bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah aku cukup bersyukur kerana tidak terlalu bersungguh-sungguh belajar sejarah. kalau tidak mesti aku dah persoalkan macam-macam. macam orang selalu buat tu. persoal sistem raja lah. persoal taraf melayu. persoal taraf cina india di malaysia. persoal hak-hak pemilikan situ sini. persoalkan segala sejarah tanah melayu.
alhamdulillah, aku cukup bersyukur kerana tidak mengambil tahu mendalam tentang politik. kalau tidak mesti aku pening kepala macam mana nak menang kan pembangkang. macam mana nak buat fitnah. macam mana nak kondem kerajaan. macam mana nak membenci negara sendiri. macam mana nak hancurkan negara sendiri. lepas tu mesti aku penat nak ikut cara si alumni uitm yang lupakan kulitnya. 3B. bangang bodoh buruk.
alhamdulillah, aku belajar di uitm, dan sempat menjawat beberapa jawatan sepanjang pengajian. kalau tidak mesti aku kempunan dan mula mengorak langkah jauh dari uitm dan mem-bash uitm sbb xbagi peluang aku memimpin. kemudian memberontak kerana xsempat nak "menyumbang" dan mencapai hidden agenda aku lalu membuat perkara yang bukan-bukan. maka dengan cara itu sekurangnya aku tahu bersyukur dan berterima kasih.
alhamdulillah aku bersyukur dilahirkan secara biasa-biasa, tidak terlalu pandai sehingga timbul rasa nak bermegah-megah. sehingga semua perkara nak dipersoalkan. sehingga pendapat orang lain semuanya salah dan aku sahaja yang benar. nasib baik. syukur lah ya allah.
alhamdulillah hari ini aku belajar terima satu pepatah secara penuhnya : less is more.
yeah, aku bersyukur dengan segala kekurangan.less is more. less is more.
-----------------------
**sarcastic
No comments:
Post a Comment