Assalamualaikum~~~
(mode:: happy+pening2 kepala sedikit+ blurr2 sepontet)
Hihi..mm.. Dengarkan hikayat dari hamba ya^^
( Bahagian 1 )
Maka tersebutlah kisah pada tarikhnya 5 julai 2011 yang lalu.. Berpuasalah hamba bersama rakan2 hamba dengan jayanya *errk??* maka pada malam itu, maka jiran yakni biliknya di hadapan biliknya hamba mangajak berkunjung ke masjid untuk solat terawih. Maka hamba yang seminggu hanya sempat berjemaah sekali sahaja terawih terus sahaja bersetuju.. Maka dengan itu, pergilah hamba bersama-sama rakan-rakan hamba, berbondong-bondong ke masjidnya. Sejurus balik dari masjidnya, pada mulanya terfikirlah di benak hamba untuk membaca kitab pelajaran. Akan tetapi, datang pula rakan lain dari bilik membawa laptopnya. Maka dipasangnya cerita seram yang agak menyeramkan sehingga menusuk ke tulang sumsum. Maka dengan jari2 menutupi mata, hamba bersama-sama rakan-rakan hamba memaksa diri menonton ceira berjudul KARAK..
Maka tiadalah hentinya jantung berdegup kencang menonton cerita tersebut. Arakian, setelah menyedari jam sudah menunjukkan pukul 1 tgh malam, maka hamba memutuskan untuk tidur sahaja, memandangkan pada esoknya kami ingin bersahur pula. Maka tersangatlah takutnya untuk pergi ke tandas pada waktu itu.. Sejurus melangkah keluar, tersangatlah lain suasananya dibandingkan dengan suasana seram di dalam bilik tadi.. Maka terkejutlah hamba sejurus tiba di dalam tandas apabila mendapati hamba datang bulan. Tertekan menonton cerita itu barangkali *bwahahaha* maka, alas an untuk tidur awal untuk bersahur pada esoknya sudah tidak boleh dipakai memandangkan haram bagi hamba untuk berpuasa pada esoknya. Maka, ditonton sehingga habisnya cerita tersebut. Maka tersebutlah kisahnya pada hari ahad pula.. Amatlah penat diri hamba, satu hari suntuk kelas tiadalah hentinya melainkan 3jam sahaja. Maka sepulangnya dari kelas terakhir di mana padanya diadakan peperiksaan, hamba terus pulang ke bilik. Hatta, hamba mandi dan terus berbaring di atas katil tanpa menyedari hamba tertidur. Tersedarlah hamba tika azan maghrib kedengaran sayup2. Bingkas hamba bangun untuk mengisi tembolok yang kosong. Sejurus penuh tembolok hamba, hamba dalam mamainya duduk di atas katil, tanpa dirancang berbaring dan tertidur lagi.. Tiba-tiba kedengaran bunyi bising.. Apabila hamba membuka mata, terlihatlah di hadapan hamba betapa ramainya orang di tepi katil hamba.. Agak malu pada ketika itu, hamba layan sahaja tetamu yang ada, tanpa bangun, tambahan lagi perut hamba tengah sakit.. Selepas semua beredar, mata hamba tertutup lagi.. Tiba-tiba kedengaran telefon hamba berdering, nyaring sekali. Lantas hamba menjawabnya separuh sedar! Entah apa yang hamba perkatakan, hamba sendiri tidak mengetahui. Hamba terus beradu lagi dan lagi.. Tersedar lagi,bila hamba lihat rakan bilik hamba mahu keluar. Ingin ke masjid, berterawih kali.. Mata hamba tertutup lagi. Tiadalah dapat hamba kawalnya. Beberapa ketika kemudian, rakan bilik hamba pulang, hamba terpinga-pinga, mengapa sebentar sahaja perginya? Bila hamba pandang ke tangan mereka, terlihat ada plastik berisi makanan. HAH?? Terus hamba capai jam, memandangkan mereka hanya akan membeli makanan untuk bersahur lewat malam. Masya allah! Pukul 12 malam! Hamba dengan malasnya bangun dan terus ke tandas dan setelahnya membuka buku,baca sebentar. Mengemas beg untuk esoknya. Termenung sebentar, berfikir ape yang berlaku. Hamba terus memeriksa telefon hamba dengan harapan, panggilan yang hamba dapat hanyalah mimpi. Tetapi sayangnya, panggilan itu rupanya di alam realiti. Maha suci tuhan! Apelah yang telah hamba bualkan di telefon tadi =.=*

::::: Bersambung ::::
No comments:
Post a Comment