Thursday, May 24, 2012

salah?

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt~


aku pun pernah buat salah. dia pun pernah buat salah. kita pun pernah buat salah. mereka pun pernah buat salah.
selalunya, bila kita buat salah, kita akan tanya : macam mana nak hilangkan rasa bersalah.


so aku jawab : takpayah hilangkan rasa bersalah. biarkan rasa bersalah menghantui diri anda.. supaya. SUPAYA kita tak ulang lag dat sill* mistake in future.


oke, teruk bona bunyinya. scary pon ade hantu-menghantui nih. ehem.. urmm..


begini :


pertama sekali cuba kita tanya, kita ni siapa. kita MANUSIA BIASA. manusia biasa fitrahnya akan buat salah.. apa yang membezakan manusia dgn manusia2 len, dah semua sama2 biasa kan,, apa yang membezakan kita ialah, once kita buat kesalahan, adakah kita belajar daripada kesalahan kita tu? adakah ada rasa menyesal dan ingin bertaubat, rasa nak meninggalkan kesalahan tersebut? atau, kita rasa seronok buat salah berterus-terusan?


keduanya kita kena ingat : kadang2 allah itu mengkehendaki kita melalui apa yang orang lain rasakan. mungkin, kita terlalu keras menghukum orang lain sebelum ini. selagi kita tidak merasa apa yang mereka rasakan, selagi itu kita tidak memahami keadaan sebenar mereka. jadi, kalau kita cuba positifkan minda kita, yeah, itu ialah nikmat terbesar dalam hidup kita. allah bagi kita peluang utk lalui sendiri apa yang kita tidak jangkakan akan lalui.. dan nasib baiklah kita kerana allah masih bukakan hati kita untuk sedar bahawa kita lakukan kesalahan dan membenarkan kita utk bertaubat. alhamdulillah. hey,, bukan senang nak dapat pengalaman. pengalaman tu lah merupakan guru terbaik kita. rasanya situasi ni berkait rapat dgn pemimpin.
 biasanya :)


jadi apa yang penting kalau kita melakukan kesalahan ?


apa yang paling penting ialah kita kita sedar,, rasa menyesal dgn salah yang kita buat.. masa takboleh diputar kembali, kita tak mampu nak undur ke belakang,, lihat saje ke depan,, lalui hidup yang telah digariskan kepada kita. jangan ulang kesalahan kita dulu lagi. sedaya upaya, cubalah baiki kesalahan yang pernah kita buat. jika salahnya kepada tuhan , senang,, kita bertaubat hapuslah dosa,, 


dan jika salahnya pada manusia, mohonlah maaf.. persoalannya, jika dia tidak memaafkan? biarkan dia,, sekurangkurangnya kita sudah ingin memohon maaf. mungkin, kita terlalu keras terhadapnya satu ketika dahulu dan sukar baginya utk memaafkan kita. bukan senang oii nak maafkan orang ni.. tapi tak salah kalo kita cuba sedikit demi sedikit utk meraih maafnya :)


akhir sekali :


ada ke peluang kedua untuk orang yang bersalah?


pastinya perlu ada peluang kedua untuk orang yang bersalah.. 
kalo orang tanya, bagaimana peluang tu? 
kalo aku, suka jawab begini :


terpulang kepada kesalahan yang dia lakukan.. 
contoh : kepada yang suka menipu , yes, kita tak boleh terus-terusan menghukumnya. 
tapi yang pasti, jangan terjatuh dlm perangkap yang sama berulang kali. 
bagaimana? 
oke begini contohnya : jika ada kawan anda yang mnjadi salesman,, dan dia telah menipu anda dgn produknya. lama-lama dia telah insaf,, anda janganlah pulak boikott dia, sampai tak bercakap bagai,, cakaplah dgn dia, layan je selagi tak melampau,, tapi hak anda tetap terpelihara, 
apa hak anda : jika anda dah taknak beli produknya. 


itulah maksud aku peluang tu terpulang kepada apa salah yang dia lakukan.


yang pasti dalam hidup ni janganlah kita suka menghukum org lain atas salah mereka,, dgn hukuman yang melampau. jangan pula kita gemar mencemuh membenci dan memusuhi orang lain. 


apalah salahnya hidup saling memaafkan dan saling menerima salah orang lain, kan?

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...