Sunday, November 18, 2012

manusia perasan.

assalamualaikum wbt~

mmg xsalah kalau nak mendoakan, tapi doa tu biar berlapik. kita jgn perasan kita ni tahu semua, asal rasa mcm kena tindas, konfiden kita mmg kena tindas, sdgkan kita xtahu btul ke x kita ni sbnrnya ditindas, dizalimi.. hanya Allah yang tahu keadaan sebenar, jd why not kalau kita tunjuk kita ni lemah di hadapan allah dgn kata  " andainya benar aku dizalimi maka.. " 

ni tidak, buat kerjanya macam  konfem2 dh kita ni betul. aishh.
kita jangan perasan kita tahu semua benda..

# yang melampau aku akan kata melampau. tapi kalau ada kebenaran di pihak musuh kenapa kita menafikan?
sape kita nak tipu? nak tipu masyarakat ke nak tipu diri sendiri?
konon nak jaga kebajikan diri, tanpa sedar kita menzalimi diri sendiri dgn bebanan dosa..

ayuhlah pupuk kejujuran !


 YA ALLAH TUNJUKKANLAH YANG BENAR ITU SEBAGAI BENAR DAN TUNJUKKANLAH YANG BATIL ITU SEBAGAI BATIL.. SEMOGA KAMI TAK TERSALAH PERHITUNGAN..

aduhai~

isu lah kat mana-mana pelusuk dunia sekalipun, yang aku nampak, semuanya sedang terjun ke dalam lubang yang sama ! kalau tengokkan latar belakang dan sejarahnya, lebih kurang je.

maka malam ini, satu lagi frasa melayu yang aku benar-benar setuju :

sesiapa yang melupakan sejarah berkemungkinan utk mengulanginya.

*kesat peluh*

betullah. sebab, kalo semua tengok dan ambil ibrah dari sejarah, takkan terjadinya perang dua tiga kali.
sebab ape? taktik atau susur galur mula perang tu same je.
same. be..............tul-betul sama.

dan permulaannya apabila :

agama ( Islam ) dipinggirkan.
takde ketelusan.
mungkir janji
pembohong penipu dan janji palsu
balas dendam

nah, itu antara faktor utama. ya allah. selamatkan dunia .. selamatkan iman..

Saturday, November 17, 2012

tak sempurna?

ye, manusia mmg diciptakan tak sempurna..
kalau aku lebihnya di situ, kamu pula lebihnya di sana.
kalau aku kurangnya di sini, maka kamu, itu kurangnya..

memang,
manusia semua tak sempurna,
accept difference,
try to understand
respect others.
thats the key,



kenapa kita tak sempurna?
supaya kita boleh saling memanfaatkan..
supaya kita boleh saling melengkapi..
supaya kita dapat hargai kehadiran orang di sekeliling..

yang penting :
jangan mudah mencaci..
jangan mudah membenci..

tanamkan sayang dalam hati :)

Friday, November 16, 2012

jihad

ramai orang bercakap tentang jihad.
ye, ramai yang berCAKAP tentangnya..
dan semoga yang bercakap itu ada kekuatan pula untuk melakukannya.

# dan aku juga !

sesal kemudian?
















astaghfirullahal 'azim..
ya allah, ampunkan segala dosa-dosa kami..
dosa yang kami lakukan dgn bersungguh-sungguh atau sambil lewa,
yang kami sengaja atau yang tidak kami sengajakan..
ampunkan kami Ya Allah..
kami hanyalah hambaMu yang lemah
dengan dugaan dunia....

Saturday, November 10, 2012

MAAF_

bismillahirrahmanirrahim~

MAAF. tertarik dgn ustaz ape entah nama dia dalam citer tanyalah usaz tadi,,
yang dorang dok bincang sal tajuk memaafkan ni la..

