Wednesday, April 06, 2011

alangkah~~

*dgn nama allah*

ALHAMDULILLAH ! lafaz tu je yg mampu aku lafazkan.. terasa sgt bernasib baik bila dicampakkan ke sebuah almamater tersohor di kelantan. SMKA NAIM LILBANAT. ye. sgt3 bertuah ! bila dah berada di luar, bila dah memegang title EX-student ni la baru terasa nikmatnya ! benarlah kata org kan.. benda bila dah hilang baru kita tahu untuk menghargainya.. benda bila dah xde kat depan mata baru kita nak merinduinya.. benda bila dah hilang baru kita sedar betapa kita menyayangi dan mencintainya !

saat mata menari2 di laman sosial.. saat jari jemari tangkas klik "open in new tab " dan saat hati mula membaca komen2 yang tertera.. saat itu di dalam nubari terdalam terdetik, ya allah.. alhamdulillah~ aku mendapat didikan terbaik di SMKA NAIM LILBANAT.. alhamdulillah ya allah.. KAU masih mahu menjagaku.. memelihara diriku.. dan masih mengizinkanku utk memelihara kehormatan diri ini.. saat kau hadiahkanku teman2, atau lebih layak digelar SAHABAT  yg sentiasa bersama-samaku.. susah dan senang.. dalam suka atau duka.. yang sama2 sanggup memikul beban amanah kepadamu.. yang sentiasa memahami diri ini.. masih mengurniakan keluarga yang teramat menyintai diri ini.. allahu akbar ! betapa besar nikmat itu !

bila lahir rasa itu, lantas jari jemari pantas mencantumkan aksara, utk membenarkan ia menjadi seuntai kata utk dirasa oleh hati kita semua.. 
betapa aku bersyukur, masih mampu menjaga diri ini, sebaik yang aku mampu...

SEDIH. ya. sedih bila melihat rakan2ku dulu.. tak semua yang masih menutup aurat mereka dgn baik.. dan tak semua yang masih mampu menjaga diri masing2.. bukan rela utk mengatakan aku sempurna. TIDAK.. aku juga masih byk kelemahan.. tapi aku bersyukur dgn apa adanya aku sekarang.. ya allah.. izinkan aku untuk terus menuju kesempurnaan,, janganlah kau bolak balikkan hatiku ini.. hati ibu bapaku.. hati guru2ku.. keluargaku.. hati sahabat2ku.. saudara maraku dan seluruh yang berada di sampingku serta seluruh muslimin dan muslimat.. tetapkan hati kami di atas jalan agamaMU dan dlm mentaatimu ! 

bangga. tak salah rasanya aku berbangga menjadi salah seorang penuntut di sebuah SMKA.. mungkin, naim lilbanat banyak kurangnya. di situ dan di sini.. tapi, almamater ini cukup banyak mentarbiah aku.. dan aku yakin sama halnya dgn sahabat2ku.. bila aku teliti lagu sekolah.. ahh~~ begitu dalam maksudnya,, baik dari dalam bahagian arabnya mahupun melayunya... dalam sekali maksudnya... dan hanya mereka yang tahu merebut peluang sahaja yang akan mencapai apa yang terkandung dalam lagu tersebut.. dan, mungkin aku salah seorang darinya.. who knows??

mazalat madrasah naim fi su'udi laisa yufna.. wassalam ma'ana la yanfa'u 'an fadhlil athna.. man za rahimana la yandam bal yudrikul amana~~~ ma nalat aidi yal 'ida man azana la tamanna.. la tazaal tufla hatta tantahi tahtassufla.. wal 'izzu ana min kareemillam yuhibba rojaana~~~

kami pelajar madrasah naim, madrasatunnaim lilbanat~~ berjanji erat dan setia meninggikan agama.. madrasah annaim.. sumber segala ilmu bervisi.. madrasah annaim.. tempat membina jati diri.. kami belajar dgn teliti mendidik rohani jasmani.. agar kami dapat berbakti kepada agama yang suci.. madrasah annaim, puteri pembela agama pertiwi, madrasah annaim, tingkatkan budi jatidiri.. kami seia dan sekata.. hidup dalam aman dan rukun, patuh kpd guru kita. di samping jadi pelajar. madrasah annaim.. sumber segala ilmu bervisi.. madrasah annaim.. tempat membina jati diri....

hmm~ tu lirik lagu dulu punya.. stat tahun ni, dah byk part yang di 'cut' .. kan? kalau anda ialah seorang yang bergelar EXNAIM, cuba perhatikan balik lirik lagu skolah kita.. ape komen anda? betul tak?? huhu~

aku bersyukur jugak bila dicampakkan ke ASPURINA.. bgt byk yang aku pelajari sepanjang 3tahun kehidupan di asrama.. dari situ aku menambah sedikit sebanyak ttg islam *tambah2 bila ak dilantik mnjadi naqibah.. seterusnya diberi kepercayaan untuk mnjadi salah seorang dari saff pimpinan BADAR*.. walaupon asas shj.. tapi, kalau akar tak kukuh, pokok yang besar pun boleh tumbang.. huhu~ alhamdulillah. bila aku diberi kepercayaan untuk memikul amanah itu dan ini sepanjang aku di asrama dan sekolah.. bila aku dipilih untuk menyertai program itu dan ini.. bila diberi kesempatan untuk sama2 mengendalikan kem di situ dan di sini.. walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga, idea dan masa bersama keluarga di hujung mggu,, tapi, semua itu sgt2 berbaloi ! ALHAMDULILLAH ya allah ! aku sedar betapa besar nikmat yang KAU beri...

jadikanlah aku antara orang2 yang bersyukur... ameeen~

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...