Tuesday, December 13, 2011

itu maharnya..

pasir di kaki dikuis-kuis lembut. pandangannya hanya tertumpu di situ. air matanya tumpah lagi.. tidak tahu mengapa. berat sekali dugaan itu.. dia terperangkap tika itu.. sungguh, dia tidak menyangka sahabatnya sendiri rupanya musuh dalam selimut. hari itu, menyaksikan seorang da'ie ditewaskan. ya.. dia tewas dan jatuh tersungkur di hadapan mata-mata manusia. namun dia yakin, allah itu maha mengetahui..

satu nafas panjang di tarik, dihembus,, dan dia mula menapak masuk ke dalam rumah..

seketika, terdengar ketukan di pintu..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

assalamualaikum warahmatullah~

makmum2 seraya memberi salam ke kanan dan ke kiri seusai salam ke dua dari imam.. terdengar syahdu dan penuh merdu wirid2 di lagukan, alunan dari hati2 yang mencintaiNya.. 

wa qaala rabbukumud 'uni astajib lakum..

 bismillahirrahmanirrahim...

imam mula membaca doa.. seusai doa yang penuh khusyuk dan tawadhu, masing2 melagukan selawat sambil bersalam-salaman..

-  ustaz.. kaifa haal?

- alhamdulillah.. bikahir.. anta bila sampai malaysia?

- baru petang tadi. ana dengar, anta dah jadi imam muda di kampung ni.. jadi, ana pun memang dah niat dari tadi la, isya' ni nak jenguk juga sahabat ana di sini.. 

- hah ha.. alhamdulillah.. ana ni, ganti tempat ayah ana saje.. eh, jomlah kita beransur balik,, jemaah lain pun dah balik ni.. boleh borak2 tanya khabar sambil balik ke rumah, ana pun, jalan kaki je..

- apa kata kalau ana ajak anta ke rumah ana? kita berbual barang sebentar di situ? nak?

- ana takde hal.. jomla..

>>>>>>>>>

- jemputlah minum, ustaz..

- alahai, susah2 je la.. ana ni bukannya istimewa sgt..

- alah, xde yang susahnya, air teh bujang. lagipun, mmg dianjurkan kita memuliakan tetamu kan?

- alhamdulillah.. jemputlah, minum sekali?

- ha'ah.. jemput juga ustaz...

seteguk, dua teguk..

- err.... ustaz,, ana rasa kepala ana ni macam berat sgt la.. urm,, ana mintak diri dulu la ye..

- eh,, cepatnya.. kalau ustaz tak larat, duduk sini takpe malam ni, ana pun sorang je ni.. 

- eh, takpela.. nnti mengganggu ustaz pula.. err..
dia bangun,,

- saya balik du..... allah.

sayup2 di telinganya ketawa ustaz imran pecah.. yang dia tahu, badannya terasa sakit dan pandangannya sudah gelap..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

astaghfirullahal a'zim..

di telinganya terdengar bunyi2 yang bercampur baur.. dia sendiri tidak pasti apa yang mereka sedang bualkan.. dia tidak pasti kenapa mereka dengarnya seperti marah2.. bising dan bingit. dan yang pasti, dia tidak pasti dia di mana. dia cuba untuk membuka mata, namun, kepalanya sangat berat. bdannya pula sangat sakit. tiba-tiba

- astaghfirullahal 'azim. daim? ashkur daim??
terasa pipinya ditampar-tampar lembut. dia kenal suara itu, suara Pak Harun, ketua kampungya
dia cuba dan cuba untuk membuka mata..

- dah, kamu semua balik,, budak ni biar aku yang selesaikan.. balik.
kenapa pula mesti Pak Harun yang sangat berhemah marah2.. dia semakin keliru.. masih cuba membuka mata.. mungkin, nampak matanya yang berkedip-kedip sukar dibuka, pak harun menegur lagi

- daim? kamu tak apa2?? 
dia cuba sedaya upaya mengangguk, tapi sgt lemah.. akhirnya, matanya dibuka, sedikit cuma.

- saya kat mana??

- dah, bangun, saya papah kamu balik ke rumah saya. nanti kita cerita.
tiba-tiba pak harun terbersin. ketika itu baru dia terperasan, ada satu bau yang sangat tidak enak berdekatan dengannya.. dia kenal bau itu. arak.

- bau.... bau.. bau arak ni pak harun. astaghfirullah.. sape yang minum.. kat mana  baunya ni??
dalam kelesuan, dia melontarkan soalan itu.

