Dongak kepalaku ke langit.. Terang. Bintang bertaburan.. Lagilah cantiknya bila dihiasi dengan bulan purnama.. Langit tidak terlalu gelap, warnanya pekat sahaja dengan warna biru gelap. Cantik.. Nafas panjang ku hela.. Menikmati suasana tenang di pantai malam ini, seorang diri.. Hmm.. Tak jemu pula ombak menghempas pantai.. Anak2 ketam berkejar-kejaran… Terukir senum di bibirku.. Makin lama ku renung, maikn sayu pula hati kecilku.. Mengapa malam ini aku rasa berlainan? Ah.. rasa itu hadir lagi… Sunyi. Sepi. Rasa kosong. Ku pejam mataku serapatnya. Ku paksa lagi mata tertutup, walau hakikatnya sudah berkerut dahiku..
Ya allah.. Aku rindu..
Ya allah..
Di sahabatku.. Mengapa aku hati aku terasa jauh dengannya?
Ya allah, mengapa rindu benar aku padanya?
Ya allah,, apa yang telah aku buat? Sejak bila terbina jurang ini Ya Allah?
Sejak bila kami berjauh hati Ya Allah?? Ya allah, akukah yang memulakan semua ketidakselesaan antara kami Ya Allah?? Salah akukah? Satu pintaku Ya Allah.. Andai ada rasa tidak enak, andai ada rasa benci antara kami walau sekelumit antara satu sama lain, andai ada luka walau sekecil manapun jauh di lubuk hati kami, hapuskanlah segala rasa itu Ya Allah. Ya allah, bugarkan kembali ukhuwwah kami Ya Allah..
Ku tahan sedu itu. Hakikatnya aku tidak mampu.. Air mata masih setia mengalir, mengusap lembut kedua pipiku, tergesa-gesa keluarnya seakan tiada masa lagi untuk meninggalkan tubir mataku.. Lama aku menghalau semua sebak dalam dada. Sakit. Ya. Sakit sekali rasanya di nubari aku.. Jauh di dalamnya luka parah.. Apakah dia mengetahui begini sekali rindu aku padanya?
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Hah.. Nampaknya airmata sudah usai keluarnya. Pilu hatiku juga sudah kurang lagaknya.. Alhamdulillah.. Kau kurniakan aku sekali lagi nikmat ketenangan ini Ya Allah.. Terima kasih.. Cuma satu pintaku.. Kau tautkanlah hatiku dan hatinya.. Izinkan kami bersahabat di dunia dan akhirat.. Redhakanlah hati kami menerima antara satu sama lain Ya Allah..
Dengan penuh sayu tangan hatiku menghulur doa itu..
Ku lempar pandangan akhir pada pantai yang sudi menemaniku malam ini.. Perlahan aku bangun lantas tangan menyapu sisa baki airmata yang tertinggal di pipi.. Ku atur langkah perlahan..
Ya allah,, tamatkanlah penantianku…
Ameeen…
psst ::: karya kedua, karya kedua~~~
No comments:
Post a Comment