beliau bagi satu situasi :

apabila orang buat salah dgn kita, menyakitkan hati kita, lalu kita sakit ati *konfem la wehh*
maka bila kita sakit hati tu, alangkah bagusnya kalo kita dapat memaafkan.
yes, mmg sakit, tapi analoginya macam makan ubat, contoh : panadol 650 *amboi*
panadol tu cuba hampaa semua kemam dalam mulut,
pahit naa?
pahitt.. tapi, tgk kesannya., boleh kebah demam tu.
hah.. sama la dgn memaafkan..
mmg la memahitkan *err, * tapi kesannya sangatlah indah dan menenangkan.
dan, sekali orang buat salah dgn kita, ye, senang nak memaafkan..
tapi sukar nak melupakan~
tapi tahu atau tidak ada apa di sebaliknya?
oke, mula-mula dia buat salah dgn kita..
pastu kita sakit hati..
then kita maafkan..
allah bagi ganjaran..
lepas tu, lama-lama ingat kagi..
kita pun, maafkan lagi,
sekali lagi, allah bagi ganjaran..
nah, atas satu kesalahan, banyak kali kita daapt ganjaran dari ALLAH,
KALAU KITA MEMAAFKAN DGN IKHLAS.
jangan main tipu pulak,, buat-buat teringta ke ape.
hah, yang tu nak tipu sape?
hehe..

lagi satu, ustaz kate, jangan mempersoalkan cara bagaimana org mintak maaf dgn kita..
tak kisah la mesej ke, call ke, ape ke..
yang penting, persoalkan kenapa kita susah sgt nak maafkan dia..

hmm. so, itulah serba sedikit rumusannya.
nak tahu banyak-banyak, bukak website TONTON,
tgk sendiri la ye. peace yaww ;)


# aku pon tgh tggu seseorg kata macam ni kat aku : aku dah maafkan kau, sbb aku tak berharap dia cuma kata : bukan salah kau. aku nak dgr kata MAAF je.plis.

Friday, November 09, 2012

dosa kita?

bismillahirrahmanirrahim~

terdengar perbualan adik-adik aku tadi.. topik asalnya ialah : berkhatan. 

nuha : lepas yak sunat pahni gak, doso tanggung sdiri dh la.
atyab : pah, loni, sapo tanggung doso yak?

hmm.. masa kecik-kecik dulu aku yakin dan percaya, kita semua pernah dengar, pasal hal ni..
bila disebutkan kanak-kanak yang belum baligh dan bagaimana dengan keadaan dosa mereka.
pasti ramai yang akan mengatakan bahawa :
dosa mereka, ibu baap merekalah yang tanggung.

ohh, setahu aku, itu tidak tepat. bukan salah :)
sebab??
allah dah menjelaskan bahawa, takde walau sorang manusia atas muka bumi ni yang akan dibebankan atas dosa orang lain.
nah, itu permulaannya..

benar,, ibu bapanya berdosa.. 
tetapi bukan sebab dia kena tanggung dosa anaknya,
tapi sebab dosanya sendiri..
sebab?
dia belum berjaya didik anaknya untuk patuh perintah Allah :)

dan kalau begitu juga keadaanya, sama sahaja..
bukan setakat sebelum akil baligh,, tapi kalo dh akil baligh pon buat dosa lagi,
sama laaa.. 
so, kasihan-kasihankanlah ibu bapa kita,
atau kalau yang dah bernikah tu, kasihankanlah suami kita..

jangan sampai mengheret insan tersayang ke neraka :)

*insyaallah :)

Thursday, November 08, 2012

doa makbul :)

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wbt :)

yeah. result matter :)
alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat.
sem ni mmg aku cakap ko hectic giler !
turun siket, 3.82 kepada 3.68, it doesnt matter.
mmg la terpampang kat dinding bilik aku aim nye 4.0,
tapi, haha.. saje je shoot lebih siket..
next sem cuba lagi..

seriusly aku takut giler nak check result tadi.
serving.nutrition.akaun.nah.3pakej subjek yang mmg boleh membunuh result aku.
yang hakikat kewujudannya gtu.
tak kira lagi dgn masalah dgn subjek CTU and marketing ai tu.
tapi alhamdulillah, serving siap dapat A+, akaun dapat B.nutrition pon A-.
SANGAT BERSYUKURR !
CTU dgn marketing pulak both share the same grade : A :)

senyum sampai telingaa.hehe.

and, yang paling bangga nye dgn tirah. *banyak kali aku mention, sbb aku mmg hepi giler utk dia ! *
tahniah tirah. superb osem!
stret A kot..
haha.. thats my target anyway, hahaa..
tapi u deserve it dear :) :)

katanya kat aku, tahniah, xpadey dgn tiok nih.haha
yeahh, sem ni je aku final dgn airmata, sbb takut sgt.
hee..
adn alhamdulillah..
alhamdulillah..
tu je yang mampu aku cakap :)

tahniah kepada semua :)
luv u all. muah muahh!

