuh antara bahu jemaah lain.. 
selepas itu, masa bacaan alfatihah.. kita pun tahu, untuk solat maghrib isya' dan subuh, biasanya imam akan membacakan alfatihah dan surah lazim dengan kuat.. dan, imam akan berhenti seketika setelah selesai membaca alfatihah sementara membaca surah.. tapi persoalannya, selama mana seorang imam tu perlu berhenti.. mengikut adabnya, imam haruslah diam seketika sekadar cukupla bajet-bajet makmumnya sudah selesai membaca alfatihah.. 
dan kita juga tahu setiap kali imam berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain dia akan membaca " allahu akbar" . dan sepanjang mana pula bacaan tersebut.. yang paling cantik, bacaan tersebut ialah sepanjang pergerakan kita.. sebagai contoh, kalau kamu tengah sujud dan nak bangun untuk qiam,, kamu akan memanjangkan perkataan ALLAH itu sehingga sedang elok kamu qiam, perkataan "AKBAR" itu sdudah terlafaz..
baiklah, itu muqaddimah.. ada soalan?

soalan demi soalan dilontarkan oleh Amir..

dua jam berlalu tanpa mereka sedar.. 

*******************************

alhamdulillah Amir.. ilmu yang dalam dada saya,, semuanya sekarang ni juga berada dalam dada kamu... apa yang kurang cumalah pengalaman, yang bakal kamu kutip tak lama lagi..

alhamdulillah.. terima kasih Haji.. insyaAllah, saya cuba yang terbaik..

jadi, apa rancangan kamu selepas ini? saya tahu, kamu tengah tunggu permohonan pekerjaan kamu diterima bukan? 
Pak Mail menyampuk perbualan mereka.

oh,, lupa pula saya.. saya fikir begini, sementara saya menunggu dapat kerja ni, saya akan kutip pengalaman jadi imam di sini dulu lah.. dalam tempoh itu juga, saya fikir, saya nak bukak surau ni, nak ajar mengaji.. nak buat kelas fardhu ain.. tak kisahla sape pun yang nak sertai.. terbuka, takde had umur.. dan, takde bayaran.. kemudian, malamnya pula saya ingat nak jemput la anak-anak muda di sini,, nak turunkan lagi ilmu yang baru saya dapat daripada Haji Mad, kepada anak-anak muda ni.. jadi, tak payah risau la macam mana, nak cari sape pengganti imam lepas ni.. macam mana Haji, Pak Mail?

bagus idea kamu tu Mir.. saya setuju, Pak Mail pula macam mana?

Aku pun takde hal.. lagipun, nak harapkan kita ni, dah tak larat.. cuma, mak ayah kamu setuju ke Mir,, nanti kamu terperap je kat masjid, mereka nak lepaskan rindu pun takboleh,

yang tu Pak Mail jangan risau,, saya dah bincang dengan mereka, mereka takde halangan.. lagipun, bukan 24jam saya di sini,, saya cuma stay lepas zohor sehinnga lepas asar sekejap.. dan, lepas  isya' pun dalam sejam begitu.. 

kami takde halangan, malah kami suka sangat ada anak muda macam kamu.. terima kasih sajalah ya Amir.. apa-apa keperluan untuk kemudahan kamu, cakap saja, nanti kita beli, ya.. lagipun, duit derma hamba ALLAH yang pemurah hari tu, tak terusik lagi.. rasanya, bolehla kita manfaatkan untuk niat kamu ni Mir..

insyaallah.. terima kasih Haji, Pak Mail, terima kasih kerana sokong cadangan saya..

Amir tersenyum bangga.. alhamdulillah, niatnya untuk berbakti kepada  keluarga bangsa dan agama mula jelas jalannya.. terima kasih ya Allah, kerana mempermudahkan jalanku.. semoga kau menetapkan hatiku untuk sentiasa berbuat kebaikan.. aamiin~

the end _


****************************


cerita habes, check it out ::


SEPATAH KATA :)

semilir bayu 4

Mir, bila nak mula berguru dengan Haji Mad?
tanya babanya sambil tangannya mencapai cawan kopi buatan isterinya.

insyaallah, petang esok baba...
jawabnya sambil senyum..

kamu ni serius ke mahu belajar, memang nak jad imam kat kampung ni ke macam mana?

eh, tak jugak ba... amir ni, sekadar memenuhi hajat Haji Mad tu, lagipun, tak rugi juga belajar, menuntut ilmu begitu.. nanti amir dapat kerja, kalau sempat, Amir buat dua-dua, tapi, hajatnya,, Amir nak cuba cari pelapis ramai-ramai, supaya remaja-remaja kat kampung ni semua cukup pakej jadi imam.. Haji Mad pun setuju dengan cadangan Amir ba,,

ohh, begitu,, bagus juga tu,, 
balas bapanya.

