Bismillahirrahmanirrahim~
Salamullah ‘alaikum warahmatuhu wabarakaatuh.
Orang kate, selagi kita tak menghadapi sesuatu tu sendri, kita takkan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam menghadapinya.. kita takkan tahu sejauh mana kekuatan kita selagi kita tak berhadapan dengan cabaran sebenar.. orang kate, kita takkan faham satu2 teori sehingga tak hadapinya secara praktikal.. orang kate, kita takkan tahu sejauh mana dalamnya lautan kalau kita tak cuba menyelam ke dasarnya.. orang kate, kita takkan pernah dapat cikgu yang lebih baik daripada pengalaman.. orang kate, kalo kita takde pengalaman kita susah nak survive dalam hidup ni, dan mungkin juga kita mmg xleh nk survive dalam hidup tanpa pengalaman.. yup.. betolla segala kate2 orang tersebut.. kadangkadang kita ingat kita dah betul2 bersedia untuk hadapi segala kemungkinan, tapi kita sebenarnya tidak.. kadangkala kita ingat ilmu kita dah cukup nak harungi dunia yang penuh pancaroba.. tapi sebenarnya ilmu tu takkan pernah cukup untuk kita,, malah, semakin kita dalami, kita akn sedar makin banyak yang kita tak tahu.. pengalaman hidup banyak mengajar kita, tapi, still kita takleh hidup seorang diri dalam dunia ni.. adat manusia, ada jatuh naiknya dalam kehidupan.. ada meningkat dan berkurangnya iman.. jadi, jangan sesekali pernah rasa yang kita boleh hidup sendiri.. jangan terlau megah dengan kehidupan kita.. sedarlah, kita manusia biasa yang ada masanya hidup kita perlu bergantung juga kepada manusia lain.. dan yang pastinya kita hanyalah hamba yang tiap detik, saban waktu sering bergantung kepada NYA..
Dia ( Allah) lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia menjadikan kamu ( berasal ) daripada tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui pelbagai peringkat dalam perut ibu kamu ; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu ( bahawa kamu suci bersih daripada dosa ) . Dialah sahaja lebih mengetahui akan orang yang bertaqwa. – annajm:32-
No comments:
Post a Comment