bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt~
dulu semua macam, wondering macam mana agaknya benda2 ni boleh berlaku, maka terletus la suara2 sumbang yang bertanya,
" eh, ye ke?? macam mana ah?? "
dan,
apa sebenarnya topik yang aku nak bawak hari ini?
mesti korang dah mula mengarugaru kepala macam ada kutu 10ekor atas kepala, takpun menggosok2 dagu kononnya janggut korang dah panjang berjela,, takpun mesti korang rasa macam nak lempang je aku sebab tetiba je bukak cerita, tajuk tak bagi dah la tu mengutuk2 pula aksi2 luar kawalan korang di awal tadi..
hehe.
sebenarnya, kita hari ni nak cakap pasal topik yang berkisar tentang kejadian2 yang akan berlaku di akhirat nanti laa. banyak ayat2 alquran yang menceritakan tentang apa yang akan berlaku pada tersebut. kan? korang pun pernah baca kan tentang semua ni??
oke, first kita akan bincang situasi yang berkaitan dgn ayat 13 surah alqiyamah *ms:577* yang bermaksud :
pada hari itu akan diberitakan kepada manusia apa yang telah dia kerjakan dan apa yang dilalaikannya.
satu. dua, kita akan bincang tentang keadaannya berkaitan dgn ayat 65 surah yaasin *ms:444* yang bermaksud :
pada hari ini Kami tutup mulut mereka ; tangan mereka akan berkata kepada kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.
first sekali, mesti kita macam wondering giler, macammana boleh terjadi semua amalan kita kat dunia ni akan ditayangkan balik kepada umum nanti kat padang mahsyar..
aih,, macammana nak rakamkan?
dan, mesti kita wondering giler, macam mana pulak rekod2 catatan amalan kita boleh pulak tersimpan rapi? tapi semua keraguan tu bagaikan ditiup angin *ayat sastera* apabila teknologi dunia ni bertambah maju umpama cendawan tumbuh selepas hujan, eh salah peribahasa , sekelip mata je ter-invent nya perkakasan2 baru.. ada kamera, boleh rakam video.. ada pendrive bules simpan maklumat~
kan?? so, sekarang ni xsepatutnya la lagi kita mempersoalkan,
kalo setakat manusia yang tuhan cipta mampu mencipta barang2 begitu, yang kita anggap canggih, yang kita anggap hebat, apatah lagi benda yang akan SI PENCIPTA AGUNG cipta nanti?
dan bila,
kita dengar pula ayat ke65 surah yaasin ini, kita akan jadi macam pelik, macammana pulak boleh berlaku, tangan dan kaki serta anggota boleh bercakap? tapi kalo kita telusuri tentang ilmu psikologi dewasa ini, mesti kita pernah mendengar tentang body language kan??
ya. mulut boleh menipu, tapi sekarang ini, manusia tak boleh menipu dgn lenggok bahasa badan mereka.
jadi, zaman sekarang ini pula bahasa siapa yang lagi tepat?
mulut atau BADAN??
aku yakin korang faham apa yang aku nak cakap tentang kedua-dua ni..
yES.
memang dasarnya, kita tidak boleh meragui walaupun satu kekuasaaan allah..
kita kena yakin ALLAH SWT mampu buat segalagalanya yang dia kehendaki..
dan setelah kita discover tentang hal ini, aku rasa kefahaman kita semakin jelas kan?
so, from now on, ayuhlah kita mempersiapkan diri masing2..
ingat, apa sahaja khabarn dalam alquran dan hadis itu semua benar belaka..
dan,
ingat, hari itu sudah semakin tiba *korang tengokla petanda2 akhir zaman sekarang ni,, korang tengokla betapa banyak kekeliruan, kecelaruan dan bencana dunia yang terjadi sekarang ni kan? *
tugas kita, sama2 mempersiapkan diri..
ayuh, kita bangun :)
No comments:
Post a Comment