********************************

macam tidak percaya. Asyraf cuma bercadang mahu membuat majlis kesyukuran kecil-kecilan sahaja untuk meraikan perkahwinannya dengan Milah. tapi,, ramai pula warga kampung yang tumpang gembira, dan menawarkan untuk memberi sumbangan dan mebantu sepanjang majlis. katanya, masa ini la yang dapat mereka gunakan untuk bersedekah. lapang rasanya hatinya. lagipun, majlis petang tadi berjalan lancar.

jauh termenung bang.. penat ye,, ni saya buatkan teh panas.
sapaan Milah mematikan lamunan Asyraf.

terima kasih.. anak-anak dah tidur?
balasnya lembut, sambil menatap wajah isterinya..

dah bang.. abang minum la dulu, Milah pergi siapkan tempat tidur ye..

Asyraf hanya mengangguk,,

*********************************

taknak!

Asyraf terjaga. terpisat-pisat dia bangun dari tidurnya. tertidur pula dia seusai solat subuh tadi.
lantas dihayun langkahnya ke dapur,

makcik ni sape? orang taknak la makan.. kenapa nak paksa-paksa,,

Daniel, makanla siket, nanti perut masuk angin..sakit perut kan susah.. 
mari, mama suapkan,

mama? makcik, mama orang dah takde la.. 
makcik jangan nak suruh orang panggil makcik mama tau. 
orang taksuka! 
lagipun, kalau mama orang dulu, dia tak pernah rasa susah pun kalau orang sakit perut ke ape. makcik jahat!
bentak Daniel.

takpe la kalau taknak panggil makcik mama pun,, tapi Daniel makanla siket ye?
Milah menyuakan pinggan dan sudu ke mulut kecil Daniel.

taknak!
serentak dengan itu, Daniel menolak pinggan di tangan Milah, habis bertaburan nasi di atas meja makan.

Daniel ! tak baik buat macam tu!
Milah hilang sabar lalu menampar bahu Daniel.

anak kecil itu mula menangis,

Mak Cik jahat! orang benci Mak Cik sampai bila-bila!

jeritnya sambl berlari ke biliknya. Milah terkedu.
.
Astaghfirullah.. Apa yang aku dah buat ni?

apabila Milah memalingkan mukanya mahu menyusul Daniel, dia terpaku..
Asyraf di muka pintu menyaksikan segala yang berlaku tadi..
lantas dihampiri Asyraf,

abang.. Milah mintak maaf, Milah mntak ampun bang.. 
Milah takpatut layan Daniel macam tadi.. 
Milah dah pukul Daniel, abang pukul la Milah balik bang... 
kesian Daniel, mesti sakit,,
ujar Milah dengan air yang mula bergenang di tubir matanya.
kini dia hanya mampu memandang lantai.

Milah,, Milah tak salah... yang salah tu abang.. 
abang yang tak fahamkan Daniel betul-betul.. 
Milah maafkan abang, amafkan Daniel juga ya? 
dia budak-budak lagi..

Milah tahu Daniel tak salah.. yang salah tu Milah bang,, Milah ...

shhh.. dah la tu,, nanti abang cuba pujuk Daniel ye.. 
dah,, Milah pergilah siapkan kerja rumah yang lain, jangan risau ye..

**********************

mir, pertama sekali, kamu mesti tahu yang mana rukun solat, yang mana sunat solat. sunat tu pulak, yang mana ab'adh, yang mana hai'ah,, rukun tu pulak, mana rukun qauli, mana rukun fi'li dan mana rukun qalbi..

owh,, urm.. saya cuba ya Haji..
rukun solat ada 13 semuanya..

