bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum wbt..
pertama sekali honestly aku ni nak rasa femes tak femes jugak. tapi memang frankly speaking aku ni sebenarnya malu engkorang semua asyik dok baca blogpost aku yang zaman muda-muda dulu. haha. aduhai. takpe lah. nak buat cemana. memang niat aku nak share dengan semua. sebab aku dulu pun terpinga-pinga masa baca aku dapat kos tu. was like : eh kos ni pasal ape pulak. punya la gugel kan tapi still no result found. sedih beb. bila aku tengok viewer yang makin banyak maka actually post tu dah banyak kali gak aku edit. supaya maklumat yang di salurkan itu tepat dan tuntas. haha.
oke la. kali ni aku nak sambung cerita pasal kisah masa part 5 and also masa last sekali iaitu part 6. kiranya nak completekan cerita la kan. so sesape yang dapat offer kos ni boleh la start imagine dan berangan-angan dan merancang masa depan kan. keh.
oke. part 5. list subjek :
fundamentals of entrepreneurship (ETR)
legal aspect in food (LAW)
foodservice system and operation (FSO)
personel training and supervision (SV)
hotel event management (EV)
customer service (CS)
a bit boring la sebab masa part 5 ni korang dah takde subjek praktikal. huaaa. nanges sikit. tapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya. oke. ni peribahasa mengarut tak kena tempat aku. baiklah. we go one by one. kita cakap guna shortform yang aku reka sendiri ea. hihi.
ETR. ni subjek paling sakit. korang akan go down to earth (ceh melampau) utk buat bisnes korang. subjek ni,korang akan diajar tentang ENT (bava : entrepreneur). entah la ENT ni ape dalam bahasa melayunya, aku kurang pasti. keusahawanan kot. hee. korang akan di ajar bagaimana nak build korang punya bisnes. macam mana marketing. apa korang kena buat untuk dapatkan a legal business. semua proses (yang sebenar) untuk korang conduct your own business. serius. penat belajar ent ni. korang mmg kena buat semua. kena buat untuk dapat tahu, dapat ilmu. tapi korang punya bisnes tu xde la sampai kena jalan. korang kena siapkan satu business plan (BP), yang mana BP ni korang akan gunakan untuk bentang bajet dan bisnes bagi mendapat kelulusan mendirikan syarikat dan juga mendapat peruntukan daripada bank. kiranya end product korang nanti akhir sem, korang kena present bisnes korang kat panel (lecturers) dan panel2 tu seolah-olah pegawai bank yang nak bagi duit beriba-riban kat korang and also seolah-olah pihak2 terlibat yang akan qualify and bagi kelulusan untuk kita buat bisnes tu. korang mmg kena keluar semua dari financal plan korang, product, pendek kata, dalam kumpulan tu korang kena bagi la, sape nak jadi CEO syarikat korang, sape nak jadi financial manager, sape nak jadi marketing manager, sape kena jadi admin nya, HR ke ape benda kan. begitulah. itu markah terbesar tapi stil; korang akan sit final exam which is jawab soalan2 theory. seronok dan sangat sakit buat projek ENT ni! hanya di UiTM. gitu.
next LAW. law paling banyak korang akan belajar was hospitality law. law lain ada juga tapi sikit sahaja and terlalu umum korang belajar. tapi best gak, banyak input belajar law ni. soalan pertama yang aku tanya dlu : apesal pulak kitorang budak DFSM ni kena blaja law. satu hal nak hafal case2, remedy lah section2 la, bia la budak law yang buat kitorang takde kena mengena. haha. rupanya lepas belajar law tu baru aku tahu. dengan blaja law ni la kita sebagai orang yang berada dalam industri makanan will know, setakat mana customer is always right tu, apa hak-hak kita, apa hak-hak pengguna yang kita kena patuhi dan banyak lagi la. seronok walaupun terpaksa hafal a few cases and also section2 law. best!
FSO. ini ialah core subject la utk sem lima ni. korang akan belajar apa yang ada di dalam sesebuah pengurusan makanan. apa itu FIFO, LIFO. pendek kata : bagaimana sesebuah operation dan juga sistem yang digunakan dalam industri perkhidmatan makanan. semua. cara purchasing, delivering, storing dan semua lah. and one of requirement subjek ni ialah conduct a field trip ke organisasi2 utk lihat operasi sebenar mereka. zaman kami hari tu pergi hotel, kilang, hospital and ada lagi a few places utk lihat dan beza kan operasi dan sistem tempat2 yang ada perkhidmatan makanan. a very nice yet difficult dan makan dalam punya subjek la. hehe.
next was : supervision and also CS. dua subjek ni sangat la berkait rapat dengan halatuju masa depan kami llusan foodservice ni utk jadi seorang manager atau bos yang berjaya. more to theory that need to be applied bila kita jadi boss, those softskills and other skills yang kita kena faham dan juga adaptasi nanti. seronok. sangat membantu membina keyakinan diri. haa. jangan main2!
