ada satu ketika,
bila aku berkongsi cerita, kamu yang beria.
kamu yang kononnya menyokong aku.
tapi tiba-tiba,
bila selangkah aku di sana, tindak-tandukmu seolah cemburu pada ku
kenapa ada riak cemburu pada nada suaramu terhadap bahagia aku?
sedangkan dahulu kamu yang mendoakan itu bagi pihakku?
malah kamu cuba merenggut pula bahagia itu dariku?
sungguh aku tak pandai mempertahan,
apa yang pasti milikku pasti aku pertahankan
tapi pada yang belum pasti, aku bimbang untuk berjuang..
kerana luka lama masih belum sembuh jua..
manakan mampu aku menanggung satu lagi luka baharu,
bagaimana dengan diriku nanti?
penat merawat masih belum habis,
pasti lelah jiwaku nanti..
tuhan jua yang tahu,
betapa sengsara jiwa menanggung sendu,
tuhan jua yang tahu
betapa lama jua aku menunggu..