  1. Niat ; ni rukun qalbi
  2. Takbiratul Ihram, rukun qauli..
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat. rukun fi'li.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. rukun qauli..
  5. Rukuk dengan toma`ninah. rukun qauli..
  6. I`tidal dengan toma`ninah. rukun qauli..
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah. rukun fi'li..
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah. rukun fi'li
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah ; rukun fi;li
  10. Membaca tasyahud akhir ; rukun qauli,,
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir ; rukun qauli,
  12. Membaca salam yang pertama, rukun qauli,
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut ; rukun fi'li..

oke,, alhamdulillah.. untuk kamu sebutkan satu-satu sunat ni, banyak.. beginilah, saya tanya kamu, kamu jawab ye.. apa hukum, seorang itu bersolat tanpa membaca bacaan pada rukuk, sujud juga duduk antara dua sujud?

hukumnya, solat si fulan itu sah Haji, sebab, bacaan ketika sujud, rukuk dan duduk antara dua sujud itu hanyalah sunat, dan sunat hai ah pula,, maka solatnya sah tanpa perlu dia melakukan sujud sahwi.

alhamdulillah, betul. andai pula si fulan itu, dalam keadaan istihadhah yang teruk, bagaimana pula cara dia menunaikan solat fardhu?

masyaALLAH.. yang saya tahu, orang yang tengah istihadhah ni, memang tak boleh solat berjemaah. satu wudhu' hanya boleh digunakan untuk menunaikan satu solat fardhu sahaja. tapi untuk solat sunat, takde hal. dan setiap kali dia nak bersolat, dia kena pastikan dirinya bersih daripada hadas dan juga darah pada dirinya. dan dia boleh berpuasa. kalau nak menjawab soalan Haji tadi tu, saya kurang arif...

bagus pengetahuan kamu, walaupun kamu ni lelaki, tapi banyak juga yang kamu tahu tentang masalah wanita.. saya bangga dengan anak muda seperti kamu Mir.. begini, dalam keadaan istihadhah yang teruk, seorang perempuan tu memang kena tunaikan hanya rukun solat. kerana, ikutkan hukum asal, wudhu' akan terbatal apabila keluarnya sesuatu dari qubul atau dubur. dan seperti yang kita tahu, mana sah solat yang tanpa wudhu'. tapi dalam kes ini, dalam keadaan istihadhah, wanita tetap wajib bersolat. maka, dia perlulah menunaikan solat secara sempurna, tapi sepantas yang mungkin,, dan dia diberi rukhsah begitu.

bagaimana jika dia tetap mahu menunaikan perbuatan sunat dalam  solat?

boleh, jika dia boleh pastikan yang tidak ada darah yang keluar sepanjang dia bersolat. jika darah keluar dalam tempoh dia bersolat kerana dia enggan menunaikan solat yang hanya rukun sahaja, dia dikira mempermainkan solat..

subhanallah.. urm,, Haji, takdeke rukhsah untuk mereka yang istihadhah ni untuk mereka menunaikan dua solat fardhu dengan satu wudhu' ?

bagus soalan kamu Mir.. jawapannya boleh,, tapi dengan cara begini : kita ambil contoh solat maghrib la ye, dia hendaklah menunaikan solat maghrib di akhir waktu,, dengan syarat,, sebelum salam pertama solat maghrib diberi, waktu solat isya' sudah pun masuk. dengan cara itu, dia boleh menunaikan solat isya' dengan menggunakan wudhu' maghrib tadi..

ohh, begitu.. hebatnya islam kan Haji..

tentu sekali..

perbincangan dan perkongsian ilmu antara mereka terus berjalan dengan baik..

*************************

semilir bayu 3

Amir menghampiri Haji Mad. salam di beri...

wa'alaikumussalam.. Mir. nih, saya ada nak merisik kamu ni Mir..

aihh, merisik ape pulak ni ? berdebar pulak rasanya..

saya nak risik kamu jadi imam di masjid ni.. nak ke tidak?
tanpa berkias, Haji Mad menyatakan hasratnya

buntang mata Amir mendengarnya. tak mampu berkata apa-apa.

hah, takpayah nak terkejut sangat la Mir.. saya tahu, kamu tu takde benda kurangnya nak jadi imam.. mengaji pun kat timur tengah sana nu hah,, alquran 30juz dalam kepala kamu je..

haji nak pegi mana?