Wednesday, November 07, 2012

dia

dia. dia bukanlah seorang yang kuat, 
tetapi dia harus menabahkan dirinya. 
semangatnya harus dikentalkan.

dia bukanlah dibesarkan dengan limpahan kemewahan.
dia bukanlah dibesarkan dengan mendapat segala apa yang dia inginkan.
bahkan, dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh dugaan.
kesabarannya sentiasa diuji.
masalah demi masalah terpaksa diharungi.
bekalnya, hanya kepercayaan antara ahli keluarga.
sokongan sesama sendiri..

alhamdulillah... 
dalam kesusahan, dia masih bersyukur...
ingin melarikan diri dan melupakan sejenak masalah keluarga, 
dia lari jauh..
bukan lari dari tanggungjawab, 
tapi sekadar mencari ruang menumpukan perhatian pada pelajarannya.

namun, tiada masalah seperti satu frasa aneh dalam kamus hidupnya.

bertemu pula dia dengan pelbagai kerenah manusia..
yang mendukung, yang memuji tak kurang juga yang mencaci
segalanya menjadi ujian besar padanya untuk membentuk diri sendiri..

jangan terlalu percaya kepada pandangan orang, 
diri kita, masalah kita, hanya kita yang tahu..
boleh, boleh meminta pendapat dan saranan daripada insan lain,
tetapi tugas kita jugalah menyesuaikan dan menyusun kembali nasihat-nasihat 
biar sesuai dan tidak membebankan diri sendiri..

semakin dewasa, semakin dia kenal erti sahabat..
ternyata, sahabat itu boleh hadir pelbagai cara,
dan juga, boleh datang dan pergi begitu sahaja..
datang dan perginya pula, ikatan persahabatan itu masih kekal di situ...

tak pernah berubah pada ikatannya, 
cuma yang berubah mungkin pada 'layanannya'
satu perkara yang dia baru tahu 
dan baru dia ajarkan kepada dirinya,
siapa pun sahabatnya, 
di mana pun mereka dan apa jua yang telah mereka lakukan, 
mereka masih sahabatnya, 
bahkan merekalah sahabat baiknya..
kerana pernah dia terbaca :
sahabat yang baik adalah mereka yang membawa kita mengingati allah.

maka baginya, situasinya sama sahaja..
sahabatnya yang masih bersamanya mengingatkan dia kepada Ilahi,
bila berjumpa dan masih saling mengingati..
dan sahabatnya yang pergi meninggalkan hidupnya pula sama sahaja, 
cuma dgn cara yang sedikit sukar dan mencabar..
mereka tinggalkan dia, dia pastinya dalam kesedihan..
kepada siapa lagi tempat mengadu kalau bukan kepada penciptanya?
maka, sama juga..
walaupun dia ditinggalkan sahabatnya, 
benar, ia satu hal yang menyakitkan,
tetapi begitulah baginya, 
dia masih sahabat terbaik kerana mendorongnya mendekatkan diri kepada Rabbnya..

dia..
kasih sayangnya setia..
berubah hati baginya adalah suatu hal yang agak mustahil..
kerana sepanjang hidupnya, 
hatinya tak pernah berubah dari tanggapan dan perasaan pertama,
yang pernah dirasai kepada yang lain..
jika pernah dia menyayangi, tak mungkin dia membenci,
bagaimana pula jika orang yang dia benci?
tidak..
dia tidak pernah membenci..
satu sahaja kemungkinan yang mungkin berlaku ialah,
perasaan kasih sayang yang semakin bertambah dari hari ke hari..

dia,
hatinya sudah terlalu kebal..
tiada yang alah, tiada yang terlalu bisa...
pengalaman banyak mengajarnya.
cuma kadangkala dia terlupa..
cuma kadangkala dia terleka..
kerana itulah kadangkala dia terulang semua,
semua kekhilafannya..

dia..cuma mampu berharap..
cuma mampu berdoa..
kerana dia tahu,
hidupnya sementara..
dan kepada ALLAH akan kembali jua,
itu pengakhiran hidupnya,
bukan dengan manusia..

kerana itu lah,
dia masih bersabar dan mengharungi hidupnya
hanya menanti saat kembali,
melepaskan rindu kepada Sang Setia
yang sentiasa setia mendengar rintihannya..
yang setia mengabulkan setiap patah permintaannya..
yang setia memberikan kekuatan padanya.
yang setia dengannya selama-lamanya.....

