Bismillahirrahmanirrahim..
Berbalik kepada janji yang hampir terlupa hari tu, nak bncang pasal bagaimana nak bersyukur.. Tak dinafikan, susah nak pupuk budaya bersyukur dalamn diri kita.. Bukan senang nak ikhlaskan diri.. Oke. Tapi, faktanya senang sahaja.. Cuba kita reflek kembali ke dalam diri kita..
Betapa banyak nikmat yang telah kita dapat.. Tapi, betapanya, bila kita ditimpa sedikit musibah, terus kita melatah…. Memang, manusia itu diciptakan secara fitrahnya berkeluh kesah dan kedekut, sesuai dengan firman Allah dalam surah alma’arij,
Betapa banyak nikmat yang telah kita dapat.. Tapi, betapanya, bila kita ditimpa sedikit musibah, terus kita melatah…. Memang, manusia itu diciptakan secara fitrahnya berkeluh kesah dan kedekut, sesuai dengan firman Allah dalam surah alma’arij,
“ sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan, dia kedekut. ( 19-21)”
Jadi, bagaimana kita nak kurangkan sifat berkeluh kesah dan kedekut dalam diri kita dan gantikan pula dengan sifat bersyukur atas segala nikmat yang ada? Jawapannya satu sahaja, iman kita… aqidah kita..
Apa itu iman dan apa pula itu aqidah?
Iman ialah kepercayaan dalam hati, mengakui dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota sementara aqidah pula ialah kepercayaan yang kukuh dalam hati terhadap Allah subhanahu wataala.. Iman, percaya kepada apa? Percaya kepada allah dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya, mengakui apa? Mengakui dengan lisan kita bahawa Allah itu maha hebat, mampu melakukan segala-galanya dan seterusnya mengamalkan dengan anggota, iaitu mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya..
Aqidah? Kepercayaan yang kukuh? Terhadap apa? Terhadap segala ketentuan Allah, contoh paling mudah, apabila kita ditimpa musibah, kita harus percaya dan yakin bahawa ujian dan cabaran tersebut ialah tarbiah daripada Allah, sebagai peringatan daripada Allah, bukannya sebagai hukuman yang mahu membebankan dan menyusahkan hidup kita….
Abbad ada berkata dalam novel karya Amin Yusof Malouf, Leo de Africa, “ ketika yang Maha Tinggi melemparkan kamu dengan tangannya yang satu, maka tangannya yang lain akan menangkapmu “ John F. Kennedy juga ada berkata, “do not pray for easy lives, pray to be stronger “ Ya,, beliau benar! Kita harus yakin dan percaya bahawa semua itu daripada Allah, dan yang namanya daripada allah itu adalah perkara-perkara yang terbaik bagi kita.. Tak usah risau, tak usah gundah atau gulana =)
Dari situlah kita untuk pupuk budaya bersyukur.. Cuba dan cuba lagi. Setiap kali kita ditimpa musibah atau kehilangan mana-mana nikmat yang biasa kita kecapi, cuba ajar hati untuk mengadu padaNya,, mengadu pada yang memberi kita nikmat selama ini.. Cuba ajar hati kita untuk tidak berkeluh kesah.. Cuba, dan anda pasti boleh, dan pada masa itu, baru anda akan merasa betapa nikmatnya menjadi orang yang bersyukur. Betapa tenangnya hati andai kita tahu mengenang jasa Dia yang telah menciptakan kita, Dia yang telah mengangkat darjat kita daripada seorang yang tidak ada apa-apa kepada seorang insan yang mulia kejadiannya dan Dia yang telah banyak memberi kita nikmat selama ini.. Ajar hati kita sedikit demi sedikit.. Dan kita harus ingat, siapa kita untuk mempersoalkan mengapa nikmat itu ditarik balik, kerana kita hanyalah meminjam nikmat itu selama ini.. Selalu ingat bahawa kita tidak punya apa-apa.. Kita tidak berhak untuk punya apa-apa andai tuan empunya “ barang” tidak mengizinkan, tapi kita boleh meminta.. Andai mahukan nikmat, kita berhak meminta.. Cuma dapat atau tidak, empunya yang tentukan status permohonan kita.. Kalau diluluskan, Alhamdulillah, gunakan nikmat dengan baik.. Jaga kelakuan kita dari segenap aspek supaya si Pemberi takkan menarik balik pemberian, malah memberi lagi dan lagi kepada kita.. Jadi, harapannya, anda pembaca sekalian mendapat sedikit input daripada post ini.. Tersalah bahasa, tersilap informasi atau tersalah dalil-dalilnya, mohon ditegur, kerana hamba insan lemah dan sering melakukan kesalahan.. Sama2 kita berubah, sama-sama kita bergerak untuk menjadi muslim yang mukmin, insan yang muttaqin =)
Ilalliqa’, ma’assalamah =)
No comments:
Post a Comment