tak de pegi mana-mana nya. takut sehari dua ni saya dipanggil tuhan mana tahu.. kat kampung ni, budak-budak sebaya kamu bukannya ramai sangat.. ada pun,, yang dah kerja, yang sibuk dengan pelajaran lagi,, takde kat kampung.. ke kamu ape rancangnye lepas ni?

perancangan saya memang nak kerja cepat-cepat.. tapi, baru je hantar permohonan Haji.. entah diterima entah tidak. tapi, dengan jawatan yang saya pohon tu, boleh je nak bagi komitmen dgn masjid ni.. lagipun, saya dulu mengaji bab-bab ini juga,, kalau dapat kerja pun, insyaALLAH, masih boleh bagi komitmen kat masjid ni..

begitu.. maknanya kamu setuju la ni?

ikutkan hati saya, masyaALLAH,, rasa suka sangat bila Haji dah tawarkan begitu.. cuma saya ni, ilmu di dada takde la sedalam Haji,, yang dah lama jadik imam.. rasanya, nak refresh balik ilmu saya dulu dengan Haji..

takde masalah, insyaALLAH... kita buat cepat dan mantap. esok,, saya umumkan kat jemaah, yang kita bakal dapat imam baru.. Pak Mail kamu pun dh tahu pasal ni..

cepatnya Haji, esok??

ye la, buat persediaan kamu juga,, saje nak bagitau jemaah.. mana tahu ada juga antara kita yang arif tentang solat jemaah ni juga.. kita ni jadi imam, kena tahu juga adab-adab jadi makmum.. mungkin ada hal yang saya dah lupa.. dan mungkin benda tu akan disampaikan oleh makmum kepada kamu Asyraf..

ohh, saya takde masalah.. takut sikit je Haji..

buat ape nak takut,, kita buat benda baik.. tapi saya faham,, kamu takut tak mampu galas amanah dengan baik?

Asyraf mengangguk kecil..

Asyraf,, ALLAH tu maha pengampun.. Dia suka orang yang gemar menuntut ilmu.. biasalah, kita masa belajar, mul-mula ni akan buat salah.. sedangkan yang dah lama pun ada waktu ketikanya buat salah. tapi ALLAH tu maha penyayang.. setiap kesalahan yang kita buat dgn tidak sengaja, Dia ampunkan.. kita ni manusia biasa Asyraf.. bukan tahap kesempurnaan yang ALLAH ukur,, tapi tahap usaha kita untuk cuba jadi sempurna tu yang jadi nilainya..
panjang lebar ulasan Haji Mad membuatkan Asyraf hilang kata melainkan bersetuju dan mengangguk kecil..

dah,, balik rumah jangan lupa bagitau ibu ayah kamu ye.

insyaAllah Haji, kalau begitu saya mintak diri dulu la ye.. salamullah 'alaika..

wa'alaika aidhan,,
jawab Haji Mad sambil melemparkan pandangan melihat susuk tubuh Asyraf yang mula melangkah pulang.

 *********************************

senyum simpul saja di wajahnya. taksabar rasanya mahu dikhabarkan berita gembira kepada anaknya.

Assalamualaikum!
sapanya riang melihat Daniel melangkah keluar sambil dipimpin oleh guru tadikanya.

wa'alaikumusaalam Papa~
jawab anaknya dalam pelat seraya menghampiri papanya yang sudah melutut dihadapannya lantas dicapai tangan kasar itu lalu dikucupnya.

macammana belajar hari ni? 
tanyanya sambil mengendong anak kecil itu masuk ke dalam kereta

seronok papa.. ckgu ajar nama-nama binatang hari ni
ucapnya senang.

ohh,, tapi kan,, papa ada berita lagi seronok nak bagitau Daniel..

ape pa??

nanti, Daniel akan dapat mama baru.. Daniel pun akan dapat adik baru..

aik? macam mana??
tanyanya sambil memandang papanya yang sedang tenang memandu itu.

sebab, ayah nak kahwin.. Daniel suka??

kahwin? kahwin tu macam mana? maksudnya, kahwin tu, orang akan dapat mama baru, lepas tu ada adik baru? baby ke papa??
tanyanya teruja..

ya sayang.. hari ni nak makan apa? nak papa masak ke nak beli makanan kat mana?

kesian papa mesti penat.. kita makan kat luar je la boleh??
orang nak burger je. boleh papa?

boleh sayang..