- badan kamulah yang berbau arak tu daim. ish.
terasa seperti batu besar menghempap kepalanya. arak? mana mungkin?

- ta.. tapi...... tapi saya tak per..

- dah, tak payah nak cakap apa2, kita balik dulu, kamu mandi, baru kita cerita. kamu ada byk bnda yang nak kena cerita dekat saya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

- jadi, kamu rasa, ustaz imran yang baru balik tu yang cuba fitnah kamu?

- demi allah pak harun, saya sendiri taknak menuduh melulu. tapi kali terakhir saya masih sedar dan waras, saya di rumah imran.. 

- takkan kamu sendiri tak kenal bau arak? kenapa kamu minum?

- tak.. dia hidangkan air teh.. bukan arak.. saya pun tak bodoh pak harun.

tajam renungan pak harun sebagaio respon terhadap reaksi daim yang agak keras

- maaf, saya tak bermaksud nak berkasar dgn pak harun.. saya minta maaf..

- takpe la, kalau begitu, kita akan cuba siasat..

- oke.. urm, dah lama saya kat sini,, saya balik ke rumah dulu la ye pak harun..

- okela.. jalan tu baik2..

-insyaallah.. assalamualaikum..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

dia masih berjalan di kampung yang sama. masih di atas sepasang kaki yang sama, yang menampung jasad yang sama. dan juga berjalan di tengah2 masyarakat yang sama.. cuma yang berbezanya pandangan mereka kepadanya.. ya. dia tahu, pasti sudah heboh satu kampung ustz muda kampung itu mabuk malam semalam, sehingga terdampar di jalanan. hahh.. allah.. kalau sahaja orang yang mengkhianatinya itu meninggalkannya dalam keadaan hanya berseluar pendek dia lebih rela daripada ditinggalkan dengan masih berjubah, berkopiah dan berserban, tapi dalam keadaan badan berbau hanyir arak. allah.. teruk benar.. terasa jauh pula rumahnya kali ini.. dan mukanya, terasa sangat berat utk diangkat memandang sekeliling.. telinganya dipekakkan sahaja mendengar sindiran2 tajam mereka.. allah.. terasa ingin dihentikan langkahnya ini.. tak mampu untuknya bertahan...

>>>>>>>>>>>>>

pantas sahaja langkah di atur ke muka pintu..

- assalamualaikum,,

- waalaikumussalam.. masuklah pak harun..

- daim, aku datang ni, sekejap saja, jadi, aku teruslah dgn apa yang aku nak cakap ni.. 

- silalah,

- aku dah pergi tengok kat rumah si imran tu, tapi dah berkunci.. nampak gayanya, dia dah takde kat rumah tu..
perlahan-lahan diraup mukanya.. satu keluhan berat dilepaskan.. 

- jangan mengeluh daim.. tak baik.. tuhan tu, bila dia uji hambanya sesuai dgn kemampuannya.. semakin tinggi iman kita, semakin berat ujiannya.. sabar la.. insyaallah.. lambat laun, kebenaran itu muncul juga..

-insyallah..

ada getar pada suaranya..

- insyaallah.. takpe la ye. aku pun banyak kerja ni. daim, kalo na ape2, bagitau je... nanti aku tolong mana yang patut..
- baikla pak harun.. ermm.. terima kasih,, kerana mempercayai saya....
dia cuba senyum, walaupun kelat..

>>>>>>>>>>>

surau itu sunyi.. satu-satunya makmum yang ada hanyalah pak harun. seorang itu sahaja yang masih mempercayai dirinya.. yang lain,, astaghfirullah.. dia merasa bersalah kerana dia tidak berhati-hati.. kerana sikapnya yang tidak berhati-hati membuatkan orang2 kampung sudah tidak sudi menjadi makmumnya.. 
dia sendiri sudah buntu.. dia tidak tahu bagaimana lagi mahu dia jelaskan perkara sebenar...
dia menangis lagi... menangis mengadu kepada RabbNya, agar diringankan sedikit dugaan ini.. penduduk kampung pula seolah-olah memulaukannya. sungguh, dia tidak tahan..

