apabilaa sabit nak betulkan parang.

kita selalu mengharapkan kita dapat hadiah.. tapi, adakah kita pernah memberi hadiah??
kita selalu mengharapkan orang berlaku jujur dgn kita, tapi, yang kita tiap2 hari berbohong tu mcm mana?
kita harap,, orang kasihankan kita, tapi kita berlaku zalim?
kita harap, orang gosok2 kepala kita, tapi kita g sepak terajang orang tu kenapa?
kita harap orang sayangkan kita, tapi kenapa kita benci dia?

kita je selalu nak untung. yang masalahnya, kita juga banyak dosa.. kita juga tak sempurna.. takkan kita tak boleh faham manusia lain pon sama.. kita manusia bukan malaikat.. semua orang boleh buat silap. siapa pun dia, apa jua pangkat dia.. positif, jadilah matang.... kalau kita kata orang bodoh, kita yang buat tindakan bodoh utk menyedarkan orang yang bodoh tu kenapa? kalau kira-kira laa , sape lagi bodoh dlm situasi ni?? ye, kita lah. kalau betul la kita ni cerdik, tunjuk la kematangan siket.. buktikan yang kita betul.. ini? kita nak kate itu najis, tak perlu la kita yg pergi cuit najis dan pegang najis. tak ke last2 kita yang kotor jugak? fikir laaa.. 

kalau betul kita nak betulkan keadaan, betulkan dengan cara yang betul, kalo kiita nak betulkan bnda yang salah dengan cara yang salah, boleh betul ke adik kakak abang tuantuan puanpuan ehh????

waduhh, jom, jadi matang jom!

Comments

Popular posts from this blog

diploma pengurusan perkhidmatan makanan > a view

#tipsDekan

be wise_