*******************************

semilir bayu 2

along, free tak? dengan muka seposen Amy menghampiri abangnya.

dikerling sekilas jam di tangan.

setengah jam, boleh. ade ape?

alah along,, setengah jam je? along ade keje ape?

ish budak ni,, nak pegi masjid la.. kan jap lagi masuk Asar.. angah ni..

ooh,, a'aahh.. lupa.. lepas along balik masjid boleh?

angah nak mintak tolong ape sebenarnya ni?

tasmi', hehe.. boleh long?

ohh, nak tasmi' rupanya.. boleh... nak stat dulu then pause kejap then sambung balik pun boleh,,

alah along, takde feel la macam tu, 

hahah. oke-oke, muncung macam itik. tak lawa tau.

lepas ni ye along ! 
ujar Amy..

Amir hanya mengangguk sambil tersenyum. bangga, adiknya juga bakal bergelar hafizah!

********************

Asyraf mempercepatkan langkah, hai,, cepat juga orang tua ni berjalan ! agak-agak sudah agak dekat,

Pak Mail !
kuat saja panggilnya. hebat juga pendengaran Pak Mail ni, gumamnya dalam hati apabila dilihat Pak Mail mula berhenti.

Assalamualaikum, Pak Mail.. 
ucapnya seraya berjabat tangan.

Waalaikumussalam.. hah, ni ade ape, ada masalah kat kawasan rumah ke? hah, jangan malu-malu, bagitau aku ni hah, nanti kita settlekan..

Alahai Pak Mail,, jangan risau,, kampung ni aman damai je,, takde kes pape pun.. takde masalah..
jawabnya sambil menguntum senyum. anak-anak yang seronok bermain basikal di jalan tanah merah di depan  sekali sekala dikerling juga. seronoknya jadi kanak-kanak.. monolog sendiri sambil senyum.

ni ape hal pulak, cakap sorang-sorang, jelasnye tidak, dah tu senyum-senyum pula. kenapa? pingin anak lagi?
laju sahaja Pak Mail menangkap isi hatinya.

eh, ke situ pula Pak Mail ni.. zaujah takde macam mana nak ade anak lagi..
cover malu, tak sedar,, mukanya yang putih sudih kemerah-merahan..

Asyraf.. Asyraf.. aku ni, sekilas ikan di air, tahu dah jantan ke betinanya. yang kau dari tadi dok berdolak dalik dgn aku ni, ade ape sebenarnya?

ohh, maaf Pak Mail, lupa pulak jadinya.. hehe.. saya sebenarnya, ada hajat.. tapi macam tak sesuai pula nak bincang kat sini.. ape kata saya belanja Pak Mail kat warung depan sana?

tak payah nak belanja-belanja,, aku ni pun nak balik rumah, kau ikut je aku balik rumah, minum air makan kuih orang rumah aku buat lagi sedap. free pulak, sambil-sambil boleh aku tumpang berkat tetamu dari kamu.

hahah.. aihh, saya tak kisah Pak Mail,,

silalah...

beriringan keduanya berjalan menuju ke rumah Pak Mail.

********************

ape hajatnya? besar sangat ke Asyraf oi?
Pak Mail memula bicara..

malu pulak rasanya Pak Mail..

apa yang nak dimalukannya.. macam tak biasa dengan aku je kau ni, ish.

begini,, Pak Mail pun sedia maklum,, saya ni dah banyak tahun membujang.. anak sorang kat rumah tu pun makin hari makin besar.. kesian pulak tengok, besarnya takde ibu.. saya ni pun Pak Mail,, bukannya ada banyak masa nak layan kerenah budak tu.. anak baru nak membesar, sepatutnya ada yang sudi meluang masa didik dan asuh, saya ni bukan tak sudi nak mendiidik, tapi kerja bertimbun kat pejabat tu sape nak buat...

jadi maksdnya kau nak kahwin lagi la ni? bagus sangat la tu Asyraf.. tapi, calon yang berkenan di hati dah ade ke belum?
laju sahaja Pak Mail memotong..

ada tu ada lah Pak Mail, tapi empunya badan tu tak tahulah hendak ke tidak dengan saya.. maklumlah, saya ni duda anak satu.. rupa pun takde..