>>>>>>>>>>>

sebulan yang berlalu, terasa umpama 100 tahun. terlalu lama hidup sebatang kara.. dia memutuskan untuk terus tinggal di surau itu. setiap hari dia berpuasa.. setiap malam dia bangun menyembah yang Esa.. ada saja masa kelapangan, dia mengaji.. surau lama itu juga dibelinya set mikrofon baru.. setiap kali masuk sahaja waktu azan, dilaungkan azan, menyeru penduduk kampung datang untuk solat berjemaah.. walaupun masih tidak ada tanda2 untuk mereka datang mengimarahkan surau usang itu, tapi dia tidak akan berputus asa.. ketika hendak membeli juadah berbuka, dia senyum sahaja kepada mereka yang tidak jemu2 melemparkan kata2 nista padanya.. jelingan tajam dibalas pandangan mesra.. dia yakin, semua ini tidak lama.. dia cuma harus, bersabar...

>>>>>>>>>>>>

suis mikrofon dibuka. 30minit lagi akan masuk waktu maghrib.. dan hari in, genap 100hari dia dipulaukan.. dia tabah.. redha.. dimulakan bacaan dengan ta'awwudz.. lalu dibacanya ayat2 surah albaqarah... penuh penghayatan.. sesampai bacaannya pada ayat ke 286 surah itu, hatinya tidak tertahan lagi sebak.. mendayu-dayu sahaja suaranya menahan tangis.. tiba-tiba..

- ustaz,, dah masuk waktu... boleh saya cuba mikrofon baru untuk azan hari ni?

- betul tu, selama ni, ustaz je yang monopoli mikrofon tu, kami pun nak cuba juga...

- a'ah,, ustaz pergilah ambil wudhu' baru,, takpe kan, kalau kita selalu memperbaharui wudhu' ??

- mm. kami ingat lagi ustaz dulu pernah bagi tazkirah, besar ganjarannya kalau seseorang tu memperbaharui wudhu' walaupun wudhu'nya terdahulu masih sedia ada.

 yang lain hanya menyambut kata-kata keempat-empat pemuda tadi dengan anggukan dan senyuman..

dia tidak percaya.. benarkah di depannya kini makmum-makmumnya yang bakal solat bersama-samanya sebentar lagi?? dia hanya memandang dgn mata buntang. 

- ustaz, buruk benar muka tu. dah la.. saya nak azan,, nanti lambat pula..

datang si amir membantunya bangun,, dengan mata yang bergenang dia lantas memeluk amir kejap.. semua yang ada di situ bergerak ke arah mereka dan mereka sama-sama berpelukan..

- ehem2.. ni nak solat ke nak berpeluk?? 

tiba2 suara pak harun merosakkan suasana romantis itu.

- alaah pak harun, kalau nak srh kami peluk pak harun, cakap je la.. 

- takde maknanya, dah kejap lagi la peluk2 pun, pergi azan dulu.

dan malam itu, surau itu kembali gilang gemilang..

>>>>>>>>

mereka duduk dalam liqa'

- ustaz, apa yang berlaku sebenarnya malam itu??

- oh, jadi, kamu semua tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya??

- tak.. takde seorang pun yang tahu..

- dah, kenapa kamu semua ada di sini malam ini?

- sebab kami tahu dan yakin, ustaz tak bersalah.. kami di sini nak mendengar penjelasan ustaz.. kami tahu mesti ada ape2 yang terjadi.. kami nampak, cara ustaz nak seru kami kembali ke sini.. hati kami pun yakin yang ustaz takkan mengkhianati kepercayaan kami.. jadi, kami pun nak dgr juga cerita sebenar dari ustaz..

- pertama sekali, terima kasih banyak2 tasa kepercayaan kamu semua terhadap saya.. yang saya nak beritahu cuma, saya diperangkap amalam itu. bagaimana dan oleh siapa, biarlah menjadi rahsia saya dan pak harun serta si fulan dan juga allah sahaja.. sebab, saya sendiri tak pasti, takut menjadi fitnah kepada si fulan pula.. bagi saya, cukuplan kamu tahu bahawa apa yang terjadi itu hanyalah satu salah faham sahaja...

-kalau dah ustaz kata begitu, kami terima lah.. 

- terima kasih sekali lagi..

sambil menyampaikan kuliah maghrib yang serba ringkas, hatinya tidak putus2 mengucap syukur kerana allah memberinya ketabahan dan kecekalan yang cukup untuk menghadapi semua ini... hatinya menangis lagi, bukan kerna kesedihan, tetapi kerana kegembiraan.. ALHAMDULILLAH.... SUBHANALLAH... ALLAHU AKBAR.. kalimah2 itu tidak putus2 diucapkan dalam hatinya....

2 comments:

  1. subhanallah..doa orng yang benar bnar ikhlas insyaallah dimakbulkan Allah..

    ReplyDelete

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...