# ini bukan sajak ataupun syair apatah lagi bait-bait lagu.sekian #

Monday, November 05, 2012

sorry and sorry


dengan rendah hati dan diri yang sedia rendah ini aku mohon ampun dan maaf, kepada semua yang pernah dilukai aku, fizikal atau mental.

seriously i didn't meant it :(

semoga mampu menjadi muslim sebenar dalam langkah menjadi muhajir.......

blog vs fesbuk

aku mungkin boleh menipu perasaan di status FB tapi tak pernah menipu apa yang aku rasa di blog neh..



status fesbuk umpama perjalanan dan blog update umpama destinasinya.
















no hidden 'files', no lost 'memory'.
i'm the really me HERE.

jika terakhir buatku..


Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba



Lagu : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Munif Ahmad
Muzik : Eddie Slam
Gitar : Eddie Marzuki
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Sunday, November 04, 2012

aku dan pandangan orang

bismillahirrahmanirrahim~

aku, pastinya berbeza pada pandangan setiap orang.. 
pastinya !

pada pandangan keluarga, rakan sahabat handai, jiran tetangga, sedara mara, kenalan baru, guru serta pensyarah, dan masyarakat awam.

aku mungkin pernah diandaikan sebagai seorang yang pemalas, yeahh, bangun pagi-pagi kadang-kadang sampai pukul 11 pagi baru nak bangun. 
tapi pernahkah orang tanya kenapa? 

aku mungkin dianggap seorang yang sangat hebat. 
berkapabiliti untuk melakukan aaapa saja.
tapi tahukah mereka ada juga benda remeh yang tak mampu aku lakukan?

mereka kata aku tabah.. tegar dan takpernah gentar..
tapi pernahkah mereka melihat aku juga pernah menangis teresak-esak?
menggigil ketakutan..

aku mungkin dilihat sebagai seorang yang sangat disenangi oleh ramai orang?
tapi tahukah mereka aku juga pernah dibenci dan dirasa meluat oleh teman baik sendiri?

aku mungkin pernah dianggap seorang yang sangat pandai..
tapi tahukah mereka bagaimana aku berusaha sehingga ke tahap ini?
berapa kali aku jatuh dan sesukar mana untuk aku bangkit semula?

aku mungkin pernah dibenci, tindakan aku kadangkala disalah tafsir..
tapi tahukah mereka apa niat sebenar ku?
kenapa sampai aku berbuat begitu?
dan.. apa alasan di sebaliknya..

ada juga yang melihat aku selesa hanyut dalam masa silamku, kenangan lama.
tanpa mereka sedar dari situlah hidup aku bermula..
di situlah aku belajar..
pengalaman yang lebih tegar mendidik aku..
jadi bagaimana untuk aku melupakannya?

ada yang melihat aku sombong..
tahukah mereka, betapa letihnya aku melayan manusia?

ramai yang melihat aku tidak cakna akan dunia,
tapi betulkah itu benar?

mulut tempayan, aku mampu tutup.. mulut manusia, mampu aku hindar..
tapi untuk menjaga hati seorang manusia dari menafsir siapa aku memang susah sekali..
bahkan rasanya tak mampu kott.

jadi, satu jalan singkat yang aku ambil,,
fikirlah manusia, fikirlah siapa jua aku padamu..
kalau aku kelihatan hebat di matamu, 
itu kerana Allah yang membantu ku..
DIA yang membantu menyembunyikan segala aibku..
segala dosa masa lampauku..

dan jika kau lihat aku sebagai insan tidak berguna,,
tidak pernah sekali aku marah..
kerana bagi aku,
setiap kesalahan yang aku lakukan, itu sandaran tuhan..
yang maha mengetahui bahawa aku hanya selesa belajar dari pengalaman sendiri..
bukan dari mulut orang lain...

dan atas segala yang berlaku, 
kemanisan ataupun kepahitan..
aku syukuri segala.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH :')

uh-um !

intro :: 



"Allah gave you that test because He knew you are strong enough to face it. 

So if your God even trusts you, why can't you trust yourself?"


hmm.. 
one ::

anyone can explain why??



mm,, yeahh. damn true !


but, it should be :::


but not everybody could do this ::


thats why, why goodbye exist ::


but memory never fade ::



but never mind as i know that : the only left is only MEMORY :')
and the ONE that never left me is HIM ...



i ever think that u know me well.. but now i know that im totally wrong.

no title


























hope for better, but it be worse.
so stop it.