alahai Asyraf, kalau kau kate muka macam kau pun takde rupa, entah berapa orang je atas dunia ni ade rupa.. yang teringin tu, anak dara mana? jadi maksudnya kau nak mintak tolong aku tolong risikkan ke ape?

begitulah hajatnya Pak Mail,, saya ni, sebatang kara je, berdua dgn anak sorang kat rumah tu.. rasanya lebih manis la kalo Pak Mail selaku ketua kampung yang tolong risikkan.. lagipun, rumahnya dekat saje, sebelah rumah Pak Mail je ni,,
ujarnya sambil tersipu-sipu.

engkau ni Asyraf, malu mengalahkan orang pompuan.. sebelah rumah aku ni sorang je yang bukan hak orang, maksud kau si Milah tu?

Asyraf hanya tersenyum sahaja, sambil mengangguk kecil..

mmm! Mah,, Mah!

ye bang,, ade ape?
muncul pula isterinya dari dapur sambil mengambil tempat di sebelah suaminya,

ni hah.. si Asyraf ni, berkenan dengan si Milah tu,, 
awak tolong la risik-risik dia,, macam mana?

terlopong mulut Mak Mah mendengar apa yang di katakan oleh suaminya. 
Asyraf pula sudah tidak mampu mengangkat muka lagi, malu agaknya.

dah tu kenapa sampai melopong begitu sekali,, buruk tahu?

seperti baru tersedar, Mak Mah mula menjawab ,
bukan ape bang,, saya ni baru je dua tiga hari lepas dok bercakap-cakap dengan Milah tu,, katanya, nak juga berteman.. kesian juga saya pun tengokkan dia, jaga anak kecil sorang-sorang,, nak fikir cari duit lagi.. nak lupa kesedihan suami dah meninggal lagi.. kena jugakla si Asyraf ni bertanya begitu,,

laaa, kenapa takde bercerita dengan saya?

hal perempuan bang.. ujarnya sambil menepuk mesra paha suaminya.

urmm,,, kalo begitu,, Pak Mail dgn Mak Mah cuba- cubalah tanyakan ye?

boleh Asyraf... dah tu kalau setuju macam mana pula?

saya ingat nak cepat-cepatkan majlisnya la.. 
tu pun kalau pihak perempuan tak keberatan.. tunang, sejam lepas tu terus kahwin..

amboi, tak sabar nampak?

Asyraf tergelak kecil,,,
bukan apa Pak Mail, tak salah mempercepatkan benda baik kan? lagipun, berumah tangga ni kan sunnah nabi, dia rasa keseorangan,, saya pun begitu.. jadi,, apa salahnya cepat-cepat..

betul juga apa kamu kata..
balas Pak Mail sambil mengangguk-angguk..

************************************
EPISOD 3

semilir bayu

assalamualaikum warahmatullah..
assalamualaikum warahmatullah..

serentak kesemua makmum di belakang memberi salam ke kanan dan ke kiri. Haji Mad mulakan zikir usai solat. panjang, namun tak terasa pula kebosanan,, bahkan ketenangan yang diraih oleh jiwa-jiwa makmumnya mengatasi segala..

wa qala rabbukumud 'uni astajib lakum~ ( maka tuhan berkata : berdoalah kepadaku akanku perkenankan kepadamu) bismillahirrahmanirrahim..
Haji Mad memulakan lafaz doanya.. panjang rintihan dan permohonan yang dipinta dari tuhannya, diaminkan pula oleh makmum-makmum di belakangnya..

usai bacaan doa, bergema pula suara makmumnya berselawat sambil bersalam-salaman.

assalamualaikum haji.. 
sapa Pak Mail, ketua kampung Kampung Seribu itu.

wa'alaikumussalam.. Pak Mail,, saya ade bnda nak cakap siket ni,,

apa tu haji ye?

saya ni dah tua Pak Mail.. dah dekat 20 tahun saya jadi imam kat masjid kampung kita ni.. dalam hati ni rasanya nak juga tengok anak-anak muda yang mengimami solat di masjid ni... saya pun,, dah tak larat juga  Pak Mail.. sebelum tutup mata ni,, nak juga rasa jadi makmum kepada imam muda pula kat masjid ni,

ohh,, saya hormati keputusan haji.. saya pun, sejujurnya nak juga tgk bakat terpendam anak-anak muda sekarang ni.. kita pun, entah esok entah lusa dah nak kate selamat tggal kat dunia ni.. 
kubur dah kata mari.. selagi kita hidup ni, apalah salahnya kalau kita bagi peluang, 
didik remaja-remaja kita pula dalam tugas-tugas kita ni.. 
kalau ada salah, ni la masanya untuk kita betulkan.. 
kalau kita dah takde, dah mana boleh tegur dah, tak begitu haji? 
terdengar sedikit tawa di hujung suaranya..

