Friday, May 25, 2018

B O N V O Y A G E

"Everyday is a voyage. Then there is this port you will harbour. Maybe for a while...or forever" Daddy J, 2018


Iya, ada fasa dalam kehidupan yang pada satu saatnya kau akan merasa, ini sahajalah untuk episod kali ini. 

Kau tak akan bergerak ke mana-mana selagi mana kau masih membelek-belek muka lama.. 
Masih cuba kembali membaca kisah hidup lama.

Hidup umpama pelayaran. 

Kau tak akan pergi jauh andai kau cuma belayar di tempat yang sama.
Kau tak akan pergi jauh andai kau berhenti selamanya.

Namun, 
Kau juga tak akan pergi jauh andai kau memutuskan untuk sentiasa meneruskan pelayaran, 
tanpa ada sekali pun kau berhenti dan membaiki layarmu yang koyak..

Iya..

Ada masanya kau perlu berhenti, jauh daripada orang lain, yang mungkin sebenarnya ahli kapalmu yang mengoyak rabakkan layarmu tadi. 

Yang mungkin kawan pelayaranmu yang senyap-senyap menusukkan busur panahnya untuk mengoyakkan layarmu..


Berhenti dan baiki.. 
Nilai dengan mata hati, siapa yang di sisi hanya untuk kesenangan atau benar dia teman abadi...


Masanya sudah tiba untuk hentian seterusnya dalam kehidupan. 

Aku sudah tidak mampu untuk meneruskan perjalanan lagi. 
Kapalku bukan sekadarnya rosak layar, tetapi sudah parah rupanya. 
Bocor kecil dahulu kini sudah menenggelamkan separuhnya kapal, aku tersedar kerana sudah lemas. 

Sudah terhantuk baru terngadah..


Analoginya begini....

Habis sudah semua bot kecilku, dahulunya aku campak semua membantu mereka yang lemas di lautan dalam. 
Pelampung, jaket keselamatan, juga semuanya habis kuberikan kepada yang memerlukan.. 

Kini aku tidak punya apa-apa lagi, mujur juga ada sekeping papan tempat berpaut. 

Entah selamat entahkan tidak.
Entah kehidupan, entah kematian yang menjadi destinasi seterusnya..


Mereka pergi belayar jauh, pergi dan tidak kembali.
Janjinya dahulu untuk datang kembali kepadaku, paling tidak sebelum kapalku karam.

Kini, 
Kapalnya sudah tenggelam.
Namun seorang jua tidak pernah muncul..

Apa lagi yang mahu diharap bantuan dari yang lain.

Salahku juga membuang pesan leluhur-buat baik biar berpada....


Ikhlas..

Iya, dengan izin Tuhan aku ikhlas menerima semua ini.

Sedari diri tidak punya apa-apa lagi yang boleh diberi.
Sudah berhenti berharap juga ada kasih bakal diberi, 
Namun tidak perlu simpati.
Kerana simpati sifatnya kelak memakan diri...

Cuma..
Sekali lagi aku cuba membawa diri,
Rasanya tidak perlu meminta izin lagi,
Kerana kehadiran ku jua rasanya tidak disenangi,
Mungkin kepergianku juga bakal dirai
Doakan aku bertemu jati diri;
Lapang hati....
Ketemu juga cinta abadi,
Yang sudah beberapa lama ku cari
Namun masih tidak ku temui


:)


No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...