kata, janji dan maaf.

bismillahirrahmanirrahim..


assalamualaikum wbt..


lidah tak bertulang. senang je nak menuturkan janji.. senang je nak berkatakata kan? tapi sedar ke tak, sekali lidah lembut yang tak bertulang tu melafazkan sebaris ayat yang ambik masa tak sampai pon 5minit, mungkin kan menyebabkan kelukaan parah ke hati org len sampai kena masuk "ICU". kan? nasihat aku la kan.. kalo korang nak cakap ape2, nak janji ape2, ce cuba fikir dulu dalam2, cuba jangan tergopoh gapah nak berkata2.. terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata buruk padahnya... xde insurans dah.. sekali terlepas, xleh tangkap balik dah. kecuali kalo orang tu pekak la kan.. yes. maaf pon senang je nak dilafazkan.. dari sebelah pihak lagi pula, senang je nak kate, xpe, aku maafkan.. tapi, hakikatnya, luka memang pastinya kan sembuh, tapi parutnya pasti tetap ada.. terpulang pula kepada orang tu, nak terus pandang dan kesalkan parut yang ada atau nak abaikan dia dan lupakan segala yang menyebabkan wujudnya parut tu.. 


maaf, satu lagi.. senang je nak kate kita mintak maaf. tapi, bagi aku la kan. xde gunanya kata MAAF kalo sekadar diucap masa tu, tambah worse lagi kan kalo ditutur dalam keterpaksaan dan tak ikhlas tapi, ape yang penting pada maaf ni ialah tindakan susulan kita lepas tu.. setuju? oke contohla.. ade orang yang tumpahkan air ke baju orang len, pastu dia kate maaf.. then, esoknya, dia buat tumpah lagi, maaf lagi.. lusanya tumpah lagi, dah, nak kate maaf lagi?? aku bukan nak kate xlen kali xpayah mintak maaf, tapi ape yang aku nak kate, kalo dalam situasi tadi, seharusnya lepas si yang menumpahkan air tu tumpahkan air dan kate MAAF sepatutnya dia lebih berhatihati, kot2 tertumpah air lagi, kalo kena kat orang len2 xpe la derr.. tapi buatnya mangsa tumpahan air tu orang yang sama? takke naye? kan..


so, kata, janji dan maaf..


anda renungkanlah.

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_