hahah.. begitulah nampaknya..

erm,, cakap pun cakap juga haji,, calonnya dah ade ke?

dari senyum meleret yang terukir di bibir tua imam itu, fahamlah Pak Mail..

************************

Mir, dok mengadap ape tu?

ibu.. takde,, ni tengah tengok kerja kosong.. 
jawab Amir Khusairi, pelajar lulusan universiti timur tengah itu,

aii, baru je jejak malaysia ni malam semalam hari ni dah sibuk nak cari kerja?
taknak rehat-rehat badan, jalan-jalan keliling kampung ke dulu?

lantas dialih pandangan matanya yang sedari tadi tertumpu pada skrin laptop menghadap wajah mulus ibunya

ibu,, amir tak rasa penat pun belajar selama ni, amir takpernah rasa penat buat benda yang amir suka.. dan bagi amir, banyak lagi ilmu yang amir belum kutip.. hati ni rasa tak tenang bu,, bila fikir masyarakat sedang memerlukan kita, tapi kita yang tidak bersedia.. apa salahnya kalau amir cepat2 mintak kerja, cepat-cepat cari rezeki, belajar dengan pengalaman pula,,, dan bolehla amir tolong ibu dengan baba pulak.. 

ibunya hanya tersenyum bahagia.. di usap kepala Amir.. sayang benar dia kepada anak-anaknya itu..

ibu restu kan pilihan Amir?

ibu takde bantahan Mir... kalau pilihan Amir tu, kerja rezeki yang halal, yang boleh bagi manfaat kepada semua, apa salahnya.. 

terima kasih ibu,, 
ujar amir, diraih tangan ibunya dan diberikan pula sebuah ciuman di pipi ibunya..

haii,, ni buat ape ni? anak-anak yang lain mana? 
tiba-tiba muncul En. Amid, babanya di muka pintu rumah.

hahah,, kenapa? baba jeles ke amir cium ibu? 
babanya yang mula melabuhkan punggung di atas sofa di tepi amir pula skadar mencebik, merajuk la konon..

alah, tua-tua pun nak jeles, jeles pulak dengan anak sendiri, tak malu betul baba kamu ni Mir,, yang lain semua dah tidur,, penat agaknya, tadi kan mereka semua berpuasa,, kat sekolah pulak tadi ada sukan..
cakap-cakap pun ni,, abang dari mana? Amir dari tadi lagi balik dari masjid, abang sekarang baru sampai?

abang pegi usha janda tepi rumah Pak Mail tu,, 
jawab ayahnya selamba sambil tergelak kecil.

amboi, baba,,, Amir cium ibu dia jeles,, dia pegi usha janda takpe,

meletus gelak sekeluarga itu,

En. Amid berdehem,

memang baba pegi usha pun,, sebab tadi baba balik dari surau tu,, nampak Cik Milah tu duduk sibuk memujuk anaknya yang tak henti-henti nanges.. nampak semacam baba tanya la,, rupa-rupanya kena sampuk... biasala,, budak kecik.. entah apa yang dia nampak,, entah-entah arwah ayahnya yang datang 'melawat', hehe.. dah tu, bila kena hembus, senyapp, terus tidur.. dah nak balik tu terserempak pula dengan Pak Mail baru balik surau,, berbual sekejap.. tu yang lama tu..

terangguk-angguk keduanya mendengar cerita En.Amid..

kesian si Milah tu,, beranak dua hari, suami pula meninggal.. nak cari kerja pun dlm pantang lagi kan bang,,

itu la.. nasib baik ada Kak Timah,, isteri Pak Mail tu, boleh jugak tolong tengok-tengokkan si Milah tu.

abang nak minum air? saya buatkan,, 

amir sekali ye bu,,

Alia hanya tersenyum sambil menggeleng kecil melihat gelagat dua putera dalam hatinya itu sambil berlalu ke dapur..