seterusnya EV. subjek ni pun praktikal la jugak, korang akan diajar bagaimana nak conduct an event, dalam bidang hospitality. ye lah, nanti kalau dah jadi boss xde la nak kena hire event planner utk buat kan event utk syarikat kita kan? korang akan blaja all steps yang kena buat untuk korang held an event, no matter for what purpose. event utk perasmian pembukaan syarikat korang ke, event untuk promotion produk korang ke, apa2 je la. this is all utk masa depan la.
last but not least, masa final semester : part 6. satu je subjek : latihan industri (LI). korang akan ber-LI selama lebih kurang 4 bulan la di dalam industri. utk DFSM ni biasanya akan dapat di fastfood-McD, Kenny Rogers, Secret Recipe (any section/station), di hospital (bahagian pengurusan makanan dan dietatik) dan juga di airport (Brahim Airlines Catering). any of it. di kampus Terenggau tersayang ni kita akan buat satu resume sediri di mana resume la kan (haha), masa zaman aku, takleh pilih nak g LI mana, kita cuma boleh ilih tempat/daerah/negeri mana kita nak ber-LI. tapi permintaan kita juga bergantung la atas kapasti dan keperluan industri. lecturer akan mintakkan kita punya placement berdasarkan tempat yang sesuai manakala kita cuma tunggu jawapan. kalau ada kekosongan dan mereka sudi terima kita maka kita akan dapat lah praktikal di tempat yang kita mohon. kalau tidak, lecturer (penyelia LI) akan tempatkan kita di mana-mana industri yang bersesuaian. then, habes tempoh praktikal selama kurang lebih 4 bulan tu maka korang kena balik ke kampus dan present serta hantar report kepada panel masing2 (selected lecturer) untuk tujuan penilaian dan juga pemarkahan. last sem ialah sem yang agak senang nak score la, sbb satu sbjek dan kalau korang boleh buat report yang bagus dan boleh present dengan jayanya korang akan dapat A dan pointer GPA korang akan dapat 4flat. haha. boleh la buat cover CGPA korang kannnn.. hehe.. cerita panjang LI, aku ade tulis jugak. tekan je cursor korang ke slot 'Industri' di bahagian kanan blog aku yang tak secomel aku ni. ehh?
settle hal praktikal, maka grad lah korang dengan ada diploma pengurusan perkhidmatan makanan, yehu. ternyata 3tahun lebih kurang tu takde la lama mana dengan subjek-subjek yang enjoy sepanjang semester, sepanjang sesi pengajian. enjoy tak bace cerita aku? haha :P aku jujur dari hati nurani memang sangat suka la dengan subjek dan sistem UiTM (Terengganu) terutamanya dan juga requirement course dari Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UiTM se-Malaysia atas pengurusan dan penyusunan subjek2 ni. bagus sangat dan sangat membantu kami graduan UiTM di masa yang akan datang untuk survive di dalam industri, atau berada lah di mana-mana pun di ceruk muka bumi ini. terima kasih UiTM. jemput datang konvo aku bulan 11/12 ni ye di Dungun! jangan lupe beli kan bunga sebab aku dah sudi share pasal foodservice dengan korang. haha! gurau je. cuma kalau nak beli kan tu, ye la, rezeki jangan ditolak kan? hihi.
ok lah. tunggu masa nak grad ni. dan tunggu result permohonan nak sambung degree. hehe. jangan lupa doakan! dan maafkan segala typo. aku malas nak re-read. chioa.
UiTM DI HATIKU. SELAMANYA! I LOVE YOU!
thnx..best sgt nk bca. sy kluaran mtrx kos acc. dpt twrn pngurusan pkhdmtn mknn nhe.. rsa rsau sgt2 cmna keadaan d cna nti..thnx 4 da sharing.. sdkit sbnyk dpt jgk gmbrn kat cna..
ReplyDeletetqand congrats :) u dapat kat mana? saya pun sambung kos ni di dungun,
Deletekos nih cuma ada di uitm kampus dungun,Terengganu aje k?
ReplyDeletehehe lupe plak nak bgi salamkan..assalamualaikum
ReplyDeleteETR tu bentang kt panel dlm group ker berseorangan ?
ReplyDeleteDalam group, cuma masing2 perlu bersedia jika panel tanya soalan kpd individual.
Deletebkn ke kt UiTM Terengganu cuma ad dak CS ngan Pra-Dip je???
ReplyDeleteUiTM Terengganu ada 3 kampus : Kuala Terengganu, Dungun dan Bukit Besi. Yang awk maksudkan tu di Kuala Terengganu dan yang saya maksudkan ialah di Dungun :)
DeleteGlad to hear ttg cost ni..but sya nk tya la..cost dip ni 3 tahun di uitm next after gred..apa future plan awk...coz based on your post... smua experience yg susah2 tu sya dh study sdri...then sya mmng ada bisnes sdri to run...
ReplyDeleteawak sambung degree dalam bidang apa
ReplyDelete