Tuesday, September 06, 2011

kisah ni lagi~

“Wey. Salah ke kalo kita nak mintak orang hargai kita?”

Hahha. Tersentak bila diajukan soalan sebegitu rupa. Soalan yang selama ni takpernah jemu aku sendiri dok ulang-ulang tanya kepada diri sendiri… tapi hari tu, pantas pulak aku geleng kepala,, siap mulut pantas menjawab.. TAK.TAKSALAH.

ea?? Ye ke tak salah?? 
Entah. Aku sendiri tak pasti.. tapi, bila tanya balik hati nurani yang ada la sekelumit suci.. buat apa nak mintak orang hargai kita? Tak cukup ke dengan ganjaran pahala yang allah bagi atas segala kebaikan yang kita buat.. masih, kita nak harapkan penghargaan daripada orang kan? Hah. Dasar diri tak tahu bersyukur…  tapi, masa ni la hadir si hitam mengasak nurani, kita manusia biasa.. sifat nak dihargai tu perkara normal… okay.. bagi diri sedikit keringanan.. oke. Boleh nak mintak orang hargai.. tetapi kita tak boleh nak terlalu mengharap.. orang tak selalu faham apa kehendak kita.. dan orang tak selalu mampu bagi seperti apa yang kita hajati.. terima kekurangan diri orang lain… tapi, kita dahulu kena terima kekurangan diri kita, yang selalu meronta-ronta minta dihargai…

yakinlah.. walaupun orang tak hargai kita, tapi tuhan takpernah lupa nak hargai kebaikan kita, walaupun kebaikan tu seberat biji sawi sahaja…
hai hati.. kalau masih lagi nak harapkan kebaikan berbalas, lepas ni, dah la buat apa2 kebaikan, daripada buat kebaikan tapi asyik nak mengungkit, asyik nak harapkan balasan, dan kalau takdapat, kerjanya mengutuk orang yang taktahu nak balas kebaikan.. tak baik. Lebih baik takpayah buat kalau tak ikhlas.. sebabnya, orang ikhlas tak harapkan balasan =)

kan??

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...