******************************
EPISOD 2

Tuesday, June 05, 2012

mimpi

semenjak dua menjak ni,, memang setiap malam mimpi. tak tahu ape ke jenis mimpinya.
fosure,, most of them, tak ingat ape kisahnya..
ada yang bila cuba rewind balik, ingat la siket sbanyak kisahnya.
yang lain, tak ingat..
yang pasti,, bila tersedar bangun pagi, rasa sesak, sebak dada...
siyesly, i dunno how to describe that super terrible dreams!
bangun, rasa penat,, sedih,, sebak,
pendek kata semua jenis sedara-mara rasa sakit tu semua ade la dalam hati ni,
kadang-kadang macam terfikir, aku ni dah nak sampai ajal ke ape?
huhuu...
mintak-mintak umur panjang lagi...

ya allah....
kenapa pulak ni?
ish3~~

Sunday, June 03, 2012

organ atau anggota.

aku bukan nak bercakap tentang derma organ ataupun derma anggota yang sangat digalakkan pada tika dan saat ini , kala bermacam-macam penyakit mula meletus dalam kalangan masyarakat dunia dewasa ini. tolak manusia makan tak sedar diri, ade jugak jenis yang rakus di jalan raya sampai eksideng tercabut tangan, kaki. rosak buah pinggang, itu ini. nauzubillah la terlibat kann.. bukan bukan, bukan pasal tu, bukan pasal derma organ, tapi pape pon,, daftarlah sbg  penderma organ,. yeahahh.

oke back to the tapioca topic.

disebabkan organ ni ialah bahan dalaman, maka ramai manusia yang lebih suka utk menyakiti organ dalaman, yakni HATI berbanding dgn menyakiti anggota-anggota len.. hah? organ len? jantung? yang dok isap rokok tu,, dok sakitkan jantung dia?? abaikan jantung, paru-paru serta yang sewaktu dgnnya sebab kita skang ni nak bercakap tentang



menyakiti dan melukai hati.

nak tau sebab ape org suka sakitkan hati org len? sbb organ hati ni barang tak nampak kesan kat luarnye secara langsung, di luarnya, tak nampak berdarah ke dah bernanah ke... 

yang sengaja tu sengajalah, tapi ade jgk kes tak sengaja tersakiti organ sendiri ataupun orang lain *err?? * 

ya, mungkin boleh dimaafkan bagi yang tak sengaja,, tapi ade pula yang bertanya : dah tak sengaja mana kita tahu dia sakit hati ke ape.

begini :

biasanya organ hati ni dia berkait dengan pertama :  anggota muka.
kalo hati sakit ekspresi muka akan berubah.
kedua dia berkait juga dgn anggota lain : tangan, kaki dan mulut *eh mcm peyakit kanak-kanak pulak *
kalo hati dh sakit, segala jenis dan golongan layanan serta perlakuan akan tak jadi seperti biasa.

nah, kalo ade simptom-simptom ini bermakna hati telah mencapai tahap kritikallah, maka perlu dirawat di unit ICU. *ade bakat jadi doktor tak?*

apa pula punca kepada kejadian ini :
punca utama ialah : lidah. lidah tu senjata yang lebih tajam daripada pedang tau.
so, jagalah lidah anda, gunalah pembersih mulut colgate plax.
kedua : aksi anda,, gaya anda dan tingkah laku anda.
ia mampu, konfemm mampu menyakitkan hati org kalo buat bnda2 yg annoying dan yg takspatutnya.

tapi jgn dilupakan : 

punca utama : bila hati anda koma dan tak mampu nak merasa apa orang lain rasa .
rawatannya : dapatkan renjatan elektrik dgn banyak2kan membaca alquran,, serta amalkan amalan2 sunat.

ingat..
kita salah kepada tuhan senang nak mintak ampun maaf.. 
tapi kalo salah kat manusia, mungkin dia boleh memaafkan,, tapi parut yang banyak ke sikett ke still ade..
sebab ape? 
manusia ni makhluk biasa,, lemah.. dan manusia biasa macam aku, dia dan korang, kita ni bukanlah yang maha pengampun..

pun bagaimana walau,, kita stilll bleh cuba utk menjernihkan keadaan yg keruh rite :)  ??

till then..

daa. assalamualaikum,, ma'assalamah take care !

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...