Saturday, November 03, 2012

kecewa.

bismillahirrahmanirrahim..

that is the best word to describe how am i feel now.



sebuah persahabatan, yang mana aku takpernah dengar satu istilah perKAWANan. atau, peRAKANan. the word do only exist in malay is perSAHABATan. doesnt matter which word does english choose to describe it, because it does only exist in one form : FRIENDSHIP. they also do call it " FRIEND". direct translation, is that may be KAWAN or we should translate it as SAHABAT???

or we should do some practically practise here..

when some people say this :
 WE STILL FRIEND

and also :

OUR FRIENDSHIP IS STILL ALIVE

or let say it in malay :

KITA MASIH KAWAN

atau kita beralih kepada frasa tafsiran kedua, which is you translate it as sahabat :

KITA MASIH BERSAHABAT.

and now i wanna ask ya, what do you understand of the word : friend or sahabat or rakan?

and apa pandangan anda, adakah dua pernyataan di atas mengandungi maksud yang sama, yang mana maksud saya : adakah seseorang itu bermaksud mengatakan : our friendship is still alive apabila dia mengungkapkan : we still friends ?

uh, and for me, its is totally different. yeahh, imma hospitality student, focus on food. imma not a psychologist student.many gets A+ in their bahasa for their SPM, but then how many of the A+'s student could understand this difference? and does psycologist could translate, differentiate these?

ya, saya sedang mencabar anda. saya mencabar anda untuk mengaplikasikan ilmu anda dalam kehidupan sebenar anda. kehidupan itu hidup, bukan sekadar di atas kertas. c'mon!

dan sebagaimana saya percaya dan yakin ada perbezaan dalam manusia memberikan pandangan, begitu juga saya yakin dan percaya setiap orang menganggap berbezanya situasi yang mana mereka panggil : STILL FRIEND and also SOLVE PROBLEMS.

apa tafsiran anda tentang masih berkawan? kerana pada tafsiran saya, sebuah jalinan persahabatan itu masih wujud andainya hubungan itu masih hidup. dan apa bezanya pula hidup atau mati sesebuah jalinan itu sangatlah ketara di era milleneum ini. di saat dunia di hujung jari, di saat komunikasi takpernah menjadi satu kepayahan kecuali MASIH ADA PERKARA YANG BELUM SELESAI.

kerana itu juga saya bangkitkan persoalan : menyelesaikan masalah. dan apa pula pandangan anda tentang menyelesaikan masalah? kerana bagi saya, sekadar komunikasi satu hala takkan pernah menyelesaikan masalah. bila kita duduk bersama dan berbincang tentangnya sampai benar-benar selesai barulah namanya menyelesaikan masalah. kalau tak, bagi saya itu lah perbuatan melarikan diri daripada masalah.

selesa atau tidak orang yang melarikan diri daripada masalah itu bergantung juga kepada tafsiran mereka, bagaimana keadaannya yang dia tafsirkan melarikan diri daripada masalah. kerana ada kemungkinan yang mereka rasakan masalah tersebut sudah selesai, namun pada pandangan orang lain perkara tersebut masih dibiarkan bergantung. sape yang betul dan sape yang salah??

saya sendiri tak punya jawapan. dan mohon anda yang berikan pandangan .

syukran . jazakumullahu khairr ~

Friday, November 02, 2012

pain

yeah, dah dua hari menderita kes ulser yang semakin membesar kat lidah aku ni haa.
sampai sanggup tercongok depan bilik mandi di sebalik mesin basuh sampai kakak aku taknampak aku dok situ, sampai sergah siket dah terkujat.hee. hiburan dalam kesakitan.,  aku duduk sebab nak berdiri tak boleh dah rasa macam lembik semacam lutut, berkumur dengan air garam since  nak letak terus garam macam a bit takut kan.. so, start dgn air garam barulah letak garam.sakit weyy, kalo aku anak tunggal memang lama dah aku nanges. tapi sebab malu dgn siblings so, tahan la sakit sorang-sorang.urgh.sakit gila kott. dah la kat lidah, besar pulak,, dah tu dok bergesel-gesel dgn gigi geraham aku. macam mana nak makan ?? TT.TT
wuwuwuwuwuuuuuu~ sakit i tell you,



tapi..
kesakitan yang aku pendam kt dalam ni lagi menyeksakan sebenarnya.. takkan sembuh walau diletak garam, selagi tiada kata maaf yang diberi. astaghfirullahalazim~

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...